Ujikaji

download Ujikaji

of 12

Transcript of Ujikaji

Ujikaji : Menyiasat keperluan asas tumbuhan. Objektif Untuk mengenalpasti keperluan asas tumbuhan, iaitu cahaya matahari, udara dan air. Pengenalan Tumbuhan memerlukan karbon dioksida dan air untuk mensintesiskan karbohidrat dengan kehadiran cahaya. Tumbuhan membebaskan oksigen semasa fotosintesis. Penyesuaian tumbuhan untuk menjalankan fotosintesis adalah berbeza mengikut habitatnya. Penyebaran stoma dan kloroplas dalam tumbuhan adalah berbeza. Penyesuaian ini disesuaikan mengikut persekitaran habitatnya untuk memperoleh cahaya dan karbon dioksida yang maksimun. Tumbuhan darat seperti bunga raya mempunyai bilangan stoma yang besar pada permukaan bawah daun untuk membenarkan penyerapan maksimum karbon dioksida. Kebanyakkan kloroplas adalah dalam sel-sel mesofil palisad dan berspan. Fotosintesis berlaku dalam kloroplas. Kloroplas terdiri daripada himpunan cakera-cakera pipih grana (granum) yang mengandungi pigmen klorofil untuk menyerap cahaya matahari. Terdapat dua peringkat utama dalam fotosintesis iaitu tindak balas cahaya dan tindak balas gela. Indak balas cahaya berlaku dalam kehadiran cahaya dan berlaku dalam granum. Granum mengandungi banyak klorofil. Manakala tindak balas gelap pula berlaku dalam keadaan bercahaya dan gelap. Ia berlaku di bahagian stoma. Enzim diperlukan bagi tindak balas gelap. Ketika tindak balas cahaya, klorofil menyerap tenaga cahaya. Tenaga cahaya ini digunakan untuk memecahkan molekul air dalam kloroplas kepada ion hydrogen dan ion hidrosil. Proses ini dinamakan fotolisis air. Cahaya 24H2O Klorofil 24H+ + 24OHion ion hidrogen hidroksil

Tindak balas cahaya juga meningkatkan aras tenaga klorofil dan menyebab sesetengah elektron teruja untuk meninggalkan klorofil. Ion hydrogen menerima elektron atom hydrogen. Tenaga yang dibebaskan daripada elektron teruja digunakan untuk membentuk ATP.

24H+ + 24e- (daripada klorofil)

24H Atom hidrogen (memasuki tindak balas gelap)

Atom hidrogen akan memasuki tindak balas gelap dan bergabung dengan karbon dioksida untuk menjadi karbohidrat. Kemudian, ion hidroksil membebaskanelektronnya kepada klorofil untuk meneutralkannya. Kumpulan hidroksil yang terbentuk kemudian bergabung antara satu sama lain untuk membentuk air dan oksigen. Oksigen dibebaskan ke dalam atmosfera. 24OH + 24e- (kepada klorofil) 24OH 12H2O + 6O2 Ketika tindak balas gelap, molukel ATP dan atom hidrogen daripada tindak balas cahaya bergerak ke dalam stoma. Karbon dioksida bergabung dengan atom hidrogen untuk membentuk CH2O. 6CO2 + 24H 6(CH2O) + 6H2O Karbon atom Dioksida hidrogen CH2O adalah unit asas bagi pembentukan glukosa. Enam unit CH2O akan bergabung untuk membentuk satu molekul glukosa. 6(CH2O) C6H12O6 Glukosa 24OH (kumpulan hidrogen)

Persamaa untuk mewakili proses fotosintesis adalah seperti berikut;

6H20 + 6CO2 Air karbon dioksida

C6H12O6 Glukosa

+ 6O2 oksigen

Hipotesis Tumbuhan tidak boleh hidup tanpa cahaya matahari, air dan udara. Tumbuhan memerlukan kesemua elemen ini untuk terus hidup. Pemboleh ubah malar Jenis tumbuhan yang digunakan Pemboleh ubah dimanipulasi Kehadiran cahaya Pemboleh ubah bergerak balas Keadaan tumbuhan

Eksperimen A: Bahan/radas i. ii. iii. iv. Tumbuhan berdaun lebar Vaselin Kertas hitam Klip kertas

Prosedur A 1. Tumbuhan hijau diletakkan di ruang yang mempunyai sumber pencahayaan yang baik. 2. Vasaelin disapu secara berhati-hati.di beberapa helai daun. Vasaelin disapu pada kedua-dua bahagian daun. 3. Pemerhatian dilakukan terhadap daun yang disapu dengan vaselin pada setiap hari. Perbandingan dilakukan dengan daun yang tidak disapu dengan vaselin. Pemerhatian juga dilakukan terhadap warna dan kesegaran daun.

Prosedur B 1. Kertas hitam yang dilipat digunting pada satu bahagian. 2. Corak yang sudah digunting seterusnya diklip dan ditinggalkan untuk beberapa hari. 3. Selepas beberapa hari, kertas hitam ditanggalkan dan pemerhatian dilakukan untuk mendapatkan keputusan. Keputusan Eksperimen A: Prosedur Pemerhatian Hari 1: Daun tidak menunjukkan perubahan Hari 4: Daun mula layu dan kelihatan kekuningan Hari 6: Daun kelihatan kekuningan yang ketara Hari 8: Daun tidak gugur Hari 1: Daun tidak menunjukkan perubahan. Hari 4: Daun tidak menunjukkan perubahan yang ketara Hari 6: Daun mula layu Hari 8: Daun terus gugur Inferens Daun layu - hal ini kerana daun tidak mendapat cahaya matahari yang secukupnya untuk proses tumbesaran - Daun layu - bahagian yang ditutupi kertas hitam menghalang daun mendapat cahaya seterusnya menyebabkan daun tidak dapat menjalani proses fotosintesis

A

B

Eksperimen A, prosedur A: Daun kelihatan kekuningan tetapi tidak gugur

Eksperimen A, prosedur B: Daun layu dan gugur

Perbincangan

Eksperimen A, daun yang diselaputi Vaselin telah layu tetapi tidak gugur. Daun yang diklipkan dengan kertas yang digunting setelah beberapa hari, terus gugur. Kesimpulan eksperimen 1 Stomata terletak di bahagian belakang daun. Sekiranya sebelah belakang daun diselaputi Vaseline, maka daun tersebut akan mati kerana daun tersebut tidak dapat melakukan proses fotosintesis dengan berkesan. Fotosintesis merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia.Dalam bahasa yang mudah, fotosintesis adalah proses tumbuhan membuat makanannya sendiri Namun begitu sekiranya hanya bahagian atas daun ditutupi, daun tersebut masih boleh hidup. Stomata tumbuhan darat banyak terdapat pada bahagian bawah daun bertujuan untuk mengurangi penguapan. Hal ini kerana, fotosintesis memerlukan air dan penguapan akan mengurangkan jumlah air. Sebaliknya pula, stomata tumbuhan air banyak terletak di atas daun yang bertujuan untuk mempercepat penguapan. Walaubagaimanapun daun tidak akan terus mati sekiranya vaselin dibersihkan selepas sehari. Ini adalah kerana tumbuhan akan terus menjalankan proses fotosintesis selepas vaselin dibersihkan. Daun juga akan masih boleh terus hidup walaupun hanya separuh bahagian daun ditutup. Hal ini kerana bahagian tidak dilapisi masih boleh melakukan proses fotosistesis. Walaubagaimanapun, bahagian yang ditutup akan layu. Jika kertas hitam ditanggalkan, daun kelihatan layu kerana tidak mendapat cahaya matahari yang cukup. Walaubagaimanapun, selepas kertas hitam ditanggalkan, daun akan kembali segar dengan syarat segala keperluan asasnya seperti air, udara & cahaya mencukupi.

Ujikaji : Menyiasat keperluan asas tumbuhan. Objektif Untuk mengenalpasti keperluan asas tumbuhan, iaitu cahaya matahari, udara dan air. Pengenalan Tumbuhan memerlukan penjagaan khas untuk membolehkan ia tumbuh. Tumbuhan memerlukan tanah, udara. cahaya dan air. Tumbuhan juga perlu dibaja secara kerap untuk membantu proses tumbesarannya. Baja mengandungi mineral yang boleh membantu tumbuhan membesar dengan sihat. Tumbuhan membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Proses fotosintesis akan membebaskan oksigen yang amat diperlukan oleh manusia untuk bernafas. Penyataan masalah Bolehkah tumbuhan hidup tanpa air? Hipotesis Tumbuhan tidak boleh hidup tanpa cahaya matahari, air dan udara. Tumbuhan memerlukan kesemua elemen ini untuk terus hidup. Pemboleh ubah malar Jenis tumbuhan yang digunakan Pemboleh ubah dimanipulasi Jenis keperluan tumbuhan Pemboleh ubah bergerak balas Keadaan tumbuhan

Eksperimen B Bahan/radas i. Benih-benih kacang ii. Dua bekas bunga kecil iii. Air iv. Tanah, humus

Prosedur 1. Beberapa biji benih kacang ditanam di dalam bekas bunga kecil. 2. Kedua-kedua tumbuhan diletakkan di bawah cahaya matahari 3. Tumbuhan A disiram air secukupnya pada setiap hari 4. Tumbuhan B tidak disiram air Eksperimen B: Tumbuhan A Pemerhatian Hari 1 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Benih kacang mula cambah Inferens Biji benih mempunyai keperluan air yang mencukupi

B

Hari 1 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 3 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan

-

Tumbuhan tidak mempunyai air yang mencukupi untuk hidup

Eksperimen B, Tumbuhan A: Benih kacang tumbuh

Eksperimen B, Tumbuhan B: Benih kacang tidak tumbuh

Perbincangan Eksperimen B, biji benih di dalam bekas bunga yang disiram mula tumbuh dengan subur. Pertumbuhannya adalah pesat dan cepat berbanding dalam bekas yang tidak disiram air. Air diperlukan oleh biji benih untuk melakukan percambahan. Air diserap oleh biji benih melalui mikropil dan menyebabkan embrio dalam biji benih membesar. Air juga bertindak melembutkan testa dan mengembangkan kotiledon. Kotiledon yang mengembang mengakibatkan testa merekah. Radikal akan tumbuh dahulu menjadi akar manakala plumur menjadi daun, batang dan pucuk. Dalam eksperimen ini tumbuhan tidak dapat bertumbuh kerana tidak mempunyai air. Kesimpulan eksperimen 2: Semua tumbuhan mempunyai keperluan asas yang sama. Keputusan tetap sama sekiranya biji benih yang lain dimasukkan. Berdasarkan keperluan, tanaman tidak memerlukan terlalu banyak air untuk hidup. Jika kita memberi terlalu banyak air kepada tumbuhan, beberapa tanda akan dapat dikesan. Antaranya akar akan reput, tumbuhan kelihatan layu, daun yang baru akan bertukar menjadi keperangan dan tiada tumbesaran tumbuhan. Terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti sekiranya tumbuhan mendapat air yang mencukupi, tidak cukup air atau terlebih air. Antaranya, kita boleh mengenalpasti petanda pada tumbuhan berdasarkan pada ciri-ciri berikut: a) Cukup: Tanaman ini tumbuh sihat. b) Tidak cukup air: Daun kekuningan dan kering.

c) Terlalu banyak air: akar akan reput, tumbuhan kelihatan layu, daun yang baru akan bertukar menjadi keperangan dan tiada tumbesaran tumbuhan.

Ujikaji : Menyiasat keperluan asas tumbuhan. Objektif Untuk mengenalpasti keperluan asas tumbuhan, iaitu cahaya matahari, udara dan air. Pengenalan Tumbuhan memerlukan penjagaan khas untuk membolehkan ia tumbuh. Tumbuhan memerlukan tanah, udara. cahaya dan air. Tumbuhan juga perlu dibaja secara kerap untuk membantu proses tumbesarannya. Baja mengandungi mineral yang boleh membantu tumbuhan membesar dengan sihat. Tumbuhan membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Proses fotosintesis akan membebaskan oksigen yang amat diperlukan oleh manusia untuk bernafas.

Penyataan masalah Bolehkah tumbuhan hidup tanpa udara? Hipotesis Tumbuhan tidak boleh hidup tanpa cahaya matahari, air dan udara. Tumbuhan memerlukan kesemua elemen ini untuk terus hidup. Pemboleh ubah malar Jenis tumbuhan yang digunakan Pemboleh ubah dimanipulasi Jenis keperluan tumbuhan Pemboleh ubah bergerak balas

Keadaan tumbuhan Eksperimen C: Bahan/radas 1. 2. 3. 4. 5. Biji-biji kacang Dua balang dan dua cawan plastik Tanah, humus Kapas Air

Prosedur A 1. Biji-biji kacang ditanam di dalam balang 2. Tanah pada kedua-dua balang disiram air secukupnya. Udara telah disingkirkan daripada tanah apabila gelembung udara tidak lagi kelihatan. 3. Balang pertama ditutup menyebabkan bekalan udara tidak lagi dibekalkan kepada tumbuhan 4. Balang kedua dibiarkan lembap dengan disiram air pada kadar yang diperlukan.

Prosedur B 1. 2. Kedua-dua cawan diisi dengan air. Kapas diletakkan pada bahagian atas cawan. Biji-biji kacang diletakkan di atas kapas. Ini akan menyebabkan biji kacang sentiasa lembap. 3. Biji kacang dimasukkan ke dalam air pada cawan kedua, seterusnya menyebabkan penyingkiran udara. 4. Kedua-dua cawan diletakkan di tempat yang mempunyai suhu dan cahaya yang sama.

Eksperimen C:

Prosedur A (Balang ditutup)

Pemerhatian Hari 1 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 4 : Benih kacang mula cambah Hari 6 : Semua benih kacang telah terbantut Hari 7 : Bijih benih mati

Inferens Benih bercambah dengan lambat kerana menggunakan sumber oksigen yang terhad. - benih kacang dapat tumbuh kerana menggunakan udara yang terperangkap untuk terus hidup sehingga kandungan udara habis Benih kacang tumbuh dengan cepat kerana mempunyai oksigen yang memcukupi untuk terus bercambah

A (balang tidak ditutup)

Hari 1 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Benih kacang mula cambah Hari 3 : Benih mula tumbuh akar dan daun Hari 4 : Benih mula membesar dengan subur Hari 1 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Benih kacang mula cambah Hari 3 : Benih mula tumbuh akar dan daun Hari 4 : Benih mula membesar dengan subur Hari 1 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 3 : Benih tidak menunjukkan sebarang perubahan Hari 4 : Benih tidak menunjukkan sebarang perubahan

B

Benih pada kapas dapat tumbuh dengan subur kerana mendapat keperluan asas yang mencukupi

B

Tumbuhan tidak dapat bercambah kerana tidak mempunyai udara yang mencukupi

Eksperimen C, melalui prosedur A, biji benih yang berada di dalam balang jar yang tidak ditutup bercambah dan tumbuh dengan baik. Ini kerana tumbuhan mendapat keperluan udara yang mencukupi. Udara sangat penting bagi percambahan biji benih. Oksigen digunakan untuk mengoksida makanan menjadi tenaga semasa respirasi sel. Bagi balang yang ditutup pula tumbuhan masih dapat bercambah kerana hanya menggunakan udara yang terkumpul di dalam balang sahaja.

Eksperimen C , melalui prosedur B, benih yang dilembabkan dengan air dapat tumbuh dengan baik kerana mempunyai cukup keperluan asas. Manakala benih yang ditenggelamkan dengan air tidak dapat bercambah kerana tidak mempunyai oksigen yang mencukupi bagi rspirasi sel.

Kesimpulan eksperimen 3: Kita boleh menggunakan mancis yang terbakar di balang untuk membuang semua udara di dalam balang B. Hal ini kerana api memerlukan oksigen untuk pembakaran. Api akan terpadam sekiranya tiada lagi oksigen kerana pembakaran tidak dapat lagi dilakukan. Udara yang banyak tidak akan mendatangkan masalah kepada kepada tumbuhan. Bahkan ia mendatangkan manfaat kepada tumbuhan. Semasa percambahan, biji benih memerlukan air, udara dan suhu yang sesuai. Dalam eksperimen ini biji benih dalam bekas B tidak dapat bercambah kerana kekurangan oksigen. oksigen digunakan untuk mengoksidakan makanan menjadi tenaga semasa respirasi sel. Tenaga ini digunakan untuk percambahan biji benih. Air diserap oleh biji benih melalui mikropil dan menyebabkan embrio dalam biji benih membesar. Air juga bertindak melembutkan testa dan mengembangkan kotiledon. Kotiledon yang mengembang mengakibatkan testa merekah. Radikal akan tumbuh dahulu menjadi akar manakala plumur menjadi daun, batang dan pucuk. Biji benih akan bercambah jika berada dalam keadaan yang sesuai. Syarat-syarat yang diperlukan untuk percambahan ialah: a) Air b) Udara c) Suhu yang sesuai.