UJIKAJI 2 : LINDAP KEJUT HUJUNG JOMINY - utm.my · Kebolehkerasan ialah kebolehan sesuatu aloi...

5
1 ________________________________________________________________________ UJIKAJI 2 : LINDAP KEJUT HUJUNG JOMINY (1) Tujuan (a) Menentukan sifat kebolehkerasan keluli. (b) Mempelajari teknik rawatan haba lindap kejut (c) Mempelajari teknik ujian kekerasan (2) Pengenalan Kebolehkerasan ialah kebolehan sesuatu aloi untuk mengeras dengan pembentukan martensit apabila dirawat haba lindap kejut. Kebolehkerasan juga adalah sifat yang menentukan kedalaman dan taburan kekerasan yang diperolehi melalui lindap kejut. Kebolehkerasan bukannya kekerasan (kebolehan bahan menahan ubah bentuk plastik seperti pelekukan, lelasan dan sebagainya), tetapi adalah suatu pengukuran kualitatif kepada kadar di mana kekerasan menurun dengan jarak dari bahagian permukaan ke bahagian dalaman spesimen dengan pengurangan kandungan martensit. Lindap kejut atau pengerasan adalah melibatkan proses pemanasan, rendaman & penyejukkan spesimen. Keluli dipanaskan ke suhu yang sesuai ,10°C di atas suhu genting atas A 3 bagi keluli hipoeutektoid dan 10°C di atas suhu genting bawah, A 1 bagi keluli hipereutektoid. Tempoh rendaman yang dilakukan bergantung kepada ketebalan spesimen. Ini diikuti dengan proses penyejukkan yang dilakukan dengan pantas di dalam media penyejukkan yang bersesuaian seperti air, minyak, larutan garam, udara dan sebagainya. Mikrostruktur yang terhasil adalah martensit yang mempunyai sifat kekerasan dan kerapuhan. Spesimen keluli yang besar apabila dilindap kejut lazimnya kekerasan adalah rendah di bahagian teras di mana mikrostruktur yang terbentuk ialah ferit dan pearlit. Manakala bahagian permukaannya mempunyai kekerasan yang tinggi dengan mikrostuktur martensit. Perbezaan kekerasan di antara teras dan permukaan dapat diterangkan melalui Gambarajah Pendinginan Berterusan (CCT) keluli tersebut. Jika lengkuk pendinginan keluli tidak memotong gambarajah penjelmaan ini, maka kekerasan keseluruhan keluli akan terhasil. Makmal Sains Bahan

Transcript of UJIKAJI 2 : LINDAP KEJUT HUJUNG JOMINY - utm.my · Kebolehkerasan ialah kebolehan sesuatu aloi...

Page 1: UJIKAJI 2 : LINDAP KEJUT HUJUNG JOMINY - utm.my · Kebolehkerasan ialah kebolehan sesuatu aloi untuk ... (kebolehan bahan ... -Spesimen silinder keluli 0.3% C dengan diameter 10 mm

1

________________________________________________________________________

UJIKAJI 2 : LINDAP KEJUT HUJUNG JOMINY (1) Tujuan (a) Menentukan sifat kebolehkerasan keluli. (b) Mempelajari teknik rawatan haba lindap kejut (c) Mempelajari teknik ujian kekerasan (2) Pengenalan

Kebolehkerasan ialah kebolehan sesuatu aloi untuk mengeras dengan pembentukan martensit apabila dirawat haba lindap kejut. Kebolehkerasan juga adalah sifat yang menentukan kedalaman dan taburan kekerasan yang diperolehi melalui lindap kejut. Kebolehkerasan bukannya kekerasan (kebolehan bahan menahan ubah bentuk plastik seperti pelekukan, lelasan dan sebagainya), tetapi adalah suatu pengukuran kualitatif kepada kadar di mana kekerasan menurun dengan jarak dari bahagian permukaan ke bahagian dalaman spesimen dengan pengurangan kandungan martensit.

Lindap kejut atau pengerasan adalah melibatkan proses pemanasan, rendaman & penyejukkan spesimen. Keluli dipanaskan ke suhu yang sesuai ,10°C di atas suhu genting atas A3 bagi keluli hipoeutektoid dan 10°C di atas suhu genting bawah, A1 bagi keluli hipereutektoid. Tempoh rendaman yang dilakukan bergantung kepada ketebalan spesimen. Ini diikuti dengan proses penyejukkan yang dilakukan dengan pantas di dalam media penyejukkan yang bersesuaian seperti air, minyak, larutan garam, udara dan sebagainya. Mikrostruktur yang terhasil adalah martensit yang mempunyai sifat kekerasan dan kerapuhan.

Spesimen keluli yang besar apabila dilindap kejut lazimnya kekerasan adalah rendah di bahagian teras di mana mikrostruktur yang terbentuk ialah ferit dan pearlit. Manakala bahagian permukaannya mempunyai kekerasan yang tinggi dengan mikrostuktur martensit. Perbezaan kekerasan di antara teras dan permukaan dapat diterangkan melalui Gambarajah Pendinginan Berterusan (CCT) keluli tersebut. Jika lengkuk pendinginan keluli tidak memotong gambarajah penjelmaan ini, maka kekerasan keseluruhan keluli akan terhasil.

Makmal Sains Bahan

Page 2: UJIKAJI 2 : LINDAP KEJUT HUJUNG JOMINY - utm.my · Kebolehkerasan ialah kebolehan sesuatu aloi untuk ... (kebolehan bahan ... -Spesimen silinder keluli 0.3% C dengan diameter 10 mm

2

(3) Peralatan -Spesimen silinder keluli 0.3% C dengan diameter 10 mm dan panjang 100 mm. -Relau -Radas pelindap kejut -Alat pengikiran -Mesin ujian kekerasan Rockwell (4) Kaedah Ujikaji (a) Panaskan relau ke suhu 850°C.

(b) Masukkan spesimen ke dalam relau dan proses pemanasan dan rendaman dilakukan selama 30 minit kesuluruhannya.

(c) Pindahkan spesimen secepat mungkin ke unit pelindap kejut. (d) Kenakan semburan air pada satu hujung spesimen. (e) Biarkan spesimen menyejuk selama 30 minit. (f) Kikirkan spesimen untuk mendapatkan permukaan yang rata.

(g) Ambil bacaan kekerasan pada setiap 3 mm bermula dari hujung yang di lindap kejut sepanjang 51 mm.

(5) Hasil Ujikaji

(a) Catatkan hasil pengukuran kekerasan dalam jadual yang disediakan. (b) Plotkan graf kekerasan (HV) melawan jarak dari hujung yang dilindap kejut.

Jarak dari hujung yang

dilindap kejut (mm) Nombor kekerasan Rockwell (HRC)

Nombor kekerasan Vickers (HV)

Page 3: UJIKAJI 2 : LINDAP KEJUT HUJUNG JOMINY - utm.my · Kebolehkerasan ialah kebolehan sesuatu aloi untuk ... (kebolehan bahan ... -Spesimen silinder keluli 0.3% C dengan diameter 10 mm

3

(6) Perbincangan (a) Berikan penjelasan mengenai graf yang diperolehi, termasuk ralat-ralat ujikaji (jika

ada).

Page 4: UJIKAJI 2 : LINDAP KEJUT HUJUNG JOMINY - utm.my · Kebolehkerasan ialah kebolehan sesuatu aloi untuk ... (kebolehan bahan ... -Spesimen silinder keluli 0.3% C dengan diameter 10 mm

4

(b) Berikan pendapat anda mengenai perkaitan di antara kadar pendinginan spesimen dengan bentuk graf yang diperolehi.

(c) Ramalkan bentuk graf sekiranya spesimen yang digunakan mempunyai garispusat

dua kali ganda lebih besar. Berikan penjelasan mengenainya.

Page 5: UJIKAJI 2 : LINDAP KEJUT HUJUNG JOMINY - utm.my · Kebolehkerasan ialah kebolehan sesuatu aloi untuk ... (kebolehan bahan ... -Spesimen silinder keluli 0.3% C dengan diameter 10 mm

5

(7) Kesimpulan Berikan kesimpulan keseluruhan mengenai ujikaji ini termasuklah dari segi kepentingannya dan cadangan untuk memperolehi keputusan yang lebih baik.