Ujikaji 1 Perintang Tetap

14
AMALI 1:PERINTANG TETAP KOHORT 4 MAKMAL ELEKTRONIK Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional AMALI 1 TAJUK :PERINTANGTETAP 1.0:PENGENALAN Perintang tetap 1. Perintang tetap ialah perintang yang tidak boleh diubah-ubah nilai rintangannya. 2. Namun demikian, faktor-faktor seperti perubahan suhu, bahan perintang atau arus mungkin dapat mengubah nilai rintangannya. 3. Nilai rintangan perintang tetap ini dapat dinyatakan dengan menggunakan kod warna perintang. 4. Contoh perintang tetap ialah seperti berikut. a) Perintang komposisi karbon b) Perintang berselaput karbon c) Perintang belitan dawai Rajah 3.5 Perintang karbon 1

description

elektronik

Transcript of Ujikaji 1 Perintang Tetap

AMALI 1:PERINTANG TETAP

KOHORT 4

MAKMAL ELEKTRONIK

Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

AMALI 1

TAJUK :PERINTANGTETAP

1.0:PENGENALAN

Perintang tetap

1. Perintang tetap ialah perintang yang tidak boleh diubah-ubah nilai rintangannya.

2. Namun demikian, faktor-faktor seperti perubahan suhu, bahan perintang atau arus mungkin dapat mengubah nilai rintangannya.

3. Nilai rintangan perintang tetap ini dapat dinyatakan dengan menggunakan kod warna perintang.

4. Contoh perintang tetap ialah seperti berikut.

a) Perintang komposisi karbon

b) Perintang berselaput karbon

c) Perintang belitan dawai

Rajah 3.5 Perintang karbon

2.0 : OBJEKTIF

1. Mengenal pasti fungsi dan definisi perintang.

2. Menjelaskan unit dan simbol perintang.

3. Membaca jadual kod warna perintang.

4. Menentukan nilai rintangan perintang tetap berdasarkan jadual kod warna perintang

5. Menentukan nilai rintangan perintang tetap menggunakan multi meter.

6. Mengenal pasti kerosakan perintang tetap.

3.0 JADUAL KOD WARNA PERINTANG

MAKMAL ELEKTRONIK

Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

AMALI 1

3.0 : FUNGSI DAN DEFINISI PERINTANG

Fungsi perintang adalah untuk mengehadkan aliran arus dan voltan elektrik yang melaluinya. Perintang adalah komponen yang mempunyai 2 terminal. Perintang adalah komponen elektronik pasif yang tidak berkutub. Perintang memberi tentangan terhadap pengaliran arus dan menghasilkan voltan susut antara 2 terminal tersebut.

4.0 : SIMBOL DAN UNIT PERINTANG

Simbol bagi perintang ialah . Unit bagi perintang ialah Ohm.

5.0 : PROSEDUR KERJA

1. Baca nilai perintang yang dibekalkan mengikut kod warna.

2. Pilih julat meter yang sesuai ( rx1, rx10, rx100, rx1k atau rx10k ).

3. Buat pelarasan sifar iaitu pintaskan lead.

4. Sambungkan meter selari dengan perintang.

5. Catatkan nilai perintang di dalam jadual yang disediakan.

MAKMAL ELEKTRONIK

Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

AMALI 1

5.0 : ALATAN KELENGKAPAN DAN BAHAN

Alatan kelengkapan

Fungsi alatan

PERINTANG TETAP

Perintang tetap digunakan sebagai medium utama pengukuran.

4 Perintang yang diberikan untuk diukur.

MULTI METER

Mengukur nilai rintangan perintang menggunakan julat ohm

MAKMAL ELEKTRONIK

Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

AMALI 1

6.0 : LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN MENGENDALIKAN UJI KAJI

6.1 Keselamatan kawasan kerja dan peralatan

a) Tentukan tempat kerja sentiasa kemas dan bersih daripada minyak, gris dan sebagainya.

b) Peralatan tangan dan perkakasan mesti dalam keadaan tersusun dan tidak menghalang gangguan ketika bekerja.

c) Semua alat dan perkakas elektrik mestilah dalam keadaan baik untuk mengelakkan renjatan elektrik

6.2 Keselamatan diri semasa membuat uji kaji

a) Memakai pakaian yang bersesuaian dengan kerja dan tidak berzip.

b) Kasut yang digunakan mestilah diperbuat daripada bahan penebat dan tidak bertumit.

c) Elakkan memakai barang-barang kemas, bahan berlogam dan berantai.

d) Gunakan peralatan dengan betul dan cermat mengikut mengikut fungsinya .

e) Jangan bergurau senda dan patuhi keselamatan dalam bengkel.

MAKMAL ELEKTRONIK

Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

AMALI 1

7.0 PROSES KERJA

BIL

FOTO

PENERANGAN

1

Memilih julat yang sesuai untuk pengukuran

2

Membuat pelarasan sifar pada multi meter dengan mencantumkan kedua-dua lead.

3

Cantumkan lead kepada kedua-dua hujung terminal perintang dan catat nilai bacaan

8.0 KEPUTUSAN:

BIL

KOD WARNA

PENGIRAAN

UKURAN MULTI METER

KEADAAN PERINTANG

1

Biru, kelabu, hitam, emas

68 5%

65 5%

Baik

2

Coklat, hitam, coklat, perak

100 10%

98 10%

Baik

3

Oren, biru, hitam, emas

36 5%

35 5%

Baik

4

Coklat, merah, kuning, emas

120 5% k

119 5% k

Baik

9.0 SOALAN:

1. Nyatakan fungsi perintang tetap.

2. Nyatakan bahan yang digunakan untuk membina perintang.

3. Nyatakan apakah jenis kerosakan bagi perintang jika:

i. Didapati bacaan pada multi meter adalah infiniti

ii. Didapati bacaan pada multi meter bertambah nilai.

10.0 JAWAPAN:

1. Perintang tetap berfungsi bagi mengehadkan pengaliran arus dalam litar.

2. Karbon.

3. i. Kerosakan terbuka, ii. Kerosakan terpintas

KESIMPULAN

Perintang dapat diukur melalui 2 kaedah iaitu menggunakan bacaan dari kod jadual warna dan menggunakan multi meter sebagai alat pengukuran. Nilai perintang dapat ditentukan menggunakan jadual kod warna menggunakan teknik tertentu. Semua perintang tetap yang diukur menggunakan multi meter pada julat Ohm adalah dalam keadaan baik. Kerosakan yang mungkin terjadi kepada sebuah perintang adalah kerosakan terpintas dan kerosakan terbuka. Kerosakan terpintas dapat dikesan apabila skala pada multi meter menunjukkan bacaan sifar ketika pengukuran dilakukan. Kerosakan terbuka pula dikesan apabila skala multi meter menunjukkan bacaan infiniti ketika pengukuran dilakukan.

RUJUKAN:

1. Buku Teks KPM, Menservis Peralatan Elektrik Domestik 2006

2. Buku Teks Kemahiran Hidup Tingkatan 2, 2008

3. Electronic Fundamentals, Floyd 2003

4