Umum Gaji Minimum Ss

5
1 KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA KENYATAAN MEDIA GAJI MINIMUM SEKTOR SWASTA: PENJELASAN MENGENAI PERBEZAAN ANTARA SABAH, SARAWAK DAN LABUAN DENGAN SEMENANJUNG Susulan pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak, di Putrajaya pada 30 April 2012, ada pihak tertentu yang kurang berpuas hati dengan perbezaan kadar gaji minimum antara Semenanjung sebanyak RM900 sebulan dengan Sabah, Sarawak dan Labuan sebanyak RM800 sebulan. Berhubung isu ini, Kementerian Sumber Manusia ingin menjelaskan bahawa penetapan gaji minimum adalah berdasarkan kajian yang mendalam berdasarkan fakta-fakta ekonomi dan statistik yang tepat serta kajian yang terperinci termasuk kajian oleh Bank Dunia. Pengiraan kadar gaji minimum adalah berasaskan lima kriteria iaitu Pendapatan Garis Kemiskinan, Gaji Penengah, Indeks Harga Pengguna, Perubahan Produktiviti Buruh, dan Kadar Pengangguran, yang dirumuskan dalam formula berikut: Gaji Minimum = Purata [(Pendapatan Garis Kemiskinan/1.2) + Gaji Penengah] x [1 + (Perubahan Indeks Harga Pengguna) + (Perubahan Produktiviti Buruh) – (Kadar Pengangguran)] Berdasarkan formula tersebut, kadar gaji minimum adalah seperti berikut: lagi...

description

gaji

Transcript of Umum Gaji Minimum Ss

Page 1: Umum Gaji Minimum Ss

1

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

KENYATAAN MEDIA

GAJI MINIMUM SEKTOR SWASTA: PENJELASAN MENGENAI PERBEZAAN ANTARA SABAH,

SARAWAK DAN LABUAN DENGAN SEMENANJUNG

Susulan pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak, di Putrajaya pada 30 April 2012, ada pihak tertentu yang kurang berpuas hati dengan perbezaan kadar gaji minimum antara Semenanjung sebanyak RM900 sebulan dengan Sabah, Sarawak dan Labuan sebanyak RM800 sebulan.

Berhubung isu ini, Kementerian Sumber Manusia ingin menjelaskan bahawa penetapan gaji minimum adalah berdasarkan kajian yang mendalam berdasarkan fakta-fakta ekonomi dan statistik yang tepat serta kajian yang terperinci termasuk kajian oleh Bank Dunia. Pengiraan kadar gaji minimum adalah berasaskan lima kriteria iaitu Pendapatan Garis Kemiskinan, Gaji Penengah, Indeks Harga Pengguna, Perubahan Produktiviti Buruh, dan Kadar Pengangguran, yang dirumuskan dalam formula berikut:

Gaji Minimum = Purata [(Pendapatan Garis Kemiskinan/1.2) + Gaji Penengah] x [1 + (Perubahan Indeks Harga Pengguna) + (Perubahan Produktiviti Buruh) – (Kadar Pengangguran)]

Berdasarkan formula tersebut, kadar gaji minimum adalah seperti berikut:

lagi...

Page 2: Umum Gaji Minimum Ss

2

Wilayah

Kadar Gaji Minimum Mengikut Formula

Semenanjung RM956.70 Sabah dan Labuan RM771.58 Sarawak RM781.21

Walau bagaimanapun, berdasarkan kajian oleh Bank Dunia, jika kadar gaji minimum ditetapkan melebihi RM900 sebulan (gaji asas) ia dijangka memberi kesan negatif yang signifikan ke atas operasi firma, kemasukan pelaburan asing dan peningkatan kadar pengangguran yang ketara. Justeru, Majlis Perundingan Gaji Negara membuat syor agar gaji minimum tidak melebihi RM900. Kadar gaji minimum yang disyorkan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara adalah seperti berikut:

Wilayah

Syor MPGN: Kadar Gaji Minimum

Semenanjung RM900 Sabah dan Labuan RM770 Sarawak RM780

Kerajaan setelah menimbang syor oleh Majlis Perundingan Gaji Negara telah memutuskan bahawa kadar gaji minimum bagi negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak wajar kurang daripada RM800 iaitu selaras Pendapatan Garis Kemiskinan Kebangsaan RM800. Sehubungan itu, Kerajaan memutuskan kadar gaji minimum seperti berikut:

Wilayah

Keputusan Kerajaan: Kadar Gaji Minimum

Semenanjung

RM900

Sabah dan Labuan RM800 Sarawak RM800

Berdasarkan maklumat di atas, Kerajaan seboleh mungkin ingin merapatkan jurang perbezaan antara wilayah, namun perkara ini tidak boleh dilakukan secara drastik kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada guna tenaga dan ekonomi negara.

lagi...

Page 3: Umum Gaji Minimum Ss

3

Sekiranya kadar gaji minimum ditetapkan pada kadar RM900 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan dibimbangi majikan, khususnya majikan kecil, di negeri-negeri tersebut akan menghadapi masalah untuk terus beroperasi atau terpaksa menutup operasi. Jika keadaan ini berlaku, pekerja akan kehilangan pekerjaan di mana akhirnya akan menimbulkan pelbagai masalah lain. Penetapan kadar RM800 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Labuan adalah jauh lebih tinggi daripada gaji penengah masa kini, seperti ditunjukkan dalam jadual berikut:

Wilayah

Gaji Penengah (RM)

Kadar Gaji Minimum (RM)

Perbezaan (RM)

Semenanjung 1,134 900 - 234 (-20%) Sabah dan Labuan 577 800 223 (39%) Sarawak 738 800 62 (8%) Oleh itu, adalah tidak wajar menyatakan bahawa Kerajaan telah menganaktirikan pekerja di Sabah, Sarawak dan Labuan dengan menetapkan kadar gaji minimum yang berbeza. Di Sabah umpamanya, penetapan gaji minimum RM800 adalah 39 peratus melebihi gaji penengah. Ini bermakna tidak kurang 50 peratus pekerja di Sabah akan mendapat kenaikan gaji tidak kurang daripada 39peratus. Penetapan gaji minimum yang berbeza ini adalah untuk permulaan sahaja, di mana YAB Perdana Menteri semasa pengumuman gaji minimum telah menyebut bahawa kadar gaji minimum akan dikaji semula setiap dua tahun dan Kerajaan berharap pada masa akan datang kadar gaji minimum dapat diselaraskan kepada satu kadar untuk seluruh negara.

Majlis Pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta anjuran Kementerian Sumber Manusia telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya pada jam 9.00 malam, 30 April 2012.

lagi...

Page 4: Umum Gaji Minimum Ss

4

Pada majlis tersebut, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pelaksanaan gaji minimum pekerja swasta seperti berikut: (i) Gaji minimum akan meliputi semua pekerja dalam semua

sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali pekhidmat domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya.

(ii) Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM900 sebulan atau RM4.33 sejam, sementara bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam. Kerajaan juga menyediakan mekanisme pelaksanaan supaya gaji minimum yang ditetapkan ini tidak membebankan majikan dan tidak merugikan para pekerja dengan membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum.

(iii) Tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah 6 bulan dari tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan. Walau bagaimanapun, untuk memberi ruang dan peluang kepada majikan kecil atau “micro enterprises” membuat persediaan sepenuhnya agar peniagaan mereka tidak terjejas, tempoh kuat kuasa bagi kategori ini ialah 12 bulan dari tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan. Pengecualian tempoh 12 bulan ini tidak terpakai kepada syarikat atau firma profesional seperti klinik-klinik pergigian dan perubatan, firma guaman, firma arkitek, firma juru perunding dan sebagainya, walaupun syarikat dan firma tersebut mempunyai bilangan pekerja 5 orang atau kurang. Pemberian tempoh masa yang mencukupi ini adalah supaya majikan dapat membuat persediaan secukupnya bagi menstrukturkan semula gaji pekerja dan operasi perniagaan masing-masing. Kerajaan juga menyediakan mekanisme pelaksanaan yang fleksibel supaya majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan.

lagi...

Page 5: Umum Gaji Minimum Ss

5

Gaji minimum yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri ini adalah hasil rundingan bersama pihak majikan, pihak pekerja, pihak Kerajaan dan pakar-pakar ekonomi dalam Majlis Perundingan Gaji Negara.

Tamat. Dikeluarkan oleh: Kementerian Sumber Manusia Putrajaya. 4 Mei 2012 Ruj. KSM/T/900/1/1Jld.3 (50) Sebarang pertanyaan, sila berhubung : Unit Komunikasi Korporat Mohammad Kamal Mat Noor (Tel: 019 - 227 3809)