Ulasan Kritikal 2
-
Upload
ariputhiran-narayanan -
Category
Documents
-
view
243 -
download
0
Transcript of Ulasan Kritikal 2
-
8/8/2019 Ulasan Kritikal 2
1/3
Ulasan Kritikal
The Aesthetics of Failure: Post-Digital Tendencies in Contemporary Computer Music
Oleh Ariputhiran Narayanan
Pengenalan
Artikel The Aesthetics of Failure: Post-Digital Tendencies in Contemporary Computer
Music, yang dihasilkan oleh Kim Cascone dalam Computer Music Jurnal bertujuan untuk
membekalkan maklumbalas kepada pemaju perisian muzik perdagangan dan akademik
dengan menunjukkan bagaimana alat-alat DSP kini yang digunakan oleh penggubah muzik
post-digital mempengaruhi bentuk dan kandungan muzik elektronik bukan akademik.
Teknologi digital yang lebih maju telah merangkumi semua lapisan masyarakat. Walau
bagaimanapun mengikut penulis, zaman maklumat digital telah mencapai kemuncak dan
telah matang. Malah era maklumat digital ini sudah pun berakhir, kerana media teknologi
digital kurang mempesonakan pencipta-pencipta dan penggubah-penggubah muzik.
Dalam artikel ini penulis juga menegaskan bahawa kepentingan tidak tertumpu lagi kepada
media tetapi alat-alat atau perkakas teknologi (tools) itu sendiri menjadi kepentingan utama.
Internet dicipta sebagai suatu alat untuk memecutkan perkongsian idea dan dan
perkembangan penyelidikan diantara dan diluar pusat-pusat akademik. Jadi, penulis
tidak menafikan peranan internet melahirkan gaya atau trend baru dalam muzik computer
diluar lingkungan pemikiran akademik. Tetapi penulis mengaku bahawa wujudnya jurang
perbezaan yang besar dari segi perkongsian budaya antara artis bukan akademik dan pusat-
pusat penyelidikan.
-
8/8/2019 Ulasan Kritikal 2
2/3
Khasnya, kegagalan atau failure dalam teknologi digital telah membawa kepada kewujudan
hasil-hasil baru seperti, glitches,bugs, application errors, system crashes, clipping,aliasing,
distortion, quantization noise malah bingitan kad bunyi komputer (sound card) dijadikan
sebagai bahan mentah oleh komposer untuk menggabungkannya dalam gubahan muzik.
Tamabahan pula, penulis mengakui failure menjadi asas kepada estetik apada akhir abad
ke-20. Ini mengingatkan kepada kita bahawa manipulasi kita dalam teknologi adalah ilusi
semata-mata kerana alat-alat teknologi yang dibina oleh manusia menjadi sempurna, tepat
dan cekap mengikut acuan manusia itu sendiri!
Seterusnya, penulis memberi beberapa contoh kegagalan failure yang telah membuahkan
hasil-hasil kerja yang baik dalam bidang audio digital seperti pengkaji-pengkaji bunyi
German yang bernama Oval (1990), hasil soundtrack Laszlo Moholy-Nagy dan Oskar
Fishinger, manipulasi piring hitam oleh John Cage dan Christian Marclay. Penulis juga
menyatakan perubahan yang berlaku dalam teknologi muzik digital selaras dengan
perkembangan industri yang mengubah fokus kepada latar dengan mengambil kira konsep
yang dikatakan sebagai background, detritus, by-product, background (or
horizon). Artikel ini juga membincangkan sedikit sebanyak sejarah permulaan teknologi
muzik yang menjadi asas kepada era post-digital seperti perubahan dalam seni visual yang
lebih mengutamakan latar belakang. Pelopor yang menjadi mengorak langkah ke era
teknologi muzik ini ialah, pergerakan futuris Itali (Italian Futurist) pada awal abad ke-20 dan
John Cage dengan gubahan 433 (1952).
Satu lagi pergerakan baru dalam eelektronik muzik yang disentuh oleh Cascone, ialah
pergerakan glitch. Glitch lazimnya dirujuk dengan bunyi yang disebut mangling atau
crunching. Komposer-komposer pergerakan ini mendapat pengetahuan teknikal dengan
-
8/8/2019 Ulasan Kritikal 2
3/3
cara belajar sendiri. Oleh itu penulis menyeru penyelidik-penyelidik mengikuti
perkembangan-perkembangan trend terbaru.
KESIMPULAN
Artikel ini menerangkan setiap kegagalan atau failure dalam muzik estetik telah mengorak
langkah kepada penemuan baru yang lebih maju dan sempurna. Artikel ini juga menyeru
jurang perbezaan antara sektor perdagangan dan akademik dapat dikurangakan dengan
mengemaskinikan diri dengan maklumat-maklumat tentang muzik elektronik yang
disenaraikan dalam artikel tersebut.
Sikap manusia yang inginkan kesempurnaan, kecekapan dan ketepatan dalam hasil kerjanya
tidak tercapai lagi kerana penguasaan teknologi masih manjadi satu ilusi. Kesempurnaan.
kecekapan dan ketepatan alat-alat yang dicipta bukanlah terdapat pada alat tetapi pada
manusia yang menciptanya. Ini yang menyebabkan perubahan barlaku dengan cepat.
Kepuasan kita dalam muzik komputer kontemporari masih tidak tercapai lagi kerana
kepuasan estetik manusia lebih kompleks dan abstrak.