ULASAN VEDIO.docx

12
ULASAN VEDIO TERAPI MUZIK DALAM MEMBANTU KANAK-KANAK KURANG UPAYA. Menurut Dr. Sharol Lai Sujak (2008), Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian. Terapi muzik dianggap sebagai bentuk seni tertua sekali yang digunakan untuk merawat pesakit .Pada zaman purba kala ,lagu serta dikir digunakan oleh kaum primitif untuk mendapatkan bantuan Tuhan. Berdasarkan analisis hasil kajian yang diperolehi dari para pakar muzik, mereka berpendapat bahawa peranan muzik dalam pembentukkan budi pekerti sangat kuat. Kesimpulan ini berdasarkan analisis sejarah dan analisis mekanisme terjadinya perilaku (pesakit). Muzik mempunyai pengaruh yang cukup kuat terhadap fizikal dan mental individu serta watak masyarakat. Secara amnya peranan muzik dalam pembentukan perilaku adalah sebagai basic character building atau dengan kata lain muzik berperanan sebagai "asas" dalam pembentukan budi pekerti, pembentuk perasaan moral dan pembentuk perilaku keadilan, cinta kasih dan kelemah- lembutan. Muzik dan budi pekerti mempunyai perkaitan yang kuat dalam

Transcript of ULASAN VEDIO.docx

ULASAN VEDIOTERAPI MUZIK DALAM MEMBANTU KANAK-KANAK KURANG UPAYA.Menurut Dr. Sharol Lai Sujak (2008), Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian.Terapi muzik dianggap sebagai bentuk seni tertua sekali yang digunakan untuk merawat pesakit .Pada zaman purba kala ,lagu serta dikir digunakan oleh kaum primitif untuk mendapatkan bantuan Tuhan. Berdasarkan analisis hasil kajian yang diperolehi dari para pakar muzik, mereka berpendapat bahawa peranan muzik dalam pembentukkan budi pekerti sangat kuat. Kesimpulan ini berdasarkan analisis sejarah dan analisis mekanisme terjadinya perilaku (pesakit). Muzik mempunyai pengaruh yang cukup kuat terhadap fizikal dan mental individu serta watak masyarakat. Secara amnya peranan muzik dalam pembentukan perilaku adalah sebagai basic character building atau dengan kata lain muzik berperanan sebagai "asas" dalampembentukanbudipekerti, pembentuk perasaan moral dan pembentuk perilaku keadilan, cinta kasihdan kelemah-lembutan. Muzik dan budi pekerti mempunyai perkaitanyang kuatdalam prinsipkeindahan,prinsipharmoni, dan prinsipsaizdanperkadaran.Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza.Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan. Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran Cina I Ching menyatakan muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang.

Berdasarkan video yang dipilih terapi muzik mempunyai teknik rawatan tertentu yang memerlukan seseorang pesakit itu melalui penafsiran klinikal khusus. Berdasrkan video, pakar terapi menjalankan program muzik terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi, mengubah lagu, dan membuat persembahan. Tujuannya untuk mengalih kesakitan dan tekanan yang sesak ditanggung pesakit menggunakan medium muzik. Tahap kesihatan mental sebenarnya banyak mempengaruhi kesihatan emosi dan jasmani kita. Malah, ada yang mengaitkan jiwa yang tenang terpancar melalui air muka seseorang. Melalui video ini terapi muzik boleh digunakan untuk merawat bukan hanya kanak-kanak autisme, tetapi juga kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran sindrom down, masalah pendengaran, lemah anggota badan dan masalah kerencatan mental. Menyedari hakikat bahawa kanak-kanak normal biasanya sukakan muzik, maka pakar telah menjadikannya sebagai elemen penting dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Dalam video ini ada mengatakan bahawa music therapy makes the body move and may cause bouth of laughter. Berdasarkan pernyataan berikut dapat saya simpulkan bahawa melalui muzik dapat membantu kanak-kanak kurang upaya untuk bergerak dan ketawa. Apabila emosi kanak-kanak dalam keadaan baik secara tidak langsung dapat membantu kanak-kanak terbabit mempelajari sesuatu yang baru dengan mudah melalui terapi muzik.Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih tenang. Selain itu, terapi muzik juga melegakan keresahan, kemurungan dan meringankan stress. Terapi muzik membantu klien (pesakit ) yang mempunyai masalah berkaitan emosi untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka sendiri. Melalui cara ini mereka dapat melakukan perubahan yang positif terhadap tingkah laku. Selain itu, klien juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak langsung merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka.

Kanak-kanak, malah sehingga ke peringkat usia remaja merupakan golongan yang amat menggemari muzik dan nyanyian. Penggunaan elemen seni dan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terutama untuk kanak- kanak bermasalah pembelajaran amat bersesuaian. Bertepatan sekali dengan penggunaan elemen nyanyian dan bermain alat muzik khususnya untuk membangkitkan emosi dan ekspresi wajah kanak-kanak terbabait supaya timbul rasa minat terhadap pembelajaran. Seterusnya dalam video ini juga ada mengatakan music therapy empowers. Pada pendapat saya kenyataan ini membawa maksud pembelajaran melaui muzik dapat memberi kuasa kepada kanak-kanak. Kuasa yang dimaksudkan ialah dari segi keyakinan diri dan keberanian dalam nyanyian. Bagi murid-murid atau kanak-kanak bermasalah pembelajaran, cara nyanyian didapati amat berkesan. Mereka dapat dengan sendirinya melalui improvisasi, menghafal dan menyebut huruf-huruf dalam nyanyian dengan lebih mudah. Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat membantu murid-murid atau kanak-kanak bermasalah pembelajaran tersebut mengenali, menyebut dan menghafal huruf, malah aktiviti pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menghiburkan dan menyeronokkan bukan sahaja murid malahan guru juga. Seterusnya, dalam video ini juga ada mengatakan bahawa music therapy help address academic concept and speech goal. Melalui muzik juga dapat membantu kanak-kanak kurang upaya dalam meningkatkan pembelajaran dalam akademik sekali gus meningkatkan pencapaian dalam komunikasi. Malaui terapi muzik ini dapat membantu keberanian murid untuk bercakap atau bersuara tentang sesuatu pendapat malaui kaedah terapi ini.Berikutnya, dalam video ini juga ada menyentuh music therapy reward communication. Melalui terapi ini dapat membantu murid bertutur melalui kaedah nyanyian dengan memberikan balasan yang baik atau berbentuk ganjaran. Apabila murid merasakan dirinya dihargai secara tidak langsung dapat meningkatkan keupayaan murid dalam mengingat. Malah kanak-kanak yang menghadapi masalah sukar bercakap, akhirnya memberi respon melalui terapi muzik. Rawatan terapi muzik dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran koordinasi fizikal.Fungsi mental dan fizikal juga dapat dipertingkatkan dan diperbaiki apabila kaedah rawatan ini digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah berkaitan saraf dan masalah pertumbuhan.Dalam video ini juga ada mengatakan bahawa music therapy redirects and engages. Pada pendapat saya ganbungan muzik dan alatan muzik serta peglibatan murid dapat membantu mengembalikan semula semangat dan perhatian murid dalam pembelajaran. Murid lebih tertarik dengan aktiviti yang melibatkan dirinya sendiri.Isi berikutnya dalam video ini menyetuh mengenai misic therapy inspires and leads to social connection. Maksudnya ialah melalui terapi muzik dapat memberikan inspirasi kepada kanak-kanak dalam pembelajaran dan membantu membimbing kanak-kanak dalam komunikasi sosial. Melalui muzik kanak-kanak dapat menjalinkan perasaan dan hubungan sosial dengan baik. Hal ini kerana muzik dapat memberikan impak yang positif kepada emosi kanak-kanak. Secar tidak langsung dapat membantu kanak-kanak menjalinkan hubungan sosial dengan oarng disekeliling mereka. Malah pembelajaran juga turut berlaku apabila hubungan sosial kanak-kanak menjadi baik.Akhir sekali, dalam video ini juga ada mengatakan music therapy honors and enlivens a childs spirit. Terapi muzik sangat jujr dalam mengekspresikan sesuatu serta memberikan semangat yang jitu dalam diri kanak-kanak. Pendapat ini dikemukan oleh pandangan ibu bapa. Temu bual dengan ibu bapa responden dan ahli terapi jelas membuktikan bahawa kaedah nyanyian melalui terapi muzik amat berkesan dan menyeronokkan kanak-kanak tersebut. Terapi muzik dianggap sebagai modaliti perkhidmatan berkaitan dalam pendidikan khas ( IDEA , 1997). Terapi muzik boleh memainkan peranan yang penting dalam pendidikan khas kerana ramai pelajar-pelajar kurang upaya perlu rawatan pengajaran khas. Muzik adalah satu kaedah kuno untuk penyembuhan. Ia meneutralkan perasaan negatif, peningkatan tekanan tahap toleransi dan mengharmonikan kedamaian batin. Penggunaan terapi muzik boleh membantu orang-orang yang lumpuh dengan berbeza kognitif dan masalah bio psikososial. Malah, boleh membantu untuk meningkatkan kualiti hidup orang kurang upaya yang pelbagai jenis kecacatan.Muzik membolehkan individu untuk mencipta emosi. Muzik dilihat sebagai sebahagian daripada kehidupan semua kanak-kanak. Kanak-kanak menikmati, mendengar muzik, menyanyi, dan bersenandung . Muzik berkesan meningkatkan keupayaan untuk menghadapi tekanan. Melalui video yang ditonton, terdapat banyak kebaikan terapi muzik iaitu:

i. Murid Terencat Akal Dapat membantu meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Meningkatkan kemahiran akademik. Meningkatkan kemahiran psikomotor. Meningkatkan kemahiran bersosial dan emosi. Meningkatkan kemahiran hidup berdikari. Meningkatkan kemahiran berseronok.

ii. Murid Bermasalah Pembelajaran Meningkatkan kemahiran kawalan tingkah-laku. Meningkatkan kemahiran penglihatan dan pendengaran. Meningkatkan kemahiran akedemik Meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Meningkatkan kemahiran bermuzik. Meningkatkan kemahiran berseronok.

iii. Murid Bermasalah Komunikasi Meningkatkan kemahiran pernafasan. Meningkatkan kemahiran reseptif dan ekspresif. Meningkatkan kemahiran artikulasi. Meningkatkan kemahiran kelancaran pertuturan. Meningkatkan kemahiran pembetulan suara. Memulihkan pertuturan dan bahasa individu afasia. Meningkatkan keyakinan diri, luahan emosi diri dan interaksi.

iv. Murid Autistik Menghasilkan komunikasi. Meningkatkan kemahiran pertuturan dan bahasa. Meningkatkan kemahiran interaksi sosial. Meningkatkan kemahiran mengenal diri sendiri dan luahan emosi. Meningkatkan kemahiran kognitif.

Melalui video yang ditonton ini juga terdapat kelemahan terapi muzik ini. Terapi muzik yang berkesan membolehkan seseorang yang mempunyai masalah atau tekanan berjaya keluar dari kongkongan yang datang daripada dirinya sendiri, orang lain atau persekitaran. Terapi muzik yang digunakan dalam sesi kaunseling memainkan peranan yang penting dalam membantu seseorang klien meredakan keadaan yang mereka alami. Namun terapi muzik dalam sesi kaunseling juga mempunyai kekurangan dari pelbagai segi antaranya ialah terapi muzik memerlukan masa yang lama dalam proses rawatannya di mana proses terapi muzik memerlukan klien mendapat rawatan dalam masa yang telah ditetapkan oleh kaunselor.

Selain itu kekurangan terapi muzik ialah kaedah dan langkah yang digunakan dalam sesi kaunseling berbeza dari seseorang ke seseorang di mana sesetengah klien memerlukan muzik yang berbeza contohnya ada muzik yang memerlukan irama dan melodi yang lembut dan ada yang lantang. Selain itu, ada juga klien memerlukan masa yang pendek dan panjang dalam melakukan proses terapi muzik. Hal ini bergantung kepada diri individu dan berapa besar masalah yang dihadapi oleh klien. Jadi, terapi ini terlalu sukar untuk diamalkan di mana kaunselor perlu menyelidik dan mengkaji kesesuaian muzik yang akan di perdengarkan untuk klien. Contohnya dalam video tadi pelbagai jenis alatan muzik digunakan dalam membantu klien.

Di samping itu juga, terapi muzik tidak dapat menolong klien dengan sepenuhnya menghilangkan tekanan yang mereka hadapi di mana terapi muzik ini hanya tertumpu dan berfokus kepada sesetengah tekanan. Walaupun terapi muzik lebih tertumpu kepada masalah yang ringan atau berat namun ia tidak memberi jaminan bahawa sesi terapi yang dijalankan akan menyelesaikan masalah dan tekanan yang dihadapi oleh klien.contohnya, dalam video, terdapat satu gangguan emosi dimana kanak-kanak tersebut dalam keadaan marah, tetapi apabila muzik dimainkan dan melibatkan dirinya dia berasa seronok tetapi tingkah lakunya kembali semula keasal.

Sebagai tambahan, kekurangan terapi muzik ialah ada sesetengah orang tidak boleh terima terapi muzik sebagai medium untuk meredakan dan menghilangkan tekanan yang mereka hadapi contohnya mereka tidak berminat untuk mendengar muzik yang telah dipilih untuk mereka. Hal ini mungkin berpunca dari lagu yang tidak sesuai dan tidak dapat menenangkan jiwa mereka yang berada dalam kerisauan, dilema dan sebagainya. Muzik yang tidak sesuai tidak akan memberi apa-apa perubahan dalam diri klien jika sesi terapi dijalankan.

Tambahan lagi, kekurangan terapi muzik ialah terlalu bergantung kepada muzik setiap kali sesi kaunseling dijalankan. Penggunaan terapi muzik yang berterusan membuatkan klien akan terlalu bergantung kepada muzik jika mereka ingin meredakan dan menghilangkan segala tekanan yang mereka hadapi. Hal ini mungkin menyebabkan mereka akan lalai dalam melakukan tugas seharian jika terlalu bergantung kepada muzik dalam menghilangkan tekanan. Sebagai contoh, pekerja pejabat yang mempunyai tekanan kerja akan mendengar muzik sebagai terapi untuk menghilangkan tekanan mungkin akan lalai dengan tugasnya apabila terlalu bergantung kepada muzik.

Oleh itu, bagi memurnikan lagi pelaksanaan terapi muzik dalam sesi kaunseling, kaunselor perlulah memainkan peranan yang penting dalam mengkaji kesesuaian muzik dan instrument yang digunakan dalam proses pemulihan dengan menggunakan terapi muzik di mana ia dapat menghilangkan tekanan yang dihadapi oleh klien. Keberkesanan terapi muzik dalam sesebuah sesi kaunseling memberi impak yang besar kepada klien dalam proses pemulihan dan pengurusan tekanan yang mereka hadapi.

Rumusan daripada video terapi muzik tadi dapat saya simpulkan bahawa:i. Muzik melibatkan tingkah laku manusia yang universal. Muzik merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia semenjak dari mula dilahirkan lagi.ii. Muzik adalah sesuatu yang berdasarkan kepada bentuk fizikal. Ia terdiri daripada struktur fizikal yang nyata dan boleh diterima oleh deria manusia.iii. Muzik adalah suatu fenomena yang boleh memberi kesan kepada semua manusia. Ia memberi kesan gerakbalas pada fizikal, kognitif dan emosi serta perhubungannya dengan pemikiran dan tubuh badan.iv. Muzik memberi kesan interaksi antara dan sesama individu. Ia boleh mendorong, menstruktur dan menginteraksi sesuatu aktiviti, pencetusan idea dan mempengaruhi mood dan tahap aktiviti yang dilakukan.

Kesimpulannya, muzik mengidentifikasikan kewujudannya dengan gelombang-gelombang tenaga dalam badan dan persekitaran kita. Seringkali apabila kita mendengar sebuah lagu walau apapun genrenya, tidak kira sama ada ia klasikal, melodik, atau rock sekalipun, ia mencipta satu perubahan secara tiba-tiba dalam tahap emosi kita. Beberapa lagu yang kita anggapkan nostalgik mempunyai sejenis kuasa magnetik yang hebat berjalinan dengan ingatan kita dan ia selalu membawa kita kembali pada satu masa yang telah hilang selamanya, ia juga melahirkan sejenis perasaan yang kita merasakan kita telah kehilangan sesuatu, jadi tak hairanlah kadangkala kita menitiskan air mata apabila terkenangkan saat-saat tersebut.