Ulasan video PGT 219.docx

11

Click here to load reader

description

ulasan video

Transcript of Ulasan video PGT 219.docx

Page 1: Ulasan video PGT 219.docx

PENDAHULUAN

Mengajar merupakan suatu bidang kerjaya yang sangat mulia. Guru

cuba mencerminkan dirinya pada pelajar. Guru menanamkan sesuatu yang

sukar dihapuskan kepada pelajar-pelajar yang sedang membesar dengan

pemikiran kanak-kanak. Oleh sebab itu, amat sukar untuk memisahkan guru

dengan pengajarannya. Menurut pandangan Ee Ah Meng (1989), pengajaran

merupakan suatu sistem aktiviti yang ditujukan kepada pelajar untuk

mendapatkan perubahan gerak balas dan tingkah laku. Manakala Asmah Haji

Omar (1989) pula, pengajaran juga merupakan proses komunikasi yang

meliputi segala kegiatan dan keadaan yang menimbulkan dan menghasilkan

tindak balas. Pembelajaran pula merupakan perubahan tingkah laku yang

tetap dan berlaku hasil pengalaman dan latihan yang diteguhkan oleh guru.

Kejayaan seorang pelajar adalah pengukuran kepada tahap keupayaan guru

dalam melaksanakan tugas mereka dalam bilik darjah. Oleh yang demikian,

setiap guru perlulah menghayati setiap model pembelajaran yang telah

dihasilkan oleh pakar-pakar pendidikan.

Watson (1970), adalah pengasas behaviorism pernah mencatatkan:

“Berikan saya 12 orang bayi yang sihat dan sempurna rupa bentuknya dan

suasana sekitarnya yang saya tentukan sendiri untuk membesarkan mereka.

Saya memberi jaminan bahawa dengan memilih mana-mana satu bayi

secara rawak lalu mengasuhnya untuk menjadi pakar yang saya pilih sama

ada doktor, peguam, pelukis, peniaga, ketua dan juga peminta sedekah atau

pencuri tanpa mengambil kira kebolehan, kecenderungan, kepakaran, bakat

atau bangsa keturunannya.”

Petikan di atas tersebut dapatlah dijelaskan bahawa peranan yang

dimainkan oleh guru amat penting dalam mencorakkan budaya hidup pelajar

Page 2: Ulasan video PGT 219.docx

yang bakal dilahirkan. Malahan, tidak dapat dinafikan bahawa

tanggungjawab seorang guru semakin hari semakin mencabar disebabkan

oleh perubahan masa dan suasana. Guru hari ini perlu bijak dalam

melaksanakan tugas mereka, pelbagai kaedah dan teknik pengajaran perlu

digunakan bagi merealisasikan pencapaian cemerlang dalam kalangan

pelajar mereka.

PENGENALAN LATAR BELAKANG GURU PELATIH

Nama guru pelatih yang terdapat di dalam video pengajaran ialah

Canai Babang. Mata pelajaran yang diajar ialah subjek Sejarah. Fokus

pengajaran beliau adalah tentang kekayaan ekonomi Sabah menarik minat

Syarikat Borneo Utara British. Pengajaran mikro di jalankan pada pelajar

tingkatan 4, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (lelaki).

Ulasan pengajaran yang akan dilakukan meliputi keseluruhan

pengajaran yang mengandungi isi pengajaran, set induksi, , aktiviti dan

penutup. Ulasan yang dibuat juga mengandungi ulasan berkaitan kekuatan,

kelemahan dan cadangan-cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan

ke atas pengajaran mikro.

SINOPSIS ULASAN VIDEO

Pengajaran mikro berkaitan mata pelajaran sejarah di bawah tajuk

kekayaan ekonomi Sabah menarik minat Syarikat Borneo Utara British.

Pengajaran yang berlangsung lebih bersifat pengenalan kepada konsep baru

terhadap pelajar. Guru cuba mengajar mengikut konsep yang seperti yang

terdapat pada buku teks. Penerangan yang jelas dan terperinci yang

ditunjukkan oleh guru serta gaya penerangan secara mendemonstrasikan

menyebabkan kefahaman yang lebih jelas oleh pelajar. Selain itu, pelajar

Page 3: Ulasan video PGT 219.docx

dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Guru pelatih tersebut juga telah

memberikan tugasan kepada setiap pelajar dan tugasan tersebut adalah

mengikut kumpulan. Hal ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk

membuat latihan dan tugasan untuk menguji kefahaman mereka. Semasa

membuat tugasan, guru telah bersama-sama pelajar yang menghadapi

masalah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Keadaan ini telah

menggalakkan pelajar dalam melaksanakan tugasan dengan sebaik-baiknya

kerana adanya bantuan daripada guru mereka. Pengajaran sebegini akan

menyebabkan pelajar berasa senang untuk menyelesaikan dan

mengutarakan masalah yang dihadapi.

ULASAN PENGAJARAN MIKRO

Kekuatan Pengajaran Mikro

Terdapat empat model yang boleh digunakan sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran. Model projek, model inkuiri, model

pemprosesan maklumat dan model pengajaran ekspositori. Di dalam

pengajaran mikro, model yang telah digunakan oleh guru pelatih ialah model

pengajaran ekspositori. Model ekspositori bermaksud pengajaran yang

dijalankan berorientasikan kepada penerangan yang jelas dan terperinci.

Pengajaran yang menggunakan model ini merupakan penyampaian

maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung di dalam kelas.

Pengajaran mikro yang telah dijalankan mengambil model ekspositori

untuk menerang, menginterpretasikan, menghurai idea dan konsep daripada

buku teks dan bahan rujukan yang lain seperti gambar rajah, internet,

tayangan gambar. Pemahaman terhadap konsep yang hendak diajar penting

supaya pelajar dapat memahami pelajaran secara dasar. Oleh yang

Page 4: Ulasan video PGT 219.docx

demikian, pemahaman akan terbina akan menjadi pengetahuan sedia ada

yang diperlukan untuk mengaplikasikan pengajaran terhadap latihan sama

ada secara bertulis ataupun praktikal.

Guru pelatih tersebut telah membuat aktiviti tayangan gambar

kekayaan negeri Sabah melalui set induksi dan menerangkan pengajaran

sambil menghuraikan cara untuk memberikan kefahaman kepada pelajar

tentang tujuan pembelajaran pada hari tersebut. Papan hitam tidak

digunakan untuk menerang serta menghuraikan pengajaran. Guru pelatih

juga menerangkan secara verbal dan mendemonstrasikan langkah-langkah

penyelesaian masalah supaya memahami konsep yang dipelajari melalui

tayangan gambar.

Ulasan akan adalah mengikut bahagian-bahagian tertentu iaitu gaya

persembahan, susunan pelajaran, , kejelasan persembahan, penggunaan

alat bantu, kemahiran menyoal, penglibatan murid dan perbincangan.

Secara umum, terdapat beberapa kemahiran yang telah dibawa di dalam

pengajaran tersebut. Antaranya, kemahiran set induksi, kemahiran

menerang serta kemahiran dalam membuat kesimpulan atau menutup sesi

pengajaran dan pembelajaran.

Susunan pelajaran iaitu pada bahagian set induksi, guru pelatih

mengenalkan pelajaran dan topik yang akan diajar kepada seluruh pelajar.

Dengan mengenalkan pelajar kepada topik yang akan diajarkan, pelajar

dapat membina suatu bayangan atau persepsi tentang pelajaran yang akan

berlangsung pada hari tersebut. Ini akan membuatkan pelajar lebih bersedia.

Pada awal pengajaran, Canai Babang iaitu guru pelatih tersebut juga telah

menerangkan dan menekankan tentang kepentingan pembelajaran pada

hari tersebut. Penerangan dan Penekanan yang dilakukan ini sebenarnya

amatlah penting dalam menghadirkan rangsangan kepada setiap pelajar

untuk terus memberikan perhatian serta mengikuti segala aktiviti yang

Page 5: Ulasan video PGT 219.docx

dilakukan oleh guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung.

Selain daripada itu, guru pelatih telah bersedia dengan pelajarannya

apabila beliau telah menggunakan banyak gambar tentang suasana,

masyarakat,sumber alam, organisasi masyarakat dan Syarikat Borneo Utara

British kepada pelajarnya. Persediaan ini amat penting supaya masa yang

diperuntukkan dapat digunakan sepenuhnya untuk menerang dan aktiviti

lain untuk pengajaran di dalam kelas. Hampir separuh kekuatan pengajaran

mikro yang dilakukan oleh guru pelatih tersebut melibatkan penggunaan set

induksi. Oleh itu, guru pelatih tersebut telah berupaya menerangkan kepada

pelajar dengan bersama-sama pelajar dalam mencari penyelesaian untuk

menentukan jenis-jenis kekayaan ekonomi Sabah serta penerangan tentang

Syarikat Borneo Utara British kepada para pelajarnya.

Pendekatan yang digunakan ini membuatkan pelajar lebih peluang

dalam melibatkan diri dalam pembelajaran serta akan memudahkan pelajar

memahami cara menyelesaikan masalah yang telah ditunjukkan dan

diterangkan oleh guru. Hal ini telah membantu guru dalam proses

pengajarannya. Malahan pelajar juga dapat memberikan sedikit sebanyak

pendapat mereka tentang pembelajaran hari tersebut dan akan mengikut

cara yang ditunjukkan oleh guru mereka untuk mencari cara yang lain

mengikut kefahaman dan kekreatifan mereka.

Dari sudut gaya persembahan pula, guru pelatih telah bertutur dengan

lantang dan jelas. Hal Ini dapat membantu pelajar mendengar dengan jelas

setiap perkataan guru dan memahami tentang matlamat ataupun tujuan

yang ingin disampaikan oleh guru tersebut. Guru pelatih juga bercakap

dengan nada yang sesuai untuk pelajar menyalin nota serta mengaitkan

antara ucapan yang telah katakan oleh guru pelatih tersebut. Selain itu, guru

pelatih tersebut juga banyak menggunakan ruang yang ada dalam kelas

sewaktu mengajar. keadaan ini dapat mengekalkan perhatian pelajar

Page 6: Ulasan video PGT 219.docx

terhadap pengajaran yang sedang berlangsung. Malahan, guru pelatih tidak

membelakangi pelajar sewaktu sedang bercakap. Beliau menghadap kelas

bukan dan papan tulis. Beliau akan menghabiskan menulis di papan tulis

dahulu sebelum meneruskan penerangan kepada pelajar. Hal ini akan

melahirkan sifat hormat dan minat pelajar terhadap guru tersebut dan dapat

memantapkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan pandangan mata amat penting sewaktu proses

pengajaran dan pembelajaran. Di dalam video pengajaran mikro ini, guru

pelatih telah dapat mengekalkan kontak mata dengan pelajar di dalam kelas.

Hal Ini dapat mengekalkan interaksi berterusan antara guru dan para

pelajarnya serta membuatkan pelajar terus memberi perhatian dan

memberikan respon yang berterusan apabila persoalan ditanyakan oleh guru

terhadap mereka.

Tambahan pula melalui persembahan yang jelas dan mantap oleh guru

pelatih tersebut. Tayangan Gambar oleh guru pelatih difahami dan jelas

dapat membantu pelajar dalam memahami pengajaran pada hari tersebut.

Kemahiran menyoal juga digunakan oleh guru pelatih. Beliau telah

memberikan masa kepada pelajar untuk memikirkan jawapan semasa

bertanyakan soalan sebelum pelajar memberikan respon. Selain itu, beliau

juga telah memberikan klu supaya pelajar dapat menggambarkan jawapan

kepada persoalan yang diutarakan oleh guru.

Semasa membuat aktiviti pengukuhan, perbuatan guru yang

memantau pelajar adalah bersifat prihatin. Perbuatan ini boleh akan

meningkatkan motivasi dalam diri pelajar dan menyebabkan pelajar

berusaha untuk cuba membuat latihan tersebut dengan sebaik-baiknya.

Selain itu, guru juga membantu secara individu pelajar yang tidak faham

mengenai pembelajaran tersebut. Perhatian guru dan Pengajaran secara

individu ini dapat memahamkan pelajar dengan lebih efektif.

Page 7: Ulasan video PGT 219.docx

Pada bahagian penutupan pula, guru pelatih telah membuat

penegasan supaya pelajar menghantar latihan yang telah diberikan.

Penegasan yang telah dilakukan ini akan membuatkan pelajar menghantar

latihan yang telah diberikan segera. Melalui latihan yang telah disiapkan

oleh pelajar, guru pelatih akan mengetahui tahap pemahaman pelajar

terhadap pengajaran dan masalah yang dihadapi oleh pelajar.

KELEMAHAN PENGAJARAN MIKRO

Pengajaran mikro yang telah dijalankan oleh guru pelatih, lebih bersifat

pemahaman konsep asas tentang kekayaan hasil bumi Sabah dan banyak

memaparkan gambar-gambar negeri Sabah, organisasi masyarakat dan

syarikat Borneo Utara British dalam penggunaan set induksi . Model yang

telah digunakan oleh guru pelatih sesuai, namun latih tubi atau aktiviti

pengukuhan yang dijalankan oleh beliau terlalu ringkas. Pelajar mungkin

tidak dapat memahami pelajaran secara baik. semasa awal pengajaran dan

pembelajaran berlangsung guru tidak menerangkan kepada pelajar tentang

tujuan hasil pembelajaran yang akan dijumpai sepanjang sesi pengajaran.

Kebanyakan pelajar yang terlibat di dalam pengajaran mikro adalah dari

kaum Melayu yang beragama islam. Pengulangan dan penekanan terhadap

pengajaran jarang dilakukan supaya pelajar dapat memahami bahasa yang

digunakan oleh guru.

Selain itu, guru pelatih lebih suka menyelesaikan masalah yang

diutarakan oleh pelajar secara individu. Setiap masalah yang diutarakan oleh

setiap pelajar adalah berbeza, konsep menjawab soalan pelajar untuk semua

pelajar adalah lebih efektif. Setiap pelajar akan dapat mengaitkan soalan

yang ditanyakan dengan pemahaman mereka.

Dari aspek pengurusan kelas, guru pelatih tidak berjaya sepenuhnya

dalam kawalan kelas. Guru pelatih tidak dapat menarik perhatian dan minat

Page 8: Ulasan video PGT 219.docx

semua pelajar untuk mengikuti pengajaran tersebut. Terdapat pelajar yang

tidak memberikan respon dan takut untuk menjawab soalan yang diutarakan

oleh guru. Maklumat yang diberikan oleh guru pelatih untuk pelajar

melakukan aktiviti latihan adalah tidak mencukupi. Tiada persediaan seperti

salinan gambar rajah yang telah disediakan oleh guru untuk pelajar.

Gaya persembahan guru yang bersifat linear juga menyebabkan

pelajar cepat bosan dan sukar untuk memahami pengajaran pada hari

tersebut. Guru pelatih tidak banyak menggunakan mimik muka ataupun

intonasi suara untuk menarik perhatian pelajar. Isyarat anggota badan yang

berkesan juga tidak digunakan. Kontak mata antara pelajar dengan guru

juga kurang. Komunikasi yang tercipta sewaktu pengajaran mikro

berlangsung lebih kepada komunikasi satu hala. Sepanjang pengajaran

mikro, guru kurang mengucapkan pujian atau memberi sebarang hadiah

untuk menaikkan semangat pelajar. Tiada pengiktirafan yang diberikan

untuk menggalakkan pelajar mengikut tingkah laku rakan-rakan yang

bertanya ataupun berjaya menjawab soalan. Pengajaran mikro yang

dijalankan lebih bersifat berpusatkan kepada guru. Pelajar diberi peluang

melibatkan diri dalam perbincangan tetapi kawalan yang dilakukan oleh guru

tidak sangat berkesan sepenuhnya. Ada ketikanya Guru lebih mendominasi

pengajaran.

Selain itu, guru pelatih tidak menggalakkan pelajar untuk menjawab

soalan yang dikemukakan. Kebanyakan soalan dan masalah yang diberikan

dijawab sendiri oleh guru tersebut. Guru tidak memberikan contoh yang

lain. Guru juga tidak cuba mengaitkan idea yang baru dipelajari dengan

pengalaman sedia ada pelajar. Tiada alternatif lain yang digunakan oleh

guru ke atas pelajar yang tidak faham. Pengajaran yang berlangsung dilihat

sekata dan tidak dapat mencapai objektif yang ditetapkan oleh guru pelatih.

Pada peringkat penutup pula, guru pelatih tidak merumuskan

sepenuhnya pengajaran pada hari tersebut. Guru pelatih juga tidak

Page 9: Ulasan video PGT 219.docx

meringkaskan pengajaran untuk memudahkan pelajar menyalin nota. Guru

pelatih tidak membuat perkaitan topik yang telah diajar dengan pengajaran

yang akan datang. Dari aspek susunan pelajaran, guru tidak mengaitkan

pelajaran yang diajar dengan pelajaran yang lepas. Selain itu, guru pelatih

tidak dapat menangani masalah yang timbul di dalam kelas seperti tanda

kebosanan pelajar terhadap pelajaran.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap guru perlu

mempunyai kebolehan dalam menyusun memilih, dan mengurus sesuatu

rancangan. Hal ini bagi memudahkan guru tersebut mencapai tujuan atau

matlamat pengajaran dan pembelajaran secara optimum. Pengajaran yang

dirancang secara sistematik dan mempunyai objektif samada objektif jangka

pendek mahupun jangka panjang akan menjadikan pengajaran lebih efektif

dan berkesan.

Terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dibuat untuk

pengajaran mikro ini. Set induksi yang berkesan dan menarik ialah apabila

pelajar dapat bersedia untuk menerima pengajaran pada hari tersebut.

Menerangkan tentang objektif pengajaran yang ingin dicapai oleh guru dan

untuk pelajar dapat menyediakan pelajar yang lebih terarah tujuan dan

matlamat untuk pengajaran. Di samping itu guru tersebut juga haruslah

membuat perkaitan antara topik pembelajaran yang lepas dengan topik

yang diajar pada masa tersebut. Hal ini bagi memudahkan pelajar mendapat

gambaran awal sebelum sesi pengajaran dimulakan. Di akhir pengajaran,

guru akan bertanyakan kepada pelajar mengikut objektif yang dikehendaki.

Strategi pemusatan guru yang telah digunakan adalah sesuai untuk

tujuan pemahaman objektif pengajaran kepada pelajar. Namun langkah-

Page 10: Ulasan video PGT 219.docx

langkah penting yang perlu pelajar faham dan aplikasikannya perlu kepada

komunikasi dua hala. Strategi pemusatan murid akan menyebabkan kedua-

dua pihak mendapatkan manfaatnya. Di samping itu, guru juga dapat

menganalisis kembali kekuatan dan kelemahan yang dihadapi oleh pelajar-

pelajar. Hal ini akan menjadikan tujuan untuk mengutamakan peningkatan

pemahaman pelajar terhadap subjek yang diajar akan tercapai. Strategi

pengunaan papan tulis juga penting dalam aktiviti pengajaran mikro ini.

Penggunaan papan tulis tersebut akan memberikan lebih kefahaman kepada

pelajar selepas beberapa siri tanyangan video dan penerangan oleh guru

tersebut akan lebih menarik minat pelajar serta penerangan dapat diberikan

dengan lebih jelas. Penggunaan carta jenis-jenis cerun ataupun tayangan

video akan memberi gambaran yang lebih nyata dan jelas kepada pelajar.

Melalui penggunaan papan hitam yang efektif melalui tulisan di papan

hitam hendaklah besar, jelas dan dapat dilihat oleh semua pelajar yang

berada di dalam kelas. Komunikasi dua hala amat penting di dalam sesuatu

pengajaran. Guru perlu menggalakkan pelajar untuk bertanya dan memberi

respon di dalam pengajaran. Pengajaran tidak akan statik dan pelajar lain

akan turut ingin mengambil tahu dan mencari perkara untuk disuarakan.

Pembelajaran menggunakan aktiviti seperti persembahan pelajar dan

kuiz juga dapat membawa pelajar untuk terus bersama-sama dalam

pengajaran. Guru perlu kreatif untuk menarik minat pelajar untuk menyertai

aktiviti tersebut. Kaedah ganjaran dan pujian merupakan kaedah yang sesuai

untuk pelajar memberi komitmen terhadap sesuatu. Penggunaan ringkasan

nota daripada guru juga amat berguna untuk pelajar. Mudah untuk mereka

mengingat kata kunci yang guru berikan. Selain itu, akronim ataupun

persamaan sesuatu benda, nama, tempat dan sebagainya juga boleh

digunakan supaya pelajar dapat mengingat sesuatu dengan mudah.

Peneguhan seperti pujian hendaklah diucapkan oleh guru mengikut

keadaan. Pujian seperti tepukan tangan, ucapan seperti ‘pandai’ dan hadiah

Page 11: Ulasan video PGT 219.docx

akan menyebabkan pelajar berasa dihargai. Kaedah ini juga akan

membuatkan pelajar ingin meniru perlakuan pelajar yang bertanyakan

soalan atau menjawab soalan. Pengajaran menggunakan kepelbagaian

rangsangan adalah lebih efektif. Penggunaan mimik muka, intonasi suara

dan menggunakan pelbagai BBM akan menyebabkan pelajar tidak

mengantuk di dalam kelas atau kebosanan.

Bahagian penutup pengajaran atau bahagian akhir pengajaran pula,

kaedah imbas semula sangat mudah digunakan untuk mengingatkan

kembali pelajar terhadap pelajaran yang diajar. Selain itu, pemberian pelajar

latihan akan membuatkan pelajar ingat pengajaran dan tidak melupakannya.

PENUTUP

Pengajaran mikro dalam program pendidikan adalah mustahak,

kerana proses mengajar merupakan suatu bentuk aktiviti yang sangat

mencabar serta kompleks. Malahan dalam perkara ini, guru-guru haruslah

mengkaji dan mempelajari pelbagai ilmu selain ilmu perguruan semata-

mata. Hal ini keran pengetahuan tambahan dan pengetahuan am para guru

yang pelbagai dapat membantu guru tersebut dalam menyampaikan ilmu

pengetahuan kepada setiap pelajar. Pendedahan dan penguasaan terhadap

kemahiran-kemahiran pengajaran mikro amatlah penting kerana ia akan

dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran

mikro juga dapat digunakan bagi menguji keberkesanan kurikulum dan

kaedah baru kepada pelajar. Tambahan pula sifat seseorang guru yang

Page 12: Ulasan video PGT 219.docx

kreatif dan berinovasi memudahkan menggabungkan dan membawa

sesuatu kaedah yang baru dan bersesuaian dengan pengajaran yang

dilakukan adalah penting. Hal ini kerana, pengajaran guru yang akan

menentukan pelajar dapat terus mengikuti pengajaran atau sebaliknya.

RUJUKAN

Halimah Harun, Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih, Jurnal

Pendidikan 31 (2006) 83-96.

Omardin Ashaari, Prinsip Pengajaran Mikro, 1997, Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur.

Sarah Mann and Chris Graham, 2009, Academic Development Unit, Learning

and Teaching Centre, University of Glasgow.