ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di...

28
ULETIN 1993 - 2013 INPENS INTERNATIONAL COLLEGE http://www.inpens.edu.my MAJLIS PENGHARGAAN SEMPENA 20 TAHUN PENUBUHAN INPENS Baca liputan khas 2 halaman penuh sekitar Majlis Penghargaan 20 Tahun Penubuhan INPENS pada 2 Disember lalu di Kelab Shah Alam, Selangor. 4 SURAU AS-SALAM KINI BERDIRI TEGUH Lagi kemudahan untuk warga INPENS. Surau As-Salam kini siap dibina pada Julai 2013 dengan kos sebanyak RM 372 ribu. 14 PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA (PKM) 2013 Pelajar Jabatan Dandanan Rambut, Nursyazwani Amirah bawa nama INPENS melangkah ke peringkat akhir PKM 2013. 20 WAWANCARA BERSAMA DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR Ikuti wawancara eksklusif bersama Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersempena dengan 20 tahun penubuhan INPENS. 3 4 & 5 MAJLIS Penghargaan Sempena 20 Tahun Penubuhan INPENS telah diadakan pada 2 Disember lalu bertempat di Kelab Shah Alam bertujuan meraikan dan menghargai pihak-pihak dan individu-individu yang banyak menyumbang jasa kepada INPENS. bersambung ke muka Edisi Khas 3/2013

Transcript of ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di...

Page 1: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

ULETIN

1 9 9 3 - 2 0 1 3

INPENS INTERNATIONAL COLLEGEhttp://www.inpens.edu.my

MAJLIS PENGHARGAAN SEMPENA 20 TAHUN PENUBUHAN INPENS

Baca liputan khas 2 halaman penuh sekitar Majlis Penghargaan 20 Tahun Penubuhan INPENS pada 2 Disember lalu di Kelab Shah Alam, Selangor.

4SURAU AS-SALAM KINI BERDIRI TEGUH

Lagi kemudahan untuk warga INPENS. Surau As-Salam kini siap dibina pada Julai 2013 dengan kos sebanyak RM 372 ribu.

14 PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA (PKM) 2013

Pelajar Jabatan Dandanan Rambut, Nursyazwani Amirah bawa nama INPENS melangkah ke peringkat akhir PKM 2013.

20

WAWANCARA BERSAMA DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Ikuti wawancara eksklusif bersama Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersempena dengan 20 tahun penubuhan INPENS.

34 & 5

MAJLIS Penghargaan Sempena 20 Tahun Penubuhan INPENS telah diadakan pada 2 Disember

lalu bertempat di Kelab Shah Alam bertujuan meraikan dan menghargai pihak-pihak dan individu-individu yang banyak menyumbang jasa kepada INPENS.

bersambung ke muka

Edisi Khas3/2013

Page 2: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

PenaungDato’ (Dr.) Md. Mydin bin Md. Sheri�

PenasihatMejar Dr. Hj. A. Aziz bin Ibrahim

Ketua EditorNur ‘Adnin Syamil binti Halik Bassah

Pengarang / KolumnisRanjini a/p RahmanNahar bin Sharif

Pereka Gra�kAhmad Zulkhidzrie bin Mohamad ZukiJurugambarAbdul Rahman bin BaharuddinFaris Haq bin Abdul Rahman

Berita JabatanZalina binti RahmatSolihah binti YaakobZaiton binti Hamsi

Pembantu RedaksiSiti Rahimah binti Mohammad Noor

Sidang redaksi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan Buletin INPENS Edisi Khas ini. Kami mengalu-alukan sumbangan artikel / rencana / berita semasa yang berkaitan dengan pendidikan, penyelidikan, aktiviti kemasyarakatan daripada warga INPENS. Kirimkan tulisan anda kepada:

KETUA EDITOR SIDANG REDAKSIINPENS International College, Jalan Semarak,45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.Tel : 03-3281 2619Faks : 03-3281 2627Email : [email protected]

Perutusan Presiden INPENS

Hak Cipta terpelihara INPENS International College. Tidak dibenarkan menerbitkan mana-mana bahagian dari mana-mana bahagian dari majalah ini tanpa kebenaran bertulis dari pihak INPENS.

tinta ketua editorAssalamu’alaikum Wbkt. Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, kembali kita bersua dalam Buletin INPENS Edisi Khas bersempena ulang tahun penubuhan ke-20 INPENS International College. Sebuah pepatah Bahasa Inggeris “Time and tide wait for no man” saya rasakan sangat benar kerana sedar tidak sedar INPENS International College sudah menginjak ke usia 20 tahun. Namun begitu, usia 20 tahun bagi seorang manusia layaknya masih belia dan baru bertatih-tatih mengenal hidup. INPENS juga saya umpamakan begitu, perjalanannya masih jauh untuk diharungi.

Sekali lagi saya merasakan bahawa waktu itu memang pantas, kerana kita kini sudah pun berada di penghujung tahun 2013. Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu mengurus masa kerana masa itu sudah tertetap dengan sendirinya. Kita sedia maklum kita punya 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 12 bulan dalam setahun. Jadi, apa perlunya kita mengurus masa? Kita sebenarnya hanya perlu mengurus diri. Ya, cuma diri kita.

Buletin INPENS Edisi Khas ini memfokuskan kepada penganjuran Majlis Penghargaan Sempena 20 Tahun Penubuhan INPENS yang baru saja berlangsung 2 Disember lalu. Selain itu, sebuah seksyen khas “Kenali INPENS” saya paparkan demi menghargai waga INPENS yang banyak memerah keringat dan idea demi memajukan INPENS. Tidak ketinggalan, edisi kali ini juga memaparkan 2 halaman penuh kronologi pembinaan Surau As-Salam yang kita banggakan.

Sebagai penutup bagi edisi tahun ini, saya mendoakan supaya kita semua akan menjadi lebih bijak mengurus diri seiring dengan masa yang bergerak pantas. InsyaAllah.

Dato’ (Dr.) Md. Mydin bin Md. Sheri�

Assalamul‘aikum dan selamat sejahtera.

Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya kita dapat menerbitkan buletin INPENS Edisi Khas 2013.

Kolej INPENS ditubuhkan pada tahun 1993, ini bermakna perjuangan Kolej INPENS dalam dunia pendidikan telah menjangkau usia dua dekad. Kolej INPENS berasa amat berbangga kerana sepanjang tempoh 20 tahun ini ramai pelajar-pelajar dari jurusan akademik dan kursus latihan kemahiran telah berjaya dilahirkan.

Kejayaan Kolej INPENS mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) adalah hasil kerjasama komitmen semua pihak terutama Kerajaan Negeri, pengurusan INPENS dan tenaga pengajar. INPENS juga mempunyai peranan strategik dalam pembangunan pendidikan untuk merealisasikan bukan setakat wawasan Kolej INPENS malahan wawasan negara. INPENS sememangnya sentiasa berusaha melahirkan tenaga kerja yang ber�kiran kritis, dinamik, berketrampilan, berperspektif global, berakhlak mulia, bermoral dan beretika tinggi.

Sesungguhnya kejayaan individu mahupun sesebuah institusi adalah berpaksikan kepada 5 teras utama iaitu integriti di dalam diri setiap warganya, ilmu pengetahuan, komitmen yang tinggi, mempunyai “networking” atau rangkaian yang luas dan kemahiran “interpersonal” yang baik. Saya berharap kita mampu mengaplikasikan kesemua teras ini demi kejayaan masa depan.

Akhir kata saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada Sidang Redaksi Buletin INPENS kerana berjaya menerbitkan buletin INPENS Edisi Khas untuk tatapan kita semua sebagai saluran informasi tentang pelbagai aktiviti yang dijalankan pada tahun 2013.

Sekian.

Salam Hormat dan Selamat Maju Jaya.

2BULETININPENS3 / 2013

Don’t stop when you’re tired, Stop when you’re done.

Sekian, selamat membaca dan selamat tahun baru!

NUR ‘ADNIN SYAMIL HALIK BASSAHKetua Editor

“...Kolej INPENS sentiasa berusaha melahirkan tenaga kerja yang ber�kiran kritis, dinamik, berketrampilan, berperspektif global, berakhlak mulia, bermoral dan beretika tinggi...”

Page 3: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

20BULETININPENS3 / 2013

PERTANDINGAN Kemahiran Malaysia (PKM) 2013 telah berlangsung pada 25 hingga 27 September yang lalu bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Pada pertandingan tersebut, Nursyazwani Amirah membawa bersama nama INPENS International College sebagai wakil pada peringkat akhir PKM 2013 bagi kategori rekaan & dandanan rambut.

Menurut Puan Zaiton Hamsi yang juga PPD Jabatan Dandanan Rambut, pencapaian Nursyazwani adalah sangat membanggakan memandangkan INPENS menerima saingan yang hebat daripada institusi-institusi kemahiran yang lain. Puan Zaiton turut berkata keputusan bagi pertandingan tersebut belum diumumkan dan kemungkinan besar keputusan hanya akan diketahui menjelang awal tahun 2014. Oleh yang demikian, beliau memohon semua warga INPENS mendoakan kejayaan Nursyazwani Amirah sekaligus mengharumkan nama INPENS International College.

JOM TINJAU! : JABATAN DANDANAN RAMBUT

PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA 2013:

NURSYAZWANI AMIRAH WAKILI INPENS

Nursyazwani Amirah (tiga dari kiri) bersama rekaan rambut beliau pada Pertandingan Kemahiran Malaysia 2013.

SERAMAI 5 orang pelajar dari Jabatan Dandanan Rambut telah menyertai perkhidmatan menggunting rambut secara percuma kepada orang ramai yang menghadiri Karnival & Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK) 2013 yang lalu. Karnival tersebut telah berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor. Karnival tersebut turut menganjurkan Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) 2013 iaitu sebuah pertandingan kemahiran yang mengumpulkan semua institusi kemahiran di Malaysia.

PPD Jabatan Dandanan Rambut, Puan Zaiton Hamsi berkata program sebegini dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran dandanan rambut dan memberikan promosi yang positif kepada INPENS. Meninjau sambutan yang diberikan, Puan Zaiton berkata pelajar-pelajar yang menyertai program ini tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai yang mahukan perkhidmatan guntingan rambut secara percuma. Menurut beliau lagi, karnival selama 3 hari tersebut telah memberikan banyak pengalaman yang berharga kepada beliau dan pelajar-pelajar yang terlibat.

Page 4: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

3BULETININPENS3 / 2013

WAWANCARA KHAS

W�w�nc�r� Kha� B�rs�m� TAN SRI ABDUL KHALID BIN IBRAHIMBersempena 20 Tahun Penubuhan INPENS

Buletin INPENS :

Tan Sri Abdul Khalid :

Buletin INPENS : Tan Sri Abdul Khalid :

Buletin INPENS : Tan Sri Abdul Khalid :

mempertingkatkan keupayaan dan mempelbagaikan lagi bentuk-bentuk kemahiran. INPENS perlu

bergerak mengikut aliran keadaan permintaan yang akan berubah apabila ekonomi Malaysia bergerak

daripada ekonomi pembuatan kepada ekonomi perkhidmatan.

Terima kasih atas kesudian Tan Sri untuk diwawancara oleh pihak Buletin INPENS. Bersempena dengan 20 tahun

penubuhan INPENS, apakah ucapan yang ingin Tan Sri sampaikan kepada warga INPENS?

Pertama sekali, saya mengucapkan tahniah kepada INPENS International College yang sudah ditubuhkan selama

20 tahun. INPENS telah melahirkan ramai anak-anak muda yang mempunyai kemahiran dan keupayaan pelbagai

bidang kemahiran. Ini termasuklah bidang baik pulih kenderaan, sistem komputer, penyaman udara, bidang

jahitan dan juga pengendalian spa kecantikan.

Apa pula harapan Tan Sri kepada graduan-graduan yang menuntut di INPENS?

Saya berharap, dengan adanya pekerja-pekerja mahir, kita akan dapat membentuk satu kumpulan guna tenaga

yang mempunyai keupayaan untuk mempertingkatkan produktiviti kerjaya di samping dapat menjadikan

Malaysia sebagai negara yang mempunyai “competitive advantage”. Saya juga berharap graduan-graduan

INPENS akan lebih berdaya saing dan mampu menghasilkan inovasi baru dalam bidang kemahiran yang mereka

pelajari.

Sebagai penutup, apakah hasrat peribadi Tan Sri kepada INPENS International College khasnya?

Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada INPENS dan INPENS masih lagi perlu bekerja keras untuk

“Dengan adanya pekerja-pekerja mahir, kita

akan dapat membentuk satu kumpulan guna tenaga yang

mempunyai keupayaan untuk mempertingkatkan produktiviti kerjaya di samping dapat menjadikan Malaysia

sebagai negara yang mempunyai ‘competitive advantage’.”

Tan Sri Abdul Khalid

SUMBER FOTO : Malaysia Chronicle

Page 5: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

4BULETININPENS3 / 2013

BERSEMPENA dengan ulang tahun penubuhannya yang ke-20, INPENS International College telah menganjurkan Majlis Penghargaan Sempena 20 Tahun Penubuhan INPENS. Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya di Kelab Shah Alam, Selangor pada 2 Disember 2013 yang lalu. Majlis ini bertujuan meraikan dan menghargai organisasi-organisasi mahupun mana-mana individu di atas segala jasa yang telah disumbangkan kepada INPENS.

Majlis penghargaan tersebut telah dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim. Turut hadir di majlis berkenaan ialah mantan Pengerusi pertama INPEN (Selangor) Sdn. Bhd., Tan Sri Dato’ Haji Muhammad bin Muhd Taib. Beliau juga merupakan mantan Menteri Besar Selangor dan pengasas kepada penubuhan INPENS.

Selain itu, turut hadir memeriahkan majlis ialah barisan exco dan ADUN Negeri selangor iaitu YB Dr. Halimah binti Ali, YB Tuan Ganabatirau a/l Veraman, YB Dr. Daroyah binti Alwi, YB Puan Rodziah binti Ismail, YB Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, YB Dr. A. Xavier Jayakumar, YB Tuan Haji Yaakob bin Sapari dan YB Dr. Abd Rani bin Osman. Turut tidak ketinggalan memeriahkan majlis berkenaan, ketua lembaga Pengarah INPENS (Selangor) Sdn Bhd. iaitu Ybhg. Datuk Dr. Rosti bin Saruwono dan Presiden INPENS International college, Ybhg. Dato’ (Dr.) Md Mydin bin Md Sheri�.

Majlis penghargaan tersebut telah dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar

Selangor, Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim. Turut hadir di majlis

berkenaan ialah mantan Pengerusi pertama INPEN (Selangor) Sdn. Bhd.,

Tan Sri Dato’ Haji Muhammad bin Muhd Taib. Beliau juga merupakan

mantan Menteri Besar Selangor dan pengasas kepada penubuhan INPENS.

Pada majlis berkenaan, Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim turut menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada Unit Perancang Negeri Selangor (UPEN), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Yayasan Selangor, Lembaga Zakat Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang banyak membantu INPENS dari segi sumbangan tajaan kepada pelajar dan sumbangan-sumbangan lain. Turut menerima sijil penghargaan ialah UMW Toyota Motors Sdn. Bhd., Proton Holdings Berhad, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA) dan ZARAZ Engineering Sdn. Bhd.

Majlis penghargaan tersebut turut dimeriahkan dengan acara tayangan video mengenai sejarah penubuhan INPENS, persembahan nyanyian solo dan koir serta diakhiri dengan acara memotong kek. Acara memotong kek berkenaan telah disempurnakan oleh Ybhg. Tan Sri Dato’ Haji Muhammad bin Muhd Taib serta diiringi Datuk Dr. Rosti bin Saruwono dan Dato’ (Dr.) Md Mydin bin Md Sheri�. Bagi melengkapkan majlis berkenaan, INPENS International College turut menjemput beberapa bekas kakitangan yang pernah berkhidmat bersama INPENS dan juga alumni INPENS.

FOKUS

MAJLIS PENGHARGAAN SEMPENA 20 TAHUN

PENUBUHAN INPENS INTERNATIONAL COLLEGE

Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menanda tangani plak sebagai simbolik perasmian Majlis Penghargaan Sempena 20 Tahun Penubuhan INPENS. Ybhg. Tan Sri Dato’ Haji Muhammad bin Muhd Taib

memotong kek sebagai acara penutup.

Page 6: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

Fot�-�ot� S��it�� M���i� P�n�h�rga��S����n� 20 T���� P�����h����P��S In���na�i�n�� C���e��

5BULETININPENS3 / 2013

Page 7: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

Zakaria bin Abdullah1993 - Kini (20 Tahun)

Zarihan binti Yaakub1993 - Kini (20 Tahun)

Noridah binti Ismail1994 - Kini (19 Tahun)

Siti Sobrina Abdul Rahim2006 - Kini (7 Tahun)

Rosliza binti Rosly @ Mat1997 - Kini (16 Tahun)

UCAPAN KHAS KAKITANGAN SEMPENA

“Tahniah INPENS sempena 20 tahun penubuhannya. Saya gembira kerana masih berada di INPENS sejak dari tahun 1993 hingga kini. Saya telah merasa pahit maung berpindah-randah dan akhirnya kita semua selesa dengan kampus tetap ini. Saya juga telah berkhidmat di bawah pentadbiran kesemua empat orang presiden serta berkhidmat di banyak jabatan seperti sumber

“Walaupun ramai rakan s e p e r j u a n g a n meninggalkan INPENS, kesetiaan saya masih di sini dan saya akan terus menyumbang bakti serta tenaga selagi diizinkan Allah s.w.t. Saya percaya sumbangan setiap kakitangan itu datang dalam kepelbagaian sama ada kecil atau besar, yang

“Keperitan berpindah-randah amat memilukan, tetapi berkat tunjuk ajar dan menimba pelbagai ilmu tugasan serta tanggungjawab kepada ketua, tidak ternilai hanya dengan ucapan dan kata-kata. Keringat mereka mendidik diri ini akan dihargai dan sentiasa tersemat di sanubari, ilmu yang ku tuai masih

INPENS...Berbagai tunas bangsa kau bangkitkan,Bermacam kejahilan kau hapuskan,Ilmu sumber cahaya abadi,Sampai kapan pun tak pernah mati, Hidup subur mewangi,Kan ku rangkai dilubuk hati, Menabur bakti tak mahu dipeduli,Bukan untuk dipuja atau didewa-dewi,20 tahun sudah berlalu...Ikatan kasih tersemat di kalbu,Lentera hati mendoakan kejayaanmu,Menembusi cakerawala hidup tanpa batas,Semoga langkah mu semakin baik dan pantas.Selamat ulang tahun ke-20 INPENS!

“Syabas diucapkan kepada INPENS sempena ulang tahun ke-20 penubuhannya. Saya amat berbangga menjadi salah seorang kakitangan INPENS kerana dengan usaha murni INPENS dan sokongan kerajaan negeri, ramai pelajar dapat dibantu untuk

6BULETININPENS3 / 2013

manusia, logistik, aset dan HEP. Akhir kata, marilah kita sama-sama cemerlang bersama INPENS dan semoga INPENS terus maju di bawah kepimpinan yang ada.”

pasti semuanya ke arah memajukan INPENS. Sempena ulang tahun INPENS yang ke-20, saya berharap INPENS akan terus menjana kecemerlangan anak bangsa khususnya dalam bidang teknikal. Akhir kata, ucapan terima kasih kepada Pengurus Besar Pertama INPENS, yang dikasihi Allahyarham Tuan Haji Jumali bin kassan kerana tanpa beliau tiadalah saya di INPENS. Al-Fatihah untuk beliau. ”

segar dalam inspirasiku, terima kasih Puan Norazlinda binti Akhbari, Encik Othman binti Khalil, Encik Ahmad bin ab. Latif, Encik Shahrul bin Kamaruddin dan Dr. Asharuddin bin Ahmad. Insya’Allah saya akan terus setia berbakti sekiranya diperlukan sehingga bersara kelak. ”

melanjutkan pelajaran sekaligus membawa keluarga keluar daripada kemelut kemiskinan. Saya mendoakan agar INPENS terus maju dan berjaya menjadi salah sebuah kolej kemahiran yang unggul di Malaysia.”

20 TAHUN PENUBUHAN INPENS

Page 8: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

Nahar bin Sharif1997 - Kini (16 Tahun)

Norihan binti Mohd Din1997 - Kini (16 Tahun)

Sures A/L Manickam2005 - Kini (8 Tahun)

Julaida Mohamad Juhari1997 - Kini (16 Tahun)

Zawiyah binti Abdullah1997 - Kini (16 Tahun)

UCAPAN KHAS KAKITANGAN SEMPENA

“Untuk menyatakan perasaan saya selama berkhidmat di INPENS adalah sesuatu yang tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata. Cukup sekadar dibuktikan betapa saya menyayangi INPENS dan masih setia sejak dari tahun 1997 dan juga telah melalui episod berpindah-randah sebanyak 6 kali. Saya juga tidak berbelah bahagi untuk terus berkhidmat di INPENS selagi diperlukan. Saya mendoakan INPENS International College akan terus maju dalam usaha murni mendidik anak bangsa di

“Setinggi-tinggi tahniah kepada INPENS International College yang dengan jaya dan megahnya meraikan ulang tahun yang ke-20. Saya berasa bangga dengan pencapaian INPENS yang telah melahirkan ramai pelajar yang bukan sahaja berjaya di dalam pelajaran tetapi juga kehidupan masing-masing. Saya berharap pencapaian ini akan kekal berterusan dan semoga INPENS akan menjadi sebuah institusi kemahiran yang disegani bukan sahaja di negara ini malah di peringkat antarabangsa.”

“Berbagai pengalaman telah saya lalui dari awal saat menjejakkan kaki di INPENS sehingga kini. Dengan pengalaman yang saya perolehi itu, akan saya gunakan sebaik mungkin pada masa akan datang. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan INPENS dari dulu hingga kini dan diharapkan mereka yang ada ini akan terus berjuang untuk menaikkan nama INPENS dan menuju satu arah dan satu matlamat. InsyaAllah.”

“Alhamdulillah, sejak berpindah ke Kuala Selangor, saya merasakan bahawa warga INPENS perlu bersyukur dengan kampus yang lengkap dan cantik ini. Sewajarnya, kita mengembleng tenaga sepenuhnya bagi mendidik anak-anak belia bagi memastikan mereka menjadi generasi gemilang. Tahniah INPENS, saya doakan agar INPENS terus maju dan disegani di Malaysia.”

“Saya mengucapkan syukur dan tahniah kepada semua warga INPENS sempena sambutan 2 dekad ini. Alhamdulillah, setelah berbagai rintangan dilalui, INPENS masih terus bertahan hingga ke saat ini. Saya mengharapkan INPENS akan bertambah cemerlang dan akan tersenarai sebagai antara institusi kemahiran terbaik di Malaysia.”

dalam bidang pendidikan kemahiran. Syabas dan tahniah buat INPENS.”

7BULETININPENS3 / 2013

20 TAHUN PENUBUHAN INPENS

Page 9: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

8BULETININPENS3 / 2013

KENALI INPENS

PENGURUSAN TERTINGGI INPENS

123 4 5

PRESIDENDato’ (Dr.) Md. Mydin bin Md. Sheri�1

NAIB PRESIDENMejar Dr. A. Aziz bin Ibrahim2

PENGURUS PENTADBIRANEn. Jefri bin Mejan3 PENGURUS HEP / HEA

En. Nahar bin Sharif4 PENGURUS LATIHANPn. Norzilawati binti Md. Said5

Page 10: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR/ HAL EHWAL AKADEMIK

& PUSAT SUMBER

(Dari kiri)Zakaria Abdullah,

Sures A/L Manickam,Nahar Sharif,

Zarihan Yaakub,Nur Fadzilah Abdul Rahman.

(Tiada dalam gambar)Mohd Fauzi Ismail,

Zawiah Abdullah.

9BULETININPENS3 / 2013

JABATAN PEMBANGUNANKEMAHIRAN (JPK)& PEJABAT PRESIDEN

(Dari kiri)Siti Wahidah Mohamad Jaki,Ranjini A/P Rahman,Rosliza Rosly,Siti Rahimah Mohamad Noor,Norzilawati Md Said,Nur ‘Adnin Syamil Halik Bassah,Hasmaniza Ismail,Saidatul Na�sah Abdullah.

(Tiada dalam gambar)Siti Noor Hani Mohd Fatoni.

JABATAN KEWANGAN

(Dari kiri)Norazrin Mohd Noor,

Roni�tra Basiron,Julaida Mohamad Juhari,

Noridah Ismail.

KENALI INPENS

Page 11: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

UNIT ASET &JURUTEKNIK KOMPUTER

(Dari kiri)Rosli Mohamed Isa,

Jumadil Jumahari,Hashim Mohd Yunus.

(Tiada dalam gambar)Noorul Adilah Mohd Zain,

Nurul Azhari Kasan,Azlan Ismun.

UNIT SUMBER MANUSIA& UNIT KESELAMATAN

(Duduk dari kiri)Samsul Bahrin Awaluddin,Mohd Rusman Husin,Norihan Mohd Din.

(Berdiri dari kiri)Muhammad Sori Salleh,Nasharizal Nasruddin.

(Tiada dalam gambar)Mohd Zainal Aziz,S. Vijeykumar A/L S. Sinadas,Zaaba Hussin,Syed Ari�n Syed Yahya,Faizulkarnaen Ismail.

UNIT FASILITI

(Duduk dari kiri)Faridah Arshad,Sharah Masri,Norfaizal Mohamad Samhudi,Masri Kasan,Nooridah Arshad,Rosnani Wahab.

(Berdiri dari kiri)Zainudin Jumani,Mohamad Zaed Nizar Ishak,Aman Shah Hashim,Abdul Muhit Karmain,Mohd Ha�sz Kordi.

(Tiada dalam gambar)Kamaruzaman Sultan,Khairulanam Nasiruddin,Muhammad Azman Azwan Abdullah.

KENALI INPENS

10BULETININPENS3 / 2013

Page 12: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

JABATAN EELEKTRIK& JABATAN ELEKTRONIK

(Duduk dari kiri)Mohd Sharafuddin Mohd Sekuri,

Mohd Faizal Zainal,Norfazihan Othman.

(Berdiri dari kiri)Abi Khurairah Ali,Azizi Abd Wahab,

Zaimily Abdul Talib.

(Tiada dalam gambar)Zainab Sharudin,

Jahirah Mohd Noor.

JABATAN PENYEJUK BEKUAN& PENYAMANAN UDARA

(Dari kiri)Muhamad Mustaqim Mohd Zulkepli,Mohd Harizal Ab. Ghani,Bab Yuzal Tolit.

JABATANTEKNOLOGI MAKLUMAT

(Dari kiri)Mohd Azmi Yassin,

Ahmad Zulkhidzrie Mohamad Zuki,Siti Sobrina Abdul Rahim,

Mohammed Helmi Nordin.

KENALI INPENS

11BULETININPENS3 / 2013

Page 13: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

JABATAN KECANTIKAN

(Dari kiri)Norrahila Abd Kadir,

Solihah Yaakob.

(Tiada dalam gambar)Siti Aishah Bahagia.

JABATANTEKNOLOGI FESYEN

(Dari kiri)Nor Rahimi Abu,Moona Aziz,Zalina Rahmat.

(Tiada dalam gambar)Supamal A/P Perumal,Nur Syamimi Md Jaafar.

JABATANDANDANAN RAMBUT

(Dari kiri)Azren Nurulshasha Mohd Sharum,Zaiton Hamsi,Che Nurulsya�ka Che Roslan.

(Tiada dalam gambar)Siti Nuratikah Yunus.

KENALI INPENS

12BULETININPENS3 / 2013

Page 14: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

JABATAN AUTOMOTIF

(Duduk dari kiri)Mohd Faddli Mohd Shukri,

Mohd Faizal Azmi,Faris Haq Abdul Rahman.

(Berdiri dari kiri)Mohd Azman Tamsir,

Mohd Faiz Mohammed Ashaari,Abdul Rahman Baharuddin,

Muhamad Nazir Ahmat Jalani.

JABATAN MOTOSIKAL

(Dari kiri)Nurulhuda Ali,Anuar Mujir,Tajul Ari�n Anuar.

WARDEN ASRAMA

(Dari kiri)Mohd Sharafuddin Mohd Sekuri,

Abi Khurairah Ali,Saidatul Na�sah Abdullah,

Nur Fadzilah Abdul Rahman,Faridah Arshad.

(Tiada dalam gambar)Kamaruzaman Sultan.

KENALI INPENS

13BULETININPENS3 / 2013

Page 15: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

14BULETININPENS3 / 2013

SURAU AS-SALAM KINI BERDIRI TEGUH

INPENS International College kini dilengkapi dengan kemudahan surau bagi memudahkan semua warganya yang beragama Islam menunaikan ibadah solat. Surau yang diberi nama Surau As-Salam telah siap dibina pada Julai 2013 yang lalu dengan kos sebanyak RM 372 ribu.

Menurut Presiden INPENS, Dato’ (Dr.) Md. Mydin bin Sheri�, pembinaan Surau As-Salam ini akan memudahkan warga INPENS khususnya para pelajar menjalankan ibadah solat kerana surau sebelum ini agak kecil dan tidak mampu menampung jumlah pelajar Islam yang ramai. Beliau menambah, pembinaan surau ini bukan sahaja memudahkan para pelajar menunaikan solat malahan pelbagai aktiviti keagamaan seperti bacaan yassin dan ceramah akan diadakan di surau berkenaan.

Dato’ (Dr.) Md. Mydin juga menzahirkan rasa bangga kerana sistem pendawaian elektrik, pemasangan kipas, lampu dan unit penyaman udara telah dilakukan sendiri oleh pelajar-pelajar dari Jabatan Elektrik dan Jabatan Penyamanan Udara. Ini sekaligus dapat menjimatkan kos sebanyak RM 22 ribu berbanding menggunakan perkhidmatan kontraktor luar.

Pada masa sama, Dato’ (Dr.) Md. Mydin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak seperti Lembaga Zakat Selangor, Johan Ceramics Berhad, Tuan Haji Hamzah bin Abdul Jalil, syarikat-syarikat tempatan dan juga individu-individu persendirian yang telah bermurah hati menyumbangkan dana mahupun peralatan bagi melengkapkan Surau As-Salam. Beliau turut berharap agar surau berkenaan akan dimanfaatkan sepenuhnya dan dijaga sebaiknya oleh semua warga INPENS International College.

SANA-SINI INPENS

Page 16: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

15BULETININPENS3 / 2013

SURAU AS-SALAM KINI BERDIRI TEGUH

Kronologi Pembinaan Surau As-Salam

1 April 2013 29 Mei 2013 18 Jun 2013

27 Jun 2013

22 Julai 2013

“Pembinaan Surau As-Salam ini akan

memudahkan warga INPENS khususnya para

pelajar menjalankan ibadah solat.”

Dato’ (Dr.) Md. MydinPresiden INPENS

Page 17: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

SANA-SINI INPENS

LAWATAN RASMI UNIT PERANCANG EKONOMI (EPU)

KE INPENS INTERNATIONAL COLLEGE

INPENS International College berbesar hati menerima lawatan rasmi Pengarah Seksyen Pengagihan Unit Perancang Ekonomi (Economic Planning Unit-EPU), Ybhg. Tuan Haji Kamarul Ari�n bin Ujang pada 14 November 2013.

Sempena lawatan tersebut beliau telah mengambil kesempatan untuk meninjau semua jabatan kemahiran di INPENS International College dengan diiringi Presiden INPENS, Dato’ (Dr.) Md. Mydin bin Mohd Sheri�. Ybhg. Tuan Haji Kamarul Ari�n juga telah dibawa melawat Surau As-Salam yang baru siap dibina dan sempat menunaikan solat sunat dhuha di surau tersebut.

Unit Perancang Ekonomi (EPU) setakat ini telah bersetuju untuk menambahkan dana kepada INPENS bagi tujuan tajaan yuran pelajar dan pembelian peralatan. Ini sekaligus membolehkan para pelajar menikmati kemudahan peralatan yang lebih baik dan memberi peluang kepada lebih ramai lagi pelajar yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pengajian dalam bidang kemahiran.

Ybhg. Tuan Haji Kamarul Ari�n (dua dari kiri) tersenyum mendengar penerangan yang diberikan Encik Anuar Mujir yang juga PPD Jabatan Motosikal.

Ybhg. Tuan Haji Kamarul Ari�n (kanan) ketika melawat Jabatan Teknologi Fesyen.

BENGKEL ASAS MENGGUNTING RAMBUT UNTUK IBU TUNGGAL

Satu bengkel asas dandanan dan menggunting rambut anjuran Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama INPENS International College telah diadakan khas bagi ibu-ibu tunggal yang menetap di sekitar Kuala Selangor. Bengkel ini bertujuan memberi latihan asas menggunting rambut untuk para ibu tunggal bagi membolehkan mereka menambah pendapatan.

Menurut Puan Zaiton Hamsi yang juga tenaga pengajar di Jabatan Dandanan Rambut, bengkel ini sangat berguna kepada ibu-ibu tunggal kerana mereka boleh menambah pendapatan dengan menggunting rambut hanya di rumah. Tambahan lagi, bengkel ini diadakan secara percuma kerana kosnya ditanggung oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor.

Bengkel ini telah diadakan sebanyak 2 sesi yang mana ia melibatkan 20 orang ibu tunggal bagi setiap sesi. Sesi pertama bengkel ini diadakan pada 14 September manakala sesi kedua pula diadakan pada 28 September yang lalu. Ibu-ibu tunggal yang menyertai bengkel

16BULETININPENS3 / 2013

ini telah dibantu oleh kesemua tenaga pengajar di Jabatan Dandanan Rambut dan setiap peserta juga diberikan sijil setelah menamatkan latihan bengkel tersebut.

Puan Zaiton Hamsi menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta.

Para ibu tunggal kelihatan tekun mendengar bimbingan tenaga pengajar.

Page 18: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

PISPA INPENS: LATIHAN MINGGUAN MEMPERKASA DIRI

Setiap pelajar yang mendaftarkan diri di INPENS sama ada di tahap 1 atau tahap 2 wajib menyertai Pasukan Institut Pertahanan Awam atau ringkasannya PISPA INPENS. Latihan Pasukan Institut Pertahanan Awam (PISPA) ini diadakan di Padang INPENS pada setiap hari Selasa bermula jam 4 petang.

Menurut ketua penyelaras PISPA INPENS, Kapten (PA) Mohd Rusman Husin, seramai 350 orang pelajar telah menyertai pasukan ini bagi tahun 2013 termasuk pelajar-pelajar tahap 3 jurusan Sistem Komputer. Menurut beliau lagi, penyertaan dalam PISPA dapat memperkasakan disiplin pelajar INPENS, ini kerana budaya disiplin yang tinggi adalah sangat diterapkan dalam diri setiap kadet yang menyertai pasukan ini.

Beliau turut menambah, dengan menyertai PISPA, para pelajar INPENS akan mempelajari cara-cara menyelamat, memberi pertolongan cemas, memadam kebakaran dan juga kawad kaki. Ilmu-ilmu yang dipelajari pada setiap latihan mingguan juga dapat mendidik para pelajar untuk mengawal sebarang kemalangan yang boleh berlaku sama ada di bengkel mahupun di tempat-tempat awam.

Latihan kawad kaki merupakan rutin mingguan pelajar-pelajar yang menyertai PISPA INPENS.

Kapten (PA) Mohd Rusman Husin (duduk tengah) bersama-sama dengan

barisan jurulatih Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang lain.

PERTUBUHAN SENI SILAT PERISAI BANGSA PUPUK DISIPLIN

Para pesilat sedang menjalani latihan mingguandi Padang INPENS.

Pesilat wanita juga tidak ketinggalan mempelajari seni mempertahankan diri ini.

“Seni Silat Perisai Bangsa ditubuhkan

dengan tujuan memperkasakan para pesilat dari segi �zikal

dan rohani.”

En. Mohd Rusman HusinJurulatih

Tahun 2013 menyaksikan sebuah lagi pertubuhan berjaya ditubuhkan dengan tujuan memperkayakan lagi aktiviti ko-korikulum di kalangan pelajar-pelajar INPENS International College. Pertubuhan Seni Silat Perisai Bangsa INPENS telah ditubuhkan dengan objektif melahirkan pelapis-pelapis muda yang berdisiplin, bijaksana, dan berakhlak selain membina keyakinan diri dan keberanian dikalangan ahli pesilat.

Menurut Encik Mohd Rusman Husin, jurulatih yang bertanggungjawab mengelolakan pertubuhan ini, Seni Silat Perisai Bangsa ditubuhkan dengan tujuan memperkasakan para pesilat dari segi �zikal dan rohani. Beliau turut menambah, pesilat-pesilat juga dapat mempelajari tentang adab semasa berhadapan dengan para guru supaya pesilat tersebut dapat belajar dengan rendah dan luhur hati. Ini sekaligus menjadikan ilmu yang diperolehi lebih berkat untuk dimanfaatkan.

Encik Rusman turut berkata, keahlian terbaru pertubuhan ini sangat memberangsangkan iaitu seramai 40 pesilat berdaftar setakat ini. Latihan silat Seni Silat Perisai Bangsa ini akan diadakan pada setiap Khamis jam 5.30 petang bertempat di Padang INPENS. Mereka yang berminat untuk menyertai pertubuhan ini adalah dialu-alukan untuk mendaftarkan diri.

17BULETININPENS3 / 2013

SANA-SINI INPENS

Page 19: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

SANA-SINI INPENS

PENCARIAN BAKAT NESCAFENescafe telah menganjurkan satu program pencarian bakat sebagai penulis lirik bagi sebuah lagu baru yang bakal didendangkan oleh aktor dan juga penyanyi Shaheizy Sam. Program pencarian bakat ini telah diadakan pada 8 Oktober 2013 yang lalu.

Bertempat di Lobi INPENS, berbagai aktiviti yang menarik disediakan untuk para pelajar dan juga kakitangan. Antara aktiviti dan permainan yang dijalankan adalah seperti kuiz trivia, “guitar hero”, menari berpasangan, model “cat walk” dan berbagai aktiviti lagi. Rata-rata pelajar yang ditemui gembira kerana INPENS telah dipilih menjadi lokasi program pencarian bakat ini.

Tidak ketinggalan, beberapa kakitangan juga tidak melepaskan peluang menunjukkan bakat masing-masing dalam bidang penulisan lirik. Selain permainan yang menghiburkan, pelajar-pelajar yang menyertai setiap aktiviti akan diberikan hadiah dan cenderahati yang menarik tajaan pihak Nescafe. Keputusan bagi pertandingan menulis lirik berkenaan akan diumumkan kelak oleh Shaheizy Sam sendiri melalui akaun facebook dan twitter beliau.

18BULETININPENS3 / 2013

Aktiviti “Kuiz Trivia” mendapat sambutan yang hangat daripada pelajar.

MENAWAN PUNCAKBUKIT KUTU

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah menganjurkan ekspedisi menawan puncak Bukit Kutu yang terletak di Kuala Kubu Bharu pada 9 November 2013 yang lalu. Menurut Encik Nahar Sharif yang bertindak sebagai ketua ekspedisi, misi menawan Bukit Kutu yang berketinggian 3456 meter tersebut mengambil masa selama lebih 4 jam.

Encik Nahar turut berkata, keindahan dan kehijauan alam semulajadi di bukit tersebut sangat mengagumkan dan perlu terus dipelihara. Turut dijumpai di puncak bukit tersebut ialah runtuhan banglo-banglo lama dan juga gelanggang tenis kesan peninggalan kolonial British di Tanah Melayu. Ekpedisi tersebut telah disertai seramai 40 pelajar dan juga 9 kakitangan.

Rata-rata peserta ekspedisi kelihatan sangat bersemangat untuk menawan puncak bukit tersebut dan berpendapat ekspedisi seperti ini perlu diteruskan lagi penganjurannya bagi membolehkan para pelajar menikmati dan menghargai keindahan alam semulajadi. Nahar Sharif (kiri) bersama-sama

sebahagian peserta ekspedisi.

Page 20: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

JABATAN Teknologi Fesyen telah menganjurkan satu Kursus Sulaman Berkomputer yang diadakan pada 19 hingga 21 Jun yang lalu. Menurut Pengawai Pengesah Dalaman (PPD) Jabatan Teknologi Fesyen, seramai 12 pelajar tahap 3 dari jabatan tersebut diwajibkan menyertai kursus ini. Ketika ditemu bual, Puan Zalina Rahmat turut menambah kursus sebegini adalah penting kepada pelajar-pelajar tahap 3 memandangkan sulaman berkomputer merupakan sebahagian modul pembelajaran mereka.

Selain daripada itu, kursus ini bertujuan meningkatkan lagi daya kreativiti para pelajar dalam mencipta corak-corak sulaman terkini. Menurut salah seorang pelajar, Umul Aida Zainuddin berpendapat kursus sulaman tersebut sangat berguna malahan ilmu yang dipeolehi boleh dikembangkan untuk menjadi sebuah perniagaan yang berpotensi untuk berjaya.

19BULETININPENS3 / 2013

PEMBUAT PAKAIAN WANITA TAHAP 3 SERTAI KURSUS SULAMAN BERKOMPUTER

PELAJAR tahap 3 dari Jabatan Teknologi Fesyen telah terlibat dalam satu projek khas menjahit sarung kusyen bersulam sebagai hadiah kelahiran kakitangan INPENS International College. PPD jabatan tersebut, Puan Zalina berkata, atas permintaan Kelab Sosial & Kebajikan Kakitangan INPENS jabatan beliau bersetuju merealisasikan projek menjahit sarung kusyen bersulam memandangkan para pelajar yang menyertai projek tersebut mempunyai kemahiran menyulam berkomputer.

Dalam pada itu, Puan Zalina juga berkata projek ini dapat mengurangkan kos yang akan dibelanjakan pihak kelab kerana kos bagi setiap kusyen yang ditempah adalah jauh lebih murah berbanding pasaran luar. Sebagai tambahan, para pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran mereka selain dapat memberi pendedahan kepada peluang perniagaan. Puan Zalina juga boleh dihubungi di talian 03-3281 2621 untuk sebarang tempahan.

PROJEK SARUNG KUSYEN BERSULAM UNTUK KELAB SOSIAL & KEBAJIKAN KAKITANGAN INPENS

Para peserta kursus bergambar kenangan bersama-sama instruktor kursus dan tenaga pengajar Jabatan Teknologi Fesyen.

Para pelajar diberi peluang mencipta corak sulaman mereka sendiri.

Para pelajar tahap 3 bertungkus-lumus menyiapkan tempahan sarung kusyen.

Sarung kusyen yang telah siap dijahit dan disulam.

JOM TINJAU! : JABATAN TEKNOLOGI FESYEN

Page 21: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

Jabatan Kecantikan telah menganjurkan satu bengkel kecantikan untuk pelajar-pelajar istimewa dari Sekolah Menengah Vokasional Khas Shah Alam pada Oktober lalu. Bertempat di Auditorium INPENS, program sehari ini bermatlamat menjalin kerjasama erat di antara INPENS International College dan institusi kemahiran yang lain.

Selain itu juga, program sebegini dapat membantu pelajar-pelajar Jabatan Kecantikan menambah keupayaan untuk berinteraksi dengan golongan istimewa. Pelajar-pelajar dari Jabatan Kecantikan telah diberikan tugasan sebagai fasilitator untuk membantu pelajar-pelajar istimewa tersebut dalam pelbagai aktiviti seperti solekan dan penjagaan wajah. Rata-rata peserta bengkel kelihatan teruja untuk menyolek rakan-rakan yang lain dan gembira dengan ilmu kecantikan yang diperolehi.

21BULETININPENS3 / 2013

JOM TINJAU! : JABATAN KECANTIKAN

PADA 8 Oktober lalu, Jabatan Kecantikan berbesar hati menerima lawatan sambil belajar oleh pelajar-pelajar istimewa dari Sekolah Menengah Vokasional Khas Shah Alam. Para pelajar yang datang telah diberikan penerangan dan demonstrasi mengenai cara melakukan manikur. Mereka juga diberi kesempatan melakukan sendiri manikur kepada para fasilitator yang membantu.

Menurut Puan Solihah Yaakob, yang juga PPD Jabatan Kecantikan, pihak jabatan merasa terharu dengan kunjungan dan kesudian anak-anak istimewa melakukan tugasan yang diberikan. Beliau turut

JABATAN KECANTIKAN TERIMA LAWATAN PELAJAR ISTIMEWA

BENGKEL KECANTIKAN BERSAMA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL KHAS

berkata, aktiviti sebegini akan terus menjadi agenda dalam kalendar aktiviti jabatan untuk masa akan datang memandangkan ia dapat membantu anak-anak istimewa ini menambah keyakinan serta ilmu pengetahuan dalam bidang kecantikan.

Para pelajar Sekolah Menengah Vokasional Khas Shah Alam bergambar bersama tenaga pengajar dari Jabatan Kecantikan dan Jabatan Dandanan Rambut.

Page 22: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

22BULETININPENS3 / 2013

LENSA AKTIVITI

Kempen Budaya Sihat, 17 Oktober 2013Aktiviti : Senamrobik & Pameran Kesihatan

Majlis Penyampaian Hadiah Sempena

Hari Sukan INPENS, 16 Mei 2013

Page 23: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

23BULETININPENS3 / 2013

Kursus S.P.I.E.S ASAS (Fizikal), 19-20 Oktober 2013 Lokasi : Kem Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru

Ekplorasi Santuari Ikan Sg. Chiling,

10 November 2013

Seminar Penulisan Resume & Temuduga Kerja, 14 November 2013 Aktiviti : Pengenalan JOBSMALAYSIA, Teknik Menulis Resume & Menghadiri Temuduga Kerja

Page 24: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

24BULETININPENS3 / 2013

TEKNOLOGI WIRELESSOleh : Jabatan Teknologi Maklumat

Perkembangan teknologi komunikasi wireless telah menyumbang kepada pengeluaran alatan komunikasi terkini. Berikut merupakan beberapa teknologi wireless yang terlibat :

Hotspot - Kawasan tertentu yang mempunyai liputan WiFI

WiFI - Wireless Fidelity

WLANWireless Local Area Network (WLAN) atau WiFi merupakan teknologi komunikasi data terkini yang menawarkan capaian internet pada kelajuan tinggi di sekitar kawasan yang mempunyai liputan hotspot melalui komputer riba atau PDA. Teknologi WLAN telah menyumbang kepada pengeluaran komputer riba termaju, kebanyakannya terdiri daripada binaan yang menyokong WLAN secara tersedia. Dengan ini, pengguna tidak perlu membeli peralatan tambahan untuk membolehkan capaian dibuat kepada terminal penerima isyarat WLAN (Access Point).

BLUETOOTHTeknologi Bluetooth membolehkan pengguna berada dalam Rangkaian Kawasan Peribadi (Personal Area Network) dengan mewujudkan medium komunikasi di antara peralatan-peralatan yang mempunyai sokongan Bluetooth pada persekitaran mereka. Telefon bimbit, PDA, komputer riba dan kebanyakan alatan IT terkini dibina bersama Bluetooth.

GPSGlobal Positioning System (GPS) merupakan system navigasi-radio yang meliputi rangkaian seluruh dunia daripada gugusan sejumlah 24 buah satelit dan stesen bumi. GPS menggunakan ‘man-made stars’ sebagai pusat rujukan kepada pengiraan kedudukan yang tepat bagi setiap meter. Di samping itu, GPS juga mampu untuk membuat ukuran yang lebih baik bagi sistem yang lebih kritikal sehingga mencapai ketepatan dalam ukuran sentimeter.

GPRSGeneral Packet Radio Service (GPRS) merupakan piawaian bagi komunikasi wireless yang dapat beroperasi pada kelajuan sehingga 115kbps berbanding dengan sistem GSM (Global System for Mobile Communications) sebelum ini. GPRS menyokong lebar-lajur sekitar kawasan yang luas di samping menyokong transaksi data dalam saiz yang lebih besar.

J2MEJava 2 Platform, Micro Edition (J2ME) merupakan satu lagi platform bagi pembangunan aplikasi alatan mudah alih yang telah diperkenalkan oleh Java. Aplikasi J2ME banyak digunakan dalam peralatan mudah alih terkini sepertitelefon bimbit dan juga PDA dengan menyediakan kemudahan muat turun (download). Beberapa contoh aplikasi menggunakan J2ME adalah permainan elektronik, e-commerce, produktiviti dan juga khidmat informasi.

BROADBANDBroadband adalah teknologi yang menyediakan rangkaian data dan internet tanpa wayar berkelajuan tinggi yang boleh dicapai melalui rangkaian luas.

WiMAXWorldwide Interoperability for Microwave Access (WiMAX) merupakan teknologi canggih dengan menyediakan liputan kawasan capaian yang jauh lebih luas berbanding WiFI.

INFO IT

Page 25: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

MIND YOUR ENGLISH : NEWS

PROGRAM BELIA PRIHATIN: A CHARITY EVENT BY INPENS

ON 4th of October 2013, a total of 42 students and 5 sta� joined the “Program Belia Prihatin: Setulus Hati, Seikhlas Budi” organized by INPENS Civics and Moral Education class. The program was held at Sungai Yu, Tanjong Karang, Selangor. The charity program started o� at 9.00 a.m. and lasted until 4.00 p.m. Among the activities done were house cleaning and painting, mowing overgrown grass and �xing new curtains.

According to the program coordinator, Mrs. Nur ‘Adnin Syamil Halik Bassah the program aims to foster a sense of caring for the less fortunate among INPENS students. Moreover, she believes that such program able to expose the students towards charity work and at the same time helps them to apply the knowledge they have learned in college during the activities. Not only that the program will encourage the local community to recognize INPENS International College as an institution that cares and willing to make a di�erence towards the community. Grocery items and clothing were also donated.

The program was jointly aided by Community Service Centre of DUN Permatang. One of the program participant, Kesavan who was also selected as the best participant feels that the program succeeded in raising awareness among the students and he hopes that more of such activities will be organized in the future.

Image of the house before the program.

A student painting the wooden wall.

The painting process at the kitchen area.

The best participant of the program, Kesavan A/L Balasubramaniam.

By Ranjini a/p RahmanNew colour for the house, new environment for the residents.

25BULETININPENS3 / 2013

Page 26: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

1. Leonardo da Vinci could write with one hand and draw with the other at the same time.

2. It’s impossible to sneeze with your eyes open.

3. A cockroach can live for 10 days without a head.

4. The �rst owner of the Marlboro cigarette Company died of lung cancer.

5. You burn more calories sleeping than you do watching TV.

6. Honey does not spoil. You could practically eat 3000 year old honey

7. 92% of Watermelon Is Water Content

8. An ostrich’s eye is bigger that it’s brain.

9. Most shimmery lipstick contains �sh scales.

10. Butter�ies taste with their feet.

A funeral service is held for a woman who just passed away. As the pallbear-ers carry the casket out, they acciden-tally bump into a wall. They hear a faint moan. They open the casket and �nd that the woman is actually alive. She lives for 10 more years and then dies. They have another funeral for her. At the end of the service, the pallbearers carry out the casket. As they are walk-ing, the husband cries out, "Watch out for the wall!"

MIND YOUR ENGLISH

WEIRD BUT TRUE!!!

26BULETININPENS3 / 2013

JOKES

Page 27: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

Little Susie, a six-year-old, complained, "Mother, I've got a stomach ache." "That's because your

uel prices are increasing rapidly much to our dismay! And what a waste to spend on something that’s going to get burned away in our car engine anyways.What to do? We can’t surely ride our bicycles to

Three drunken guys entered a taxi. The taxi driver knew that they were drunk so he started the engine and turned it o� again. Then said, "We have reached your destination". The 1st guy gave him money and the 2nd guy said "Thank you". The 3rd guy slapped the

stomach is empty," the mother replied. "You would feel better if you had something in it." That afternoon, her father came complaining that he had a severe headache all day. Susie perked up, "That's because it's empty," she said. "You'd feel better if you had something in it."

driver. The driver was shocked thinking the 3rd drunk knew what he did. But then he asked "What was that for?” The 3rd guy replied, "Control your speed next time, you nearly killed us!"

By: Ranjini a/p Rahman

work!! Fortunately, there are some pretty easy ways to get your car running smoothly on less fuel. So read on these 8 methods you can use now!!!

Simple Ways To Save Fuel

1. Check Your Tire PressureTires low on air, waste fuel because the engine has to work harder. Buy a reliable tire gauge and check your tires at least once a month.

2. Remove Excess WeightExcess weight always causes problem for not only humans, cars too!! Get rid of unnecessary items from your car. Less weight rapidly improves mileage.

3. Don't IdleSwitch o� your engine, every chance you get. Every minute you spend idling your car’s engine means time spent pointlessly wasting fuel and also polluting the environment!

4. Check Your Air FilterA clean air �lter can improve gas mileage by 10%.

5. Slow DownSudden accelerations suck up fuel. For every 5 mph you reduce highway speed, you can reduce fuel consumption by 7%.

6. Service your car A properly maintained engine can improve mileage. So service your car and get the most out of every drop!

7. Turn o� your air conditionTurn o� the air conditioner with Malaysia’s hot and humid weather?! It’s hard but once in a while when the weather is cloudy and cool wind down the windows just abit, so the air can circulate through your car while you are driving and turn o� the AC 5 minutes before you reach your destination and don't keep it working until the last second.

8. Avoid JamsTra�c jams are not so common in cities like Kuala Selangor compared with Kuala Lumpur but whenever possible try to avoid them. Constant stop-and-go circumstances will turn your car into a fuel devourer.

27BULETININPENS3 / 2013

Page 28: ULETIN - inpens.edu.my · Edisi Khas 3/2013 . ... Kita akan bertemu pula satu permulaan baharu di tahun 2014. Perlu ditekankan di sini, kita sebenarnya tidak perlu ... Buletin INPENS

28BULETININPENS3 / 2013

BICARA SISWA

“Semoga INPENS terus menjadi

kebanggaan dan menjadi tunggak kejayaan buat

generasi akan datang serta dapat melahirkan lebih ramai

lagi tenaga mahir. “Pedang sakti kebanggaan hati, INPENS

berbakti generasi berkualiti.”

“Semoga INPENS akan sentiasa maju

dan dapat melahirkan banyak lagi pelajar yang

berkualiti dalam pelbagai bidang kemahiran.

Selamat ulang tahun ke-20 INPENS!”

Nama Pelajar : Adilah Binti SuhaimiKursus : Jahitan Tahun Pengajian : Tahap 2 (Julai - Dis ‘13)Negeri Asal : Selangor Cita-Cita : Polis

Nama Pelajar : Hor Chee YongKursus : Automotif Tahun Pengajian : Tahap 3 (April ‘13 - April ’14)Negeri Asal : SelangorCita-Cita : Usahawan

“Saya amat berbesar hati dan bangga kerana tersenarai sebagai salah satu warga INPENS

International College setelah 20 tahun penubuhannya. Kenangan di

sini akan sentiasa terpahat di dalam hati dan saya berharap INPENS akan terus gemilang

mendidik generasi akan datang.”

Nama Pelajar : Muhammad Hazwan Bin ZamriKursus : Automotif Tahun Pengajian : Tahap 3 (April ‘13 - April ’14)Negeri Asal : SelangorCita-Cita : Tenaga Pengajar

“Saya ingin mengucapkan selamat ulang tahun yang ke-20

kepada INPENS International College. Semoga INPENS akan

terus maju, sukses dan akan menjadi sebagai sebagai kolej kemahiran pilihan

utama di Malaysia.”

Nama Pelajar : Surendran A/L Raja ManickamKursus : Automotif Tahun Pengajian : Tahap 3 (April ‘13 - April ’14) Negeri Asal : SelangorCita-Cita : Usahawan

“Saya ingin mengucapkan selamat

ulang tahun yang ke-20 kepada INPENS International College. Saya

berharap INPENS akan terus berjaya untuk mencapai kejayaan yang lebih

tinggi dan saya amat berbangga kerana dapat menjadi salah seorang

pelajar yang terlibat dalam majlis sambutan ke-20 INPENS yang

telah berlangsung dengan jayanya.”

Nama Pelajar : Sitha Devi A/P JagathesanKursus : Juruterapi EstetikTahun Pengajian : Tahap 3 (April ‘13 - April ’14) Negeri Asal : SelangorCita-Cita : Usahawan Spa Kecantikan

“Saya mengucapkan beribu tahniah kepada

INPENS International College sempena ulang tahunnya yang

ke-20. INPENS memainkan peranan utama dalam pembangunan modal insan pelajar dengan menyalurkan pengetahuan dan kemahiran serta

menyemai nilai dan etika positif. Saya berharap INPENS akan

sentiasa maju pada masa akan datang.”

Nama Pelajar : Umul Aida Bt ZainuddinKursus : Penyelia Pembuat Pakaian WanitaTahun Pengajian : Tahap 3 (April ‘13 - April ’14) Negeri Asal : PerakCita-Cita : Usahawan Antarabangsa

UCAPAN

sempena

20 tahun

penubuhan

INPENS