UNDANG-UNDANG KONTRAK

26
Bab 7: ASPEK PERUNDANGAN PERNIAGAAN

description

UNDANG-UNDANG KONTRAKPENGAJIAN PERNIAGAAN STPM 946/2

Transcript of UNDANG-UNDANG KONTRAK

Page 1: UNDANG-UNDANG KONTRAK

Bab 7: ASPEK PERUNDANGAN PERNIAGAAN

Page 2: UNDANG-UNDANG KONTRAK
Page 3: UNDANG-UNDANG KONTRAK
Page 4: UNDANG-UNDANG KONTRAK

AKTA KONTRAK 1950

Suatu undang-undang yang mengandungi elemen-elemen asas yang perlu dipatuhi oleh pihak yang terlibat dalam sesuatu kontrak.

Mengandungi peruntukan berkenaan dengan pembentukan kontrak, perlaksanaannya & peruntukan yang berkaitan dengan agensi.

Mengandungi peruntukan berkenaan dengan pembentukan kontrak, perlaksanaannya & peruntukan yang berkaitan dengan agensi.

Page 5: UNDANG-UNDANG KONTRAK

q  Sekiranya timbul perkara baru yang tidak disentuh

oleh Akta Kontrak 1950, Undang-undang Inggeris

(Common Law) akan dirujuk seperti yang dinyatakan

oleh seksyen 3 & 5 dalam Akta Undang-undang Sivil

1956.

q  Jika ada percanggahan antara peruntukan yang

wujud dalam Akta Kontrak 1950 dengan Undang-

undang Inggeris (Common Law), maka Akta Kontrak

1950 akan digunakan.

Page 6: UNDANG-UNDANG KONTRAK

“KONTRAK” didefinisikan di bawah seksyen 2(h) dalam Akta

Kontrak 1950 sebagai;

sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-

undang.

Bermaksud semua perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan

oleh undang-undang bukanlah kontrak.

Contohnya, perjanjian sosial dan kekeluargaan (domestik)

Page 7: UNDANG-UNDANG KONTRAK

q Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan

bebas bagi pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu

balasan yang sah & dengan sesuatu tujuan yang adil.

Page 8: UNDANG-UNDANG KONTRAK

Ini bermaksud…

Perjanjian adalah kontrak jika ;

Dibuat oleh pihak yang layak untuk berkontrak

Tujuan perjanjian mestilah sah di sisi undang-undang

Dengan kerelaan yang diberikan secara bebas dan balasan

Page 9: UNDANG-UNDANG KONTRAK

AKTA-AKTA LAIN YANG BERKAITAN DENGAN

KONTRAK Akta  Kontrak  Kerajaan  1949  

Akta  Undang-­‐

Undang  Sivil  1956  

Akta  Sewa  Beli    1967  

Akta  Relif  Spesi4ik  1950  

Page 10: UNDANG-UNDANG KONTRAK

ELEMEN–ELEMEN KONTRAK

Page 11: UNDANG-UNDANG KONTRAK
Page 12: UNDANG-UNDANG KONTRAK
Page 13: UNDANG-UNDANG KONTRAK

Diperuntukan di bawah Seksyen

2(a), Akta Kontrak 1950

Merupakan tanda kesediaan

pembuat tawaran untuk menjalin

satu kontrak yang sah & mengikat di sisi-sisi undang-

undang

Page 14: UNDANG-UNDANG KONTRAK

Dalam Seksyen 2, Akta Kontrak 1950, tawaran ditakrifkan sebagai :

Page 15: UNDANG-UNDANG KONTRAK
Page 16: UNDANG-UNDANG KONTRAK

ELEMEN PENTING TAWARAN

Tawaran mestilah

lengkap, jelas dan

muktamad.

Penerima tawaran harus

ditentukan.

Tawaran adalah

berbeza dengan

pelawaan tawaran.

Sesuatu tawaran itu hendaklah

dikomunikasikan

Page 17: UNDANG-UNDANG KONTRAK
Page 18: UNDANG-UNDANG KONTRAK

Suzy telah pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli pakaian sukan. Suzy tertarik pada satu set pakaian sukan yang diperagakan pada sebuah patung yang diletakkan tanda harga RM 99.00. Dia telah meminta pembantu jualan untuk mengambil pakaian pada patung tersebut untuk dibeli. Tetapi, pembantu jualan itu menyatakan bahawa pakaian itu hanya untuk pameran sahaja dan bukan untuk dijual. Suzy berasa tidak berpuas hati dengan tindakan pembantu jualan lalu mendakwa perbuatan memperagakan set pakaian sukan itu merupakan satu bentuk tawaran oleh pihak pasar raya dan berhak untuk membelinya. Adakah Mira berhak untuk membuat penerimaan terhadap set pakaian tersebut?

Page 19: UNDANG-UNDANG KONTRAK

Suzy tidak berhak mendakwa bahawa perbuatan memperagakan set pakaian sukan tersebut adalah satu bentuk tawaran kerana : a)   Semua barang yang dipamerkan di kedai layan diri, iaitu pasar

raya yang Suzy pergi hanya merupakan pelawaan tawaran.

b)   Sesiapa yang mengambil mana-mana barangan atau meminta untuk membeli, akan dianggap membuat tawaran untuk membeli.

c)   Namun, pihak pasar raya termasuk pembantu jualan berhak memaklumkan pelanggan bahawa barang yang dipamerkan bukan untuk dijual dan menolak sebarang tawaran membeli.

d)   Dalam situasi ini, tiada wujudnya sebarang kontrak antara Suzy dan pihak pasar raya kerana perbuatan memperagaan pakaian itu hanyalah pelawaan tawaran serta penolakan tawaran dilakukan oleh penerima tawaran iaitu pihak pasar raya.

Page 20: UNDANG-UNDANG KONTRAK
Page 21: UNDANG-UNDANG KONTRAK

Seksyen 5(1) Akta Kontrak 1950

memperuntukan sebab-sebab sesuatu

tawaran ditamatkan seperti berikut :

Page 22: UNDANG-UNDANG KONTRAK

TAWARAN TAMAT

APABILA…

Pembuat tawaran

membatalkan tawaran.

Penerima tawaran menolak tawaran.

Pembuat tawaran

meninggal dunia @

menjadi tidak siuman.

Tempoh tawaran

luput.

Page 23: UNDANG-UNDANG KONTRAK

Contoh situasi berkaitan dengan penamatan tawaran :

Aidil telah membuat tawaran kepada rakannya Lim untuk menjual sebuah motosikal antik miliknya dengan harga RM 20 000. Tawaran itu terbuka selama satu bulan bermula dari tarikh tawaran dibuat. Selepas 2 bulan berlalu, Lim menyatakan persetujuan untuk membeli motosikal Aidil. Tetapi, Aidil telah menjualnya kepada orang lain kerana beranggapan bahawa Lim tidak berminat terhadap tawaran tersebut. Lim berasa tidak puas hati lalu mendakwa Aidil sepatutnya menjual motosikal tersebut kepadanya. Namun, adakah tawaran Aidil masih terbuka?

Page 24: UNDANG-UNDANG KONTRAK

a)   Tawaran yang dibuat oleh Aidil telah ditutup kerana dia hanya memberikan masa satu bulan untuk Lim menerima tawaran tersebut.

b)   Tawaran Aidil telahpun luput tarikhnya kerana Lim tidak dapat membuat penerimaan tawaran dalam masa yang ditetapkan.

c)   Tawaran ditamatkan antara Aidil dan Lim.

Page 25: UNDANG-UNDANG KONTRAK
Page 26: UNDANG-UNDANG KONTRAK