ulasan jurnal

5
Ulasan artikel oleh: Sent Sylvania anak Robert Mages & Nur Fatin binti Mohd Mazlan (K14) Artikel mengenai “Memperkasa guru sebenar guru ke sekolah tidak jemu mengajar tidak lesu” adalah secara keseluruhannya mengenai kelesuan yang dihadapi oleh guru-guru di sekolah. Perkara utama yang menyebabkan para guru sekarang seperti tidak begitu bersemangat apabila berada di sekolah adalah disebabkan kerana kerja-kerja pengkeranian seperti pentadbiran organisasi, pengendalian penjawatan, gaji, bangunan, aspek kokurikulum dan sebagainya melebihi daripada tugas hakiki seorang guru sebenar adalah untuk mengajar dan mendidik anak bangsa. Saya sangat bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan penulis kerana saya sendiri sepanjang lima tahun di IPG Ipoh yang mana hampir setiap semester akan ke sekolah yang berbeza sama ada untuk menjalani sesi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan praktikum, saya melihat cikgu-cikgu di sekolah sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti yang begitu padat seperti Aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), aktiviti kokurikulum, program

description

tutorial

Transcript of ulasan jurnal

Ulasan artikel oleh:

Sent Sylvania anak Robert Mages & Nur Fatin binti Mohd Mazlan (K14)

Artikel mengenai Memperkasa guru sebenar guru ke sekolah tidak jemu mengajar tidak lesu adalah secara keseluruhannya mengenai kelesuan yang dihadapi oleh guru-guru di sekolah. Perkara utama yang menyebabkan para guru sekarang seperti tidak begitu bersemangat apabila berada di sekolah adalah disebabkan kerana kerja-kerja pengkeranian seperti pentadbiran organisasi, pengendalian penjawatan, gaji, bangunan, aspek kokurikulum dan sebagainya melebihi daripada tugas hakiki seorang guru sebenar adalah untuk mengajar dan mendidik anak bangsa.

Saya sangat bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan penulis kerana saya sendiri sepanjang lima tahun di IPG Ipoh yang mana hampir setiap semester akan ke sekolah yang berbeza sama ada untuk menjalani sesi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan praktikum, saya melihat cikgu-cikgu di sekolah sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti yang begitu padat seperti Aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), aktiviti kokurikulum, program ko - akademik misalnya Program Tilawah Al - Quran dan sebagainya. Lebih merumitkan lagi situasi ini, tekanan daripada pihak sekolah yang membuatkan para guru terpaksa lakukan banyak kerja dalam satu masa. Secara tidak langsung, prestasi pengajaran akan merosot.

Selain itu, saya bersetuju dengan kenyataan Tun Dr Mahathir yang menyatakan bahawa tahap pencapaian sekolah-sekolah kebangsaan adalah kurang memuaskan seperti sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC). Kenyataan ini dibuktikan lagi dengan pelbagai kajian dan bagi mengatasi masalah ini Isahak Haron (2001) telah menyatakan masalah ini perlu diatasi di peringkat akar umbi lagi iaitu dari sekolah kebangsaan dan salah satu contoh usahanya adalah dengan memperkenalkan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan.

Seterusnya, pembaharuan dalam bidang pendidikan juga telah dititikberatkan oleh pihak kerajaan. Pengenalan konsep pembelajaran sepanjang hayat dan belajar untuk belajar (UNESCO,1995) sangat tepat namun saya begitu meragui bagaimana cara perlaksanaannya.

Disebabkan oleh rasa kurang percaya ibu bapa terhadap institusi pendidikan awam telah mewujudkan fenomena home schooling iaitu anak-anak mereka hanya belajar di rumah sahaja. Fenomena ini jelas berlaku di Amerika Syarikat dengan dibuktikan beserta fakta statistik. Saya agak kurang bersetuju dengan pendapat ini kerana sistem pengajaran yang dikendalikan di rumah itu sendiri tidak di yakini sumber pengajarannya, tenaga pengajar yang tidak disahkan dan mungkin juga suasana pembelajarannya yang tidak sama seperti di institusi pendidikan seperti sekolah.

Saya berpendapat budaya home schooling ini tidak akan menjadi ikutan di Malaysia namun sebaliknya ibu bapa akan mencari ikhtiar lain untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa dan universiti luar negara terutama bagi mereka yang berkemampuan bagi memastikan anak-anak mereka pendapat pendidikan yang bertaraf dunia. Oleh yang demikian, guru-guru perlu berganding bahu untuk bersama-sama menyedari, memahami dan menghayati kepentingan untuk sentiasa menambahbaik gagasan yang dibawa menerusi Standard Tinggi Kualiti Pendidikan.

Saya menyokong pendapat penulis yang menyatakan contoh usaha yang boleh dilakukan oleh para guru untuk menambah sistem pendidikan negara adalah dengan memperkasa diri dalam semua aspek terutama sekali aspek peribadi, aspek mengajar dan aspek intelektual. Aspek intelektual paling perlu dititikberatkan kerana sekarang adalah zaman moden dan teknologi berkembang dengan pesat sekali. Jadi aspek intelektual ini perlu sentiasa ditambahbaik supaya guru yang serba tahu atau serba boleh dapat dihasilkan bagi mendokong cita-cita negara bagi menaikkan mutu pendidikan negara.

Secara kesimpulannya, saya bersetuju dengan pendapat penulis bahawa guru sebenar ialah seorang guru yang memiliki sifat dan ciri-ciri unggul sebagai penyampai ilmu, penyemai nilai luhur, pembimbing, penunjuk ajar dan pemberi pedoman hidup serta guru yang paling berkesan adalah guru yang menjadi contoh teladan kepada setiap anak didiknya.

Saya berpendapat, masalah guru-guru yang lesu ini pasti tidak akan timbul sekiranya mereka mencintai kerjaya mereka dengan sepenuh hati kerana mereka pastinya akan melakukan segala amanah dengan ikhlas dan rela hati. Misalnya dalam semua agama sekali pun terutamanya agama Islam yang menganggap kerjaya guru ini sebagai jihad.