ULUM HADITH (ulasan)

37
1 1.0 PENDAHULUAN م ي ح ر ل ا ن م ح ر ل له ا م الس ب مد ح ل وله ا لك م ل له, له ا ك ري" ش وحده لا له اللا اله ا لا ن) هد ا" ش له وا ال ا- هدان ن) ا و لا ل دي2 ت ه- لن ا- ت ك وما ا- هد ل ا- هدان ي- ه الد ل مد ال ح ل ا. ن مي ل ع ل ا2 مه ح له ر ه ال" ث ع ب وله س ده ور ت عI مد ح م ا- دن ت س ن) هد ا" ش واI.ر ي د2 ء ق ش ل ك ي عل و ه وDengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT dengan limpah kurniaNya dan rahmatNya, selawat dan salam buat nabi junjungan mulia Nabi Muhammad SAW yang tercinta, juga kaum keluarga dan kerabat baginda, para sahabat serta para tabi’in yang sentiasa memperjuangkan agama Islam dimuka bumi Allah SWT ini yang diciptakanNya dengan kekuasaanNya. Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaan dan rahmatNya, taufiq dan InayahNya, dapatlah saya menyiapkan tugasan atau ulasan kitab yang telah diamanahkan kepada saya mengenai analisa ringkas daripada sebuah kitab ulum al-Hadith yang hebat dan masyhur ini iaitu Kitab Tadrib al-Rawi fi Syarh Taqrib al-Nawawi ”, yang dikarang oleh Jalal al-Din Abd al-Rahman bin Abi Bakr al-Suyuti. Kandungan di dalam kertas kerja ini dibahagikan kepada beberapa bahagian, antaranya ialah bahagian pertama meliputi aspek pengenalan ringkas mengenai pengarang kitab dan juga kitab

Transcript of ULUM HADITH (ulasan)

Page 1: ULUM HADITH (ulasan)

1

1.0 PENDAHULUAN

الرحيم الرحمن الله بسم

الله اال اله ال أن واشهد الله هدانا أن ال لو لنهتدي كنا وما لهذا هدانا الذي الله الحمد . , سيدنا أن واشهد قدير شيء كل على وهو الحمد وله الملك له له شريك ال وحده

. العلمين رحمة الله بعثه ورسوله عبده محمد

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Setinggi-tinggi kesyukuran

dipanjatkan kehadrat Allah SWT dengan limpah kurniaNya dan rahmatNya, selawat dan salam

buat nabi junjungan mulia Nabi Muhammad SAW yang tercinta, juga kaum keluarga dan kerabat

baginda, para sahabat serta para tabi’in yang sentiasa memperjuangkan agama Islam dimuka

bumi Allah SWT ini yang diciptakanNya dengan kekuasaanNya.

Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaan dan

rahmatNya, taufiq dan InayahNya, dapatlah saya menyiapkan tugasan atau ulasan kitab yang

telah diamanahkan kepada saya mengenai analisa ringkas daripada sebuah kitab ulum al-Hadith

yang hebat dan masyhur ini iaitu Kitab “ Tadrib al-Rawi fi Syarh Taqrib al-Nawawi ”, yang

dikarang oleh Jalal al-Din Abd al-Rahman bin Abi Bakr al-Suyuti.

Kandungan di dalam kertas kerja ini dibahagikan kepada beberapa bahagian, antaranya

ialah bahagian pertama meliputi aspek pengenalan ringkas mengenai pengarang kitab dan juga

kitab itu sendiri. Bahagian kedua pula ialah menyentuh mengenai metodologi kitab. Manakala

bahagian ketiga pula, ulasan berkaitan dengan kandungan kitab tersebut. Seterusnya bahagian

yang terakhir ialah merupakan ulasan mengenai kitab tersebut berkenaan kelebihan dan

kekurangan atau kelemahan kitab yang dapat dikesan melalui kajian yang tidak seberapa ini.

Akhir kalam, dengan terhasilnya tugasan ini, ianya diharap dapat membantu kepada

mereka yang ingin mempelajari dan mendalami ilmu hadith dengan lebih mantap, serta kepada

mereka yang ingin menjadikan kitab ini sebagai rujukan ilmiah dari semasa ke semasa kerana

ianya amat sesuai. InsyaAllah mudah-mudahan kitab ini dapat memberikan manfaat kepada kita

semua.

Page 2: ULUM HADITH (ulasan)

2

2.0 PENGENALAN RINGKAS

2.1 Latar Belakang Penulis

Individu yang bertanggungjawab dalam mengarang kitab ini iaitu Kitab Tadrib al-Rawi fi Syarh

Taqrib al-Nawawi ialah nama penuh beliau Jalal al-Din bin Abd al-Rahman bin Abi Bakr al-

Suyuti. Kitab ini adalah syarah daripada kitab Taqrib wa al-Taisir Lima’rifati Sunan al-Basyir al-

Nadhir, yang merupakan karangan Imam al-Nawawi, seterusnya kitab ini ditahqiqkan dan dikaji

usulnya oleh Abd Wahhab Abd Latif dan beliau merupakan seorang pensyarah di Jabatan

Usuluddin di Universiti al-Azhar, Mesir.

Nama sebenar pengarang kitab ini ialah Abd Rahman bin Kamal bin Abi Bakr bin

Muhammad bin Sabiq Humam al-Din al-Khadiri al-Suyuti. Beliau dilahirkan di Kaherah, Mesir

pada tahun 849 H dan meninggal dunia pada 19 Jamadil Awwal pada tahun 911 H.

Page 3: ULUM HADITH (ulasan)

3

2.2 Pengenalan Kitab

Kitab ini merupakan kitab cetakan kedua pada tahun 1972 M bersamaan dengan 1392 H. Dicetak

oleh Maktabah al-Alamiah, Madinah al-Munawwarah. Ianya terbhagi kepada dua jilid. Jilid yang

pertama sebahagiannya berkenaan dengan prakata penulis, prakata pentahqiq, dan prakata

pensyarah kitab ini iaitu Imam al-Suyuti sebagai tahap permulaan Kitab Tadrib al-Rawi fi Syarh

Taqrib al-Nawawi, seterusnya kepada topik perbahasan ilmu hadith.

Dapat dinyatakan bahawa jilid yang pertama dalam kitab ini mengandungi 303 muka

surat dan 23 perbahasan. Manakala jilid yang kedua pula adalah kesinambungan daripada jilid

yang pertama yang membahaskan dengan panjang lebar lagi mengenai ilmu hadith. Jilid yang

kedua ini mengandungi 360 muka surat dan 93 perbahasan. Kitab Tadrib al-Rawi ini, bentuk

kulit depannya berwarna biru gelap atau hitam dan mempunyai corak disekelilingnya yang

berwarna keemasan. Kulit depan kitab ini berkulit tebal. Ketebalan kitab ini ialah lebih kurang 3

cm. Kitab ini juga menggunakan tulisan khat Nasakh.

Selain itu, pada kedua-dua jilid kitab ini, terdapat satu fakta menarik berkenaan dengan

kitab ini yang ditulis iaitu tentang dipermulaan kitabnya yang bermaksud kitab ini adalah cetakan

kali pertama untuk salinan manuskrip yang sebahagiannya ditulis sewaktu hayat penulis. Ini

bermaksud cetakan kali pertama ketika penulis masih hidup lagi.

Kemudian, menurut pendapat Abd al-Wahhab Abd al-Latif, Kitab Tadrib al-Rawi ini

mempunyai beberapa salinan manuskrip di Kaherah. Terdapat tujuh salinan manuskrip di Dar al-

Kutub, manakala enam lagi salinan manuskrip terdapat di perpustakaan al-Azhar al-Syarif.

Beliau juga ada memberikan penerangan lebih lanjut tentang manuskrip-manuskrip tersebut di

dalam Kitab Tadrib al-Rawi ini pada jilid satu dalam halaman 32-33.

Page 4: ULUM HADITH (ulasan)

4

3.0 METODOLOGI KITAB

Sebelum memulakan penulisan pada bahagian pertama kitab ini, dimulakan dengan kata alu-

aluan atau muqaddimah oleh pengarang, puji-pujian kepada Allah SWT dan selawat ke atas

junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Setelah itu, pengarang menerangkan juga mengenai kepentingan salaf dalam memelihara

al-Sunnah dan periwayatannya. Di samping itu, diterangkan juga tentang biodata dan sejarah

hidup Imam al-Nawawi dan al-Suyuti. Seterusnya pengarang menekankan kepada topik

perbahasan secara keseluruhannya tentang ilmu hadith dari segi pembahagian bab dan

sebagainya.

Dari segi bahasa pula ialah pengarang menggunakan bahasa Arab, tidak menggunakan

gaya bahasa yang tinggi serta berbunga-bunga yang mana apabila dibaca oleh para pembaca

sukar atau susah difahami. Manakala dari segi tulisan pula, tulisan yang digunakan tidak terlalu

kecil dan tidak terlalu besar. Jadi, saiz tulisannya adalah sederhana besar di mana para pembaca

dapat membacanya dengan jelas.

Kemudian, susunan perenggan dalah kemas dan teratur. Ianya memudahkan pembaca

membaca dan memahami isi-isinya yang dibahaskan di dalam kitab ini.

Selain itu, dari segi pembarisan baris, hadith yang dimasukkan diletakkan baris. Hal ini

adalah supaya para pembaca dapat membacanya dengan betul dan letakkan makna yang sesuai

dan tepat. Hal ini kerana pembaca tidak akan keliru di antara hadith dengan ayat atau kalimah

arab yang lain.

Tidak ketinggalan, terdapat juga nota kaki yang memberi maklumat tambahan kepada

pembaca sekiranya terdapat perkataan-perkataan yang sukar difahami serta memudahkan

pembaca membuat rujukan terhadap sesuatu yang dinyatakan.

Page 5: ULUM HADITH (ulasan)

5

4.0 KECENDERUNGAN PERBAHASAN KITAB

Kitab Tadrib al-Rawi ini secara keseluruhannya banyak membahaskan mengenai disiplin atau

pembahagian ilmu hadith. Walaupun ada beberapa bahagian pada jilid satu kitab ini yang

memuatkan prakata daripada pentahqiq, penulis dan pensyarah kitab ini. Meskipun begitu,

kandungan kitab ini masih tidak lari daripada aspek ilmu hadith. Di dalam kitab ini, ada juga

menceritakan berkenaan isu-isu umum iaitu mengenai biodata dan sejarah hidup Imam al-Suyuti

selaku penulis asak kitab ini, di samping perkara berkaitan dengan sanad, matan, serta sanad dan

matan. Kemudian, pada jilid pertama atau jilid satu kitab ini, dimulai dengan prakata daripada

penulis sendiri.

Di bawah ini adalah tajuk-tajuk besar yang dibincangkan di dalam kitab Tadrib al-Rawi

bagi kedua-dua jilid tersebut:

Jilid satu (1) :-

Prakata pentahqiq ( Abd al-Wahhab Abd al-Latif )

Banyak menekankan kepentingan salaf dalam memelihara al-Sunnah dan

periwayatannya.

Beliau juga ada memuatkan biodata dan sejarah hidup imam al-Nawawi dan al-

Suyuti.

Terdapat juga penjelasan tentang salinan manuskrip kitab ini dan kaedah yang

telah digunakan untuk mentahqiq kitab ini.

Prakata penulis (Imam al-Nawawi)

Penjelasan oleh Imam al-Nawawi tentang kaedah faedah ilmu hadith dan istilah-

istilahnya dan juga jenis-jenis ilmu dirayah hadith.

Prakata pensyarah ( al-Suyuti )

Permulaan perbahasan mengenai ilmu hadith dalam kitab ini.

Page 6: ULUM HADITH (ulasan)

6

Bahagian 1 : Al-Sahih

Bahagian 2 : Al-Hadith al-Hasan

Bahagian 3 : Al-Dhaif

Bahagian 4 : Al-Musnad

Bahagian 5 : Al-Muttasil

Bahagian 6 : Al-Marfu’

Bahagian 7 : Al-Mauquf

Bahagian 8 : Al-Maqtu’

Bahagian 9 : Al-Mursal

Bahagian 10 : Al-Munqati’

Bahagian 12 : Al-Mudallas

Bahagian 13 : Al-Syaz

Bahagian 14 : Mengetahui istilah Munkar

Bahagian 15 : Mengetahui istilah I’tibar, Mutaba’at dan Syawahid serta makna al-Sunan,

al-Jami’, al-Musnad, al-Musyayyikhat dan al-Ajza’

Bahagian 16 : Mengetahui istilah al-Thiqat, hukumnya dan bahagiannya

Bahagian 17 : Mengetahui istilah al-Afrad

Bahagian 18 : Mengetahui istilah al-Mu’allal

Bahagian 19 : Al-Mudhtarib

Bahagian 20 : Al-Mudraj

Bahagian 21 : Al-Maudhu’

Bahagian 22 : Al-Maqlub

Bahagian 23 : Al-Sifat yang diterima riwayatnya dan mazhab ulama’ dalam periwayatan

hadith dhaif.

Page 7: ULUM HADITH (ulasan)

7

Jilid dua ( 2 ) :

Kesinambungan daripada jilid satu ( 1 ). Di dalam kitab ini Imam al-Nawawi mengakhiri

penjelasannya pada bahagian 65. Kemudian, untuk makluman semua, bahagian 66 hingga 93

ianya dibahaskan oleh Imam al-Suyuti.

Bahagian 24 : Kaedah mendengar hadith, pembawaannya dan pendhabitannya.

Bahagian 25 : Penulisan hadith

Bahagian 26 : Sifat dalam meriwayatkan hadith

Bahagian 27 : Mengetahui adab al-Muhaddith

Bahagian 28 : Mengetahui adab bagi penuntut ilmu hadith

Bahagian 29 : Mengetahui al-Isnad al-‘Ali dan al-Nazil

Bahagian 30 : Al-Masyhur

Bahagian 31 : Al-Gharib dan al-‘Aziz

Bahagian 32 : Lafaz hadith yang ganjil

Bahagian 33 : Al-Musalsal

Bahagian 34 : Hadith al-Nasikh dan al-Mansukh

Bahagian 35 : Mengetahui al-Musahhaf

Bahagian 36 : Mengetahui perbezaan al-hadith dan hukumnya

Bahagian 37 : Penambahan pada penyambungan sanad

Bahagian 38 : Al-Marasil al-Khafiyy

Bahagian 39 : Mengenali sahabat dan hasil karya mereka

Bahagian 40 : Mengetahui al-Tabi’in dan faedahnya

Bahagian 41 : Riwayat al-Akabir

Bahagian 42 : Al-Mudabbaj dan riwayat al-Aqran dalam kalangan sahabat dan al-Tabi’in

Bahagian 43 : Mengenali al-Ikhwah

Bahagian 44 : Riwayat al-Aba’ ‘an al-Abna’

Bahagian 45 : Riwayat al-Abna’ ‘an al-Aba’

Page 8: ULUM HADITH (ulasan)

8

Bahagian 46 : Mengetahui Man Isytaraka fi al-Riwayah

Bahagian 47 : Mereka yang tidak meriwayatkan melainkan kepada seorang perawi

Bahagian 48 : Mengetahui mereka yang disebut dengan nama-nama dan sifat-sifat yang

berbeza

Bahagian 49 : Mengetahui al-Mufradat dengan nama, panggilan dan gelaran

Bahagian 50 : Mengetahui nama dan panggilan serta mereka yang terkenal

Bahagian 51 : Mengetahui nama mereka yang dikenali dengan panggilan kuniyah

Bahagian 52 : Mengetahui gelaran al-Muhaddithin dan perawi

Bahagian 53 : Perbezaan daripada nama, gelaran dan panggilan

Bahagian 54 : Al-Muttafiq wa al-Muftariq

Bahagian 55 : Al-Mutasyabih

Bahagian 56 : Al-Mutasyabih al-Maqlub

Bahagian 57 : Mengetahui mereka yang dinasabkan bukan kepada bapa mereka

Bahagian 58 : Nasab yang khilaf dari segi zahirnya

Bahagian 59 : Al-Mubhamat min al-Rijal wa al-Nisa’

Bahagian 60 : Sejarah kelahiran perawi

Bahagian 61 : Mengetahui orang yang thiqah dan lemah

Bahagian 62 : Mengetahui mereka yang bercampur thiqahnya

Bahagian 63 : Thabaqat ulama’ dan perawi

Bahagian 64 : Mengetahui al-Mawali

Bahagian 65 : Mengetahui asal-usul perawi dan tempat tinggal mereka

Penambahan oleh Imam al-Suyuti, bahagian 66 hingga 93.

Bahagian 66-67 : Al-Mu’allaq dan al-Mu’an’an

Bahagian 68-69 : Al-Mutawatir dan al-‘Aziz

Bahagian 70 : Al-Mustafidh

Bahagian 71-72 : Al-Mahfiz dan al-Ma’ruf

Bahagian 73 : Al-Matruk

Bahagian 74 : Al-Muharrif

Page 9: ULUM HADITH (ulasan)

9

Bahagian 75 : Mengetahui Atba’ al-Tabi’in

Bahagian 76-77 : Riwayat sahabat, sebahagian mereka daripada sebahagian

yang lain

Bahagian 78 : Ma rawahu al-Sahabah

Bahagian 79-80 : mengetahui mereka yang bersetuju kuniyahnya pada nama

bapanya

Bahagian 81 : Mengetahui mereka yang bersetuju kuniyahnya pada nama

isterinya

Bahagian 82 : Mengetahui mereka yang bersetuju nama gurunya adalah

nama bapanya

Bahagian 83-84 : Mengetahui mereka yang ittifaq namanya, bapanya dan

datuknya

Bahagian 85 : Mengetahui mereka yang ittifaq namanya dan perawi

Bahagian 86 : Mengetahui mereka yang ittifaq namanya dan kuniyahnya

Bahagian 87 : Mengetahui mereka yang bersetuju namanya adalah nasabnya

Bahagian 88 : Mengetahui nama-nama yang dikongsi oleh lelaki dan

perempuan

Bahagian 89 : Mengetahui sebab hadith

Bahagian 90 : Mengetahui sejarah al-Manun

Bahagian 91 : Mengetahui mereka yang tidak meriwayatkan hadith

melainkan satu sahaja

Bahagian 92 : Mengetahui mereka yang bersandarkan kepada sahabat yang

meninggal dunia ketika hayat Nabi SAW

Bahagian 93 : Mengetahui al-Huffaz

Page 10: ULUM HADITH (ulasan)

10

5.0 KOMENTAR

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT dan segala puji serta pujian dipanjatkan kehadrat

Ilahi dengan izinNya dapat saya menganalisis kitab Tadrib al-Rawi ini dan sekaligus

memberikan pelbagai maklumat kepada saya khususnya. Setelah dikaji dan diteliti, dapatlah saya

simpulkan bahawa kitab ini adalah amat sesuai untuk dijadikan atau digunakan sebagai bahan

rujukan ilmiah atau ingin mendalami ilmu hadith dengan lebih mendalam lagi oleh para penuntut

ilmu hadith.

Hal ini kerana, pada pendapat dan kajian atau analisa yang telah dilakukan kitab ini

mempunyai banyak atau pelbagai kelebihan dari segi perbahasannya yang mendalam mengenai

setiap topik yang dibahaskan yang berkaitan dengan ilmu hadith. Antara kelebihan dan

keistimewaannya ialah :

I. Menceritakan sirah kehidupan penulis dan pensyarah kitab secara terperinci.

II. Mempunyai susunan perenggan yang tersusun.

III. Membahagikan tajuk-tajuk mengikut bahagian sebelum membahaskan sesuatu.

IV. Terdapat juga nota kaki yang banyak sebagai rujukan kepada pembaca sekiranya

terdapat perkataan yang sukar difahami dan untuk rujukan.

V. Mempunyai bilangan halaman pada setiap muka surat

VI. Meletakkan baris pada matan hadis.

Namun begitu, di sebalik kelebihan dan keistimewaan itu terdapat juga beberapa

kekurangan atau kelemahan yang kebanyakannya berbentuk teknikal sahaja di dalam kitab ini.

Antaranya ialah :

1) Tulisan bagi tajuk dan isi perbahasan sukar untuk dibezakan.

2) Tajuk perbahasan tidak dihitamkan dan dibesarkan tulisannya.

3) Tiada sumber rujukan.

4) Terdapat sesetengah ayat dan perkataan sukar difahami.

5) Tidak menggunakan bentuk grafik yang menarik seperti jadual dan sebagainya.

Page 11: ULUM HADITH (ulasan)

11

Walaupun begitu, secara keseluruhannya, Kitab Tadrib al-Rawi ini adlah amat baik dan

bagus serta boleh dijadikan sebagai panduan kepada mereka yang ingin mendalami ilmu hadith,

tetapi ianya kurang sesuai untuk dijadikan rujukan bagi mereka yang baru mempelajari dalam

bidang ilmu hadith disebabkan beberapa kelemahan yang tidak seberapa yang telah disebutkan di

atas. Pada pendapat saya, kitab ini perlulah ditingkatkan lagi mutu persembahannya dari segi

teknikal kebanyakannnya agar ia lebih menarik dan mudah untuk difahami.

Antara penambahbaikan yang dicadangkan ialah:

Meletakkan senarai rujukan, indeks nama, indeks al-Quran, dan indeks perkataan

yang sukar difahami.

Setiap tajuk yang baru hendaklah diletakkan pada halaman yang baru, dihitamkan

dan dibesarkan tulisannya serta digariskan bagi memudahkan pembaca untuk

membuat rujukan.

Menggunakan grafik atau gambarajah agar proses pembelajaran menjadi lebih

efektif dan kemas.

Page 12: ULUM HADITH (ulasan)

12

6.0 PENUTUP

Menimba ilmu dalam bidang ilmu hadith memerlukan pembelajaran yang cukup teliti dan kajian

dari pelbagai aspek. Hai ini kerana, pembelajaran ilmu hadith merupakan satu pembelajaran yang

cukup menarik, mendalam dan mempelajarinya perlulah penuh ketelitian dan perhatian bagi

menjaga hadith Rasulullah SAW daripada penyelewengan oleh pihak yang tidak

bertanggungjawab.

Berdasarkan penelitian yang telah dijalankan atau dilakukan, dapatlah saya simpulkan

bahawa kitab ini mempunyai empat bahagian yang utama dan disertakan peratusannya yang

penting dalam pembelajaran ilmu hadith yang terkandung di dalam kitab ini.

Isu-isu Umum : 20%

Perbahasan yang berkaitan dengan Sanad : 60%

Perbahasan yang berkaitan dengan Matan : 10%

Perbahasan yang berkaitan Sanad dan Matan : 10%

Antara contoh perbahasan isu-isu umum, berkaitan sanad, berkaitan dengan matan dan

berkaitan dengan sanad dan matan ialah :

Isu-isu Umum - Kepentingan Salaf dalam memelihara al-Sunnah

- Faedah-faedah Ilmu Hadith

- Biodata dan sejarah hidup Imam al-Nawawi dan al-Suyuti

Sanad - Riwayat al-Aba’ ‘an al-Abna’

- Riwayat al-Abna’ ‘an al-Aba’

- Mengetahui nama mereka yang dikenali dengan panggilan

kuniyah

- Riwayat al-Akabir

Page 13: ULUM HADITH (ulasan)

13

- Mengetahui Atba’ al-Tabi’in

Matan - Hadith al-Nasikh dan al-Mansukh

- Lafaz hadith yang ganjil

Sanad dan Matan - Penulisan hadith

- Kaedah mendengar hadith

Sebagai kesimpulannya, jelaslah bahawa kitab Tadrib al-Rawi ini sememangnya sesuai

dan bagus untuk dijadikan bahan rujukan bagi mendalami atau mengkaji berkaitan ilmu hadith.

Hal ini kerana perbahasan yang dibincangkan bertepatan dengan kehendak segenap lapisan

masyarakat terutamanya kepada para pelajar dan pengkaji hadith.

Akhir kata daripada saya, saya berharap semoga dengan hasil kertas kerja atau ulasan

kitab saya yang tidak seberapa ini, insyaAllah mudah-mudahan ianya dapat memberi sedikit

sebanyak manfaat atau kebaikan kepada kita bersama.

Page 14: ULUM HADITH (ulasan)

14

MUKA DEPAN KULIT KITAB

Page 15: ULUM HADITH (ulasan)

15

Page 16: ULUM HADITH (ulasan)

16

Page 17: ULUM HADITH (ulasan)

17

Page 18: ULUM HADITH (ulasan)

18

Page 19: ULUM HADITH (ulasan)

19

Page 20: ULUM HADITH (ulasan)

20

Page 21: ULUM HADITH (ulasan)

21

Page 22: ULUM HADITH (ulasan)

22

Page 23: ULUM HADITH (ulasan)

23

Page 24: ULUM HADITH (ulasan)

24

Page 25: ULUM HADITH (ulasan)

25

Page 26: ULUM HADITH (ulasan)

26

Page 27: ULUM HADITH (ulasan)

27

Page 28: ULUM HADITH (ulasan)

28

Page 29: ULUM HADITH (ulasan)

29

PERATUSAN KECENDERUNGAN KITAB

Peratusan Kecenderungan Kitab

Sanad

Matan

Sanad dan Matan

Isu-isu Umum

PETUNJUK:

Sanad 60%

Matan 10%

Sanad dan Matan 10%

Isu-isu Umum 20%