ulasan artikal pasaran wang modal

4
EPPE6524 Pasaran Wang dan Modal Islam Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Semester II, Sesi 2014-2015 EPPE6524 PASARAN WANG DAN MODAL ISLAM PENSYARAH: PM DR. SHAHIDA SHAHIMI TUGASAN 1 (INDIVIDU): ULASAN ARTIKEL JURNAL NAMA PELAJAR: NUR FAHANA BINTI ZAHARI NO. MATRIK: P79647 Tajuk Tugasan (Instrumen) : Pealbura dalam Ekuiti Islamik Tajuk Artikel : Risk-return characteristics of Islamic equity indices: Multi-timescales analysis Penulis : Ginanjar Dewandarua, Obiyathulla Ismath Bachab, A. Mansur M. Masihb, Rumi Masih Tahun Terbit : 2015 Nama Jurnal : Journal of Multinational Financial Management Vol. / No. / m.s : 29, 115 138 ______________________________________________________________ ____________ A: RUMUSAN 1. Permasalahan/ Persoalan Kajian (Isu) Sejauh manakah perbezaan di antara beta indeks Islam dan konvensional ini pada skala masa yang berbeza dengan menganalisis ciri-ciri pulangan risiko. 2. Objektif Kajian Kajian ini menumpukan aplikasi teori dalam konteks pasaran ekuiti Islam iaitu pulangan sekuriti hendaklah sepenuhnya harga mengikut beta pasaran (beta market), manakala lebihan pulangan (excess return) adalah melebihi dari harga risiko. 3. Sumbangan Kajian Kajian ini bertujuan memberikan beberapa sumbangan yang berkaitan ekuiti Islam diman terdapat beberapa pengecualian menunjukkan pulangan yang sama dengan risiko yang lebih rendah

Transcript of ulasan artikal pasaran wang modal

Page 1: ulasan artikal pasaran wang modal

EPPE6524 Pasaran Wang dan Modal IslamFakulti Ekonomi dan Pengurusan

Semester II, Sesi 2014-2015

EPPE6524 PASARAN WANG DAN MODAL ISLAM

PENSYARAH: PM DR. SHAHIDA SHAHIMI

TUGASAN 1 (INDIVIDU): ULASAN ARTIKEL JURNALNAMA PELAJAR: NUR FAHANA BINTI ZAHARI

NO. MATRIK: P79647

Tajuk Tugasan (Instrumen) : Pealbura dalam Ekuiti Islamik

Tajuk Artikel : Risk-return characteristics of Islamic equity indices: Multi-

timescales analysis

Penulis : Ginanjar Dewandarua, Obiyathulla Ismath Bachab, A.

Mansur M. Masihb, Rumi Masih

Tahun Terbit : 2015

Nama Jurnal : Journal of Multinational Financial Management

Vol. / No. / m.s : 29, 115–138

__________________________________________________________________________

A: RUMUSAN

1. Permasalahan/ Persoalan Kajian (Isu)Sejauh manakah perbezaan di antara beta indeks Islam dan konvensional ini pada skala masa yang berbeza dengan menganalisis ciri-ciri pulangan risiko.

2. Objektif KajianKajian ini menumpukan aplikasi teori dalam konteks pasaran ekuiti Islam iaitu pulangan sekuriti hendaklah sepenuhnya harga mengikut beta pasaran (beta market), manakala lebihan pulangan (excess return) adalah melebihi dari harga risiko.

3. Sumbangan KajianKajian ini bertujuan memberikan beberapa sumbangan yang berkaitan ekuiti Islam diman terdapat beberapa pengecualian menunjukkan pulangan yang sama dengan risiko yang lebih rendah untuk indeks Islam kebanyakannya pada skala yang lebih tinggi masa (ruang lingkup lebih panjang) di beberapa negara dan sektor.

4. Kaedah / Metodologi KajianPenulis menggunakan kaedah penyelidikan di perpustakaan untuk mengumpul data yang diperlukan. Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan kaedah pemerhatian data.

Page 2: ulasan artikal pasaran wang modal

EPPE6524 Pasaran Wang dan Modal IslamFakulti Ekonomi dan Pengurusan

Semester II, Sesi 2014-2015

5. Keputusan/ Dapatan KajianHasil kajian ini mendapati korelasi yang lebih rendah untuk beberapa sektor pasaran Islam (kewangan, utiliti dan perkhidmatan pengguna) pada skala masa yang lebih rendah (ruang lingkup lebih singkat).

6. Implikasi DasarPenemuan ini menunjukkan beberapa pengecualian beta berkaitan yang tidak setimpal diberikan beta lebih rendah dengan pulangan yang sama terutamanya dalam indeks sektor. Melalui kajian ini menunjukkan bahawa beta lebih rendah adalah patuh Syariah, syarikat akan membayar kos ekuiti yang lebih tinggi daripada apa yang dicadangkan oleh beta pasaran.

B: ULASAN

1. Tajuk Jika di lihat melalui tajuk yang dipilih, ia dengan jelas menggambarkan keseluruhan aspek kajian yang dijalankan. Penulis telah meletakkan fokus utama kajian pada tajuk artikel. Ini memudahkan pembaca untuk memahami skop kajian yang dijalankan.

2. Keaslian & Sumbangan Kajian Di dalam kajian ini, pengkaji menggunakan teori dan data yang berbeza berbanding dengan kajian-kajian lepas. Teori tersebut adalah merupakan satu penemuan baru dan maklumat yang signifikan iaitu pasaran beta dengan menggunakan pendekatan analisis wavelet. Manakala, penemuan baru dari sudut penggunaan data pula, pengkaji menggunakan data Dow Jones Indices.

3. Kajian LepasPenulis telah melakukan sorotan kajian dengan baik berdasarkan rujukan daripada pengkaji-pengkaji terdahulu. Di sini pengkaji telah mengambil kira kajian yang penting terutamanya dari sudut perbandingan penggunaan dalam ekuiti Islam dan konvensional. Dengan maklumat ini pembaca dapat menganalisa kaedah untuk mengukur pulangan risiko dalam ekuiti Islam dan konvensional.

4. Kaedah / Metodologi KajianPenulis telah menggunakan satu metod dalam kajian beliau iaitu, pengumpulan data iaitu melalui penyelidikan perpustakaan. Melalui kaedah ini, pengkaji menggunakan kaedah kajian secara kualitatif dengan menganalisis data – data . Kajian dilakukan secara kualitatif dan mempunyai hipotesis yang dibuat oleh penulis.

5. Keputusan/ Dapatan KajianHasil kajian ini mendapati korelasi yang lebih rendah untuk beberapa sektor pasaran Islam (kewangan, utiliti dan perkhidmatan pengguna) pada skala masa yang lebih

Page 3: ulasan artikal pasaran wang modal

EPPE6524 Pasaran Wang dan Modal IslamFakulti Ekonomi dan Pengurusan

Semester II, Sesi 2014-2015

rendah (ruang lingkup lebih singkat). Hasil kajian di atas dinyatakan dalam sektor mendedahkan bahawa kebanyakan indeks sektor Islam mempunyai beta yang lebih rendah dengan pulangan purata yang sama berbanding dengan pelabur konvensional. Ini boleh difahami bahawa saringan Syariah yang digunakan ada had yang lebih rendah untuk pengaruh kewangan tanpa mengira jenis sektor. Hasil kajian menyokong teori bahawa pengaruh (leverage) yang lebih rendah menyumbang kepada mengurangkan risiko sistemik.

6. Implikasi Dasar Ekuiti Islam adalah lebih kecil dan mengakibatkan premium lebihan tidak menentu yang terdapat di pasaran. Pengkaji implikasi bagi firma-firma yang sama ada yang mematuhi Syariah atau sebaliknya penemuan ini menunjukkan beberapa pengecualian yang berkaitan dengan tidak setimpal diberikan beta lebih rendah dengan pulangan yang sama terutamanya dalam indeks sektor. Bukti ini boleh membayangkan bahawa adalah patuh Syariah, syarikat akan membayar kos ekuiti yang lebih tinggi daripada apa yang dicadangkan oleh beta pasaran.

7. Kepakaran penulis / penguasaan ilmu berkaitan isu yang dibincangkan Menurut pandangan saya, keempat-empat penulis sangat mahir dalam ilmu pasaran ekuiti lebih-lebih lagi berkenaan isu yang dibincangkan di dalam artikel ini iaitu pulangan risiko mengikut pasaran beta. Penulis ini juga mahir dalam menggunakan kaedah analisis bagi pasaran beta yang menunjukkan hasil yang menarik dan masih belum digunakan oleh mana-mana pengkaji iaiti analisis wavelet. Selain itu, penulis juga mahir dalam menganalisa melalui kaedah CAPM bersyarat.

8. PersembahanSecara keseluruhannya, artikel ini memberi gambaran yang jelas tentang analisis pulangan risiko pasaran beta menggunakan analisis wavelet dengan data-data yang diberikan lengkap. Penulis telah merangka artikel dengan susunan yang teratur dan memberi maklumat awal kepada pembaca tentang teori dalam ekuiti Islam. Bahasa yang digunakan juga mudah difahami dan penerangan yang diberikan sangat jelas.

C: KOMEN: Bagaimana artikel ini membantu anda memahami tajuk tugasan?Artikel ini membantu saya memahami dengan lebih jelas tentang pulangan risiko dalam pasaran ekuiti Islam. Walaupun sebelum ini saya tahu secara asas mengenai ekuiti, namun sebagai seorang yang tidak terlibat secara langsung di dalam industri, saya hanya mengetahui tentang konsep amnya sahaja.Setelah memahami artikel ini dan membuat rujukan daripada artikel lain, saya mendapati terdapat perbezaan dalam pulangan sektor sekuriti berdasarkan ekuiti Islam dan konvensional yang mana kebanyakannya menyokong analisis menggunakan beta sebagai pengukur risiko.

Rujukan

Page 4: ulasan artikal pasaran wang modal

EPPE6524 Pasaran Wang dan Modal IslamFakulti Ekonomi dan Pengurusan

Semester II, Sesi 2014-2015

Abdul Manaf Bin Hussin. (2001). Hubungan Pulangan Saham Dengan Faktor Fundemental: Ujian Menggunakan Model Berbilang Faktor. Bahagian Pengurusan Kewangan dan Dasar Pinjaman.

Abdelbari El Khalichi Kabir Sarkar Humayun Mohamed Arouri Frédéric Teulon. (2014). Are Islamic equity indices more efficient than their conventional counterparts ? Evidence from major global index families. IPAG Business School.

Dow Jones. (2003). Dow Jones Islamic Market Index. Islamic Index Group.

Ismail Ibrahim dan Aziz A.Hamid. (1985). Ciri –ciri Risiko Saham di Pasaran Saham Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamad Saharudin Shakrani Haniza Mohd Taib. (2001). Pulangan, Risiko, dan Kemeruapan Sektor Sekuriti Diluluskan Syariah:Pendekatan GARH dan CAPM Bersyarat. Universiti Utara Malaysia.

Nor Fahimah Mohd Razif Prof. Madya Dr. Shamsiah Mohamad. (2011). Risiko – risiko Dalam Kewangan Semasa: Penilaian Daripada Perspektif Islam.