ULASAN JURNAL

3
Jurnal ini menjelaskan kajian yang bertajuk Hubungan Iklim Kerja dan Stres dalam Pengurusan Bilik Darjah dalam Kalangan Guru Prasekolah. Kajian ini dijalankan oleh Abdul Said Ambotang dan Muhammad Hisyam Mohd Hashim dari Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Objektif kajian adalah untuk melihat sama ada guru prasekolah di Gabungan Keningau mengalami stres, mengenal pasti punca stres yang dihadapi dalam kalangan guru tersebut serta item-item yang terlibat yang menjadi punca stres. Pendekatan kajian yang digunakan adalah pendekatan deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan (survey). Kaedah ini bertujuan untuk mengumpul maklumat pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian ini seperti iklim kerja dan faktor lain yang dijangka berkaitan dengan sesuatu peristiwa yang sedang berlaku. Pendekatan ini membolehkan penyelidik menjelaskan mengapa sesuatu peristiwa atau isu yang dihadapi dalam kalangan responden yang terpilih dalam kajian. Semua sampel yang diambil adalah semua guru prasekolah di Gabungan Keningau. Kesemua sampel kajian diambil dengan menggunakan pensampelan kelompok (cluster sampling) iaitu mengambil kesemua responden tanpa mengira jantina agar maklumat yag diperolehi lebih tepat dan mengurangkan ralat pensampelan. Seramai 55 orang guru prasekolah Gabungan Keningau diminta mengisi borang soal selidik untuk menjawab persoalan kajian. Kajian yang dilaksana adalah berdasarkan jantina, kategori perkhidmatan, umur, pengalaman mengajar, hubungan antara iklim kerja dengan tahap stres guru dan hubungan antara tugas di bilik darjah dengan stres guru. Dapatan kajian mendapati bahawa iklim kerja guru prasekolah sangat memainkan peranan dan mempengaruhi tahap stres yang dialami. Malah, didapati bahawa faktor utama yang menjejaskan iklim kerja yang menyumbang kearah peningkatan stres guru ialah faktor kekurangan peralatan yang canggih dan masalah disiplin pelajar pelajar. Walaupun kebanyakan guru menyatakan sekolah mempunyai kelengkapan pengajaran dan pembelajaran namun kebanyakan sekolah di Gabungan Keningau masih kekurangan peralatan seperti komputer. Ini disebabkan kesemua daerah terutama daerah Nabawan dan Daerah Tenom amat jauh dari pusat bandar dan ada kalanya sekolah tidak dapat dihubungi melalui talian telefon, jalan darat dan memakan masa yang lama untuk sampai ke sekolah yang jauh dari Pejabat Pelajaran Gabungan yang terletak di Pekan Keningau. Hal ini jelas membuktikan bahawa aspek sosial, persekitaran fizikal, sistem pentadbiran, prestasi pelajar dan keadaan fizikal sekolah mempengaruhi tahap stres guru. Kajian ini sekaligus memberi gambaran yang jelas kepada masyarakat bahawa tugas guru prasekolah bukanlah mudah dan boleh dijawat oleh individu yang tidak mempunyai latihan langsung. Mengikut Nor Hashimah Hashim (2003),

Transcript of ULASAN JURNAL

Page 1: ULASAN JURNAL

Jurnal ini menjelaskan kajian yang bertajuk Hubungan Iklim Kerja dan Stres dalam

Pengurusan Bilik Darjah dalam Kalangan Guru Prasekolah. Kajian ini dijalankan oleh Abdul

Said Ambotang dan Muhammad Hisyam Mohd Hashim dari Universiti Malaysia Sabah dan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Objektif kajian adalah untuk melihat sama ada guru

prasekolah di Gabungan Keningau mengalami stres, mengenal pasti punca stres yang

dihadapi dalam kalangan guru tersebut serta item-item yang terlibat yang menjadi punca

stres.

Pendekatan kajian yang digunakan adalah pendekatan deskriptif dengan

menggunakan kaedah tinjauan (survey). Kaedah ini bertujuan untuk mengumpul maklumat

pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian ini seperti iklim kerja dan faktor lain yang

dijangka berkaitan dengan sesuatu peristiwa yang sedang berlaku. Pendekatan ini

membolehkan penyelidik menjelaskan mengapa sesuatu peristiwa atau isu yang dihadapi

dalam kalangan responden yang terpilih dalam kajian.

Semua sampel yang diambil adalah semua guru prasekolah di Gabungan Keningau.

Kesemua sampel kajian diambil dengan menggunakan pensampelan kelompok (cluster

sampling) iaitu mengambil kesemua responden tanpa mengira jantina agar maklumat yag

diperolehi lebih tepat dan mengurangkan ralat pensampelan. Seramai 55 orang guru

prasekolah Gabungan Keningau diminta mengisi borang soal selidik untuk menjawab

persoalan kajian.

Kajian yang dilaksana adalah berdasarkan jantina, kategori perkhidmatan, umur,

pengalaman mengajar, hubungan antara iklim kerja dengan tahap stres guru dan hubungan

antara tugas di bilik darjah dengan stres guru. Dapatan kajian mendapati bahawa iklim kerja

guru prasekolah sangat memainkan peranan dan mempengaruhi tahap stres yang dialami.

Malah, didapati bahawa faktor utama yang menjejaskan iklim kerja yang menyumbang

kearah peningkatan stres guru ialah faktor kekurangan peralatan yang canggih dan masalah

disiplin pelajar pelajar. Walaupun kebanyakan guru menyatakan sekolah mempunyai

kelengkapan pengajaran dan pembelajaran namun kebanyakan sekolah di Gabungan

Keningau masih kekurangan peralatan seperti komputer. Ini disebabkan kesemua daerah

terutama daerah Nabawan dan Daerah Tenom amat jauh dari pusat bandar dan ada kalanya

sekolah tidak dapat dihubungi melalui talian telefon, jalan darat dan memakan masa yang

lama untuk sampai ke sekolah yang jauh dari Pejabat Pelajaran Gabungan yang terletak di

Pekan Keningau. Hal ini jelas membuktikan bahawa aspek sosial, persekitaran fizikal, sistem

pentadbiran, prestasi pelajar dan keadaan fizikal sekolah mempengaruhi tahap stres guru.

Kajian ini sekaligus memberi gambaran yang jelas kepada masyarakat bahawa tugas

guru prasekolah bukanlah mudah dan boleh dijawat oleh individu yang tidak mempunyai

Page 2: ULASAN JURNAL

latihan langsung. Mengikut Nor Hashimah Hashim (2003), profesion pendidikan di peringkat

awal kanak-kanak memerlukan seseorang yang berpengetahuan tinggi dan latihan khas

berkenaan perkembangan, keperluan dan bagaimana kanak-kanak belajar.

Terdapat beberapa cadangan yang boleh diaplikasikan untuk mengatasi masalah

stres. Antaranya adalah dengan menambah baik persekitaran pembelajaran sekolah. Iklim

kerja yang kondusif bukan hanya di bilik darjah malah melibatkan persekitaran sekolah

haruslah menunjukkan bahawa sekolah adalah sebuah tempat yang boleh meransang

aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Langkah kedua adalah memperbaiki persekitaran pembelajaran di bilik darjah

prasekolah. Menurut Azizah Lebai Nordin (1999), persekitaran prasekolah yang baik boleh

menggalakkan pembelajaran kanak-kanak. Menurut Sapura Sipon (2002), persekitaran

tempat kerja di bilik darjah prasekolah yang sesuai dan kondusif amat penting dalam usaha

pengurusan stres kerja. Persekitaran bilik darjah seharusnya memiliki susunan perabot yang

teratur, bergambar yang berwarna-warni, pengudaraan, cahaya yang terang, mempunyai

perabot yang kemas boleh membantu guru, memudahkan guru untuk melaksanakan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran tanpa rasa tertekan. Azizah Lebai Nordin (2002), turut

menyatakan persekitaran prasekolah yang baik juga membolekan guru dan pengasuh

bekerjasama dalam suasana gembira, tenang dan selesa.

Langkah ketiga ialah pihak atasan dan pentadbir bersikap terbuka dan bersikap

membimbing. Pihak atasan dan pentadbir hendaklah sentiasa memberi perhatian terhadap

segala keperluan mereka. Malah menurut Atan Long (1984), keadaan kepimpinan di sekolah

selalunya menentukan suasana dan persekitaran keseluruhan sekolah. Keperluan individu

yang perlu diambil perhatian oleh pihak pentadbir ialah keperluan sosial, keperluan harga

diri, keperluan psikologi dan keperluan matlamat diri. Keperluan-keperluan ini perlulah

dipenuhi untuk meningkatkan lagi motivasi diri guru-guru disekolah. Hal ini selaras dengan

teori motivasi Maslow yang juga dikenali sebagai teori keperluan yang melihat keperluan diri

sebagai dorongan kemajuan dan meningkatkan produktiviti. Justeru, pentadbir perlulah

memenuhi keperluan guru dengan memberi bimbingan dan tunjuk ajar supaya mereka

mengenali kelemahan seterusnya membaiki mutu pengajaran dan pembelajaran yang

sentiasa mengalami perubahan kurikulum dari semasa ke semasa.

Langkah keempat adalah dengan mengurangkan beban tugas bukan mengajar.

Tidak dinafikan bahawa walaupun guru dikatakan bekerja setengah hari namun jumlah masa

mereka sebenarnya banyak dihabiskan dengan kerja sekolah yang sudah tentunya bukan

aktiviti pengajaran sahaja. Beban tugas bukan mengajar yang dipikul oleh guru boleh

menyebabkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah turut terjejas. Oleh itu, beban

Page 3: ULASAN JURNAL

tugas sebagai guru, pentadbir dan pengajar boleh dikurangkan dengan menambah jumlah

guru dan pembantu guru prasekolah agar beban tugas boleh diagih-agihkan seterusnya

dapat mengurangkan tekanan kerja di pusat prasekolah.

Langkah seterusnya adalah dengan membina iklim kerja yang selamat dan

memberansangkan. Tidak dinafikan bahawa keadaan sekolah dan keadaan bilik darjah yang

kondusif serta suasana yang harmonis dalam kalangan guru dan pelajar amat

mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Justeru, seluruh pihak sekolah baik guru,

pelajar, pentadbir dan ibu bapa memainkan peranan dengan bekerjasama dalam

mengurangkan masalah disiplin yang selamat yang mana murid boleh menjalankan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dengan tenang dan selesa.