Ulasan Artikel Interaksi Sosial.docx

2
Ulasan Artikel ‘Study Of Social Interaction Among Students Of Vision Schools In Malaysia’ Najeemah Mohd Yusof Kajian interaksi sosial ini telah dijalankan di Sekolah Wawasan, Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik pelajar. Seramai 642 pelajar yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India dari Sekolah Wawasan ini telah diambil untuk kajian ini. Pendekatan kuantitatif dan kualitatif telah digunakan untuk kajian interaksi sosial ini. Pengkaji telah mengunakan kaedah temubual dan pemerhatian dalam kaedah kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam tahap skor min untuk setiap pembolehubah tidak bersandar. Kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan interaksi sosial yang tinggi dalam kalangan pelajar melayu dan pelajar cina. Kajian juga menunjukkan skala jarak sosial yang tinggi dalam kalangan pelajar ini. Beberapa langkah yang lebih berkesan harus diambil oleh setiap guru supaya dapat mengurangkan jurang interaksi sosial dalam kalangan pelajar di negara kita. Sebagai seorang guru, saya juga mengalami masalah interaksi sosial dalam kalangan murid di kelas saya. Walaupun kelas saya terdiri daripada murid berbangsa india, kesedaran interaksi sosial perlu diterapkan supaya dapat membentuk modal insan yang lebih berkualiti lagi. Bagi mencapai matlamat ini, aktiviti

description

ulasan

Transcript of Ulasan Artikel Interaksi Sosial.docx

Ulasan ArtikelStudy Of Social Interaction Among Students Of Vision Schools In MalaysiaNajeemah Mohd Yusof

Kajian interaksi sosial ini telah dijalankan di Sekolah Wawasan, Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik pelajar. Seramai 642 pelajar yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India dari Sekolah Wawasan ini telah diambil untuk kajian ini. Pendekatan kuantitatif dan kualitatif telah digunakan untuk kajian interaksi sosial ini. Pengkaji telah mengunakan kaedah temubual dan pemerhatian dalam kaedah kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam tahap skor min untuk setiap pembolehubah tidak bersandar. Kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan interaksi sosial yang tinggi dalam kalangan pelajar melayu dan pelajar cina. Kajian juga menunjukkan skala jarak sosial yang tinggi dalam kalangan pelajar ini. Beberapa langkah yang lebih berkesan harus diambil oleh setiap guru supaya dapat mengurangkan jurang interaksi sosial dalam kalangan pelajar di negara kita. Sebagai seorang guru, saya juga mengalami masalah interaksi sosial dalam kalangan murid di kelas saya. Walaupun kelas saya terdiri daripada murid berbangsa india, kesedaran interaksi sosial perlu diterapkan supaya dapat membentuk modal insan yang lebih berkualiti lagi. Bagi mencapai matlamat ini, aktiviti pembelajaran yang berpusatkan murid menjadi salah satu langkah yang lebih berkesan dalam kelas saya. Perbezaan budaya harus dijadikan pencetus minda dan motivasi kepada murid. Ini akan menjadikan pembelajaran semakin aktif, interaktif dan kondusif. Setiap murid sama ada secara individu, berpasangan atau bekumpulan bolehlah menampilkan budaya dan etnik masing-masing. Sebagai guru, saya akan membantu dengan menyediakan bahan berasaskan teknologi, bukan teknologi atau sumber lain. Pelaksanaan tugasan juga akan menjadi faktor kepada peningkatan interaksi sosial dalam kalangan murid saya.

Tugasan akan dijalankan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan koperatif dan kolaboratif. Kaedah pengajaran seperti ini memerlukan murid dari pelbagai kebolehan, pelbagai latar belakang budaya, campuran jantina dan pelbagai etnik berkerjasama dalam pasukan kecil untuk mencapai satu matkamat yang sama. Keadaan ini akan memberi ruang kepada para murid saya untuk lebih mengenali rakan mereka dan juga dapat memahami dan menjalinkan hubungan interaksi yang lebih mesra budaya lagi. Dengan langkah-langkah sebegini sebagai guru, saya berharap dapat mengurangkan jurang interaksi sosial dalam kalangan murid di kelas saya.