Ulasan Video (Why Profesional Development is Important for Teachers)

3
Pembangunan Profesional penting bagi kerjaya seorang guru. Melalui pembangunan profesional, kemahiran dan pengetahuan guru dapat dipertingkatkan. Menurut Mok Soon Sang (1990) pula, guru merupakan seorang ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan masyarakat berstatus. Dalam perkongsian video yang bertajuk Why Profesional Development is Important for teachers?, speaker turut menyentuh fungsi dan peranan guru. Antara fungsi dan peranan guru ialah guru sebagai pendidik dan pengajar haruslah memiliki kestabilan emosi, ingin memajukan pelajar, bersikap realistik, bersikap jujur dan terbuka, peka terhadap perkembangan terutamanya dalam inovasi pendidikan. Maka guru harus memiliki dan menguasai berbagai jenis bahan pelajaran, menguasai teori dan praktikal pendidikan, menguasai kurikulum dan metodologi pengajaran. Sehubungan dengan itu speaker di dalam video tersebut berpendapat bahawa kita tidak perlu menjawab pertanyaan MENGAPA Pembangunan Profesional Penting kepada seorang guru. Sebaliknya, mereka berdua menegaskan bahawa adalah penting bagi seorang guru untuk tahu ciri- ciri pembangunan profesional yang berkesan. Terdapat 5 ciri-ciri diketengahkan di dalam video itu termasuk lah membuat kajian, sesuatu tindakan yang berterusan, mendapatkan sokongan daripada kumpulan besar dan kecil, berupaya untuk bertindak balas atau pun refleksi dan juga mengetahui dan mengambil berat keperluan guru. Kelima-lima ciri ini penting untuk pembangunan profesional yang berkesan dalam kalangan guru. Speaker di dalam video ini menegaskan peri pentingnya guru sentiasa peka kepada masalah yang berlaku dalam masyarakat dan di sekolah. Hal ini akan membantu guru untuk pembelajaran yang berterusan di mana tindakan akan di ambil secara berterusan dan bukan terputus di tengah jalan sahaja. Para guru haruslah berfikir keluar daripada

description

ulasan on video

Transcript of Ulasan Video (Why Profesional Development is Important for Teachers)

Page 1: Ulasan Video (Why Profesional Development is Important for Teachers)

Pembangunan Profesional penting bagi kerjaya seorang guru. Melalui pembangunan

profesional, kemahiran dan pengetahuan guru dapat dipertingkatkan. Menurut Mok

Soon Sang (1990) pula, guru merupakan seorang ahli masyarakat yang mempunyai

perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan masyarakat berstatus. Dalam

perkongsian video yang bertajuk Why Profesional Development is Important for

teachers?, speaker turut menyentuh fungsi dan peranan guru. Antara fungsi dan

peranan guru ialah guru sebagai pendidik dan pengajar haruslah memiliki

kestabilan emosi, ingin memajukan pelajar, bersikap realistik, bersikap jujur dan

terbuka, peka terhadap perkembangan terutamanya dalam inovasi pendidikan.

Maka guru harus memiliki dan menguasai berbagai jenis bahan pelajaran,

menguasai teori dan praktikal pendidikan, menguasai kurikulum dan metodologi

pengajaran.

Sehubungan dengan itu speaker di dalam video tersebut berpendapat

bahawa kita tidak perlu menjawab pertanyaan MENGAPA Pembangunan Profesional

Penting kepada seorang guru. Sebaliknya, mereka berdua menegaskan bahawa

adalah penting bagi seorang guru untuk tahu ciri-ciri pembangunan profesional

yang berkesan.

Terdapat 5 ciri-ciri diketengahkan di dalam video itu termasuk lah membuat

kajian, sesuatu tindakan yang berterusan, mendapatkan sokongan daripada

kumpulan besar dan kecil, berupaya untuk bertindak balas atau pun refleksi dan

juga mengetahui dan mengambil berat keperluan guru. Kelima-lima ciri ini penting

untuk pembangunan profesional yang berkesan dalam kalangan guru.

Speaker di dalam video ini menegaskan peri pentingnya guru sentiasa peka

kepada masalah yang berlaku dalam masyarakat dan di sekolah. Hal ini akan

membantu guru untuk pembelajaran yang berterusan di mana tindakan akan di

ambil secara berterusan dan bukan terputus di tengah jalan sahaja. Para guru

haruslah berfikir keluar daripada “comfort zone” kerana apa yang kita telah pelajari

selama dalam pengajian harus lah sentiasa dipraktikkan dan diperbaiki kaedah

penyampaiannya. Seorang guru tidak boleh hanya mempunyai satu kaedah

pengajaran sahaja. Seorang guru harus mengetahui dan mempelajari kaedah

pengajaran yang seiring dengan masa kini dan juga berlandaskan teori pengajaran

yang betul.

Di dalam video ini juga turut diberi tekanan mengenai peri pentingnya para

guru mendapat sokongan daripada kumpulan besar yang kemudiannya akan

Page 2: Ulasan Video (Why Profesional Development is Important for Teachers)

membawa kepada pembentukan kumpulan kecil yang boleh lebih memfokuskan

tentang karier guru. Guru harus belajar daripada semua sumber yang ada untuk

membangun secara profesional.

Guru juga harus belajar bertindak balas ataupun membuat refleksi diri untuk

penambaikan diri dari semasa ke semasa. Refleksi diri membantu guru untuk

mengetahui apa yang dirinya perlukan lagi untuk memantapkan ilmu dan kaedah

pengajaran yang digunakan,

Akhir sekali, keperluan guru perlulah diketahui dan diambil berat. Hal ini

kerana guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang

dipertanggungjawabkan untuk mendidik pelajar di sekolah. Guru juga sebagai

anggota masyarakat, harus pandai bergaul dengan masyarakat. Untuk itu, guru

harus menguasai psikologi sosial, memiliki pengetahuan tentang hubungan antara

manusia dan sebagai anggota masyarakat, guru mempunyai keterampilan

membina kelompok, bekerjasama dalam kelompok untuk menyelesaikan sesuatu

masalah.

Oleh sebab itu, adalah lebih penting bagi seorang guru untuk tahu apakah

ciri-ciri yang perlu diambil kira dalam pembangunan profesional seorang guru

berbanding dengan mencari alasan ataupun sebab mengapa pembangunan

profesional itu penting buat seorang guru.

RUJUKAN

Why Profesional Development is Important for teachers?

http://youtu.be/TH6BpP21Cuc