UKays vs KrU

download UKays vs KrU

of 16

description

psychology

Transcript of UKays vs KrU

Penggunaan Konsep UKays VS krU Sebagai Satu Kaedah Perekodan Perakaunan Asas Akruan Belanja Dan Hasil Bagi Dalam Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4, Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang Besar, Melaka.Oleh Kartini Binti MunirUniversiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAKLatihan mengajar merupakan komponen wajib dalam kursus-kursus pendidikan yang ditawarkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk melengkapkan Ijazah pendidikan dalam bidang pilihan. Oleh yang demikian, setiap mahasiswa UPSI akan menjalankan latihan selama 16 minggu di sekolah-sekolah pilihan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran terdapat banyak kaedah dan teknik yang akan digunakan oleh guru pelatih untuk menjadikan pengajaran menarik dan berkesan. Kajian ini cuba mengupas permasalahan yang dihadapi oleh pelajar prinsip perakaunan mengenai topik pelarasan yang bertumpu kepada perakaunan asas akruan belanja dan hasil. Guru pelatih cuba mengaplikasikan kaedah akronim dan akrostik dalam pengajaran prinsip perakaunan, iaitu penggunaan konsep Ukays VS krU. Hasil kajian menunjukkan peningkatan prestasi pelajar dalam sub topik pelarasan. Guru-guru pelatih adalah cenderung memberi idea-idea baru dalam pengajaran serta berbincang dengan guru tetap untuk memperbaiki prestasi pelajar dalam pelajaran tidak kira apa pun mata pelajaran yang diambil.

1.0 PENDAHULUAN

Bab ini akan menerangkan mengenai latar belakang kajian, masalah atau isu yang berkaitan dengan kajian, objektif kajian dilakukan, persoalan kajian, batasan kajian serta kepentingan kajian ini dilakukan. Prinsip perakuanan adalah salah satu subjek elektif yang akan menjadi pilihan pelajar-pelajar apabila memasuki tingkatan 4. Pemilihan subjek elektif dalam kalangan pelajar adalah berdasarkan minat serta kelayakan akademik berdasarkan keputusan PMR. Pelajar telah didedahkan mengenai topik simpan kira pada subjek kemahiran hidup ketika berada di tingkatan 3 dan pengetahuan ini membantu pelajar untuk memilih subjek prinsip perakaunan sebagai pilihan berbanding subjek lain.

Umum mengetahui bahawa subjek prinsip perakuanan adalah mengenai pengiraan dan selalunya pelajar yang minat mengira akan menjadikan subjek ini sebagai pilihan mereka. Namun begiru, terdapat juga sekolah yang menetapkan pilihan subjek elektif ini di tangan pihak pengurusan sekolah iaitu sepenuhnya berdasarkan keputusan PMR yang lepas. Hal ini akan menimbulkan ketidakpuasan hati pelajar yang tidak meminati subjek ini. Oleh yang demikian guru perlu memainkan peranan yang besar bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek prinsip perakauan ini serta melaksanakan akativiti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan agar topik-topik yang dibincangkan mudah untuk difahami dan dikuasai oleh pelajar.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIANPrinsip Perakaunan merupakan satu pengajian asas perakaunan yang bertujuan untuk melahirkan individu yang mempunyai kemahiran perakaunan, berakauntabiliti, berfikiran kritikal dan reflektif, mengamalkan budaya kerja yang beretika, berkemahiran dalam teknologi maklumat, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik melalui pendekatan pembelajaran bermakna dan kesepaduan teori dan amalan perakaunan seperti yang dinyatakan dalam objektif pembelajaran. Penyampaian kurikulum mata pelajaran ini adalah berdasarkan kepada amalan proses kerja perakaunan yang dijalankan dari satu peringkat ke satu peringkat lain yang dinamakan Kitaran Perakaunan. Kitaran perakuanan ini merupakan langkah-langkah dalam penyediaan dan penyemakan semula penyata kewangan yang merupakan hasil akhir daripada kitaran ini. Setiap langkah dalam kitaran perakaunan akan dipelajari di tingkatan empat dan terdapat beberapa topic tambahan akan dipelajari di tingkatan lima, walaupun topik-topik tambahan tidak menyentuh secara langsung mengenai kitaran perakauan, namun begitu kitaran ini masi juga diamalkan dalam topic-topik berkenaan tanpa disedari oleh pelajar. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, nilai-nilai murni, adab dan etika perakaunan disepadukan secara langsung dan tidak langsung. Pendekatan yang digunakan seharusnya dapat menggalakkan murid menguasai pelbagai kemahiran pembelajaran dan kemahiran generik yang berteraskan kemahiran berfikir secara kritis dan reflektif.

Prinsip Perakaunan mengandungi 15 topik keseluruhannya yang merangkumi topik tingkatan 4 dan 5. Setiap topik yang dipelajari mempunyai perkaitan dan setiap pelajar perlu mahir dalam topik yang telah dipelajari bagi memastikan pembelajaran topik seterusnya adalah berkesan. Pendekatan pembelajaran Masteri merupakan pendekatan yang sangat bersesuaian kerana perkaitan topik demi topik dalam subjek prinsip perakaunan. Tidak mahir dalam topik yang telah dipelajari akan mempengaruhi pembelajaran topik seterusnya terutamanya pada topik-topik tingkatan 4. Penekanan kepada kitaran perakaunan perlu dititikberatkan kerana kitaran ini mempengaruhi pemahaman pelajar dalam semua bab yang perlu dipelajari dalam prinsip perakaunan contoh topik pengajian yang merupakan topik baru dalam sukatan mata pelajaran prinsip perakaunan yang memerlukan dokumen sumber untuk merekod gaji yang dibayar dan juga pengiraan gaji pekerja juga memerlukan dokumen sumber sebagai rujukan pengiraan seperti maklumat hari bekerja, maklumat KWSP dan Perkeso serta maklumat elaun-elaun yang diberikan kepada pekerja. Dalam pengajian juga terdapat maklumat yang perlu dicatatkan sebagai debit dan maklumat berkaitan kredit.

Pelarasan merupakan langkah kelima dalam kitaran perakauanan yang akan menghasilkan imbangan duga terselaras. Hal ini kerana maklumat dalam Imbangan Duga sahaja belum cukup untuk menyediakan penyata kewangan bagi perniagaan kerana masih terdapat pelarasan-pelarasan yang perlu dibuat sebelum penyata kewangan disediakan. Pelarasan-pelarasan yang dimaksudkan ialah hasil dan belanja terakru, hasil dan belanja terdahulu, hutang lapuk, peruntukan hutang ragu, hutang lapuk terpulih serta susut nilai dan susut nilai terkumpul. Pelarasa-pelarasan ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang sebenar mengenai prestasi perniagaan di samping memenuhi ciri-ciri kualitatif yang diperlukan pada sesebuah penyata kewangan.

Pelarasan yang diberi penekanan dalam kajian ini adalah berkaitan dengan hasil dan belanja yang terakru serta terdahulu. Pelarasan berkaitan belanja dan hasil adalah berkaitan dengan konsep Asas Perakaunan Akruan yang bermaksud jumlah hasil yang dilaporkan adalah sama dengan hasil bagi tempoh perakaunan berkenaan. Dalam proses perakaunan terdapat dua asas perakaunan yang digunakan iaitu perakauanan asas tunai dan perakaunan asas akruan. Perakaunan asas tunai mengariskan prinsip bahawa hasil akan direkodkan apabila tunai diterima dan belanja akan direkodkan apabila tunai dibayar perakaunan ini tidak memadankan hasil sebenar yang diperolehi dengan belanja sebenar yang dibayar dalam tempoh perakaunan.

Maka, Perakaunan Asas Tunai menjadi tidak selari dengan garis panduan prinsip perakaunan yang diterima umum dan tidak dianggap alat pengurusan yang efektif. Asas Akruan juga merupakan asas perakaunan yang melibatkan pemadanan hasil dan belanja bagi sesuatu tempoh perakaunan. Oleh yang demikian adalah amat penting untuk memahami perakaunan asas akruan bagi memudahkan pelajar menyediakan penyata kewangan atau akaun penutup.

1.2 Penyataan Masalah

Pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan Lima merupakan kesinambungan daripada pembelajaran Tingkatan Empat. Hal ini bermakna segala konsep dan kaedah perakaunan yang dipelajari di Tingkatan Empat merupakan asas yang digunakan dalam sesi pembelajaran Tingkatan Lima. Kegagalan pelajar memahami konsep dalam sukatan mata pelajaran Tingkatan Empat akan membawa kesan buruk terhadap pembelajaran Prinsip Akaun di Tingkatan Lima kerana mata pelajaran ini merupakan lanjutan di Tingkatan Lima. Asas perakaunan yang dipelajari di Tingkatan Empat akan menjadi asas yang akan digunakan dalam pembelajaran Tingkatan Lima secara lebih mendalam dan sekiranya pelajar tidak menguasai pengetahuan asas ini, pembelajaran Tingkatan Lima akan menjadi sukar dan guru terpaksa mengulang semula pelajaran tingkatan 4 yang berkaitan dengan tajuk yang di pelajari.

Topik pelarasan merupakan topik yang kurang digemari oleh pelajar kerana ramai diantara mereka beranggapan bahawa topik ini sangat mengelirukan dan sukar untuk difahami. Pelajar sukar untuk membuat perbezaan mengenai konsep terakru dan terdahulu. Hal ini juga berlaku ketika saya dan rakan kelas melaksanakan satu program cemerlang perakaunan di SMK Dato Kamaruddin, Taiping Perak. Seramai 80 orang peserta terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima kelas prinsip perakaunan terlibat dalam program yang dijalankan. Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, kebanyakan pelajar tingkatan 5 gagal menjawab soalan penyata kewangan yang telah mereka pelajari sewaktu Tingkatan Empat. Setelah di selidik pelajar kurang memahami sub topik pelarasan terutamanya berkaitan dengan hasil dan belanja terakru serta terdahulu. Oleh itu pelajar yang lemah dalam topik pelarasan akan menghadapi masalah untuk menyelesaikan soalan berkaitan dengan penyata pendapatan.

Kajian ini adalah untuk memperbaiki kaedah pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Terdapat banyak teknik yang boleh digunakan untuk mengingati formula mahupun fakta dengan mudah dan berkesan. Kajian ini mengetengahkan kaedah akrostik iaitu menggunakan konsep Ukays VS krU dalam Kaedah Perekodan Perakaunan Asas Akruan Belanja Dan Hasil. 1.3 Objektif KajianObjektif am kajian ini dilakukan adalah untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan murid terhadap Pelarasan Belanja dan Pelarasan Hasil dalam Perakaunan Asas Akruan dalam sub topik pelarasan. Terdapat beberapa objektif khusus yang juga diberi tumpuan dalam kajian ini iaitu;i. Meningkatkan kemahiran murid untuk memahami pelarasan belanja terakru dan terdahulu.ii. Meningkatkan kemahiran murid untuk memahami pelarasan hasil terakru dan terdahulu.iii. Mengelakkan murid daripada membuat kesilapan dalam perekodan pelarasan terakru dan terdahulu.iv. Mengubah kaedah atau teknik pengajaran guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan serta menarik perhatian pelajar.v. Meningkatkan daya ingatan murid menggunakan kaedah Ukays vs krU

1.4 Persoalan Kajiani. Apakah tahap kemahiran murid dalam subtopik pelarasan belanja terakru dan terdahulu?ii. Apakah tahap kemahiran murid dalam subtopik pelarasan hasil terakru dan terdahulu?iii. Sejauhmanakh kemahiran murid dapat membantu mengurangkan kesilapan dalam perekodan pelarasan terakru dan terdahulu.iv. Adakah perubahan teknik dan kaedah pengajaran berkesan meningkatkan kefahaman dan menarik perhatian pelajar.v. Sejauhmanakah pengenalan konsep Ukays vs krU memberi kesan kepada daya ingatan pelajar.

1.5 Batasan KajianKajian ini dilakukan hanya kepada pelajar prinsip akaun tingkatan 4 SMK Malim, Melaka. Oleh itu dapatan kajian ini mungkin berbeza dengan pelajar di sekolah lain. Guru yang berbeza akan menyampaikan dengan cara yang berbeza oleh itu akan terdapat perbezaan dapatan sekirannya dilakukan oleh guru yang berbeza. Selain itu, dapatan juga mungkin berbeza mengikut kefahaman murid-murid atau penglibatan mereka dalam aktivit pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan. Kesimpulannya, dapatan kajian ini mungkin berbeza berdasarkan 3 faktor utama iaitu pengajaran guru, pembelajaran pelajar dan persekitaran sekolah. 1.6 Kepentingan KajianKajian ini amat penting kerana ianya akan menjadi satu kaedah berkesan dalam menangani masalah yang dihadapi oleh pelajar terutamanya dalam subjek prinsip perakaunan. Oleh itu kajian ini penting kepada:i. Pihak Sekolah iaitu dapat meningkatkan prestasi peperiksaan terutamanya untuk subjek Prinsip Perakaunan. ii. Guru-guru sebagai panduan dalam mempelbagaikan kaedah atau teknik pengajaran bagi menarik perhatian pelajar serta menambahkan kefahaman.iii. Pelajar-pelajar sebagai salah satu kaedah untuk mengingat dan memahami subtopik pelarasan dan seterusnya mendapat keputusan yang lebih baik dalam subjek prinsip perakaunan.iv. Subjek Prinsip Perakaunan itu sendiri iaitu menambahkan minat pelajar kepada subjek prinsip perakaunan kerana ianya lebih mudah untuk difahami dengan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru.

2.0 ULASAN KARYAKesukaran memahami bahasa perakaunan dan mengingati konsep-konsep urusniaga perakaunan menjadi masalah bagi pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan si Tingkatan Empat. Pengetahuan mengenai konsep-konsep ini adalah penting bagi memastikan pelajar dapat menguasai subjek prinsip perakaunan secara menyeluruh. Belanja Terdahulu dan Terakru merupakan salah satu konsep dalam perakaunan di bawah topik pelarasan. Namun begitu, terdapat ramai pelajar yang tidak dapat memahami dan mengingati konsep tersebut dengan baik. Oleh itu ulasan karya ini menjelaskan mengenai teknik mengingat menggunakan konsep Ukays vs krU dibawah kaedah akrostik iaitu merupakan salah satu cara meningkatkan daya ingatan.3.1 Alat Membantu IngatanMnemonik adalah alat membantu akal untuk mengingat sesuatu. Perkataan mnemonik (mnemonic) adalah daripada perkataan Greek yang bermaksud untuk mengingati. Kata mnemonic berasal dari bahasa Yunani yaitu mnemonikos yang memiliki hubungannya dengan Mnemosyne (remembrance ingatan) sebutan nama bagi seorang dewi ingatan dalam mithologi Yunani. Kedua kata tersebut merujuk pada kata mnema (remembrance ingatan). Mnemonic pada saat itu sering dianggap dalam konteks sekarang ini dikenal dengan seni mnemonic.Mnemonik telah mula digunakan sejak lebih seribu tahun yang lalu oleh Yunani dan Rom. Bangsa Yunani kuno terlalu memuja kemampuan ingatan sehingga mereka mempunyai dewa yang bernama Mnemosyne, bermaksud 'berfikir dengan teliti.

Mnemonik (dibaca ne-mo-nik) merupakan bantuan ingatan yang biasanya akan menggunakan alat verbal, alat visual, kinestatik atau audio. Perkataan mnemonik moden merujuk kepada teknik memacu ingatan untuk mengingati fakta- fakta dengan mengaitkannya dengan maklumat dan data sedia ada yang lebih ringkas dan mudah. Beberapa teknik mnemonik moden telah disusun secara sistematik oleh Michael Perssley dan Joel Levin.

Daripada teknik ini, apa yang difahami ialah apabila ia digunakan untuk mengingat sesuatu, proses ingatan akan menjadi lebih mudah. Mnemonik menggunakan prinsip asosiasi, iaitu informasi yang ingin diingati dikaitkan dengan informasi yang lain yang mudah diingat. Antara teknik mnemonik yang biasa digunakan ialah kaedah loci, sistem kata kunci, teknik menghubungkan, teknik akronim dan teknik akrostik. Selain daripada memudahkan ingatan, teknik ini dirasakan sangat membantu mengingati fakta fakta yang banyak dan rumit serta meningkatkan input ingatan, mengurangkan tekanan minda dan membantu meluaskan skop ingatan dalam kadar yang maksima. Teknik akrostik merupakan teknik yang diberi penekanan dalam kajian ini.3.4Teknik AkronimAkronim adalah penggunaan setiap huruf pertama dari suatu perkataan menjadi suatu kata baru. Biasanya penggunaan akronim ini berguna/bermanfaat untuk mengingat sesuatu konsep atau kaedah mengikut urutan ataupun perkataan yang panjang seperti nama-nama kementerian. Contohnya Kementerian Pelajaran Malaysia dan disingkatkan menjadi KPM. Dalam konsep perakaunan pula contoh nya berdasarkan kajian lepas iaitu penggunana konsep AB LEH yang mewakili perkataan Aset, Belanja, Liabiliti, Ekuiti dan Hasil.

Meskipun akronim sangat berguna sebagai bantuan ingatan, tetapi memiliki beberapa kelemahan iaitu kebolehan untuk menghafal perkataan baru untuk hafalan diluar konsep perakauanan tetapi tidak membantu dalam proses memahami sesuatu yang dihafal sekirannya pelajar tidak menggunakannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, teknik ini juga susah untuk dibentuk kerana tidak semua daftar kata dapat dibentuk dengan baik untuk menjadi satu perkataan baru yang mudah untuk disebut dan menarik. Akronim juga mudah dilupakan terutamanya apabil pelajar tidak memberikan komitmen untuk menghafal. Oleh itu dalam kajian ini Akronim digunakan sebagai panduan untuk melengkapkan perkataan yang dibentuk dalam membantu pelajar mengingati konsep dengan lebih baik

3.3 Teknik AkrostikAkrostik adalah penggunaan setiap huruf pertama dari satu kelompok kata dan suku kata-suku kata lain sehingga menjadi satu perkataan contohnya dalam menghafal warna pelangi seperti si bawahWarna pelangi Me = Merah Ji = Jingga Ku = Kuning Hi = Hijau Bi = Biru Ni = Nila U = Ungu

Akrostik sangat mudah dihafal dan akan sangat berguna terutamanya ketika perlu menghafal suatu konsep dalam urutan khusus. Salah satu kelebihan dari akronim adalah pada akrostik tidak adanya/kurangnya batasan kata. Jika pada akronim susah untuk membentuk kata baru, maka boleh dilakukan pada akrostik dengan lebih baik. Meskipun demikin, akrostik juga mempunyai kelemahan iaitu dari segi tidak membantu dalam pemahaman konsep yang dihafal.

Dalam kajian ini perkataan Ukays dan krU adalah diterbitkan daripada perkataan terakru dan terdahulu. K merujuk kepada terakru manakala U merujuk kepada terdahulu. Penggunaan nama artis dilakukan kerana pelajar sinonim dengan industri seni di negara ini dan kedua-dua kumpulan ini terkenal. Berdasarkan kajian lepas yang dilakukan oleh Abdul Rahman Bin Zainal (2007) dalam kajian yang berkaitan meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah berkenaan topik dokumen perniagaan mata pelajaran prinsip perakaunan melalui kaedah magik huruf. Majik huruf merupakan salah satu perkataan yang dibentuk menggunakan teknik akronim dalam merangsang ingatan yang lebih baik. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapai oleh pelajar Tingkatan 5 di dalam topik Dokumen Perniagaan. Bagi pelajar yang mengambil elektif Prinsip Perakaunan dalam peperiksaan SPM, topik Dokumen Perniagaan merupakan topik penting dan sentiasa ditanya dalam peperiksaan sebenar. Ini bermakna pelajar yang menguasai topik ini bukan sahaja sudah pasti lulus malah mampu memperolehi keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan sebenar. Kajian ini dijalankan ke atas 20 orang pelajar Melayu Tingkatan 5 Ibnu Khaldun Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, Pontian iaitu terdiri daripada 8 orang pelajar lelaki dan 12 orang pelajar perempuan serta melibatkan seorang guru. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan, peperiksaan pertama dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak dapat menentukan setiap dokumen perniagaan yang diberi perlu direkod di dalam buku catatan pertama yang mana satu. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik yang berkesan dan mudah difahami serta diingati pelajar selama 80 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 8 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukan pelajar lebih mengingati, memahami dan seronok membuat soalan-soalan Dokumen Perniagaan dengan menggunakan kaedah Magik Huruf. Guru merasakan bahawa kaedah boleh diperluaskan kepada tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan atau mata pelajaran yang lain. Oleh yang demikian perkataan UKays vs krU dibentuk bagi memudahkan ingatan pelajar mengenai konsep terdahulu dan terakru. Perkataan ini juga dibentuk menggunakan teknik akronim dan akrostik.

3.0 METODOLOGIPerkara yang akan dibincangkan dalam bahagian ini adalah berkaitan dengan reka bentuk kajian, persampelan, pengumpulan data dan instrumen kajian. Kajian Tindakan pada asasnya bergerak dalam satu kitaran yang berterusan iaitu melibatkan empat peringkat atau proses iaitu:

Proses 1 : Merancang sebelum melaksanakan kajian tindakan, penyelidik perlu membuat perancangan. Menentukan aktiviti-aktiviti dan tempoh masa pelaksanaan bagi menangani masalah yang dikenalpasti. Memastikan langkah-langkah dan bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti ( contoh: menjalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan )

Proses 2 : Menentukan langkah dan cara penilaian aktiviti yang akan dijalankan. (contoh: cara penilaian pemerhatian, kumpulan sasar pelajar, guru). Analisa keputusan / dapatan dan membuat refleksi terhadap keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

Proses 3 : Bertindak ( melaksanakan rancangan ) proses menjalankan kajian tindakan. Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang.

Proses 4 : Memerhati ( mengumpul bukti ). Pengumpulan maklumat boleh dilakukan melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, ujian dan latihan serta analisis dokumen.

Proses 5 : Membuat refleksi ( analisis data dan refleksi ). Refleksi adalah untuk mentafsir kemahiran mengajar guru dan mempertingkatkannya. Hasil daripada refleksi, guru akan mendapat kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan tanggapan, perubahan amalan dan mempertingkatkan profesionalisme keguruan.

3.1 Reka Bentuk KajianModel yang digunakan dalam kajian ini adalah Model Kajian Tindakan Kemmis (1983) dan Mc Taggart yang telah digabungkan menjadi satu model berbentuk satu kitaran kajian. Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak. Model ini ditunjukkan dalam Rajah di bawah.

Rajah 1: Model kajian Tindakan Kemmis dan Mc TaggartKajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti berikut;Langkah 1 Tinjauan Awal Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dengan menggunakan borang soal selidik dan pemerhatian terhadap tingkah laku murid. Pelajar sering membuat kesilapan merekodkan hasil dan belanja terakru serta terdahulu dalam penyata kewangan. Pelajar keliru dengan hasil dan belanja. Pelajar mengalami masalah untuk mengingati konsep terakru dan terdahulu. Pelajar tidak dapat menhafal dan memahami terakru dan terdahulu awal dan akhir. Pelajar akan kehilangan banyak markah kerana soalan berkaitan terdahulu dan terakru sering keluar dalam peperiksaan.

Kenalpasti masalah guru atau bahan Guru menggunakan kaedah pengajaran yang sukar untuk difahami Guru gagal menarik perhatian murid dan memerlukan kaedah pengajaran yang berbeza daripada sebelumnya.Langkah 2 Perancangan Tindakan Menyediakan satu set ujian pra bagi menilai kekuatan dan kelemahan pelajar terhadap topik hasil dan belanja terdahulu serta terakru. Set soalan pra ini mengandungi 2 bahagian iaitu: Bahagian A ( Soalan Aneka Pilihan) mengandungi 7 soalan, dan Bahagian B (Perekodan Urusniaga yang terlibat) 3 soalan. Mencari kaedah yang sesuai untuk membantu pelajar mengingati konsep terakru dan terdahulu dengan membaca buku-buku berkaitan teknik mengingat yang berkesan.Langkah 3 Mengambil Tindakan Menggunakan analisis ujian pra untuk mencari soalan yang mengelirukan pelajar. Memilih kaedah yang sesuai bagi meningkatkan ingatan pelajar. Menggunakan kaedah akrostik bagi menghafal kedudukan hasil dan belanja terdahulu serta terakru. Menggunakan konsep Ukays VS krU iaitu nama artis yang sinonim dengan pelajar. Memberikan satu set soalan ujian pos dan membuat pemerhatian untuk melihat keberkesanan penggunakan kaedah yang dicadangkan.Langkah 4 Menilai Mengenalpasti perbezaan tahap kefahaman pelajar sebelum dan selepas penggunaan kaedah Ukays dan krULangkah 5 Membuat refleksi Mengenalpasti tindakan penyelesaian masalah terhadap penggunaan Ukays dan krU dalam mengelakkan sebarang kesilapan dalam perekodan kerana ianya mempengaruhi penyata kewangan dan untung rugi dalam prinsip perakaunan.

3.2 Lokasi KajianKajian akan dijalankan di sebuah sekolah Melaka iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Malim. Sekolah ini terletak di daerah Melaka tengah dan lokasinya adalah ke arah Bandaraya iaitu kawasan yang sibuk. Lokasi dipilih kerana terdapat banyak sekolah berdekatan yang menunjukkan kecemerlangan akademik yang lebih baik berbanding sekolah ini. Hal ini menjadi pemangkin untuk melaksanakan kajian tindakan untuk memperbaiki kaedah pengajaran guru dan seterusnya meningkat prestasi akademik SMK Malim, Melaka.

3.3 Populasi dan Persampelan KajianPopulasi kajian adalah terdiri daripada pelajar yang mengambil subjek elektif Prinsip Perakaunan di sekolah. Sampel dipilih di SMK Malim, Melaka iaitu satu kelas prinsip perakaunan tingkatan 4. Sampel ini dipilih kerana topik pelarasan merupakan topik tingkatan 4, oleh itu pelajar tingkatan 4 adalah bersesuaian menjadi sampel dalam kajian ini.

3.4 Sumber DataData dan sumber rujukan dalam kajian ini diperolehi daripada dua sumber iaitu data primer dan data sekunder. Data primer adalah data asal yang diperolehi daripada maklumbalas pelajar. Maklumbalas tersebut dapat dilihat dan dianalisis daripada Borang Soal Selidik dan Markah Ujian Pos yang telah dilaksanakan sepanjang melaksanakan kajian ini. Data sekunder kajian pula merangkumi kajian-kajian tindakan yang lepas serta buku-buku ilmiah berkaitan dengan prinsip perakaunan dan teknik mengingat.

3.5 Pengumpulan DataPengumpulan data adalah mengunakan kaedah tinjauan iaitu dikutip melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada responden, dijawab dan diambil secara bersemuka dengan responden terpilih. Borang soal selidik sebelum digunakan untuk menilai tahap pengetahuan pelajar terhadap sub topik perakauanan akruan, borang soal selidik selepas adalah untuk menilai sekiranya penggunaan konsep Ukays vs krU memberi kesan kepada pembelajaran dan pengajaran atau persepsi pelajar terhadap topik perakaunan asas akruan. Selain itu, kaedah eksperimen juga dilakukan iaitu dengan memberikan soalan pra untuk menguji tahap kefahaman pelajar sebelum kajian dilakukan dan ujian pos untuk menilai keberkesanan teknik yang digunakan dalam kajian ini.

3.6 Instrumen KajianKajian ini akan menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu:1) Borang Soal Selidik Borang soal selidik telah diberikan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas murid berkaitan kaedah .UKays vs KrU. . sebelum dan selepas kaedah ini diperkenalkan.Terdapat dua set borang soal selidik yang akan digunakan iaitu soal selidik sebelum dan soal selidik selepas perlaksanaan konsep Ukays vs krU. Borang ini akan membantu untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap perakaunan asas akruan sebelum pengunaan konsep Ukays vs krU dan persepsi selepas pengenalan konsep tersebut.

2) Soalan-soalan ujianTerdapat dua set soalan yang akan digunakan dalam kajian ini iaitu soalan Ujian Pra dan Ujian Pos yang terdiri daripada soalan-soalan yang berkaitan dengan perakaunan akruan. Berdasarkan keputusan yang diterima, ia akan membantu kami dalam membuat analisis sama ada konsep yang kami akan gunakan memberi manfaat atau sebaliknya dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat.3) PemerhatianPemerhatian dilakukan dengan meneliti kelakuan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran sebelum kajian dijalankan. Kelakuan adalah seperti tindak balas terhadap pengajaran guru.

3.7 Tindakan Yang akan DijalankanSaya akan meminta semua murid mencatat format merekod pelarasan asas akruan Belanja dan Hasil dengan memperkenalkan satu kaedah mudah iaitu UKays vs KrU

Sebelum memperkenalkan format tersebut saya akan bertanya sekirannya pelajar mengenali kumpulan Ukays dan kumpulan KRU. Selain itu, saya juga akan cuba memperkenalkan maksud sebenar .U.K. iaitu .United Kingdom. Dan mengaitkan mata wang UK yang tinggi berbanding dengan mata wang ringgit Malaysia. Seterusnya terjadilah proses soal dan jawab yang begitu menarik minat murid untuk mengetahui .U.K. dengan lebih lanjut lagi. Saya memberitahu murid bahawa nak melanjutkan pelajaran ke United Kingdom, memerlukan BELANJA yang besar jika dibandingkan dengan apa yang kita ada sekarang sebagai seorang murid terhadap HASIL kita, maka perbezaan yang sangat ketara dapat dilihat. Begitulah ingatan saya kepada murid. Seterusnya murid mencatat format bentuk akaun T dan saya memperkenalkan UKays vs KrU bagi dua jenis akaun iaitu akaun belanja berkaitan dengan Ukays dan akaun hasil berkaitan dengan KrU

Menyediakan Format bentuk akaun T

Memperkenalkan Ukays vs ktU

Contoh: Akaun Belanja

Akaun Gaji Dibayar

RMRM

Gaji TerdahulUXGaji TeraKruX

Contoh: Akaun Hasil/PendapatanAkaun Sewa Diterima

RMRM

Sewa TeraKruXSewa TerdahulUX

4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGANDapatan kajian ini menerangkan maklumat berkaitan dengan dapatan kajian dan perbincangan mengenai kajian tindakan yang telah dijalankan.3