Ulasan 1

4
KAJIAN TERHADAP AKTIVITI PENGGUNAAN COURSEWARE MELALUI LEARNING MANAGEMENT SYSTEM” (SPP-LMS) MOE-MAMPU DI 50 SEKOLAH PROJEK RINTIS Maklumat Jurnal 1 Penulis : Tham Siew Wai Publish / Presented : 2010 Sumber : Jurnal Pembestarian Sekolah 2010 Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Cetakan Pertama Mac 2011 ISBN 978-983-3444-33-5 1.0 PENGENALAN Ulasan ini membahaskan tentang kajian terhadap aktiviti Penggunaan Courseware Melalui Learning Management System (SPP-LMS) MOE-MAMPU di 50 Sekolah Projek Rintis. Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau Learning Management System(LMS) merupakan aplikasi pendidikan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kekerapan penggunaan courseware dalam sistem LMS bagi pengintergrasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak MAMPU telah menjalankan Post Implementation Review (PIR) pada tahun 2007. Berdasarkan hasil dapatan dari PIR tersebut, MAMPU telah mencadangkan penambahbaikan ke atas sistem yang telah dirintiskan dengan menyerahkan tanggungjawab kepada Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malayisa ( BTP) untuk menyelaras pelaksanaan projek ini. Walau bagaimanapun, kajian dan tindakan keberkesanan projek rintisnya belum dilaksanakan. Sehubungan itu, satu tinjauan awal telah dilaksanakan untuk mengenal pasti jenis aktiviti dan tahap penggunaan aplikasi Moodle (perkongsian bahan elektronik) dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan 50 sekolah rintis. 2.0 PERBINCANGAN 1

Transcript of Ulasan 1

Page 1: Ulasan 1

KAJIAN TERHADAP AKTIVITI PENGGUNAAN COURSEWARE MELALUI

”LEARNING MANAGEMENT SYSTEM” (SPP-LMS) MOE-MAMPU DI 50

SEKOLAH PROJEK RINTIS

Maklumat Jurnal 1

Penulis : Tham Siew Wai

Publish / Presented : 2010

Sumber : Jurnal Pembestarian Sekolah 2010

Bahagian Teknologi Pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia

Cetakan Pertama Mac 2011

ISBN 978-983-3444-33-5

1.0 PENGENALAN

Ulasan ini membahaskan tentang kajian terhadap aktiviti Penggunaan Courseware Melalui

”Learning Management System” (SPP-LMS) MOE-MAMPU di 50 Sekolah Projek Rintis.

Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau Learning Management System(LMS) merupakan

aplikasi pendidikan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Tujuan kajian

ini dijalankan adalah untuk mengkaji kekerapan penggunaan courseware dalam sistem LMS

bagi pengintergrasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak MAMPU telah

menjalankan Post Implementation Review (PIR) pada tahun 2007. Berdasarkan hasil dapatan

dari PIR tersebut, MAMPU telah mencadangkan penambahbaikan ke atas sistem yang telah

dirintiskan dengan menyerahkan tanggungjawab kepada Bahagian Teknologi Pendidikan,

Kementerian Pelajaran Malayisa ( BTP) untuk menyelaras pelaksanaan projek ini.

Walau bagaimanapun, kajian dan tindakan keberkesanan projek rintisnya belum

dilaksanakan. Sehubungan itu, satu tinjauan awal telah dilaksanakan untuk mengenal pasti

jenis aktiviti dan tahap penggunaan aplikasi Moodle (perkongsian bahan elektronik) dalam

proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan 50 sekolah rintis.

2.0 PERBINCANGAN

Sistem pendidikan telah berubah dan berlaku proses inovasi dalam hala tujunya seiring

dengan pembangunan negara. Salah satunya adalah penyediaan kemudahan e-Learning

kepada sekolah untuk memudahkan capaian dan penggunaan bahan-bahan pengajaran dan

1

Page 2: Ulasan 1

pembelajaran KPM dengan pelaksanaan projek rintis di 50 buah sekolah yang terdiri daripada

17 buah sekolah rendah dan 33 buah sekolah menengah .Tempoh pelaksanaan projek rintis

LMS adalah 25 Mac 2009 hingga 24 Mac 2013. Bagi mendapat gambaran tentang

pelaksanaan satu kajian telah dijalankan yang secara khususnya dibuat untuk mengenal pasti

tahap penggunaan courseware Learning Management System (LMS) oleh 50 buah sekolah

rintis, mengenal pasti jenis aktiviti LMS di 50 buah sekolah projek rintis serta memilih dua

buah sekolah daripada kategori sekolah menengah dan sekolah rendah yang menunjukkan

prestasi kadar penggunaan tertinggi dan pelaksanaan aktiviti ePembelajaran inovatif.

3.0 MASALAH

Keupayaan pangkalan data untuk menjelaskan aktiviti terperinci di peringkat sekolah tidak

dapat diperoleh melalui pangkalan data yang sedia ada. Data untuk aktiviti dalam

penggunaan modul courseware hanya boleh diperolehi dari server sekolah masing-masing.

Kesahan data berasaskan pengumpulan pada 20 Oktober 2010.

4.0 HASIL KAJIAN

Tahap penggunaan courseware LMS di 50 buah sekolah dianalisis berdasarkan jumlah masa

penggunaan 50 judul courseware yang dikumpulkan dalam server bagi tempoh 17 Ogos 2009

hingga 30 September 2010. Julat jumlah masa penggunaan courseware adalah dari nilai 0:0:0

kepada 273:53:21. Masa penggunaan courseware yang tertinggi adalah SMK King Edward

VII bagi kategori sekolah menengah dan SK Seri Bintang Utara bagi kategori sekolah rendah.

SK Pengkalan Berangan mencatatkan kadar masa terendah manakala empat buah sekolah

tiada data diperolehi. Kekerapan penggunaan courseware LMS yang dilakukan oleh sekolah

dianalisis berdasarkan catatan jumlah hits penggunaan courseware yang dikumpulkan dalam

server bagi tempoh 17 Ogos 2009 hingga 30 September 2010.

Courseware yang paling kerap digunakan adalah Tasawwur Islam Tingkatan 4 bagi kategori

sekolah menengah manakala Science Year 4 bagi kategori sekolah rendah.

Aktiviti yang dilaksanakan merupakan aplikasi Moodle yang terdiri daripada pelbagai jenis

aktiviti kolaborasi untuk perkongsian bahan elektronik seperti dalam aplikasi Assignments,

Databases, Glossaries, Lessons, Resources; pembentukan kumpulan perbincangan seperti

Chats, Forums, Surveys, Wikis; Tugasan seperti Assignments, Choices, Questionnaires,

Quizzes, Workshops.

2

Page 3: Ulasan 1

5.0 KESIMPULAN

Tahap pencapaian sekolah rintis dalam penggunaan courseware adalah seperti berikut :-

1 buah sekolah (2%) mencapai tahap sangat tinggi

1 buah sekolah (2%) tahap sederhana tinggi

44 buah sekolah (88%) tahap penggunaan yang sangat rendah

4 buah sekolah (8%) tiada data

Aktiviti kolaborasi selain daripada penggunaan courseware untuk pengajaran dan

pembelajaran bagi mata pelajaran yang tertentu dalam persekitaran Moodle LMS adalah

terhad.

6.0 PENAMBAHBAIKAN

Secara keseluruhannya keberkesanan aktiviti boleh dipertingkatkan lagi dengan adanya

inisiatif yang lebih inovatif dan kreatif untuk menggalakkan penggunaan aplikasi kolaborasi

LMS selain courseware.

Tinjauan oleh pihak pengurusan projek adalah perlu memandangkan 8 daripada 50 sekolah

rintis tidak menggunakan LMS dalam tempoh 10 bulan pelaksanaan antaranya 7 sekolah

tidak disenaraikan dalam pangkalan data. Besar kemungkinan sistem LMS di sekolah

berkenaan tidak dapat dihubungi dengan server di Bahagian Teknologi Pendidikan.

3