Ulasan Kajian Tindakan

7

Click here to load reader

Transcript of Ulasan Kajian Tindakan

Page 1: Ulasan Kajian Tindakan

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KPR 5063

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

ULASAN KAJIAN TINDAKAN:

MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) ST. JOSEPH

KUMPULAN: E

DISEDIAKAN OLEH:

DEVAKI A/P KANAGA RETNAM L20101005982

CHITRA DEVI A/P RAJA KRISHNAN L20101006001

DISEDIAKAN UNTUK:

DR.HJ ABD LATIF HJ GAPOR

Page 2: Ulasan Kajian Tindakan

Pengenalan

Kajian tindakan merupakan penyelidikan berkaitan pendidikan yang mempunyai pelbagai

objektif untuk dicapai dan seterusnya diaplikasi dalam proses memperbaiki dan mengembangkan

pendidikan. Menurut Kemmis (1983), kajian tindakan adalah sebuah bentuk proses reflektif dan

sikap ingin tahu yang mendalam. Manakala menurut Ebbutt (1985), kajian tindakan merupakan

penyelidikan sistematik untuk mengembangkan bidang pendidikan melalui penglibatan

kumpulan-kumpulan untuk tujuan kajian masing-masing dan untuk melihat perubahan hasil

daripada usaha kajian tersebut.

Kami telah memahami konsep kajian tindakan ini melalui membuat ulasan dari kajian

tindakan yang telah dijalankan oleh dua orang guru sekolah rendah. Kajian mereka adalah

bertajuk “Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan murid-murid tahun 2K di

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) ST. Joseph”. Kajian ini telah dilaksanakan di sebuah sekolah

rendah aliran Bahasa Cina terhadap 37 orang pelajar bukan Islam yang berada di kelas 2K. Kami

berpendapat bahawa kajian ini telah mengaplikasikan Model Kajian Tindakan Kemmis dan

model ini melibatkan 5 fasa yang berlainan iaitu Diagnosis, Perancangan tindakan, Mengambil

tindakan, Menilai dan Mengambil tindakan spesifik

Model Kajian Tindakan yang Kompleks( Kemmis 1983)

Page 3: Ulasan Kajian Tindakan

Ulasan Berdasarkan Model Kemmis

Di SJK(C), Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar kedua. Masalah timbul apabila

sebahagian besar murid lebih cenderung berbahasa ibunda mereka. Keadaan ini mempengaruhi

penguasaan mereka terhadap kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Oleh yang

demikian, satu kajian tindakan telah dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-

masalah komunikasi yang timbul antara guru Melayu dengan murid-muridnya di dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Peringkat permulaan Model Kemmis adalah Diagnosis dan peringkat ini dimulakan

dengan pengenalpastian masalah. Antara masalah yang telah dikenalpasti adalah murid tidak

mahir atau tidak boleh berinteraksi dengan gurunya dalam Bahasa Melayu. Kebanyakan murid di

dalam kelas tidak memberi respon terhadap soalan kerana mereka tidak memahami dan tidak

boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Kesan daripada masalah ini proses pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu hanya berlaku satu hala sahaja dan tidak wujud interaksi dua hala

antara murid dan guru. Masalah interaksi antara murid dan guru dikenalpasti melalui ujian lisan

dan mereka lebih selesa berdiam diri ketika disoal atau mencuba untuk menjawab tetapi dengan

menggunakan struktur ayat yang salah.

Masalah seterusnya adalah kelas menjadi bising sewaktu guru sedang mengajar. Hal ini

kerana murid bertanya sesama mereka kerana tidak faham apa yang guru katakan. Aktiviti

pengajaran terhad kepada membaca, menerangkan dan menjawab soalan sahaja. Tetapi mereka

boleh ceritakan sesebuah cerita dalam bahasa ibunda tetapi tidak mampu bercerita semula dalam

Bahasa Melayu.

Peringkat kedua adalah merancang tindakan iaitu pencari alternatif untuk menyelesaikan

masalah yang timbul. Kajian ini menetapkan objektif amnya iaitu meningkatkan kemahiran

berkomunikasi murid-murid Tahun 2K di SJK(C). Manakala objektif khususnya adalah untuk

membantu murid meningkatkan kemahiran berkomunikasi, membina keyakinan dan kebolehan

berkomunikasi murid-murid Tahun 2K, membantu meningkatkan pencapaian Bahasa Melayu di

sekolah ini dan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru.

Peringkat ketiga adalah pelaksanaan tindakan yang sesuai dan beberapa kaedah telah

digunakan untuk pengumpulan maklumat dan data, iaitu melalui ujian lisan dan bacaan, temu

Page 4: Ulasan Kajian Tindakan

bual dengan murid dijalankan untuk mendapat maklum balas tentang latar belakang diri dan

keluarga mereka dan kaedah terakhir adalah pemerhatian semasa pengajaran berlangsung, rakan

pengkaji membantu memerhati tingkah laku pembelajaran murid-murid di dalam kelasdan

pemerhatian juga dibuat terhadap pengajaran guru. Hasil keputusan daripada 3 kaedah tersebut

amat membimbangkan kerana murid sangat lemah komunikasi dan murid tidak memahami

arahan dan soalan guru. Mereka memberi jawapan yang tidak berkaitan dan terdapat murid yang

sanggup mendiamkan diri apabila ditanya. Hasil pemerhatian terhadap guru dapat disimpulkan

bahawa guru hanya memberi respon apabila timbul masalah sahaja dan guru lebih cenderung

membetulkan kesalahan secara bertulis dan kurang hanya menekankan fungsi komunikasi dalam

pengajaran.

Peringkat keempat adalah menilai kajian tindakan yang sesuai. Berdasarkan ujian pra

yang diberikan kepada murid, didapati bahawa murid-murid memang lemah dalam menguasai

Bahasa Melayu dari aspek lisan, tulisan dan juga bacaan. Kajian menunjukan bahawa pelajar

lemah disebabkan oleh kelemahan dalam amalan pengajaran guru. Disamping itu, kajian

menunjukan bahawa guru perlu mengubah dan mempelbagaikan aktiviti lisan bagi meningkatkan

atau menarik minat para pelajar. Apabila mendalami masalah ini, kajian menunjukan bahawa

amalan pengajaran dan pembelajaran yang ketara iaitu guru sepatutnya menggunakan suara yang

jelas dengan sebutan yang pelahan yang boleh memudahkan proses pemahaman murid-murid.

Disamping itu, guru harus menggulangi segala arahan supaya murid-murid dapat memahami

sesuatu perkara dengan lebih jelas dan tepat.Oleh yang demikian ujian pos telah dijalankan untuk

mengenal pasti respons murid-murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Peringkat terakhir adalah mengenal pasti tindakan alternatif yang khusus bagi mengatasi

masalah. Tiga aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang bagi menangani masalah

murid iaitu aktiviti suai kenal secara berpasangan atau berkumpulan, bercerita dengan

menggunakan ayat sendiri berdasarkan kad gambar yang dipaparkan dan aktiviti bercerita sambil

melakonkan dialog yang didengar daripada radio kaset. Melalui aktiviti-aktiviti berkenaan,

respon yang positif terhasil daripada murid di sekolah berkenaan. Perubahan ketara ini telah

dilihat apabila pelajar dapat menjawab soalan berkenaan diri mereka. Di samping, itu suasana

dalam bilik darjah juga agak riuh apabila murid-murid menawarkan diri untuk bertanya soalan

dan memberi jawapan.

Page 5: Ulasan Kajian Tindakan

Melalui aktivi pendengaran cerita, mereka menunjukan minat yang agak tinggi. Oleh itu

mereka tekun mendengar cerita berkenaan dan juga boleh menyambung cerita dengan ayat-ayat

yang mudah. Akhirnya sekali lakonan memberi peningkatan yang ketara di kalangan murid-

murid berkenaan walaupun pada permulaan mereka terasa agak malu akan tetapi mereka menjadi

lebih positif apabila diberi bimbingan daripada para guru.

Berikutan analisa temu bual sebelum tindakan dan selepas tindakan berdasarkan bilangan

dan peratus menunjukan 15.63 peratus murid tidak faham arahan dan soalan berbanding 46.86

peratus sebelum tindakan. Manakala perkara-perkara yang lain dalam sesi temu bual menunjukan

penurunan jika dibandingkan dengan sebelum dan selepas kajian. Hasil temu bual ini memberi

rangsangan yang positif kerana dapat melihat kenyataan yang nyata. Seterusnya ialah analisa

pelakuan guru bedasarkan peratusnya menunjukan peningkatan perubahan dalam perlakuan guru.

Selepas menjalan aktivti, 15 peratus guru mengulang kembali arahan, bacaan dan ayat

berbanding 13 peratus. Semua menunjukkan peningkatan perubahan dalam perlakuan guru

kecuali dalam membetulkan kesalahan komunikasi secara bertulis dan memberi respon dari

aspek komunikasi apabila timbul keperluan. Guru memberkan penekanan yang berbeza

mengikut keperluan fakta dan maklumat.

Jadual 1: Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos berdasarkan

bilangan dan peratus

Ujian Pra Ujian Pos

Gred Bil.murid Peratus(%) Bil.murid Peratus(%)

A 4 10.8 7 19.6

B 9 24.3 14 37.8

C 5 13.5 5 13.5

D 12 32.4 7 19.0

E 7 13.5 4 10.8

Page 6: Ulasan Kajian Tindakan

Jadual 2: Analisa temu bual sebelum tindakan dan selepas tindakan berdasarkan bilangan dan peratus

Masalah muridSebelum Tindakan Selepas tindakan

Bil.murid Peratus Bil.murid PeratusTidak faham arahan dan

soalan

15 46.86 5 15.63

Jawapan tiada kaitan soalan 11 34.38 3 9.38Tidak dapat menjawab

langsung

6 18.75 0 0

Oleh yang demikian tiga jenis kajian ini membeli satu cara yang bernas dalam mendidik

matapelajaran Bahasa Melayu kepada murid di sekolah berkenaan. Berikutan ia dapat membantu

para murid untik memahami, membaca dan menulis dengan lebih effektif. Di samping itu juga

para guru dapat meningkatkan kaedah pengajaran mereka supaya murid-murid dapat memberi

respon yang lebih positif. Pembelajaran dan pengajaran yang menarik sudah pastinya

meningkatkan motivasi murid-murid untuk mempelajari dan mendekai Bahasa Melayu dengan

lebih selesa dan minat.

Jadual 3: Analisa Perlakuan Guru Berdasarkan Peratusan

Perlakuan Guru Sebelum tindakan Selepas tindakanPeratus(%) Peratus(%)

Mengulang kembali arahan,bacaan dan ayat 13 15

Menekankan fungsi komunikasi dalam pengajaran

18 20

Menyebut perkataan dengan perlahan mengikut suku kata 14 18

Membetulkan kesalahan komunikasi secara bertulis 25 20

Memberi respon mengenai aspek komunikasi apabila timbul keperluan

30 27

Kesimpulan

Page 7: Ulasan Kajian Tindakan

Kajian menunjukkan bahawa murid-murid bukan Melayu juga berupaya menguasai kemahiran

berkomunikasi dalam Bahasa Melayu jika kaedah yang sesuai digunakan. Menurut guru Bahasa

Melayu tersebut, beliau akan meneruskan penyelidikan yang selanjutnya untuk meningkatkan

kemahiran murid-murid bukan Melayu dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Kajian itu

akan menekankan pembinaan ayat tunggal dan majmuk dalam karangan yang berbentuk binaan

peta minda.

Cadangan kami untuk menangani masalah komunikasi murid bukan Melayu dalam

Bahasa Melayu adalah memperbanyakkan aktiviti pendidikan di sekolah menggunakan Bahasa

Melayu seperti Pertandingan bercerita, berlakon, dan lain-lain. Manakala, jam kredit untuk mata

pelajaran Bahasa Melayu perlu ditingkatkan dari yang telah ditetapkan. Murid-murid perlu

didedahkan kepada keperluan dan kepentingan Bahasa Melayu dalam kehidupan harian mereka.