Ulam raja

5
Keajaiban Alam Ulam Raja

Transcript of Ulam raja

Page 1: Ulam raja

Keajaiban Alam

Ulam Raja

Page 2: Ulam raja

Baca petikan di bawah ini.

Pokok ulam raja atau nama lainnya, pokok kenikir dan nama saintifiknya cosmos caudatus ialah tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin. Tumbuhan dalam kategori liar ini mudah ditemukan di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam raja ialah sejenis spesisi bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Pokok yang berbunga kuning jarang-jarang dimakan sebagai ulam. Manakala pokok yang berwarna unggu amat popular.Ulam ini dimakan mentah bersama-sama dengan nasi dan dicicah dengan budu, sambal belacan, tempoyak dan cencaluk. Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi tiga peratus protein,0.4 peratus lemak dan karbohidrat, serta kaya dengan kalsium dan vitamin A. Pokok ulam raja ini adalah herba semusim yang dapat mencapai ketinggian hampir satu meter. Ulam ini digelar ulam raja kerana telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah. Selain itu, ulam raja berfungsi mencuci darah dan menguatkan tulang.Ulam ini mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang mat tinggi, iaiatu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2400 miligram L-asdid askorib. Justeru, khazanah alam ini harus dimanfaatkan demi kesejahteraan kesihatan semua.

Page 3: Ulam raja

Jawab soalan-soalan berikut.

1. Pokok ulam raja dikelaskan sebagai tumbuhan _________________________.

2. Mengapakah pokok ulam raja berwarna ungu lebih popular ?

__________________________________________________________________.

3.Apakah khasiat utama ulam raja ?

__________________________________________________________________.

4. Rangkai kata amat popular dalam petikan bermaksud _____________________

5. Nyatakan dua manfaat kepada kesihatan diri jika memakan ulam raja.

(i) ________________________________________________________

(ii) ________________________________________________________

Page 4: Ulam raja

Lengkapkan maklumat berikut

Nama saintifik :________________

Khasiat : ____________________________________________

Kebaikan makan ulam raja :______________________________________________

Ciri-ciri pokok ulam raja:__________________________________________________________________

Page 5: Ulam raja

Suaikan perkataan dengan maksudnya bersesuaian dengan konteks ayat dalam petikan.

liar digunakan

tradisi terbiar

berperanan

sesuatu kebiasaan

dimanafaatkan

berfungsi