Ulasan Klip Video Cikgu Shaari

2
Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Meneliti klip video yang dibintangi Seniman Aging P.Ramlee telah memberi gambaran yang jelas tentang kaedah pengajaran pada zaman dahulu dan sekarang. Pertama sekali ingin saya menyentuh tentang suasana kelas yang kurang kondusif di dalam kelas tersebut. Tiadanya papan kenyataan, sudut -sudut mata pelajaran serta sudut khas yang lain membuatkan keadaan kelas kurang memberangsangkan murid untuk belajar sendiri.. masa yang terluang akan digunakan untuk bermain di dalam kelas. Namun, jika adanya sudut dan ruang-ruang tertentu, masalah murid bermain di dalam kelas dapat dielakkan, waima cikgu Shaari tidur sekalipun. Susunan meja dan kerusi juga adalah tidak membantu dalam pengajaran secara berkumpulan. Kaedah belajar dalam kumpulan sangat baik kerana murid dapat belajar berinetaraksi, bertukar-tukar pendapat, dapat mengurangkan jurang perbezaan latar belakang ekonomi, dapat membentuk pelajar yang boleh memimpin, mengurangkan rasa rendah diri dan sebagainya. namun apa yang diperhatikan dalam klip video ini, susunan meja adalah secara indidvidu. Dalam video ini, cikgu Shaari telah menunjukkan sikap yang tidak baik apabila beliau meminta muri-murid membaca ayat yang ditulis pada papan hitam. Murid mematuhi arahan guru, tetapi, alangkah malangnya apabila cikgu Shaari tidur. Kesannay murid-murid telah membuat bising. Masalah disiplin tercetus. dari segi etika, Cikgu Shaari telah lalai dalam mendidik murid-murid. Belaiu telah melanggar kod etika bertanggungjawab terhadap pelajar. Keadaan cikgu Shaari sedemikain mungkin disebabkan belaiu terlibat dalam menjalankan kerja sambilan. Guru-guru di Malaysia telah diberi garis panduan sama ada boleh melakukan sesuatu perkara atau pun tidak boleh. Peraturan telah ditetapkan bagi guru-guru yang ingin menjalankan kerja sampingan untuk menambah pendapatan perlu mendapat kelulusan daripada jabatan Pendidikan atau pun kementerian Pendidikan. Guru perlu lebih mengutamakan perkejaan sebagai pendidik berbanding kerja sampingan yang lain. Seperti cikgu Shaari, kerja sampingannya telah mengganggu pekerjaan utamanya iaitu sebagai pendidik. Sebagai pemimpin sekolah yang bertanggungjawab, kelakuan dan tatalaku seperti cikgu Shaari haruslah dibenteras dengan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas guru-guru dari semasa ke semasa. Seterusnya memberi teguran serta khidmat kaunseling kepada guru yang sebegitu.

description

PPG sains 2 ambilan jun 2011 ulasan klip video cikgu shaari filem p ramlee

Transcript of Ulasan Klip Video Cikgu Shaari

Page 1: Ulasan Klip Video Cikgu Shaari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Meneliti klip video yang dibintangi Seniman Aging P.Ramlee telah memberi gambaran yang jelas tentang kaedah pengajaran pada zaman dahulu dan sekarang.

Pertama sekali ingin saya menyentuh tentang suasana kelas yang kurang kondusif di dalam kelas tersebut. Tiadanya papan kenyataan, sudut -sudut mata pelajaran serta sudut khas yang lain membuatkan keadaan kelas kurang memberangsangkan murid untuk belajar sendiri.. masa yang terluang akan digunakan untuk bermain di dalam kelas. Namun, jika adanya sudut dan ruang-ruang tertentu, masalah murid bermain di dalam kelas dapat dielakkan, waima cikgu Shaari tidur sekalipun.

Susunan meja dan kerusi juga adalah tidak membantu dalam pengajaran secara berkumpulan. Kaedah belajar dalam kumpulan sangat baik kerana murid dapat belajar berinetaraksi, bertukar-tukar pendapat, dapat mengurangkan jurang perbezaan latar belakang ekonomi, dapat membentuk pelajar yang boleh memimpin, mengurangkan rasa rendah diri dan sebagainya. namun apa yang diperhatikan dalam klip video ini, susunan meja adalah secara indidvidu.

Dalam video ini, cikgu Shaari telah menunjukkan sikap yang tidak baik apabila beliau meminta muri-murid membaca ayat yang ditulis pada papan hitam. Murid mematuhi arahan guru, tetapi, alangkah malangnya apabila cikgu Shaari tidur. Kesannay murid-murid telah membuat bising. Masalah disiplin tercetus. dari segi etika, Cikgu Shaari telah lalai dalam mendidik murid-murid. Belaiu telah melanggar kod etika bertanggungjawab terhadap pelajar.

Keadaan cikgu Shaari sedemikain mungkin disebabkan belaiu terlibat dalam menjalankan kerja sambilan. Guru-guru di Malaysia telah diberi garis panduan sama ada boleh melakukan sesuatu perkara atau pun tidak boleh. Peraturan telah ditetapkan bagi guru-guru yang ingin menjalankan kerja sampingan untuk menambah pendapatan perlu mendapat kelulusan daripada jabatan Pendidikan atau pun kementerian Pendidikan. Guru perlu lebih mengutamakan perkejaan sebagai pendidik berbanding kerja sampingan yang lain. Seperti cikgu Shaari, kerja sampingannya telah mengganggu pekerjaan utamanya iaitu sebagai pendidik.

Sebagai pemimpin sekolah yang bertanggungjawab, kelakuan dan tatalaku seperti cikgu Shaari haruslah dibenteras dengan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas guru-guru dari semasa ke semasa. Seterusnya memberi teguran serta khidmat kaunseling kepada guru yang sebegitu.

" Barang siapa yang Kami angkat di anatar kamu  memangku  jawatan,lalu disembunyikan terhadap kami sebatang jarum atau lebih kecil daripada itu,maka perbuatannya itu adalah penggelapanDia akan datang pada hari kiamat dengan membawa barang yang digelapkannnaya"

( Sabda Rasullullah S.A.W)