ULANGKAJI EDU308 SET 1.docx

3
ULANGKAJI EDU308 ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL SET 1 SOALAN STRUKTUR: JAWAB SEMUA SOALAN 1 a ) Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Jelaskan dua cara guru dapat memperlihatkan kesantunan tinggi. b ) En. Ramli, seorang guru Matematik sering masuk lewat ke kelas disebabkan urusan menjual serunding ayam kepada rakan sejawat sekolahnya. Ini menyebabkan beliau mengajar secara gopoh-gapah kerana ingin menghabiskan topik yang telah dirancang. Beliau juga selalu tidak memberi tumpuan terhadap anak muridnya. Beliau tidak mementingkan perkembangan murid dari segi JERI. Murid tidak berpeluang langsung untuk bertanya atau memberikan pendapat mereka. Justeru itu, murid-muridnya berasa gurunya tidak mengambil berat terhadap diri mereka. Berdasarkan kes di atas, jelaskan tiga isu etika yang wujud. 2 a ) Bezakan pencapaian penguasaan dalam pendidikan bagi seorang guru di peringkat novis dengan seorang guru dari aspek berikut: Aspek Guru Novis Guru Pakar 1. Pengetahuan isi kandungan 2. Tindakan pedagogi b ) Cikgu Anis ingin memohon kenaikan pangkat sebagai Guru Cemerlang bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia. Jelaskan tiga aspek kemahiran utama yang perlu diberi perhatian oleh beliau supaya melayakkannya memohon jawatan

Transcript of ULANGKAJI EDU308 SET 1.docx

ULANGKAJI EDU308 ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL

SET 1

SOALAN STRUKTUR: JAWAB SEMUA SOALAN

1a)Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat.

Jelaskan dua cara guru dapat memperlihatkan kesantunan tinggi.

b)En. Ramli, seorang guru Matematik sering masuk lewat ke kelas disebabkan urusan menjual serunding ayam kepada rakan sejawat sekolahnya. Ini menyebabkan beliau mengajar secara gopoh-gapah kerana ingin menghabiskan topik yang telah dirancang. Beliau juga selalu tidak memberi tumpuan terhadap anak muridnya. Beliau tidak mementingkan perkembangan murid dari segi JERI. Murid tidak berpeluang langsung untuk bertanya atau memberikan pendapat mereka. Justeru itu, murid-muridnya berasa gurunya tidak mengambil berat terhadap diri mereka.

Berdasarkan kes di atas, jelaskan tiga isu etika yang wujud.

2a)Bezakan pencapaian penguasaan dalam pendidikan bagi seorang guru di peringkat novis dengan seorang guru dari aspek berikut:

AspekGuru NovisGuru Pakar

1. Pengetahuan isi kandungan

2. Tindakan pedagogi

b) Cikgu Anis ingin memohon kenaikan pangkat sebagai Guru Cemerlang bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Jelaskan tiga aspek kemahiran utama yang perlu diberi perhatian oleh beliau supaya melayakkannya memohon jawatan itu.

3a)Bazli seorang murid Tahun 6, didapati sering membuli murid Tahun 1 dan Tahun 2 yang bertubuh kecil. Hasil siasatan didapati Bazli sering didera oleh arwah bapanya sewaktu kecil dahulu. Kini dia tinggal bersama neneknya yang sudah uzur.

Huraikan secara ringkas dua cara bagaimana anda dapat membantu mengubah tingkah laku Bazli.

b)Antara peranan seorang guru sekolah rendah adalah sebagai seorang sosialisasi yang banyak dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Huraikan tiga cara bagaimana seorang guru boleh bertaindak sebagai agen sosialisasi

4a)Kepimpinan merupakan unsure penting dalam sesebuah organisasi. Kejayaaan sesebuah sekolah dalam mencapai status sekolah berkesan menunjukkan kebolehan kepimpinan guru besar.

Terangkan dua aspek kepimpinan guru besar di sekolah.

b)Konsep Guru Cemerlang mula diperkenalkan pada tahun 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat bagi pemimpin yang tidak meninggalkan bilik darjah.

Jelaskan tiga peranan Guru Cemerlang.

SOALAN ESEI: JAWAB DUA SOALAN SAHAJA

1Tanggungjawab dan akauntabiliti keguruan dilihat sebagai amalan yang amat berkait rapat dengan profesion keguruan

Huraikan aspek-aspek akauntabiliti keguruan yang perlu dilaksanakan oleh guru.(20 markah)

2Guru berkemampuan untuk menyebarkan pelbagai displin ilmu melalui pengamalan dan pelaksanaannya yang efektif. Perkembangan kognitif, fizikal dan social murid-murid perlu diaplikasikan oleh guru secara bijak.

Huraikan strategi-strategi releven yang dapat dilaksanakan untuk memenuhi peranan guru sebagai penyampai ilmu yang berkesan.(20 markah)

3Pembelajaran sepanjang hayat merujuk kepada motivasi dalaman dan kendiri kea rah pencarian dan peningkatan ilmu secara sukarela berdasarkan keperluan personal mahupun professional bersesuaian dengan pepatah menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahat.

Berdasarkan pernyatakan di atas, bincangkan cara-cara seseorang guru boleh mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat sebagai guru yang berkesan.

(20 markah)