UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 1.… · dalam Parlimen, dan dengan kuasa ... Ketua Hakim...

download UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 1.… · dalam Parlimen, dan dengan kuasa ... Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan hendaklah, ... kira badan perundangan mana yang telah membuat

If you can't read please download the document

Transcript of UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 1.… · dalam Parlimen, dan dengan kuasa ... Ketua Hakim...

  • UNDANG-UNDANG

    CETAKAN SEMULA

    MALAYSIA

    DITERBITKAN OLEHPESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA

    DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD

    DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD2006

    Akta 1

    AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968

    Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

    001b.fm Page 1 Monday, March 27, 2006 11:46 AM

  • DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEHMALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD

    DAN DICETAK OLEHPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD

    CAWANGAN KUALA LUMPUR2006

    2

    AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968

    Tarikh Perkenan Diraja 24 Disember 1968

    Tarikh penyiaran dalam Warta 31 Disember 1968

    Naskhah bahasa Inggeris ialahnaskhah sahih P.U. 540 tahun 1968

    CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

    Cetakan Semula Yang Pertama 1992Cetakan Semula Yang Kedua 1999

    001b.fm Page 2 Monday, March 27, 2006 11:46 AM

  • 3

    UNDANG-UNDANG MALAYSIA

    Akta 1

    SUSUNAN SEKSYEN

    AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968

    Seksyen

    1. Tajuk ringkas

    2. Tafsiran

    3. Pelantikan Pesuruhjaya

    4. Pelantikan Jawatankuasa

    5. Pencetakan undang-undang yang disemak

    6. Kuasa Pesuruhjaya

    7. Cara menyusun undang-undang yang disemak

    8. Pemeriksaan oleh Jawatankuasa

    9. Undang-undang yang disemak hendaklah mematuhi pendapatJawatankuasa

    10. Penyiaran undang-undang yang disemak

    11. Siapnya penyemakan undang-undang sebelum tahun 1969 hendaklahdiberitahu dalam Warta

    12. Kecualian bagi perundangan subsidiari yang ada sekarang

    13. Penyemakan perundangan subsidiari

    14. Cetakan semula undang-undang

    14A. Penerbitan jilid demi jilid

    14B. Pengemaskinian cetakan semula

    14C. Pewakilan kuasa

    15. Membetulkan kesilapan pada bentuk

    16. Rujukan mengenai nombor barisan dalam sesuatu undang-undang

    17. Tempat Akta ini dalam siri Undang-Undang Malaysia

    18. Pemansuhan

    001b.fm Page 3 Monday, March 27, 2006 11:46 AM

  • 001b.fm Page 4 Monday, March 27, 2006 11:46 AM

  • Penyemakan Undang-Undang 5

    UNDANG-UNDANG MALAYSIA

    Akta 1

    AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968

    Suatu Akta bagi membuat peruntukan untuk menyemak danmencetak semula undang-undang dan perundangan subsidiari.

    [Seluruh Malaysia1 Januari 1969]

    MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh SeriPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat danpersetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidangdalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yangberikut:

    Tajuk ringkas

    1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penyemakan Undang-Undang 1968.

    Tafsiran

    2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendakimakna yang lain

    cetakan semula ertinya edisi cetakan semula mana-manaundang-undang, atau mana-mana jilid undang-undang sedemikian,yang disediakan dan diterbitkan menurut seksyen 3;

    enakmen ertinya suatu undang-undang sebagaimana yangditakrifkan di bawah ini atau mana-mana bahagian undang-undangitu;

    Jawatankuasa ertinya Jawatankuasa Penyemak Undang-Undang yang dilantik di bawah seksyen 4;

    Pesuruhjaya ertinya Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undangyang dilantik di bawah seksyen 3;

    undang-undang ertinya mana-mana undang-undang bertulisyang berhubungan dengan sesuatu perkara yang Parlimen ada

    001b.fm Page 5 Monday, March 27, 2006 11:46 AM

  • 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 1

    kuasa untuk membuat undang-undang tetapi, kecuali dalamseksyen 14, 15 dan 16, tidak termasuk Akta ini;

    undang-undang yang disemak ertinya edisi semakan mana-mana undang-undang yang disediakan dan diterbitkan menurutseksyen 3.

    Pelantikan Pesuruhjaya

    3. Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang PesuruhjayaPenyemak Undang-Undang dan Timbalan Pesuruhjaya PenyemakUndang-Undang untuk menyediakan dan menerbitkan undang-undang yang disemak dan cetakan semula sebagaimana yangdifikirkan suai manfaat oleh Pesuruhjaya.

    Pelantikan Jawatankuasa

    4. (1) Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan hendaklah,melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik suatu JawatankuasaPenyemak Undang-Undang yang mengandungi tidak kurangdaripada lima dan tidak lebih daripada tujuh orang ahli darikalangan Hakim dan orang lain yang, pada pendapatnya,mempunyai kelayakan yang sesuai bagi maksud memeriksanaskhah draf undang-undang yang disemak.

    (2) Seseorang ahli Jawatankuasa itu hendaklah memegangjawatan bagi tempoh selama dua tahun dan layak untuk dilantiksemula:

    Dengan syarat bahawa Ketua Hakim Negara boleh menamatkanjawatan seseorang ahli, dan mana-mana ahli boleh meletakkanjawatan, pada bila-bila masa.

    (3) Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan hendaklah menjadiSetiausaha kepada Jawatankuasa itu.

    Pencetakan undang-undang yang disemak

    5. Suatu undang-undang yang disemak hendaklah dicetak olehPencetak Kerajaan, atau oleh mana-mana pencetak lainsebagaimana yang dilantik oleh Pesuruhjaya dalam sesuatu halyang tertentu bagi maksud itu.

    001b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 11:46 AM

  • Penyemakan Undang-Undang 7

    Kuasa Pesuruhjaya

    6. (1) Pesuruhjaya mempunyai kuasa seperti yang berikut:

    (i) meninggalkan daripada mana-mana undang-undangyang disemak

    (a) mana-mana enakmen pemansuhan dan apa-apasusunan atau senarai enakmen yang telahdimansuhkan, yang terkandung dalam sesuatujadual atau selainnya;

    (aa) mana-mana peruntukan, atau bahagian sesuatuperuntukan, dalam mana-mana undang-undangyang tidak lagi berkuat kuasa;

    (b) mana-mana mukadimah atau sebahagian daripadamukadimah dalam sesuatu undang-undang;

    (c) mana-mana kata permulaan bagi enakmenda lam mana-mana undang-undang a tauperuntukannya;

    (d) mana-mana enakmen yang menetapkan tarikhbila sesuatu undang-undang atau sebahagiannyaakan mula berkuat kuasa:

    Dengan syarat bahawa tarikh bila undang-undang itu atau bahagiannya mula berkuatkuasa dimasukkan oleh Pesuruhjaya dalamkurungan segi selepas sahaja tajuk panjangundang-undang yang disemak itu;

    (e) mana-mana enakmen pemindaan jika pindaanyang terlibat olehnya itu dimasukkan olehPesuruhjaya dalam undang-undang yangberkenaan dengannya atau telah dimasukkansedemikian dalam mana-mana cetakan semulayang dicetak menurut mana-mana undang-undang bertulis;

    (f) mana-mana ayat yang menjadikan undang-undang;

    (g) mana-mana bahagian undang-undang yangboleh leb ih sesua i d imasukkan sebagaiperundangan subsidiari;

    (h) mana-mana tafsiran mengenai apa-apa ungkapanyang ada ditakrifkan dalam undang-undangyang terpakai bagi pentafsiran undang-undang

    001b.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 11:46 AM

  • 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 1

    yang disemak itu dan istilah itu sama atauserupa dengan istilah yang digunakan dalamtakrif istilah undang-undang itu selepas iadisemak;

    (i) mana-mana peruntukan yang merujuk kepadas e s u a t u p e r k a r a d a n p e r k a r a i t u a d adiperuntukkan mengikut istilah yang samaatau yang serupa dalam undang-undang yangterpakai bagi pentafsiran undang-undang ituselepas ia disemak:

    D e n g a n s y a r a t b a h a w a p e r u n t u k a nberkenaan dengan cara mengertikan undang-undang pemindaan yang terkandung dalamundang-undang berkenaan dengan pentafsiranundang-undang hendaklah terpakai bagipeninggalan itu seolah-olah peruntukan yangditinggalkan itu telah dimansuhkan; dan

    (j) mengenai sesuatu undang-undang berkenaandengan perkara yang sebahagiannya dalamSenarai Persekutuan dan

    (A) yang sebahagiannya dalam SenaraiBersama atau Senarai Negeri; atau

    (B) yang sebahagiannya dalam SenaraiBersama dan yang sebahagiannyadalam Senarai Negeri,

    s e m u a p e r u n t u k a n k e c u a l i p e r u n t u k a nberkenaan dengan perkara dalam SenaraiPersekutuan:

    Dengan syarat bahawa kuasa yang terkandungdalam perenggan ini tidak boleh dijalankanmelainkan selepas berunding dengan PeguamBesar Negeri atau Penasihat Undang-Undangbagi Negeri yang berkenaan itu;

    (ii) mengatur susunan undang-undang yang disemak danmemberikan nombor bab, nombor siri atau nomborlain kepadanya;

    (iii) membuat apa-apa perubahan bentuk sebagaimanayang perlu atau suai manfaat kepada mana-manaundang-undang bagi maksud mendapatkan persamaanungkapan; atau bagi menyesuaikan undang-undang itu

    001b.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 11:46 AM

  • Penyemakan Undang-Undang 9

    supaya selaras dengan peruntukan undang-undangyang terpakai bagi pentafsiran undang-undang ituselepas ia disemak;

    (iv) menerima pakai suatu bentuk piawaian yang sesuaidalam semua undang-undang yang disemak bagi

    (a) seksyen tafsiran; (b) mana-mana seksyen penal; (c) mana-mana seksyen yang memberi kuasa

    untuk membuat perundangan subsidiari;

    (v) mengubah perkataan Enakmen, Ordinan atauPerisytiharan dalam mana-mana undang-undangkepada Akta;

    (vi) menambahkan tajuk panjang atau tajuk ringkas kepadamana-mana undang-undang yang menghendakinya,dan mengubah tajuk panjang atau tajuk ringkas mana-mana undang-undang;

    (vii) mengadakan atau mengubah susunan kandungan,susunan kronologi, rujukan dan nota:

    Dengan syarat bahawa susunan kandungan, susunankronologi, rujukan dan nota itu tidak menjadi sebahagiandaripada undang-undang yang mengandunginya;

    (viii) menyatukan dalam satu undang-undang mana-manadua undang-undang atau lebih atau bahagiannya yangin pari materia berhubung dengan perkara yangParlimen berkuasa membuat undang-undang, tidakkira badan perundangan mana yang telah membuatundang-undang itu, dengan membuat apa-apa perubahansebagaimana yang diperlukan dalam enakmen yangdisatukan itu, dan dengan melaksanakan ubah suaiandalam Negeri yang tertentu di mana, jika sekiranyaubah suaian itu tidak dibuat, suatu perubahan yangbesar akan berlaku kepada undang-undang yang berkuatkuasa dalam Negeri itu dan dengan menetapkan suatutarikh yang difikirkan sesuai sekali bagi mula berkuatkuasanya undang-undang itu;

    (ix) memecahkan mana-mana undang-undang kepada duaundang-undang atau lebih dan membuat apa-apa

    001b.fm Page 9 Monday, March 27, 2006 11:46 AM

  • 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 1

    pindaan, termasuk memberikan tajuk, atau mengubahtajuk yang sedia ada sebagaimana yang didapati perlu;

    (x) menambahkan kepada atau meninggalkan daripadamana-mana undang-undang apa-apa peruntukan yangdikehendaki ditambahkan atau ditinggalkan, ataumenggantikan apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang yang dikehendaki digantikan, disebabkan olehapa-apa pindaan yang dibuat kepada undang-undangitu oleh mana-mana undang-undang lain atau olehsesuatu pihak berkuasa mengikut kuasa yang diberikanoleh undang-undang;

    (xi) memindahkan apa-apa peruntukan yang terkandungdalam sesuatu undang-undang daripada undang-undang itu kepada mana-mana undang-undang lainyang lebih sesuai bagi peruntukan itu, denganmembuat apa-apa perubahan yang didapati perlu;

    (xii) mengubah susunan peruntukan dalam mana-manaundang-undang, dan menomborkan semula peruntukanmana-mana undang-undang;

    (xiii) mengubah bentuk atau susunan peruntukan mana-mana undang-undang dengan menukar tempat perkataan,dengan mencantumkan kesemuanya atau sebahagiannyadengan suatu peruntukan lain atau peruntukan lainatau dengan memecahkannya kepada dua peruntukanatau lebih;

    (xiv) memecahkan mana-mana undang-undang, sama adayang disatukan atau yang tidak disatukan, kepadabahagian atau penggal lain;

    (xv) membetulkan kesilapan nahu, cetak dan kesilapanyang seumpamanya dan bagi maksud itu menambahkan,meninggalkan atau mengubah apa-apa perkataandengan tidak menyentuh pengertian mana-manaundang-undang;

    (xvi) mengubah, memasukkan atau meninggalkan tandabacaan dalam mana-mana undang-undang;

    (xvii) membuat apa-apa perubahan bentuk tentang nama,tempat, jabatan, pejabat, nama jawatan dan selainnyasebagaimana yang perlu untuk menyesuaikan mana-mana undang-undang dengan hal keadaan Persekutuan

    001b.fm Page 10 Monday, March 27, 2006 11:46 AM

  • Penyemakan Undang-Undang 11

    pada tarikh bila undang-undang dalam bentuknyayang disemak itu mula berkuat kuasa;

    (xviii) membuat apa-apa penyesuaian atau pindaansebagaimana yang didapati perlu atau patut disebabkanoleh apa-apa perubahan tentang keanggotaanPersekutuan atau mana-mana bahagiannya atau mana-mana bahagian Komanwel;

    (xix) membetulkan rujukan silang termasuk rujukan mengenaiundang-undang bagi wilayah lain;

    (xx) membetulkan rujukan mengenai undang-undang yangdimansuhkan dengan menggantikan rujukan itudengan rujukan mengenai mana-mana undang-undangyang telah memansuhkannya, dan bagi maksud itudiisytiharkan bahawa suatu undang-undangdisifatkan digantikan oleh suatu undang-undang lainjika dinyatakan dengan nyatanya dalam undang-undang yang kemudian itu bahawa ia menggantikanundang-undang yang dimansuhkan itu, atau jikaundang-undang yang kemudian itu memperbuatundang-undang semula, sama ada dengan ubah suaianatau tidak, mana-mana peruntukan undang-undangyang dimansuhkan itu;

    (xxa) mengemaskinikan istilah dan ejaan dalam teks bahasakebangsaan mana-mana undang-undang supayaselaras dengan istilah dan ejaan yang diluluskan olehDewan Bahasa dan Pustaka;

    (xxb) memotong apa-apa perkataan, ungkapan, tatanamaatau peruntukan lain dalam mana-mana undang-undang yang tidak lagi digunakan atau tidak lagiberkuat kuasa, termasuk rujukan kepada undang-undang yang dimansuhkan, dan untuk menggantikannyajika perlu, dengan perkataan, ungkapan, tatanama atauperuntukan yang sesuai atau rujukan kepada undang-undang yang sesuai;

    (xxi) meringkaskan atau memudahkan rangkai kata mana-mana undang-undang;

    (xxii) memansuhkan atau meminda mana-mana enakmenoleh sebab penyediaan undang-undang yang disemak;

    (xxiii) menetapkan tarikh bila sesuatu undang-undang yangdisemak itu akan mula berkuat kuasa:

    001b.fm Page 11 Monday, March 27, 2006 11:46 AM

  • 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 1

    Dengan syarat bahawa tarikh itu tidak boleh lebihawal dari tarikh bila undang-undang yang disemak itudisiarkan dalam Warta;

    (xxiv) membuat segala perkara lain yang berhubungandengan bentuk dan kaedah yang perlu untukmemperkemas suatu undang-undang yang disemak.

    (2) Dalam subseksyen (1) pindaan termasuklah, jika iadigunakan berhubung dengan kuasa yang diberikan kepadaPesuruhjaya, apa-apa perubahan undang-undang yang perlu untukmelaksanakan mana-mana enakmen dalam mana-mana undang-undang lain supaya dengan demikian itu bidang, kuat kuasa ataupengertian mana-mana peruntukan undang-undang yang mula-mula disebut itu diubah, diubahsuaikan, diperluas, dihadkan,dipersyaratkan atau selainnya tersentuh.

    (3) Kuasa yang diberikan kepada Pesuruhjaya olehsubseksyen (1) tidak boleh diertikan sebagai dia berkuasa untukmembuat apa-apa pengubahan atau pindaan tentang isi mana-mana undang-undang.

    Cara menyusun undang-undang yang disemak

    7. Suatu undang-undang yang disemak hendaklah disusunmengikut apa-apa bentuk sebagaimana yang difikirkan suai manfaatoleh Pesuruhjaya dan hendaklah mengandungi

    (i) di muka hadapannya(a) ungkapan Undang-Undang Malaysia;

    (b) tajuk ringkas dan nombor undang-undang yangdisemak itu;

    (c) tarikh yang sehingganya undang-undang itudisemak; dan

    (d) tarikh yang ditetapkan di bawah perenggan6(1)(xxiii) bila undang-undang yang disemakitu akan mula berkuat kuasa;

    (ii) suatu senarai undang-undang yang telah memindaundang-undang itu sehingga tarikh penyemakannyadengan menunjukkan tarikh bila pindaan itu mulaberkuat kuasa;

    001b.fm Page 12 Monday, March 27, 2006 11:46 AM

  • Penyemakan Undang-Undang 13

    (iii) suatu senarai undang-undang atau bahagian yangdigantikan atau dimansuhkan oleh undang-undangyang disemak itu.

    (iv) (Dipotong oleh Akta A43).

    Pemeriksaan oleh Jawatankuasa

    8. (1) Pesuruhjaya hendaklah menghantar sepuluh naskhahdraf tiap-tiap undang-undang yang disemak dan sepuluh naskhahsenarai pindaan yang dibuat olehnya dalam undang-undang yangdisemak itu kepada Jawatankuasa untuk pemeriksaannya.Jawatankuasa itu hendaklah memeriksa naskhah draf itu danmemperakui kepada Pesuruhjaya sama ada pada pendapatJawatankuasa itu pindaan yang dibuat oleh Pesuruhjaya mengikutatau tidak mengikut kuasa yang diberikan kepadanya oleh Aktaini. Jika Jawatankuasa itu tidak memperakui sedemikian dalamtempoh tiga puluh hari dari tarikh naskhah draf itu diterima olehSetiausaha Jawatankuasa itu, pindaan itu hendaklah disifatkantelah diperakui sebagai mengikut kuasa Pesuruhjaya danPesuruhjaya boleh meneruskan tindakan mengikut subseksyen10(1).

    (2) Kesahan sesuatu perakuan yang diberikan oleh Jawatankuasaitu di bawah subseksyen (1) t idak terjejas oleh apa-apakekosongan dalam keanggotaan Jawatankuasa itu atau oleh sebabseseorang ahl inya t idak berupaya buat sementara untukmemberikan pendapatnya oleh sebab ahli itu tidak ada, uzur atauapa-apa sebab lain.

    Undang-undang yang disemak hendaklah mematuhi pendapatJawatankuasa

    9. Jika Jawatankuasa memperakui bahawa sesuatu pindaantidak mengikut kuasa Pesuruhjaya, Pesuruhjaya hendaklah,sebelum meneruskan tindakan mengikut subseksyen 10(1),meminda draf undang-undang yang disemak untuk mematuhipendapat Jawatankuasa.

    Penyiaran undang-undang yang disemak

    10. (1) Suatu undang-undang yang disemak yang mengandungipindaan yang telah diperakui atau yang disifatkan telah diperakui

    001b.fm Page 13 Monday, March 27, 2006 11:46 AM

  • 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 1

    oleh Jawatankuasa sebagai mengikut kuasa Pesuruhjayahendaklah disiarkan dalam Warta dan hendaklah berkuat kuasamulai dari tarikh yang dirujuk dalam perenggan 7(i)(d).

    (2) Pada dan selepas dari tarikh sesuatu undang-undang yangdisemak berkuat kuasa, undang-undang yang disemak ituhendaklah disifatkan sebagai dan ia hendaklah menjadi, dengantidak dipersoalkan apa-apa jua pun dalam semua mahkamah danbagi segala maksud, undang-undang yang tunggal dan yangsepatutnya bagi perkara yang termasuk dalamnya dan yangberkuat kuasa pada tarikh itu.

    Siapnya penyemakan undang-undang sebelum tahun 1969hendaklah diberitahu dalam Warta

    11. Dengan seberapa segera yang boleh, Pesuruhjaya hendaklah,melalui pemberitahuan dalam Warta (yang akan disiarkan dalamTambahan Akta), memperakui bahawa penyemakan semuaundang-undang yang diperbuat sebelum satu haribulan Januari1969 (kecuali undang-undang yang dinyatakan dalam pemberitahuanitu), yang belum dimansuhkan pada tarikh pemberitahuan itu,telah siap dan dengan yang demikian mana-mana undang-undangyang belum disemak di bawah Akta ini dan yang belumdinyatakan dalam pemberitahuan itu hendaklah disifatkan telahdimansuhkan mulai dari tarikh pemberitahuan itu disiarkan.

    Kecualian bagi perundangan subsidiari yang ada sekarang

    12. Perundangan subsidiari yang dibuat di bawah mana-manaundang-undang dan yang berkuat kuasa pada tarikh bila undang-undang yang disemak itu mula berkuat kuasa hendaklah terusberkuat kuasa sehingga diperuntukkan selainnya; dan rujukandalam mana-mana perundangan subsidiari itu kepada undang-undang yang di bawahnya perundangan subsidiari itu telah dibuat,atau kepada mana-mana bahagiannya, atau kepada mana-manaundang-undang lain yang disemak hendaklah diertikan sebagairujukan kepada undang-undang yang disemak itu atau kepadaundang-undang lain yang telah disemak itu.

    Penyemakan perundangan subsidiari

    13. (1) Dengan seberapa segera yang boleh hendaklahdisediakan, sebagai tambahan kepada setiap satu undang-undang

    001b.fm Page 14 Monday, March 27, 2006 11:46 AM

  • Penyemakan Undang-Undang 15

    yang disemak, suatu cetakan perundangan subsidiari yangdisemak di bawah undang-undang yang disemak itu sebagaimanayang didapati oleh Pesuruhjaya cukup mustahak untuk dimasukkandalamnya.

    (2) Peruntukan Akta ini yang berhubungan denganmenyediakan dan menyiarkan suatu undang-undang yangdisemak, tetapi bukan peruntukan yang berhubungan denganpemeriksaan oleh Jawatankuasa, hendaklah terpakai dengan apa-apa ubah suaian yang perlu bagi menyediakan dan menyiarkanperundangan subsidiari yang disemak.

    Cetakan semula undang-undang

    14. (1) Pencetak Kerajaan atau mana-mana Pencetak lainsebagaimana yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya dalam sesuatu halyang tertentu bagi maksud itu boleh, dengan kuasa Pesuruhjaya,membuat cetakan semula bagi mana-mana undang-undang, samaada yang telah disemak atau tidak, yang mengandungi

    (a) pindaan yang dibuat oleh mana-mana undang-undang;dan

    (b) pindaan yang dibuat oleh Pesuruhjaya di bawah kuasayang diberikan kepadanya oleh subseksyen (2),

    dan mana-mana naskhah cetakan semula itu yang berupa sebagaidicetak mengikut seksyen ini hendaklah disifatkan, sehinggaakasnya dibuktikan, sebagai naskhah yang sah bagi undang-undang itu sebagaimana yang berkuat kuasa, kecuali setakat yangdinyatakan dalam naskhah itu, pada tarikh yang dinyatakansedemikian.

    (2) Pada menyediakan sesuatu cetakan semula Pesuruhjayamempunyai kuasa yang terkandung dalam perenggan 6(1)(vii),(x), (xv), (xvi), (xvii), (xviii), (xix), (xx), (xxa) dan (xxb).

    Penerbitan jilid demi jilid

    14A. (1) Pesuruhjaya boleh, jika difikirkannya suai manfaat,membenarkan cetakan semula disediakan dan diterbitkan jiliddemi jilid, mengikut apa-apa susunan dan pada bila-bila masayang difikirkannya suai manfaat.

    001b.fm Page 15 Monday, March 27, 2006 11:46 AM

  • 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 1

    (2) Mana-mana jilid sesuatu cetakan semula boleh mengandungiapa-apa susunan, lampiran dan perkara tambahan yang lain,termasuk indeks, sebagaimana yang difikirkan perlu olehPesuruhjaya.

    Pengemaskinian cetakan semula

    14B. Pesuruhjaya boleh, jika difikirkannya suai manfaat,membenarkan penyediaan dan penerbitan laporan kemas kini yangmengandungi pindaan terkini kepada sesuatu cetakan semula,mengikut apa-apa susunan dan pada bila-bila masa yangdifikirkannya suai manfaat.

    Pewakilan kuasa

    14C. Pesuruhjaya boleh mewakilkan mana-mana kuasanya dibawah subseksyen 14(2), seksyen 14A, dan 14B kepada TimbalanPesuruhjaya.

    Membetulkan kesilapan pada bentuk

    15. (1) Pesuruhjaya boleh dengan perintah, yang dibuatmengenai sesuatu Akta selepas merujukkannya kepada Jawatankuasa,membetulkan sesuatu kesilapan mengenai tulisan, cetakan ataukesilapan lain dalam mana-mana undang-undang:

    Dengan syarat bahawa pembetulan itu hendaklah tidakberlawanan dengan kuasa yang diberikan kepada Pesuruhjaya olehseksyen 6, 13 dan 14.

    (2) Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang mulai daritarikh yang dirujuk dalam perenggan 7(1)(d).

    Rujukan mengenai nombor barisan dalam sesuatu undang-undang

    16. Rujukan dalam mana-mana undang-undang mengenainombor barisan sesuatu peruntukan dalam mana-mana undang-undang bererti barisan dalam cetakan naskhah rasmi yang terakhirbagi undang-undang itu pada masa undang-undang yangmengandungi rujukan itu diperbuat.

    001b.fm Page 16 Monday, March 27, 2006 11:46 AM

  • Penyemakan Undang-Undang 17

    Tempat Akta ini dalam siri Undang-Undang Malaysia

    17. Akta ini hendaklah menjadi Akta pertama dalam siriUndang-Undang Malaysia dan hendaklah dinomborkan Akta 1.

    Pemansuhan

    18. Akta Cetakan Semula Undang-Undang Persekutuan 1965[No. 26 tahun 1965], dimansuhkan dan seksyen 48 OrdinanTafsiran dan Fasal-Fasal Am 1948 [K.T.M. 7 tahun 1948], setakatyang seksyen itu ialah undang-undang persekutuan, hendaklahterhenti terpakai selepas mula berkuat kuasanya Akta ini.

    001b.fm Page 17 Monday, March 27, 2006 11:46 AM

  • 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 1

    UNDANG-UNDANG MALAYSIA

    Akta 1

    AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968

    SENARAI PINDAAN

    Undang-undangyang meminda

    Tajuk ringkas Berkuat kuasadari

    P.U.(A)107/1970 Ordinan Darurat (PenyemakanUndang-undang)(Pindaan) 1970

    01-01-196911-03-1970(seksyen 2, 7,8 dan 9)

    Akta A43 Akta Penyemakan Undang-Undang(Pindaan) 1971

    30-04-1971

    Akta A885 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1994 24-06-1994

    Akta A1061 Akta Penyemakan Undang-Undang(Pindaan) 1999

    01-10-1998

    001b.fm Page 18 Monday, March 27, 2006 11:46 AM

  • 19

    UNDANG-UNDANG MALAYSIA

    Akta 1

    AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968

    SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

    Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

    2 Akta A43 30-04-1971

    P.U.(A)107/1970 11-03-1970

    Akta A1061 01-10-1998

    3 Akta A1061 01-10-1998

    4 Akta A885 24-06-1994

    6 P.U.(A)107/1970 01-01-1969

    Akta A43 30-04-1971

    Akta A1061 01-10-1998

    7 P.U.(A)107/1970 01-01-1969

    Akta A43 30-04-1971

    8 P.U.(A)107/1970 01-01-1969

    Akta A43 30-04-1971

    10 P.U.(A)107/1970 01-01-1969

    13 P.U.(A)107/1970 11-03-1970

    Akta A43 30-04-1971

    14 P.U.(A)107/1970 11-03-1970

    Akta A43 30-04-1971

    001b.fm Page 19 Monday, March 27, 2006 11:46 AM

  • 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 1

    Akta A1061 01-10-1998

    14A Akta A1061 01-10-1998

    14B Akta A1061 01-10-1998

    14C Akta A1061 01-10-1998

    15 P.U.(A)107/1970 11-03-1970

    Akta A43 30-04-1971

    16 P.U.(A)107/1970 11-03-1970

    Akta A43 30-04-1971

    17 P.U.(A)107/1970 11-03-1970

    Akta A43 30-04-1971

    18 P.U.(A)107/1970 11-03-1970

    Akta A43 30-04-1971

    Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

    001b.fm Page 20 Monday, March 27, 2006 11:46 AM