Ulasan Artikel Yang Diberikan Noox

8
Bahasa adalah alat komunikasi dan pengucapan. Ia mempunyai ciri-ciri yang menghubungkan manusia dengan manusia termasuklah budaya. Bahasa jiwa bangsa pula menggambarkan sesuatu bahasa yang tidak saja diamal dan dihayati tetapi terkandung makna yang menghubungkan pemikiran dan hati. Bahasa Melayu di Malaysia telah wujud ratusan tahun di samping bangsa Melayu bersama-sama mengukir sejarah mengukir sejarah, tradisi dan budayanya. Selepas merdeka bahasa Melayu ditempatkan dalam sistem pendidikan yang membolehkan ia dipelajari secara tertib dengan pemahaman terhadap nahu dan ayat sehingga menjadi baku dalam sebutan. Bahasa Melayu secara perlembagaan merupakan bahasa rasmi dan dalam bidang pendidikan merupakan bahasa pengantar. Bahasa Melayu menjadi asas kepada perpaduan negara. Kebakuan Bahasa Melayu dalam perhubungan, percakapan dan pengkaryaan amat penting diperkukuhkan supaya Bahasa Melayu mampu tampil sebagai bahasa ilmu, sains dan teknologi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), baku bermaksud sesuatu yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah (bentuknya, sifatnya dan lain-lain) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk yang lain (bahasa, sebutan, ejaan, dan sebagainya) dan standard. Nik Safiah (1987) pula mendefinisikan bahasa baku sebagai satu bentuk bahasa yang telah dikodifikasikan, diterima dan dijadikan sebagai model oleh sekumpulan besar komuniti bahasa. Pembakuan pula merujuk kepada proses pengkodan bahasa dalam aspek tatabahasa, sebutan ejaan, pengkamusan dan peristilahan. Artikel yang bertajuk “ adil terhadap sebutan baku” yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia merupakan saranan, permohonan dan perjuangan demi memartabatkan bahasa Melayu Baku di persada yang lebih tinggi iaitu di peringkat kebangsaan di tanahair tempat tumpah darah. Nik Safiah Karim dilihat seperti mewakili semua tokoh-tokoh bahasa di Malaysia untuk mengekalkan sebutan bahasa Melayu Baku dalam sistem pendidikan Negara ini. Usaha ini seolah-olah merupakan usaha terakhir beliau untuk mendapatkan sokongan kabinet kerajaan Malaysia untuk mempertimbangkan kesinambungan perjuangan mendaulatkan sebutan baku bahasa Melayu di Malaysia, setelah kajian dibuat oleh Menteri Pendidikan Malaysia dan diserahkan ke Parlimen. Saya membahagikan ulasan ini kepada beberapa bahagian agar lebih jelas dan nampak dengan jelas apakah sebenarnya yang berlaku sehingga artikel ini dikeluarkan di media cetak.

description

dfxvdfbedfgsdfgverdsfvdfxdfdfxvdfvdfbdfbesdfbedfbedfdbdf

Transcript of Ulasan Artikel Yang Diberikan Noox

  • Bahasa adalah alat komunikasi dan pengucapan. Ia mempunyai ciri-ciri yang

    menghubungkan manusia dengan manusia termasuklah budaya. Bahasa jiwa bangsa pula

    menggambarkan sesuatu bahasa yang tidak saja diamal dan dihayati tetapi terkandung

    makna yang menghubungkan pemikiran dan hati. Bahasa Melayu di Malaysia telah wujud

    ratusan tahun di samping bangsa Melayu bersama-sama mengukir sejarah mengukir

    sejarah, tradisi dan budayanya. Selepas merdeka bahasa Melayu ditempatkan dalam sistem

    pendidikan yang membolehkan ia dipelajari secara tertib dengan pemahaman terhadap

    nahu dan ayat sehingga menjadi baku dalam sebutan. Bahasa Melayu secara

    perlembagaan merupakan bahasa rasmi dan dalam bidang pendidikan merupakan bahasa

    pengantar. Bahasa Melayu menjadi asas kepada perpaduan negara.

    Kebakuan Bahasa Melayu dalam perhubungan, percakapan dan pengkaryaan amat

    penting diperkukuhkan supaya Bahasa Melayu mampu tampil sebagai bahasa ilmu, sains

    dan teknologi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), baku bermaksud sesuatu yang

    (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah (bentuknya, sifatnya dan lain-lain) dan dapat

    dijadikan asas perbandingan bagi bentuk yang lain (bahasa, sebutan, ejaan, dan

    sebagainya) dan standard. Nik Safiah (1987) pula mendefinisikan bahasa baku sebagai satu

    bentuk bahasa yang telah dikodifikasikan, diterima dan dijadikan sebagai model oleh

    sekumpulan besar komuniti bahasa. Pembakuan pula merujuk kepada proses pengkodan

    bahasa dalam aspek tatabahasa, sebutan ejaan, pengkamusan dan peristilahan.

    Artikel yang bertajuk adil terhadap sebutan baku yang diterbitkan oleh Utusan

    Malaysia merupakan saranan, permohonan dan perjuangan demi memartabatkan bahasa

    Melayu Baku di persada yang lebih tinggi iaitu di peringkat kebangsaan di tanahair tempat

    tumpah darah. Nik Safiah Karim dilihat seperti mewakili semua tokoh-tokoh bahasa di

    Malaysia untuk mengekalkan sebutan bahasa Melayu Baku dalam sistem pendidikan

    Negara ini. Usaha ini seolah-olah merupakan usaha terakhir beliau untuk mendapatkan

    sokongan kabinet kerajaan Malaysia untuk mempertimbangkan kesinambungan perjuangan

    mendaulatkan sebutan baku bahasa Melayu di Malaysia, setelah kajian dibuat oleh Menteri

    Pendidikan Malaysia dan diserahkan ke Parlimen. Saya membahagikan ulasan ini kepada

    beberapa bahagian agar lebih jelas dan nampak dengan jelas apakah sebenarnya yang

    berlaku sehingga artikel ini dikeluarkan di media cetak.

  • Usaha memperkembangkan bahasa Melayu Baku

    Artikel yang diberikan ini ditulis bersandarkan rumusan ruang likup masa yang lama

    dengan menyusuri liku-liku perkembangan bahasa Melayu Baku itu sendiri. Malaysia perlu

    mengekalkannya supaya bahasa kebangsaan itu diperluaskan bagi membolehkan

    kesefahaman berkembang di kalangan rakyatnya.

    Pembakuan bahasa merupakan agenda nasional yang dilakukan untuk memajukan

    dan mengembangkan bahasa Melayu. Aspek utama bahasa yang dibakukan ialah aspek

    ejaan, sebutan dan tatabahasa. Sebutan baku yang digagaskan oleh Kementerian

    Pelajaran melalui Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) bertujuan untuk mewujudkan satu

    variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi rasmi.

    Dasar sebutan baku ada menggariskan bahawa sebutan huruf, kata mahupun ayat

    mestilah berdasarkan sebutan fonemik, sebutan berdasarkan ejaan dan setiap huruf

    dilafazkan menurut nilai bunyinya dalam bahasa Melayu. Dalam hal ini sudah menjadi

    tanggungjawab kepada guru khususnya guru bahasa Melayu agar mereka sendiri turut

    sama mempraktikkan situasi sejajar dan sewajarnya semasa mempraktikkan aktiviti lisan

    dihadapan anak muridnya. Guru bahasa Melayu itu sendiri pula perlulah mampu

    menunjukkan kreadibiliti bertutur secara petah dengan menggunakan sebutan dan intonasi

    yang betul dalam pelbagai situasi serta lebih baik sekali dan mampu menggunakana bahasa

    baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa dan sebutan yang betul dalam aktiviti

    mendengar, bertutur, selain membaca dan menulis. Dalam hal ini para guru perlulah peka

    dengan variasi bahasa yang wujud. Bahasa Melayu umumnya dapat dibahagikan kepada

    tiga jenis variasi iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat dan dialek sosial. Justeru,demi

    memartabatkan dan merealisasikan semua ini guru-guru perlulah menggelakkan diri

    daripada dipengaruhi oleh loghat atau dialek yang telah menjadi darah daging seseorang

    itu.

    Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan

    penutur dalam satu-saTu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu,

    dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standarad dari segi

    sebutan, tatabahasa dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah

    begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Dialek berbeza dari segi

    sebutan, gaya lagu bahasa, malah kosa kata. Cuba kita sama-sama bayangkan apakah

    yang akan berlaku dan kesan yang akan terjadi jika seorang guru bahasa Melayu sendiri

    menggunakan dialek semasa mengajar. Ini tentu akan menimbulkan kecelaruan kepada

    penguasaan bahasa murid-murid di sekolah.

  • Berlaku penyalahgunaan bahasa di Malaysia

    Harapan dan matlamat artikel yang diberikan adalah mahukan penggunaan bahasa

    Melayu berada dalam keadaan paling sempurna dalam setiap bidang dan aspek. Tuntas

    pelaksanaan bahasa Melayu baku dalam kalangan guru bahasa Melayu pendidikan rendah

    tidak menampakkan kejayaan yang ketara kerana salah guna bahasa sama ada secara

    lisan mahupun bertulis masih berlaku.

    Kesalahan berbahasa Melayu akhirnya mencipta bahasa rojak yang meluas

    penggunaanya dalam komunikasi termasuk komunikasi secara formal. Para pelajar tidak

    dapat menggunakan bahasa Melayu yang betul kerana acuannya sendiri. Kenyataan ini

    disokong sendiri oleh Awang Sariyan (1994). Menurutnya, salah satu punca terjadinya

    keracunan bahasa kita ialah wujudnya manusia yang bukan ahli tepat yang menentukan

    nasib bahasa Melayu itu sendiri. Selain guru bahasa Melayu, guru matapelajaran lain juga

    harus mempunyai sikap yang positif terhadap keperluan meningkatkan kecekapan

    penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran mereka. Mereka juga bertanggungjawab

    untuk meningkat dan meluaskan penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu sebagai

    bahasa ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar mereka.Gurulah yang seharusnya

    menjadi contoh (role model) pengguna bahasa yang paling baik bagi pelajar-pelajar.

    Hasilnya, pelajar akan lebih berkeyakinan dalam penggunaan bahasa Melayu baku dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu mereka di sekolah serta mereka akan

    sering menggunakannya apabila berada diluar kawasan sekolah.

    Tidak kurang juga kebanyakan individu yang terpengaruh dengan pertuturan yang di

    gunakan di dalam filem-filem tertentu. Lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak yang cepat

    terpengaruh dan mudah untuk meniru gaya bahasa yang digunakan di dalam filem aksi

    yang ganas. Semua ini menyumbang kepada berlakunya kepincangan dalam

    memartabatkan bahasa Melayu Baku di Malaysia.

    Memartabatkan Bahasa Melayu Baku

    Matlamat akhir artikal ini adalah untuk memartabatkan bahasa Melayu yang

    merupakan satu proses pembinaan bahasa yang dijalankan secara berterusan dalam sudut

    sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan, tatabahasa, peristilahan, kosa kata dan laras bahasa.

    Untuk memartabatkan bahasa Melayu, banyak usaha yang perlu dilakukan oleh

    pelbagai pihak khususnya pihak kerajaan. Perkembangan bahasa Melayu dapat

    dipraktikkan dalam sistem pendidikan negara. Melalui pendidikan, sesuatu perancangan itu

  • dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah diatur oleh pihak kerajaan.

    Pemantapan dari segi pembinaan bahasa itu sendiri perlu seiring dengan perkembangan

    pendidikan. Jika kedua-dua konsep ini dapat digabungkan nescaya usaha untuk

    memartabatkan bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

    Istilah bahasa baku dan bahasa standard merujuk kepada perkara yang sama. Di

    dalam Kamus Dewan 1989, perkataan baku ini membawa pengertian yang (sudah)

    diterima umum sebagai betul dan sah.dan dapat dijadikan asas perbandingan .

    Pembakuan merujuk kepada proses pengekodan bahasa. Biasanya pengekodan bahasa ini

    membabitkan aspek tatabahasa, sebutan ejaan, pengkamusan dan peristilahan.

    Sistem bahasa baku lebih menyeluruh kepada masyarakat kerana ia boleh difahami

    oleh semua penutur bahasa tersebut. Sebenarnya bahasa baku ini digunakan hanya dalam

    majlis atau situasi-situasi rasmi sahaja. Ramai yang berpendapat bahawa Bahasa Melayu

    Johor-Riau sebagai bahasa baku kerana penggunaannya yang meluas dalam bidang

    pentadbiran dan juga di sekolah. Sebagai bahasa yang mempunyai penutur yang ramai,

    khususnya di negeri Johor, Melaka, Selangor dan sebahagian besar Perak dan juga

    berdasarkan faktor sejarah, sudah tentu bahasa ini menjadi asas kepada pembentukan

    bahasa Melayu Baku. Akan tetapi, bukanlah bahasa tersebut merupakan bahasa baku yang

    sebenarnya. Dalam proses perkembangan Bahasa Melayu Baku, ia akan membentuk

    imejnya tersendiri.

    Pedoman Umum Sebutan Baku

    Bagi memastikan usaha memartabatkan Bahasa Melayu berjalan lancar, maka suatu

    panduan diwujudkan sebagai ikutan ramai. Langkah mewujudkan buku ini juga bukti dan

    alasan kepada Dato Dr. Nik Safiah Karim merayu kepada kerajaan supaya adil dalam

    memutusakan kesinambungan Bahasa dan Sebutan Baku Bahasa Melayu di sekolah.

    Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu ini berdasarkan kepada dokumen-

    dokumen pedoman sebutan baku bahasa Melayu yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa

    dan Pustaka, khususnya daripada terbitan-terbitan yang berikut :

    i. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka,

    1998.

    ii. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka,

    1994.

    iii. Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka,

    1991.

  • Perancangan mengenai pembakuan sebutan bahasa Melayu menjadi salah satu

    objektif Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), iaitu yang telah termaktub dalam Akta Dewan

    Bahasa dan Pustaka 1959 ( Disemak 1978; Pindaan dan Peluasan 1995). Terdapat

    beberapa objektif yang dicatatkan sebagai tujuan-tujuan Lembaga Pengelola DBP mengenai

    perkara ini iaitu untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang

    sesuai dalam bahasa kebangsaan.

    Selain itu juga, sebutan baku dilihat bertujuan untuk memantapkan sistem dan

    struktur dalaman bahasa Melayu agar sistem sebutannya menjadi mantap sejajar dengan

    pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata yang merangkumi perbendaharaan

    kata umum dan istilah, sistem ejaan serta laras bahasa.

    Cadangan dan langkah yang perlu dilaksanakan

    Langkah yang pertama ialah peranan guru-guru dan pihak sekolah. Guru hendaklah

    memperbaiki kelemahan dalam penggunaan bahasa Melayu baku yang kurang diberi

    perhatian di peringkat sekolah. Sebagai contoh,memperbetulkan terlebih dahulu kesalahan

    bahasa yang dilakukan oleh guru sendiri kemudian disusuli dengan memperbetulkan

    kesalahan bahasa di kalangan pelajar. Pihak sekolah juga perlu menganjurkan aktiviti-aktiviti

    bahasa seperti mengadakan program bulan bahasa dengan pengisisan pertandingan

    seperti pidato, syarahan, kuiz bahasa, pertandingan mencipta pantun, pertandingan

    bercerita bahasa Melayu dan lain-lain lagi. Dengan adanya penyertaan daripada pihak

    pelajar yang menggalakkan, secara tidak langsung mereka terdedah dengan penggunaan

    bahasa Melayu Baku yang betul bak kata pepatah Sambil menyelam minum air.

    Langkah yang kedua, pihak kerajaan perlu meningkatkan kempen kesedaran untuk

    memartabatkan bahasa Melayu Baku. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan

    penggunaan bahasa Melayu yang gramatis serta memperkasakan kembali bahasa Melayu

    Baku di peringkat sekolah. Kempen itu pula lebih bermakna jika sekiranya pihak penganjur

    menjemput penceramah berpengalaman bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk

    Cintailah bahasa Melayu. Selain daripada para pelajar menyertainya kempen ini, guru-guru

    dan masyarakat setempat juga digalakkan untuk menyertainya. Selain itu, ia boleh dilakukan

    dalam penyebaran media massa sebagaimana yang kita tahu media massa merupakan satu

    kompenen yang paling mudah untuk berkongsi informasi. Selain itu kerjasama antara

    Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersama badan bukan kerajaan (NGO) juga boleh

    diwujudkan untuk mengadakan kempen bahasa ke arah memerangi masalah kerancuan

    bahasa dan pencemaran bahasa.

  • Langkah yang ketiga, peranan ibu bapa juga penting ke arah membendung masalah

    yang menghalang penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar sekolah

    rendah mahupun di peringkat yang lebih tinggi. Banyak cara boleh dilakukan oleh ibu bapa

    walaupun hanya berada di rumah kediaman mereka. Antaranya menerapkan anak-anak

    mereka dengan budaya suka membaca. Melalui pembacaan pelbagai bahan bacaan

    bermanfaat, anak-anak akan terdedah kepada kosa kata Melayu baku yang betul.

    Kekeliruan penggunaan kosa kata dapat diminimumkan. Amalan membaca juga membantu

    pelajar membezakan antara kosa kata Melayu baku dengan kosa kata yang tidak diterima

    dalam bahasa Melayu baku. Contoh bahan bacaan yang baik adalah seperti buku cerita

    bahasa Melayu berbentuk cerita pengajaran, buku rujukan penulisan bahasa Melayu, buku

    rujukan tatabahasa Melayu, majalah-majalah ilmiah, surat-surat khabar bahasa Melayu dan

    sebaginya. Melalui pembacaanlah, manusia boleh menambah ilmu bahasa dan

    memperbanyakkan kosa kata bahasa Melayu.

    Oleh itu, semua pihak bermula daripada pihak berwajib diikuti dengan pihak sekolah,

    guru-guru, individu pelajar seterusnya ibu bapa perlulah berganding bahu memartabatkan

    penggunaan bahasa Melayu baku dengan memainkan peranan yang pragmatik. Dengan

    adanya usaha yang berterusan serta efisien, bahasa Melayu yang merupakan bahasa

    kebangsaan ini akan sentiasa dihormati dan penggunannya mampu dilindungi daripada

    kerosakan bahasa dari masa ke semasa. Siapa lagi yang ingin memelihara dan meneruskan

    penggunaan bahasa Melayu Baku kalau bukan kita sebagai rakyat Malaysia.

    Sesungguhnya, negara tidak mahu kehilangan bahasa yang indah ini, sebaliknya ingin

    memprioritikan bahasa Melayu sebagai bahasa berprestij di persada dunia dengan harapan

    generasi akan datang dapat menikmati keaslian dan ketulenan bahasa Melayu seterusnya

    tak lapuk dek hujan, dan tak lekang dek panas.

  • Kesimpulan

    Setelah tugasan Fonetik Dan Fonologi ini berakhir, dapatlah disimpulkan bahawa

    fonetik merupakan ilmu bahasa yang berkaitan penyebutan dan lambang yang menunjukkan

    sebutannya. Transkripsi fonetik pula berupaya membantu pelajar membebaskan diri

    daripada ikatan ejaan dan dapat menumpukan perhatian pada keaslian bunyi fonetik serta

    membentuk atau mencipta harmoni yang setepat mungkin antara teks dengan bunyi.

    Seterusnya, untuk menguasai bahasa Melayu Baku dan mengelakkan daripada

    penggunaannya kurang diberi perhatian di peringkat sekolah rendah, usaha memartabatkan

    bahasa Melayu baku perlu digalas dan disedari oleh semua pihak bermula daripada pihak

    berwajib, diikuti dengan pihak sekolah, barisan guru, ibu bapa seterusnya individu pelajar.

    Pembakuan bahasa di sekolah rendah perlu dipelihara daripada masalah campur aduk

    bahasa, kecelaruan tatabahasa dan juga pencemaran bahasa.

  • RUJUKAN

    Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik : Fonetik & Fonologi

    Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Aslita Sdn. Bhd.

    Dewan Bahasa Dan Pustaka (1998). Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Kuala

    Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

    Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar (2006). Fonetik Dan Fonologi, Kuala Lumpur : PTS

    Profesional 2002.

    Ismail Dahaman (1994). Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, Selangor D. E. : Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    Sulaiman Masri (1989). Inilah Bahasa Baku, Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Nor Hashimah Jalaludin. Asas Fonetik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.