ULASAN ARTIKEL PROF. MADYA DR. WAN ZAILAN KAMARUDDIN B WAN ALI
-
Upload
azura-aziz -
Category
Documents
-
view
593 -
download
14
description
Transcript of ULASAN ARTIKEL PROF. MADYA DR. WAN ZAILAN KAMARUDDIN B WAN ALI
ULASAN ARTIKEL PROF. MADYA DR. WAN ZAILAN KAMARUDDIN B WAN
ALI
Oleh : Azura binti Awang
Konsep Perbuatan Allah (Af’al Allah) Dalam Pemikiran Islam, pengaruh dan kesannya
kepada pemikiran umat Islam di Malaysia
Pengenalan
Tugasan pengulasan ini adalah berdasarkan dapatan dan kefahaman pengkaji dalam
artikel atau makalah bertajuk Konsep Perbuatan Allah (Af’al Allah) Dalam Pemikiran
Islam, pengaruh dan kesannya kepada pemikiran umat Islam di Malaysia yang ditulis
oleh Prof. Madya Dr. Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali dalam Jurnal Pengajian Melayu,
Bil.14 tahun 2004, pada halaman 48-63 iaitu sebanyak 12 halaman termasuk 4 nota hujung.
Pengkaji turut mengambil dapatan-dapatan hasil pembacaan bahan-bahan ilmiah yang lain
untuk membuat perbandingan terhadap sesuatu idea yang diutarakan oleh beliau.
Dalam artikel ini, penulis menggambarkan kepada pembaca bahawa beliau akan
menganalisis dan membentangkan pandangan dan fahaman yang komprehensif dan lengkap
tentang persoalan Perbuatan Allah (af’al Allah) dan seterusnya melihat sejauh mana konsep
ini mempengaruhi pemikiran umat Islam di Malaysia. Beliau mengemukakan pandangan
dalam lima fokus perbahasan utama iaitu :
1
1. Introduksi
2. Konsep Af’al Allah dalam al-Quran
3. Konsep Af’al Allah dari Perspektif Tokoh dan Mazhab dalam Islam
4. Konsep Af’al Allah : Analisis dalam Konteks Pemikiran Islam
5. Pengaruh dan Implikasinya kepada Pemikiran Umat Islam
1. Introduksi
Konsep Perbuatan Allah SWT dalam artikel ini hanya berfokus kepada bentuk perbincangan
kedua yang merujuk kepada perbuatan Tuhan yang mempunyai hubungan dengan makhluk-
makhlukNya.
2. Konsep Af’al Allah dalam al-Quran
Konsep ini diklasifikasikan secara menyeluruh berpandukan kepada:
Ciri-ciri, tujuan dan nilai yang terdapat dalam Perbuatan Allah iaitu:
1. Allah Maha Bijaksana. Dia adalah penuh kebijaksanaan dan keadilan
2. Allah Maha Sempurna. KemahasempurnaanNya merujuk kepada keterangan Allah
SWT dalam al-Asma’ al-Husna.
3. Allah S.W.T adalah hakim yang seadil-adilnya. Allah Yang Maha Adil melakukan
sesuatu sama ada umum mahupun secara khusus adalah berdasarkan hikmah,
maslahat dan rahmat tanpa wujud sebarang unsur sia-sia.
2
3. Konsep Af’al Allah dari Perspektif Tokoh dan Mazhab dalam Islam
Dari segi pendekatan perbahasan, dalam menghuraikan topik ini, penulis
menampilkan pandangan al-Mu’tazilah dengan lebih jelas manakala pandangan al-
Asha’irah turut dikemukakan sebagai perbandingan. Berikut merupakan pandangan
mazhab al-Mu’tazilah, al-Maturidiah dan al-Asya’rah yang dikemukakan mengenai
konsep Perbuatan Allah oleh penulis Prof Madya Dr.Wan Zailan dan pandangan pengkaji
melalui pembacaan lain sebagai rujukan. Tujuan analisis secara perbandingan sebegini
akan memudahkan pengkaji dan penulis membuat perbandingan idea secara ilmiah dan
sihat. Dapatan analisis pengkaji mengenai Konsep Perbuatan Allah (af’al Allah) adalah
seperti berikut:
KONSEP PERBUATAN ALLAH SWT
Mazhab Pandangan Prof. Madya Dr.
Wan Zailan Kamuruddin
Hasil Pembacaan Bahan-bahan
Ilmiah1
MU’TAZILAH
1-Allah al-Khaliq tidak boleh
dikaitkan dengan sesuatu
keburukan atau kesalahan.
2-Perbuatan Tuhan tidak
berbuat keburukan dan tidak
lupa apa yang wajib.
3-Tuhan wajib turunkan Lutf
kepada manusia kerana ia
membawa manusia kepada
ketaatan dan menjauhkan
maksiat.
1-Hal ini kerana Tuhan hanya
terbatas kepada hal-hal kebaikan
sahaja.
2-Tuhan tidak berbuat zalim dan
wajib Allah berbuat sesuatu yang
lebih baik.
3-Membawa manusia kepada
ketaatan yang mana manusia akan
memperoleh manfaat itu sendiri.
Manfaat bermaksud faedah yang
akan diperoleh oleh makhluknya 1 Sila rujuk Bibliografi
3
seperti makanan dan pakaian atau
perkara lain di dunia seterusnya
kenikmatan di akhirat.
-Maslahat yang menjadi tujuan
Allah S.W.T menciptakan atau
menetapkan sesuatu hukum
bermaksud kesempurnaan Allah
bergantung pada faedah itu dan ia
adalah mustahil kerana Allah Maha
Kaya daripada perkara-perkara
tersebut.
-Kesimpulan pandangan mazhab ini
tentang Konsep Perbuatan Allah:
Penekanan kepada kuasa mutlak
manusia
ASYA’IRAH
1-Allah tidak wajib memberi
ganjaran kepada manusia.
2-Allah tidak wajib menjaga
kemaslahatan manusia
1-Mengapa perlu mempertikaikan
tindakan Allah ke atas sesuatu yang
menjadi miliknya. Misalnya kita
menyembelih binatang, adakah ia
satu bentuk kezaliman?
2-Kewajipan kepada Allah adalah
sesuatu yang tidak dapat diterima
oleh akal kerana perbuatan Allah
SWT tidak akan dipersoalkan
sedangkan perbuatan manusia akan
tetap dipersoalkan.
4
3-Allah boleh beri bebanan
yang tidak dapat dipikul oleh
manusia
3-Sekiranya tidak harus, mustahillah
permintaan untuk menolaknya
sedangkan manusia boleh membuat
permintaan tersebut dengan berdo’a:
286. Allah tidak memberati
seseorang melainkan apa
yang terdaya olehnya. ia
mendapat pahala kebaikan
yang diusahakannya, dan ia
juga menanggung dosa
kejahatan yang
diusahakannya. (Mereka
berdoa Dengan berkata):
"Wahai Tuhan kami!
janganlah Engkau
mengirakan Kami salah jika
kami lupa atau Kami
tersalah. Wahai Tuhan
kami ! janganlah Engkau
bebankan kepada kami
bebanan yang berat
5
sebagaimana Yang telah
Engkau bebankan kepada
orang-orang yang terdahulu
daripada kami. Wahai Tuhan
kami! janganlah Engkau
pikulkan kepada kami apa
yang kami tidak terdaya
memikulnya. dan
maafkanlah kesalahan kami,
serta ampunkanlah dosa
kami, dan berilah rahmat
kepada kami. Engkaulah
Penolong kami; oleh itu,
tolonglah kami untuk
mencapai kemenangan
terhadap kaum-kaum yang
kafir".
(Surah al-Baqarah(1) :286)
-Kesimpulan pandangan mazhab ini
tentang Konsep Perbuatan Allah:
Perbuatan manusia adalah
gabungan dua bentuk iaitu
kekuasaan Allah SWT dan
keupayaan manusia.
MATURIDI
-Allah Taala tidak wajib
menjaga kemaslahatan manusia
tetapi mempunyai kewajipan
tertentu.
Pendapat Maturidi Samarkand:
Membataskan kekuasaan dan
kehendak mutlak Tuhan iaitu dalam
hal-hal yang baik sahaja.
Perlantikan Rasul adalah satu
kewajipan kerana ia adalah perkara
6
yang baik.
Pendapat Maturidi Bukhara:
Tuhan tidak mempunyai kewajipan
dan boleh membatalkan balasan
pelaku dosa besar.
Perlantikan Rasul tidak wajib dan
bersifat kemungkinan sahaja.
4. Konsep Af’al Allah : Analisis dalam Konteks Pemikiran Islam
Pandangan Prof. Madya Dr. Wan Zailan
Kamuruddin
Hasil Pembacaan Bahan-bahan Ilmiah
Pengkaji 2
1.Perbuatan Allah mempunyai hikmah dan
tujuan kerana perbuatan yang sia-sia adalah
satu keburukan. Ini adalah satu bentuk
keadilan Allah S.W.T kerana Allah
menafikan keseimbangan dalam
penciptaannya. Di dalam alam ini tidak
wujud kejahatan secara mutlak kerana
kejahatan itu satu bentuk kezaliman
1.Faktor yang menyebabkan Allah S.W.T
tidak berkehendak kepada memperoleh
faedah atau hukum yang ditetapkan
olehNya ialah kerana Allah Maha Kaya
daripada perkara-perkara tersebut.
-Namun, faedah yang akan diperolehi dari
Allah terhadap sesuatu perkara yang
dijanjikanNya adalah bertujuan supaya
mengagungkan Allah S.W.T.
2 Sila rujuk Bibliografi
7
2.Allah S.W.T tidak mungkin dikatakan
sebagai Pencipta perbuatan manusia kerana
Pencipta kebaikan pasti tidak akan
memerintah manusia melakukan kejahatan
kerana kejahatan itu adalah satu bentuk
kezaliman dan pastinya kufur itu adalah
sebesar-besar keburukan.
2.Allah S.W.T mengetahui kebaikan dan
kemaslahatan manusia. Namun,
pengetahuan tersebut tidak menjadi sebab
dan musabab untuk Allah S.W.T berbuat
sesuatu. Hal ini berpandukan nas yang
terdapat di dalam kitabnya yang suci
berbunyi:
Adapun orang-orang yang
berbahagia (disebabkan imannya
dan taatnya), maka di Dalam
Syurgalah tempatnya. mereka
kekal di dalamnya selagi ada
langit dan bumi kecuali apa yang
dikehendaki oleh Tuhanmu
sebagai pemberian nikmat yang
tidak putus-putus.
(Surah Hud (11):108)
-Berdasarkan nas ini, golongan Asya’irah
berpendapat bahawa Perbuatan Allah
adalah berdasarkan kekuasaannya yang
mutlak tanpa bergantung pada sebarang
tujuan manusia.
3.Penulis berpendapat bahawa perbuatan
Allah S.W.T yang mutlak ini tidak
3.Dalam melihat konsep ini dengan kaca
mata yang lebih adil dan menyeluruh,
8
memberi kebebasan dan pilihan kepada
manusia, tidak terpuji dan tidak tercela
serta tidak memberi balasan baik atau
buruk sekalipun. Contohnya ketetapan
Allah S.W.T tentang warna kulit manusia
yang tidak boleh dicampur tangan segala
urusanNya.
meskipun semua hukum dan ciptaanNya
tidak mempunyai tujuan tertentu, tetapi
mempunyai hikmah walaupun tidak
diketahui oleh akal manusia. Jika tidak,
ciptaan dan ketentuanNya ini akan menjadi
sia-sia. Firman Allah S.W.T yang berbunyi:
16. Dan (ingatlah) tidaklah Kami
menciptakan langit dan bumi serta segala
yang ada di antaranya, secara main-main.
(Surah al-Anbiya’(21): 16)
-Perkara yang sia-sia ini adalah mustahil
dan bertentangan dengan sifat
kebijaksanaan Allah S.W.T kerana dalam
proses penciptaan dan penetapan hukum itu
terdapat sesuatu yang membangkitkan
keinginan untuk Allah S.W.T melakukan
perkara sedemikian.
-Manakala hikmah pula bermaksud Allah
S.W.T menciptakan sesuatu tanpa
mempunyai sebab tujuan tertentu dan juga
tanpa apa-apa kepentingan sama ada untuk
dirinya atau makhluknya.
-Perbezaan antara tujuan dan hikmah ini
adalah seperti seseorang yang ingin
menggali perigi kerana ingin mendapatkan
air ia dinamakan tujuan sebaliknya jika ia
memperoleh emas, maka ia dinamakan
9
sebagai hikmah.
5. Pengaruh dan Implikasinya kepada Pemikiran Umat Islam di Malaysia
Dalam membincangkan topik ini, penulis tidak menjelaskan implikasi konsep Perbuatan
Allah terhadap umat Islam di Malaysia secara jelas. Kesedaran kepentingan konsep tersebut
di dalam jiwa umat Islam Malaysia tidak dinyatakan sebagai rujukan para pembaca yang
tertanya-tanya mengenainya. Peningkatan atau pengurangan tahap keimanan umat Islam
contohnya boleh dinyatakan melalui kajian beliau untuk penambahbaikan tahap keimanan
masing-masing apabila terasa diri diawasi Tuhan dengan kesedaran terhadap konsep
Perbuatan Allah S.W.T tadi. Di dalam topik ini, penulis menceritakan dengan panjang lebar
mengenai sejarah al-Asy’ari dan pandangan Pak Harun Nasution yang merupakan warga
Indonesia.
Dalam artikel ini, penulis agak kecewa kerana aliran mu’tazilah dan syiah ditolak dan
tidak mampu dikembangkan di Malaysia melalui kenyataannya yang menerangkan kesan
pemikiran aliran tradisional ortodok di Malaysia yang merujuk kepada aliran Asya’irah iaitu:
1. Sistem kepercayaan mengenai Ilmu Kalam adalah berbentuk penceritaan serta umum
semata-mata akan melahirkan sikap dan sifat ragu-ragu dan was-was dalam diri.
2. Para pembuat dosa akan terus bergelumang dengan dosa-dosa mereka.
3. Menyediakan lebih ruang untuk bertoleransi dengan kezaliman dan keburukan.
4. Melunturkan semangat para pembuat kebaikan untuk terus melakukan kebaikan
kepada diri, masyarakat dan negara.
10
KESIMPULAN
Golongan Mu’tazilah melihat Konsep Perbuatan Allah S.W.T dari segi akal dengan
memberi penekanan yang menyeluruh kepadanya. Menurut mereka, akal lebih banyak
mengetahui perkara-perkara baik dan buruk sama ada yang berhubung dengan hak-hak Allah
mahupun hak-hak kemanusiaan kerana kedudukan akal lebih diutamakan manakala peranan
syarak adalah sebagai memperkuat atau menyempurnakan apa yang diketahui oleh akal.
Walau bagaimanapun, manusia diwajibkan untuk melakukan kebaikan dan menjauhi
perbuatan buruk.
Golongan Asya’irah pula berpendapat bahawa mengenal Konsep Perbuatan Allah
S.W.T hanya diketahui melalui syarak iaitu wahyu. Mereka juga menolak kemampuan akal
manusia untuk mengetahui baik dan buruk khususnya yang berhubung dengan hak-hak Allah
S.W.T mahupun dalam hak-hak manusia itu sendiri. Persoalan kebaikan dan keburukan tidak
terjadi melainkan syarak yang menentukannya. Kewajipan manusia dapat diketahui hanya
dengan wahyu kerana sebelum turunnya wahyu konsep ganjaran pembalasan baik dan buruk
itu tidak wujud.
Golongan Maturidiyyah pula berpendapat kewajipan mengenal Konsep Perbuatan
Allah S.W.T ditetapkan oleh akal kerana permasalahannya berbeza dengan bidang hukum
agama yang lain yang harus ditetapkan oleh syarak (wahyu). Namun, jika para rasul tidak
diutuskan oleh Allah S.W.T maka, diwajibkan mengenal Allah dengan menggunakan akal
tetapi Allah S.W.T tidak akan menyeksa seseorang yang meninggalkannya. Ini berpandukan
firman Allah S.W.T yang berbunyi:
11
Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran),
maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya
terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka
sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya
juga. dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa
perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). dan tiadalah Kami
mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul
(untuk menerangkan Yang benar dan Yang salah).
( Surah al-Isra’ (17) : 15)
BIBLIOGRAFI
12
Al-Ghazzali (2008), Al-Ghazzali’s – The Mysteries of worship in Islam, Edwin Elliot
Carverley, (Terj), Kuala Lumpur: Dar al- Wahi Publication.
(t.p) ( 2000), Pemikiran dan doktrin mistik Imam al-Gahazali, Jakarta, Indonesia: Riora
Cipta.
Al-Sheikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi (2006), Mau’izhoh al-Mukminin
min Ihya’ Ulumuddin, Dato’ Abu Hasan Din al-Hafiz, (Terj), Kuala Lumpur: Pustaka
Fajr.
Drs Ahmad Rafaai b. Myudin dan Dra Zuraini Husain (1994), Tawakal – al-Ghazali,
Selangor : Penerbit al-Kausar.
Ghazali, Muhammad Abu Hamid al (1996), Kitab Qawaid al-Aqaid, taqdim Dr. Ridwan al-
Sayid, Beirut : Dar Iqra’.
HA. Malik Karim Amrullah HAMKA (1988), Ihya’ Ulum al-Din, j.1, TK. H. Ismail Yakub
SH MA, (Terj), Kuala Lumpur: Victory Agensi.
Imam al-Ghazali (2007), Taubat – Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali, Muhammad Ramzi
Omar, (Terj), Indonesia : Sinar Media Services.
Kamarul Bakri (1999), “Konsep Ilmu Tauhid dalam Kitab Jawi”, ( Tesis Sarjana Usuluddin,
Akademi Pengajian Islam ), Kuala Lumpur : Universiti Malaya, h.155-177.
13
Maria Didih Ibrahim (2011) “Sifat Allah S.W.T : Kajian Terhadap Pemikiran Abu Mansur
Al-Maturidi Dalam Kitab Al-Tawhid “, (Latihan Ilmiah Jabatan Akidah dan Pemikiran
Islam, Akademi Pengajian Islam ), Kuala Lumpur :Universiti Malaya, h.49-70.
Mohd Abduh Abu Samah @ Hashim ( 2006), Pemikiran Akidah al- Imam Ghazali dalam
Kitab Ihya’ Ulum al- Din : Analisis Terhadap Kitab Qawa’id al-Aqa’id, Disertasi Ijazah
Sarjana Usuluddin, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Kuala Lumpur : Universiti
Malaya.
Wan Suhaimi Wan Abdullah (2006), “Ulasan Makalah Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali,
“Konsep Perbuatan Allah (AF’AL ALLAH) Dalam Pemikiran Islam : Pengaruh dan
Kesannya Kepada Pemikiran Umat Islam di Malaysia”, Bil.14 (2004), h.48-63 (12
Halaman + 4 Halaman Nota Hujung)”, Jurnal Pengajian Melayu, Jil.17 (2006), h. 383-
389.
Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali, Ph.D (2004), “Konsep Perbuatan Allah (AF’AL ALLAH)
Dalam Pemikiran Islam : Pengaruh dan Kesannya Kepada Pemikiran Umat Islam di
Malaysia”, Jurnal Pengajian Melayu, Bil.14 (2004), h.48-63.
14