Penyerapan Budaya dalam Pengajaran Bahasa Melayu di Brunei Darussalam
ULASAN JURNAL - KAEDAH PENGAJARAN PENGETAHUAN AGAMA ISLAM DI BRUNEI DARUSSALAM
-
Upload
eelmarmono -
Category
Documents
-
view
532 -
download
8
description
Transcript of ULASAN JURNAL - KAEDAH PENGAJARAN PENGETAHUAN AGAMA ISLAM DI BRUNEI DARUSSALAM
TAJUK : KAEDAH PENGAJARAN PENGETAHUAN AGAMA ISLAM DI BRUNEI
DARUSSALAM.
SINOPSIS JURNAL
Kajian ini telah dijalankan di beberapa buah sekolah menengah di daerah Brunei-Darussalam.
Kajian ini ditulis oleh Hj Maimun Aqhsa Lubis dan Roslan Jaafar yang menuntut di
UKM ,Bangi, Selangor.
Tajuk kajian ialah Kaedah Pengajaran Pengetahuan Agama Islam Di Brunei Darussalam.
Objektif kajian mengenai tiga perkara penting iaitu perlaksanaan pengajaran Pengetahuan
Agama Islam, kaedah popular digunakan oleh para guru dan keberkesanan kaedah pengajaran
dan pembelajaran di sekolah menengah Brunei-Darussalam.
Format kajian ialah soal selidik ( temuduga ) ke atas pelajar dan guru dan pencerapan ke atas
guru yang mengajar Pengetahuan Agama Islam.
Responden terdiri daripada 26 orang guru yang mengajar tingkatan lima dan seramai 148
orang pelajar tingkatan lima.
Metodologi kajian ialah penulis mengedarkan borang soal-selidik kepada pelajar dan guru.
Borang soal selidik tersebut mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A berkenaan
perlaksanaan pengajaran Pengetahuan Agama Islam. Bahagian B mengenai kaedah popular
yang digunakan oleh guru dan Bahagian C berkaitan kaedah pengajaran berkesan. Penulis
juga mengemukan 10 soalan temuduga yang merangkumi aspek perkaedahan, bahan bantu,
masalah yang dihadapi oleh guru agama dalam pengajaran Pengetahuan Agama Islam.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajaran Pengetahuan Agama Islam yang dijalankan
di sekolah –sekolah menengah di daerah Brunei-Muara berada pada tahap yang sederhana
iaitu tahap keberkesanannya belum mencapai tahap yang maksima.
M/ Surat - 1
1.0) Pendahuluan
Pengajaran adalah satu proses berkerja bersama pelajar untuk membantu mereka
berkebolehan dan berkemungkinan untuk memperolehi ilmu . Ia melibatkan usaha mencari
dan mengenal pasti salah tafsiran pelajar terhadap sesuatu yang diajarkan , mengambil
tindakan untuk memastikan perubahaan kefahaman dan mencipta konsep pengajaran yang
berkesan ( Ramsden, 1993 ; Trigwel , Prosser & Lyons, 1997) . Manakala pembelajaran di
sekolah merupakan satu pergerakan ke arah pembentukan insan yang berupaya
menyelesaikan persoalan yang kompleks , mengiktiraf kuasa dan keelokan konsep-konsep
sesuatu bidang pelajar dan menggunakan ilmu yang dipelajari di dalam kelas dalam
menyelesaikan masalah di luar kelas. Ertinya pembelajaran itu berguna bagi mentafsir dunia
yang kita diami ini . Pembelajaran yang sebenar dapat mengubah kefahaman seseorang
mengenai sesuatu ( Ramsden , 1988 ) . Kaedah pengajaran pula boleh ditakrifkan sebagai
cara atau peraturan membuat sesuatu . Kaedah juga merujuk kepada satu tindakan guru yang
sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran yang spesifik dalam jangka masa
pendek . Dengan kata lain, kaedah pengajaran ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran
dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun .
Sebagai sebuah Negara yang mengamalkan falsafah Melayu Islam Beraja ( MIB )
kerajaan Negara Brunei Darussalam amat menitikberatkan ajaran islam sebagai pegangan
bagi setiap masyarakat khasnya bagi mereka yang menganuti agama Islam . Lantaran itu ,
kajian kaedah pengajaran Pengetahuan Agama Islam telah dijalankan . Di antara tujuan
utama kajian adalah untuk mengenal pasti kaedah pengajaran yang popular dan selalu
digunakan oleh guru-guru agama dan juga mengenal pasti kaedah pengajaran yang berkesan
M/ Surat - 2
dalam pengajaran Pengetahuan Agama Islam ( PAI ) . Kajian penulis mengenai tiga perkara
penting iaitu perlaksanaan pengajaran Pengetahuan Agama Islam , kaedah popular digunakan
oleh para guru dan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta halangan
keberkesanannya ke atas para pelajar.
2.0) Langkah Untuk Meningkatkan Keberkesanan Kaedah Pengajaran Pengetahuan
Agama Islam di Brunei Darussalam .
Mengikut kajian yang telah dibuat menunjukkan tahap keberkesanan pengajaran
Pengetahuan Agama Islam di Brunei belum mencapai tahap yang maksima . Pancapaian ini
dapat ditingkatkan keberkesanannya dengan mengambil beberapa pendekatan . Antara
cadangan untuk mempertingkatkan keberkesanannya ialah :
2.1) Belajar secara berkumpulan.
Guru hendaklah mengadakan kerja berkumpulan , perbincangan dan guru bertindak
sebagai pemudah cara . Keberkesanan kaedah mengajar dan hubungan yang mesra di antara
guru dan pelajar di pusat - pusat pengajian dari peringkat rendah sehingga peringkat tinggi
adalah penting supaya penyampaian pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
lebih tersusun dan memudahkan pencapaian matlamat yang telah digariskan .
2.2) Personaliti seorang guru .
Seorang guru semestinya mempunyai cirri-ciri yang mulia , kreatif , progresif , efektif
dan memastikan perkembangan setiap individu bertambah maju dan mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran . Sebaliknya, jika guru tidak berfungsi dengan baik
perkembangan dan keberkesanan ilmu dalam masyarakat akan terjejas . Peranan guru adalah
M/ Surat - 3
untuk mempertingkatkan potensi sama ada jasmani , emosi , rohani dan intelektual ( Abdul
Halim 1986 ) .
2.3) Penguasaan ilmu dan mempelbagaikan kaedah pengajaran .
Menurut Azman ( 1987 ) menguasai isi kandungan pelajaran diajar sahaja tidak
mencukupi untuk menjamin prestasi pengajaran yang tinggi sebaliknya hendaklah menguasai
kaedah dan teknik untuk memyampaikan isi pelajaran tersebut. Guru hendaklah pandai
mengurus bilik darjah agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar ,
sempurna dan berkesan . Disamping itu , pihak sekolah juga hendaklah menyediakan
kemudahan-kemudahan alat bantu mengajar seperti lut sinar ( OHP ) , bilik pandang dengar ,
video , televisyen dan lain - lain alat bantu mengajar . Pembelajaran pelajar akan berlaku
dengan baik jika guru mengetahui kaedah yang sesuai dengan isi pelajaran. Kaedah
pengajaran untuk mengajar teori adalah berbeza daripada kaedah untuk mengajar kemahiran .
Oleh itu , guru perlu mahir dalam mempelbagaikan kaedah mengajar . Kemahiran guru
adalah penting untuk proses tersebut .
2.4) Keterlibatan ibu bapa dan agensi –agensi kerajaan .
Guru-guru Pendidikan Islam dan pihak ibu bapa serta agensi-agensi kerajaan juga
memainkan peranan untuk mempertingkatkan keberkesanan pengajaran PAI . Sebagai contoh
Radio , Televisyen dan Kementerian Agama hendaklah membuat pita video dan cekera padat
yang sesuai dengan tajuk-tajuk pelajaran untuk menambahkan lagi kefahaman para pelajar .
M/ Surat - 4
Disamping perkara yang telah disebutkan di atas, beberapa pendekatan lain yang perlu
diambil untuk mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pengetahuan
Agama Islam . Antaranya adalah sebagaimana berikut:
a) Pemantauan rakan sejawatan .
Rakan sejawatan boleh memainkan peranan positif sebagai pemantau menggantikan
pengetua . Rakan sejawatan boleh menghuraikan segala masalah yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran , mengenal pasti kelemahan atau membimbing rakannya
mengenai amalan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan . Tujuan utama
pemantauan hanya untuk memperbaiki dan memurnikan lagi persembahan atau strategi
pengajaran guru tersebut bukannya untuk mencari kesalahan seseorang ( Abdul Ghani
Abdullah, Mohd Yahya Fadzli Jusoh , 2009 : 67 )
b) Aktiviti Permainan dan Rekreasi .
Permainan dan rekreasi adalah merupakan salah satu aktiviti yang bercorak
pendidikan yang dirancangkan bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan, selesa dan mengembirakan . Melalui aktiviti ini , pelajar akan mendapat
peluang tambahan untuk mengembangkan minat , daya kreativiti, sifat ingin tahu , sikap
berdikari , bakat kepimpinan dan membabitkan diri dalam membuat keputusan untuk diri
sendiri , kumpulan dan masyarakat ( Zaharah Noor Hashim , 2008 : 58 ) .
M/ Surat - 5
3.0) Kekangan Keberkesanan Kaedah Pengajaran Pengetahuan Agama Islam ( PAI ) .
Antara kekangan yang menghalang keberkesanan kaedah pengajaran PAI ialah :
a). Proses pengajaran dan pembelajaran yang pasif .
Pengajaran dan pembelajaran guru yang pasif dan kurang kreatif , penyampaian yang
membosankan , kaedah mengajar yang kurang berkesan mengakibatkan pelajar kurang
meminati mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam .
b). Masa atau period mengajar terlalu singkat .
Peruntukan period mengajar mata pelajaran PAI terlalu singkat iaitu satu masa atau
period sahaja sementara itu terdapat pelajar yang ramai dalam sebuah bilik darjah . Oleh itu ,
guru PAI terpaksa menggunakan kaedah pengajaran yang mudah serta menjimatkan masa .
Penggunaan kaedah ini berlaku disebabkan kurangnya pendedahan guru – guru terhadap
kursus, bengkel dan seminar tentang perkaedahan pengajaran mata pelajaran Pengetahuan
Agama Islam .
c).Isi pelajaran tidak sesuai dengan kaedah pengajaran guru.
Isi pengajaran tidak sesuai dengan kaedah pengajaran.Ini kerana kekurangan bahan
bantu mengajar seperti lut sinar ( OHP ) , komputer ,bilik sumber dan buku teks yang masih
menggunakan ejaan lama . Halangan ini berlaku disebabkan ramai di antara guru yang
menggunakan bahan bantu mengajar sedangkan alat tersebut tidak mencukupi dan amat
terhad .
M/ Surat - 6
4.0) Kaedah popular pengajaran Pengetahuan Agama Islam ( PAI ) .
Kajian menunjukan terdapat empat kaedah pengajaran yang popular dan berkesan
digunakan oleh guru-guru agama dalam pengajaran Pengetahuan Agama Islam terhadap
pelajar iaitu :
a) Kaedah nasihat .
Pelajaran Pengetahuan Agama Islam yang disampaikan dengan kaedah ini memberi
kesan kepada pelajar untuk berfikir dengan cara yang islamik .
b) Kaedah Hafalan.
Penggunaan kaedah hafalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah
mendorong minat pelajar untuk mempelajari subjek tersebut .
c) Kaedah bercerita.
Proses pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah bercerita telah memberi kesan
kepada pelajar untuk mengamalkan ajaran islam dalam kehidupan seharian mereka .
d) Kaedah lakonan.
Mengikut pengkaji, kaedah lakonan memberi kesan yang mendalam terhadap pelajar
di mana pelajar dapat memperbaiki akhlak dan perangai , membantu pelajar menilai dan
menerapkan nilai-nilai islam , membina rasa tanggung jawab pelajar terhadap diri sendiri ,
keluarga dan masyarakat . Di samping itu, para pelajar juga dapat menyesuaikan diri dalam
masyarakat . Pengajaran melalui kaedah lakonan juga dapat membantu pelajar mengamalkan
ajaran islam dengan baik dalam kehidupan seharian mereka .
M/ Surat - 7
5.0) Ulasan dan Kesimpulan.
Pada pendapat saya, penerimaan dan pemahaman seseorang pelajar banyak
dipengaruhi oleh kaedah dan penyampaian seseorang guru yang bersistematik dan berkesan.
Keberkesanan kaedah pengajaran adalah penting dalam membina tingkah laku pelajar dan
sahsiah yang mulia disamping kejayaan akademik mereka . Keberkesanan ini juga banyak
dipengaruhi oleh kemahiran guru dalam mengendalikan isi pengajaran dan cara penyampaian
kepada para pelajar dapat menarik minat mereka untuk mempelajari subjek Pengetahuan
Agama Islam .
Menurut Prof Dr. Sidek Baba , ada lima faktor yang sangat penting yang
membolehkan pengajaran dan pembelajaran berlaku secara berkesan dalam melahirkan insan
yang berkeribadian mulia . Pertama , kaedah tradisi yang menggunakan kaedah pengingatan
dan hafalan . Ia adalah permulaan suatu kaedah belajar yang baik . Asas ilmu dan formula
memahami memerlukan pendekatan mengingat dan menghafal. Ia boleh membantu pelajar
memahami ilmu dan juga pemikiran seseorang terhadap ilmu. Kedua , kaedah kefahaman
amat dituntut dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Tidak dikatakan pengajaran dan
pembelajaran mengambil tempat sekiranya proses kefahaman tidak berlaku. Para guru
hendaklah mencari cara dan kemahiran yang terbaik bagaimana ilmu yang disampaikan dapat
difahami oleh pelajar . Pada zaman tradisi islam, seseorang pelajar tidak boleh mengalihkan
topik pembelajaran selagi yang dipelajari tidak difahami . Dalam konteks pendidikan kini
adakah kaedah ini dapat dilaksanakan ? . Pendidikan kita pada hari ini adalah berorientasikan
peperiksaan. Ketiga, kaedah pemikiran amat perlu supaya ilmu yang difahami tidak diterima
begitu sahaja tanpa pengembangan pemikiran . Dalam pengurusan pengajaran dan
M/ Surat - 8
pembelajaran pemahaman yang tidak menghasilkan pemikiran boleh membawa kepada
kebekuan dan kemandulan berfikir . Pemahaman dan pemikiran bakal menjana maklumat
dan ilmu yang bermanfaat . Inilah tradisi keilmuan silam yang dapat melahirkan ahli fikir
yang manpu menjana tamadun . Keempat , kaedah penyerapan atau internalisasi amat
penting dalam menghubungkan sistem nilai ( insan ) dengan pelajar . Ilmu yang
dikembangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harus mempunyai domain afektif .
Kelima , kaedah amalan atau manifestasi adalah natijah dari proses pengajaran dan
pembelajaran . Proses pendidikan dan pengilmuan tidak akan berlangsung sekiranya ilmu
tidak difahami , tidak terjadi perkembangan pemikiran , nilai kemanusiaan tidak dapat
diserapi dalam kehidupan seorang pelajar . Oleh itu , proses amalan adalah hasil adanya nilai
murni pada diri yang memberi kesan terhadap perubahan akal , sikap dan aplikasi nilai
terhadap amalan dan tingkah laku seseorang .
Seorang guru yang baik ialah seorang guru yang boleh mengajar dengan berkesan.
Guru yang berkesan selalu memikirkan bagaimana hendak melibatkan pelajar dalam
pengajarannya. Penglibatan pelajar boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar .
Penglibatan ini adalah dalam bentuk aktiviti pembelajaran, penyoalan dan lain-lain . Guru
yang berkesan akan sentiasa sensitif dan perihatin dengan keperluan pelajar .
Guru yang berkesan juga menyediakan objektif pengajaran dengan jelas . Isi pelajaran
dan aktiviti pengajaran disusun mengikut objektif berkenaan . Isi pengajaran juga
disampaikan menurut urutan dan penerangan guru jelas dan boleh difahami oleh pelajar .
Seterusnya dapat menyumbang kepada pencapaian pelajar . Pengajaran yang tersusun dan
M/ Surat - 9
jelas akan meningkatkan proses pembelajaran pelajar . Sesuatu pembelajaran itu bermakna
apabila perkara yang dipelajari diingat dan diaplikasikan dalam situasi yang baru .
Kesimpulannya, keberkesanan kaedah pengajaran banyak bergantung kepada
kebolehan guru - guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan
yang digunakan dalam proses tersebut dapat membentuk tingkah laku dan kefahaman pelajar.
Seorang guru hendaklah mempunyai ciri-ciri yang mulia, kreatif, progresif, efektif dan
memastikan perkembangan setiap individu pelajar bertambah maju dan mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran . Sekiranya guru tidak memainkan fungsi dengan baik sebagai
pendidik , perkembangan dan keberkesanan ilmu dalam kehidupan masyarakat akan terjejas .
Peranan guru juga adalah untuk mempertingkatkan segala potensi pelajar dari segi rohani ,
emosi , rohani dan intelektual . Jadi seorang guru semestinya memperlengkapkan dirinya
dengan ilmu sebaik mungkin untuk memikul amanah dan tanggung jawab ini . Tidak
ketinggalan semua pihak termasuk ibu bapa , agensi – agensi kerajaan dan masyarakat
bertanggung jawab untuk menjayakan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran .
M/ Surat - 10
Bibliografi
1) Abdul Ghani Abdullah, Mohd Yahya Fadzli Jusoh, Pendidik, Disember 2009
Bil:67.
2). Abd Razak Dr, Prof Madya ( 2003) Prinsip Teknologi Pengajaran.Shah Alam :
Malindo Printers Sdn. Bhd.
3).Ee Ah Meng. (1995) Pendidikan sebagai satu proses AsasPendidikan 1. Shah Alam
Penerbit Fajar Bakti SDN. BHD.
4). www.ipbl.edu.my/intm/penyelidikan/1998/1998_ 03 Lim .pdf- masalah dan sikap
Murid tahun lima.
5). Zaharah Noor Hashim. Pendidik.Oktober 2008, Bil:53.
M/ Surat - 11
M/ Surat - 12