Ukur Kawalan Mendatar – Triangulasi

19
UKUR TRIANGULASI(KUMP.2) PENGENALAN Triangulasi adalah satu kaedah penentuan kedudukan beberapa titik yang digunakan sebagai stesen kawalan geodetik yang bertaburan jauh diantara satu sama lain tanpa memerlukan pengukuran jarak diantara stesen tersebut. Jika diketahui satu sisi (garis asas) dan semua sudut dalam rangkaian segi tiga yang membentuk triangulasi tersebut, maka sisi yang lain boleh dihitung dan seterusnya koordinat stesen dapat ditentukan. Pengukuran triangulasi dilakukan untuk mewujudkan jaringan kawalan geodesi ufuk dan tegak (ketinggian) dengan membentangkan kaedah pengukuran sudut, jarak, dan penentuan ketinggian. Pengukuran ini juga dilakukan untuk membentuk satu jaringan kawalan yang boleh digunakan sebagai asas rujukan bagi cerapan dan pengukuran yang digunakan bagi pemetaan topografi dan ukur kadaster, dan juga kerja-kerja ukur kejuruteraan. Data dan maklumat dari triangulasi digunakan bersama cerapan latitud dan logitud astronomi berserta dengan nilai graviti untuk menentukan saiz dan bentuk bumi serta perubahan jisim didalam bumi POLITEKNIK UNGKU OMAR 1

Transcript of Ukur Kawalan Mendatar – Triangulasi

Page 1: Ukur Kawalan Mendatar – Triangulasi

UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)

PENGENALAN

Triangulasi adalah satu kaedah penentuan kedudukan beberapa titik yang

digunakan sebagai stesen kawalan geodetik yang bertaburan jauh diantara satu sama

lain tanpa memerlukan pengukuran jarak diantara stesen tersebut. Jika diketahui satu

sisi (garis asas) dan semua sudut dalam rangkaian segi tiga yang membentuk

triangulasi tersebut, maka sisi yang lain boleh dihitung dan seterusnya koordinat stesen

dapat ditentukan.

Pengukuran triangulasi dilakukan untuk mewujudkan jaringan kawalan geodesi

ufuk dan tegak (ketinggian) dengan membentangkan kaedah pengukuran sudut, jarak,

dan penentuan ketinggian. Pengukuran ini juga dilakukan untuk membentuk satu

jaringan kawalan yang boleh digunakan sebagai asas rujukan bagi cerapan dan

pengukuran yang digunakan bagi pemetaan topografi dan ukur kadaster, dan juga

kerja-kerja ukur kejuruteraan.

Data dan maklumat dari triangulasi digunakan bersama cerapan latitud dan

logitud astronomi berserta dengan nilai graviti untuk menentukan saiz dan bentuk bumi

serta perubahan jisim didalam bumi

POLITEKNIK UNGKU OMAR 1

Page 2: Ukur Kawalan Mendatar – Triangulasi

UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)

LAPORAN

TAJUK : Ukur Kawalan Mendatar – Triangulasi

OBJEKTIF : Menyediakan titik kawalan yang itu untuk ukur geodesi, yang

terdiri daripada empat station tring di mana satu daripadanya

diketahui koordinatnya ( koordinat ambilan i.e 1000mU,

1000mT ).

ALAT-ALAT :

1. Teodolit Digital/Total Station

2. 3 Prisma dan 3 Tripod

3. Pita Ukur (tinggi alat)

4. Tukul

5. Parang

ATURCARA KERJA :

1. Tempoh masa adalah 6 minggu dari minggu 9 hingga minggu 14 mulai

pukul 8.00 pagi hingga 11.15 pagi.

2. Kawasan kerja adalah seperti berikut:

Padang kampus A PUO dan sekitarnya.

3. Teori

Pengukuran geodetik yang dilakukan di permukaan bumi adalah

bertujuan menetukan posisi di atas permukaan rujukan Triangulasi

adalah satu kaedah penentuan kedudukan beberapa titik yang

digunakan sebagai stesen kawalan geodetic yang bertaburan jauh

diantara satu sama lain tanpa memerlukan pengukuran jarak antara

stesen.

POLITEKNIK UNGKU OMAR 2

Page 3: Ukur Kawalan Mendatar – Triangulasi

UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)

A

B

Dasarnya, jika satu sisi dan semua sudut dalam rangkaian segitiga

diketahui, maka sisi yang lain boleh ditentukan atau dikira dan seterusnya

kodinit boleh dihitung. Titik-titik penjuru ini adalah titik rujukan atau

kawalan , juga dikenali sebagai stesen trigonometri atau stesen trig.

Daripada rajah atas, jika diketahui semua sudut, jarak garisan asas, latitud

dan longitud serta azimus, maka boleh dihitung semua jarak sisi, azimus

setiap garisan dan longitud dan latitud setiap titik.

POLITEKNIK UNGKU OMAR 3

Page 4: Ukur Kawalan Mendatar – Triangulasi

UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)

4. Prosedur Cerapan

Cerapan boleh dibuat dengan beberapa kaedah, walaubagaimanapun

dalam amali ini kaedah PUSINGAN digunakan. Prosedur seperti

berikut:

i. 4 stesen yang saling nampak berjarak > 80m antara satu sama lain

telah dipilih.

ii. Dua daripada stesen itu ditentukan sebagai garis dasar.

iii. Pada garis dasar tersebut, jarak garis dasar diukur dan azimus

ambilan diberikan (guna P.C).

iv. Setelah itu,Total Station didirikan di salah satu stesen iaitu stesen

A, dan satu stesen lagi,B (paling kiri) didirikan prisma dan dipilih

sebagai rujukan, i.e R.O.

v. Alat pada penyilang kiri, satu nilai ke R.O disetkan ( contoh

120°00°00° dan seterusnya stesen-stesen lain dibaca sudut

ufuknya mengikut turutan dan mengikut arah pusingan jarum jam.

vi. Bacaan sudut dicatatkan dalam borang sehingga ke stesen

terakhir.

vii. Pada stesen yang sama, alat ditukar penyilang kanan dan dibaca

bacaan sudutnya.

viii. Dengan memusingkan teleskop alat dalam arah lawan jarum jam,

stesen-stesen lain dibaca sehingga ke stesen mula (R.O).

ix. Langkah v diulang hingga langkah viii dengan setting bacaan yang

lain ( biasanya ikut sukuan bulatan sudut ).

x. Sekurang-kurangnya 4 set bacaan dibuat.

xi. Bacaan dilaraskan untuk mendapatkan purata bacaan sudut.

POLITEKNIK UNGKU OMAR 4

Page 5: Ukur Kawalan Mendatar – Triangulasi

UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)

Jenis Rangkaian

Jenis yang digunakan adalah tertakluk kepada pertimbangan praktik di padang, supaya sesuai dengan keadaan topografi.contoh jenis rangkaian di lampiran C

Perkara yang perlu diambilkira didalam pertimbangan untuk membuat keputusan adalah seperti berikut:

Setiap rangkaian triangulasi yang dibentuk hendaklah dapat memberikan penyelesaian segitiga melalui dua kaedah yang bebas, melainkan jika terpaksa menggunakan rangkaian segitiga selapis.

Bagi menubuhkan rangkaian segitiga sekurang-kurangnya satu atau lebih baik lagi jika kedua-dua kaedah digunakan supaya rangkaian itu adalah dalam "keadaan kukuh", iaitu segitiga berdasarkan prinsip dan bentuk di atas.

Garisan yang terlalu panjang dalam satu-satu segitiga perlu dielakkan. Yang paling baik ialah kepanjangan semua garisan lebih kurang sama.

Tertakluk pada perkara di atas, bentuk rangkaian hendaklah ditubuhkan supaya kerja di padang yang terlibat adalah minimum. Bagi tujuan ini, segienam berpusat dan bentuk yang lebih komplek adalah tidak sesuai.

Pemilihan Rangkaian

1. Di kawasan berbukit-bukau, rembat segiempat adalah yang paling sesuai.

2. Di kawasan yang mendatar, rembat segiempat sukar digunakan dan segitiga berpusat adalah lebih sesuai.

3. Segitiga selapis hanya digunakan jika tidak ada cara lain yang sesuai.

Pemilihan Jarak dan Kedudukan Stesen

1. Dikawasan berbukit jarak antara stesen yang paling sesuai ialah dalam lingkungan 50 km,

2. Di kawasan mendatar, purata jarak yang sesuai ialah 15 km. jika menara cerapan didirikan.

POLITEKNIK UNGKU OMAR 5

Page 6: Ukur Kawalan Mendatar – Triangulasi

UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)

Masalah-masalah yang dihadapi di lapangan

i. Kebaikan dan keburukan jarak jauh atau dekat di antara stesen-stesen trigulasi:

1. Jika keadaan topografi, cuaca, peralatan dan kepakaran pencerap dan pembantu baik, maka stesen yang berjarak jauh akan mempercepatkan kerja dan menjimatkan perbelanjaan. Walau bagaimana pun masalah cuaca buruk dan seliseh faham diantara pencerap dan pembantu di stesen yang dicerap akan menyebabkan kerja tergendala

2. Jika cahaya hanya melengkung dalam arah satah tegak, masalah seliseh pengukuran arah ufuk disebabkan oleh biasan tidak timbul.

3. Bagi jarak yang jauh keadaan sekeliling mungkin mengakibatkan biasan sisi

4. Jarak jauh akan mengurangkan kejituan perhitungan jarak yang berpunca dari garis asas yang pendek

5. Jarak pendek memudahkan kerja triangulasi ditahap ketiga. Namun demikian dengan jarak pendek, bilangan stesen akan bertambah dan memerlukan cerapan dan perbelanjaan yang lebih

6. Bagi jarak yang terlalu pendek, seliseh pemusatan alat akan memberi kesan didalam cerapan sudut

ii. Kedudukan Stesen

1. Pemilihan samada jarak diantara stesen jauh atau dekat adalah tertakluk pada keadaan.

2. Adalah sesuai jika stesen terletak ditempat yang tertinggi di atas bukit.

3. Kedudukan stesen di lereng bukit hendaklah dielakkan, kerana jika lereng bukit melintasi garis cerapan, perbezaan ketumpatan udara dikiri dan kanan garis cerapan akan berlaku.

4. Ini akan menyebabkan cahaya melengkung dalam satah ufuk, iaitu biasan sisi berlaku pada garis cerapan.

5. Biasan sisi ini sukar untuk diperbetulkan, oleh itu hanya perlukan dielakkan daripada berlaku supaya kejituan arah ufuk tidak terjejas.

POLITEKNIK UNGKU OMAR 6

Page 7: Ukur Kawalan Mendatar – Triangulasi

UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)

iii. Masalah biasan

o Masalah biasan sangat ketara apabila garis cerapan menggeser atau hampir menggeser permukaan bumi.

o Di kawasan berbukit masalah ini dapat dielakkan, tetapi di kawasan mendatar penggeseran ini menjadi satu masalah.

o Ianya dapat dikurangkan dengan memendekkan jarak antara stesen atau membina menara cerapan yang tinggi dan menggunakan lebih banyak kawalan.

CONTOH PEMBUKUAN :

Sila rujuk hasil kerja.

HASIL KERJA :

1. Borang cerapan mestilah dilengkap dan bacaan sudut dilaraskan untuk dapatkan

sudut purata.

2. Sudut purata digunakan untuk melaraskan sudut-sudut dalam jaringan segitiga

dengan pelarasan kaedah ‘Equal Shif’

3. Bagi menghitung koordinat setiap stesen trig sudut-sudut terlaras digunakan

dengan menggunakan formula sinus,kosinus dan seumpamanya.

4. Gambarajah secara ringkas dilukis dalam borang cerapan bagi memudahkan

penyemakan.

5. Laporan keseluruhan amali di buat.

B

C

A D RAJAH A

POLITEKNIK UNGKU OMAR 7

Page 8: Ukur Kawalan Mendatar – Triangulasi

UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)

POLITEKNIK UNGKU OMAR 8

Page 9: Ukur Kawalan Mendatar – Triangulasi

UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)

HASIL KERJA

POLITEKNIK UNGKU OMAR 9

Page 10: Ukur Kawalan Mendatar – Triangulasi

UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)

Hasil Kerja

POLITEKNIK UNGKU OMAR 10

Page 11: Ukur Kawalan Mendatar – Triangulasi

UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)

KESIMPULAN

Untuk membentuk satu jaringan kawalan yang boleh digunakan sebagai asas

rujukan bagi cerapan dan pengukuran yang digunakan bagi pemetaan topografi dan

ukur kadaster, dan juga kerja-kerja ukur kejuruteraan. Data dan maklumat dari

triangulasi digunakan bersama cerapan latitud dan logitud astronomi berserta dengan

nilai graviti untuk menentukan saiz dan bentuk bumi serta perubahan jisim didalam bumi

Jumlah ketiga-tiga sudut yang dicerap mestilah bersamaan dengan 180 � + ε + σ;

dimana ε adalah baki ellipsoid atau sfera dan σ ialah tikaian sudut segitiga yang

dibenarkan.suatu titik ditentukan oleh sekuarang- kurang nya oleh 3 garisan.skim

jaringan triangulasi perlu dirancangkan supaya setiap sisi boleh dihitung dari sekurang-

kurangnya dua segitiga yang berlainan.

Berdasarkan kepada cerapan triangulasi yang telah kumpulan kami lakukan,

didapati data-data yang kami perolehi boleh digunapakai walaupun pada awalnya data

yang diperolehi tidak begitu baik tetapi setelah dibuat pelarasan sama rata, data-data

tersebut boleh digunapakai. Faktor-faktor seperti cuaca, suhu, dan juga peralatan yang

dalam keadaan baik(telah dikalibrasi) juga memainkan peranan yang penting bagi

memastikan perolehan data-data cerapan yang tepat dan jitu.

POLITEKNIK UNGKU OMAR 11

Page 12: Ukur Kawalan Mendatar – Triangulasi

UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)

LAMPIRAN

POLITEKNIK UNGKU OMAR 12

Page 13: Ukur Kawalan Mendatar – Triangulasi

UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)

Lampiran APERALATAN

TOTAL STATION PRISMA

PITA UKURTUKUL

TRIPOD

PIKET

POLITEKNIK UNGKU OMAR 13

Page 14: Ukur Kawalan Mendatar – Triangulasi

UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)

Lampiran B

JENIS RANGKAIAN

PRINSIP TRIANGULASI

POLITEKNIK UNGKU OMAR 14

Page 15: Ukur Kawalan Mendatar – Triangulasi

UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)

POLITEKNIK UNGKU OMAR 15