UNDANG-UNDANG LAUT DAN PERDAGANGAN NEGERI ......3 R.O. Winsted~ "Notes on the History of Kedah"...

16
MALAYSIA dar; seg; SEJARAH UNDANG-UNDANG LAUT DAN PERDAGANGAN NEGERI KEDAH ABAD KE TUJUH BELAS MAHAYUDIN HJ. YAHYA* PENDAHULUAN Dalam misi penyeJidikan manuskrip Melayu yang saya lakukan barn-barn ini di Eropah, saya menemui beberapa manuskrip mengenai Undang-undang Law dan Perdagangan Negeri Kedah. Undang-undang ini ditulis pada pertengahan abad ke-17. Pada zaman tersebut Kedah telah menjadi sebuah negeri perdagangan antarabangsa disebabkan kedudukan geografinya yang strategik yang terletak antara Teluk Benggala dan Selat Melaka di sebelah barat yang boleh menghubungkan India dengan negeri-negeri di pantai Asia Barat, di sebelah utaranya disempadani oleh Thailand yang menghubungkan dengan Indo-China, di sebelah timur disempadani Laut China Selatan yang menghubungkan dengan negeri China dan negeri-negeri di kawasan Laut China Selatan, dan di sebelah selatannya pula disempadani oleh negeri-negeri di Tanah Melayu dan Sumatera, Indonesia. Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis dan Belanda pada abad ke-16 dan 17 telah memperkukuhkan lagi kedudukan negeri Kedah sebagai kawasan enlrepal di rantau Asia Tenggara. Syarikat Hindia Timur Belanda dan Inggeris serta negeri-negeri di sekitarnya, termasuk Aceh, Siam, Melaka dan seterusnya India, Burma dan China telah menjalin hubungan persahabatan dengan Kedah, khususnya dalam bidang perdagangan. Bagi melicinkan urusan ekonomi perdagangan dengan negara-negara luar maka satu undang-undang telah digubal dan undang-undang ini dinamakan Undang- Undang LaUl dan Perdagangan Negeri Kedah yang ditulisldisalin pada tahun 1060 Hi jrah Penulis adalab Professor di Jabatan Sejarah. Universiti Kebangsaan Malaysia. 32

Transcript of UNDANG-UNDANG LAUT DAN PERDAGANGAN NEGERI ......3 R.O. Winsted~ "Notes on the History of Kedah"...

Page 1: UNDANG-UNDANG LAUT DAN PERDAGANGAN NEGERI ......3 R.O. Winsted~ "Notes on the History of Kedah" 1MBRAS. XIV (1936). him. 157. Di sini Windstedt telah mengubah pandangannya ke arab

MALAYSIA dar; seg; SEJARAH

UNDANG-UNDANG LAUT DAN PERDAGANGAN NEGERI KEDAH

ABAD KE TUJUH BELAS

MAHAYUDIN HJ. YAHYA*

PENDAHULUAN

Dalam misi penyeJidikan manuskrip Melayu yang saya lakukan barn-barn ini di Eropah, saya menemui beberapa manuskrip mengenai Undang-undang Law dan Perdagangan Negeri Kedah. Undang-undang ini ditulis pada pertengahan abad ke-17. Pada zaman tersebut Kedah telah menjadi sebuah negeri perdagangan antarabangsa disebabkan kedudukan geografinya yang strategik yang terletak antara Teluk Benggala dan Selat Melaka di sebelah barat yang boleh menghubungkan India dengan negeri-negeri di pantai Asia Barat, di sebelah utaranya disempadani oleh Thailand yang menghubungkan dengan Indo-China, di sebelah timur disempadani Laut China Selatan yang menghubungkan dengan negeri China dan negeri-negeri di kawasan Laut China Selatan, dan di sebelah selatannya pula disempadani oleh negeri-negeri di Tanah Melayu dan Sumatera, Indonesia. Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis dan Belanda pada abad ke-16 dan 17 telah memperkukuhkan lagi kedudukan negeri Kedah sebagai kawasan enlrepal di rantau Asia Tenggara. Syarikat Hindia Timur Belanda dan Inggeris serta negeri-negeri di sekitarnya, termasuk Aceh, Siam, Melaka dan seterusnya India, Burma dan China telah menjalin hubungan persahabatan dengan Kedah, khususnya dalam bidang perdagangan. Bagi melicinkan urusan ekonomi perdagangan dengan negara-negara luar maka satu undang-undang telah digubal dan undang-undang ini dinamakan Undang- Undang LaUl dan Perdagangan Negeri Kedah yang ditulisldisalin pada tahun 1060 Hi jrah

• Penulis adalab Professor di Jabatan Sejarah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

32

Page 2: UNDANG-UNDANG LAUT DAN PERDAGANGAN NEGERI ......3 R.O. Winsted~ "Notes on the History of Kedah" 1MBRAS. XIV (1936). him. 157. Di sini Windstedt telah mengubah pandangannya ke arab

(bersamaan 1650 Masihi)'

UNDANG-UNDANG LAUT DAN PERDAGANGAN NEGERI KEDAH ABAD KE TUJUH BELAS

Dipercayai bahawa undang-undang tersebut disalin dan diubahsuai daripada undang-undang Aceh. lni berdasarkan hubungan dan pengaruh Aceh ke alas negeri Kedah yang begitu kuat pada ketika itu. Menurut al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah karangan Mohd Hassan bin Tok Kerani Mohd Arshad, sebelum undang-undang itu ditulis, salah seorang sultan Kedah iaitu Sultan Sulaiman Syah (1011-1035 HlI602-1625 M) telah melawatAceh pada tahun 1035 HlI625 M dan seterusnya mengadakan hubungan diplomatik dengan Sultan Iskandar Muda Mahkota A1am yang memerintah Aceh pada waktu itu. Sultan Sulaiman Syah mangkat di Aceh dan tempat baginda diganti oleh puteranya, Sultan Rijaluddin Muhammad Syah (Syah A1am) (1035-1065 HI 1625-1651 M). Pada zaman inilah (1060 HlI650 M) Undang-undang Laut dan Perdagangan Negeri Kedah ditulis berdasarkan Hukum Kanun Data' Besar KOla Selar. Salah sebuah manuskrip yang berkaitan dengan Undang­undang Laut dan Perdagangan Negeri Kedah telah mengaitkan nama Sultan Jamal aI-'A1am Badr aI-Munir yang memerintah Aceh antara tahun 1703-1726 Masihi.' Di Aceh juga terdapat sebuah undang-undang yang digubal pada zaman Sultan Iskandar Muda Mahkota A1am yang dinamakan Kanun Mahkota A lam.

Berdasarkan premis dan maklumat-maklumat di atas, penulis berkeyakinan bahawa Undang-undang Laut dan Perdagangan Negeri Kedah ini banyak dipengaruhi oleh undang-undang Aceh. Khususnya perkara-perkara yang menyentuh hukum-hukum agama Islam. Ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan dalam buku Salasilah Negeri Kedah bahawa kerajaan Aceh telah menghantar dua buah kitab agama ke Kedah berjudul Bab al-Nikah dan Siral al-Muslaqim karangan Nur ai-Din al-Raniri, ulama Aceh dari Gujerat pada zaman Sultan Iskandar Muda Mahkota A1am'

I Lihat Mabayudin Hj. Yabaya, "Penyebaran Islam di Tanah Melayu Sebelum Lahimya Kerajaan Melayu Melaka: Sejarah dan lmplikasinya", Kertas Ketja, Majlis Polemik Sejarab Malaysia pada 4 Mei 1995 Arkib Negara Malaysia. Kuala Lumpur, him. 1-13.

2 Berdasarkan naskah SOAS. MS. 40329. fol. 65 di bahagian kolofon tertulis seperti berikut ''Tamat al-kalam hi al-khair wa aI-salam hijrab nabi dua ratus dua pulub dua tabun (222 HfIl22?) pada bulan Rabiulawal pada hari Selasa zaman Sayidina wa maulana Paduka Seri Sultan Jamal al-Alam Bade aI-Munir duduk di alas takhta kerajaan Negeri Aceh Dar al·Salam.

3 R.O. Winsted~ "Notes on the History of Kedah" 1MBRAS. XIV (1936). him. 157. Di sini Windstedt telah mengubah pandangannya ke arab positif terhadap kesan dan pengarub Aceh ke alas Undang.undang Laut Negeri Kedab dari yang bersifat negatif dalam karyanya yang terdabulu. "Kedah Laws". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Sociery. Part II. (June 1928), hlm. 1-2.

33

Page 3: UNDANG-UNDANG LAUT DAN PERDAGANGAN NEGERI ......3 R.O. Winsted~ "Notes on the History of Kedah" 1MBRAS. XIV (1936). him. 157. Di sini Windstedt telah mengubah pandangannya ke arab

MALAYSIA dari segi SEJARAH

Setakat ini, belum ada kajian atau penulisan lengkap tentang Undang_ undang Laut dan Perdagangan Negeri Kedah dalam tempoh dan skop yang dinyatakan itu. Berbeza dengan Undang-undang Laut dan Hukum Kanun Melaka yang telah banyak dikaji dan ditulis oleh pengkaji-pengkaji sejarah tanah air.

Beberapa dekad yang lalu R.O Winstedt telah mula mendedahkan Undang-undang Negeri Kedah dengan menterjemahkan beberapa bahagian daripada Undang-undang Negeri Kedah (dalam bentuk yang ringkas) ke dalarn bahasa Inggeris berdasarkan naskah yang dimHikinya. Di antara bahagian yang diterjemahkan itu termasuklah Undang-undang Laut yang beliau namakan Undang-Undang Pelabuhan (Port-Laws) Negeri Kedah bertarikh 1060 HI 1650 M.'

Undang-undang Pelabuhan yang diterjemah oleh Winstedt itu, itulah juga Undang-undang Laut dan Perdagangan Negeri Kedah yang akan dibahaskan di dalam rencana ini. Walaupun perkara yang sarna, tetapi sumber kajian dan analisis data dalam kajian ini berbeza. Ja dinamakan Undang­undang Laut dan Perdagangan kerana hampir 95% dari isi kandungannya adalah bersangkutan aktiviti perdagangan laut.

Undang-undang Laut dan Perdagangan Negeri Kedah ini merupakan sebahagian daripada undang-undang Hukum Kanun Data' Besar Kota Setar yang dimuatkan dalam manuskrip Oriental and African Studies (SOAS), London (MS. 40329, hlm. 1-9), manuskrip Staatsbibliothek Preussischer Kulturbesitz. Berlin (MS. Orient, Fa!. 408, fols. 1-9), manuskrip Royal Asi­atic Society (RAS), London, (MS. Raffles Malay, fols. 1-16) dan manuskrip R.O. Winstedt (tidak diketahui di mana ia disimpan) -' Terdapat dua tarikh yang berbeza dalam manuskrip: manuskrip SOAS dan Winstedt bertarikh 1060 H (1650 M), sementara manuskrip Berlin dan RAS bertarikh 1161 H (1748 M). Walaupun tahunnya berbeza, tetapi hari bulannya tidak berbeza dalam keempat-empat manuskrip berkenaan iaitu pada hari Jumaat 17 Jamadilakhir. lni membawa maksud bahawa undang-undang itu dibuat pada satu masa sahaja iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Rijaluddin Muhammad Syah atau nama ringkasnya Syah Alam. Baginda telah memerintahkan Paduka

4 Ibid .. him. \ -44. 5 Sebuah lagi manuskrip mengenai undang-undang Kedab berada di SOAS, MS. 40505

setebal 206 m:s. yang bercampur aduk dengan Undang-Undang Mela.lca (M.e. Ricklefs & P. Voorboeve. Indonesian Manuscipts in Greal Briroin, p. 164); dan sebuab Jagi di Muzium Pusat (Perpustakaan NasionaJ) Jakarta. tetapi lidak memasukkan Undang-undang

Laut (Van Ronkel. CacaJogus. him. 299~ Winstedt. op. cit., hlm. 2).

34

Page 4: UNDANG-UNDANG LAUT DAN PERDAGANGAN NEGERI ......3 R.O. Winsted~ "Notes on the History of Kedah" 1MBRAS. XIV (1936). him. 157. Di sini Windstedt telah mengubah pandangannya ke arab

UNDANG·UNDANG LAUT DAN PERDAGANGAN NEGER! KEDAH ABAD KE TUJUH BELAS

Raja supaya melaksanakan undang-undang yang diperbuat Dato' Besar Kota Setar setelah bermuafakat dengan Orang Kaya Maharaja Indra dan Orang J(aya Sri Raja Khan-Khan dan sekalian pegawai-pegawai tinggi di dalam Degeri . Pada waktu itu, Dato' Laksamana Encik Syahidin menjadi Panglima

Bandar. Berdasarkan manuskrip-manuskrip itu tadi (tidak termasuk manuskrip

Winstedt) didapati bahwa naskah Berlin merupakan yang tertua berdasarkan jenis kertas yang digunakan oleh penyalin iaitu kertas laid China bergans rantai menegak, sementara naskah RAS menggunakan kertas moden. Atas dasar ini penulis mengutamakan naskah Berlin sebagai asas kl\jian (walaupun kurang lengkap dan kurang tersusun berbanding dengan naskah ROS) tanpa mengenepikan naskah-naskah lain sebagai perbandingan.

Kerurnitan yang terdapat dalam naskah-naskah ini ialah pengulangan dan pertindihan isi dalam keadaan yang tidak menentu. Ditambah pula dengan bahasa dan istilah-istilah Melayu lama mengikut pelat Kedah yang bercampur aduk dengan bahasa Thai. Buku Sa/asi/ah Negeri Kedah, terjemahan Undang­undang Pelabuhan Negeri Kedah oleh Winstedt, Kamus Dewan oleh T.

Iskandar banyak membantu dan segi bahasa dan istilah. Bagi memudahkan pembaea, penulis euba menyusun semula undang-undang ini dengan menggunakan tajuk-tajuk keeil yang difikirkan sesuai dan relevan dengan kandungan teks, di samping menterjemahkan istilah-istilah Melayu kelasik ke bahasa Melayu moden.

Susunan undang-undang ini adalah seperti berikut:

1) Pemeriksaan Kastam Di Pelabuhan Kapal asing yang memasuki ke pelabuhan Kedah diarahkan diperiksa dan disoal siasat tentang tujuan kedatangannya, jika ia datang berniaga dinyatakan jenis perniagaan dan jumlahnya. Setelah dikenal pasti perkara di atas maka barulah diberikan surat kebenaran masuk ke negeri Kedah. Kapal tersebut dikenakan cukai masuk pelabuhan sebanyak 6 kupang emas. Kesemua bungkusan (bandela) di kapal akan didaftar oleh Syahbandar. Setelah itu kapal tersebut diiring masuk oleh polis (mata-mata) dan anak kunei a1amat kapaI pun diserahkan kepada polis.

2) Cukai Eksport lika ia mengeksport kerbau, eukai bagi seekor kerbau sekupang emas; jika gajah, eukainya sepehan emas; jika hamba (sahaya), cukainya seem as bagi

35

Page 5: UNDANG-UNDANG LAUT DAN PERDAGANGAN NEGERI ......3 R.O. Winsted~ "Notes on the History of Kedah" 1MBRAS. XIV (1936). him. 157. Di sini Windstedt telah mengubah pandangannya ke arab

MALAYSIA dari segi SEJARAH

setiap hamba.

3) Hukum Hamba Lari Jika seorang hamba melarikan diri dan ditangkap di dalam leawilsan pemerintahan raja, dikenakan hukuman denda sepeha emas; jika di luar kawasan pemerintahan raja dendanya setengah tallil emas. Akan tetapi jika dia membawa surat kebenaran daripada raja, menteri atau pegawai kerl\iaan, dikecualikan daripada denda.

4) Pendaftaran Perniagaan Urusan pendaftaran perniagaan, termasuklah mereka yang membawa surat kebenaran daripada raja atau menteri dileendalikan oleh Panglima Negeri. Thjuannya ialah bagi memudahkan pentadbiran negeri. Jika mereka ingkar dihukum tangkap; jika melawan, dikenakan hukuman bunuh dan segal a harta bendanya akan dijadikan harta rampasan.

5) Thgas Pegawai Pelabuhan Pegawai-pegawai pelabuhan terdiri daripada Syahbandar, Panglima Kuala dan Panglima Bandar.

a) Thgas Syahbandar ialah memberitahu ketibaan kapal dengan eara melepaskan beberapa das tembakan meriam.

b) Thgas Panglima Kuala yang bekerja di bawah Syahbandar ialah memeriksa leapal; dari mana ia datang, siapa nakhodanya dan berapa orang yang berada di dalam leapal; berapa besar dan berapa luas leapal, dan apakah muatannya. Setelah diperiksa dengan teliti, Panglima Kuala akan memberilean penyataan atau laporan leepada Syahbandar untule dilaporkan leepada raja melalui Panglima Bandar.

c) Thgas Panglima Bandar mengarahkan Syahbandar menghantar poliS (mata-mata) memeriksa leapal yang memasuki kuala dan meamastilean tidak ada halangan Carad), serta berleenalan dengan nakhoda leapal serta memberilean hadiah kepadanya seperti sirih pinang, leelapa, pi sang dna lain-lain. Sebagai balasan, nakhoda itu akan menghadiahkan pula sehelai leain hamparan (puadam) leepada Syahbandar dan polis. Manakala Panglima Kuala pula menerima hadiah sepeha emas.

36

Page 6: UNDANG-UNDANG LAUT DAN PERDAGANGAN NEGERI ......3 R.O. Winsted~ "Notes on the History of Kedah" 1MBRAS. XIV (1936). him. 157. Di sini Windstedt telah mengubah pandangannya ke arab

UNDANG·UNDANG £AUT DAN PERDAGANGAN NEGERI KEDAH ADAD KE TUJUH DE£AS

Undang-undang ini dilaksanakan oleh Paduka Sri Bongsu. Beliau rnengarahkan nakhoda (kapten) berjumpa Panglima Bandar dan mengurniakan nadiah kepadanya: jika nakhoda itu dari kapal Kalinga, hadiahnya sehelai harnparan panjang bernilai sepeha emas; jika dari kapal Gujerat, hadiahnya sekayu kain sutera halus (Barochi).

6) Pendaftaran Kargo Setiap komoditi barangan perdagangan atau kargo (bandela) yang sampai didaftarkan oleh Syahbandar Pelabuhan dan dimasukkan ke dalam gudang (bangsal) . Setelah itu nakhoda kapal akan mengurniakan kepada raja hadiah­hadiah yang berharga. Kemudian Panglima Bandar akan memanggil para saudagar dari dalam negeri untuk menilai harga kain dalam gudang, dan berapa banyak pula akan dipersembahkan kepada raja. Setelah ditentukan kadarnya oleh Panglima Bandar dan Syahbandar, dimaklumkan kepada raja. Pada adatnya, kapal Kalinga mempersembahkan 400 emas Patani dan kapal Gujerat 600 emas.

7) Cukai Kargo Kalinga dan Gujerat Cukai (kharajat) kargo dibayar mengikut kadar berikut:

a) Panglima Bandar: 3 112 tahil emas, b) Syahbandar: 2 1/2 tahil emas, e) Polis: 112 tahil em as, d) Panglima Negeri : 2 tahil emas, dan e) Panglima Kuala: 10 emas ketika masuk dan 14 emas ketika keluar.

8) Cukai Mengikut Keadaan dan Jenis Kargo

a) Jika tidak disimpan dalam gudang, eukainya 2 kupang bagi 1 bandela. Jika disimpan, setiap 4 bandela eukainya sekayu kain Belaeu halus (bajtah).

b) Jika kapal dari Kalinga, eukainya sekayu kain Salarnpuri yang dibayar kepada dua orang Syahbandar, termasuk orang-orangnya yang bertugas menjaga gudang barangan. Setiap 1000 kayu bandela eukainya 2 gulung kain: 2 baftah dari kapal Kalinga dan I salempuri dari kapal Gujerat

9) Kebenaran Membuka Kargo Sebelum kargo dibuka, nakhoda terbabit mestilah mendapatkan surat rasmi

37

Page 7: UNDANG-UNDANG LAUT DAN PERDAGANGAN NEGERI ......3 R.O. Winsted~ "Notes on the History of Kedah" 1MBRAS. XIV (1936). him. 157. Di sini Windstedt telah mengubah pandangannya ke arab

MALAYSIA dari segi SEJARAH

daripada Panglima Negeri menerusi dua orang Syahbandar. Hadiah kain tumt diberikan kepada Panglima Negeri. Jika oakhoda itu dari kapal Gujerat, upahoya segulung kain haleja Barochi; jika dari kapal Kalinga, uPahnya sehelai kain Puadam Panjang.

Ketika kargo dibuka, kedua-dua orang Syahbandar dan poliS turut hadir' , segala jenis kain di dalam kargo didaftarkan oleh Syahbandar. Pada waktu itulah kain-kain yang diperlukan oleh negeri dibeli dan setelah itu dimaklumkan kepada raja. Kemudian kain-kain tersebut dinilai pula oleh saudagar negeri dan didaftarkan oleh Syahbandar dan nakhoda.

10) Kebenaran Membeli dan Mengeksport Jika nakhoda kapal mahu membeli barangan tempatan seperu rotan, damar, getah dan liang layar untuk dieksport, maka hendaklah memberitahu Syahbandar.

11) Jual 'Beli Secara Kredit Bagi meogelakkan perbalahan, jual bell secara kredit (sales on credit) mestilah dilakukan di hadapan nakhoda dan Syahbandar .

12) Hutang-Piutang Sesiapa yang berhutang kepada nakhoda, segera memberi tahu Syahbandar dan Panglima Bandar supaya hutang itu dapat dipungut. Upah memungutnya: setiap 10 emas seemas atau setahil emas (yakni 10%). Jika raja atau Orang Besar Negeri yang berhutang, maka Panglima Bandar yang memungutnya dan nakhoda dikehendaki memberi hadiah kepada Panglima Negeri sebagai upah memungut.

13) Ketika Kapal Berangkat Kira-kira 10 hari atau 15 hari sebelum kapal berangkat pulang, hendaklab nakhoda kapal memberitahu Syahbandar tentang keberangkatannya supaya berita itu kelak disampaikan kepada Panglima Bandar dan raja. Raja akan mengadakan majlis keraian dan persembahan hadiah kepada nakhoda daIi barangan tempatan. Setelah itu, nakhoda diiringi ke kapal oleh hulubalanl raja; ada yang menaiki gajah dan ada yang berpayung putih atau bcrpayung Cina.

38

Page 8: UNDANG-UNDANG LAUT DAN PERDAGANGAN NEGERI ......3 R.O. Winsted~ "Notes on the History of Kedah" 1MBRAS. XIV (1936). him. 157. Di sini Windstedt telah mengubah pandangannya ke arab

UNDANG-UNDANG UUT DAN PERDAGANGAN NEGERI KEDAH ABAD KE TUJUH BEUS

14) Pemeriksaan Kapal Ketika Belayar Sebelum kapal belayar, Syahbandar dan poliS memeriksa kapal kalau-kalau ada barangan yang dilarang dieksporL Setelah selesai diperiksa, Syahbandar akaD memberi surat perlepasan (port clearance) dengan bayaran sebanyak I IaJpang bagi setiap dua orang penumpang; nakhoda dan seorang harnba (sahaya) dikecualikan daripada cukai_ Jika kapal itu memiliki surat bercop Panglima Bandar, maka Syahbandar tidak berhak mengenakan cukai. Begitu juga jika sekiranya kapal itu membawa barangan pesanan raja dikecualikan daripada cukai. Bayaran 10 emas diberikan kepada pengawal-pengawal kapal tersebuL Jika muatan kapal itu gajah, bayaran sepeha emas bagi seekor gajah.

15) Kapal Kalinga Jika kapal dari Kalinga tiba di pelabuhan, maka pegawai yang bertugas di pelabuhan (panglima Batangan) mestilah mendaftar dan menyenaraikan barang muatan, kelasi dan harnba-harnba yang berada di kapal. Setelah nakhoda menyarnpaikan hadiah, maka pengawal pelabuhan atau Panglima Batangan memberikan nakhoda pas masuk untuk ditunjukkan kepada Syahbandar. Bayaran 6 kupang oleh nakhoda kepada Syahbandar. Setelah itu, Syahbandar membawa nakhoda kepada Panglima Bandar dan bayaran 3 emas lagi oleh nakhoda kepada Panglima Bandar. Hal ini diberitahu kepada raja.

16) Cukai, Potongan Cukai dan Hadiah Jika muatan kapal itu gararn seberat 40 koyan, maka cukai bagi 113 daripadanya dikurangkan 6 emas sekoyan. Hadiah kepada raja, Panglima Bandar dan orang-orangnya sudah pun ditentukan; jika hadiah nakhoda itu besar, maka beliau akan diberikan layanan istimewa oleh raja di sepanjang masa ia berada di negeri kedah.

Jika muatan kapal itu lembu seberat 20 koyan, maka cukainya 4 kuncha:' I kuncha untuk Panglima Bandar; I kuncha lagi dibahagikan kepada Panglima Bandar (6 naleh' 5 gantang), Syahbandar (3 naleh 1 112 gantang), dan poliS 9 gantang iaitu 6 gantang daripada Panglima Bandar dan 3 gantang lagi daripada Syahbandar.

Jika muatan kapal seberat 10 koyan atau 5 koyan, maka cukainya diberikan kepada Panglima Negeri; jika kurang daripada 5 koyan, cukainya dibayar kepada Panglima Bandar dan Syahbandar. Kadarnya sarna seperti

6 Kuncba ialah bakul besar atau guni beras. 7 Naleb ialab bakul kecil dengan muatan 16 gantang beras.

39

Page 9: UNDANG-UNDANG LAUT DAN PERDAGANGAN NEGERI ......3 R.O. Winsted~ "Notes on the History of Kedah" 1MBRAS. XIV (1936). him. 157. Di sini Windstedt telah mengubah pandangannya ke arab

MAUtYS1A dar; seg; SEJARAH

cukai gararn juga. Akan tetapi jika kapal itu menjual harnba (sahaya), cukainya dibayar kepada Panglima Batangan, setiap seorang harnba seemas.

Jika nakhdoa membawa harnba tebusan (harnba asing) untuk dijuaJ, cukainya dibayar kepada Panglima Batangan, setiap seorang harnba 2 kupang. Apabila harnba itu dijual, cukai sebanyak 4 kupang ke atas penjual dan 2 kupang ke atas pembeli dan cukai itu dibayar kepada Panglima Bandar. Pacta masa yang sarna, Panglima Bandar memberikan surat pengesahan tanda "putus tebus" kepada nakhoda.

17) Pengecualian Cukai Jika kapal itu membawa utusan daripada kapten dan barangan (bendela) daripada syarikat, dikecualikan daripada sebarang peraturan, termasuk cukai, dengan syarat hadiah adat dipersembahkan kepada raja dan para pembesar negeri.

Begitu juga jika nakhoda kapal membawa surat utusan atau perwakilan daripada ketua-ketua negara asing ke negeri Kedah, dikecualikan daripada sebarang cukai.

18) Cukai Timah Jika kapal itu membawa timah dari negeri Perak atau negeri-negeri lain, maka Panglima Batangan telah menentukan cukainya sebanyak 2 bidor setelah dimakJumkan kepada Syahbandar. Di sarnping itu dikenakan pula bayaran pemeriksaan (taJaus) sebanyak I bidor bagi setiap bahara. Hasilnya akan digunakan untuk membeli atau membuat peluru di batangan (jeti). Jika kapaJ itu membawa 6 bahara timah: 2 bahara dibeli secara terpaksa, maka bayarannya dikurangkan kepada sekupang emas dari harga pasaran. Pengurangan ini wajar diberikan memandangkan bahawa timah merupakan bahan dagangan yang sangat penting di negeri Kedah dan ia diperlukan oleh kapal-kapal dart Gujerat dan tempat-tempat lain.

19) Komoditi Timah Oleh kerana timah barang keperluan antarabangsa, maka kerajaan mengarahkan supaya ia tidak digunakan untuk penukaran dalarn berjual beli. Sebagai contoh. membeli sirih pi nang, tembakau dan lainya tidak boleh ditukar dengan timah (sebidor, setarnpang, sepenjuru atau dua penjuru). Barang siapa yang tidak mematuhi perintah akan dikenakan hukuman sui a (?) di pasar selarna tiga hari di tiga tempat yang berlainan.

40

Page 10: UNDANG-UNDANG LAUT DAN PERDAGANGAN NEGERI ......3 R.O. Winsted~ "Notes on the History of Kedah" 1MBRAS. XIV (1936). him. 157. Di sini Windstedt telah mengubah pandangannya ke arab

UNDANG-UNDANG IAUT DAN PERDAGANGAN NEGERI KEDAH ABAD KE TUJUH BEIAS

20) Surat Kebenaran Berniaga Jika nakhoda kapal gagal mendapatkan surat kebenaran masuk berniaga daripada Panglima Batangan untuk ditunjukkan kepada Syahbandar, maka akaD dihukum duduk berlutut (deku) serta denda 2 kenderi.'

21) Kesalahan Menculik Hamba dan Kanak·Kanak Bawah Vmur Jika didapati nakhoda kapal menculik hamba berhutang atau kanal<-kanal< bawah umur atau orang yang kena dal<wa atau hamba orang, maka pihak syahbandar berhal< menangkap nakhoda tersebut.

22) Pengurniaan Hadiah 1\Jgas lain yang dipertanggungjawabkan kepada Syahbandar dan polis ialah mengumpuJ dan menyerahkan hadiahlpemberian daripada para saudagar kepada raja menerusi Panglima Bandar. Pada kebiasaannya, Panglima Bandar menerima sepeha emas; Syahbandar 2 peha emas, dan saudagar (raja) 2 emas atau seemas atau sepeha mengikut keadaan dan perhitungan Syahbandar dan polis tentang taraf saudagar itu. Sebagai balasan, raja akan mengurniakan kepada saudagar-saudagar itu daging kerbau dan lembu.

23) Rondaan 1\Jgas meronda dilakukan oleh Syahbandar dan polis seramai antara 6-7 orang bertujuan bagi menghapuskan amalan judi, menyabung, menghisap dadah (madat), minum arak dan tual<, berjual beli secara haram dan berbalah. Sesiapa yang didapati melakukan kesalahan-kesalahan tersebut akan ditangkap dan dihukum takzir oleh raja. Jika mereka melawan dibunuh; segala barang yang dilarang itu dirampas. Tindakan ini dibuat mengikut nasihat Bentara melalui Panglima Negeri.

24) Hukum Mencuri Kerbau Kerbau tidal< boleh disembelih tanpa kebenaran Syahbandar. lUjuannya bagi memastikan yang kerbau itu hal< kepunyaannya. Jika didapati kerbau itu kerbau curi, mal<a dihukum gantung kepada kerbau itu di tengkok si pencuri dan dicanang selama tiga hari di pasar. Pada waktu itu si pencuri akan berterial< "Aku pencuri kerbau, tuan-tuan lihatlah".

8 Maksud kenderi tidak: jelas. Menurut R.O. Winstedt. op. cu. him. 6, kenderi ialah bolch jadi bayaran denda.

41

Page 11: UNDANG-UNDANG LAUT DAN PERDAGANGAN NEGERI ......3 R.O. Winsted~ "Notes on the History of Kedah" 1MBRAS. XIV (1936). him. 157. Di sini Windstedt telah mengubah pandangannya ke arab

MAUlYSIA dar; seg; SEJARAH

25) Hukum Orang Tidak Puasa Sesiapa yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan dan didapati makan Pacta siang hari bulan Ramadan ditangkap dan dihukum makan rumput di hadapan balai atau dihukum sebat di tengah pasar.

26) Hukum Meninggalkan Senjata Sesiapa yang didapati meninggalkan parang atau keris di pasar dan ingin mendapatkannya semula, dikenakan bayaran sekupang.

27) Sukatan dan Timbangan Kesemua penyukat dan penimbang, sarna ada keeil atau besar, mestilah diselaraskan mengikut hukum syarak, berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Hendaklah kamu sempurnakan sukatan dan timbangan'" Di samping itu diberikan beberapa contoh di mana Allah Taala telah memerintahkan nabi-nabi yang terdahulu supaya menyelaraskan timbangan dan sukatan supaya berlaku adi!. Bagi memastikan perintah itu dipatuhi, maka Syahbandar dan polis dikerah untuk meronda (bersimbang) di pasar pada waktu mal am hari.

28) Larangan Bersiar di Waktu Malam Orang ramai dilarang berjalan-jalan atau bersiar-siar pada waktu malam hari tanpa bersuluh!lampu (damar). Sesiapa yang ingkar ditangkap; jika melawan boleh dibunuh dan dirampas senjatanya. Jika dia seorang hamba raja atau hamba Orang Besar Negeri, ditangkap dan diserahkan kepada tuannya dengan syarat membayar denda, senjatanya boleh dikembalikan dengan bayaran sekupang atau dua kupang kepada peronda (Syahbandar atau polis).

29) Kes Pendakwa dan Yang Didakwa Jika pedagang asing membawa aduan, maka hendaklah kedua pihak, pendakwa dan yang didakwa berjumpa Syahbandar untuk diadukan kepada Panglima Bandar. Jika sekiranya pendakwa itu orang asing dan yang didakwa orang tempatan (orang Kedah), maka hukumnya mengikut hukum negeri Kedah,

Kesemua saksi pendakwa mestilah dibayar, Jika ia dari kawasan antara masjid dengan Pengkalan Besar, bayarannya 1 emas; jika di seberang Pengkalan Besar, bayarannya 112 kupang; jika dari pertengahan pasar ataU hingga ke papang keeil, bayarannya 112 kupang; jika di hujung pasar.

9 A/-Quran. , urah aI-A'raf (7):85 .

42

Page 12: UNDANG-UNDANG LAUT DAN PERDAGANGAN NEGERI ......3 R.O. Winsted~ "Notes on the History of Kedah" 1MBRAS. XIV (1936). him. 157. Di sini Windstedt telah mengubah pandangannya ke arab

UNDANG-UNDANG uWT DAN PERDAGANGAN NEGERI KEDAH ABAD KE TUJUH BELAS

bayarannya 2 kupang tera; jika dari Tanjung Inggeris,'Q bayarannya 6 kupang \era; jika dari BaIai Orang Kaya Khan-Khan, bayarannya 2 kupang; dan jika dan kawasan hingga ke jeti di hujung bandar dekat masjid, bayarannya 2 IcUpang. Jika tidak diperolehi dari baIai Panglima Bandar, maka di I I baIai Khan-Khan" pun memadai kerana di sana rarnai orang yang tahu tentang hukUm syarak, dan Khan- Khan itu pun adaIah orang kepercayaan raja.

30) Perdagangan Hamba Jika pedagang asing membeli hamba (utusan, harnba sahaya? daIarn Winstedt CraJtman) untuk dieksport, dikenakan cukai, bagi setiap harnba sepeha emas, serta diberikan permit eksport. Jika tidak diketahui sarna ada harnba itu hamba curi (milik orang lain) atau miliknya, maka Syahbandar mesti menyiasatnya. Setelah didapati benar miliknya, maka barulah permit itu

dikeluarkan. Pada zarnan dahulu, bayaran bagi yang membeli dan yang menjuaI

seemas. Kadar ini tinggi kerana perbuatan membawa harnba sahaya ke luar negeri ditegah (tidak disukai) oleh raja.

31) Rekod Pendaftaran Setiap aktiviti perdagangan, termasuk jenis barangan, jumlah dan harganya serta hadiah dan pemberian daripada nakhoda kepada raja dan pembesar­pembesamya atau disebaIiknya kesemuanya direkodkan. lUjuannya iaIah bagi memudahkan pengurusan perdagangan pada tahun-tahun berikutnya.

32) Hukum Pedagang Asing Melarikan Diri Jika ada di antara peqagang asing yang melarikan diri kerana mengelakkan peraturan dan cukai akan dikenakan tindakan, iaitu layar kapalnya digantung. Ganjaran bagi yang menangkapnya, setiap seorang sepeha emas. Panglima Bandar dan Syahbandar yang akan membahagikan ganjaran itu kepada lima bahagian, sebahagiannya akan dikongsi oleh Panglima Bandar dan Syahbandar.

33) Wang Deposit Sesiapa yang menuntut wang yang dideposit kepada Panglima Bandar dan Syahbandar, pihak kerajaan negeri akan mengarnbil sebahagian daripada wang tersebut.

10 Dalam R.O. Winstedt. op. cit.. Tanjung Angkusa. 11 Khan-Kban merujuk kepada keturunan India Islam.

43

Page 13: UNDANG-UNDANG LAUT DAN PERDAGANGAN NEGERI ......3 R.O. Winsted~ "Notes on the History of Kedah" 1MBRAS. XIV (1936). him. 157. Di sini Windstedt telah mengubah pandangannya ke arab

MALAYSIA dari .regi SEJARAH

34) Bayaran Perniagaan KapaJ Kalinga dan Gujeral Pada kebiasaannya kapaJ perniagaan dari Kalinga dan Gujerat yang datang

berniaga ke negeri Kedah dikenakan bayaran 400 emas (kapa\ Kalinga) dan

600 emas (kapal Gujerat). Undang-undang ini diperbuat paJa zaman Sultan Rijaluddin Muhammad

Syah yang bersemayam di Naga Ia perlu dikekalkan tanpa sebarang perubahan. Dengan hal yang demikian akan lebih ramai lagilah pedagang asing datang ke Kedah. ApabiJa peJabuhan (bandar) menjadi semakin besar maka negeri Kedah akan menjadi semakin aman dan makmur, berdasarkan sebuah hadith, yang bermaksud: "ApabiJa raja menetapkan adat, maka Allah menetapkan masanya, walaupun raja itu seorang kafir".

35) Menyambut SuratlUtusan' Kompeni Pada ghalibnya surat kompeni ditempatkan di dalam seroja dan dibawa dengan gajah berpayung Cina berserta 12 buah panji-panji, diarak dengan gendang dan serunai. ApabiJa sampai di balai dibunyikan lima das tembakan meriam (hazinah).

Demikian juga halnya dengan sural daripada para saudagar yang terkenal, gabenor (kuarandor) dan kompeni dari McJaka, dari Jambi di Sumatera, Phra Ligo, Raja Merdelang dan Awi Singgara dengan 12 panji-panji berserta lima

das tembakan meriam. Adal menyambut suratJutusan daripada Raja Patani dengan 16 buah panji-panji berserta payung ubur-ubur putih 2 kaki dengan iringan gong, gendang, serunai dan natlri. 8egitu juga ketika menyambut suratJutusan daripada raja Perak dan raja Ligo dengan 16 buah panji-panji. Sementara menyanlbut surat terkus dengan 20 buah panji-panji berserta payung ubur-ubur putih 2 kaki dan diiringi gong, gendang, serunai dan nafiri. Sementara menyambut surat dari kompelli Melaka iaitu dengan 12 buah panji-panji.

36) Hukurn Menculik Jika orang biasa atau orang awam menculik anak atau tunang orang dihukum sula selanla 3 hari . Jika anak hulubalang menculik dihukum takzir 7 hari. Walau bagaimanapun hal ini terserah kepada budi bicara (ijtihad) raja.

37) .. ugas Syahbandar Darat dan Polis Tugas mereka mendirikan rumah kediaman para pedagang asing yang beruJang alik berniaga ke Kedah. Rumah ini disewakan dengan bayaran seemas sebuah.

44

Page 14: UNDANG-UNDANG LAUT DAN PERDAGANGAN NEGERI ......3 R.O. Winsted~ "Notes on the History of Kedah" 1MBRAS. XIV (1936). him. 157. Di sini Windstedt telah mengubah pandangannya ke arab

38) Peniaga Dari Patani

UNDANG-UNDANG LAUT DAN PERDAGANGAN NEGERI KEDAH ABAD KE TUJUH BELAS

Jjlea orang dari Patani datang berniaga, maka Syahbandar dan polis akan membawa mereka menghadap Panglima Negeri dan seterusnya menghulurkan hadiah 3 emas, tembakau, getah (gutta) dan gambir kepada Panglima Bandar. Setelah itu barang perniagan (bandela) dibuka. Menurut hukum adat, dari 5 kUdi kain bandela, raja akan mengambil sekudi; jika kurang dari sekudi akan diambil sekadarnya. Ketika berangkat pulang, peniaga Patani dikehendaki membayar cukai seem as kepada polis. Setelah dibahagi-bahagikan, setiap seorang poliS memperoleh sekupang.

39) Perdagangan Dari Arah Daral Jika orang dari Patani datang dari darat menerusi jalan Sedu atau Palasan, juga diletakkan di bawah kuasa Syahbandar.

INTI SARI UNDANG-UNDANG

Perdagangan merupakan sumber ulama ekonomi negeri Kedah selain pertanian. Bahan-bahan utama yang dieksport keluar negeri ialah beras, timah, emas, tembaga, zink; bahan-bahan dan hutan seperti kayu, rotan, damar dan binatang temakan scperti gajah dan kerbau. Barangan utama yang diimport ialah pakaian. Negeri-negeri yang mengimport barangan dari Kedah, selain negeri­negeri di Asia Tenggara ialah India, China, Portugis, Belanda dan England. Destinasi perdagangan yang utama ialah Kalinga, Gujerat, Ligo, Singgora, Merdelang, Jambi, Patani, Melaka dan Perak.

Bagi mengendalikan urusan perdagangan import-eksport dan cukai membabitkan pucuk pimpinan iaitu raja dan para pembesar negeri yang terdiri daripada Panglima Negeri, Panglima Bandar dan Syahbandar yang dibantu oleh Panglima Kuala, polis dan pengawal gudang. mereka ini telah diberikan tugas-tugas kbas. Syahbandar merupakan Suruhanjaya Pelabuhan dan Kastam yang bertanggungjawab kepada Panglima Bandar dan Panglima Negeri dan seterusnya kcpada raja. Di bawah jagaan Syahbandar ialah Panglima Kuala, polis dan pengawal gudang. Tugas mereka bermula dari masuknya kapal ke pelabuhan hinggalah meninggalkan pelabuhan. Di antara tug as-tug as penting iaIab urusan pendaftaran kargo, cukai dan penjagaan kargo di pelabuhan, pengawalan dan rondaan di pasar, mewujudkan sukatan dan timbangan yang standard. Segal a tugas itu dilaksanakan menerusi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Undang-undang dan peraturan itu bersandarkan kepada

45

Page 15: UNDANG-UNDANG LAUT DAN PERDAGANGAN NEGERI ......3 R.O. Winsted~ "Notes on the History of Kedah" 1MBRAS. XIV (1936). him. 157. Di sini Windstedt telah mengubah pandangannya ke arab

MAUlYSIA dari segi SEJARAH

undang-undang adat dan undang-undang Islam. Perlaksanaan undang-undang adat yang paling ketara ialah berhubung upacara menyambut tetarnu ~ pemgurniaan hadiah kepada raja dan pembesar negeri. Mengenai sukatau, timbangan, cukai, dan pengurusan pemiagaan adalah berdasarkan syanat Islam dengan pengubahsuaian mengikut keperluan semasa dan setempat.

Dari sini dapatlah disimpulkan bahawa dengan terlaksananya undang_ undang itu tadi membuktikan bahawa Kedah merupakan sebuah negeri iii Malaysia yang sudah maju, khususnya dari segi perdagangan, setidak-tidakya sejak abad ke-17 Masihi lagi. Undang-undang Islam yang diimport dan Aceh telah dijadikan teras Undang-undang Laut dan Perdagangan Negeri Kedab. "Dasar Pintu Terbuka" atau "Ekonomi Bebas" menjadi keutamaan daJam sistem perdagangan negeri Kedah pada abad ke-17. Walaupun pada sam ketika Syarikat Hindia TImur Belanda cuba memonopoli perdagangan timah dengan memaksa 50% daripada hasil timah negeri Kedah dijual kepadanya dengan harga yang murah,12 dan negeri-negeri asing lain yang berurus niaga dengan Kedah dimestikan mendapat surat kelulusan daripada Gabenor Belanda di Melaka dan Jakarta, tetapi pihak kerajaan negeri secara senyap-senyap meneruskan dasar ekonomi terbuka kepada kesemua pelanggannya, lebih. lebih lagi apabila mendapat sokongan daripada kerajaan Siam, dasar tersebut dilakukan secara terbuka. 13

12 R.O. Winsted~ "Notes on the History of Kedab", him. 157-75; R. Bonney, Kedah 1771· 1821. Oxford University Press. London. 1971, him. 6-7. Komoditi tintah di Kedah mendapat perhatian utama negara·negara Eropab, khususnya 8eJanda dan England keraDl mutunya yang tinggi.

13 Ibid., him. 161-166.

46

Page 16: UNDANG-UNDANG LAUT DAN PERDAGANGAN NEGERI ......3 R.O. Winsted~ "Notes on the History of Kedah" 1MBRAS. XIV (1936). him. 157. Di sini Windstedt telah mengubah pandangannya ke arab

RUJUKAN

Manuskrip

UNDANG-UNDANG UUT DAN PERDAGANGAN NEGERI KEDAH ABAD KE TUJUH BEUS

Royal Asiatic Society, London, Raffles Malay 77. SchOol oj Oriental and African Studies, London, MS. 40329.

Staatsbibliothek Preussischer Kulturbesitz, Berlin, MS. Or. Fot. 408.

Buku Bonney, R. , 1971 , Kedah 1771-1821, London, Oxford University Press.

Mobd Hassan bin Tok Kerani Mohd Arsbad, 1968, al-Tarikh Salasilah Negeri

Kedah , Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Ricklefs, M.e. & P. Voorboeve, 1977, 'ndoenesian Manuscripts in Great Britain,

Oxford, Oxford University Press.

Wan Yabya Wan Mohd Taib, 1911, Salasilah alau Tawarikh Kerajaan Kedah, Alor

Setaro

Jurnal Winstedt, Ricbard, "Kedab Laws", JMBRAS, VI, II (June 1928), hIm. 1-43.

___ , "Notes on the History of Kedab", JMBRAS, XN, III, 1936, hIm. 155-189.

47