ulasanjurnal-121102235245-phpapp01
-
Upload
sujaknyi-said -
Category
Documents
-
view
217 -
download
1
description
Transcript of ulasanjurnal-121102235245-phpapp01
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
KURSUS:
KRP 6044Pengajaran berasaskan elektronik dan web
TAJUK TUGASAN : ANALISIS JURNAL
PENSYARAH: DR. ABDUL LATIF BIN HJ GAPOR
NAMA: NOOR HAYATI BINTI SARWANI
NO MATRIKM20112001294
ALAMAT [email protected]
ALAMAT BLOG
www.yati65.wordpress.com
1
Tajuk Jurnal : Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan
Pembelajaran Berasaskan Web – Webquest bagi Mata
Pelajaran ICT (Development and Evaluation of Webquest
for Information and Communication Technology Subject)
Sumber : Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (1) (2009 ) : 111-129
Penyelidik : Norazah Mohd Nordin dan Ngau Chai Hong
1. PENGENALAN
Jurnal ini menyatakan tentang proses pembangunan dan penilaian bahan
pengajaran berasaskan web bagi mata pelajaran ICT Tingkatan Empat, iaitu
Webquest. Penyelidik ialah Norazah Mohd Nordin dan Ngau Chai Hong.
Disiarkan dalam Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (1) (2009) : 111-129.
2. PERSOALAN
ICT memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan pada masa
kini.Menyedari kepentingan pelbagai usaha untuk menggalakkan guru-guru
untuk mengintegrasikan ICT dalam proses P&P. Berpendapat ICT
mendatangkan kebaikan seperti pelajar mudah untuk mengakses maklumat dan
bahan pengajaran melalui web, aktiviti pembelajaran maya dan sebagainya.
Menjelaskan bahawa Webquest berfungsi sebagai rangka kerja yang boleh
digunakan guru untuk pembinaan bahan pembelajaran berpusatkan pelajar
menggunakan internet.
3. KAEDAH
2
Dijalankan dalam dua fasa : Fasa pembangunan sistem P&P berasaskan
webquest. (analisis, reka bentuk, pembangunan, implementasi, penilaian) Fasa
penilaian sistem P&P berasaskan webquest. (antara muka webquest, isi
kandungan webquest, struktur P&P webquest) Instrumen : soal-selidik bagi
mengukur persepsi pelajar terhadap webquest.
Pengumpulan data : pelajar Tingkatan Empat , dua buah sekolah yang
mengambil mata pelajaran ICT , homogenous dari aspek umur , kemudahan
prasana sekolah , tenaga pengajar terlatih , mendapat sekurangnya-kurangnya
3A dalam keputusan PMR
Analisis kajian menggunakan program SPSS Versioan 11.5 Menggunakan
statistik deskriptif untuk melihat taburan kekerapan, peratus, min dan sisihan
piawai bagi menerangkan demogradi dan persoalan kajian yang dikemukakan.
4. DAPATAN KAJIAN
Persepsi pelajar terhadap webquest adalah tinggi. Responden memberikan
respon yang baik dan menyatakan ia sesuai dan menarik perhatian pengguna.
Rekabentuk antara muka pengguna yang konsisten memudahkan pengguna
sistem P&P berasaskan webquest. Web ini mesra pengguna kerana butang
kawalan yang digunakan mudah dinavigasikan. Pelajar seronok kerana web
mengaplikasikan unsur- unsur hipermedia seperti animasi, grafik, bunyi dan
warna.
5. RUMUSAN
3
Pada pendapat saya, tajuk kajian adalah sangat jelas dan relevan kepada
perbincangan jurnal kerana ICT memainkan peranan penting dalam dunia
pendidikan pada masa kini. Penyelidik telah membincangkan dan
mengenalpasti kebaikan penggunaan web dalam P&P sekiranya guru bijak
mengintegrasikan P&P dengan teknologi untuk penggunaan pelajar. Saya
bersetuju dengan pendapat penyelidik yang menyatakan bahawa semua pihak
terlibat secara langsung dalam bekerjasama menjayakan penggunaan ICT dalam
bidang pendidikan.
4