Undang undang bertulis

3
KOD DAN NAMA KURSUS: SSF 2024 SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA TAJUK TUGASAN: SUMBER UNDANG-UNDANG BERTULIS DI MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH: SITI AISYAH BINTI SALIMAN 38720 TARIKH PENGHANTARAN: 25 NOV 2013 PENSYARAH: DR.AHI SAROK SUMBER UNDANG-UNDANG BERTULIS DI MALAYSIA

description

UNDANG-UNDANG BERTULIS YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

Transcript of Undang undang bertulis

Page 1: Undang undang bertulis

KOD DAN NAMA KURSUS:

SSF 2024

SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA

TAJUK TUGASAN:

SUMBER UNDANG-UNDANG BERTULIS DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH:

SITI AISYAH BINTI SALIMAN 38720

TARIKH PENGHANTARAN:

25 NOV 2013

PENSYARAH:

DR.AHI SAROK

SUMBER UNDANG-UNDANG BERTULIS DI MALAYSIA

Page 2: Undang undang bertulis

Definisi undang-undang

Setiap negara mempunyai undang-undang yang tersendiri .Begitu juga dengan Malaysia yang

mempunyai peraturan dan undang-undang yang tersendiri. Suatu peraturan yang berkaitan

dengan tingkah laku atau prosedur yang dibentuk oleh adat,perjanjian atau autoriti .Suatu set

peraturan atau prinsip yang mentadbir hal ehwal sesuatu komuniti yang dikuatkuasakan

peraturan atau prinsip yang mengendalikan sebahagian sistem guaman:undang-undang cukai,

undang-undang jenayah dll (free online dictionary ). Undang-undang adalah peraturan atau

prinsip yang digunakan dan dipakai oleh oleh sesuatu autoriti politik,suatu sistem guaman.Suatu

set kerajaan dalam membentuk keadilan dan atau peraturan yang dikuatkuasakan untuk

memerintah sesebuah masyarakat.Selain itu juga ia boleh ditafsirkan sebagai suatu set yang

diperintahkan oleh orang atasan kepada orang bawahan yang dilaksanakan dan dikuatkuasakan

melalui hukuman.Menurut Webster`s Dictionary undang-undang adalah satu bentuk tingkah laku

yang dibentuk dengan aktiviti atau adat sesuatu kaum.Disamping itu,menurut Yaqin,1996

undang-undang adalah dimana semua pihak bersetuju,dan juga satu set yang mengawal tingkah

laku dalam masyarakat.

Sumber undang-undang di Malaysia terdapat dua iaitu sumber bertulis dan tidak bertulis.Sumber undang –undang bertulis daripada perlembagaan persekutuan,perlembagaan negeri dan undang-undang subsidiari.Manakala,sumber undang-undang tidak bertulis ialah undang-undang Inggeris,undang-undang adat dan undang-undang Islam. Undang-undang bertulis juga dikenali sebagai undang-undang statut. Undang-undang yang digubal oleh badan-badan perundangan seperti Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.Dikenali sebagai sumber bertulis sebab undang-undang tersebut dinyatakan,ditulis dan distatutorikan secara spesifik.Sumber undang-undang bertulis Ia merujuk kepada undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan dan perundangan (akta, ordinan dan enakmen). Tidak seperti di UK, undang-undang bertulis ini adalah sumber undang-undang yang utama di Malaysia. Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri dari persekutuan 13 buah negeri, maka undang-undang bertulis bertulis di Malaysia ini adalah terdiri dari undang-undang negeri (State Laws) dan persekutuan (Federal Laws)1

1 Teacher, L. (n.d.). Legal System of Malaysia. Retrieved november 17, 2013, from LAWTEACHER: http://www.lawteacher.net/free-law-essays/2-2-essays/legal-system-of-malaysia.php