undang undang bangunan

111
KESELAMATAN DAN PENGURUSAN Dalam apa jua bidang, isu pegurusan tidak lagi dipandang remeh terutama dalam hal-hal yang melibatkan orang awam atau masyarakat. Di mana secara tidak langsung kebajikan masyarakat akan dapat dipupuk dan terpelihara keharmoniannya. Sistem pengurusan tapak yang berkualiti akan dapat meningkatkan mutu dan produktiviti kerja dan pada masa yang sama juga ianya dapat mengurangkan kos pembinaan. Pengurusan tapak yang baik dapat mengurangkan pembaziran bahan mentah, tenaga kerja dan masa semasa kerja-kerja atau aktiviti- aktiviti di tapak bina, ianya perlu dilaksanakan mengikut jadual perancangan (time schedule) yang telah ditetapkan, di mana tujuannya adalah untuk mengelakkan berlakunya kelewatan. Kelewatan akan menjejaskan keseluruhan program atau tempoh untuk menyiapkan sesuatu projek boleh menyebabkan kerugian dan matlamat tidak dapat dicapai. Di sinilah perancangan, pengawalan dan pengurusan yanag sistematik diperlukan. 1

description

assaigment building by law

Transcript of undang undang bangunan

Page 1: undang undang bangunan

KESELAMATAN DAN PENGURUSAN

Dalam apa jua bidang, isu pegurusan tidak lagi dipandang remeh terutama dalam hal-

hal yang melibatkan orang awam atau masyarakat. Di mana secara tidak langsung

kebajikan masyarakat akan dapat dipupuk dan terpelihara keharmoniannya. Sistem

pengurusan tapak yang berkualiti akan dapat meningkatkan mutu dan produktiviti kerja

dan pada masa yang sama juga ianya dapat mengurangkan kos pembinaan.

Pengurusan tapak yang baik dapat mengurangkan pembaziran bahan mentah, tenaga

kerja dan masa semasa kerja-kerja atau aktiviti-aktiviti di tapak bina, ianya perlu

dilaksanakan mengikut jadual perancangan (time schedule) yang telah ditetapkan, di

mana tujuannya adalah untuk mengelakkan berlakunya kelewatan. Kelewatan akan

menjejaskan keseluruhan program atau tempoh untuk menyiapkan sesuatu projek

boleh menyebabkan kerugian dan matlamat tidak dapat dicapai. Di sinilah

perancangan, pengawalan dan pengurusan yanag sistematik diperlukan.

1

Page 2: undang undang bangunan

Kenyataan Masalah

Oleh kerana tiada sistem pengurusan tapak bina yang berkesan, maka pelbagai

permasalahan timbul yang menyebabkan kerugian kepada kontraktor malahan kepada

pemilik dan orang awam khususnya. Di antara masalah yang sering dihadapi adalah :-

Kelewatan penyerahan projek

Oleh kerana pengurusan yang tidak sistematik akan menyebabkan pembinaan sesuatu

projek itu tertunda atau terlewat dari tarikh asal penyerahan projek itu.

Tekanan terhadap keupayaan Pengurusan projek.

Kritikan terhadap projek pembinaan berkait rapat dengan aktiviti yang dijalankan di

tapak bina. Masalah mogok, kemalangan, projek lambat, masalah pekerja yang kerap

ponteng kerja dan perkara-perkara yang tidak dilapor adalah tinggi. Ini menyebabkan

pelbagai aktiviti terpaksa ditangguhkan.

2

Page 3: undang undang bangunan

Tekanan luaran

Bahan binaan yang lambat dihantar akan menimbulkan masalah dan menyebabkan kos

projek akan bertambah dan kelewatan pada projek. Gaya pengurusan yang tidak

teratur seperti menguruskan kontrak buruh atau pembayaran kembali kontrak akan

mengalami kegagalan. Pengurusan yang tidak realistik akan menambahkan masalah

pengurusan di tapak yang mana tidak ekonomik serta membawa kesan yang buruk.

Tekanan di tapak pembinaan

Cuaca yang tidak menentu

Kekurangan kemahiran

Persekitaran kerja

Masalah pelan tapak

Penyeliaan

Pekerja yang kurang motivasi

Kawalan bahan binaan

Kawalan dokumen

Sistem perancangan

Keselamatan pekerja

Pengurusan yang lemah ke atas sumber-sumber seperti bahan, buruh, masa dan kos.

Pengurusan yang kurang sistematik di tapak bina termasuk dari segi struktur, peralatan

serta teknologi yang digunakan dalam pembinaan tidak bersesuaian.

Kurang pengalaman serta pengetahuan di dalam sistem pengurusan di tapak bina oleh

pengurus projek pembinaan.

3

Page 4: undang undang bangunan

Ojektif Kajian

Kelancaran proses pembinaan sering dikaitkan dengan pengurusan. Pengurusan yang

baik akan turut menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Oleh yang demikian, aspek

pengurusan semangnya tidak boleh diabaikan. Pengurusan yang berkualiti adalah

merupakan nadi kepada perlaksanaan sesuatu kerja. Seterusnya membangkitkan

tindakan yang sewajarnya.

Objektif utama kajian kes ini ialah

Mengenalpasti elemen yang penting serta kaedah-kaedah dalam menguruskan tapak

bina.

Mengenalpasti punca yang dihadapi oleh syarikat pembinaan yang menyebabkan

kelewatan menyiapkan sesuatu projek pembinaan. (Kajian kes)

Membuat cadangan bagimana sistem pengurusan tapak bina dapat dilaksanakan

dengan lebih cekap dan berkesan melalui kaedah-kaedah yang dikenalpasti.

4

Page 5: undang undang bangunan

Skop Kajian

Banyak sebab-sebab yang menjadikan sesuatu projek pembinaan tidak dapat disiapkan

mengikut jadual seperti masalah sosial, perkhidmatan, teknikal, kemampuan

pemborong dan juga pengurusan. Oleh itu, skop kajian ini tertumpu projek Cadangan

Membina dan Menyiapkan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang dan ini tertumpu

kepada pengurusan tapak bina yang melibatkan aspek kelewatan dari segi kewangan

dan tenaga pekerja. Bagi melengkapkan kajian ini data-data mengenai projek tersebut

diperolehi.

Kepentingan Kajian

Kajian ini penting untuk memaparkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengawal

kemajuan perlaksanaan sesuatu projek dengan cara pengesanan, penilaian dan

pengawalan yang berkesan.

Biasanya jangkamasa yang ditentukan untuk melaksanakan sesuatu projek pembinaan

adalah penting bagi kedua-dua pihak iaitu pemunya projek (klien) dan juga pelaksana

projek (kontraktor). Kepada kedua-duanya masa adalah wang, biasanya penjimatan

dapat dilakukan sekiranya pembinaan dapat disiapkan dengan lebih awal.

Kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan untuk meningkatkan kecekapan

pengurusan di masa akan datang dan seterusnya dapat mengatasi masalah kelewatan

pembinaan.

5

Page 6: undang undang bangunan

AMALAN PENGURUSAN TAPAK SECARA TEORI

Pengenalan

Semua aktiviti yang terlibat dalam pembinaan di tapak bina pasti mempunyai risiko-

risikonya yang tersendiri. Oleh itu, untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko

tersebut, sistem pengurusan berkesan perlulah dipratikkan secara meluas. Dewasa ini,

liputan berkaitan dengan pengurusan berkesan agar terbuka di media-media cetak dan

elektronik terutama dalam menangani persoalan peraturan di tapak bina.

Tidak dinafikan untuk meraih keberkesanan ini, pengurus sendiri terpaksa

melaksanakan 10 kerja dari kebiasaan (Wan Azmi Ramli, 1985). Ia merupakan

fenomena yang biasa kita lihat dalam dunia pengurusan yang berkesan terutama di

tapak-tapak pembinaan. Terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian untuk

merealisasikan keberkesanan pengurusan walaupun kesilapan pasti tidak dapat

dielakkan.

6

Page 7: undang undang bangunan

Pihak Yang Yang Terlibat

Dalam mencapai yang berkesan pengurusan yang berkesan, peranan individu-individu dalam sistem pengurusan adalah sebagai pemangkin menjayakan matlamat. Gabungan dari kekuatan tersendiri individu-individu ini penting kerana langkah yang tidak sehaluan akan memusnahkan matlamat pengurusan. Misalnya jika tiada hubungan yang rapat antara kontraktor dengan perekabentuk atau prekabentuk dengan arkitek atau pemaju dengan kontraktor, segala masalah tidak akan menuju jalan penyelesaiannnya. Masa, tenaga dan kos akan terbuang dengan sia-sia akibat kurangnya komitmen sesama ahli. Di antara pihak yang terlibat ialah:

Pihak Berkuasa/ Kerajaan

Pemilik/ Pelanggan

Kontraktor

Perunding/ Perancang

Perekabentuk

Pembekal Bahan dan Loji

Pekerja Binaan

Kewangan

7

Page 8: undang undang bangunan

Aspek Penting Dalam Pengurusan Tapak

Berdasarkan kenyataan Ng Kooi Leong (1998), perkara yang perlu ditekankan dalam pengurusan tapak bina yang berkesan adalah:

OrganisasiObjektifPembahagian tugas yang sistematikSumber binaanLogi binaanKawalan masa dan kos

Organisasi

Pembentukkan organisasi adalah perlu dalam menjayakan pembinaan. Organisasi ini mestilah mempunyai objektif-objektif yang jelas untuk menyelia atau membuat pengawalan terhadap aliran kerja yang saling kait mengait.

Objektif

Pihak pengurusan tapak bina mesti mempunyai objektif-objektif yang jelas dalam organisasi. Ini akan membantu ahli-ahlinya menentukan hala tugas masing-masing dan merupakan hubungan antara ahli-ahli organisasi. Ada kalanya syarikat perlu menitikberatkan objektif kakitangan dalam menentukan objektif syarikat.

Pembahagian Tugas Yang Sistematik

Penggunaan tenaga buruh mesti diuruskan dengan teratur dan diagihkan mengikut keperluan aktiviti. Kesesuaian kerja dan kemahiran perlulah seimbang dengan jenis aktiviti yang diserahkan. Adam Smith dalam Wealth of Nation (Mohd Pshal Ab Rauh & Rozhan othman 1996) menyatakan bahawa lebih banyak berlaku pembahagian kakitangan, maka lebih banyak pekerja yang membuat sesuatu tugas secara berterusan, oleh itu lebih berkesan organisasi tersebut. Dengan kata lain individu tertentu akan lebih cekap dan efektif.

8

Page 9: undang undang bangunan

Sumber Binaan

Keperluan bahan binaan harus dibekalkan pada satu-satu masa yang dikehendaki atau

masa-masa yang tertentu. Ini tidak terkecuali terhadap kualiti dan kuantiti bahan yang

perlu dipastikan betul dan mencukupi untuk aktiviti binaan yang tertentu.

Logi Binaan

Pengurusan logi atau jenteraan pembinaan amatlah penting kerana ia secara tidak

langsung memberikan kesan terhadap masa dan kualiti binaan. Logi perlu dipastikan

disenggara sentiasa untuk mengelakkan jangka hayat dan digunakan secara efektif

pada tahap optimal.

Kawalan Masa Dan Kos

Dua aspek yang merupakan nadi kepada perkembangan tapak pembinaan adalah

masa dan kos. Kawalan ini penting supaya projek dapat diselesaikan pada masa yang

terpendek, tidak melebihi kos yang diperuntukkan dan kualiti yang dijangkakan.

9

Page 10: undang undang bangunan

Aspek Penting Pengurusan Tapak Bina

Pengurusan Organisasi Di Tapak Bina

Pengurusan organisasi ini diasaskan untuk memperlihatkan hiraki, agihan kuasa dan

tanggungjawab dalam organisasi. Merupakan pusat pengendalian, penyelarasan,

penyeliaan dan pengawalan segala aktiviti di tapak binaan. Pengurusan organisasi

yang efektif amat berkait rapat dengan hasil akhir pembinaan. Keberkesanan organisasi

membolehkan tapak bina diuruskan dengan sempurna di mana perjalanan pentadbiran

licin,kurang perselisihan dan kos pentadbiran yang optimum serta tiada masaalah yang

kritikal di sepanjang masa pembinaan. Begitu juga dengan penggunaan sumber binaan

dan loji pada tahap optimum. Hubungan antara ahli organisasi yang lebih berkesan

dapat meningkatkan semangat untuk bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh.

10

Page 11: undang undang bangunan

Faktor-faktor Keberkesanan

Faktor-faktor keberkesanan ini adalah penting untuk mengukur sejauh mana ahli-ahli

organisasi melaksanakan objektif dan tugas yang diamanahkan.

Antara faktor-faktor tersebut ialah (Ng Kooi Leong (1998) dan Selva (1997)).

Objektif dan darjah pemahaman

Struktur organisasi

Agihan tugas kuasa dan tanggungjawab

Komunikasi dan perhubungan

Penyelarasan

Objektif Dan Darjah Pemahaman

Setiap organisasi tapak binaan perlu mempunyai objektif-objektif yang jelas. Objektif

yang jelas ini amat berguna untuk melaksanakan tugas, membuat keputusan dan

menyelesaikan masaalah. Antara kepentingan memahami objektif ialah:

i. Tahu apa yang diharapkan oleh organisasi terhadap mereka.

ii. Faham akan kedudukan organisasi dan apa yang boleh mereka harapkan

daripada organisasi.

iii. Boleh menilai tujuan penubuhan organisasi dengan tujuan peribadi mereka.

11

Page 12: undang undang bangunan

Struktur Organisasi

Struktur organisasi adalah berbeza antara satu tapak binaan dengan tapak binaan yang

lain. Kebiasaannya ia bergantung kepada saiz syarikat pembinaan, jenis kerja yang

hendak dijalankan, tempoh pembinaan, jarak tapak binaan dengan ibu pejabat dan

polisi syarikat. Struktur organisasi ini penting di tapak binaan untuk:

i. Memperlihatkan rantaian arahan daripada jawatan yang tertinggi sehingga ke

peringkat yang terendah.

Memperjelaskan bahagian-bahagian dalam organisasi seperti pentadbiran, kewangan

dan teknikal.

Memberikan gambaran kasar tentang perhubungan dan tahap komunikasi antara ahli-

ahli organisasi

Memperjelaskan tugas dan tanggungjawad dalam sesebuah organisasi.

Apa yang jelas di sini, organisasi perlu disusun sesederhana mungkin sesuai

dengan projek dan ahli-ahli organisasi harus tahu dan faham akan tugas,

tanggungjawab serta bidang kuasa masing-masing.

12

Page 13: undang undang bangunan

Agihan Tugas, Kuasa Dan Tanggungjawab

Pengagihan tugas adalah perlu untuk melicinkan lagi perjalanan aktiviti-aktiviti. Ia

dikhususkan kepada pekerja di tapak binaan sama ada mahir, separuh mahir dan tidak

mahir kepada bidang tugas yang bersesuaian ke tahap yang paling optima. Tujuan

pembahagian tugas ini adalah untuk:

Mengelakkan seseorang itu dibebani tugas yang keterlaluan berbanding orang lain.

Penyerahan kerja hendaklah berdasarkan akademik, pengalaman, usia dan jantina

Menjelaskan tugas dan mengelakkan timbul salah faham.

Pembahagian tugas ini hendaklah disertakan dengan kuasa atau hak membuat

keputusan dan tindakan iaitu sebagai garis panduan kepada ahli-ahli organisasi.

Penjelasan ini adalah untuk menyedarkan mereka tentang apa jawatan dan tugas yang

diserahkan serta apa yang diharapkan oleh organisasi dan bagaimana untuk

melaksanakannya sebaik mungkin.

13

Page 14: undang undang bangunan

Komunikasi Dan Perhubungan

Komunikasi yang berkesan berupaya menyalurkan pendapat, maklumat dan

arahan dengan pantas dalam pelbagai peringkat kemahiran. Untuk mencapai tahap

tersebut, organisasi yang sesuai perlu diwujudkan dan dilaksanakan. Secara dasarnya

pemilihan komunikasi ini terbahagi kepada lima (Mohamad Salmi, 1996) iaitu:

Komunikasi bertulis

Komunikasi bertulis adalah seperti perlaksanaan aturan projek, memohon data,

membuat perakuan dan bayaran serta membuat laporan bulanan dan sebagainya.

Bentuk komunikasi ini biasanya mengikut cara yang piawai seperti lukisan spesifikasi

dan dokumen kontrak yang mana kerja di huraikan dengan jelas dan ringkas. Ini

bertujuan supaya penyelia dan pihak yang terlibat semasa projek siap memahami sama

ada hasil kerja adalah memuaskan atau sebaliknya.

Kaedah bertulis ini perlu untuk:

14

Page 15: undang undang bangunan

Menyatakan mesej dalam perkataan yang jelas dan tepat.

b. Mampu menghasilkan kata-kata yang menarik untuk dibaca.

c. Mampu menyatakan dengan tepat apa yang dimaksudkan dengan jelas.

d. Pemilihan waktu yang sesuai iaitu penyusunan pentadbiran yang baik untuk

penyebaran.

e. Menyedarkan tentang batas kemampuan dan pembarisan hanya dalam situasi-

situasi yang sesuai.

Perbandingan Kebaikan Dan Keburukan Komunikasi Bertulis.

KebaikanKekurangan

1. Mesej yang sama dengan semua

orang.

2. Cepat.

3. Pengaturan masa yang teliti boleh

memastikan mesej diterima oleh

semua orang dalam masa yang sama.

4. berguna untuk maklumat yang tidak

‘kritis.

5. Pengedaran dalam beberapa cara

(cth : notis, surat, individu dan

lain-lain) secara serentak.

6. Membantu menyokong komunikasi lisan yang melibatkan subjek.

7. Menjadikan tindakan tatacara, sistem, peraturan dan sebagainya sesuatu yang lazim

dan merekodkannya.

8. Bentuk biasa untuk menghantar laporan dan cadangan.

15

Page 16: undang undang bangunan

1. Tidak semua orang memilih untuk membaca (tiada jaminan mesej telah sampai)

2.Pemahaman yang berlainan antara seseorang

mengikut perbendaharaan kata mereka.

3. Tiada peluang untuk menjelaskan, menyoal,

mendapat jawapan dan berbincang.

4. Sukar menyampaikan kepentingan dan

penekanan relatif.

5. Mengurangkan perasaan keterlibatan dan

menghalang pertukaran maklumat serta

pandangan.

6. Perkataan mungkin kabur, mengelirukan dan salah faham.

.

Komunikasi Lisan Secara Langsung

Komunikasi lisan secara langsung berguna apabila ia melibatkan hal peribadi,

menyelesaikan masalah dengan pantas dan berkesan serta membuat keputusan.

Komunikasi ini sesuai dipratikkan dalam organisasi yang kecil kerana jumlah anggota

yang sedikit. Ia kerap dilakukkan dalam bentuk lisan atau bersemuka, melalui telefon

dan nota bertulis (cepat, cekap dan berkesan). Iaitu tidak bergantung kepada perkataan

sahaja tetapi lebih kepada interaksi spontan dan tindakan yang cepat.

Komunikasi jenis ini perlu untuk:

Persediaan yang teliti.

Kemahiran penyampaian dan komunikasi individu yang baik.

Pengentahuan yang luas.

Mampu mengawal dan menjawad soalan.

Kebolehpercayaan kumpulan.

Galakan penyertaan dan penglibatan.

16

Page 17: undang undang bangunan

Perbandingan Kebaikan Dan Keburukan Komunikasi Lisan

KebaikanKekurangan

Kesan langsung terhadap individu atau kumpulan

Membolehkan penilaian reaksi, perbincangan atau penyampaian diubahsuai

sewajarnya.

Boleh menggunakan perkataan biasa mudah difahami.

Boleh bertanya soalan dan mendapatkan jawapan

Penyampai boleh menyemak asimilasi.

Memungkinkan pengukangan, menggulung hujah dan penekanan khas sebagaimana

perlu.

‘Memperibadikan’ kualiti dan penambahbaikan

Membantu proses penyertaan dan penglibatan.

Boleh mendapat komitmen semua peringkat individu.

Bergantung kepada kemampuan individu untuk komunikasi yang berkesan.

Memerlukanmasa untuk disediakan dengan teliti berbanding dengan kerumitan perkara

itu.

Tidak menjamin keseragaman kandungan dan pemahaman antara kumpulan

berdasarkan agenda umum.

Memekan masa dan biasanya berkesan bagi kumpulan yang kecil.

iii. Komunikasi Lisan Tidak Langsung

Komunikasi ini terbatas keberkesanannya. Sukar untuk memeriksa individu yang

mendengar mesej dan untuk menyemak pemahaman adalah tidak praktikal. Tidak

fleksibel dan tidak dapat disesuaikan dengan mudah menurut keperluan individu.

17

Page 18: undang undang bangunan

iv. Komunikasi Visual.

Kaedah melalui penglihatan adalah lebih berjaya berbanding secara pendengaran,

sentuhan, hidu dan rasa.

v. Komunikasi Melalui Contoh

Komunikasi yang dimaksudkan ialah berdasarkan contoh peribadi iaitu perantaraan

yang berkuasa membuat seseorang memahami mesej, komunikasi melalui contoh

boleh dilakukan dengan:

Cara individu berkelakuan di tempat kerja.

Standard penjagaan dan kebersihan dalam syarikat.

Cara bagaimana seseorang cenderung membantu orang lain memahami dan

mengelak masalah daripada timbul.

Belajar bagaimana memahami, berkomunikasi dan mempengaruhi orang lain

(komitmen).

Patuh pada peraturan, tatacara, sistem, pengendalian piawai dan amalan.

Sikap umum yang positif dan berwaspada terhadap kualiti.

Bagaimana mencetus keghairahan, kebanggaan dan keyakinan dalam diri dan

organisasi.

Semua jenis komunikasi di atas perlu diseimbangkan dan boleh dilaksanakan semasa

mesyuarat yang terdiri daripada perbualan dan pertemuaan ringkas kepada

persidangan, jawatankuasa, kumpulan kerja dan mesyuarat projek. Untuk membentuk

komunikasi yang berkesan apa yang perlu adalah:

18

Page 19: undang undang bangunan

Ringkas dan berterusan

Anggap satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Dituju pada individu yang betul dan maksud yang tepat.

Interaksi dua hala – kedua-dua pihak berpeluang menyuarakan pendapat.

Garis komunikasi yang jelas terhadap carta organisasi.

Penyelarasan

Penyelarasan dalam organisasi adalah penting terutama bila melibatkan kerja

berkumpulan (teamwork). Penyelarasan tugas ini sesuai diaplikasikan untuk:

Memastikan tumpuan ahli organisasi lebih kepada mencapai objektif kerja seterusnya

objektif syarikat.

Mengelakkan sikap melepaskan tanggungjawab di antara ahli organisasi.

Menyedarkan ahli organisasi tentang pentingnya semangat saling membantu dan

bekerjasama dalam perlaksanaan tugas.

Memberikan pendedahan supaya timbul sikap terbuka di antara ahli untuk memberikan

pendapat atau mengutarakan masalah dan sama-sama menyelesaikannya daripada

hasil keputusan yang baik.

Membuang sikap ahli organisasi yang memikirkan dirinya merupakan orang yang

terpenting dalam organisasi.

Antara prinsip penyelarasan yang perlu diberi perhatian ialah:

Penyelarasan mestilah dimulakan dari peringkat awal projek dan ianya harus

berterusan

Penyelarasan secara menyeluruh iaitu meliputi pengurusan semua aspek seperti

bahan, buruh, loji, aktiviti-aktiviti di tapak dan sebagainya.

19

Page 20: undang undang bangunan

Penyelarasan yang lebih efektif dan terbaik boleh dicapai melalui beberapa faktor

seperti:

Struktur organisasi yang ringkas dan mudah.

Komunikasi berkesan, merupakan asa kepada kejayaan penyelarasan.

Hubungan rapat sesama ahli, mengurangkan perselisihan atau pertelingkahan sesama

ahli.

Keadilan dalam mengagihkan kuasa, tugas dan tanggungjawab berpadanan dengan

kemampuan ahli.

Penyelarasan dilaksanakan dari peringkat perancangan awal iaitu segala aktiviti

hendaklah diselaraskan degan sumber binaan seperti bahan dan loji pada masa yang

tertentu.

Penyelarasan yang baik akan disertai dengan pengawasan dan penyeliaan tetapi perlu

dipastikan ianya tidak menimbulkan sikap menindas terutama antara ahli organisasi

dengan pekerja bawahan (buruh)

Terdapat 9 aspek utama untuk menjayakan penyelarasan kerja berkumpulan yang

boleh dijadikan garis panduan ( Institut Jurutera Malaysia, 1985). Gabungan aspek-

aspek kerja ini adalah seperti di bawah dan boleh dirujuk melalui Rajah 2.4.

Memperbaharui ( innovating)

Pendekatan baru terhadap kerja melalui kajian dan penciptaan.

Memperkenalkan (promoting)

Mencari kaedah yang terbaik dan menyakinkan bagi semua pendekatan yang baru.

Mengembangkan (developing)

Membuat penilaian terhadap projek dan mencari kaedah pendekatan terbaru yang

boleh digunakan secara efektif.

Penyusunan (organizing)

20

Page 21: undang undang bangunan

Menubuhkan dan melaksanakan pelbagai kerja mengikut laluan kerja yang telah

tertentu.

Mengeluarkan (producing)

Melengkapkan tanggungjawad dan memajukan pengeluaran yang berdasarkan

kesederhanaan.

Pemeriksaan (inspecting)

Untuk menjamin kualiti kerja yang tinggi, penyemakan dan sistem pengauditan perlu

dilaksanakan.

Penyelenggaraan (maintaining)

Menyelenggara secara berkumpulan untuk menjaga atau menjamin kualiti peralatan

yang digunakan, pemprosesannya dan mengikut piawaian tertentu.

Penasihatan (advising)

Bersama-sama mengumpulkan dan berkongsi maklumat dan sumber.

Perhubungan (linking)

Menguruskan dan menyelia kerja dalam kumpulan di mana ahli-ahli organisasi

memainkan peranan menjayakan objektif.

21

Page 22: undang undang bangunan

Hubungan Penyelarasan Kerja Yang Berkesan

Pengurusan Aktiviti Di Tapak Binaan

Segala aktiviti di tapak binaan perlu diuruskan dengan teliti dan terperinci

untuk menjamin kualiti kerja selaras dengan jumlah pekerja yang di tempatkan di tapak

projek. Pengurusan aktiviti yang berkesan Segala aktiviti di tapak binaan perlu

diuruskan dengan teliti dan terperinci untuk menjamin kualiti kerja selaras dengan

jumlah pekerja yang di tempatkan di tapak projek. Pengurusan aktiviti yang berkesan

ditapak bina biasanya 0melibatkan beberapa perkara seperti pengurusan buruh,

peralatan, bahan pengawalan terhadap kos, kualiti dan masa, kesihatan dan

keselamatan, penyelarasan kerja, organisasi tapak dan mesyuarat.

22

Page 23: undang undang bangunan

23

Page 24: undang undang bangunan

24

Page 25: undang undang bangunan

Penyelarasan Aktiviti Di Tapak Binaan

(Sumber : Nota Pengurusan Pembinaan – SAW 5113)

25

Page 26: undang undang bangunan

Pengurusan Buruh

Buruh di tapak bina terdiri daripada rakyat tempatan dan rakyat asing yang diperoleh

melalui agensi dengan latar belakang yang berbeza. Oleh itu, sistem pengurusan buruh

adalah agak kompleks. Di sini hubungan yang baik perlu disemai bagi melancarkan lagi

sistem pengurusan buruh yang efektif.

Sistem Yang Digunakan

Bagi pengurusan buruh terdapat sistemnya yang tersendiri dan biasa digunakan.

Berikut adalah sistem-sistem yang biasa dipakaiguna disemua tapak binaan (Selva,

1997):

Sistem Sub-kontraktor Dinamakan

Sub-kontraktor dinamakan adalah sub-kontraktor yang dilantik di mana perlaksanaan

kerjanya memerlukan kepakaran tertentu. Ia biasanya dilantik oleh pihak perunding

dengan persetujuan pemaju. Sub-kontraktor ini adalah di bawah pengawasan pemaju

dan segala persoalan perlu diajukan terus kepada jurutera perunding atau arkitek. Di

sini kerjasama yang jitu dengan kontraktor utama amat perlu agar tidak menjejaskan

perjalankan projek. Antara kerja-kerja yang biasa dilaksankan ialah:

26

Page 27: undang undang bangunan

Pemasangan lif.

Pemasangan sistem mencegah kebakaran.

Pemasangan talian elektrik

Memasang sistem penghawa dingin.

Pemasangan sistem pembentungan dan lain-lain.

Sistem Kapala

Kebanyakan sistem pembinaan di Malaysia menggunakan sistem ini di mana kerja-

kerja tertentu diserahkan kepada kapala-kapala yang berpengalaman yang mempunyai

pekerjanya sendiri. Kapala-kapala ini diawasi dan diselaraskan oleh pengurus tapak

untuk melancar dan siap pada jangka masa yang ditetapkan. Pengkhususan kerja bagi

kapala-kapala ialah:

Mengikat bata.

Perparitan

Pertukangan kayu

Pemasangan besi tetulang

Kerja-kerja pengkonkritan dan lain-lain.

Sistem Kongsi-Kong

Kongsi-kong adalah buruh kelas terendah di mana ia gaji harian dan di bawah seliaan

pengurus tapak. Penggunaannya tidaklah terlalu meluas berbanding sistem kapala.

Kerja-kerja umum yang biasa dilakukan ialah:

27

Page 28: undang undang bangunan

Mengangkat bahan binaan dari lori.

Pembersihan kawasan tapak bina.

Mengangkat batu-bat atau besi tetulang ke tempat ia diperlukan dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, rangkuman ketiga-tiga system di atas amat diperlukan di tapak

bina untuk penghasilan mutu kerja yang maksimum disamping kos yang minimum.

Meningkatkan Produktiviti Kerja

Apa yang diketahui kerajaan telah melancarkan satu kaedah untuk meningkatkan kualiti

dan produktiviti kerja. Menurut Pegawai Eksekutif LembagaPembangunan Industri

Pembinaan Malaysia (CIBD), mewajibkan semua pekerja binaanmenjalani ujian

sebelummemperbaharui pendaftarannya manakala , pekerja asing sector binaan akan

disyaratkan mendaftar dengan CIBD dan perlu menjalani ujian kemahiran sebelum

permit kerja mereka dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen.

Ini merupakan usaha untuk mempertingkatkan kualiti kemahiran pekerja binaan dan

kuanliti bangunan. (Selva,1997 dan Nota Kuliah SAW5113, 1997). Disamping itu,

produktiviti kerja juga dapat ditingkatkan dengan beberapa jenis motivasi seperti:

28

Page 29: undang undang bangunan

Motivasi Bukan Berbentuk Kewangan.

Motivasi yang dimaksudkan adalah berkaitan kemudahan dan kebajikan pekerja yang

disediakan oleh pihak pengurusan projek seperti:

Tempat tinggal sementara.

Kemudahan bekalan air dan elektrik.

Khidmat kesihatan.

Perlindungan insuran.

Kantin.

Keselamatan tapak bina

Tanda keselamatan di tempat berbahaya, kebersihan tapak dan menganjurkan latihan

mencegah kemalangan.

Motivasi Berbentuk Kewangan

Terdapat pelbagai alternatif berkaitan denagn motivasi berbentuk kewangan, antranya

ialah:

Upah

Upah buruh mestilah mengikut pasaran semasa dan tepat pada masanya.

b. Bonus - Pemberiaan bonus apabila projek dapat disiapkan lebih awal dari masa

yang di jangkakan.

c. Pengagihan untung

Keuntungan yang diperoleh oleh kapala diagihkan sama rata antara

Mereka.

29

Page 30: undang undang bangunan

Agihan Buruh Binaan Yang Sistematik

Mengagihakan tenaga buruh mengikut keperluan bagi setiap aktivit. Pengagihan buruh

boleh menggunakan teknik seperti :

Carta bar

Kaedah lalui kritikal (CPM)

Henry Gantt (Mohd Pishal Ab Rauh & Rozhan Othman , 1996), mencadangkan konsep

kadar bonus iaitu bonus diberikan kepada setiap prestasi yang melebihi daripada

piawaian yang ditetapkan. Konsep ini telah digunakan secara meluas di sektor swasta

bagi meningkatkan kualiti dan produktivit pekerjanya.

Sokongan

Sokongan yang dimaksudkan adalah galakkan melalui khidmat-khidmat nasihat untuk

menaikkan semangat berkerja (moral). Menjaga kepentingan dan hubungan baik

dengan buruh binaan.

30

Page 31: undang undang bangunan

Pengurusan Sumber Binaan

Sebahagian kos projek adalah dikuasai oleh nilai harga bagi bahan binaan.

Pengurusan sumber merupakan peringkat yang agak rumit kerana ia banyak

melibatkan aktiviti seperti perancangan, pembelian, penyimpanan, penggunaan,

pengagihan, perlindungan dan pengawalan. Pengurus bahan adalah individu yang

menguruskan tentang pembelian dan pemesan bahan.

Merancang Pembelian

Pembelian bahan binaan perlu dirancang pada masa ia diperlukan dan menepati

beberapa cirri berikut (Selva, 1997):

Kuantiti

KualitI

Harga yang berpatutan

Masa penghantaran yang tepat

Jenis bahan yang betul

Tempat penghantaran yang betul

Jenis pengangkutan yang sesuai.

31

Page 32: undang undang bangunan

Teknik perancangan yang lazim digunakan adalah carta bar dan kaedah lalui kritikal.

Hubungan yang rapat antara pengurus bahan binaan dengan pembekal perlu bagi

memudahkan kerja pemesanan dan tempahan. Antara ciri-ciri yang perlu ada pada

pembekal ialah (Ng Khooi Leong, 1988):

Berupaya membekalkan bahan pada kualiti, kuantiti dan masa yang betul.

Reputasi pembekal di pasaran.

Harga bahan yang ditawarkan

Kedudukan kewangannya

Beberapa perkara perlu difikirkan sebelum pemesanan bahan seperti:

Banyaknya bahan yang ada di tapak bina

Pemesanan hendaklah bergantung kepada jumlah yang sedia ada di tapak bina

bagi mengelakkan pembaziran.

Bila bahan tersebut diperlukan

Apabila bahan benar-benar diperlukan, pemesanan hendaklah dilakukan dalam

masa terdekat di mana ia dikehendaki.

Tempat di mana bahan diperlukan

Tempat bahan diperlukan harus diperjelaskan untuk menghidarkan kesilapan

penghantaran.

Penyimpanan, perlindungan dan keselamatan bahan di tapak

Kesesuaian kawasan dan tempat penyimpan, menyumbang kepada

perlindungan dan keselamatan bahan.

32

Page 33: undang undang bangunan

Penerimaan, Pemeriksaan dan Merekod

Bahan yang diterima darapada pembekal perlu diperiksa dan direkodkan. Pemeriksaan

yang lebih rapi perlu dilakukan terhadap:

Jenis bahan

Kuantiti bahan.

Kuantiti bahan

Cara dan bagaiman ia diperiksa adalah bergantung pada jenis, harga dan cara

pembungkusan. Jika pembungkusan menyukarkan pemeriksaan di resit penghantaran

pembekal pengurus bahan perlu mencatatkan bahawa penerimaan adalah tanpa

pemeriksaan sebelum ditandatanganinya. Terdapat beberapa pengelasan bahan sama

ada secara pukal, bag, diikat, tidak diikat atu dibungkus (Ian E. Chandler, 1978).

Sekiranya terdapat kerosakan, bahan perlu dipulangkan bersama surat bantahan.

Pemeriksaan selalu dilakukan bergantung kepada bahan, kualiti dan kesesuaian sama

ada dengan cara (Ian Chadler,1978):

Penglihatan

Pada amnya dilakukan pada bahan yang tida berbungkus atau di mana kualitinya

dapat dilihat dengan sekilas pandang seperti kayu (timbercarcassing). Dari segi

kawalan kualiti, melalui pemeriksaan secara ‘visual’ kerosakan bahan dapat diketahui

dengan mudah.

Sentuhan

33

Page 34: undang undang bangunan

Walaupun bahan yang ada kelihatan rosak atau kualitinya rendah tetapi melalui

sentuhan barulah keadaan tersebut dapat dipastikan. Kaedah pemeriksaan ini

adalah terhad dan terbatas kepada beberapa bahan seperti pasir, simen, ‘plaster’dan

perabot kayu.

Pensampelan

Kaedah pensampelan digunakan bagi bahn tertentu yang dihantar secara pukal untuk

diramalkan secara tepat akan kualiti bahan tersebut. Ujian pensampelan biasa

dilakukan bagi kiub konkrit dan teknik tersebut boleh diaplikasiakn bagi batu baur, bata,

kayu dan komponen-komponen lain di mana ia sukar diperiksa secara satu persatu.

Setelah berpuas hati dengan bahan yang dihantar, maka resit penghantaran

perlu ditandatangani. Segala maklumat dan resit tersebut mesti difail dan direkodkan.

Salinan resit diserahkan kepada pengurus tapak dan ibu pejabat. Ini bertujuan untuk

rujukan apabila menyemak ‘invois’ yang diserahkan oleh pembekal sebelum bayaran

diserahkan.

Penyimpanan Bahan

Penyimpanan bahn binaan perlu diletakkan di kedudukan yang sesuai. Pemilihannya

adalah berdasarkan:

i. Jenis bahan yang tidak disimpan

Iaitu terdiri sama ada simen, batu-bata, kayu atau tetulang adalah berbeza

kaedah penyimpanan dan perlindungannya

Keaadan fizikal tapak bina seperti keluasannya.

34

Page 35: undang undang bangunan

Keadaan fizikal tapak menentukan jenis dan jumlah bahan yang benar-benar

Sesuai ditempatkan di tapak bina disamping bergantung kepada kekerapan

penggunaan bahan.

Setor digunakan untuk jangka masa panjang atau sebaliknya.

Keadaan setor yang dibina berdasarkan kepada masa penyimpanan dan jenis bahan

yang memerlukan penjagaan yang agak rapi.

Kedudukan setor yang dekat atau jauh memudahkan penyimpanan dan pengagihan

bahan.

Kawalan Dan Keselamatan Terhadap Bahan Binaan

Bahan yang disimpan perlu dijaga dan dilindungi dengan sempurna. Ini adalah untuk

menghindarkan dari berlaku pembaziran, penyalahgunaan dan kehilangan. Ian E.

Chandler (1978) menyatakan bahawa kehilangan biasanya disebabkan oleh tindakan

pekerja tapak semasa atau selepas waktu kerja yang tidak dapat dijangkakan, begitu

juga dengan pemilik bersebalahan yang boleh dianggap pencuri amatur. Individu ini

boleh dianggap ‘vandalism’. Tahap kehilangan dan kecurian bergantung kepada

beberapa perkara seperti:

Lokasi tapak bina

Projejk yang berhampiran kawasan perumahan memungkinkan kerugian besar akibat

tindakan ‘vandalism’ sesetengah remaja dan kanak-kanak yang menggunakan tapak

bina sebagai tempat bermain.

35

Page 36: undang undang bangunan

Persekitaran tapak

Pengawalan yang lebih tepat di kawasan tapak yang luas atau besar bertujuan

melindungi tapak bina dari risiko kecurian. Tambahan pula sekiranya terletak di laluan

orang ramai, di pedalaman dan tiada bangunan bersebelahan.

Jenis Bahan.

Bahan atau barang yang kecil, sering digunakan dan senang dibawa adalah jenis-jenis

yang mudah hilang di tapak bina.

Nilai bahan.

Bahan binaan yang mahal dan sukar diperolehi di pasaran biasanya menjadi aspek

utama ia dicuri.

Jenis-jenis pencegahan dan pengawalan tehadap keselamatan bahan ialah:

Pemasangan pagar.

Membina pagar sekurang-kurangnya 2 meter di sekeliling tapak akan menghalang

pandangan orang awam seterusnya menganggap ia sebagai

Kawasan larangan.

ii. Pemasangan lampu kawalan di waktu malam.

Penggunaan lampu jenis ‘floodlight’ merupakan kaedah paling effektif untuk mencegah

pencerobohan, dengan atau tanpa tujuan mencuri. Ia juga boleh di gunakan untuk

menyambung kerja-kerja pada suasana yang gelap.

iii. Menempatkan pengawal pada waktu malam.

Menempatkan pengawal di tapak selepas waktu bekerja. Pengawal yang sentiasa

memeriksa pada masa tertentu akan dapat menghalang atau mencegah

hadirnya pencuri atau perosak harta awam.

36

Page 37: undang undang bangunan

iv Memasang alat pencegah.

Pemasangan alatan ini akan membantu mengurangkan risiko kehilangan dan

kecurian bahan. Ia juga turut berfunfsi mencegah berlakunya kebakaran yang

tidak diduga.

v. Merekod bahan

Keluaran dan kemasukan bahan perlu direkodkan sebelum bukti penerimaan

diserahkan. Senarai bahan dan bakinya perlu diperkemaskan untuk mengelakan

penyelewengan atau kehilangan.

Pengurusan Jentera/ Loji Binaan

Penggunaan loji pada masa kini amat meluas di mana ia merupakan dana yang

membantu mempercepatbina projek yang sedang beroperasi. Perolehan

keberkesanannya adalah selari dengan pengurusannya yang rumit di mana melibatkan

perancangan, penyewaan atau pembelian, pengagihan, penggunaan dan

penyenggaraan.

37

Page 38: undang undang bangunan

Perancangan Dan Agihan

Perancangan dan agihan loji bergantung kepada aktiviti yang memerlukannya.

Keputusan yang diambil mestilah tepat dan berpadanan untuk mengelakkan

pembaziran. Berikut adalah cirri-ciri yang perlu difikirkan sebelum membuat keputusan

terhadap perancangan ( Selva ,1997):

Jenis aktiviti.

Jenis loji yang bersesuaian denagan aktiviti.

Bila dan berapa lama loji diperlukan

Kesesuaian loji dengan lokasi

Kehadiran loji sama ada mengganggu atau tidak.

Pembelian / Penyewaan

Pengurus tapak perlu membuat pertimbangan dan keputusan sama ada loji perlu dibeli

atau disewa. Nasihat boleh diperolehi dari pembekal, ‘master machine’ dan mereka

yang lebih berpegalaman berkaitan logi memandangkan kos penyewaan dan pembelian

adalah agak besar. Sebelum membuat keputusan beberapa ciri berikut perlu difikirkan:

Logi diperlukan untuk janga masa yang panjang atau pendek.

Sejauh mana logi tersebut boleh membantu berbanding kos yang bakal dikeluarkan.

Kemampuan dari segi kewangan syarikat.

Kos penyelenggaraan.

Keperluaan logi untuk projek akan datang.

38

Page 39: undang undang bangunan

Penggunaan Dan Penyenggaraan logi

Penyelenggaraan secara berkala adalah baik untuk penggunaan yang optimum.

Tetapi apa yang berlaku ialah diselenggarakan apabila berlaku kerosakkan. Kelebihan

yang diperolehi sekiranya diguna dan disenggarakan dengan baik, merujuk kepada

Selva (1997) dan Ng Kooi Leong (1998) ialah:

Berupaya mencegah kerosakkan hingga ketahap minimum.

Boleh menjimatkan kos pembaikan dan penggunaan.

Meningkatkan produktiviti logi.

Menambahkan hayat logi.

Kos mendapatkan dan penggunaan logi di tapak bina adalah agak tinggi. Oleh

itu, untuk langkah pengawalan, penggunaan logi perlu dicatatkan masa, kos dan

pergerakannya di tapak bina. Ketiga-tiga aspek di atas boleh diaplikasikan untuk

menilai keberkesanannya.

i. Masa

Catatan masa akan memudahkan urusan pengurus untuk menentu dan memeriksa

jumlah sebenar logi beroperasi.

ii. Kos

Catatan kos penyelenggaraan merupakan satu langkah pengawalan terhadap kos

pembinaan. Antara kos yang diambilkira ialah:

iii. Bahanapi / minyak pelincir

Kos pembaikan

39

Page 40: undang undang bangunan

Kos penggantian.

iv. Pergerakkan.

Pergerakkan logi perlu dicatat untuk mengesan kedudukan logi pada bila-bila masa,

digunakan oleh siapa dan untuk aktiviti apa. Cara ini boleh mengelakkan kehilangan

dan loji yang terbiar.

Antara objektif penyenggaraan [ John S. Oakland, (Mohamad Salmi, 1996)] ialah:

Membolehkan kualiti keluaran dan perkhidmatan serta kepuasan pelanggan dicapai

melalui kelangkapan yang sesuai, diservis dan dikendalikan dengan betul.

Memaksimumkan hayat berguna logi.

Menjaga kelengkapan atau logi agar selamat dan menghalang timbulnya bahaya dari

segi keselamatan.

Meminimumkan pelbagai proses.

Meminimumkan jumlah kos pengendalian yang berpunca secara langsung dari servis

dan pembaikan kelengkapan.

Meminimumkan kekerapan dan teruknya gangguan pengendalian proses.

Memaksimumkan keupayaan produktif dari kelengkapan atau sumber yang ada.

Kawalan Dan Keselamatan Logi

Kehilangan logi akan menyebabkan kontraktor menghadapi krisis kewangan.

Kehilangan yang sukar diganti turut memberikan kesan terhadap perjalanan aktiviti

projek. Kawalan dan keselamatan logi adalah perlu agar dapat mengurangkan risiko-

risiko seperti:

40

Page 41: undang undang bangunan

i. Kerosakan

Akibat kurangnya pengawalan dan penyelenggaraan yang tidak menentu.

Kemalangan jiwa.

Kurangnya mengambil perhatian terhadap loji akan memberi kesan terhadap

hayat, kebolehkerjaan dan kehayatan loji.

Penambahan kos.

Kekerapan kerosakan akan menambahkan kos loji dan jika kerosakan adalah

kritikal akan menambahkan kos projek atau mengurangkan peruntukan bagi aktiviti lain.

Antara pertimbangan terhadap langkah-langkah pangawalan loji adalah:

Pengoperasian loji adalah dilakukan oleh individu yang mahir dan berpengalaman.

Loji digunakan pada tahap optima.

Penggunaan loji mestilah sentiasa diawasi dari masa ke semasa.

Pengurusan Masa, Kos Dan Kualiti

Kemampuan menguruskan masa, kos dan kualiti adalah titik penentu kejayaan projek.

Tujuan pengurusan ketiga-tiga aspek ini ialah supaya:

Projek dapat disiapkan pada atau sebelum masa yang dijangkakan.

Kos pembinaan tidak melebihi peruntukan projek.

Memperolehi kualiti bangunan yang dijangka dan diharapkan.

41

Page 42: undang undang bangunan

Pengurusan semua aspek di atas perlu memandangkan pelbagai kemungkinan

boleh berlaku dan menjejaskan prestasi perlaksanaan yang sukar dikawal seperti:

Cuaca yang tidak menentu.

Bekalan bahan binaan dan loji bergantung kepada keadaan pasaran, kecekapan

pengurus tapak, hubungan pembekal dengan majikan.

Keperluan tenaga buruh bergantung kepada permintaan dan tawaran.

Mesyuarat Tapak

Mesyuarat tapak diadakan untuk melihat dan mengentahui kemajuaan

kerja. Terdapat beberapa jenis mesyuarat tapak iaitu:

Mesyuarat teknikal. Ia

adalah melibatkan perbincangan teknikal antara kontraktor,jurutera perunding (awam,

struktur, mekanikal dan elektrikal), arkitek, jurukur bahan dan pengurus projek.

Mesyuarat pengarah dan wakil tapak. Mesyuarat ini melibatkan kontraktor, jurutera

perunding, jurukur bahan dan pemaju untuk mengentahui kemajuan tapak binaan.

Mesyuarat sub-kontraktor. Mesyuarat ini melibatkan pengurus binaan, kontaraktor,

wakil-wakil sub-kontraktor dan kapala. Di sini kemajuan sebenar tapak diketahui

termasuk sebab-sebab kelewatan, permasalahan dan cara menyelesaikannya.

42

Page 43: undang undang bangunan

Mesyuarat kemajuan ini perlu diadakan secara berkala iaitu dua minggu sekali

atau sebulan sekali mengikut keperluan dengan persetujuan semua pihak yang terbabit.

Mengumpul Dan Menganalisa : Masa, Kos Dan Kualiti

Untuk menganalisa kos sebenar berbanding kos yang diperuntukkan, pengumpulan

data-data diperlukan terutama berkaitan dengan buruh dan loji. Penganalisa ini biada

dilakukan oleh pengurus tapak. Seterusnya keadaan di tapak dapat diketahui sama

ada:

Kedudukan kewangan melebihi peruntukan yang ada.

Kemajuan kerja sebenar mendahului atau ketinggalan dari jadual kemajuan kerja yang

dirancang.

Kualiti kerja adalah seperti yang dijangkakan.

Langkah-langkah Penyelesaian

Sekiranya penganalisaan di atas lebih cenderung ke arah negatif, di mana masa dan

kos tidak terkawal serta kualiti yang terabai. Langkah-langkah penyelesaian perlu

dipergiatkan:

Masa.

Mempercepatkan kerja-kerja pembinaan seperti:

Menambahkan bilangan buruh.

Penggunaan loji yang efektif dan produktif.

Perlaksanaan kerja lebih masa.

Motivasi berbentuk galakan atau kewangan.

43

Page 44: undang undang bangunan

ii. Kualiti

Kawal semua aktiviti secara langsung atau tidak melibatkan kualiti iaitu:

Pengawasan dipertingkatkan.

Pengujian ke atas bahan yang diterima

Pemeriksaan mengejut dan ujian in-situ

Pemeriksaan menyeluruh sebelum memulakan sesuatu aktiviti.

Penyingkiran buruh yang tidak mengikut arahan.

Dari segi Keselamatan untuk mengelak daripada kecuaian

Isu ini sentiasa digembar-gemburkan agar tidak berlaku pengabaian terhadap

pentingnya nilai keselamatan dan perlu ada pihak yang menguruskannya. Seperti apa

yang dinyatakan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Lim Ah Lek (Utusan Malaysia, 2

September 1996), majikan sektor industri berisiko tinggi perlu mempunyai pegawai

yang berkelayakan untuk membantu merancang dan memberikan meklum balas

mengenai keselamatan dan kesihatan pekerja. Dengan ini, mesyuarat yang terlibat

perlu bersikap prihatin dan mengambil berat.

44

Page 45: undang undang bangunan

Objektif

Pencapaian objektif pengurusan keselamatan perlulah diselaraskan dengan objektif

pengurusan pembinaan. Apa yang nyata, kebanyakkan kontraktor tidak dapat mencapai

objektif keselamatan secara menyeluruh. Menurut Selva (1997) antara objektif

keselamatan yang seharusnya dihayati dan diberi perhatian ialah:

i. Sebagai garis panduan.

Penerangan yang jelas kepada setiap individu mengenai pengurusan

keselamatan di tempat kerja terutama kepada pekerja-pekerja baru sebagai asas

panduan keselamatan.Kemahiran dan latihan yang kurang merupakan factor

berlakunya kemalangan yang serius.

ii. Risiko kemalangan yang minimum.

Pengamalan dan mengutamakan keselamatan diri dan keselamatan pekerja lain boleh

meminimumkan keselamatan.

iii. Kayu pengukur kemantapan pengurusan.

Peminimumam kemalangan boleh dijadikan kayu pengukur serta batu loncatan kepada

kejayaan dan keberkesanan pengurusan keselamatan. Ia turut mengambarkan imej

pekerja yang mengamal dan mengutamakan system keselamatan berkesan.

45

Page 46: undang undang bangunan

Punca-punca Kemalangan

Segala peristiwa yang berlaku mesti ada sebab dan musababnya, begitu juga dengan

kemalangan yang terjadi di tapak bina. Pelbagai faktor boleh menjadi penyebab atau

punca yang menyumbang kepada peratus kemalangan yang semakin meningkat.

Berikut adalah sebahagian daripada punca-punca kemalangan:

i. Persekitaran tapak binaan yang kompleks.

Projek yang terlalu kompleks kerap dikaitkan dengan ketidaksesuaian pekerja

menjalan aktiviti seperti:

Tenaga kerja yang tidak menentu.

Risiko yang berubah-ubah.

Pendedahan yang keterlaluan terhadap panas dan hujan yang tidak menentu.

Keupayaan dan ketahanan dari segi mental dan fizikal.

ii. Faktor kemanusiaan.

Faktor ini boleh dibahagikan kepada beberapa pecahan seperti di bawah:

a. Kecuaian pihak pengurusan.

Kurang kemahiran atau pengetahuan berkaitan keselamatan.

Sistem pengurusan yang tidak teratur / sempurna.

Alat keselamatan yang tidak lengkap.

Kegagalan mengamalkan sistem pengurusan keselamatan.

Arahan yang tidak menjamin keselamatan pekerja.

b. Kecuaian pekerja.

Keengganan menggunakan peralatan atau kemudahan yang disediakan.

Kurang pengetahuan, kemahiran dan pendedahan.

46

Page 47: undang undang bangunan

Kurang daya ketahanan badan dan fikiran.

Bekerja tanpa latihan kemahiran secukupnya.

Kelalaian mengikut garis panduan yang sepatutnya.

Tiada arahan untuk mengendalikan loji dengan selamat.

c. Keadaan tapak bina.

Kaedah pengurusan keselamatan yang lemah.

Tiada pengentahuan dan pendedahan berkaitan piawai bangunan.

Ketiadaan papan tanda keselamatan.

d. Ketiadaan pegawai keselamatan.

Sesetengah projek tidak mempunyai pegawai keselamatan khas. Tugas ini biasa

diserahkan kepada individu yang menguruskan tapak tanpa kelayakan mengendali soal

keselamatan tapak. Oleh itu, penempatan pegawai keselamatan sepenuh masa adalah

perlu memandangkan tanggungjawad yang harus dipikul adalah besar. Semakin besar

sesuatu projek maka semakin berat tanggungjawad yang terpaksa dilaksankan.

iii. Kaedah dan peralatan yang digunakan

Walaupun objektif utama kontraktor adalah keuntungan, isu keselamatan tidak

seharusnya diperkotak-katikkan. Penggunaan loji yang keterlaluan untuk mengejar

masa menyebabkan kontraktor lupa akan tanggungjawad terhadap penyelenggaraan

loji. Penyelenggaraan yang berkala atau menyeluruh akan menjamin keselamatan.

Pengabaian keselamatan mencerminkan pengabaian terhadap nyawa sendiri dan

nyawa orang lain.

Sikap seperti sekali rosak, sekali senggara perlu dihapuskan daripada

kotak fikiran kerana ia berpotensi memendekkan hayat loji. Latihan kemahiran dan cara

pengurusan loji hendaklah dipelajari oleh mereka yang mengendalikan loji seperti yang

dinyatakan oleh Datuk Lim Lam Thye ( Utusan Malaysia, 9 0gos 1997),

47

Page 48: undang undang bangunan

bahawpengendali kren perlu menjalani latihan operator kren di mana sijil perakuan

kelayakan akan dikeluarkan.

Sistem Pengurusan Keselamatan

Sesuatu pengurusan yang bersistem merupakan pemangkin kecapaian

dan keberkesanan. Perkara utama dalam pelaksanaan pengurusan bersistem ialah

organisasi atau jawatan kuasa yang bertindak merealisasikan peraturan-peraturan

system, membuat pengawalan-pengawalan terhadap system dan berupaya

memberikan maklumat ringkas berkaitan dengan sistem pengurusan tersebut.

i. Jawatankuasa keselamatan.

Apabila sesuatu projek melibatkan lebih dari 50 orang, satu jawatankuasa

keselamatan tapak adalah digalakkan ditubuhkan. Laporan keselamatan perlu

disertakan bersama-sama laporan bulanan. Begitu juga laporan berkait dengan

kemalangan yang berlaku. Jawatankuasa teratas mestilah terdiri daripada:

Pengurus projek

Pengurus tapak

Pegawai keselamatan

Penyelia keselamatan kontraktor dan sub-kontraktor.

Antara tanggungjawab ahli jawatankuasa keselamatan ialah:

Mengutarakan cadangan dan arahan kepada pekerja untuk mengelak dan

mengurangkan

Kajian kemungkinan terhadap punca-punca kemalangan.

Pemeriksaan berkala terhadap segala peralatan dan kemudahan.

48

Page 49: undang undang bangunan

Kenalpasti kesesuaian kaedah dengan keadaan tapak

Kenalpasti kesesuaian peraturan dengan persekitaran tapak.

Berganding bahu merangka peraturan-peraturan keselamatan.

Jaminan kerjasama di semua peringkat pekerja.

Membuat perangkaan kemalangan di tapak bina.

Latihan kemahiran panduan diberikan kepada semua pekerja baru dan mereka yang

bertukar tempat kerja.

j. Membuat laporan untuk mengkaji keberkesanan dan ketidakpuasan

terhadap

sistem tersebut.

Selain daripada tanggungjawad yang mesti dipenuhi, satu mesyuarat berkala

perlu diadakan dari bulan ke bulan untuk membincangkan perkara-perkara seperti:

Peringatan dari pengurus projek.

Laporan kemajuan keselamatan dan langkah pencegahan bagi aktiviti mendatangkan

yang berisiko.

Membincangkan persoalan dan permasalahan daripada semua ahli.

ii. Peraturan-peraturan keselamatan.

Kewujudan peraturan ini penting untuk mengingatkan semua individu

terhadap keutamaan keselamatan. Matlamat utama merangka peraturan ini ialah untuk

keupayaannya meminimumkan peratus kemalangan. Di antara peraturan-peraturan

tersebut ialah:

Mewajidkan pemakaian topi dah kasut keselamatan di kawasan tapak bina.

Mewajidakan penggunaan tali pinggang keselamatan di tempat yang terbuka, tinggi

serta berisiko.

Peralatan dan kemudahan dipastikan sentiasa dalam keadaan baik.

49

Page 50: undang undang bangunan

Mengenakan pas keselamatan apabila berada di kawasan tapak.

iii. Pengawalan Keselamatan.

Pengawalan dilakukan dengan melakukan rondaan oleh jawatankuasa

keselamatan mengikut ketetapan yang dipersetujui.

iv. Maklumat ringkas.

Maklumat ringkas dibuat melalui penghimpunan pada setiap awal bulan

dan dikendalikan dalam pelbagai bahasa. Melalui penghimpunan pelbagai perkara

diterangkan seperti:

Jenis kerja berisiko yang bakal dilaksankan.

Kepentingan keselamatan.

Demostrasi penggunaan pelbagai alat keselamatan.

Langkah pencegahan dan salah laku yang perlu dihindarkan.

Langkah Pencegahan Kemalangan Di Tapak Bina

Para kontraktor perlu mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) untuk mencegah dari

berlakunya kemalangan. Merujuk kepada struktur yang kerap digunakan, di sini

dinyatakan bersama spesifikasinya (Zainal Bin Tumian, 1997).

Spesifikasi Pelantar. Apa yang

dimaksudkan dengan pelantar ialah stuktur penyokong kepada bahan, perkakasan dan

individu yang berkerja atau sebagai satu laluan. Pemasangan pelantar yang efektif

50

Page 51: undang undang bangunan

adalah sekurang-kurangnya 2 meter dari aras tanah. Berikut adalah spesifikasi yang

perlu dipatuhi:

Struktur pelantar sama ada kayu, keluli atau aluminium mestilah kuat, kukuh dan diikat

rapat untuk keselamatan pekerja.

Lebar pelantar laluan hendaklah 635mm.

Lebar pelantar kerja sekurang-kurangnya 860mm.

Lebar minimum pelantar kerja yang menyokong pelantar kerja yang lain ialah 1.1m.

Bahan untuk struktur pelantar mestilah kuat dan berupaya menanggung beban apabila

menggunakan ‘putlog’.

Jika struktur pelantar kerja adalah kayu, saiz yang dicadangkan ialah:

Lebar (mm) 225 150 (min)

Tebal (mm) 32(min) 50

Tebal dan panjang yang dibenarkan bagi struktur kayu dengan 2 penyokong ialah:

Tebal (mm) 32 38 50

Panjang (mm) 1000(mak) 1500(mak) 2600(mak)

Bahan-bahan mempunyai ketebalan yang sama.

Bagi kerja di luar penghujung peranca, pelantar peranca hendaklah di panjangkan

melebihi 610mm daripada tepi dinding.

Pelantar kerja dari struktur kayu, tidak boleh terkeluar 4 kali ukuran tebal papan.

Spesifikasi Tabir Jaring.

Penggunaan rel-adang dan papan pacak boleh digantikan dengan tabir jarring. Antarra

spesifikasi tabir jaraing ialah:

Dipasang dengan kuat selari dan menengak dengan pelantar kerja.

Ketinggian minimum 900mm dari permukaan pelantar kerja.

Pemasangan perlu menggunakan ‘ kickplate’ dengan ketinggian minima 150mm dari

pelantar kerja.

Ruang maksimum antara ‘kickplate’ dengan pelantar kerja ialah 10mm.

Perlindungan perlu di bahagian atas dan tempat yang terdedah untuk menghidarkan

51

Page 52: undang undang bangunan

bahaya kepada pekerja.

Spesifiaksi jarring Keselamatan

Jaring Keselamatan dipasang bagi pembinaan bangunan tinggi untuk mencegah

pekerja dari jatuh terus ke bawah. Risiko pemasangan adalah tinggi kerana ia terdedah

kepada bahaya. Antara spesifikasi yang perlu dipatuhi ialah:

Jarak maksimum diantara tali pengikat (boarder cord) jarring adalah 750 mm.

Ukuran maksimum lenturan yang dibenarkan adalah ¼ ukuran panjang

permukaan pendek.

Ruang maksimum antara bangunan atau struktur dengan jarring adalah 200mm

Saiz lubang jarring (mesh size) maksimum adalah 100 x 100 (mm).

Jarak lintang bagi jarring yang dipasang dengan bingkai ialah 2/5 ketinggian

kesel;uruhan dari tempat bekerja dengan jarring di tambah 2000 mm (2m).

Spesifikasi Tangga.

Tangga merupakan laluan utama sementara untuk naik ke aras seterusnya.

Struktur ini perlu dibina kukuh di mana ia digunakan pada setiap tingkay peranca

sebagai laluan ke pelantar kerja. Berikut adalah spesifikasi yang harus dipatuhi:

Ketinggian maksimum bagi tangga besi ialah 9 m bagi tangga tunggal dan15 m bagi

tangga sambungan

Dipasang pada kecerunan 4:1

Ketinggian tangga melebihi 2 m perlu dipasngkan susur tangan

Kestabilan dan kekukuhan tapak tangga untuk menanggung beban

Untuk mengelakkan gelinciran dan lenturan, ia perlu diikat dan disambung pada struktur

bangunan.

mempunyai susur tangan melepasi 1 m dari tempat ia bertapak.

52

Page 53: undang undang bangunan

Penggunaan Dan Penyenggaraan Peralatan

Peralatan dan kemudahanyang disediakan di tapak binaan perlu diketahui cara

penggunaan dan penyelenggaraannya. Keadaan, sifat, kemampuan, kedudukan dan

jumlah yang ada perlu diambil kira supaya tidak berlaku permasalahan seperti

kegagalan kren menampung beban bahan yang diangkat

Penyelenggaraan berkala, kaedah penggunaan yang betul,dan kesesuaian peralatan

akan menjamin keselamatan individu yang menggunakannya di samping mempunyai

kemahiran yang diiktiraf. Oleh itu, penyelenggaraan atau pemeriksaan perlu dilakukan

selepas peralatan atau loji digunakan untuk mengurangkan risiko kerosakan.

Cadangan dan Kesimpulan

Antara cadangan yang sesuai adalah merencanakan program kesedaran terhadap

pentingnya keselamatan seperti melalui media cetak dan elektronik, peraduan mencipta

logo keselamatan (contohnya ‘ Safety First’), demonstrasi terhadap kemudahan

keselamatan dan aktiviti yang terlibat dengannya.

Melalui pengurusan keselamatan ini, mencari dan menggunakan system

serta langkah pencegahan yang sesuai boleh meminimumkan risiko kemalangan.

Fenomena ini akan mengubah pemikiran anak muda sekarang yang cenderung kepada

kerja di tempat berhawa dingin memendangkan risiko- risiko yang bakal dihadapi.

Tambahn pula memerlukan penggunaan tenaga dan fizikal yang maksimum. Ia

merupakan salah satu punca kebanjiran buruh asing dalam sektor lain.

Oleh itu, transformasi antara majikan dan pekerja perlu dalam

53

Page 54: undang undang bangunan

menaiktarafkan system pengurusan keselamatan di tapak bina dan tidak dianggap satu

sistem kelas bawahan.

METODOLOGI

Pengenalan

Kajian ini merupakan satu kajian yang berbentuk literatur. Maka, ia tidak melibatkan

kaedah atau metadologi khas untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Walaupun begitu, maklumat yang diperolehi untuk menyiapkan kajian ini diperolehi

daripada bahan rujukan dan kerjasama serta temuramah.

Rujukan

Perpustakaan Sultanah Zanariah (UTM) merupakan tempat mendapatkan bahan

54

Page 55: undang undang bangunan

rujukan yang utama. Buku yang berkaitan dengan kajian ini dipimjam atau difotokopi.

Selain itu, bahan-bahan rujukan lain seperti majalah, akabar dan jurnal juga dijadikan

bahan rujukan. Artikal, carta, jadual atau gambar yang berkaitan difotokopi untuk

dimuatkan ke dalam isi kandungan bahagian teori kajian ini. Data dan maklumat ini

digabung dan disusun dengan baik di dalam bentuk penulisan teknikal bagi memastikan

syarat penulisan tesis ini dipatuhi.

Kerjasama Dan Temuramah.

Bagi mempastikan kajian ini dapat mencapai objektif sebenar, bantuan daripada

pelbagai pihak diperlukan. Oleh itu, sesi temuramah dengan Pengurus Projek

pembinaan dan beberapa orang kakitangan tapak sebuah syarikat pembinan (Syarikat

Ensidesa Sdn Bhd, Kelantan) telah dilakukan. Temuramah adalah berdasarkan kepada

topik amalan pengurusan tapak bina yang telah dijalankan semasa proses pembinaan

dan juga melalui projek yang lepas. Segala data yang berbentuk jadual, penerangan

secara lisan, jadual, dan carta yang berkaitan digunakan bagi melengkapkan kajian ini.

55

Page 56: undang undang bangunan

KAJIAN KES

Pengenalan

Lokasi kajian kes adalah terletak di Daerah Gua Musang. Kajian kes ini merupakan

cadangan Membina dan Menyiapkan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, Kelantan

dengan anggaran kos kira-kira RM 30 juta . Pembinaan projek ini bermula dari 19hb.

Januari 2001 dan dijangka siap pada 23hb. September 2002 di mana tarikh siap

selepas lanjutan masa ialah pada 31hb. Mei 2004.

Projek ini dilaksanakan dan diuruskan oleh syarikat Ensidesa Sdn Bhd. Kontraktor ini

juga melantik beberapa sub-kontraktor untuk melaksanakan beberapa kerja-kerja

‘specialist’ seperti mekanikal dan elektrik. Kerja sub-kontraktor ini termasuklah

pemasangan penghawa dingin (air-conditioning), keperluan bomba (fire fighting), kerja-

kerja paip (plumbing) dan telefon. Sub-kontraktor yang terpilih ialah Kartika Juara

56

Page 57: undang undang bangunan

(mekanikal) dan Sinarjaya (elektrikal). Seterusnya maklumat-maklumat yang diperolehi

adalah melalui beberapa pertemuan dengan pekerja-pekerja kontraktor melalui

perbincangan , pernyataan ,cadangan dan pemerhatian berkaitan pengurusan di tapak

kajian. Ini termasuklah temubual dengan wakil pihak berkuasa tempatan.

4.2 Jenis Tawaran Kontrak

Projek ini ditawarkan menggunakan kaedah Senarai Kuantiti (Bill of Quantity) di mana

ia mengikut spesifikasi Jabatan Kerja Raya (JKR). Iaitu No Kontrak : JKR/IP/5/2001.

Kontrak ini berdasarkan kepada senarai kuantiti terperinci meliputi butiran ringkas bagi

kerja yang akan dilaksanakan. Setiap perkara akan diletakan kadar harganya. Semasa

pembinaan kuantiti sebenar diukur semula dan kontrak dibayar mengikut kuantiti

sebenar. Antara kelebihan yang diperolehi dari jenis kontrak tawaran ini ialah:

Bayaran pendahuluanya (advance payment) antara 5% hingga 10 % dari kos projek.

Barang-barang / bahan-bahan/ sumber adalah terkawal harganya iaitu mengikut harga

pasaran.

Kuantiti kerja boleh diubah semasa pembinaan tanpa menjejaskan kontrak asal.

Kurangnya risiko yang di hadapi oleh kontraktor memandangkan kontraktor akan

dibayar mengikut apa yang dilakukan.

Perbezaan kos tidak terlalu ketara antara harga sebenar dan tender kerana kerja-kerja

telah dikenalpasti secara terperinci.

57

Page 58: undang undang bangunan

Antara kelemahan-kelemahan yang dapat dikesan ialah;

Penenderan hanya boleh dilakukan apabila lukisan dan senarai kuantiti sudah lengkap.

Tidak efektif untuk kontraktor yang melakukan kerja rekabentuk dan pembinaan.

Individu Yang Terlibat Di Tapak Kajian

Dalam setiap tapak bina mempunyai pelbagai kelas pekerja . Ini adalah bergantung

dengan keperluan tugas di tapak bina tersebut. Individu yang terlibat ini boleh

dinyatakan melalui carta organisasi (rujuk Lampiran II). Dalam tapak kajian ini individu-

individu yang terlibat secara keseluruhannya ialah:

Pengarah Projek (Project Director)

Penolong Pengarah Projek (Assitant Project Director)

Pengurus operasi (Operation Manager)

Perancang Kanan (Senior Planning)

Pengurus Projek Kanan (Senior Project Manager)

58

Page 59: undang undang bangunan

Pengurus Projek (Project Manager).

Jurutera Projek (Project Engineer)

Agen Tapak (Site Agent)

Penyelaras Projek (Project Coordinator).

Penyelaras Mekanikal dan Elektrik (Mechanical & Electrical Coordinator).

Pegawai Keselamatan (Safety Officer)

Kerani (Clerk)

Penyelia (Supervisor).

Sub- Kontraktor Mekanikal dan Elektrikal.

4.4 Tugas Dan Tanggungjawab Di Tapak Kajian

Disini tugas dan tanggungjawab individu yang terlibat di tapak kajian diperjelaskan

serba sedikit melalui beberapa temubual yang dibuat dipejabat tapak binaan (site

office).

59

Page 60: undang undang bangunan

4.4.1 Pengarah Projek (Project Director)

Tugas dan tanggungjawab yang disandang oleh Pengarah sebagai kedudukan tertinggi

dalam organisasi tapak bina adalah besar, antaranya ialah:

Ia perlu memastikan keseluruhan organisasi dibawahnya menjalankan kerja dan boleh

mendapatkan keuntungan.

Ia perlu menentukan aktiviti-aktiviti projek berjalan lancar seperti keperluan penghawa

dingin, keperluan pembentungan dan kerja-kerja sub- kontraktor.

Pengarah projek juga berhak memberikan kata putus atau keputusan terhadap apa juga

perkara yang melibatkan projek.

Beliau merupakan orang yang meluluskan segala pembayaran bagi kegunaan atau

keperluan di tapak bina .

Pengarah projek juga berperanan menyelesaikan masalah-masalah yang besar seperti

rekabentuk dari pihak perunding.

Jika dipandang secara keseluruhan (rawak), skop atau tugasnya adalah fleksibel

bergantung kepada situasi dan keadaan. Bagi memastikan segala perancangan

berjalan dengan lancar Pengarah perlu berkerjasama atau menjalinkan hubungan yang

rapat dengan Penolong Pengarah untuk memastikan tiada pertelagahan berlaku

(sering berkerja seiring)

4.4.2 Penolong Pengarah Projek (Assistant Project Director)

Secara umunnya tugas dan tanggungjawab Penolong Pengarah Projek ialah:

60

Page 61: undang undang bangunan

Membantu segala tugas pengarah mengurusan tapak binaan.

Kebnayakan kelulusan pembayaran perlu disemak oleh beliau terlebih dahulu sebelum

diserahkan kepada pengarah.

Pemerhatian yang dilakukan mestilah lebih terperinci (detail) berbanding pengarah

terutama yang berkaitan dengan rekabentuk daripada syarikat perunding.

Apa yang dapat diperjelaskan adalah kerjasama yang padu dan jitu diperlukan

daripada Penolong Pengarah Projek dalam menjayakan matlamat syarikat.

4.4.3 Pengurus Oparasi (Operation Manager)

Pengurus Operasi sememangnya diperlukan dalam menjayakan pengoperasian segala

aktiviti ditapak binaan . Antaranya tugasnya ialah:

Memastikan pengoperasian projek berjalan dengan lancar mengikut jadual

perancangan.

Beliau juga merupakan individu yang menentukan sama ada perlu atau tidak Pegawai

Keselamatan (Sefety Officer) di tapak binaan, Pegawai yang dilantik ini perlulahn

mempunyai kelayakan ya g diiktiraf dan berpengetahuan luas tentang aspek

keselamatan.

Perlu juga dipastikan penggunaan pekerja yang minimun dengan sumbangan yang

maksimum.

Beliau juga boleh mencadangkan individu yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu

kerja. Begitu juga berkaitan dengan kenaikan gaji dan penilaian prestasi pekerja.

Kebiasaanya beliau menjadi orang tengah antara satu kumpulan kerja dengan

61

Page 62: undang undang bangunan

kumpulan kerja yang lain untuk memastikan tiada pertindihan kerja ditempat yang

sama. Ini juga akan mengelakkan berlakunya pertelingkahan antara kumpulan kerja

yang berbeza seperti kerja mengikat tetulang dengan pemasangan kotak bentuk.

Pekerja juga boleh dipecat dengan arahannya sekiranya ia boleh memberi kesan

terhadap kelambatan perjalanan projek iaitu tiada komitmen dalam berkerja.

Pegurus Operasi biasanya menjadi rujukan oleh pihak atasan untuk mengetahui

keseluruhan aktiviti dapat dijalan tanpa menghadapi pelbagai masaalah yang besar.

4.4.4 Perancang Kanan (Senior Planning)

Pegawai Perancang Kanan merupakan individu yang diletakkan dibawah Pengurus

Operasi. Antara tugas yang diserahkan atau di pertanggungjawab kepaanya ialah:

Beliau adalah individu yang merancang kerja bagi satu-satu aktiviti mengikut masa

yang telah diperuntukan. Contohnya projek yang dijangkakan siap dalam masa

setahun dapat dikurangkan kepada 6 bulan masa pembinaan.

Sekiranya berlaku kelewatan (delay) beliau adalah individu yang pertama perlu

menjawab segala persoalan yang diutarakan berkaitan dengannya.

Beliau juga menentukan bilakah dan janka masa sesuatu kerja boleh dilaksanakan (set

duration). Iatu melengkapkan Kaedah Laluan Kritikal (Critical Path method).

Beliau juga boleh menasihatkan atau mencadangkan sesuatu kepada Pengurus

Operasi untuk mempercepatkan perjalanan kerja.

Sekiranya perancangan kerja tidak siap dalam masa yang ditetapkan,beliau perlu

membina atau membuat Kaedah Laluan Kritikal yang baru.

Perancang Kanan tidak semestinya berada di tapak binaan untuk melaksanakan

tugasnya. Biasanya beliau diletakan dipejabat utama dan jika perlu sekali datang

62

Page 63: undang undang bangunan

membuat pemerhatian di tapak binaan.

Pengurus Projek Kanan (Senior Project manager)

Pengurus projek kanan juga ditugaskan di bawah Pengurus Operasi dalam

melaksanakan tugasnya.Antaranya tugas beliau adalah:

Membuat laporan samaada aspek kewangan mencukupi atau tidak di tapak binaan

kepada Pengurus Operasi.

Sekiranya Pengurus Tapak tidak efektif atau menjalankan kerja sambil lewa ,beliau

boleh mengambil alih tugas tersebut.

Beliau juga boleh menasihati Pengurus Tapak seperti benrkaitan jumlah bahan yang

tidak mencukupi dan lain-lain. Iaitu berperanan menolong atau membnatu tugas

Pengurus Tapak.

Kebiasanya Pengurus Projek Kanan semestinya lebih banyak pengalaman berbanding

Pengurus Projek. Beliau ditugaskan samaada ditapak binaan mahupun dipejabat

utama.

63

Page 64: undang undang bangunan

Pengurus Projek (Project Manager)

Pengurus Projek biasanya mempunyai kuasa yang besar di tapak binaan. Menguasai

keseluruhan perjalanan dan pengawasan projek. Antara tugasnya yang agak jelas

ialah:

Individu yang membuat keputusan sama ada berkaitan dengan hal pembelian,

pembayaran dan lain-lain.

Beliau juga membuat keputusan yang terbaik terutama jika terdapat masaalah-

masaalah yang agak rumit. Begitu juga dengan rekabentuk jurutera yang tidak praktikal

sekiranya diaplikasi di tapak bina seperti berkaitan dengan tetulang sama ada sesuai

atau tidak untuk menghasilkan satu reabentuk ynag lebih ekonomi.

Beliau merupakan individu yang menentukan perlunya kerja lebih masa (overtime) di

hari minggu dan hari kelepasan yang lain.

Sekiranya terdapat kesilapan ditapak bina, pemeriksaan perlu dilaksanakan olehnya.

Pelaksanaan apa sahaja aktiviti buruh binaan adalah diatas persetujuan dan

64

Page 65: undang undang bangunan

nasihatnya.

Apa sahaja permasaalah (konflik) perlu dilaporkan kepadanya sebelum dilaporkan

kepada Pengurus Operasi untuk diselesaikan seperti pemasangan dinding bata dan

kerja-kerja elektrikal dalam masa dan tempat yang sama.

Jurutera Projek (Project Engineer)

Jurutera Projek yang dilantik biasanya mempunyai hubungan yang agak rapat dengan

pihak perunding (Consultant). Antara tugas jurutera ini ialah:

Memberikan cadangan tentang beban yang kurang atau penukaran saiz an bilangan

besi tetulang kepada saiz dan bilangan yang lain.

Jurutera Projek juga bertanggungjawab melakukan pemeriksaan semasa kerja-kerja

pemasangan dilakukan.

Menjaga kos projek (Penggunaan kos yang minimum) tetapi sumber atau bahan yang

berkualiti (ekonomik).

Penelitian yang terperinci perlu dilakukan olehnya ke atas rekabentuk yang diserahkan

oleh pihak perunding.

65

Page 66: undang undang bangunan

Agen Tapak (Site Agent)

Agen tapak merupakan individu yang diberi kuasa terhadap pekerja-pekerja di tapak

binaan. Segala permasaalahan berkaitan dengan buruh binaan adalah di bawah

tanggungannya. Antara tugas yang diamanahkan kepadanya ialah:

Mengawal semua pekerja di tapak binaan seperti tukang kayu, tulkang besi, tukang cat

dan lain-lain.

Boleh memberhentikan pekerja tanpa memberitahu kepada Pengurus Projek

sekiranaya pelaksanaan tugas pekerja tidak praktikal.

Walaupun mempunyai pengalaman yang kurang sedikit daripada Pengurus Projek

tetapi beliau boleh menggantikannya dalam masa-masa tertentu.

Merupakan individu yang diamanahkan untuk memagang atau menyimpan wang

pejabat seperti untuk tujuan pembayaran bil air dan elektrik di tapak bainaan, khidmat

kesihatan pekerja dan membeli makanan untuk mesyuarat tapak.

66

Page 67: undang undang bangunan

Penyelaras Projek (Project Coordinator)

Penyelaras Projek tidak kurang juga memainkan peranan yang penting di tapak

binaan . Antara tugas dan tanggungjawabnya ialah:

Memastikan keperluan seperti simen penghawa dingin , lif, keperluan bomba (fire

Fighting),kerja-kerja paip (plumbing), dan telefon ada.

Membuat program kerja (mesyuarat berkaitan penyelarasan kerja-kerja mekanikal dan

elektrikal) atas nasihatnya dengan sub-kontraktor yang terbabit, penyelia projek dan

arkitek.

Memberi nasihat kepada Pengurus Projek, Penyelaras Projek agar memberi arahan

kepada pekerja untuk menjalankan kerja.

67

Page 68: undang undang bangunan

Pegawai Kesalamatan (Safety Officer)

Pegawai Keselamatan amat diperlukan untuk menyelaras system keselamatan di tapak

binaan. Antara tugas-tugasnya ialah:

Memastikan semua pekerja mematuhi langkah-langkah yang ditetapkan seperti

penggunaan kasut,topi dan mengenakan denda terhadap pekerja yang melanggar

peraturan.

Sekiranya berlaku kemalangan, beliau merupakan orang pertama yang perlu menjawab

segala soalan. Begitu juga dengan kehilangan bahan binaan di tapak binaan seperti

simen, besi tetulang dan lain-lain.

Memastikan semua kerja mematuhi garis panduan yang tealah ditetapkan oleh Jawatan

Kuasa dan Kesihatan Pekerja (JKKP) seperti kerja-kerja pemasangan peranca.

4.4.11 Penolong Pegawi Keselamatan (Assistant Safety officer)

Keperluan Penolong Pegawai Keselamatan adala bergantung kepada saiz projek dan

efektif atau tidak Kehadirannya di tapak binaan. Antara tugas yang diperuntuk

kepadanya ialah:

Berkerjasama dan membantu Pegawai Keselamatan menjaga Keselamatan seperti

seorang di aras bawah dan seorang lagi membuat pengawasan di aras atas.

Bertindak sebagai penyiasat terhadap pekerja yang tidak mematuhi peraturan.

Menasihatkan tentang bagaimana menimgkatkan lagi keselamatan kepada Pegawai

Keselamatan.

68

Page 69: undang undang bangunan

4.4.12 Kerani (Clerk)

Kerani biasanya melaksanakan kerja-kerja am di pejabat tapak binaan.Antara tugas-

tugas kerani ialah:

Membuat draf-draf surat dan fotostat segala maklumat yang perlu.

ii Membayar bil elektrik dan air, membeli stem dan keperluan makanan untuk

mesyuarat.

iii. Memastikan pejabat perunding di tapak binaan dibersihkan.

Jurukur Bahan (Quantity of Surveyor)

Jurukur Bahan biasanya diperlukan daripada bermula sehingga berakhirnya sesuatu

projek . Ia memainkan peranan yang penting dalam melengkapkan dan menjayakan

matlamat bagi system pengurusan di tapak pembinaan. Antara tanggunjawab yang

perlu dilaksanakan ialah:

Menguruskan pembayaran kepada sub- kontraktor, pesanan bahan-bahan (material)

dan menghantar sample-sampel atau katalog ke syarikat perunding.

Merupakan penasihat undang –undang kepada sesiapa yang memerlukan khidmat

berkaitan undang-undang kontrak sperti penganggaran kos.

Penggantungan yang penuh terhadapnya atas keuntungan atau kerugian projek yang

dilaksanakan.

Memberi nasihat untuk mengurangkan penggunaan pekerja di tapak binaan.

Membuat tender untuk memilih sub-kontraktor ynag berkelayakan serta boleh

69

Page 70: undang undang bangunan

memberikan peratus keuntungan kepada syarikat,

Menasihati Pengurus Projek untuk memesan bahan-bahan di tapak binaan sama ada

benar-benar diperlu atau tidak untuk mengelakkan pembaziran (Wastage).

Memastikan pembayaran dibuat terhadap bahan-bahan (material) dan gaji pekerja.

Membuat laporan atau kontraktor yang boleh digunakan.

Merujuk atau melaporkan kepada Pengurus Projek atau Pengarah apa yang berlaku.

Beliau juga berhak untuk berkongsi maklumat atau tidak dengan Pengurus Projek.

Mempunyai hak-hak yang tersendiri dan merupakan nadi dalam sesuatu projek.

Membuat akuan akhir atau menutup akuan projek (Final Account) sebaik sahaja projek

siap).

Penyelia (Supervisor)

Penyelia Tapak biasanya perlu memastikan keseluruhan kerja berjalan lancar dan

sentiasa berhubung baik dengan pekerja-pekerja tapak . Antara tugasnya ialah:

Memastikan tiga bahan (item ) iaitu kayu, konkrit dan tetulang dikawal dan dipastikan

keselamatanya.

Memastikan bilangan pekerja yang mencukupi.

Meriksa kerja-kerja pekerja dan pastikania mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau

diserahkan oleh wakil penguasa.

Sub-Kontraktor Mekanikal & Elektrikal (M & E SubContractor)

70

Page 71: undang undang bangunan

Antara tugas yang diserahkan kepada sub-Kontraktor ini ialah:

Melaksanakan kerja seperti kerja-kerja paip (plumbing) mengikut spesifikasi dan pada

masa yang sama membuat laporan kepada Penyelarasan mekanikal dan Elektrikal.

Memastikan kerja-kerja bagi pemasangan lif seperti bila masa dipasang dan membuat

penyimpanan barang yang perlu.

Keperluan pemasangan system perlindungan api dan telefon.

Kesimpulan

Individu –individu dalam organisasi amat penting dalam menggerakkan objektif syarikat

seterusnya mempamerkan satu ‘ role model’ yang terbaik. Segala tindakan dan

pelaksanaan haruslah bertepatan dengan pembinaan yang mementingkan keuntungan

yang selaras dengan kualiti binaan. Pengagihan tugas dan tanggungjawab yang

fleksibel serta kerjasama yang jitu antara ahli organisasi perlu bagi mengembeling satu

hiraki pengurusan yang berkesan.

Perlu juga diingatkan bahawa jumlah atau besarnya sesuatu hiraki organisasi

bergantung kepada saiz projek, peruntukan kos dan masa yang dijangkakan siap. Oleh

itu, Perancangan awal amat berguna untuk memastikan pemilihan, jumlah, kepakaran,

komitmen dan keperluan ahli boleh memberikan satu pengurusan yang inovatif dan

efektif.

71

Page 72: undang undang bangunan

MENGANALISA SISTEM PENGURUSAN DITAPAK KAJIAN

Pengenalan

Bagi kajian kes ini, penganalisa secara kasar telah dilakukan untuk melihat sejauh

mana pihak kontraktor mengaplikasikan pengurusan di tapak kajian. Daripada data

yang diperolehi daripada projek tersebut, didapati terdapat beberapa punca utama yang

menyebabkan berlakunya kelewatan di tapak bina dan diantaranya melibatkan

beberapa aspek dalam pengurusan tapak bina.

Menganalisis Sistem Di tapak Bina.

Pemantauan ke atas perlaksanaan projek mendapati kemajuan sebenar ditapak adalah

11% berbanding perancangan 20% iaiti lewat 9% atau mengikut masa adalah 75 hari.

Hasil dari perbincangan dan maklumbalas dari kontraktor, beberapa kelemahan telah

dikenalpasti dan perlu diambil tindakan segera bagi membaiki keadaan dan seterusnya

menggalakkan peratus kemajuan sebenar ditapak. Kelemahan yang dikenalpasti dan

72

Page 73: undang undang bangunan

dibincangkan adalah seperti berikut:

Penstrukturan Semula Pekerja Ditapak

Daripada perancangan kerja mingguan yang dirancang didapati separuh tidak dapat

dicapai dan parameter kerja pengkonkritan merupakan penyumbang utama kepada

kegagalan ini. Ini kerana kebanyakan kerangka struktur bangunan sepatutnya telah

dikonkrit tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan pekerja yang berpunca dari

bilangan dan kaedah penyusunan kumpulan pekerja yang tidak menyuluruh dan tidak

mencukupi. Selain itu, tindakan kearah melahirkan semangat bekerja secara

berpasukan juga perlu ditingkatkan.

Kekurangan Bahan Binaan

Pikak kontaktor didapati tidak merancang dan mengambil tindakan awal ke atas

keperluan bahan-bahan binaan yang diperlukan ditapak. Berdasarkan kepada

perancangan kerja, kesemua blok bangunan kecuali bangunan Ibu Pejabat Polis

73

Page 74: undang undang bangunan

sepatutnya kerja sub-struktur telah siap dijalankan. Walaupun kelewatan ini disedari

(kelewatan) tetapi tiada tindakan awal yang bersungguh-sungguh diambil unatuk

mengatasinya kecuali pada sebelumnya dicadangkan untuk mendapatkan bekalan

cerucuk tambahan daripada pembekal kedua. Tindakan ini agak terlewat kerana jurang

prestasi sebenar dan perancangan yang tersasar jauh. Pihak kontraktor disaran agar

sentiasa menyemak jadual perancangan dan mengenal pasti keperluan bahan-bahan

binaan terutamanya bahan yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran supaya

tindakan awal dapat diambil.

Mempelbagaikan Aktiviti Kerja

Pihak kontraktor disarankan samaada melalui mesyuarat mahupun perbincangan tapak

supaya mempelbagaikan aktiviti kerja di tapak tetapi tidak banyak perubahan yang

dilakukan oleh pihak kontraktor. Daripada pemantauan yang dibuat didapati corak

pembinaan yang dilaksanakan di tapak hanyalah tertumpu kepada kerja-kerja kerangka

utama (konkrit tetulang). Kerangka konkrit tetulang bagi bangunan kantin, bengkel

kenderaan, surau dan kuarters yang menggunakan asas cetek sebagai contoh didapati

telah lama disiapkan tetapi tidak disusuli dengan aktiviti lain seperti dinding batu-bata

atau struktur bumbung. Amalan sebegini perlu diubah tambahan pula prestasi semasa

yang sudahpun terlewat (rujuk lampiran B).

Kekurangan Tenaga Pekerja.

Keperluan tenaga pekerja sekurang-kurangnya 250 orang berbanding tenaga pekerja

74

Page 75: undang undang bangunan

ditapak sediada seramai 154 orang. Keutamaan perlu difokuskan kepada tukang

kemasan dinding dan lantai (plasterer). Ini dapat diperhatikan hamper 70% bangunan

kuartes telah siap pemasangan dinding batu-bata empat bulan yang lepas tanpa

disusuli dengan kerja kemasan. Keutamaan kedua adalah pekerja pemasangan

bumbung.

Perubahan Dokumen Kontrak.

Daripada data yang diperolehi seperti dalam jadual 4.5 sepanjang tempoh

perlaksanaan projek terdapat sebanyak 6 kali perubahan kontrak berlaku yang mana

kesan terhadap perubahan ini menyebabkan pertambahan masa perlaksanaan projek.

Dapatlah dirumuskan disini terdapat kelemahan dalam penyediaan dokumen kontrak

dimana ianya melibatkan penyediaan lukisan (plan) dan juga kehendak-kehendak

pelanggan ditokok tambah setelah proses tender dikeluarkan.

Menepati Masa

Iaitu mempercepatkan perjalanan kerja dan siap pada masa yang telah ditetapkan

75

Page 76: undang undang bangunan

tanpa mengabaikan aspek kualiti kerja dan kualiti pembinaan. Pencapaian aspek ini

juga bergantung kepada keadaan persekitaran,cuaca dan sumber yang ada

(diperlukan).

Elakkan Pembaziran

Berkisar isu ini, pembaziran yang dimasudkan termasuklah pembaziran tenaga

buruh,bahan,masa dan kewangan yang secara tidak langsung menyebabkan

pengaliran keluar wang syarikat tanpa pulangan yang setimpal. Pembaziran ini turut

memberi kesan terhadap kelancaran dan keberkesanan aktiviti projek.

76

Page 77: undang undang bangunan

Kesimpulan

Daripada pengamatan terhadap sistem pengurusan di tapak kajian ini kita dapat ketahui

serba sedikit akan kemajuan projek, permasalahan, keberkesanan dan sumbanganya

dalam mengarap dan menerap kualiti kerja dari masa ke semasa.

Iktibar yang di perolehi adalah :

Perlaksanaan kerja perlu dirancang secara terperinci dalam menghindar risiko

kemungkinan.

Setiap masalah kelewatan ada jalan penyelesaiannya dan bukan penyebab untuk

mendapatkan masa tambahan tanpa alas an yang konkrit.

Tidak mustahil untuk mencapai kualiti yang dijangkakan walaupun peruntukan masa

adalah terhad.

Setiap aktiviti memerlukan agihan tugas berserta komitmen pekerja (seluruh ahli

77

Page 78: undang undang bangunan

organisasi) yang seimbang dan berpadanan.

Oleh itu, sebagai pengurus sesuatu kita perlu bijak mengendali seluruh struktur

organisasi di samping peka kepada permasaalahan yang bakal timbul dan berani

menempuh risiko kerugian.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

KESIMPULAN

Pengurusan tapak yang berkesan perlu bagi menjaga susunatur perjalanan projek

sama ada projek itu besar atau kecil. Berdasarkan sistem yang berkesan dan

perlaksanaan langkah-langkah yang bijak bagi mengatasi masalah yang berlaku. Ia

boleh membantu meningkatkan prestasi kerja dan kualiti disamping berpotensi

memperbaiki masa atau tempoh pembinaan.

78

Page 79: undang undang bangunan

Berdasarkan objektif kajian seperti yang diterangkan dalam kajian kes ini,

beberapa kesimpulan dapat dibuat:

Berdasarkan objektif yang pertama, antara elemen-elemen penting yang dapat

dikenalpasti untuk menjayakan pengurusan tapak pembinaan ialah:

Memeriksa lukisan-lukisan yang diserahkan.

Perancangan yang lebih terperinci terhadap hasil pengeluaran.

Organisasi dan pelan susunatur tapak.

Setting Out.

Keselamatan.

Pengoperasian dan penyenggaraan loji.

Memeriksa, melapor dan merekod segala sumber di tapak bina.

Tempat penyimpanan sumber.

Pembayaran gaji dan upah.

Penyelia dibayar mengikut gaji hari.

Pemilihan, pengambilan dan pembuburan terhadap jenis pengoperasian.

Skim pendekatan atau insentif terhadap pengoperasian.

Perunding dengan “trade unions”.Latihan ditapak bina (site training).Kawalan

79

Page 80: undang undang bangunan

kualiti.Kawalan kos ditapak bina.Mesyuarat tapak (site production meeting & minuts)

Bertanggungjawab terhadap gaji pekerja..Perundingan dengan penasihat professional

pelanggan (negotiating with client’s prosional advisors).Perancangan umum (general

programme).

Menilai perjanjian berdasarkan hasil kerja yang telah diselesaikan (agreement of

measurement of work done).

Melalui objektif yang kedua, ia dapat memperlihatkan cara pengurusan yang

dilaksanakan oleh syarikat pembinaan. Antara kaedah pengurusan yang dilakukan

ialah:

Pengurusan buruh.

Pengagihan buruh adalah bergantung kepada keperluan dan kemahiran

buruh.Terdapat dua jenis buruh yang digunakan di tapak kajian iaitu buruh mahir dan

tidak mahir di mana pembayaran gaji adalah berdasarkan kemahiran.

Pengurusan sumber.

Pengurusan sumber adalah penting untuk menjamin kualiti, ketahanan dan

mengelakkan pembaziran kerana kos sumber melibatkan lebih 60 % daripada ekuiti

kos projek. Pengurusan bahan adalah dari segi:

Kawalan tempahan dan pembelian.

Jadual penghantaran.

Penyimpanan.

Pemilihan dan pengurusan konkrit.

80

Page 81: undang undang bangunan

Pengurus loji.

Pengurus loji amat membantu dalam mempercepatkan tempoh pembinaan . loji di tapak

kajian adalah diperolehi daripada penyewaan ,pembeliaan dan kepunyaan

sendiri.Antara loji yang biasa digunakan ialah kren, lori, pembancuh simen dan alat

pengimpal. Agen tapak merupakan individu yang dipertanggungjawabkan sekiranya

berlaku kerosakan atau kemalangan terhadap loji.

Pengurusan masa, Kos dan kualiti.

Pertalian antara ketiga- tiga aspek diatas sangat kuat. Ditapak bina ia diuruskan dan

dibawah kuasa pengurus Projek dan agen tapak. Masalah pertambahan masa adalah

merujuk kepada fasal 43(a) hingga 43 (k)- PWD 203 A (Rev. 10/83)

Pengurusan kualiti lebih tertumpu kepada bahan dan kemahiran buruh. Penilaian kualiti

penting dalam mencapai objektif pembinaan dan ia banyak bergantung kepada masa

yang diperuntukan.

Pengurusan Keselamatan.

81

Page 82: undang undang bangunan

Pengurusan keselamatan adalah mengikut spesifikasi yang dikeluarkan oleh Jabatab

Keselamat dan Kesihatan Pekerja (JKKP) terutama berkaitan tangga laluan, laluan

keluar dan masuk, kebersihan tapak dan pemasangan peranca. Langkah-langkah

keselamatan yang dilaksanakan din tapak kajian ialah:

Menenpatkan pegawai keselamat di tapak bina.

Mengadakan ceramah keselamatan.

Penyediaan kemudahan dan peralatan keselamatan seperti topi,sepatu keselamatan,

jarring keselamatan dan lain-lain.

Berdasrkan kajian kes ini, penyelarasan pengurusan disemua peringkat dilaksanakan

secara menyeluruh supaya system pengurusan berkesan boleh menjanakan satu

organisasi yang professional atau berwibawa dan berorentasikan keuntungantanpa

mengabaikan tiga aspek yang dinyatakan iaitu kos,masa dan kualiti.

Ojektif ketiga pula untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh syarikat

pembinaan di tapak kajian. Daripada kajian yang di buat masaalah yang dikenal pasti

adalah:

Kelewatan kerja atau pertambahan masa.

Terdapat perubahan kerja semasa kerja-kerja dijalankan disebabkan oleh permintaan

82

Page 83: undang undang bangunan

pelanggan

Kelewatan mendapatkan pembayaran daripada pihak pelanggan hingga lebih daripada

sebulan menyebabkan kesukaran dan kelewatan pembayaran gaji pekerja. Seharusnya

perkara ini perlu dielakkan untuk menjaga kebajikan pekerja.

Sukar mendapatkan buruh tempatan dan juga buruh warga asing .

Seterusnya beberapa cadangan telah diutarakan di dalam 6,2 bagi memperbaiki dan

mepertingkatkan system pengurusan pembinaan di tapak bina.

Cadangan

Cadangan ini merupakan alternatif bagi meperbaiki sistem pengurusan yang berhemah

dan berkesan. Sebagai salah satu langkah membuat perubahan yang agak drastik

terhadap teknologi pembinaan. Antara cadangan -cadangan tersebut ialah:

Para kontraktor perlu menyedikan system pengurusan yang lebih professional dan

bersedia melabur wang kearah itu. Contohnya:

Memberi latihan secara efektif kepada pekerja seperti latihan di Institut Latihan

pembinaan untuk meningkatkan kemahiran pekerja.

Meningkatkan kemahiran pekerja sama ada tempatan atau rakyat asing.

Melantik pekerja-pekerja yang mempunyai asas teknikal untuk memudahkan perjalanan

aktiviti dan memahami maksud arahan dengan jelas.

Memberi penjelasan dan penerangan berkaitan dengan keselamatan di tapak bina

terutama yang berkaitan keselamatan diri dan orang lain kerana aspek ini merupakan

penyumbang kepada statistik kemalangan di sektor pembinaan . kontraktor perlu

mengambil langkah yang bijak terutama berkaitan dengan penggunaan peralatan dan

kawasan di mana pekerja menjalankan aktiviti. Pendekatan yang lebih jelas perlu

diberikan secara:Mendemostrasikan cara pengguaan peralatan yang berpotensi

83

Page 84: undang undang bangunan

menyebabkan kemalangan seperti penggunaan kren, peranca, peralatan yang tajam

dan peralatan mengimpal.

Mengadakan ceramah atau taklimat ringkas kepada pekerja secara formal sebelum

sesuatu projek dilaksanakan atau dimulakan.

Melatihkan individu tertentu untuk menjaga , mengguna ,menyenggara dan

membaikpulih peralatan khas yang memerlukan pemerhatian yang lebih.

Menyarankan agar para kontraktor bergabung tenaga bagi menubuhkan persatuan

khas (dengan kerjasama Pusat Khidmat kontraktor) yang bertindak atau berfungsi

menjaga dan menyewakan loji-loji tertentu kepada ahlinya. Loji yang dimaksubkan ialah

mempunyai nilai yang terlalu tinggi dan efektif diprakitkan di tapak binaan. Ini akan

membantu mengurangkan kos pembinaan.

Walau bagaimanapun kadar penyewaan haruslah berpadanan dengan kemampuan

kontraktor dan setaraf dengan kulilti jentera yang berada di pasaran semasa.

84

Page 85: undang undang bangunan

RUJUKAN

Dayang Sofia Ab. Razak & Norlida Abd Halim (1994). Mengurus Projek Pembinaan.

Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Ian E. Chandle (1978). Material Management. The Construction Press. New York.

Ian E. Chandler (1978). Pengurusan Tapak Bina Yang Berkesan Dalam Sektor

Pembinaan. Fakulti Alam Bina. UTM

Institut Jurutera Malaysia, Julai 1985. Team Management. Institut Jurutera Malaysia.

Mohd Pishal Abd. Raof dan Rozhan Othman (1996). Pengurusan Perniagaan. Dewan

Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Ng Kooi Leong (1998). Pengurusan Tapak Bina Yang Berkesan Dalam Sektor

Pembinaan. Fakulti Alam Bina. UTM

Selva Sukateram (1997). Pengurusan Tapak Bina. Fakulti Kejuruteraan Awam. UTM

Wan Azmi Ramli (1985). Pengurusan. Utusan Publication And Distributor.

Zainan Tamian (1997). Pemasangan Peranca Mengikut Spesifikasi Yang Telah

Ditetapkan Oleh JKKP. Fakulti Kejuruteraan Awam. UTM

85

Page 86: undang undang bangunan

86