Ulangkaji BAB 1 Respirasi

11
BAB 1: RESPIRASI

description

sains

Transcript of Ulangkaji BAB 1 Respirasi

Page 1: Ulangkaji BAB 1 Respirasi

BAB 1: RESPIRASI

Page 2: Ulangkaji BAB 1 Respirasi

Jawab soalan-soalan yang berikut:

• 1) Apakah komponen sistem respirasi?• 2) Bagaimanakah pernafasan berbeza daripad

a respirasi?• 3) Jika Trakea ialah tiub yang lembut, mengap

akah ia tidak ranap?• 4) Bagaimanakah tahi hidung terbentuk?• 5) Apakah peranan penting peparu?

Page 3: Ulangkaji BAB 1 Respirasi

• 6) Bagaimanakah makanan dan air dapat dicegah daripada memasuki trakea semasa kita makan dan minum?

• 7) Adakah udara hembus seseorang semasa senaman cergas mengandungi lebih banyak karbon dioksida dan kurang oksigen berbanding dengan udara hembus semasa seseorang dalam keadaan rehat?

Page 4: Ulangkaji BAB 1 Respirasi

JAWAPAN

Page 5: Ulangkaji BAB 1 Respirasi

• 1) hidung, lubang hidung, rongga hidung, mulut, farinks, larinks, trakea, bronkus, bronkiol, peparu, alveolus.

BACK

Page 6: Ulangkaji BAB 1 Respirasi

• 2) Respirasi merupakan proses pengoksidaan makanan di dalam sel untuk membebaskan tenaga manakala pernafasan merupakan pergerakan udara yang berterusan merentas permukaan peparu.

BACK

Page 7: Ulangkaji BAB 1 Respirasi

• 3) Gelang rawan yang terdapat pada trakea mencegah trakea daripada ranap.

BACK

Page 8: Ulangkaji BAB 1 Respirasi

• 4) apabila udara melalui lubang hidung, debu dan mikroorganisma, yang terperangkap dalam mukus membentuk tahi hidung.

BACK

Page 9: Ulangkaji BAB 1 Respirasi

• 5) membekalkan oksigen kepada badan, menyingkirkan bahan kumuh dan toksin serta melindungi badan daripada serangan mikroorganisma.

BACK

Page 10: Ulangkaji BAB 1 Respirasi

• 6) epiglotis yang berbentuk penutup merupakan kepingan rawan kenyal yang melipat ke bawah untuk mencegah makanan dan air daripada memasuki trakea dan sebaliknya mengarahkan makanan dan air ke esofagus.

BACK

Page 11: Ulangkaji BAB 1 Respirasi

• 7) kandungan gas karbon dioksida dan oksigen dalam udara hembus seseorang dalam keadaan rehat atau semasa senaman cergas adalah sama. Apabila seseorang bersenam, kadar ventilasi bertambah.Ini menghalang kepekatan gas dalam darah daripada berubah secara mendadak daripada normal.

BACK