Ummie

31
Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________________ Ms 1 / 31 www.gempaknewbie.com

Transcript of Ummie

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 1 / 31 www.gempaknewbie.com

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 2 / 31 www.gempaknewbie.com

Indahnya

Duniamu, Anaaakkk

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 3 / 31 www.gempaknewbie.com

Salam hormat, Alam kanak-kanak ialah alam yang semua insan lalui dan alami. Biasanya ia meninggalkan kenangan manis yang membuat kita tersenyum dan lebih dari itu, macamana ‘stupid action’ yang kita lakukan pun, ia lebih menjadikan kenangan yang bertambah, tambah manis kerana bukan kita sahaja yang tidak boleh lupa, sampaikan kedua orangtua, datuk-nenek dan jiran tetangga juga terasa ‘phobia’nya dengan kita. Apabila melangkah kealam remaja, dewasa dan berumahtangga, ianya masih terpahat didalam ingatan. Anak-anak kita yang kita jaga dan kita besarkan adalah cermin untuk diri kita, ‘role-play’ yang mereka pamerkan adalah perjalanan hidup yang pernah kita lalui. Apatah lagi kalau kita bertahun-tahun dikelilingi oleh berbelas dan berpuluh kanak-kanak dalam satu masa. Maka banyaklah kerenah mereka yang kita rakamkan didalam minda yang kini diturunkan kedalam buku. Dalam kehidupan, kita memberi dan insan lain menerima. Kita berkorban dan insan lain (terkorban???) Bukan itu maksudnya. Dalam mendidik anak-anak orang lain, secara tidak langsung, masa untuk anak-anak kita akan kita korbankan. Dan penulisan inilah sebahagian besar hasil pengorbanan itu. Kepada Khalil dan Hilyah, terima kasih Kepada pembaca sekelian, selamat mengembara Ummie.

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 4 / 31 www.gempaknewbie.com

3 & 4 Tahun Sehati Sejiwa Yani dan Yana adalah pasangan kembar 3 tahun yang sentiasa meriahkan rumah dan keadaan sekeliling. Mereka memang sehati sejiwa dalam setiap perkara yang dilakukan. Tapi, biarlah mereka riuh mengalahkan Chipmunk dari sunyi senyap yang sering merisaukan ibunya. ‘Guarantee’ adalah kerja yang dilakukan kerana tersangatlah rajinnya mereka berdua. ‘Hobby’ mereka ialah mencapai apa sahaja kain atau pakaian yang boleh mereka dapat dan mencampakkan kebawah dari rumah mereka ditingkat 2. Dek kerana ramahnya mereka, hampir setiap hari ada sahaja wanita bertudung datang mengetuk pintu rumah. Pantang orang bertudung lalu dibawah flat mereka, mesti dipanggilnya dia: “Makcik, naik atas. Emak panggil,” kerana pada mereka, semua orang yang bertudung ialah kawan kepada ibu mereka. ***Selamat Pengantin Baru Yana. Yana kini sedang membuat persiapan akhir menjelang hari persandingannya sebelum penghujung tahun 2009. Yani telah berumah-tangga beberapa tahun lepas tapi mereka masih tetap akrab seperti dulu.

==========

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 5 / 31 www.gempaknewbie.com

Simpanan Emas Sejak dari bayi lagi, Hilyah sentiasa dipakaikan barangan kemas. Tak kiralah cicin, rantai, gelang tangan ataupun gelang kaki. Tapi sejak dia pandai bercakap, dia akan beritahu: “Ummie, Hilyah dah simpan cincin dalam rumput.” ”Ummie tadi Hilyah letak rantai dalam pasir…” Sehinggalah dia dewasa, tidak ada satu pun barangan kemas yang boleh lekat dibadannya. Lagi mustahil kalau dia pernah memakai anting-anting. Belum tentu dia bertindik. ***Nasib baik mas kahwin tu wajib..

==========

Copycat Ibu Syafiq cepat-cepat menolak tepi kain yang sedang diguntingnya untuk dijadikan pakaian apabila dia terpandangkan anak 3 tahun itu sudah membuka matanya, bangun dari tidur. Dia terus menuju kelonggokkan kain baju diatas katil yang menunggu untuk dilipat. Sedang kerja melipat hampir selesai, telefon rumah diruang tamu berdering. Dia berpesan kepada Syafiq agar terus berbaring dan tidak menyentuh kain lipatannya yang sudah disusun mengikut ‘category’ masing-masing agar mudah disusun didalam almari. Selesai berbual dan kembali kebilik, alangkah terperanjatnya ibu Syafiq. Betul, dia tidak menyentuh semua kain lipatan itu, tetapi, dia mengambil gunting yang disembunyikan oleh ibunya dan menggunting tepat ditengah-tengah kesemua kain lipatan itu.

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 6 / 31 www.gempaknewbie.com

Marah pun tidak berguna. Apabila ditanya kenapa dia menggunting kain lipatan, dengan senyum lebar dia menjawab: “Ibu pandai gunting kain, Syafiq pun pandai gunting jugak.” ***Kepandaiannya memang terserlah hingga kehari ini.

========== Langgar Pantang Larang “Ina makan telur rebus lagi eh?” Ibunya bertanya anak 4 tahun itu. Ibunya merebus telur setiap hari untuk perniagaannya. “Taklah. Ina mana boleh makan telur.” Ina tahu kenapa dia tidak dibenarkan makan telur - Kerana akan tumbuh bisul yang besar dikulit kepalanya. “Tu, dah tumbuh telur atas kepala.” Ibunya menunjukkan bisul yang baru atas kepalanya. “Tapi Ina makan sembunyi-sembunyi kenapa dia boleh nampak atas kepala?” Ina sedih kerana perbuatannya diketahui Ibunya. ***Alhamdulillah sekarang pantang larang dah boleh dilanggar. Kepala Dah tak bertelur lagi.

==========

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 7 / 31 www.gempaknewbie.com

Teman Sepermainan “Nyai, kenapa Nyai da lama tak datang rumah Fea?” “Rumah Fea bilikairnya jauh, sayang.” “Ok, skarang Fea dengan ibu dengan bibik nak datang amik Nyai. Nyai pipis dulu. Nanti Fea bawakkan Fea punya ‘pampers.’ Nyai pakai ok? Ok.” Begitulah perbualan telefon antara cucu 4 tahun dengan neneknya 74 tahun. Cucu juga akan seberapa boleh mengajak dan mengajar neneknya melompat-lompat diatas katil. Katil nak roboh pun ‘confirm nenek tak akan marah. “Nyai tak payah pakai tongkat. Nanti Fea ajar Nyai joget!!!” ***Antara anak dan cucu, siapa yang nenek sayang?

==========

1 + 1 = 1 Solhan seorang anak 3 tahun yang sangat cerdik. Setiap kali sebelum dia datang kerumah, saya akan penuhi peti-sejuk dengan jajan. Setiap kali dia datang, dia ‘guarantee’ periksa peti-sejuk. Dia akan minta izin: “Ummie, satu boleh? Satu saja.” Kalau sudah diberi ‘green-light’, dia akan ambil apa-apa pun jajan itu satu, satu, satu…

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 8 / 31 www.gempaknewbie.com

“Kata satu aje. Ini dah banyak ni. Nanti habis jajan Ummie.” “Satu jelah. Kan satu untuk Solhan, satu untuk ibu, satu untuk ayah, satu untuk atuk Cina yang Muhammad jumpa kat KFC…” Dan ‘baiknya’ dia, dia hanya akan meninggalkan satu sahaja jajan untuk kita. ***Macam dia ada ‘share’ aje dengan kita.

========== Pengaruh ‘Cartoon’ Amal seorang anak yang sangat mencabar kesabaran ibunya. Suatu hari mereka di’Immigration Office’ kerana membuat ‘passport’. Ibunya penat mengekorinya mengelilingi pejabat itu sambil menunggu giliran dipanggil. Kebetulan ibunya ternampak dari jauh seorang perempuan mengenakan purdah yang hanya menampakkan sepasang mata yang agak galak. Ibunya menunjukkan kepadanya: “Nampak tu, orang tu tengok Amal. Nak ikut dia tak? Kalau tak nak, duduk diam-diam.” Tanpa berlengah, dia terus meluru keperempuan berkenaan, sambil seolah-olah mengacukan senjata. “Nah kau, amik ni. Hantu durian.” ***Upin dan Ipin?

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 9 / 31 www.gempaknewbie.com

==========

5 & 6 Tahun

Dunia Fantasi “Ummie, nanti kalau Ummie pegi Disneyland, jumpa Mickey Mouse, cakap dengan dia, adik kalau dah besar, adik nak kawin dengan dia. Adik nak kasi Winnie Mouse jealous.” Masykurah meluahkan hasrat hatinya. “Tapi itukan cartoon aje. Real-life mana boleh kita kawin dengan tikus.” Saya menerangkan kepada anak 5 tahun itu. “Boleh. Kan frog boleh jadi prince. Adik pun boleh jadi Mrs Mickey Mouselah.” Masykurah dengan dunia Disneynya. “Ok, nanti Ummie cari dulu magic wand. Baru semua boleh jadi real.” Ikut ajelah apa yang diangankannya itu. ***Khayalan walt Disney yang meresap disetiap sanubari.

==========

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 10 / 31 www.gempaknewbie.com

Dirikanlah Sembahyang Sebelum Kamu Disembahyangkan. “Ummie, Khalil dah tak nak smayang atas sejadah. Khalil nak smayang dengan obat nyamuk.” “Kenapa?” Ibunya kehairanan mendengarkan perubahan hati anak 5 tahun itu. “Tiap-tiap ari Nyai Cina smayang dengan lidi sate yang ada asap kata rumah Nyai.” “Nyai Cina sembayang macam gitu, Khalil tak bole ikut. Kita orang Islam tak bole sembayang macam gitu tau!” Ibunya menerangkannya antara dia boleh terima atau tidak, Wallaahu A’lam. “Abis, kawan Nyai Cina semayang bawah pokok, Khalil boleh?” “Nanti Abi balik, kita tanya Abi ok?” Ibunya memendekkan soalannya yang tak pernah habis. ***Doa ibu: “Ya allah, jadikanlah anakku khalilullah. Amin.

========== Cerita Kereta “Eda, kan. Bapak dia baru beli Kancil dah mengada.” Linda memberitahu Elli. “Bapak kita ada Proton pun kita tak sombong eh, awak. Kereta dia kecik aje. Kereta bapak kita lagi besar.” “Ya eleee… Apa je... Kita dah cakap dengan ayah kita lah. Dia cuma boleh beli MPV. Tak de kita tak nak naik.” Haikel mencelah.

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 11 / 31 www.gempaknewbie.com

***Menanam sifat suka berharta dari kecil?

========== ‘Girlfriend vs Boyfriend’ Setelah selesai sessi santai cerita mengenai Rukun Iman dengan mengenalkan nama-nama Allah, malaikat, nabi, Al-Quran, takdir dan kiamat, tiba-tiba Aris memberi amaran kepada Matin, kawan yang duduk disebelah kirinya. Dengan hanya jari telunjuknya yang kelihatan, yang lain dalam genggaman, Aris, 6 tahun, berkata: “Ayuh… Habis… Matin tak ada ‘girlfriend’.” Matin membela diri: “Kita kecik lagi. Mana boleh ada ‘girlfriend’.” Aris: “Nanti kalau Matin masuk kubur, malaikat tanya sapa nama ‘girlfriend’, Matin tak boleh jawab. Kena pukul dengan malaikat. Padan muka.” Matin cemas bertanya: “Abeh, awak ada ‘girlfriend’?”

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 12 / 31 www.gempaknewbie.com

Aris dengan bangga menjawab: “Ada…6. Eh bukan, 7. Hidayah, Nurizzah, Kamaliah…” Saya yang sedari awal lagi mendengarkan perbualan mereka, terus ‘short-cut’kan melihatkan mata Matin yang sudah digenang airmata. “Aris, kita bukan cerita pasal nama-nama ‘girlfriend’. Kita cerita pasal nama-nama dalam Rukun Iman.” “Tapi teacher, itukan nama-nama jugak. Nanti kalau malaikat tanya, saya boleh jawab. Boleh masuk syurga. Dapat makan MacDonald dengan KFC banyak-banyak.” Aris tetap dengan fahamannya yang tidak faham. ***’Confirm’ saya tak ajar ajaran sesat.

==========

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 13 / 31 www.gempaknewbie.com

‘Swimming Pool’ Bila masuk sahaja kedalam ‘class’, dengan cepat Aris mendapatkan saya. “Teacher, semalam kita dua orang kena sebat dengan getah kiwi.” Sambil menunjukkan bilai ditangan dan kaki, dia terus menyambung: “Tapi best, emak sebat tapi kita elak macam kung fu.” Mula-mula rasa kasihan melihatkan sepasang kembar itu dipukul dengan ‘hose’ air, tapi, bila dengar perkataan ‘best’, naik geram pula jadinya. “Afif, kenapa mak pukul?” Saya bertanya kepada pasangan kembarnya yang agak baik, agak pendiam dan tak banyak karenah. “Aris tu!!! Dia ajak kita sama-sama buat swimming pool dalam bilik mak. Dia suruh kita pasang getah, kita pasanglah. Pas tu, dia ajak kita swimming, kita swimming la…” Belum habis penerangan Afif, gamat satu ‘class’ mentertawakan mereka dan serentak berkata: “Padan muka kena pukul. Lain kali, buatlah swimming pool dalam toilet.” ***’Creative mind’lah, katakan!

==========

Hampir Sama Tapi Berbeza

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 14 / 31 www.gempaknewbie.com

“Teacher, Naim bawak pisau datang sekolah. Dia tengah bagi-bagi pisau tu. Semua boys dapat.” 3 orang anak-anak perempuan datang mengadu. Berderau darah bila mendengar perkataan ‘pisau’. Saya terus meluru kepada Naim yang sedang menerangkan sesuatu kepada Aswandi: “Eraser ni tajam tau. Tak macam dalam class punya eraser. Bapak kita beli banyak kat rumah kita. Nah, kita kasi awak satu.” Dia mengeluarkan pisau cukur ‘gillette’ dari sampul kertas merah cap buaya itu dan beredar kemeja lain. “Class, dengar sini. Apa saja yang ada dalam tangan, letakkan atas meja. Especially apa yang Naim kasi tadi. Dia kasi razor blade. Ingat, razor bukan eraser. Razor pisau. Bapak-bapak saja gunakan. Kindergarten children tak boleh gunakan. Kita gunakan eraser, pemadam. Menggigil saya bila mengambil pisau kecil dari semua anak-anak lelaki itu. Tidak boleh dibayangkan apa akibatnya kalau sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Na’udzu billah. ***’incident’ paling ‘phobia’ yang pernah saya alami.

==========

Petunjuk Jalan Kebenaran “Tutup buku bila dah habis tulis. Jangan tunjuk kawan. Tak boleh ajar kawan.” Saya mengingatkan anak-anak 6 tahun itu “Teacher, Iman spell salah. H, O, U, S, E lah. Itu hose bukan house.” Naim memekik memberi ‘feedback’ kepada saya dan terus membetulkan ‘spelling’ kawannya, Iman. “Naim, kan saya dah cakap. Tak boleh ajar kawan.” Saya mengingatkannya. “Teacher, Teacher ajarkan yang betul. Mana kita bole biarkan tengok kawan buat salah.” Naim berpegang kepada perinsip.

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 15 / 31 www.gempaknewbie.com

“Ini kan Spelling time. Dah 1 minggu saya suruh semua orang belajar dirumah. Saya nak tengok siapa yang tidak belajar.” “Dia bukan tak belajar. Tapi dia confuselah, Teacher. Teacher tak baik. Berdosa tau.” Naim tetap mempertahankan dirinya. ***Kawan sejati yang suka sama-sama berkongsi.

========== Imanku, Sayangku, Hanya Untuk… “Teacher, Iman saaayang Teacher.” “Betul ke?” “Betuuulll… Nanti bila Iman dah besar, Iman nak beli moto besar. RXZ. Tak maulah. Nak beli Harley. Nanti Iman ajak Teacher pusing-pusing dengan motorbike Iman. Teacher duduk belakang Iman tau. Teacher peluk Iman kuat-kuat. Nanti kalau Iman pusing, Teacher kena peluk Iman laaagi kuat.” “Haaahhh!!!” ‘Script’ diambil dari perbualan antara guru dan anak-muridnya. ***Nasib baik tak gugur iman.

==========

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 16 / 31 www.gempaknewbie.com

7 & 8 Tahun

Pecah Tabung “Ummie, Ada tak Hasanah hilang barang?” Ustazah Nor menelefon dan bertanya . “Tak pasti Zah, Tapi, baru tadi dia datang kerumah, dia beritau tabung arnab anaknya, tak ada. Puas dia cari tak jumpa. Ada lebih kurang RM80.00 dalam tabung tu.” “Ceritanya begini. Anaknya panggil semua kawan-kawannya. Dia bawak tabung datang sekolah. Dia beritahu ayahnya ada banyak duit. Dibelinya berkarung gula-gula kat kedai luar sekolah. Baki duit RM50.00 habis dibagi-bagi kawannya. Saya dah ambil balik duit tu. Gula-gula berkarung tu dah dikenduri ramai-ramai.” Belum selesai perbualan, Khalil pun muncul dimuka pintu: “Ummie, Khalil dapat gula-gula banyak. Kawan pun semua dapat. Banyak ni dalam kocek…” ***Amal jariah ke tu?

==========

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 17 / 31 www.gempaknewbie.com

Tandatangan Palsu Sampai sahaja bapanya dimuka pintu, Hilyah terus menerpa bapanya, dengan penuh gembira dia menunjukkan buku ‘record’: “Abi, tengok. sama tak Hilyah sign macam Abi?” Terperanjat bapanya melihatkan anak 7 tahun boleh meniru tandatangannya. Hampir serupa pulak tu. “Lain kali tak boleh macam ni. Biar Abi sign.” Terang bapanya. “Ini kan buku ‘record’ Hilyah. Tak pelah Hilyah signkan Abi. Nanti Abi ajar macamana nak sign nama Hilyah.” Dia masih tak faham kenapa buku kenyataan dia, harus ditandatangani oleh bapanya. Keesokkan harinya, dengan buku kenyataan masih ditangannya, dia mengadu: “Abi, Ustazah kata Hilyah sign tak laku. Bila baru boleh laku?” ***Dah laku dah sekarang.

========== Keputusan Peperiksaan “Hah, Ibu dah promise nak belikan adik present. Sekarang Ibu kena beli.” “Wah… Adik dapat nombor 1?” Ibu Syahierah bertanya. Memang dia berjanji menghadiahkannya jika Syahierah mendapat kedudukan antara 1 sampai 5 didalam peperiksaan akhir tahun Darjah Satunya. “Bukan, tapi Adik dapat nombor 2 dengan 5.” Syahierah dengan gembira menerangkan kedudukan nombor peperiksaannya. “Aaaiii, mana boleh dapat 2 nombor. 1 orang 1 nombor aje. Tengok betul betul.”

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 18 / 31 www.gempaknewbie.com

Dia terus mengambil ‘report book’nya dan menunjukkan kepada ibunya: “Kan, betulkan Adik cakap. Adik dapat nombor 2 dengan 5?” Tertawa kuat Ibunya melihatkan anaknya yang betul-betul ‘naïve’: “Ini nombor 25lah dik. Ibu cakap, nombor 1,2,3,4,5. Bukan 25.” “Tapi inikan ada nombor 2 dengan 5 jugak. Tak aci. Adik nak present jugak.” Syahierah tetap berpegang pada janji ibunya: Hadiah kalau dapat nombor 1 sampai 5. “Oklah ini skali aje. Lain kali kalau ada 2 nombor macam ni, tak pakai, ok?” Ibunya mengalah. “Ok… Nanti Adik nak choose sendiri hadiahnya…” Syahierah terus berangan. ***Nasib aik ada nombor. Kalau tak ada, kan lagi haru!

==========

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 19 / 31 www.gempaknewbie.com

Mandi Bunga Bila dapat sahaja persetujuan dari ibunya, Hilyah dengan cepat mencari bunga disekeliling kampung untuk dibawa pulang. Sekali sahaja boleh mandi bunga. Ibunya berpesan. Tak tahan dengan permintaannya, akhirnya, ibunya mengalah. Mungkin pernah melihat di’television’ jadi dia beria-ia sangat hendak mandi bunga. Hampir setiap hari dia meminta izin ibunya dan hari yang dinantikan pun tiba. Diramasnya bunga-bunga itu dan diletakkannya didalam bekas air yang agak besar. Setelah menyabun, dia menyuruh ibunya menjirus sambil dia menggosok-gosok dibahagian kepala dan diseluruh badan. Setelah siap berbaju, terpancar wajah riangnya. Sambil tersenyum, dia menyuruh ibunya menghidu bauan bunga-bunga yang banyak tadi. Dia menghulurkan kepalanya dan ibunya mencium rambutnya, macam nak termuntah ibunya dibuatnya: “Hilyah, cepat shampoo rambut. Sabun badan. Bau taik ayam. Bunga taik ayam pun Hilyah ambik?” Ibunya terus pergi ke’sink’. Termuntah ibunya disana.

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 20 / 31 www.gempaknewbie.com

Kata mandi bunga. Semua bunga yang Hilyah nampaklah Hilyah ambik.” Dia terus kebilik mandi semula. “Lain kali mandi pakai bunga cengkih, bunga kobis dengan bunga plastik…” Ibunya ‘menggalakkan’ dia mandi bunga sekali lagi ***’TREND’ Sekarang kelopak bunga dijadikan hiasan hidangan.

==========

Mengikut Imam “Budak-budak ni tak sembayang ari ni. Dia orang main saja.” Datuk kepada 3 sepupu Khalil, Aimi dan Ssufy mengadu. Kita sembayang kan wajib ikut imam. Embah pakai cermin-mata itam. Embah pakai bantal. Nyai tak kasi kita amik bantal. Lagi pun, mana kita ada cermin-mata hitam.” Mereka mempertahankan diri. Ya. Datuk mereka baru menjalani ‘operation’ membuang selaput mata. Untuk tidak terlalu banyak cahaya memasuki mata, datuk itu mengenakan cermin-mata hitam khas untuknya. Dan dia sujud diatas bantal agar tidak terlalu banyak pergerakan urat mata berlaku. ***Sekarang, mana wajib, ikut atau tidak mengikut imam.

==========

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 21 / 31 www.gempaknewbie.com

Kenangan Sepanjang Zaman Seperti yang diceritakan oleh Dian yang sekarang bertugas di Timur Tengah: “Waktu tu, Darjah 2. Masa Spelling, saya keluarkan tissue paper dari pocket. “Saya ada flu.” Saya beritau kawan. Tissue itu saya letakkan atas meja. Sebenarnya, saya tulis spelling words tu kat tissue paper. Saya ingat lagi spellingnya: mother, father, brother, sister, grandparents, family. Abis je Spelling, Teacher suruh saya berdiri kat depan tunjukkan tissue paper saya pada kawan. Saya tak perasan dia berdiri kat belakang saya peratikan apa saya buat. Apa lagi, kena sebatlah kat tangan.” ***Sekarang ada ‘family’ sendiri apa macam?

========== Kuasa Ganda “Aimi, kenapa dah tak nak pegi mesjid? Kita kat Mekah tau!”

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 22 / 31 www.gempaknewbie.com

“Kan orang tamak selalu rugi. Aimi dah banyak pahalalah Mak. Dah banyak kali Aimi sembayang kat mesjid. 1 ari dapat 500 000. Kemarin kita kat Madinah Aimi dapat 50 000 pahala x 3 ari kita kat sana. Hah, dah berapa?” Pemahaman seorang anak 8 tahun yang baru belajar peribahasa. ***Tidak hilang Melayu didunia.

Produk PERCUMA untuk Anda

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 23 / 31 www.gempaknewbie.com

Download

Download

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 24 / 31 www.gempaknewbie.com

Download

Download

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 25 / 31 www.gempaknewbie.com

Download

Download

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 26 / 31 www.gempaknewbie.com

Download

Download

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 27 / 31 www.gempaknewbie.com

Download

Download

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 28 / 31 www.gempaknewbie.com

Download

Download

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 29 / 31 www.gempaknewbie.com

Download

Download

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 30 / 31 www.gempaknewbie.com

Download

Download

Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas __________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Ms 31 / 31 www.gempaknewbie.com

Bonus Rahsia Dari Gempak Newbie Team

Anda dapatkan Bonus tersebut

DI SINI.

Dah download..baru tau..☺☺☺☺