“Ummatan Wasata” - iwm.jpm.gov.myiwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/Syeikh Mahmud-BM.pdf[ 6...

30
“Ummatan Wasata” Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour Mantan Timbalan Syeikh Al-Azhar Syeikh Mahmud-BM.indd 1 2/28/2013 3:28:40 PM

Transcript of “Ummatan Wasata” - iwm.jpm.gov.myiwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/Syeikh Mahmud-BM.pdf[ 6...

“UmmatanWasata”

Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour

Mantan Timbalan Syeikh Al-Azhar

Syeikh Mahmud-BM.indd 1 2/28/2013 3:28:40 PM

“Ummatan Wasata” [ 2 ]

Cetakan Pertama 2013© Institut Wasatiyyah Malaysia

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini yang boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat jua pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit terlebih dahulu.

Tajuk: “UMMATAN WASATA”ISBN: 978-967-0581-02-6

Penulis:Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour

Diterbitkan oleh:Institut Wasatiyyah MalaysiaJabatan Perdana MenteriAras 4, Blok B3, Kompleks Jabatan Perdana MenteriPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 Putrajaya MalaysiaTelefon: +603- 887 23522Faksmili: +603-88883121

Dicetak oleh:GLOBAL SMART PRINTINGS SDN. BHD.A-G 20, Jalan UP 1/1A, Spring VilleTaman Ukay Perdana68000 AmpangSelangor

Syeikh Mahmud-BM.indd 2 2/28/2013 3:28:40 PM

“Ummatan Wasata” [ 3 ]

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kesyukuran yang tidak terhingga dirafa’kan

hanya kepada yang Maha Esa Allah Rabbul Jalil kerana

dengan Inayah dan RahmatNya jua maka buku kecil

ini dengan jayanya diterbitkan. Diharapkan ia dapat

memberi penjelasan dan kefahaman yang baik tentang

Wasatiyyah dan seterusnya akan menjadi salah satu

rujukan utama dalam memberi penjelasan dan

kefahaman tentang pengertian Wasatiyyah yang

sebenar.

KATA ALUAN PENGARAH

INSTITUT WASATIYYAH MALAYSIA

Syeikh Mahmud-BM.indd 3 2/28/2013 3:28:40 PM

“Ummatan Wasata” [ 4 ]

Umat Islam di seluruh dunia pada hari ini

berhadapan dengan situasi yang amat prejudis daripada

masyarakat bukan Islam, mereka sentiasa melemparkan

pelbagai tuduhan kepada umat Islam. Kita telah lali

dengan tuduhan sebagai pengganas, mundur, tidak

bersatu dan sebagainya.

Sebenarnya kita pada hari ini lupa bahawa ajaran

Islam menentang semua sifat-sifat yang dilabelkan itu.

Pendekatan Wasatiyyah yang dibawa oleh Rasulullah

(s.a.w) amat jelas menitikberatkan kepada usaha

melahirkan umat Islam yang cemerlang dunia dan

akhirat, seimbang dalam melaksanakan tuntutan untuk

mencapai keuntungan dunia dan kejayaan akhirat, serta

adil dalam menyampaikan hak kepada sesiapa sahaja

yang berhak tanpa mengira pegangan agama ataupun

amalan budaya.

Sesungguhnya, kesinambungan pendekatan

Wasatiyyah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) ini

Syeikh Mahmud-BM.indd 4 2/28/2013 3:28:40 PM

“Ummatan Wasata” [ 5 ]

diteruskan oleh Negara Kita Malaysia yang dipimpin oleh

Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul

Razak. Usaha ini perlu diterjemahkan oleh kita semua

sebagai rakyat di bumi bertuah ini.

Adalah diharapkan agar buku ini akan dapat

memberi sumbangan yang besar dalam memberi

kefahaman yang jelas dan benar mengenai prinsip dan

pendekatan Wasatiyyah seperti mana yang telah difahami

oleh umat Islam terdahulu yang telah mengecapi

kegemilangan dan tahap ketamadunan yang tinggi.

Semoga segala usaha murni yang cuba direalisasikan

ini menjadi ibadah kepada Allah (s.w.t) dan seterusnya

mendapat ganjaran yang sewajarnya daripada Allah

(s.w.t).

Haji Mohd Yusof bin Din

Pengarah

Institut Wasatiyyah Malaysia.

Syeikh Mahmud-BM.indd 5 2/28/2013 3:28:40 PM

“Ummatan Wasata” [ 6 ]

Islam adalah agama “sederhana” yang menyuruh

umatnya supaya sentiasa komited dengan jalan

yang lurus (al-sirat al-mustaqim). Islam juga

senantiasa memberi amaran supaya berwaspada

dengan jalan-jalan yang menyesatkan di sebelah

kanan dan kiri kita. Dalam satu athar diriwayat

bahawa Ibnu Mas’ud (r.a) pernah ditanya: “Apakah itu

jalan yang lurus (al-sirat al-mustaqim)?” Ibn Mas’ud

menjawab: “Nabi Muhammad meninggalkan kepada

kami pangkal jalan tersebut (al-sirat al-mustaqim)

yang hujungnya berada di syurga, di sebelah kanan dan

kiri jalan yang lurus ini terdapat banyak jalan-jalan

lain. Orang yang berada pada jalan-jalan tersebut akan

menyeru dan mengajak sesiapa sahaja yang melaluinya

untuk bersama dengan mereka dan sesiapa yang

mengikutinya akan berakhir ke neraka. Mereka yang

“UmmatanWasata”

Syeikh Mahmud-BM.indd 6 2/28/2013 3:28:40 PM

“Ummatan Wasata” [ 7 ]

mengikuti jalan yang lurus (al-sirat al-mustaqim) akan

berakhir ke syurga.” Selepas itu Ibnu Mas’ud membaca

firman Allah (s.w.t) ayat 153 surah al-An ‘am:

“Dan Bahawa Sesungguhnya Inilah jalanKu (ugama

Islam) Yang betul lurus, maka hendaklah kamu

menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut

jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan

(yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan

Allah”.

Sikap melampau dalam beragama akan membawa

kepada kesilapan dalam berfikir dan tingkah laku,

bahkan lebih teruk daripada itu akan menyebabkan

terpesong dan tegelincir daripada agama yang sebenar.

Firman Allah (s.w.t) dalam Surah Al-Maidah ayat 77:

{ }

{}

Syeikh Mahmud-BM.indd 7 2/28/2013 3:28:41 PM

“Ummatan Wasata” [ 8 ]

“Katakanlah: “Wahai ahli Kitab! janganlah kamu

melampau Dalam ugama kamu secara yang tidak

benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu

kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah

menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang)

mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul”

Terdapat segelintir umat Islam yang terlalu

ekstrim dan melampau dalam beribadat lalu

tergelincir ke kanan dengan melakukan perkara-

perkara bid‘ah (perkara baru) dalam agama atau

sengaja mereka-reka amalan tertentu dalam beribadat.

Manakala segelintir lagi terlalu cuai dalam beribadat

sehingga tergelincir ke kiri lantas berkesudahan

dengan mengingkari dan membohongi perintah

agama. Syeikh Muhammad Abdullah Diraz

menjelaskan: “Ibn Mas’ud menggunakan istilah

golongan kanan sebagai isyarat kepada golongan

ekstrim dan melampau dalam beragama. Manakala

golongan kiri pula adalah golongan yang terlalu cuai

Syeikh Mahmud-BM.indd 8 2/28/2013 3:28:41 PM

“Ummatan Wasata” [ 9 ]

dan alpa serta mengabaikan urusan agama. Kedua-dua

golongan ini terkeluar daripada jalan sebenar”

Sesungguhnya, sifat sederhana yakni “al-wasat”

bermaksud tidak cenderung ke kanan atau ke kiri.

Justeru, jika kita perhati kepada pelbagai jenis bid’ah,

kesesatan aqidah, dan fitnah akibat daripada perkara

syubhah sepertimana yang dinyatakan oleh hadis-

hadis tentang perpecahan umat Islam kepada lebih 60

puak, ataupun bid’ah-bid’ah, kesesatan dalam amalan

dan kesesatan hawa nafsu seperti yang dijelaskan oleh

hadis-hadis yang menceritakan tentang nikmat dan

keburukan dunia serta keluasannya yang menjadi

tempat persaingan manusia, kita akan dapati bahawa

semua perkara yang di atas berkisar tentang dua

golongan yang disebutkan tadi.

Bagi golongan yang berusaha memperbaiki dan

memulihkan sosial masyarakat, (walaupun golongan

ini mempunyai kaedah yang pelbagai dalam usaha

Syeikh Mahmud-BM.indd 9 2/28/2013 3:28:41 PM

“Ummatan Wasata” [ 10 ]

tersebut) mereka hanya mempunyai satu matlamat

iaitu membangunkan masyarakat dengan sifat

kemanusiaan sebenar dan mencapai kemuncak

kesempurnaan insan. Namun, dalam usaha ini mereka

berpecah kepada dua kumpulan, kumpulan pertama

yang berusaha dalam aspek rohani dan kumpulan

kedua dalam aspek material.

Golongan yang berusaha melakukan pemulihan

dalam aspek rohani melihat bahawa aspek ini adalah

bahagian yang paling penting dalam diri seseorang

manusia, ia adalah aspek yang paling layak untuk

diberi perhatian dan penjagaan. Oleh itu, agama

adalah jalan utama untuk memulihkan manusia,

mereka percaya bahawa manusia tidak dapat hidup

dengan tenang dan segala kepayahan tidak dapat

diatasi tanpa keimanan jitu di dalam hati dan kekuatan

agama sepanjang kehidupan. Ini kerana ia merupakan

teman sejati yang sentiasa bersama dengan manusia

dan menjadi pelindung utama daripada sebarang

Syeikh Mahmud-BM.indd 10 2/28/2013 3:28:41 PM

“Ummatan Wasata” [ 11 ]

pelakuan jahat dan jenayah. Dengannya manusia tidak

perlu terikat kepada sebarang undang-undang lain,

kerana seseorang itu apabila sudah berjaya menjadikan

agama sebagai pemimpin tertinggi dalam diri, maka

tidak akan ada lagi pemimpin yang lebih tinggi dan

kuat daripada itu. Justeru, akan tercapailah

kebahagiaan yang tidak tercapai dengan harta

bertimbun, kekuasaan atau ilmu yang banyak.

Golongan ini juga melihat bahawa pemulihan

sosial masyarakat hanya akan berjaya dengan

melakukan pembersihan diri dan penyucian hati

daripada sifat-sifat dengki, benci membenci, penting

diri sendiri dan permusuhan. Oleh itu, perasaan kasih

sayang dan suka kepada kebaikan perlu disemai dalam

setiap diri manusia. Dalam masa yang sama, semua ini

perlu dilakukan hanya kerana Allah (s.w.t) yang Maha

Berkuasa yang menjaga setiap mukmin daripada

sebarang anasir jahat, dan Allah (s.w.t) jualah yang

mengurniakan setiap yang diimpikan.

Syeikh Mahmud-BM.indd 11 2/28/2013 3:28:41 PM

“Ummatan Wasata” [ 12 ]

Ini adalah apa yang telah dilakukan oleh golongan

yang menekankan aspek rohani dalam memberi

sumbangan kemanusiaan dan bagi mereka terdapat

kelebihan yang tersendiri. Mereka ini akan diganjari

berdasarkan apa yang telah dibuat. Segala usaha

mereka dalam membersihkan jiwa-jiwa manusia,

menyucikan hati-hati, menajamkan akal fikiran, dan

mengejutkan jiwa-jiwa yang tidur sesungguhnya

membawa kepada kebaikan dan menghalang

kejahatan. Kebaikan yang dilakukan oleh ahli-ahli

agama ini sememangnya akan sentiasa dikenang dan

dipuji. Namun terdapat segelintir daripada mereka ini

golongan yang agak melampau dan ekstrim dalam

usaha dakwah, mereka ini terkeluar daripada jalan

asal sehingga sanggup memperkecilkan usaha pihak

lain, di samping menyeru manusia supaya

meninggalkan terus kebendaan iaitu dengan tidak

mempedulikan langsung urusan dunia, dan setiap

waktu hanya dikhususkan untuk ibadah tanpa

melakukan apa-apa kerja untuk kehidupan dunia.

Syeikh Mahmud-BM.indd 12 2/28/2013 3:28:41 PM

“Ummatan Wasata” [ 13 ]

Segelintir yang lain pula, mensia-siakan akal

fikiran yang kesannya membawa kepada taklid secara

membuta tuli dan meyakini perkara-perkara khurafat

dan sesat. Mereka ini sesungguhnya telah

memburukkan sifat manusiawi dengan mendatangkan

banyak keburukan dan kemusnahan, di samping kesan

yang buruk juga kepada agama dengan melakukan

penyelewengan dan pemalsuan.

Bertitik tolak dari sinilah maka munculnya

banyak revolusi pemikiran dalam agama, penentangan

terhadap golongan yang mementingkan rohani

semata-mata dan tersebarnya pengaruh fahaman

materialisme, di mana kebanyakkan pengikut fahaman

ini mempamerkan penentangan mereka terhadap

agama, mereka juga menuduh bahawa agama

merupakan penghalang manusia untuk maju ke

hadapan dan bebas menggunakan akal fikiran.

Syeikh Mahmud-BM.indd 13 2/28/2013 3:28:41 PM

“Ummatan Wasata” [ 14 ]

Lebih teruk daripada itu, golongan ini juga

menyifatkan agama sebagai perkara yang

mengkhayalkan dan menuduh pihak yang berpegang

teguh dengan agama sebagai mundur dan tunduk

kepada khayalan dan prasangka. Mereka juga

menuduh pemimpin-pemimpin agama sebagai pihak

yang menyeru kepada sifat malas, tunduk dan berserah

diri. Pemimpin-peminpin agama ini juga dituduh

sebagai golongan yang membunuh semangat

berusaha, menanan bibit-bibit mementingkan diri

sendiri, dan berusaha mendapatkan kebahagiaan

dengan hanya beribadah tanpa menghiraukan hak-

hak alam sekeliling yang memberi nikmat kepada

mereka.

Golongan ini mengingkari agama dan menghina

ahli-ahli agama. Mereka juga menutup rumah-rumah

ibadah dan mengasingkan agama daripada urusan negara

serta memejamkan mata daripada membicarakan isu-isu

kerohanian. Mereka beranggapan bahawa dengan hanya

Syeikh Mahmud-BM.indd 14 2/28/2013 3:28:41 PM

“Ummatan Wasata” [ 15 ]

menekankan aspek material maka masyarakat akan

berjaya mencapai matlamat menjadi masyarakat mithali

berdasarkan prinsip “al-sa’adah al-mansyudah” yakni

kebahagian yang diimpikan. Namun, hakikat yang

sebenarnya mereka jahil bahawa ilmu dan harta sahaja

tidak cukup untuk memberi kekayaan yang sebenar

kepada manusia. Ia sedikitpun tidak akan menjamin

kekuatan rohani dan ketenangan diri.

Penerangan di atas amat jelas memberitahu kita

bahawa kedua-dua golongan sama ada golongan rohani

atau material tidak mampu secara bersendirian untuk

memulihkan masyarakat. Justeru, sayugianya kita berada

di tengah-tengah antara dua golongan ini, kita berpegang

teguh dengan agama tetapi tidak bersama dengan

golongan pelampau dan ekstrimis. Dalam masa yang

sama, kita perlu juga menekankan aspek material tapi

dengan kadar secukupnya dan pegangan kita kepada

agama adalah berdasarkan kepada batasan dan prinsip

ajaran agama yang sebenar.

Syeikh Mahmud-BM.indd 15 2/28/2013 3:28:41 PM

“Ummatan Wasata” [ 16 ]

Inilah ajaran yang dibawa oleh agama Islam yang

menekankan aspek pemulihan manusia daripada

sudut keagamaan dan dunia, sebagaimana firman

Allah (s.w.t) ayat 77 surah al-Qasas:

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah

dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan

kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau

melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu)

dari dunia”.

Manakala dalam al-athar yang sahih pula:

“Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu hidup

selama-lamanya, dan bekerjalah untuk akhiratmu

seolah-olah kamu akan mati esok hari”

{ }

Syeikh Mahmud-BM.indd 16 2/28/2013 3:28:43 PM

“Ummatan Wasata” [ 17 ]

Sesungguhnya Islam menggariskan dasar urus

tadbir sosial manusia di atas prinsip yang amat

bijaksana dan berbekalkan model yang amat lengkap.

Syariat Islam telah datang bersama-sama prinsip dan

hukum yang bermatlamat untuk membantu usaha

membina masyarakat dan merpertahankannya.

Sebagaimana Islam berfungsi sebagai penyembuh

kepada penyakit-penyakit yang telah menimpa

masyarakat. Hakikatnya, sekiranya manusia berpegang

teguh dengan prinsip-prinsip ini dan mengamalkannya

sudah tentu mereka akan hidup aman, sejahtera,

senang lenang, tenang, berlumba-lumba kepada

kebaikan dan bahagia.

Sesungguhnya Islam juga menyeru kepada semua

kebaikan dan melarang daripada melakukan semua

jenis kejahatan. Islam mengajak kepada persaudaraan

dan perpaduan, dalam masa yang sama melarang keras

persengketaan dan perbalahan. Islam telah menetapkan

bahawa lima perkara asas “al-kulliyyat al-khams” dalam

Syeikh Mahmud-BM.indd 17 2/28/2013 3:28:43 PM

“Ummatan Wasata” [ 18 ]

kehidupan iaitu menjaga diri, agama, harta, aqal dan

keturunan. Kelima-lima perkara asas ini perlu dijaga

dan dipertahankan bagi menjamin kekalnya kewujudan

masyarakat yang kuat dan utuh.

Justeru itu, amat jelaslah di sini bahawa Islam

sentiasa menyeru kepada kesederhanaan dalam setiap

urusan kehidupan. Islam mengajak kepada

bersederhana dalam ibadat dan ini merupakan

kemudahan kepada manusia, sabda Rasulullah (s.a.w):

“Mudahkanlah dan jangan menyusahkan, barangsiapa

yang memudahkan maka Allah akan memudahkan

urusannya, dan barangsiapa yang menyusahkan maka

Allah akan menyusahkan urusannya”.

Dalam hadis yang lain pula Sayyidatina ‘Aishah

meriwayatkan:

Syeikh Mahmud-BM.indd 18 2/28/2013 3:28:43 PM

“Ummatan Wasata” [ 19 ]

“Rasulullah (s.a.w) tidak pernah memilih antara dua

perkara melainkan baginda akan memilih yang paling

mudah antara keduanya selagi perkara itu tidak

mendatangkan dosa. Jika mendatangkan dosa, baginda

adalah orang yang pertama menjauhinya”.

Sesunguhnya Rasulullah (s.a.w) sentiasa memberi

amaran kepada golongan yang melampau dan ekstrim,

baginda pernah mengumpamakan golongan ini seperti

seorang lelaki yang menunggang binatang

tunggangannya di padang pasir, lelaki itu memukul

binatang tersebut supaya cepat sampai ke destinasi,

namun binatang itu jatuh di pertengahan jalan maka

tidak sampai ke destinasi dan binatang itu tidak boleh

ditunggang lagi.

Syeikh Mahmud-BM.indd 19 2/28/2013 3:28:43 PM

“Ummatan Wasata” [ 20 ]

Rasulullah (s.a.w) bersabda:

“Sesungguhnya agama Islam ini amat kukuh, oleh itu

resapilah ke dalamnya perlahan-lahan. Sesungguhnya

orang yang sangat keterlaluan itu akhirnya tidak ada

bumi yang dijalaninya malah tidak pula ia kekal sebarang

tunggangannya”.

Diriwayatkan bahawa Abdullah bin Umar (r.a)

bersikap agak ekstrim dalam beribadah, di mana beliau

berjaga malam dan berpuasa pada siangnya. Beliau yakin

itulah yang akan membawanya ke syurga, maka ahli

keluarganya mengadu kepada Rasulullah (s.a.w), lalu

Baginda bersabda:

“Sesungguhnya kamu ada tanggungjawab terhadap

ahli keluargamu, sesungguhnya kamu ada

tanggungjawab terhadap dirimu dan sesungguhnya

Syeikh Mahmud-BM.indd 20 2/28/2013 3:28:44 PM

“Ummatan Wasata” [ 21 ]

kamu ada tanggungjawab kepada tuhanmu. Maka

tunaikanlah semua tanggungjawab kepada semua

yang berhak dengan sebaiknya”.

Tiga orang lelaki pernah datang ke rumah

Rasulullah (s.a.w) dan mereka bertanyakan tentang

ibadah Baginda. Apabila diberitahu, mereka

beranggapan seolah-olah ianya sedikit. Lalu mereka

berkata “dimanakah kami dibandingkan dengan

Rasulullah (s.a.w), sesungguhnya Allah telah

mengampunkan dosa baginda yang awal dan akhir”.

Justeru, salah seorang daripada mereka berkata: “Aku

akan berpuasa sepanjang tahun”, dan yang kedua

berkata: “Aku akan sentiasa berjaga malam untuk

beribadat”, manakala yang terakhir berkata: “Aku tidak

akan berkahwin buat selama-lamanya”. Rasulullah telah

mendengar kata-kata mereka ini lalu Baginda terus

keluar menemui mereka dan bertanyakan: “Adakah

kamu yang berkata-kata sedemikian”, mereka menjawab

“ya”. Lalu Rasulullah (s.a.w) terus bersabda:

Syeikh Mahmud-BM.indd 21 2/28/2013 3:28:44 PM

“Ummatan Wasata” [ 22 ]

“Aku berpuasa dan berbuka, aku bersembahyang dan

tidur serta aku berkahwin. Ini adalah sunnahku sesiapa

sahaja yang tidak suka sunnahku, orang itu tidak

termasuk dalam golongan aku.”

Islam amat menitikberatkan aspek kemampuan

individu dalam meletakkan sesuatu tanggungjawab.

Oleh itu, Islam meraikan golongan kuat dan lemah,

sihat dan sakit, musafir dan bermukim. Dalam ibadah

puasa sebagai contoh, Allah (s.w.t) berfirman dalam

ayat 185 surah al-Baqarah:

“Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka

(bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa)

sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari

Yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) Allah

{}

Syeikh Mahmud-BM.indd 22 2/28/2013 3:28:44 PM

“Ummatan Wasata” [ 23 ]

menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak

menghendaki kamu menanggung kesukaran”.

Manakala dalam sembahyang pula Rasulullah

(s.a.w) bersabda:

“Sembahyanglah kamu dalam keadaan berdiri. Jika kamu

tidak mampu, maka dalam keadaan duduk. Dan jika tidak

mampu maka sembahyang dalam keadaan mengiring, jika

tidak mampu maka dengan isyarat, wajib bagi kamu semua

beramal sesuai dengan kemampuan kamu. Sesungguhnya

Allah tidak akan bosan hingga kalian bosan”.

Kaedah yang jelas di dalam Al-Quran:

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang

terdaya olehnya”

{ }

Syeikh Mahmud-BM.indd 23 2/28/2013 3:28:45 PM

“Ummatan Wasata” [ 24 ]

Begitulah juga dalam urusan muamalat dan

kehidupan secara umum, Islam amat menitikberatkan

kepada kesederhanaan iaitu jauh daripada unsur

melampau dan cuai. Al-Quran Al-Karim amat jelas

memberi petunjuk kepada aspek pertengahan dan

sederhana, sebagaimana firman Allah dalam ayat-ayat

berikut:

Firman Allah (s.w.t) dalam surah Al-A’raf, ayat 31:

“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang

indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat

ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah

serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau;

Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang

melampaui batas”.

{}

Syeikh Mahmud-BM.indd 24 2/28/2013 3:28:45 PM

“Ummatan Wasata” [ 25 ]

Firman Allah (s.w.t) dalam surah Al-Israa’, ayat 29:

“Dan janganlah Engkau jadikan tanganmu terbelenggu

di lehermu, dan janganlah pula Engkau

menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana

akibatnya akan tinggalah engkau dengan keadaan

yang tercela serta kering keputusan”.

Firman Allah (s.w.t) dalam surah Al-A’raf, ayat 32:

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Siapakah yang

(berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah

dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan

demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari

rezeki yang dikurniakanNya?” katakanlah: “Semuanya

itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang

beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam

{ }

{}

Syeikh Mahmud-BM.indd 25 2/28/2013 3:28:45 PM

“Ummatan Wasata” [ 26 ]

kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya

tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada

hari kiamat”. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat

keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang

(mahu) mengetahui”.

Ketika Rasulullah (s.a.w) menziarahi Sa’ad bin

Abi Waqqas yang sedang sakit, dan Sa’ad ingin

mewasiatkan 2/3 daripada hartanya. Lalu Rasulullah

(s.a.w) bersabda:

“Satu pertiga pun banyak atau besar kadarnya. Andainya

engkau tinggalkan waris-waris engkau kaya raya, lebih

baik bagimu daripada meninggalkan mereka miskin dan

bergantung harap kepada orang lain”.

Dalam urusan dunia pula, Islam membenci

pembaziran dan bakhil. Justeru perbelanjaan perlu

Syeikh Mahmud-BM.indd 26 2/28/2013 3:28:46 PM

“Ummatan Wasata” [ 27 ]

dilakukan secara sederhana sebagaimana Allah

sifatkan golongan ‘Ibad al-Rahman dalam surah al-

Furqan ayat 67 :

“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang

apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui

batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya)

perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara

kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu”.

Maka Wasatiyyah merupakan salah satu daripada

kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam Islam. Ianya

amat jelas sebagai petunjuk Islam yang terdapat

dalam sistem ekonomi, sosial dan perundangan.

Sebagai penutup, mari kita renung satu kisah yang

diriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w) ketika dalam

satu perjalanan melihat manusia sedang bersesak-

sesak dan terdapat seorang lelaki cuba berlindung

dengan bayang-bayang mereka itu daripada

{ }

Syeikh Mahmud-BM.indd 27 2/28/2013 3:28:46 PM

“Ummatan Wasata” [ 28 ]

kepanasan. Amat jelas tanda keletihan padanya, dan

bengkak pada kedua-dua kakinya serta hitam

wajahnya. Maka Rasulullah (s.a.w) bertanya : “Apakah

ini?”. Para sahabat menjawab: “Lelaki ini bernazar

untuk pergi menunaikan haji dengan berjalan kaki,

tidak berpayung dan tidak menunggang kenderaan”.

Maka Rasulullah (s.a.w) menegaskan:

“Suruhlah dia menunggang dan berteduh, sesungguhnya

Allah tidak berhajat untuk menyiksanya”

Inilah agama Islam yang agung yang menyeru

kepada kesederhanaan dalam setiap urusan

kehidupan. Kesederhanaan atau wasatiyyah ini

wujud dalam setiap apa yang dilakukan oleh manusia.

Setiap perkara yang dilakukan dengan wasatiyyah

adalah untuk mendapat keredhaan Allah (s.w.t)

dengan mengikuti metodologi atau manhaj Rasulullah

(s.a.w) serta melaksanakan suruhan Allah (s.w.t)

Syeikh Mahmud-BM.indd 28 2/28/2013 3:28:46 PM

“Ummatan Wasata” [ 29 ]

sebagaimana yang termaktub dalam surah al-An’am

ayat 153:

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama

Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu

menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut

jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan

(yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan

Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan

kamu, supaya bertaqwa”.

{}

Syeikh Mahmud-BM.indd 29 2/28/2013 3:28:46 PM

Syeikh Mahmud-BM.indd 30 2/28/2013 3:28:46 PM