Ulasan Edu

8
Careline A/P A Pileventhram 930416-04-5458 RBT 3 (SJKT) PISMP Sem 8 Ambilan Jan 2013 Ulasan Akta Pendidikan 1996 Akta Pendidikan 1996 merupakan akta yang sedang digunakan dalam sistem pendidikan masa kini. Akta ini menjadi panduan dalam melaksanakan sistem pendidikan dan menjadiakan sistem pendidikan relevan dengan era permodenan ilmu. Sebelum Akta Pendidikan 1996 digubal, perundangan pendidikan negara telah melalui empat fasa perkembangan iaitu : i. Fasa pendidikan pada peringkat awal di bawah pentadbiran Inggeris ii. Fasa selepas Perang Dunia Kedua apabila 2 ordinan pelajaran telah digubal dan diluluskan iii. Fasa pelaksanaan Akta Pelajaran 1961 iv. Fasa pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 Perkara Penting Yang Terlaksana Dalam Akta Pendidikan 1996 : Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan. Selain itu, kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara apabila Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta Pendididkan 1996 wajib diguna oleh semua pihak.

description

Bab 1

Transcript of Ulasan Edu

Page 1: Ulasan Edu

Careline A/P A Pileventhram

930416-04-5458

RBT 3 (SJKT)

PISMP Sem 8 Ambilan Jan 2013

Ulasan Akta Pendidikan 1996

Akta Pendidikan 1996 merupakan akta yang sedang digunakan dalam sistem pendidikan

masa kini. Akta ini menjadi panduan dalam melaksanakan sistem pendidikan dan menjadiakan

sistem pendidikan relevan dengan era permodenan ilmu. Sebelum Akta Pendidikan 1996

digubal, perundangan pendidikan negara telah melalui empat fasa perkembangan iaitu :

i. Fasa pendidikan pada peringkat awal di bawah pentadbiran Inggeris

ii. Fasa selepas Perang Dunia Kedua apabila 2 ordinan pelajaran telah digubal dan

diluluskan

iii. Fasa pelaksanaan Akta Pelajaran 1961

iv. Fasa pelaksanaan Akta Pendidikan 1996

Perkara Penting Yang Terlaksana Dalam Akta Pendidikan 1996 :

Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai

bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan

menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan

institusi pendidikan. Selain itu, kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras

dengan kehendak negara apabila Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta

Pendididkan 1996 wajib diguna oleh semua pihak.

Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk mengambil

peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan memudahkan kita menggunakan

penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di

negara kita. Manakala Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di

semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi

pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolah-sekolah.

Di samping itu, mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat

dipertingkatkan kerana tadika-tadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan

Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Sejajar dengan

Page 2: Ulasan Edu

penumpuan terhadap usaha membudayakan pendidikan sains dan teknologi, pendidikan teknik

akan dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan politeknik. Akta Pendidikan 1996

memudahkan sekolah vokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik, manakala politeknik boleh

mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi

perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan,

termasuk program pertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan program bekembar bagi

kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi, sama ada

dalam negeri atau luar negeri.

Pendidikan guru akan dapat diperkukuhkan dengan adanya peruntukan yang

membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja di

peringkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara berkembar.

Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan adanya

peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi

tersebut. Dalam pada itu, institusi pendidikan swasta juga boleh dikehendaki mengadakan

pengajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk

memupuk semangat cintakan negara dan nilai-nilai murni.

Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang

cukup bagi pendidikan tersebut.

Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara

mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina

swasta. Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta

lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan.

Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di

negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan. Kelas-kelas agama seperti bible

classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996.

Secara kesimpulannya, Akta Pendidikan 1996 berusaha untuk mewujudkan suatu

sistem pendidikan kebangsaan yang boleh memenuhi kehendak negara dan menggalakkan

perkembangan budaya, social, ekonomi dan politik.

Page 3: Ulasan Edu

Careline A/P A Pileventhram

930416-04-5458

RBT 3 (SJKT)

PISMP Sem 8 Ambilan Jan 2013

Ulasan Akta OKU 2008

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuk mereka yang mempunyai

kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi

dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam

masyarakat”. Akta OKU telah diluluskan di Parlimen ( Dewan Negara ) pada 24 Disember 2007

dan diwartakan pada 24 Januari 2008 serta dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008. Akta ini

memberikan pengiktirafan hak OKU dan menukar konsep OKU daripada konsep kebajikan

kepada konsep right-based.

Tujuan akta ini ialah Akta ini membolehkan OKU mempunyai hak penyamaan peluang

dan penyertaan penuh dalam masyarakat setara dengan ahli masyarakat yang lain. Akta ini

juga memperuntukan perihal berkaitan pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan

dan kesejahteraan OKU.

Dalam akta ini, OKU tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum.

Kerajaan dan penyedia pendidikan swasta hendaklah menyediakan kemudahan yang sesuai

dengan keperluan OKU dengan mengambil langkah yang sesuai membolehkan OKU

mempelajari keperluan hidup dan pembangunan sosial.

Akta OKU 2008 menyatakan bahawa hak pendidikan yang sama rata perlu diberikan

kepada golongan OKU. Antaranya ialah :

Kanak-kanak dengan keperluan khas ditempatkan di dalam bilik darjah biasa

Peluang pembelajaran yang bermakna dalam sistem persekolahan biasa

Sokongan khas bagi setiap pelajar

Peluang untuk menyuarakan keperluan mereka dalam persekitaran pembelajaran

OKU digalakkan mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana kerajaan

dapat mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini bagi maksud perancangan

Page 4: Ulasan Edu

perkhidmatan, program pemulihan, intervensi awal, pencegahan, latihan dan pendidikan. Selain

itu, kerajaan dapat merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan

bagi golongan kurang upaya serta dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang

bertepatan dengan OKU.

Akhir sekali, kerajaan dapat mengenal pasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan atau

sebagai kad pengenalan diri bagi mereka berurusan dengan pihak-pihak berkenaan. Manakala

jika OKU berdaftar dengan JKM, mereka dapat menggunakan kemudahan-kemudahan dan

keistimewaan oleh kerajaan.

Page 5: Ulasan Edu

Careline A/P A Pileventhram

930416-04-5458

RBT 3 (SJKT)

PISMP Sem 8 Ambilan Jan 2013

Ulasan Peraturan – Peraturan Pendidikan Khas 2013

Peraturan Pendidikan Khas 2013 merupakan satu usaha kerajaan untuk memastikan

pendemokrasian pendidikan dan kesaksamaan peluang pendidikan dapat diberikan kepada

semua warganegara tanpa mengambilkira latarbelakang, status ekonomi atau kecacatan

seseorang. Peraturan ini hendaklah digunakan bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan

kerajaanyang melaksanakan Pendidikan Khas.

Dalam peraturan ini, “Kod Amalan” bererti Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan

Pendidikan Khas. Kurikulum Pendidikan Khas bermaksud :

Kurikulum Kebangsaan

Kurikulum Kebangsaan yang diubahsuai oleh Ketua Pendaftar

Kurikulum yang direka bentuk khusus oleh Ketua Pendaftar

Mengikuti Akta Pendidikan 1996 “Pendidikan Khas” dijelaskan di bawah seksyen 2 (tafsiran)

yang bermaksud pendidikan yang menyediakan keperluan pendidikan khas murid. “Sekolah

Khas” dimaksudkan sebagai sekolah yang menyediakan Pendidikan Khas yang ditetapkan

mengikut peraturan yang dibuat di bawah seksyen 41.

Pendidikan Khas melibatkan guru yang dilatih khas oleh institusi tertentu, seperti Jabatan

Pelajaran Negeri, Bahagian Pendidikan Guru, serta universiti tempatan dan luar negara. Harus

diingatkan juga bahawa guru Pendidikan Khas tidak boleh dilibatkan sebagai guru ganti di

sekolah.

Pelajar Pendidikan Khas pula terdiri daripada pelajar berkeperluan khas seperti kanak-

kanak tuna pendengaran, kanak-kanak tuna penglihatan, kanak-kanak bermasalah kerana

kecacatan akal yang ringan dan sederhana, serta kanak-kanak yang mengalami gangguan

emosi dan tingkah laku dan bermasalah kerana faktor genetik Untuk pelajar Pemulihan Khas,

mereka perlu melalui ujian tertentu, seperti ujian saringan dan ujian diagnostik. Apabila berjaya

Page 6: Ulasan Edu

dipulihkan, mereka akan kembali ke kelas biasa. Pelajar Pendidikan Khas pula ditentukan

melalui pengesanan pakar perubatan. 

Pelajar Pendidikan Khas menggunakan kurikulum Khas yang berdasarkan Peraturan

Pendidikan Khas 1997 dan Akta Pendidikan 1996. Kurikulum khas itu disesuaikan dengan

mengambilkira masa, bahan, budaya, kelas, teknik, bantuan kepakaran dan penglibatan

masyarakat. Bagi Pemulihan Khas, mereka mengikuti jadual waktu kelas biasa dan pelajar

dibawa ke kelas pemulihan semasa mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu.

Pendidikan Khas lebih istimewa dari segi keanjalan masa. Sesi pengajaran dan

pemelajaran bagi kumpulan itu agak lewat berbanding dengan pelajar normal dan banyak

bergantung pada pengurusan diri dan kesediaan belajar pelajar tersebut. Masa rehat pelajar

Pendidikan Khas juga diawalkan 10 minit daripada pelajar normal bagi memberikan keselesaan

kepada mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Pendidikan Khas memerlukan kelas khas atau sekolah tertentu melalui program

integrasi. Kelas khas perlu mengandungi kelas, ruang tamu, ruang dapur, bilik tidur, bilik air dan

tandas, ruang rekreasi, bilik pentadbiran dan keperluan lain yang difikirkan dapat memberikan

sumbangan kepada pelajar untuk hidup berdikari.