ulasan jurnal

3
Sumber : Hadi Noviyanto. (2013, Disember 29). Retrieved Februari 08, 2015, from Jurnal Ilmiah: http://jurnalilmiahtp2013.blogspot.com/2013/12/pendidikan- seks-terhadap-anak.html Tajuk : Pendidikan Seks Terhadap Anak Penulis : Hadi Noviyanto, Universitas Negeri Semarang, Indonesia Tahun : 2013 Pengenalan : Artikel ini berkaitan dengan bidang Pendidikan Kesihatan Seksualiti serta memenuhi kehendak tugasan yang diberi. Ia menghuraikan faktor serta cara menangani kejadian gangguan seksual yang kian berleluasa dewasa ini. Kritik : (i) Penemuan Baru Kaedah pengajaran seks kepada anak meliputi tiga aspek iaitu penghapusan bahasa, toleransi dalam seks dan penumbuhan pengetahuan tentang seks. Ini merupakan satu ilmu baru yang telah saya pelajari melalui artikel ini. (ii) Kelebihan Artikel ini menghuraikan lima tahap pendidikan seks berdasarkan perkembangan anak mengikut umur. Contohnya, pada tahap kedua iaitu umur 2 hingga 5 tahun, anak-anak perlu diberi pengetahuan tentang konsep pembiakan yang paling

description

pke

Transcript of ulasan jurnal

Sumber : Hadi Noviyanto. (2013, Disember 29). Retrieved Februari 08, 2015, from Jurnal Ilmiah: http://jurnalilmiahtp2013.blogspot.com/2013/12/pendidikan-seks-terhadap-anak.htmlTajuk : Pendidikan Seks Terhadap AnakPenulis : Hadi Noviyanto, Universitas Negeri Semarang, IndonesiaTahun : 2013Pengenalan : Artikel ini berkaitan dengan bidang Pendidikan Kesihatan Seksualiti serta memenuhi kehendak tugasan yang diberi. Ia menghuraikan faktor serta cara menangani kejadian gangguan seksual yang kian berleluasa dewasa ini. Kritik : (i) Penemuan BaruKaedah pengajaran seks kepada anak meliputi tiga aspek iaitu penghapusan bahasa, toleransi dalam seks dan penumbuhan pengetahuan tentang seks. Ini merupakan satu ilmu baru yang telah saya pelajari melalui artikel ini.

(ii) KelebihanArtikel ini menghuraikan lima tahap pendidikan seks berdasarkan perkembangan anak mengikut umur. Contohnya, pada tahap kedua iaitu umur 2 hingga 5 tahun, anak-anak perlu diberi pengetahuan tentang konsep pembiakan yang paling mudah seperti bayi akan tercipta jika seorang lelaki dan perempuan bersama. Istilah Pendidikan Seks juga ditakrifkan secara terperinci.

(iii) ImplikasiPendidikan Seks menjadi sesuatu yang tabu kerana seks sering dianggap sebagai hubungan intim. Setelah pentakrifan yang diberi oleh penulis, kini istilah seks boleh difahami dengan betul. Tambahan pula, ibu bapa, guru serta masyarakat dapat satu pendedahan tentang faktor kejadian gangguan seksual serta kepentingan kaedah pengajaran seks dan tahap pendidikan seks bagi menanganinya. (iv) KepentinganPengetahuan yang diperolehi ini boleh dijadikan satu garis panduan oleh ibu bapa, guru serta masyarakat untuk memberi pengetahuan seks kepada anak-anak. Informasi daripada artikel ini juga boleh digunakan untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif selain dijadikan sebagai satu persediaan awal berumah tangga. Hal ini kerana bakal pendidik serta ibu bapa dapat melengkapkan diri dengan pengetahuan seks sebelum mendidik anak-anak.

(v) KelemahanDidikan agama mampu mengajar anak untuk mengawal nafsu serta memberi kesedaran tentang kepentingan memelihara maruah diri serta menerbitkan rasa hormat remaja lelaki terhadap remaja perempuan. Jadi, kekurangan didikan agama juga merupakan satu faktor yang mengundang kejadian gangguan seksual selain kekurangan pengetahuan seks. Cadangan : Penulis perlu menyatakan kesan kejadian gangguan seksual secara terperinci bagi membolehkan semua lapisan masyarakat untuk lebih peka terhadapnya. Remaja merupakan golongan yang sering terbabit dalam kejadian gangguan seksual ini. Oleh itu, penulis juga perlu menjelaskan tentang peranan remaja dalam menangani kejadian gangguan seksual selain daripada ibu bapa dan guru. Kesimpulan :Pendidikan seks merupakan salah satu cara yang efektif untuk mengelakkan anak-anak daripada menjadi mangsa gangguan seksual. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi, ibu bapa perlu memberi pengetahuan awal tentang seks kepada anak-anak sejak kecil lagi tanpa mengharapkan guru sepenuhnya untuk mengajar Pendidikan Seksualiti di sekolah.