ULASAN JURNAL

6
ULASAN JURNAL: TWO INTELLECTUALS: S.N. AL-ATTAS AND THE EGYPTIAN MOHAMMAED ‘IMMARA, AND THE ISLAMIZATION OF KNOWLEDGE DEBATE. Artikel ini membincangkan tentang perbandingan dua tokoh pemikir Islam iaitu Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Muhammad Immara berkenaan epestemologi dan metodologi Islamisasi Ilmu. Penjajahan barat keatas dunia Islam tidak hanya meninggalkan kesan terhadap sistem politik dan seni bina, tetapi lebih jauh daripada itu adalah kesan penjajahan dan pembaratan dalam ruang epestemologi. Pembentukkan ideologi barat terhadap tanah jajahannya, tidak hanya berhenti pada pembentukan sebuah idea, tetapi telah melahirkan bentuk budaya dan kesan terhadap sistem politik. Pemisahan nilai agama dan kehidupan masyarakat telah menjadikan sistem dan rakyat terus memandang kepada barat sebagai tempat kemajuan dan kelahiran sesebuah ketamadunan. Pemisahan antara nilai Islam dan ilmu pengetahuan meninggalkan kesan yang cukup besar kedalam jiwa orang Islam khusunya. Pembentukan worldview (pandangan sarwajagat) telah menghilangkan aspek Ketuhanan dan nilai-nilai murni serta menjadikan barat adalah sebagai kiblat segala-galanya. Seperti yang diungkapkan oleh al- Attas: The phenomena of Islam and its impact in the history of world cultures and civilization did in our view bring about the proper disenchantment of nature, and the proper desacralization of politics, and the proper deconsecration of

description

ok

Transcript of ULASAN JURNAL

ULASAN JURNAL: TWO INTELLECTUALS: S.N. AL-ATTAS AND THE EGYPTIAN MOHAMMAED IMMARA, AND THE ISLAMIZATION OF KNOWLEDGE DEBATE.

Artikel ini membincangkan tentang perbandingan dua tokoh pemikir Islam iaitu Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Muhammad Immara berkenaan epestemologi dan metodologi Islamisasi Ilmu. Penjajahan barat keatas dunia Islam tidak hanya meninggalkan kesan terhadap sistem politik dan seni bina, tetapi lebih jauh daripada itu adalah kesan penjajahan dan pembaratan dalam ruang epestemologi.Pembentukkan ideologi barat terhadap tanah jajahannya, tidak hanya berhenti pada pembentukan sebuah idea, tetapi telah melahirkan bentuk budaya dan kesan terhadap sistem politik. Pemisahan nilai agama dan kehidupan masyarakat telah menjadikan sistem dan rakyat terus memandang kepada barat sebagai tempat kemajuan dan kelahiran sesebuah ketamadunan. Pemisahan antara nilai Islam dan ilmu pengetahuan meninggalkan kesan yang cukup besar kedalam jiwa orang Islam khusunya. Pembentukan worldview (pandangan sarwajagat) telah menghilangkan aspek Ketuhanan dan nilai-nilai murni serta menjadikan barat adalah sebagai kiblat segala-galanya. Seperti yang diungkapkan oleh al-Attas:The phenomena of Islam and its impact in the history of world cultures and civilization did in our view bring about the proper disenchantment of nature, and the proper desacralization of politics, and the proper deconsecration of values, and hence without bringing about with it secularization. Not only is secularization as a whole the expression of an utterly unIslamic world view, it is set against Islam[footnoteRef:1]. [1: Al-Attas. Syed Muhammad Naquib. 1985. Hlmn 15. .Islam, Secularism, and the philosophy of the future. London. Mansell Publishing Limited.]

Menjadikan kaedah Dewesternisasi-Ilmu sebagai satu agenda adalah dengan membuat kembali penilaian semula terhadap semua jenis disiplin ilmu yang di ambil melalui kerangka barat. Tujuannya adalah jalan untuk mengembalikan semula nilai-nilai dan bentuk epestemologi yang baru menggantikan kerangka yang berbentuk materialistik kepada bentuk nilai adab dan hikmah.

Menilai, mengkaji dan pembentukkan kembali kerangka epestemologi yang baru dalam menyemai idea dan kefahaman serta nilai adab dan Islam, memerlukan satu daya dan sikap kritikal terhadap ilmu-ilmu yang baru. Oleh itu, satu pendekatan dan pembentukan metodologi terhadap penilain kembali ilmu barat merupakan agenda yang penting dalam membentuk epestemologi yang baru.

Pendekatan Dan Metodologi

Penyusunan dan penilaian kembali secara kristis dari sudut perkembangan ketamadunan, sosio politik dan epestemologi ilmu menjadi agenda utama para tokoh ilmuan Islam pada masa kini.

Pembentukan dan penyerapan semula nilai dan budaya memandang kembali terhadap asas pembentukan sesebuah ketamadunan menjadi agenda utama Muhammad Immarah dalam menenangkis kefahaman dan penyerapan nilai dan budaya barat. Islam telah mendahului segala bentuk ketamadunan dan meletakkan nilai bersepadu dalam mealhirkan sebuah masyarakat madani. Muhammad Immarah menyatakan:

, . , , [footnoteRef:2] [2: Muhammad Immarah. 1995. Suqut al-Ghulluw al-Almaan. (Keruntuhan Pelampau Sekularism). Hlman 140. Kaherah. Dar Al-Shuruq.]

Islam yang tidak meletakkan secara khusus kepada sistem budaya dan masyarakat telah memberi ruang kepada sarjana untuk membetuk dan menilai metodologi yang terbaik. Penyerapan dan pengamalan idealogi dan kefahaman inilah menjadi agenda utama Islam dalam melahirkan sebuah ketamadunan dan masyarakat yang berlandaskan nilai-nilai Islam.

Pendekatan dalam mendepani arus penyerangan epestemologi ilmu ini, Prof Al-Attas mengambil pendekatan dengan memurnikan kembali segala terminologi dan semantik kepada kalimah asalannya dan merungkai kalimah tersebut membentuk kalimah-kalimah yang terkaitan dengan asalannya. Prof Al-Attas merungkaikan di dalam Islam And Secularism:

The word Dn derived from the Arabic root DYN has many primary significant which although seemingly contrary to one another are yet all conceptually interconnected. The primary significations of the term Dn can be reduce to four: indebtedness, submissiveness, judicious power, and tendency.[footnoteRef:3] [3: Al-Attas. Syed Muhammad Naquib. 1993.Hlmn 52. Islam And Secularism. Kuala Lumpur. Art Printing Works Sdn.Bhd.]

Pembentukan sebuah kerangka ilmu dalam pembentukan proses Islamisasi Ilmu itu harus dilihat dan dikaji tidak hanya pada terminologinya sahaja, tetapi nilai dan kesinambungan disebalik terminologi atau semantik itu menjadi asas kepada pembentukan sesuatu kerangka ilmu itu sama ada dipengaruhi oleh nilai barat atau Islam.

Penilaian dan pengkajian terhadap ilmu barat mestilah secara kritis melalui metodologi yang tersusun terhadap segala bentuk disiplin ilmu dalam meletakkan kembali nilai-nilai adab dan hikmah. Ketajaman intelektualism para sarjana dibantu dengan metodologi mampu membuat penilain dan penyemaian kembali nilai agama dalam ilmu tersebut.

Kesimpulan

Kehilangan dan kerancuan nilai ilmu adalah satu bentuk serangan yang mampu mengalihkan segala bentuk kehidupan khususnya masyarakat Islam kepada keagungan barat mengatasi nilai Ketuhanan. Oleh itu, peranan sarjana dalam mengembalikan nilai ilmu ini memerlukan kepada ketajaman intelektual dan metodologi yang tersusun rapi bagi menanggapi segala bentuk keraguan ilmu.

Pemulihan kembali epestemologi dan penyemaian nilai agama ke dalam ilmu merupakan satu kehidupan kembali terhadap kesarjanaan islam terdahulu sekaligus membangkitkan kembali semangat mereka untuk kembali meneroka dan menapis segala bentuk kekeliruan ilmu pada masa kini. Oleh itu, sumbangan kedua tokoh ini memberikan satu impak yang besar kepada umat Islam dalam memahami serta menilai kembali tradisi keilmuan yang telah hilang cahayanya.

BIBILOGRAFI

Al-Attas. Syed Muhammad Naquib. 1993. Islam And Secularism. Kuala Lumpur. Art Printing Works Sdn.Bhd. Al-Attas. Syed Muhammad Naquib. 1985. Islam, Secularism, and the philosophy of the future. London. Mansell Publishing Limited. Al-Attas. Syed Muhammad Naquib. 2001. Risalah Untuk Kaum Muslimin. Kuala Lumpur. Institut Antarabangsa Pemikiran Dan Tamadun Islam (ISTAC).Muhammad Immara. 1995. Al-Islam Bain Al-Tanwir Wa Al-Tazwir. Kaherah. Dar Al-Shuruq. Muhammad Immara. 1995. Suqut al-Ghuluw al-Almn. Kaherah. Dar Al-Shuruq.Wan Mohd Nor Wan Daud. 1998. The Education Philosophy And Practise Of Syed Muhammad Naquib al-Attas An Exposition Of The Original Concept Of Islamization. Kuala Lumpur. Internation Islamic Thought And Civilization (ISTAC).