Ulasan bacaan artikel dari TOJET

7
KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB ULASAN ARTIKEL TAJUK ARTIKEL: FACTORS INFLUENCING WOMEN’S ATTITUDES TOWARDS COMPUTERS IN A COMPUTER LITERARCY PROGRAM OLEH SUNG-LU CHANG, RUEY S. SHIEH, ERIC ZHI-FENG LIU, PAO-TA YU PENSYARAH : PROFESEOR MADYA NAMA: NG KAE HUEY NO. MATRIK: M20122001293

Transcript of Ulasan bacaan artikel dari TOJET

Page 1: Ulasan bacaan artikel  dari TOJET

KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN

ELEKTRONIK DAN WEB

ULASAN ARTIKEL

TAJUK ARTIKEL:

FACTORS INFLUENCING WOMEN’S ATTITUDES TOWARDS COMPUTERS IN A COMPUTER LITERARCY PROGRAM

OLEH

SUNG-LU CHANG, RUEY S. SHIEH, ERIC ZHI-FENG LIU, PAO-TA YU

PENSYARAH :

PROFESEOR MADYA

NAMA: NG KAE HUEY NO. MATRIK: M20122001293

Page 2: Ulasan bacaan artikel  dari TOJET

2

ULASAN BACAAN ARTIKEL

Tajuk Faktor-faktor yang mempengaruhi sikap wanita terhadap computer dalam program

literasi computer . (Factors influencing women’s attitudes towards computers in a computer literarcy program.)

Author Sung-Lu Chang, Ruey S. Shieh, Eric Zhi-Feng Liu dan Pao-Ta Yu

Tahun

2012

Sumber Artikel

TOJET: The Turkish Online Journal of Educational Technology – October 2012, volume 11 Issue 4

Sinopsis

Atikel ini menggunakan ‘pembahagian digital’ (digital divide) antara jantina yang

berlainan sebagai pembuka untuk menekan kepentingan penguasaan dan literasi

kemahiran computer di kalangan wanita. Wanita merupakan kumpulan sasaran dalam

satu projek literasi komputer yang diperkenalkan berikutan kajian ini. Projek ini

ditujukan kepada golongan wanita di antara umur 35 hingga 59. Projek ini bertujuan

untuk memberi latihan asas dalam kemahiran ICT dan menggalakkan penggunaan

computer. Projek ini dijalankan selama 8 minggu yang merangkumi 5 sesi latihan

kursus computer yang dijalankan sekali dalam seminggu selama 3 jam. 204 peserta

wanita diambil dan dibahagi kpada 5 kelas yang masing-masing lebih kurang 40 orang.

24 pelajar kolej diambil sebagai fasilitator kepada kelas computer tersebut. Satu pretest

dan protest dijalankan untuk mengukur kesediaan dan sikap peserta terhadap

Page 3: Ulasan bacaan artikel  dari TOJET

3

computer. SPSS 19 digunakan sebagai software analisis untuk menilai dan

membandingkan data yang terkumpul. Kajian ini menggunakan rekabentuk kualitatif

dan kuantitatif untuk menjawab soalan kajian.

Latar Belakang

Seramai 204 wanita yang berumur dari 35 hingga 59 dipilih sebagai subjek atau

peserta projek iterasi computer yang dilangsungkan di Bandar ChiaYi, Taiwan. Subjek

yang dipilih untuk kelas komputer tersebut dating dari pelbagai sosioekonomi yang

merangkumi peringkat umur yang berbeza (39 – 59 tahun), tahap pendidikan (

pendidikan sekolah rendah sehingga university), berpekerjaan, memiliki komputer, dan

kewarganegaraan. Projek ini diuruskan oleh Bahagian Perancangan dan Perkembangan

Ekonomi Taiwan (CEPD) dengan rujukan daripada dapatan kajian lepasan yang

menunjukkan penggunaan komputer golongan wanita di Bandar ChiaYi, Taiwan

adalah kurang sebanyak 8% berbanding golongan lelaki dalam harian. Maka, untuk

memupuk minat dan menggallakan kemahiran computer, satu kelas computer

ditawarkan kepada golongan wanita ini. Bandar ChiaYi, Taiwan merupakan satu

Bandar yang terletak di tenggara Taiwan, dengan populasi seramai 271,338 orang

(aggaran 2013, sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Chiayi_City ).

Page 4: Ulasan bacaan artikel  dari TOJET

4

Pernyataan masalah/ Persoalan

Kajian ini menjawab dua soalan yang penting, iatu:

1. Apakah implikasi latihan literasi computer terhadap sikap golongan wanita terhadap

komputer?

2. Apakah ciri-ciri dan factor-faktor yang berkaitan dengan perubahan sikap golongan wanita

terhdap komputer?

Kajian Literatur

Dalam usaha pencariaan artikel dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian,

didapati masih kurang kaji selidik yang berkaitan dengan literasi komputer dan jantina atau sikap

terhadap komputer di antara jantina.

Menurut satu kajian yang dibuat di İstanbul Kültür Üniversitesi, Turkey oleh Zeynep

Oktuğ1, (2012) yang mengambil 373 pelajar university tersebut sebagai subjek, didapati pelajar

wanita menunjukkan ketagihan internet yang lebih tinggi berbanding pelajar lelaki di university

tersebut. Selain itu, hasil kajian tersebut juga menunjukkan penggunaan internet untuk

berkomunikasi dan bersosial dalam talian antara pelajar wanita adalah lebih tinggi berbanding

pelajar lelaki.

Menurut kajian yang dibuat oleh Professor Kamarulzaman (2008) mendapati pengguna

di antara 26 hingga 36 tahun merupakan golongan yang mempunyai ilmu literasi komputer yang

tinggi berbanding dengan golongan umur yang lain. Professor Kamarulzaman juga encadangkan

Page 5: Ulasan bacaan artikel  dari TOJET

5

dalam kertas beliau bahawa langkah-langkah yang berkesan untuk menggalakkan masyarakat

Malaysia lebih berilmu dan berkemahiran dalam komputer.

Kajian untuk komputer literasi di kalangan pelajar tingkatan atu di sebuah sekolah

menegah Kuala Terengganu oleh Gopal Krishnan et al. (2012) menunjukkan komputer literasi

adalah tinggi. 70 ubjek sasaran dating dari pelbagai SES dan latarbelakang mempunyai ilmu

komputer yang tinggi walaupun sekolah kajian berada di kawasan separa bandar(semi-urban).

Metadologi

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah temuduga bersemuka, pemerhatian,

dan temuduga melalaui telefon. Seramai 15 orang daripada 24 orang jurulatih diambil untuk

temuduga selama 20 minit tentang refeleksi pengajaran kelas komputer tersebut. Temuduga

selama 15 minit melalui telefon dijalankan selepas kelas kepada 20 peserta yang dipilih secara

rawak.

Rekabentuk Kajian

Satu skala pengukuran tentang sikap komputer yang melibatkan lima poin skala Likert

erhadap komputer digunakan untuk mengukur sikap yang merangkumi tahap risau, keyakinan,

suka dan bermanfaat.

SPSS versi 19.0 digunakan untuk menganalisis dapatan data. Ujian-t, ujian korelasi

Spearman, ujian ANOVA dan ujian Posthoc LSD digunakan.

Dapatan kajian

Page 6: Ulasan bacaan artikel  dari TOJET

6

Selapas menghadiri kelas literasi komputer yang berlangsung selama 8 minggu, peserta

wanita menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan komputer dalam aktiviti harian

mereka. Mereka lebih yakin diri dan menghayati penggunaan komputer untuk berkomunikasi

secara talian, membeli-belah, dan mencari maklumat dengan Internet. Kepuasan peserta

meningkat selepas kelas dan mereka memuji kesungguhan dan kesabaran jurulatih yang muda

(baya anak mereka) dalam sepanjang kelas. Jalinan dan persefahaman antara peserta dan

jurulatih muda juga menjadi satu jambatan untuk menghubungkan komunikasi antara generasi.

Pendapat dan Rumusan

Usaha untuk mengurang jurang antara generasi dalam penggunaan komputer yang

ditunjukkan dalam kajian ini meruapakan satu lonjakan yang baik untuk memupuk literasi

komputer antara masyarakat. Artikel ini memberi satu kesedaran dan pemulaan kepada kajian

yang akan datang tentang sikap penggunaan komputer golongan yang tidak berpendidikan tinggi.

Kajian ini juga berharap mendapat perhatian daripada pihak yang berkaitan supaya dapat

membangunkan satu system komputer yang lebih mesra pengguna tanpa prosedur yang

complicated dan bersasar kepad kumpulan pengguna ini. Pengulas berpendapat pada masa yang

akan datang generasi muda akan mempunyai literasi komputer yang secukup untuk penggunaan

harian.

Rujukan

1. Dari Wikipedia, the free encyclopedia : http://en.wikipedia.org/wiki/Chiayi_City

2. Zeynep Oktuğ1, 2012. Gender Differences in Internet Addiction and Tendency to Express

Page 7: Ulasan bacaan artikel  dari TOJET

7

Emotions. İstanbul Kültür Üniversitesi, Turkey. http://www.tojce.com/october2012/toctober5.pdf.

3. Kamarulzaman Kamaruddin, 2008, Adult Computer Literacy Programme in Rural Areas in Peninsular Malaysia The Journal of Human Resource and Adult Learning Volume 4, Number 2, December 2008.

4. Gopala Krishnan Sekharan Nair, Rozlan Abdul Rahim, Roszainora Setia, Aileen Farida binti

Mohd Adam, Norhayati Husin, Elangkeeran Sabapathy, Razita Mohamad, Shahidatul Maslina Mat So’od, Nurul Izatee Md Yusoff, Razifa Mohd Razlan, Nur Amalia Abd Jalil, Salina Mohamed & Norhafiza Abu Seman. 2012. Terengganu Schools Extent of Computer Literacy and Internet Usage. Asian Social Science Volume 8, Number 8, July 2012.