Ulasan Artikel

5
Artikel 2 : Kesan Modenisasi Hubungan Kaum Di Malaysia Oleh : Hasnah Hussiin Saya telah membaca, memahami dan mengkaji artikel yang telah dihasilkan oleh Pn. Hasnah binti Hussiin yang bertajuk Kesan Modenisasi Hubungan Kaum Di Malaysia. Terlebih dahulu saya akan menerangkan sedikit latar belakang pendidikan penulis supaya kita lebih kenal dengan penulisnya. Hasnah binti Hussiin adalah seorang pensyarah di Universiti Malaysia Pahang, yang telah berkhidmat selama sepuluh tahun sebagai pensyarah pendidikan di universiti tersebut. Beliau telah lama bertugas sebagai seorang pendidik dan telah menghasilkan banyak buku dan artikel-artikel berguna untuk dijadikan rujukan dan panduan bagi guru-guru, pelajar-pelajar mahupun masyarakat. Beliau juga telah menghabiskan pengajiannya diperingkat Master of History. Sehingga sekarang beliau masih bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Pahang dan masih bergiat aktif dalam bidang penulisan. Artikel ini menyatakan tentang bagaimana modenisasi dapat merubah hubungan di antara kaum-kaum di Malaysia. Pada permulaan artikel ini beliau menerangkan bagaimana terdapatnya kaum-kaum yang pelbagai di Malaysia. Hal ini adalah kerana dasar pemerintahan penjajah pada ketika itu yang membawa masuk imigran dari China dan India bagi memudahkan mereka mengeksploitasi hasil bumi Malaysia yang ketika itu dipanggil Tanah Malaya. Mereka

description

artikel hungan etnik

Transcript of Ulasan Artikel

Page 1: Ulasan Artikel

Artikel 2 : Kesan Modenisasi Hubungan Kaum Di Malaysia

Oleh : Hasnah Hussiin

Saya telah membaca, memahami dan mengkaji artikel yang telah dihasilkan oleh

Pn. Hasnah binti Hussiin yang bertajuk Kesan Modenisasi Hubungan Kaum Di

Malaysia. Terlebih dahulu saya akan menerangkan sedikit latar belakang pendidikan

penulis supaya kita lebih kenal dengan penulisnya. Hasnah binti Hussiin adalah

seorang pensyarah di Universiti Malaysia Pahang, yang telah berkhidmat selama

sepuluh tahun sebagai pensyarah pendidikan di universiti tersebut. Beliau telah lama

bertugas sebagai seorang pendidik dan telah menghasilkan banyak buku dan artikel-

artikel berguna untuk dijadikan rujukan dan panduan bagi guru-guru, pelajar-pelajar

mahupun masyarakat. Beliau juga telah menghabiskan pengajiannya diperingkat

Master of History. Sehingga sekarang beliau masih bertugas sebagai pensyarah di

Universiti Malaysia Pahang dan masih bergiat aktif dalam bidang penulisan.

Artikel ini menyatakan tentang bagaimana modenisasi dapat merubah hubungan

di antara kaum-kaum di Malaysia. Pada permulaan artikel ini beliau menerangkan

bagaimana terdapatnya kaum-kaum yang pelbagai di Malaysia. Hal ini adalah kerana

dasar pemerintahan penjajah pada ketika itu yang membawa masuk imigran dari China

dan India bagi memudahkan mereka mengeksploitasi hasil bumi Malaysia yang ketika

itu dipanggil Tanah Malaya. Mereka terus menjadi warga tetap Malaysia setelah

kemerdekaan berjaya dicapai tanah air kita. Menurut Furnivall ;

“masyarakat majmuk bernaung di bawah satu unit politik yang sama, interaksi sosial di

kalangan mereka hanya terbatas kepada urusan perniagaan”.

Hal ini terbukti kerana masyarakat Malaysia pada ketika itu masih dalam keadaan yang

berpecah-belah yang mana perpaduan pada ketika itu hanyalah berpaksikan kepada

sistem ekonomi sahaja.

Seterusnya penulis telah terus menjurus kepada aspek modenisasi yang mana

beliau menerangkan bagaimana kerajaan menumpukan segala usaha untuk merancang

Page 2: Ulasan Artikel

modenisasi Negara. Saya telah cuba untuk memahami apakah yang dimaksudkan

dengan modenisasi yang di utarakan oleh penulis, saya mendapati bahawa modenisasi

yang kerajaan lakukan adalah bertujuan untuk menyatukan ketiga-tiga kaum utama

pada masa itu bagi menstabilkan ekonomi Negara sekali gus dapat mewujudkan

Negara yang rakyatnya bersatu padu dan harmoni. Pada pendapat saya usaha

kerajaan untuk memodenisasikan Negara dan rakyat ini adalah satu usaha yang baik,

yang mana dengan kesatuan di antara tiga kaum ini Negara tidak lagi perlu risau

dengan persengketaan yang telah wujud sekian lama di antara ketiga-tiga kaum ini.

Justeru itu kerajaan mampu untuk menumpukan kepada ekonomi Negara dan usaha

untuk memajukan Negara Malaysia. DEB iaitu (Dasar Ekonomi Baru) dapat

dilaksanakan dengan berkesan sekiranya kaum-kaum ini dapat berbaik dan

kemungkinan dapat menjadi sumber pendapatan Negara yang utama.

Selain itu, terdapat banyak teori kesan yang buruk dikaitkan dengan modenisasi

dan hubungan etnik yang mana dilihat sangat pasti untuk berlaku sekiranya tiada

persediaan dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam menjalankan kerangka

modenisasi Negara. Walaubagaimanapun sekiranya ia dirancang dengan baik dan

dilaksanakan dengan berkesan ia mampu membantu Negara menjadi lebih baik. Saya

mendapati kemajuan sesuatu Negara juga bergantung kepada rakyatnya, ini kerana

kerjasama di antara rakyat mampu meningkatkan ekonomi Negara secara mendadak

apabila tiada lagi berlaku pergaduhan di antara kaum. Tambahan lagi, menurut Fred W.

Riggs ;

“modenisasi mampu memberi tiga kesan kepada hubungan etnik iaitu perindustrian,

demokrasi dan nasionalisme”.

Menurut aspek ini, kerajaan perlu prihatin dalam membina sebuah Negara maju yang

mana kerajaan perlu mengambil kira semua kaum dalam menjayakannya. Sekiranya

berlaku yang di sebaliknya, kaum yang tersa dipinggirkan akan memberontak dan ini

akan menyebabkan timbulnya konflik etnik. Hal ini boleh berlaku kerana dalam proses

memodenisasikan Negara secara tidak langsung rakyat yang terlibat akan mempunyai

sikap nasionalisme yang tinggi, apabila golongan ini terasa dipinggirkan mereka akan

Page 3: Ulasan Artikel

mudah terasa bahawa kerajaan tidak menghiraukan mereka walaupun mereka

menyokong Negara sepenuhnya dan ini akan membawa kepada konflik politik.

Secara keseluruhanya saya amat bersetuju dengan artikel ini kerana setiap

cadangan yang diberi penulis, disediakan dengan contoh dan pendapat pengkaji-

pengkaji lain yang telah berpengalaman dalam bidang ini. Selain itu, pada pendapat

saya adalah benar bahawa kemajuan sesuatu Negara itu terletak pada rakyatnya yang

bersatu padu menjunjung Negara. Ada disebut di dalam artikel tersebut bahawa dalam

memodenisasikan etnik, mereka harus didedahkan dengan bagaimana untuk

mengubah cara hidup tradisional mereka dengan mengadaptasikan cara hidup yang

baru yang lebih baik dalam kehidupan mereka. Hal ini sekali gus akan mempengaruhi

daya pemikiran mereka dengan membuka fikiran mereka dengan lebih luas dan melihat

jauh kehadapan.

Pada masa kini dapat kita lihat kesan modenisasi politik dalam Negara ini yang

mana corak pemerintahanya berubah kepada demokrasi berparlimen. Dapat kita lihat

bahawa masyarakat berbilang kaum ini sudah mula berfikiran jauh dan terbuka, dan ini

akan menyebabkan sistem pemerintahan Negara akan lebih sensitif dengan masalah di

antara hubungan sesama kaum apabila ketiga-tiga kaum majoriti ini bersatu di dalam

politik. Selain itu, masyarakat ini juga mampu terus hidup aman dalam lingkungan

bersama apabila modenisasi sosial dapat dicapai oleh semua kaum. Apabila semua

kaum berfikiran terbuka dan saling hormat-menghormati akan wujudlah persekitaran

yang selamat dan lebih efektif serta proaktif dalam kehidupan bermasyarakat. Tiada lagi

pemisahan berlaku di antara kaum di Malaysia seperti pada masa penjajahan british

dahulu dan kini semua kaum bebas untuk bergaul. Apabila kedua-dua modenisasi ini

sudah tercapai, sudah tentulah modenisasi ekonomi juga akan berlaku dengan baik.

Ketiga-tiga kaum ini mampu berniaga sesama mereka dan bertukar-tukar pendapat

perniagaan. Ekonomi Negara akan meningkat apabila rakyatnya aman dan bebas

dalam melakukan tugas dan kerja masing-masing.

Dalam artikel tersebut, penulis telah menggunakan gaya bahasa yang agak

tinggi dan banyak terdapat perkataan-perkataan inggeris yang menerangkan pada satu-

satu ayat. Hal ini menjadikan generasi muda untuk sukar memahami konsep-konsep

Page 4: Ulasan Artikel

yang dikemukakan. Melalui penulisan ini dapat saya simpulkan bahawa sesebuah

Negara yang maju dan moden datangnya dari pada rakyatnya yang bersatu padu yang

membolehkan ekonomi Negara berjalan seperti yang dirancang kerajaan. Selain itu

kerjasama dan penyatuan antara kaum juga penting dalam menjana kestabilan Negara

dan rakyatnya.