Ulasan Kajian Tindakan

6
KAJIAN MENINGKATKAN PENGUASAAN IMBUHAN AWALAN, AKHIRAN DAN APITAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN KAEDAH IMLAK Laporan ini merupakan ulasan terhadap kajian tindakan berkenaan bagaimana untuk meningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan dalam matapelajaran Bahasa Melayu menggunakan kaedah imlak. Kajian tindakan ini telah dijalankan oleh Cikgu Hameelah Adnan dari SK Taman Permas Jaya 2, Johor Baharu, Johor. Hasil kajian tindakan ini telah diperolehi dari laman web www.arjpnj.com/ktindk/files/imbuhan.pdf. Berdasarkan kesimpulan saya, kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah dan kelemahan murid-murid tahun 3 dalam penggunaan imbuhan ayat. Pengimbuhan perkataan merupakan suatu proses yang kompleks kerana apabila seseorang itu mendengar, secara automatiknya otak juga akan berfungsi untuk mentafsir makna perkataan berimbuhan tersebut. Langkah awal kajian ini dilaksanakan melalui ujian bulanan dan ujian pra.Kajian tindakan ini melibatkan seramai 30 orang murid dan 2 orang guru. Hasil daripada kajian tersebut mendapati murid kurang faham dengan perkataan dasar yang sekiranya digunakan imbuhan yang berlainan akan membawa maksud yang berlainan. Perancangan tindakan pengkaji kemudiannya telah memfokuskan kepada mengenal pasti murid kepada perkataan-perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan atau ayat. Murid kemudiannya didedahkan kepada kaedah imlak selama satu jam tiga puluh minit. Kaedah imlak ialah mendengar dan menulis semula perkataan ataupun petikan yang akan diperdengarkan. Berdasarkan pengalaman Cikgu Hameelah Adnan, seandainya murid-murid tahap 1 dapat menguasai kemahiran bahasa maka ini akan dapat membantu murid tersebut untuk mencapai pencapaian yang cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu apabila berada dalam tahap dua kelak. Ini sekaligus akan dapat membantu murid-murid ini mencapai keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR. Bagi subjek Bahasa Melayu, ianya akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan. Daripada kajian dan pemerhatian pengkaji, beliau mendapati kesalahan yang didapati adalah dari segi masalah struktur ayat akibat kesalahan penggunaan imbuhan ayat. Ini

Transcript of Ulasan Kajian Tindakan

Page 1: Ulasan Kajian Tindakan

KAJIAN MENINGKATKAN PENGUASAAN IMBUHAN AWALAN, AKHIRAN DAN

APITAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN

KAEDAH IMLAK

Laporan ini merupakan ulasan terhadap kajian tindakan berkenaan bagaimana untuk

meningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan dalam

matapelajaran Bahasa Melayu menggunakan kaedah imlak. Kajian tindakan ini telah

dijalankan oleh Cikgu Hameelah Adnan dari SK Taman Permas Jaya 2, Johor Baharu, Johor.

Hasil kajian tindakan ini telah diperolehi dari laman web

www.arjpnj.com/ktindk/files/imbuhan.pdf.

Berdasarkan kesimpulan saya, kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah dan

kelemahan murid-murid tahun 3 dalam penggunaan imbuhan ayat. Pengimbuhan perkataan

merupakan suatu proses yang kompleks kerana apabila seseorang itu mendengar, secara

automatiknya otak juga akan berfungsi untuk mentafsir makna perkataan berimbuhan

tersebut. Langkah awal kajian ini dilaksanakan melalui ujian bulanan dan ujian pra.Kajian

tindakan ini melibatkan seramai 30 orang murid dan 2 orang guru. Hasil daripada kajian

tersebut mendapati murid kurang faham dengan perkataan dasar yang sekiranya digunakan

imbuhan yang berlainan akan membawa maksud yang berlainan.

Perancangan tindakan pengkaji kemudiannya telah memfokuskan kepada mengenal

pasti murid kepada perkataan-perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan atau ayat.

Murid kemudiannya didedahkan kepada kaedah imlak selama satu jam tiga puluh minit.

Kaedah imlak ialah mendengar dan menulis semula perkataan ataupun petikan yang akan

diperdengarkan.

Berdasarkan pengalaman Cikgu Hameelah Adnan, seandainya murid-murid tahap 1

dapat menguasai kemahiran bahasa maka ini akan dapat membantu murid tersebut untuk

mencapai pencapaian yang cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu apabila berada dalam

tahap dua kelak. Ini sekaligus akan dapat membantu murid-murid ini mencapai keputusan

yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR. Bagi subjek Bahasa Melayu, ianya akan

dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu

Penulisan. Daripada kajian dan pemerhatian pengkaji, beliau mendapati kesalahan yang

didapati adalah dari segi masalah struktur ayat akibat kesalahan penggunaan imbuhan ayat. Ini

Page 2: Ulasan Kajian Tindakan

akhirnya akan memberi kesan terhadap markah penulisan murid serta mempengaruhi maksud

ayat tersebut juga.

Kelemahan penggunaan imbuhan di kalangan murid ini adalah disebabkan

kurangnya penjelasan serta tumpuan murid terhadap pentingnya aspek penggunaan imbuhan.

Disamping itu, ianya juga turut disebabkan kurangnya penumpuan guru terhadap kepentingan

penguasaan imbuhan dikalangan murid.

FOKUS KAJIAN

Kajian tindakan ini lebih memfokuskan terhadap masalah penguasaan imbuhan

awalan, akhiran dan apitan. Berdasarkan hasil refleksi yang didapati daripada murid-murid,

pengkaji telah mendapati terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh murid.

Antara kesalahan tersebut adalah murid-murid tidak dapat memberikan imbuhan yang tepat

dan betul kepada sesuatu perkataan. Kesilapan penggunaan perkataan berimbuhan dalam ayat

dan murid-murid tidak dapat membezakan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan

juga merupakan diantara kesilapan yang lazimnya dilakukan.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara amnya kajian ini dijalankan oleh Cikgu Hameelah adalah untuk meningkatkan

penguasaan perkataan berimbuhan awalan, akhiran dan apitan. Objektif khusus kajian ini pula

adalah bertujuan untuk memastikan murid dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan yang

terdapat dalam petikan yang diberikan. Selain itu, ianya juga turut memastikan agar murid

dapat mengklasifikasikan perkataan-perkataan berimbuhan awalan, akhiran dan apitan

disamping tahu menggunakan pengimbuhan yang betul dalam struktur ayat. Secara tidak

langsung ianya akan dapat mendorong minat murid untuk mempelajari mata pelajaran Bahasa

Melayu dan guru pula akan dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

lebih menyeronokkan murid.

KUMPULAN SASARAN KAJIAN

Pengkaji telah memilih seramai 30 orang murid dalam Tahun 3 Cerdik 2. Murid-murid

yang terlibat terdiri daripada 15 orang murid lelaki dan 15 orang lagi murid perempuan.

Page 3: Ulasan Kajian Tindakan

PELAKSANAAN KAJIAN

INSTRUMENT KAJIAN TINDAKAN

Berdasarkan kajian tindakan yang telah Cikgu Hameelah Adnan jalankan, pengkaji

telah menggunakan dua kaedah untuk mengumpul maklumat awal bagi kajian ini. Dua kaedah

tersebut adalah ujian pra dan pemerhatian.

ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Berdasarkan ujian pra yang telah dijalankan didapati seramai 23 orang murid telah

lulus dan sebanyak 7 orang murid pula gagal. Melalui ujian pra ini juga didapati kesalahan

yang paling banyak dilakukan oleh murid adalah berkenaan dengan imbuhan akhiran dan

apitan. Daripada kaedah pemerhatian yang telah dilaksanakan pula, Cikgu Hameelah

mendapati 30% daripada murid kurang mengambil bahagian dalam proses p&p manakala

sebanyak 20% pula kurang tumpuan dalam kelas.

PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN

Daripada kajian tindakan yang dijalankan oleh Cikgu Hameelah, beliau telah

menggunakan empat aktiviti. Aktiviti pertama adalah mengenal pasti perkataan berimbuhan

yang terdapat dalam petikan cerita pendek. Dalam aktiviti ini pengkaji akan membacakan

petikan sebanyak dua kali dan setelah itu murid diminta untuk mengenalpasti dan menulis

semula perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan tersebut. Namun refleksi yang

diperolehi oleh pengkaji mendapati murid tidak dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan

yang terdapat dalam petikan tersebut. Aktiviti kedua pula adalah mengkelaskan perkataan

berdasarkan jenis imbuhan. Melalui aktiviti ini pula pengkaji terlebih dahulu mempamerkan

carta imbuhan serta membuat sedikit penerangan berkenaan beberapa jenis imbuhan. Refleksi

daripada aktiviti ini pula mendapati keseluruhan murid berjaya mengkelaskan perkataan

berimbuhan tersebut. Malahan pengkaji turut mendapati murid berminat menumpukan

perhatian semasa proses P&P apabila menggunakan kaedah imlak. Aktiviti seterusnya adalah

membina ayat. Dalam aktiviti ini pula pengkaji menggunakan alat bantu mengajar iaitu poster

dimana murid diarahkan membina ayat berdasarkan gambar yang diberikan. Hasil

pemerhatian pengkaji mendapati murid lebih seronok mempelajari subjek Bahasa

Melayu.Aktiviti yang keempat adalah ujian pos. Ujian ini dijalankan oleh pengkaji bertujuan

untuk melihat pencapaian murid menjawab soalan-soalan yang serupa dengan ujian pra. Ujian

pra ini dibahagikan kepada 5 bahagian yang membawa sebanyak 50 markah dan murid

Page 4: Ulasan Kajian Tindakan

diberikan masa selama 30 minit untuk menjawab soalan. Hasil refleksi daripada aktiviti ini

mendapati terdapatnya peningkatan pencapaian murid dimana keseluruhan murid telah lulus

dengan baik.

REFLEKSI KESELURUHAN

Berdasarkan kajian tindakan yang telah dijalankan ini, didapati terdapat peningkatan

yang agak ketara bagi pencapaian murid dalam ujian pos berbanding ujian pra. Kebolehan

murid menguasai penggunaan imbuhan yang betul merupakan salah satu faktor yang

menyumbang kepada peningkatan pencapaian markah yang baik dalam karangan. Maka pada

keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa pencapaian murid telah meningkat selepas

tindakan diambil.

HURAIAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN MODEL KAJIAN SOMEKH (1989)

MODEL KAJIAN TINDAKAN SOMEKH

Berdasarkan Model Kajian Somekh (1989), terdapat lapan langkah utama yang perlu

dilakukan dalam menjalankan sesuatu kajian tindakan.

Mengenal Pasti Masalah Atau Fokus Yang Diminati.

Peringkat ini merupakan langkah pertama yang perlu dilaksanakan berasaskan Model Kajian Somekh

(1989). Berdasarkan kajian tindakan yang dilakukan oleh Cikgu Hameelah, pengkaji ini telah

membuat pemerhatian terlebih dahulu untuk mengenal pasti beberapa masalah yang wujud dalam

penulisan karangan. Meskipun pengkaji mendapati banyak masalah yang wujud namun pengkaji lebih

memfokuskan kajian terhadap masalah penguasaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan.

Mengumpul Data dan menganalisis data

Mengumpul data dan menganalisis data merupakan langkah kedua dan ketiga dalam Model Kajian

Somekh. Dalam kajian tindakan Cikgu Hameelah ini,pengkaji telah terlebih dahulu menetapkan

Page 5: Ulasan Kajian Tindakan

sasaran seramai 30 orang murid. Seteleh itu pengkaji kemudiannya menganalisis kelemahan yang

sering dilakukan oleh murid. Pada peringkat ini juga pengkaji telah dapat mengesan kelemahan yang

sering dilakukan oleh murid iaitu kelemahan dari penguasaan perkataan berimbuhan awalan, akhiran

dan apitan.

Merancang Pelan Tindakan

Model Kajian Tindakan Somekh menyatakan peringkat ini memerlukan pengkaji merancang pelan

tindakan yang perlu dilakukan setelah menganalisis data yang diperolehi. Bagi peringkat ini, Cikgu

Hameelah telah menggunakan dua kaedah iaitu ujian pra dan pemerhatian. Pengkaji juga telah

melaksanakan empat pelan tindakan iaitu mengenalpasti perkataan berimbuhan dalam perkataan,

mengkelaskan jenis imbuhan ,membina ayat, dan juga ujian pos.

Melaksanakan Pelan Tindakan Dan Mengumpul Data Untuk Mengesan Perubahan

Pada peringkat ini pula, menurut Model Kajian Somekh adalah perlu untuk melaksanakan pelan

tindakan yang telah dirancang dan seterusnya mengumpul data yang diperolehi. Cikgu Hameelah telah

melaksanakan keempat pelan tersebut mengikut urutan aktiviti. Pengkaji juga telah merekodkan semua

hasil pelan tindakan yang dilaksanakan.

Menganalisis Dan Menilai

Dalam peringkat ini merupakan langkah terakhir,Model Kajian Somekh menekankanpentingnya

menganalisis dan menilai segala pelan tindakan yang telah dijalankan. Setelah melakukan analisis,

Cikgu Hameelah mendapati bahawa terdapat peningkatan dalam setiap pelan yang telah dirancang.

Pada peringkat ujian pra, seramai 23 orang murid telah mencapai lulus daripada 30 orang murid yang

dinilai. Melalui pelan tindakan yang pertama pula iaitu mengenal pasti perkataan berimbuhan yang

terdapat dalam petikan, didapati murid masih tidak mampu untuk mengenal pasti perkataan

berimbuhan tersebut.

Melalui aktiviti kedua, Cikgu Hameelah mendapati kesemua pelajar mampu untuk

mengelaskan perkataan berimbuhan tersebut mengikut jenis perkataan imbuhan. Murid juga didapati

amat teruja untuk mengikuti sesi p&p. Melalui pelan ketiga iaitu membina ayat, Cikgu Hameelah

mendapati murid lebih mudah dan cepat memahami apa yang diajarkan apabila pengkaji

menggunakan alat bantu mengajar.

Ujian pos merupakan pelan yang terakhir dijalankan. Ujian pos ini dijalankan untuk melihat

pencapaian murid. Soalan yang terkandung dalam ujian pos ini adalah serupa dengan soalan yang

diberikan dalam ujian pra hanya terdapat sedikit perubahan pada kata dasar. Setelah analisis dilakukan

Cikgu Hameelah mendapati terdapat peningkatan yang agak ketara dalam pencapaian murid dimana

kesemua murid telah lulus dalam ujian pos tersebut.Putaran yang sama akan dilakukan sekiranya

pengkaji ingin membuat sesuatu kajian semula.

Page 6: Ulasan Kajian Tindakan

PENUTUP

Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa kajian tindakan yang telah dijalankan oleh Cikgu

Hameelah yang bertajuk “Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Imbuhan Awalan, Akhiran dan

Apitan Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Menggunakan Kaedah Imlak” ini telah berjaya

membantu murid Tahun 3 Cerdik 2. Melalui kajian yang telah dijalankan ini bukan sahaja dapat

membantu para pelajar untuk menguasai penggunaan imbuhan, malah ianya juga turut dapat

membantu pada guru serta memberikan idea baru kepada golongan pendidik bagaimana untuk

menjadikan sesuatu proses p&p itu menjadi lebih menarik. Diharapkan kajian seumpama ini akan

terus dilaksanakan bagi membantu mengatasi beberapa kelemahan lagi yang masih terdapat dalam

sistem pendidikan di negara kita.