Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044

14
KPT 6044 – PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 1 ULASAN JURNAL Tajuk : Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPT dan SPP) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Disediakan oleh NURAISHAHTUL AKMAR BINTI KAMARUDDIN M20111000251

description

 

Transcript of Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044

Page 1: Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044

KPT 6044 – PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

TUGASAN 1ULASAN JURNAL

Tajuk : Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPT dan SPP) Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Disediakan olehNURAISHAHTUL AKMAR BINTI KAMARUDDIN

M20111000251

Page 2: Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044

PENGENALAN

Kajian ini telah dijalankan oleh Janarthini A/P Krishnan, Mohd Nihra Haruzuan Mohamad Said, dan Noor Azean Atan, dan Johari Hassan dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Kajian ini telah diterbitkan dalam Journal of Social Science, Volume 3, Sept 2011, Page 206-225/ ISSN: 2231-7333

Kajian ini juga telah dibentangkan dalam 1st International Malaysian Educational Technology Convention

Page 3: Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044

E-Pembelajaran

E-pembelajaran membolehkan pelajar mengikuti pembelajaran secara berdikari dan berkomunikasi dengan pengajar melalui e-mail.

Ia memberi peluang kepada setiap individu berhubung sesama mereka untuk berkongsi pengalaman melalui internet walaupun terdapat jarak di antara mereka.

Sistem pengurusan e-pembelajaran juga dapat membantu para pengajar untuk menyesuaikan bahan pengajaran dengan keperluan pembelajaran pengajar, contohnya bahan pengajaran berasaskan kepada masalah problem based learning.

Pengajar juga boleh memampatkan bahan pengajaran atau kursus seperti modul di laman web manakala pelajar pula boleh menghantar tugasan individu kepada pengajar dengan melalui e-mail atau dalam bentuk yang lebih interaktif di laman web.

Page 4: Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044

E-Pembelajaran di Universiti Teknologi Malaysia.

E-pembelajaran adalah sebuah aplikasi yang dibangunkan untuk kegunaan projek kampus siber UTM dan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan pada tahun 1997.

Bermula pada semester II, sesi 2001/2002, UTM telah memulakan inisiatif ke arah pelaksanaan pembelajaran elektronik sebagai salah satu kaedah pembelajaran baru khusus untuk pelajar-pelajar sarjana muda.

Melalui projek ini bahan pegajaran dan pembelajaran boleh dicapai pada bila-bila masa melalui rangkaian meluas UTM.

Antara tujuan perlaksanaan projek ini ialah untuk memudahkan pelajar mencapai maklumat mengenai sesuatu mata pelajaran yang mereka ambil, meningkatkan minat serta kefahaman pelajar, menyediakan kemudahan untuk pelajar belajar mengikut kemampuan sendiri dan pendedahan kepada pelajar, konsep pendidikan tanpa batas.

Page 5: Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044

TUJUAN KAJIAN DILAKSANAKAN

Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPT, dan SPP), Fakulti Pendidikan, UTM dan mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan e-pembelajaran.

Page 6: Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044

OBJEKTIF KAJIAN Terdapat 3 objektif kajian yang ingin dicapai oleh penyelidik.

Obektif 1 Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPT, dan SPP), Fakulti Pendidikan, UTM menggunakan e-pemebelajaran dari segi lima aspek iaitu peranan pengajar, persekitaran pembelajaran, peralatan pembelajaran, kandungan kursus, dan proses e-pembelajaran.

Objektif 2Mengenalpasti perbandingan min diantara demografi seperti jantina, kursus dan bangsa dengan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan epembelajaran kalangan pelajar tahun akhir, Jabatan Multimedia, (SPK, SPT, dan SPP), Fakulti Pendidikan, UTM.

Objektif 3Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar tahun akhir, Jabatan Multimedia, (SPK, SPT, dan SPP), Fakulti Pendidikan, UTM semasa menggunakan e-pembelajaran.

Page 7: Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044

PERSOALAN KAJIAN

Terdapat 3 persoalan kajian yang ingin dijawab melalui hasil penyelidikan ini.

Persoalan kajian 1Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia, Fakulti Pendidikan, UTM menggunakan e-pemebelajaran dari segi lima aspek iaitu peranan pengajar, kandungan kursus, peralatan pembelajaran, persekitaran pembelajaran dan proses e-pembelajaran.

Page 8: Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044

Persoalan kajian 2 Apakah terdapat perbandingan min diantara demografi seperti jantina, kursus dan bangsa dengan faktor-faktor penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir, Jabatan Multimedia, Fakulti Pendidikan, UTM.

Page 9: Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044

Persoalan Kajian 3Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar tahun akhir, Jabatan Multimedia, Fakulti Pendidikan, UTM semasa menggunakan e-pembelajaran.

Page 10: Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044

DAPATAN KAJIAN

Analisis kajian menunjukkan daripada lima faktor yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran didapati faktor kandungan kursus mencatat min yang paling tinggi iaitu 3.81. Adalah didapati item-item yang mengandungi kenyataan bahawa responden mengakses e-pembelajaran disebabkan oleh kandungan kursus berada pada tahap tinggi. Kebanyakkan pelajar menggunakan e-pembelajaran disebabkan oleh kandungan kursus yang disediakan adalah sesuai, bersistematik dan juga membantu pelajar dalam kerja mereka (tugasan, kuiz, ujian dan lain-lain).

Page 11: Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044

Didapati bahawa pelajar lelaki dan pelajar perempuan mencatat min yang tertinggi bagi faktor kandungan kursus yang mempengaruhi pembelajaran menggunakan e-pembelejaran.

Kajian ini juga mendapati pelajar lelaki kurang setuju dengan faktor pengajar yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran.

Kajian ini juga mendapati pelajar perempuan kurang bersetuju dengan faktor peralatan pembelajaran mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran.

Page 12: Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044

Analisis kajian menunjukkan bahawa masalah luaran seperti server down, database error, virus dan juga pengajar jarang mengemaskini nota merupakan masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar SPK, SPT, dan SPP menggunakan e-pembelajaran. Manakala masalah dalaman seperti minat, pembahagian masa, masalah login, dan maklum balas yang negatif diberikan oleh rakan-rakan dalam aktiviti peer tidak menjadi satu masalah serius bagi responden menggunakan e-pembelajaran

Page 13: Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044

KESIMPULAN

Pembelajaran berasaskan teknologi adalah sesuai bagi proses pembelajaran yang menggunakan teknologi multimedia untuk membantu dan memudahkan pelajar, sambil pengajar sebagai fasilitator

Page 14: Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044

SUMBER

http://eprints.utm.my/11779/1/Faktor.pdf