Undang-undang antarabangsa

31

Click here to load reader

Transcript of Undang-undang antarabangsa

Page 1: Undang-undang antarabangsa

DISEDIAKAN OLEH

JEFFERSON RICHARD

JAMILI SUMPO

MOHD LATIF

SEJARAH : HUBUNGAN ANTARABANGSABAB TIGA: UNDANG-UNDANG

ANTARABANGSA

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 2: Undang-undang antarabangsa

VIDEO

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 3: Undang-undang antarabangsa

KONSEP UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA

• Merujuk kepada undang-undang yang mengawal kegiatan-kegiatan yang mempunyai keperibadian a/b.

• Penting dalam mengawal tindakan dan peranan yang dilakukan oleh aktor-aktor dalam hubungan antarabangsa yang merentas sempadan negara supaya tidak bercanggah dengan amalan di sesebuah negara.

• Kewujudan sistem undang2 di peringkat a/b secara dasarnya telah berjaya mengawal keamanan dunia terutamanya apabila wujud pelbagai perkara yang bercanggah di antara negara dengan negara lainnya di dunia.

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 4: Undang-undang antarabangsa

• Kewujudan PBB misalnya telah berjaya memastikan undang-undang a/b digubal dan dilaksanakan terutamanya dengan kewujudan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague.

• Antara cabang undang2 a/b termasuklah dalam hal berkaitan dengan undang2 jenayah a/b, penggunaan kekerasan, kemanusiaan, laut, diplomatik, konsular, dan alam sekitar.

• Undang2 a/b digubal secara konvensyen iaitu persetujuan daripada negara2 yang menyertainya. Selain itu, terdapat beberapa unsur2 lain yang diterima sebagai undang2 a/b.

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 5: Undang-undang antarabangsa

• Disebabkan undang2 a/b mengiktiraf kedaulatan sesebuah negara, undang2 di peringkat a/b bukanlah bersifat campur tangan ke atas urusan sesebuah negara, akan tetapi dilaksanakan atas kepentingan yang bersifat sejagat.

• Oleh itu, walaupun persetujuan bersama menjadi asas penting kepada penggubalan undang2 a/b, di sana masih terdapat beberapa tindakan sepihak yang bersifat unilateral dalam undang2 a/b.

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 6: Undang-undang antarabangsa

PERANG ISREAL DAN SYRIA

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 7: Undang-undang antarabangsa

KONSEP UNILATERAL DALAM UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA

• Bermaksud sesuatu tindakan yang dilakukan secara sepihak oleh sesuatu pihak ke atas pihak yang lain tanpa mendapatkan persetujuan daripada pihak yang lainnya.

• Di peringkat PBB, satu konvensyen undang-undang telah dibuat yang dinamakan sebagai “Unilateral Acts of The States”. Berdasarkan satu Jawatankuasa Kerja bagi mengkaji undang ini (rujuk laman sesawang PBB), jawatankuasa telah mengesyorkan kepada pertubuhan bahawa, “tindakan unilateral adalah penting bagi memastikan undang2 keselamatan a/b boleh menjamin kestabilan dalam hubungan di peringkat a/b.”

• Dalam hal ini, keputusan unilateral seringkali dilihat melalui keputusan yang dibuat ke atas kepentingan a/b terutamanya dalam menyekat pengayaan uranium dan pembangunan nuklear yang berisiko dari negara tertentu. Iran misalnya telah menerima hukuman unilateral daripada PBB disebabkan program pembangunan nuklearnya itu

Page 8: Undang-undang antarabangsa

KONSEP MULTILATERAL DALAM UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA

• Multilateral dalam konteks hubungan antarabangsa bermaksud satu hubungan secara bersama beberapa pihak dalam menyelesaikan sesuatu isu.

• Robert Keohane (1990) mendefinisikan multilateralisme sebagai satu amalan yang menggabungkan polisi-polisi antara sekumpulan tiga negara atau lebih dalam sesuatu perkara atau isu.

• Di peringkat undang2 arabangsa, undang-undang yang bersifat multilateral adalah undang2 yang dibuat secara bersama dan dipersetujui oleh negara-negara ahli PBB yang menandatanganinya.

Page 9: Undang-undang antarabangsa

UNDANG-UNDANG INI DIBUAT MELALUI KONVENSYEN-KONVENSYEN KHAS PBB SEPERTI:

1. Akta Konvensyen Geneva (1962), sebagaimana yang disemak pada tahun 1993, untuk memberi kesan undang2 kepada Empat Konvensyen Geneva untuk Perlindungan Mangsa Perang tahun 1949;

2. Keistimewaan Diplomatik (Konvensyen Vienna 1966), seperti yang dipinda pada tahun 1999, untuk memberi kesan undang2 kepada Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961;

3. Pengangkutan melalui Udara 1974, untuk memberi kesan undang2 kepada Konvensyen Warsaw 1929, sebagaimana yang dipinda oleh Protokol Hague 1955 dan Konvensyen Guadalajara tahun 1961;

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 10: Undang-undang antarabangsa

4. Akta Zon Ekonomi Eksklusif, 1984, untuk memberi kesan undang2 kepada peruntukan2 tertentu Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang2 Laut 1982.

5. Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1992, untuk memberi kesan undang2 kepada Konvensyen pada Keistimewaan dan Kekebalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1946.

Page 11: Undang-undang antarabangsa

SUMBER UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA

• Terdapat tiga sumber undang-undang yang digunapakai oleh undang-undang antarabangsa iaitu:

1. Triti

2. Undang-undang Adat Antarabangsa

3. Prinsip-prinsip Am Perundangan

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 12: Undang-undang antarabangsa

1. TRITI

• Triti adalah merupakan perjanjian antara negara untuk menguatkuasakan undang2 tertentu di peringkat a/b.

• Dalam amalan dunia moden, triti dilaksanakan dalam bentuk konvensyen yang disertai oleh negara tertentu dan kandungan undang2 digubal dan dipersetujui secara bersama.

• Contohnya, termasuklah Konvensyen Geneva iaitu satu konvensyen yang meluluskan undang2 untuk melindungi mangsa2 perang.

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 13: Undang-undang antarabangsa

2. UNDANG-UNDANG ADAT ANTARABANGSA

• Seperti mana yang dinyatakan oleh ICJ dalam Nicaragua case, undang2 adat ialah kesinambungan oleh dua elemen utama, iaitu :

1. Objektiviti daripada praktis negara (state practice).

2. Subjektif yang dianggap sebagai penerimaan undang2 atau juga dinamakan sebagai opinio juri.

• Keputusan2 kes mahkamah di peringkat a/b & tulisan para cendakiawan juga dilihat sebagai sumber persuasif adat & amalan undang2 a/b disamping sebagai bukti kelakuan negara itu sendiri.

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 14: Undang-undang antarabangsa

• Cubaan untuk menghuraikan adat & amalan undang2 a/b diperkasakan selepas Perang Dunia Kedua dengan penubuhan Surhanjaya Undang-Undang Antarabangsa (ILC).

• Adat yg telah dikodifikasikan itu dijadikan wajib dalam mengintepretasikan sesuatu adat yang tersorok dalam sesuatu perjanjian.

• Untuk negara yang tidak menjadi anggota bagi triti, kerja ILC masih boleh diterima sebagai adat yg diaplikasikan terhadap negara2 berkenaan.

Page 15: Undang-undang antarabangsa

3. PRINSIP-PRINSIP AM PERUNDANGAN

• Prinsip2 am perundangan pula adalah prinsip2 yang wujud dalam semua sistem perundangan yang diamalkan di dunia.

• Sesetengah kebiasaan undang2 a/b mencapai status kebiasaan utama jus cogens dan berkuatkuasa keatas semua negara dengan tiada pengecualian.

• Prinsip2 am semua sistem perundangan dunia juga diaplikasi apabila diperlukan.

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 16: Undang-undang antarabangsa

PRINSIP-PRINSIP UMUM DALAM UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA

1. Prinsip Undang-undang Awam Antarabangsa

2. Prinsip Undang-undang Khusus Antarabangsa

3. Prinsip Undang-undang Supranasional

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 17: Undang-undang antarabangsa

1. PRINSIP UNDANG-UNDANG AWAM ANTARABANGSA

• Undang2 yang mengawal hubungan antara wilayah dan entiti a/b.

• Antaranya termasuklah undang-undang dalam perjanjian, undang2 laut, undang2 jenayah a/b, undang2 perang, undang2 kemanusiaan dan undang2 hak asasi manusia sejagat.

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 18: Undang-undang antarabangsa

2. PRINSIP UNDANG-UNDANG KHUSUS ANTARABANGSA

• Undang2 yang dikenali sebagai Private International Law atau Conflict of Laws adalah berkaitan bidang kuasa khas terhadap:

1) Bidang kuasa antarabangsa dalam mengendalikan kes

2) Undang2 yang terpakai dalam kes2 yang diperdengarkan itu.

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 19: Undang-undang antarabangsa

3. PRINSIP UNDANG-UNDANG SUPRANASIONAL

• Apabila terdapat sesuatu perjanjian dua pihak antara sesebuah negara dengan entiti a/b yang lainnya, sekiranya undang2 di negara tersebut adalah bercanggah dengan undang2 di peringkat a/b, undang2 di negara tersebut adalah tidak terpakai dalam mengendalikan sebarang kes2 berbangkit dalam perjanjian tersebut.

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 20: Undang-undang antarabangsa

MALAYSIA DAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA

• Walaupun undang2 a/b pada prinsipnya adalah untuk mengawal undang2 di peringkat a/b, kedaulatan negara dalam menentukan undang2 adalah mengatasi undang2 a/b tersebut.

• Seperti juga Malaysia, kebanyakan negara di dunia secara dasarnya memberikan komitmen terhadap undang2 a/b atas kerelaan mereka (dalam sesetengah hal dan menolak sebahagian yang lain) dan ICJ sendiri berfungsi sekiranya negara bersetuju untuk membawa kes atau pertikaian mereka kepada badan kehakiman a/b tersebut.

Page 21: Undang-undang antarabangsa

• Abdul Ghafur Hamid (2006), Perlembagaan Malaysia tidak seperti negara2 tertentu yang lain, tidak mengandungi sebarang peruntukan yang menjadikan undang2 a/b perlu dianggap sebagai undang2 negara atau diambil sebagai undang2 negara. Walaubagaimanapun, sesetengah undang2 yang digunapakai di Malaysia adalah selaras dengan amalan di peringkat a/b.

• Secara prinsipnya,undang2 a/b di Malaysia dikawal oleh Persekutuan di bawah peruntukan Artikel 74 (1) yang menyebut, “ Parlimen boleh membuat undang2 mengenai mana2 perkara yang disenaraikan dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama dalam Jadual 9.

• Berdasarkan “Senarai Persekutuan”, Parlimen berkuasa untuk menggubal undang2 yang berkait dengan hal ehwal luar termasuklah triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain.

Page 22: Undang-undang antarabangsa

• Oleh itu, walaupun badan eksekutif Persekutuan berkuasa membuat triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain, kuasa untuk meluluskan penggunaan undang2 a/b di Malaysia secara prinsipnya terletak pada badan legislatif iaitu Parlimen.

• Disebabkan perlembagaan Malaysia tidak menyebut bahawa undang2 a/b tergunapakai di Malaysia secara automatik, maka undang2 a/b diterimapakai melalui statut atau Akta di Parlimen samada digubal atau meminda akta sedia ada.

• Hal ini kerana, menurut Abdul Ghafur (2006), walaupun kerajaan bagi pihak negara telah menandatangani persetujuan di peringkat a/b,undang2 a/b tidak boleh mengatasi undang2 tempatan (jika bercanggah) kecualilah diluluskan di Parlimen.

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 23: Undang-undang antarabangsa

BERIKUT ADALAH PERJANJIAN ANTARABANGSA YANG MENYEBABKAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA

DITERIMAPAKAI DI MALAYSIA TERMASUK:1. Akta Konvensyen Geneva (1962), sebagaimana yang disemak

pada thn.1993, untuk memberi kesan undang2 kepada Empat Konvensyen Geneva utk Perlindungan Mangsa Perang thn. 1949;

2. Keistimewaan Diplomatik (Konvensyen Vienna 1966), seperti yang dipinda pd thn.1999,untuk m’beri ksan undang2 kpda Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961

3. Pengangkutan melalui Udara 1974, untuk memberi kesan undang2 kepada Konvensyen Warsaw 1929, sebagaimana yang dipinda oleh Protokol Hague 1955 dan Guadalajara Konvensyen tahun 1961;

Page 24: Undang-undang antarabangsa

4. Akta Zon Ekonomi Eksklusif, 1984, untuk memberi kesan undang2 kepada peruntukan2 tertentu Konvensyen Pertubuhan Bangsa2 Bersatu mengenai Undang2 Laut 1982.

5. Organisasi A/b (Keistimewaan dan Kekebalan) 1992, untuk memberi kesan undang2 kepada Konvensyen pada Keistimewaan & Kekebalan Pertubuhan Bangsa2 Bersatu 1946.

6. Akta Hubungan Konsular (Keistimewaan dan Kekebalan) 1999, untuk memberi kesan undang2 kepada Konvensyen Vienna mengenai Perhubungan Konsular 1963.

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 25: Undang-undang antarabangsa

OLEH ITU, JELAS DALAM PRINSIP UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA MALAYSIA, ANTARA PRINSIP YANG

DIAMALKAN TERMASUKLAH:1. Penguatkuasaan undang2 a/b adalah di bawah kuasa Parlimen

walaupun kerajaan berhak untuk mengadakan persetujuan dengan mana2 konvensyen a/b yang menyebabkan kerajaan terikat dengan mana2 undang2 antarabangsa.

2. Malaysia mengiktiraf sebahagian Undang2 A/b yang selaras dengan undang2 negara dan tidak bercanggah termasuklah dalam konvensyen Geneva, Warsaw, Vienna dll.

3. Malaysia mendukung undang2 a/b untuk keamanan dan kestabilan dunia. Persetujuan untuk menggunakan khidmat Mahkamah Keadilan A/b untuk menyelesaikan beberapa pertikaian seperti dalam isu Pulau Batu Puteh dan Pulau Sipadan selepas perbincangan secara diplomasi gagal.

Page 26: Undang-undang antarabangsa

4. Walaubagaimanapun, Malaysia berusaha untuk mengelakkan ICJ terlebih dahulu dalam kes2 dengan negara jiran termasuklah dalam kes Blok L dan M dengan Brunei dan Perjanjian Joint Venture Malaysia-Thailand di Laut China Selatan untuk pendaratan petroleum dan gas di Songkhla.

5. Walaupun Malaysia berhak menerima dan menolak beberapa undang2 a/b, Malaysia tidak terlepas dari tribunal-tribunal khas sekiranya melanggar undang2 a/b terutamanya dalam soal keamanan dan konflik antara negara.

6. Dalam soal hak asasi manusia, walaupun Malaysia menerima Pengisyhtiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) oleh PBB yang mengiktiraf hak untuk bebas daripada kemahuan, bebas bersuara dan bebas berkepercayaan, di sana unsur2 tempatan dan agama masih dikekalkan dalam perundangan termasuklah ketegasan terhadap ajaran2 sesat manakala agama minoriti adalah untuk anutan dan tidak boleh disebarkan.

Page 27: Undang-undang antarabangsa

7. Malaysia menerima undang2 a/b berkaitan dengan persempadanan a/b seperti undang2 laut (UNCLOS) dan undang2 udara yang memberikan panduan kepada pelbagai pertikaian di peringkat a/b mengenai perairan a/b sebelumnya.

8. Walaupun Undang2 a/b di bawah Chapter V turut mengiktiraf kewujudan Israel sebagai sebuah negara, Malaysia menolak pengiktirafan tersebut dan tidak menjalin sebarang hubungan diplomatik dengan Israel. (dahulunya Malaysia juga enggan mengiktiraf rejim aphartd di Afrika Selatan)

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 28: Undang-undang antarabangsa

SOALAN UJI MINDA1. Apakah yang dimaksudkan dengan Konsep Undang-

undang Antarabangsa?

2. Terangkan Konsep Unilateral dalam undang-undang Antarabangsa.

3. Terangkan Konsep Multilateral dalam Undang-undang Antarangsa.

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 29: Undang-undang antarabangsa

KESIMPULAN

Undang-undang Antarabangsa sangat PENTING Bagi memberi KEAMANAN, KEADILAN dan Menjaga HAK ASASI MANUSIA, Politik, Ekonomi, Sosial serta Menjamin Hubungan Serantau yang erat di Antara Malaysia dan Negara antarangsa Secara GLOBALISASI Keseluruhannya…….

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 30: Undang-undang antarabangsa

VIDEO

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 31: Undang-undang antarabangsa

SEKIAN TERIMA KASIH

notappismpsejarahgstt.blogspot.com