ULANGKAJI EDU308 SET 3 (Autosaved).docx

3
ULANGKAJI EDU308 ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL SET 3 SOALAN STRUKTUR: JAWAB SEMUA SOALAN 1 a ) Nyatakan empat ciri guru yang mengamalkan kesantunan yang tinggi. (4 markah) b ) Encik Ali seorang guru Sains telah lewat 20 minit masuk ke kelasnya pada waktu terakhir sesi persekolahan. Beliau tidak dapat memperkemaskan dirinya, rambutnya kelihatan kusut masai dan tidak bertali leher. Beliau tidak member peluang untuk pertanyaan atau sesi soal jawab disebabkan masa sangat suntuk. Setelah loceng berbunyi, beliau kelihatan tergesa-gesa untuk pulang kerana akan mengajar Sains di sebuah kelas tuisyen swasta. Berdasarkan kes di atas, nyatakan tiga isu etika guru yang wujud. (6 markah) 2 a ) Trolter (1986) telah mengemukakan teori lima peringkat perkembangan yang dilalui oleh seseorang guru hingga menjadi pakar dalam bidang yang diceburi. Senaraikan empat pencapaian penguasaan dalam bidang pendidikan bagi seorang guru di peringkat novis. (4 markah) b ) Cikgu Susan ingin mencalonkan diri sebagai guru cekap untuk anugerah perkhidmatan cemerlang. Senaraikan tiga kecekapan yang sentiasa diperhati dan dinilaikan oleh masyarakat dan pihak pentadbir sekolah. (6 markah) 3 a ) Amrita merupakan seorang murid yang datang daripada keluarga ibu tunggal. Beliau kerap kali menimbulkan masalah kerana kurang mendapat perhatian daripada rakan- rakan dan guru. Huraikan secara ringkas dua cara bagaimana anda dapat

Transcript of ULANGKAJI EDU308 SET 3 (Autosaved).docx

ULANGKAJI EDU308 ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL

SET 3

SOALAN STRUKTUR: JAWAB SEMUA SOALAN

1a)Nyatakan empat ciri guru yang mengamalkan kesantunan yang tinggi.(4 markah)

b)Encik Ali seorang guru Sains telah lewat 20 minit masuk ke kelasnya pada waktu terakhir sesi persekolahan. Beliau tidak dapat memperkemaskan dirinya, rambutnya kelihatan kusut masai dan tidak bertali leher. Beliau tidak member peluang untuk pertanyaan atau sesi soal jawab disebabkan masa sangat suntuk. Setelah loceng berbunyi, beliau kelihatan tergesa-gesa untuk pulang kerana akan mengajar Sains di sebuah kelas tuisyen swasta.

Berdasarkan kes di atas, nyatakan tiga isu etika guru yang wujud.(6 markah)

2

a) Trolter (1986) telah mengemukakan teori lima peringkat perkembangan yang dilalui oleh seseorang guru hingga menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.

Senaraikan empat pencapaian penguasaan dalam bidang pendidikan bagi seorang guru di peringkat novis.(4 markah)

b)Cikgu Susan ingin mencalonkan diri sebagai guru cekap untuk anugerah perkhidmatan cemerlang. Senaraikan tiga kecekapan yang sentiasa diperhati dan dinilaikan oleh masyarakat dan pihak pentadbir sekolah.(6 markah)

3

a)Amrita merupakan seorang murid yang datang daripada keluarga ibu tunggal. Beliau kerap kali menimbulkan masalah kerana kurang mendapat perhatian daripada rakan-rakan dan guru.

Huraikan secara ringkas dua cara bagaimana anda dapat membantu mengubah tingkah laku Amrita.[4 markah]

b)Seorang guru sekolah rendah perlu memainkan pelbagai peranan termasuk sebagai seorang pengamal reflektif.

Huraikan tiga kepentingan refleksi kepada guru.[6 markah]

4

a)Kejayaan sesebuah organisasi seperti sekolah biasanya bergantung kepada kepimpinan Guru Besarnya.

Nyatakan empat aspek kepimpinan Guru Besar di sekolah.[4 markah]

4b)Kebanyakan guru mempunyai persepsi yan g tidak tepat tentang kepimpinan bilik darjah kerana bagi mereka peranan kepimpinan terletak di bahu Guru Besar atau pentadbir sekolah.

Jelaskan tiga cabaran guru biasa dalam kepimpinan guru.[6 markah]

SOALAN ESEI: JAWAB DUA SOALAN SAHAJA

1

a)

b)Guru alaf baharu merupakan guru yang professional, mempunyai pengetahuan, mengamalkan akauntabiliti dan sentiasa berpegang kepada kod etika Keguruan yang dikenali sebagai Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia.

Bincangkan empat tanggungjawab guru seperti yang termaktub dalam Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia.[10 markah]

Huraikan lima akauntabiliti guru terhadap diri sendiri.[10 markah]

2

a)

b)Sebagai pengamal dan pelaksana ilmu, guru perlu mampu menyebarkan disiplin ilmu yang ada padanya. Mereka juga perlu bijak mengaplikasikan pengetahuan berhubung perkembangan kognitif, social dan fizikal kepada murid-muridnya.

Huraikan strategi-strategi yang releven yang dapat dilaksanakan dalam memenuhi fungsi guru sebagai penyampai ilmu.[10 markah]

Bincangkan bagaimana guru dapat memainkan peranan melalui perancangan aktiviti untuk pembinaan Negara bangsa.[10 markah]

3Hubungan interpersonal yang baik dalam kalangan guru serta kometmin yang tinggi dalam menjalankan peranan masing-masing menyumbang ke arah kecemerlangan institusi sekolah.

Cadangkan lima cara bagaimana kerjasama profesional dapat dilaksanakan di sekolah.

[10 markah]

b)Cadangkan lima budaya pembelajaran sepanjang hayat yang guru perlu laksanakan apabila berada di sekolah.[10 markah]