Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

108
PAKAT JAHAT JENAYAH SEKSYEN 120A/B Seksyen 120A Takrif Pakat jahat Jenayah Apabila dua orang atau lebih daripada dua orang bersetuju melakukan atau menyebabkan supaya melakukan:- (a) suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang atau (b) suatu perbuatan yang tidak menyalahi undang-undang dengan jalan menyalahi undang-undang, maka persetujuan yang demikian itu adalah dinamakan pakat jahat jenayah: Dengan syarat bahawa apa-apa jua persetujuan, kecuali suatu persetujuan bagi melakukan sesuatu kesalahan, tidaklah terjumlah kepada suatu pakat jahat jenayah melainkan jika sesuatu perbuatan selain daripada persetujuan itu dilakukan oleh satu atau beberapa pihak yang membuat persetujuan itu pada menurut persetujuan itu.

Transcript of Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

Page 1: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

PAKAT JAHAT JENAYAH SEKSYEN 120A/B

Seksyen 120A Takrif Pakat jahat Jenayah

Apabila dua orang atau lebih daripada dua orang bersetuju melakukan atau menyebabkan supaya melakukan:-

(a) suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang atau(b) suatu perbuatan yang tidak menyalahi undang-undang dengan jalan menyalahi undang-undang, maka persetujuan yang demikian itu adalah dinamakan pakat jahat jenayah:

Dengan syarat bahawa apa-apa jua persetujuan, kecuali suatu persetujuan bagi melakukan sesuatu kesalahan, tidaklah terjumlah kepada suatu pakat jahat jenayah melainkan jika sesuatu perbuatan selain daripada persetujuan itu dilakukan oleh satu atau beberapa pihak yang membuat persetujuan itu pada menurut persetujuan itu.

Page 2: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

KESALAHAN-KESALAHAN TERHADAP NEGARA

Seksyen 121 Berperang atau mencuba berperang atau menyubahati perang melawan Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri.

Barang siapa berperang atau cuba berperang atau menyubahati perang melawan Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja atau Yang di-Pertua Negeri, hendaklah diseksa dgn bunuh atau penjara seumur hidup jika tidak disiksa dgn bunuh dan bolehlah juga dikenakan denda.

Page 3: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

KESALAHAN-KESALAHAN TERHADAP NEGARA

Seksyen 121 A kesalahan-kesalahan terhadap tubuh Yang di-Pertuan Agong atau Yang d-Pertua Negeri.

Barang siapa merancang, mengada-ada, mereka-reka, berikhtiar atau berusaha akan kematian atau kecederaan atau penjaraan atau terhalang Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja atau Yang di-Pertua Negeri, bakal-bakal atau penganti-penganti mereka hendaklah diseksa dgn bunuh dan bolehlah juga dikenakan denda.

Page 4: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

Kesalahan Terhadap Tubuh Manusia

DARIHAL CEDERA

PENDAHULUAN

Seksyen 319 - 338 berkaitan dengan kesalahan-kesalahan terhadap tubuh badan. Kesalahan-kesalahan tersebut boleh dibahagikan kepada tajuk-tajuk berikut :-

Cedera : Seksyen 319, 321, 323, 324, 327, 328, 330 dan 332 Cedera Parah : Seksyen 320, 322, 325, 326, 329, 331 dan 333; Cedera atau cedera parah atau bangkitan marah (provokasi) Seksyen 334- 335; dan Gopoh atau cuai menyebabkan cedera atau cedera parah; Seksyen 336 - 338.

Page 5: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

Sek. 319 CEDERA

Barang siapa menyebabkan kesakitan, penyakit, atau kelemahan tubuh kepada seseorang adalah dikata menyebakan cedera.

ELEMEN Tertuduh menyebabkan kesakitan, penyakit atau kelemahan tubuh kepada

seseorang.

Contoh: Tikaman dengan senjata ke atas tuuh seseorang ( menyebabkan kesakitan )

Menyimbah air panas ke atas seseorang (menyebabkan kesakitan). Memberi minum copper sulphate kepada seseorang (menyebabkan kelemahan tubuh).

ULASAN Tidak semestinya berlaku persentuhan fizikal diantara tertuduh dengan mangsa

bagi menyebabkan berlakunya cedera. Di dalam seksyen ini ‘actus reus’ yang menyebabkan menjadi kesalahan adalah kesakitan pada tubuh badan, penyakit atau kelemahan pada tubuh badan kepada seseorang. Manakala ‘mens rea’ pula adalah niat untuk menyebabkan cedera dan pengetahuannya tentang kecederaan akan terjadi kepada sesiapa yang dicederakan

Page 6: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 320 CEDERA PARAH

ELEMEN

Hanya jenis-jenis cedera yang berikut sahaja dinamakan "parah" –

Pertama - Hilang tenaga kelakian. Ketua - Hilang selama-lamanya penglihatan salah atau mata. Ketiga - Hilang selama-lamanya pendengaran salah satu telinga. Keempat - Hilang sesuatu anggota atau sendi. Kelima - Binasa atau lemah selama-lamanya daya sesuatu anggota atau sendi Keenam - Cacat selama-lamanya kepala atau muka. Ketujuh - Patah atau retak tulang atau selisih sendi. Kelapan - Apa-apa cedera yang membahayakan nyawa atau yang menyebabkan orang yang tercedera itu menderita kesakitan tubuh yang amat sangat atau tidak boleh menjalankan pekerjaannya yang biasa selama 20 hari.

Page 7: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii
Page 8: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 321 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA

Barang siapa melakukan apa-apa perbuatan dengan niat dengan jalan demikian itu hendak menyebabkan cedera kepada seseorang, atau dengan mengetahui bahawa ia mungkin dengan jalan demikian itu menyebabkan cedera kepada seseorang adalah dikatakan "dengan sengaja menyebabkan cedera“

ELEMEN

Tertuduh dengan perbuatannya menyebabkan kesakitan, penyakit atau kelemahan tubuh kepada seseorang.

Tertuduh melakukan perbuatan itu dengan niat atau dengan mengetahui ia mungkin menyebabkan cedera.

Page 9: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 322 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA PARAH

Barang siapa dengan sengaja menyebabkan, cedera jika cedera yang ia bermaksud hendak menyebabkan atau ketahui mungkin menyebabkan itu ialah cedera parah, dan jika cedera yang ia sebabkan itu ialah cedera parah, adalah dikatakan "dengan segaja menyebabkan cedera parah".

ELEMEN

Tertuduh menyebabkan cedera dari sebarang jenis yang dihuraikan di bawah Sek. 320.

Tertuduh mempunyai niat atau mengetahui mungkin menyebabkan cedera parah dari sebarang jenis yang dihuraikan. Tertuduh melakukannya denan sengaja.

Page 10: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 323 SEKSAAN KERANA DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA

Barang siapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh Seksyen 334, dengan sengaja menyebabkan cedera, hendaklah di seksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau dengan denda yang boleh sampai dua ribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.

PenjelasanSekyen ini menerangkan seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.

KES: MUHAMMAD IBRAHIM LWN SHAIK DAVOOD (1920 44 MD 27)

Ibrahim, penjaga kedai, berkedai, berkelahi dengan isterinya. Dalam perkelahian itu, Ibrahim mengetuk kepada isterinya dengan besi seberat 250 gm menyebabkan isterinya mati. Doktor mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami oleh si mati hanyalah kecederaan ringan dan tidak ada bukti bahawa kematiannya disebabkan oleh kecederaan yang dialaminya.

KEPUTUSAN: Ibrahim bersalah di bawah seksyen 323 sahaja dan bukan kesalahan membunuh di bawah seksyen 302 K.K.

Page 11: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 324 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA DENGAN JALAN MENGGUNAKAN SENJATA ATAU LAIN-LAIN BENDA YANG MERBAHAYA

Barang siapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh Seksyen 334, dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan apa-apa alat untuk menembak, menikam, atau memotong, atau apa-apa alat yang, jika digunakan seagai senjata untuk menyerang, mungkin menyebabkan kematian, atau dengan jalan menggunakan api atau apa-apa benda melecur, atau dengan jalan menggunakan apa-apa racun atau apa-apa benda letupan, atau dengan jalan menggunakan apa-apa benda yang merbahaya kepada tubuh manusia apabila dihisap, ditelan atau dimasukkan ke dalam darahnya, atau dengan jalan menggunakan apa-apa haiwan, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu.

Page 12: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii
Page 13: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

ELEMENTertuduh dengan perbuatannya menyebabkan kesakitan, penyakit atau kelemahan tubuh kepada seseorang. Tertuduh melakukan perbuatan itu dengan niat atau dengan mengetahui akan menyebabkan kesakitan, dll. Tertuduh menyebabkannya dengan menggunakan sesuatu alat untuk menembak, menikam atau memotong; atau alat yang jika digunakan sebagai senjata mungkin menyebabkan kematian; atau dengan jalan menggunakan api, dll; atau dengan jalan menggunakan racun, dll; atau dengan jalan menggunakan apa-apa benda yang merbahaya kepada tubuh manusia apabila dihisap, dll;

SEKSAANPenjara yang boleh sampai 3 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu.

ULASANSeksyen ini berkaitan dengan sengaja mendatangkan cedera dengan menggunakan alat yang jika digunakan alat yang jika digunakan untuk menyerang mungkin menyebabkan kematian. Alat itu mestilah dari jenis yang mungkin menyebabkan kematian.

Page 14: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 325 SEKSAAN KERANA DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA PARAH

Barang siapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh Seksyen 335, dengan sengaja menyebabkan cedera parah, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.Kesalahan di bawah seksyen ini terletak di antara cedera dan mendatangkan kematian. Bagi mendapatkan sabitan, mestilah ditunjukkan tertuduh menyebabkan cedera parah kepada mangsa. Adalah menjadi tugas Mahkamah memutuskan samada cedera yang disebabkan itu adalah cedera parah berdasarkan dari fakta dan keterangan pegawai perubatan.

KES: EMPRESS OF INDIA LWN IDU EG. ILR (1881) 3 ALL 776 (HC, ALLAHARS, INDIA)Idu Beg memukul di bahagian kiri badan isterinya dengan hentakan yang kuat dan bertenaga. Pukulan ini menyebabkan isterinya mati dengan serta merta.

KEPUTUSAN: Idu Beg bersalah di bawah seksyen ini kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah pada isterinya.

Page 15: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 326 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA PARAH DENAN JALAN MENGGUNAKAN SENJATA ATAU LAIN-LAIN BENDA YANG MERBAHAYA

Barang siapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh Seksyen 335, dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan apa-apa alat untuk menembak, menikam, atau memotong, atau apa-apa alat yang, jika digunakan sebagai senjata untuk menyerang, mungkin menyebabkan kematian, atau dengan jalan menggunakan api atau apa-apa benda hangat, atau dengan jalan menggunakan apa-apa racun atau apa-apa benda melecur, atau dengan jalan menggunakan apa-apa benda yang merbahaya kepada tubuh manusia apabila dihisap, ditelan atau dimasukkan ke dalam darahnya, atau dengan jalan menggunakan apa-apa haiwan, hendaklah diseksa dengan penjara yang boleh sampai dua puluh tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.

Page 16: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

ELEMEN

Tertuduh menyebabkan cedera parah kepada seseorang. Cedera parah itu disebabkan dengan sengaja. Cedera parah itu disebabkan dengan sesuatu alat untuk menembak, dll; atau apa-apa alat yang jika digunakan seagai senjata untuk menyerang, mungkin menyebabkan kematian; atau dengan jalan menggunakan api, dll; atau dengan jalan menggunakan apa-apa racun, dll; atau dengan jalan menggunakan apa-apa racun, dll; atau dengan jalan menggunakan apa-apa benda yang merbahaya kepada tubuh manusia apabila dihisap, dll; atau dengan jalan menggunakan apa-apa haiwan.

SEKSAAN

Penjara yang boleh sampai 20 tahun dan bolehlah dikenakan denda atau sebat.

ULASAN

Seksyen ini sama dengan sek. 324 yang berbeza ialah cedera yang disebabkan di bawah seksyen ini ialah cedera parah.

Page 17: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 327 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA BAGI MEMAKSA SUPAYA PERBUATAN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG DILAKUKAN.

Barang siapa, dengan sengaja menyebabkan cedera kepada seseorang bagi maksud hendak memeras daripada orang itu, atau daripada seseorang yang ada kepentingan dengan orang itu, apa-apa harta atau cagaran berharga, atau hendak memaksa orang itu, atau seseorang yang ada kepentingan dengan orang itu, supaya melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang, atau yang boleh menyenangkan sesuatu kesalahan dilakukan, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.

ELEMENTertuduh menyebabkan cedera Tertuduh menyebabkan cedera tersebut bagi maksud memeras daripada seseorang atau daripada seseorang yang ada kepentingan dengan orang itu apa-apa harta atau cagaran berharga; atau memaksa orang itu atau seseorang yang ada kepentingan dengan orang itu supaya melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang; atau menyenangkan sesuatu kesalahan dilakukan.

SEKSAANPenjara yang boleh sampai 10 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat

Page 18: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 328 MENYEBABKAN CEDERA DENGAN ALAT MENGGUNAKAN RACUN, DSB, DENGAN NIAT HENDAK MELAKUKAN KESALAHANBarang siapa mengenakan kepada seseorang atau menyebabkan supaya dimakan oleh seseorang, apa-apa racun atau apa-apa dadah atau lain-lain benda yang menghilangkan akal, yang memabukkan atau yang merosakan kesihatan, dengan niat hendak menyebabkan cedera kepada orang itu, atau dengan niat hendak melakukan atau menyenangkan sesuatu kesalahan dilakukan, atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu menyebabkan cedera, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.

ELEMENTertuduh mengenakan atau menyebabkan seseorang memakan sesuatu bahan. Bahawa bahan tersebut adalah racun, atau lain-lain benda yang menghilangkan akal, memabukkan atau yang merosakkan kesihatan. Tertuduh melakukan sedemikian dengan niat menyebabkan cedera atau mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu menyebabkan cedera atau niat hendak melakukan atau menyenangkan sesuatu kesalahan dilakukan.

SEKSAANPenjara yang boleh sampai 10 tahun dan bolehlah juga didenda.

Page 19: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

ULASAN

Seksyen ini bertujuan terutamanya menghukum penjenayah yang merompak atau mencabul kehormatan orang ramai dengan menghilangkan akal mereka dengan jalan mengenakan dadah, yang menyenangkan sesuatu kesalahan dilakukan dan menghalangnya dari dikesan.

KES ILUSTRASI

Di dalam kes Hanumakka AIR 1943 Mad 396 seorang isteri telah mencampurkan serbuk aconite ke dalam makanan suaminya dengan niat hendak mendatangkan kelemahan tubuh kepada suaminya, dengan itu suaminya berada di bawah penguasaannya. Akibatnya suaminya mati. Diputuskan oleh Mahkamah bahawa si isteri bersalah di bawah seksyen dan tidak di bawah kesalahan homisid oleh kerana niat si isteri hanyalah hendak mendatangkan kelemahan kepada tubuh.

Page 20: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 329 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA PARAH BAGI MEMERAS HARTA, ATAU BAGI MEMAKSA SUPAYA PERBUATAN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG DILAKUKAN.

Barang siapa dengan segaja menyebabkan cedera parah kepada seseorang bagi maksud hendak memeras daripada orang itu, atau daripada seseorang yang ada kepentingan dengan orang itu, apa-apa harta atau cagaran berharga, atau hendak memaksa orang itu, atau seseorang yang ada kepentingan dengan orang itu, supaya melakukan seseuatu perkara yang menyalahi undang-undang, atau yang menyenangkan sesuatu kesalahan dilakukan, hendaklah diseksa dengan penjara yang boleh sampai dua puluh tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.

ELEMENBahawa cedera parah disebabkan oleh tertuduh bahawa ia dilakukan dengan sengaja.Tertuduh melakukannya dengan maksud memeras daripada seseorang atau orang yang ada kepentingan dengan orang itu atau memaksa orang itu atau orang yang ada kepentingan dengannya melakukan perkara yang menyalahi undang-undang atau menyenangkan sesuatu kesalahan dilakukan.

SEKSAANPenjara yang boleh sampai 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.

Page 21: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 330 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA BAGI MEMERAS PENGAKUAN BERSALAH ATAU BAGI MEMAKSA SUPAYA HARTA DIPULANGKAN.

ELEMEN

Tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera. Tertuduh menyebabkan cedera bagi memeras daripada seseorang atau orang yang ada kepentingan dengan orang itu apa-apa pengakuan bersalah atau maklumat yang boleh membawa kepada diketahui sesuatu kesalahan atau salahlaku, atau bagi maksud memaksa orang sedemikian memulangkan apa-apa harta atau cagaran berharga, atau supaya memberi maklumat yang boleh membawa kepada pemulangan apa-apa harta atau cagaran berharga.

SEKSAAN

Penjara yang boleh sampai 7 tahun dan bolehlah juga didenda

Page 22: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

ULASAN

Matlamat utama seksyen ini adalah untuk mencegah penyeksaan oleh anggota polis. Tetapi seksyen ini meliputi semua jenis penyeksaan walau apa jua maksud tujuan seksaan itu. Maklumat yang dicari mungkin untuk mencapai keadilan tetapi undang-undang tidak bertolakansur terhadap penggunaan cara sedemikian. Harta yang dipaksa dipulangkan mungkin harta pesalah yang dipinjam oleh pengadu tetapi pengadu enggan memulangkan nya dengan cara menyalahi undang-undang. Tuntutan itu mungkin tuntutan yang berpatutan tetapi undang-undang tidak bertoleransi dengan penggunaan cara-cara yang dinyatakan yang boleh dihukum di bawah seksyen ini.

KES ILUSTRASI

LAI KIM HON & Ors v PPTertuduh seorang Cif Inspektor bersama beberapa orang anggota pasukan penyiasat telah memukul seorang tahanan semasa menyoalsiasat. Akibatnya tahanan mati. Mereka dituduh di bawah Sek. 330 dibaca bersama Sek. 324. Diputuskan, tertuduh bersalah di bawah Sek. 330 oleh kerana tiada niat hendak menyebabkan kematian

Page 23: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 332 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA BAGI MENAKUTKAN PENJAWAT AWAM DARIPADAMENJALANKAN KEWAJIPANNYA

ELEMEN

Tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera kepadaseseorang penjawat awam.

Cedera itu disebabkan:

Semasa penjawat awam itu menjalankan kewajipannya sebagai penjawat awam, atau dengan niat hendak menahan atau menakutkan penjawat awam itu atau seseorang penjawat awam lain daripada menjalankan kewajipannya sebagai penjawat awam, atau oleh sebabsesuatu perkara yang dilakukan atau cuba dilakukan oleh penjawat awam itu tatakala menjalankan kewajipan dengan sah disisi undang-undang sebagai penjawat awam.

Page 24: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEKSAAN

Penjara yang boleh sampai 3 tahun atau denda atau kedua-duanya,Perlindungan yang diberi oleh seksyen ini tidak hanya kepada seseorang penjawat awam bahkan juga kepada seseorang yang bertindak di bawah arahan seorang penjawat awam dengan suci hati.

KES ILUSTRASI

Di dalam kes Srinivasa Chetty LN AIR 1070 Mad 359, Inspektor Majlis Bandaran merampas sebuah basikal seorang budak oleh kerana tidak mempunyai lesen. Tertuduh dan bapa budak itu telah menampar pipi pengadu dan dengan cara paksa mengambil semula basikal tersebut. Keterangan menunjukkan Inspektor tersebut telah menjalankan tugas sebagai penjawat awam. Diputuskan tertuduh bersalah di bawah Sek. 332.

Page 25: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

Kesalahan Terhadap Tubuh Manusia

SEK. 339 HALANGAN SALAH

Barang siapa dengan sengaja menggalang seseorang bagi menahanorang itu daripada pergi ke arah mana-mana yang orang itu berhak pergi, adalah dikatakan menghalang orang itu dengan salah. Kecualian - Menggalang sesuatu jalan persendirian atas darat atauatas air, yang seseorang percaya dengan suci hati ia ada hak yang sah di sisi undang-undang bagi menghalang, tidaklah menjadi suatukesalahan dalam erti seksyen ini.

MISALAN A menghalang suatu jalan yang Z ada hak melalui manakala A tidak percaya

dengan suci hati yang ia ada hak menutup jalan itu. Dengan demikian Z adalah tertahan daripada melaluinya. A adalah menghalang Z dengan salah.

ELEMEN Tertuduh dengan segaja menggalang seseorang Galangan itu menahan orang

itu pergi ke mana-mana arah yang ia berhak pergi.

Page 26: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 340 PENGURUNGAN SALAH

Barang siapa menghalang dengan salah seseorang secara yang menahan orang itu keluar dari sesuatu had yang terlingkung, adalah dikatakan "mengurung dengan salah" orang itu.

MISALAN-MISALANA menyebabkan Z masuk ke dalam suatu tempat yang berdinding kelilingnya dan kunci Z di dalamnya. Dengan demikian Z adalah tertahan daripada keluar dari lingkungan dinding itu sama sekali. A adalah mengurung Z dengan salah.

A tempatkan orang-orang dengan senjata-senjata api di jalan-jalan keluar dari sebuah bangunan dan beritahu Z bahawa mereka akan menembak Z jika Z cuba meninggalkan bangunan itu. A adalah mengurung Z dengan salah.

ELEMENTertuduh menghalang dengan salah seseorang. Halangan menahan orang itu keluar dari sesuatu had yang terlingkung

Page 27: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 341 SEKSAAN BAGI HALANGAN SALAH

Barang siapa menghalang seseorang dengan salah hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sebulan, atau dengan denda yang boleh sampai seribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.

ELEMEN

Tertuduh menghalang seseorang Halangan tersebut menahan orang itu dari pergi ke arah yang ia berhak pergi. Tertuduh menyebabkan halangan tersebut dengan segaja.

SEKSAAN

Penjara yang boleh sampai sebulan atau denda yang boleh sampai RM1000 atau kedua-duanya.

Page 28: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 342 SEKSAAN BAGI PENGURUNGAN SALAH

Barang siapa mengurung seseorang dengan salah hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau dengan denda yang boleh sampai dua ribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.

ELEMEN

Tertuduh menghalang seseorang. Bahawa halangan sedemikian adalah dengan sengaja. Akibat dari halangan tersebut ialah menahan orang itu dari pergi melebihi sesuatu had. Halangan tersebut adalah dengan salah.

SEKSAAN

Penjara yang boleh sampai 1 tahun atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya

Page 29: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 343 PENGURUNGAN SALAH SELAMA TIGA HARI ATAU LEBIH

Barang siapa mengurung seseorang dengan salah selama tiga hari atau lebih, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

ELEMEN

Elemen serupa sebagaimana elemen di Sek. 342 dan seterusnya pengurungan tersebut di dalam tempoh 3 hari atau lebih.

SEKSAAN

Penjara yang boleh sampai 2 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Page 30: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 344 PENGURUNGAN SALAH SELAMA SEPULUH HARI ATAU LEBIH

Barang siapa mengurung seseorang dengan salah selama sepuluh hari atau lebih, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.

ELEMEN

Elemen serupa sebagaimana di Sek. 342 dan seterusnsya pengurungan tersebut di dalam tempoh 10 hari atau lebih.

SEKSAAN

Penjara yang boleh sampai 3 tahun dan bolah juga dikenakan denda.

Page 31: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 345 PENGURUNGAN SALAH MENGENAI ORANG YANG MANA WRIT UNTUK PEMBEBASANNYA TELAH DIKELUARKAN.

Barang siapa mengurung seseorang dengan salah dengan mengetahui bahawa suatu writ untuk pembebasan orang itu telah sempurna dikeluarkan, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, selain daripada apa-apa tempoh penjara yang ia boleh dikenakan di bawah mana-mana seksyen lain Kanun ini.

ELEMENTertuduh mengurung seseorang di dalam kurungan. Kurungan sedemikian adalah salah. Writ untuk pembebasan telah pun dikeluarkan. Tertuduh mengetahui tentang writ sedemikian bila ia mengurung orang itu dengan salah.

SEKSAANPenjara yang boleh sampai 2 tahun, selain dari apa-apa tempoh penjara ia boleh dikenakan di bawah mana-mana seksyen lain kanun ini.

Page 32: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 346 PENGURUNGAN SALAH DALAM SULIT

Barang siapa mengurung seseorang dengan salah secara yang menunjukkan suatu niat bahawa pengurungan orang itu tidak boleh diketahui oleh seseorang yang ada kepentingan dengan orang yang dikurung itu, atau oleh seseorang penjawat awam, atau bahawa tempat pengurungan itu tidak boleh diketahui atau dijumpai oleh mana-mana orang yang tersebut itu atau mana-mana penjawat awam, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, selain daripada apa-apa seksaan lain yang ia boleh dikenakan bagi pengurungan salah itu.

ELEMEN Pengurungan itu atau tempat pengurungan itu adalah sulit kepada seseorang

orang yang ada kepentingan dengan orang yang dikurung itu, atau Seseorang penjawat awam

SEKSAAN Apa-apa seksaan yang boleh dikenakan bagi pengurungan salah sebagai

tambahan, penjara yang boleh sampai 2 tahun.

Page 33: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 347 PENGURUNGAN SALAH BAGI MAKSUD MEMERAS HARTA ATAUHENDAK MEMAKSA SUPAYA PERBUATAN YANG MENYALAH UNDANGUNDANG DILAKUKAN Barang siapa mengurung seseorang dengan salah bagi maksud hendak

memeras daripada orang yang dikurung itu, atau daripada seseorang yang ada kepentingan dengan orang yang dikurung itu apa-apa harta atau cagaran berharga, atau hendak memaksa orang yang dikurung itu, atau seseorang yang ada kepentingan dengan orang yang dikurung itu supaya melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang atau supaya memberi apa-apa maklumat yang mungkin menyenangkan sesuatu kesalahan dilakukan, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang bolehsampai tiga tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.

ELEMEN Pengurungan tersebut bertujuan memeras daripada orang yang dikurung atau

seseorang yang ada kepentingan dengan orang yang dikurung. Apa-apa harta, atau Cagaran berharga; atau Memaksa melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang atau supaya memberi apa-apa maklumat yang mungkin menyenangkan sesuatu kesalahan dilakukan.

SEKSAANPenjara yang boleh sampai 3 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda

Page 34: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

Seksyen 354 Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dgn niat hendak mencabul kehormatan.

Barang siapa menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kpd mana-mana org, dgn maksud hendak mencabul atau dgn mengatahui mkin bahawa ia akan dgn jln demikian itu mencabul kehormatan org itu, hendaklah disiksa dgn penjara selama tempoh yg boleh sampai sepuluh tahun, atau denda atau dgn sebat, atau dgn mana-mana daripada siksaan itu.

Page 35: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 348 PENGURUNGAN SALAH BAGI MAKSUD HENDAK MEMERAS PENGAKUAN BERSALAH ATAU HENDAK MEMAKSA SUPAYA HARTA DIPULANGKAN

Barang siapa mengurung seseorang dengan salah bagi maksud hendak memeras daripada orang yang dikurung itu, atau daripada seseorang yang ada kepentingan dengan orang yang dikurung itu, apa-apa pengakuan bersalah atau apa-apa maklumat yang mungkin membawa kepada diketahui sesuatu kesalahan atau salahlaku, atau bagi maksud hendak memaksa orang yang dikurung itu atau seseorang yang ada kepentingan dengan orang yang dikurung itu supaya memulangkan atau menyebab dipulangkan apa-apa harta atau cagaran berharga, atau supaya memberi apa-apa maklumat yang boleh membawa kepada pemulangan apa-apa harta atau cagaran berharga, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.

Page 36: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

ELEMEN

Serupa sebagaimana elemen (1) hingga (4) di Sek. 342 dan seterusnya :-

Pengurungan tersebut adalah bagi maksud memeras daripada orang yang dikurung itu atau daripada seseorang yang ada kepentingan dengan orang yang dikurung apa-apa pengakuan bersalah; atau mendapatkan apa-apa

maklumat yang mungkin membawa kepada diketahui sesuatu kesalahan atau salahlaku; atau memaksa supaya memulangkan atau menyebabkan dipulangkan apa-apa harta atau cagaran berharga atau menunaikan apa-apa

tuntutan atau permintaan; supaya memberi maklumat yang boleh membawa kepada pemulangan apa-apa harta atau cagaran berharga.

SEKSAAN

Penjara yang boleh sampai 3 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.

Page 37: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

DARIHAL PENCOLEKAN, MELARIKAN ORANG, KEABDIAN

SEK. 359 PENCOLEKAN

Pencolekan adalah dua jenis:

Pencolekan dari Malaysia, dan pencolekan dari penjagaan yang sah di sisi undang-undang.

Ada 2 jenis:-

Pencolekan dari Malaysia

Pencolekan dari penjagaan yang sah disisi undang-undang.

Page 38: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 360 MENCOLEK DARI PERSEKUTUAN

Barang siapa membawa mana-mana orang keluar dari kawasan Malaysia dengan tiada kerelaan orang itu, atau kerelaan seseorang yang berkuasa disisi undang-undang memberi kerelaan bagi pihak orang itu, adalah dikatakan mencolek orang itu dari Malaysia.

ELEMEN

Membawa mana-mana orang keluar dari kawasan Malaysia Membawa tersebut dengan tiada kerelaan orang itu, atau kerelaan seseorang yang berkuasa di sisi undang-undang memberi kerelaan bagi pihak orang itu.

Page 39: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 361 MENCOLEK DARI PENJAGAAN YANG SAH DI SISI UNDANG-UNDANG

Barang siapa mengambil atau memikat mana-mana budak yang berumur kurang daripada empat belas tahun jika lelaki, atau kurang daripada enam belas tahun jika perempuan, atau mana-mana orang yang tidak sempurna akal, dari pemeliharaan penjaga budak atau orang yang tidak sempurna akal itu yang sah di sisi undang-undang, dengan tiada kerelaan penjaga itu, adalah dikatakan mencolek budak atau orang itu dari penjagaan yang sah di sisi undang-undang.

Huraian - Perkataan " penjaga yang sah di sisi undang-undang" dalam seksyen ini termasuklah mana-mana orang yang diamanahkan memelihara atau menjaga budak atau orang itu

Page 40: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

Kecualian –

Seksyen ini tidaklah termasuk perbuatan mana-mana orang yang dengan suci hati percaya dirinya sebagai bapa kepada seorang kanak-kanak luar nikah atau yang dengan suci hati percaya dirinya sebagai berhak menjadi penjaga kanak-kanak itu yang sah di sisi undang-undang, melainkan jika perbuatan itu dilakukan bagi sesuatu maksud yang lucah atau yang menyalahi undang-undang.

ELEMEN

Mengambil atau memikat mana-mana budak atau orang yang tidak sempurna akal. Budak itu berumur kurang dari 14 tahun jika lelaki, atau kurang dari 16 tahun jika perempuan. Mengambil atau memikat dari pemeliharaan penjaga yang sah di sisi undang-undang kepada budak atau orang yang tidak sempurna akal itu. Mengambil atau memikat itu tanpa kerelaan penjaga tersebut.

Page 41: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 362 MELARIKAN ORANG

Barang siapa dengan kekerasan memaksa, atau dengan apa-apa jalan perdayaan mendorong, mana-mana orang supaya pergi dari mana-mana tempat, adalah dikata melarikan orang itu.

ELEMEN

Dengan kekerasan memaksa atau dengan apa-apa jalan perdayaan mendorong. Matlamat paksaan atau dorongan itu ialah supaya mana-mana orang pergi dari mana-mana tempat.

Page 42: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 363 SEKSAAN BAGI PENCOLEKAN

Barang siapa mencolek mana-mana orang dari Malaysia atau dari penjagaan yang sah di sisi undang-undang, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.

ELEMEN

BAGI PENCOLEKAN DARI MALAYSIA

Orang yang dicolek tinggal di Malaysia semasa kesalahan berlaku Tertuduh membawa orang itu keluar dari kawasan Malaysia Tertuduh melakukannya tanpa kerelaan orang itu atau kerelaan seseorang yang berkuasa di sisi undang-undang memberi kerelaan bagi pihak orang itu.

Page 43: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

BAGI PENCOLEKAN DARI PENJAGAAN YANG SAH DI SISI UNDANG-UNDANG

Orang yang dicolek adalah budak yang berumur di bawah 14 tahun jika lelaki, atau berumur di bawah 16 tahun jika perempuan; atau orang itu tidak sempurna akal. Orang itu adalah di dalam jagaan penjaga yang sah. Tertuduh mengambil atau memikat orang itu dari jagaan tersebut. Tertuduh melakukannya tanpa kerelaan penjaga yang sah.

SEKSAAN

Penjara yang boleh sampai 7 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.

Page 44: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 364 MENCOLEK ATAU MELARIKAN ORANG DENGAN TUJUANHENDAK MEMBUNUH

Baran siapa mencolek atau melarikan mana-mana oran denan tujuan supaya orang itu dibunuh atau dilepaskan dengan sedemikian hingga mendatangkan kepadanya bahaya dibunuh, hendaklah diseksa dengan bunuh atau dengan penjara yang boleh sampai dua puluh tahun.

MISALAN-MISALAN

A mencolek Z dari Malaysia, dengan maksud atau dengan mengetahui mungkin bahawa Z. boleh dikorbankan untuk suatu berhala. A telah melakukan kesalahan yang ditakrifkan dalam seksyen ini.

A membawa B pergi dengan paksa atau memikat B supaya pergi dari rumahnya dengan tujuan supaya B dibunuh. A telah melakukan kesalahan yang ditakrifkan dalam seksyen ini.

Page 45: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

ELEMENTertuduh mencolek seseorang Pencolekan adalah bagi maksud untuk membunuh orang yang dicolek; atau Orang itu dilepaskan dengan sedemikian hingga mendatangkan kepadanya

bahaya dibunuh.

Di dalam kes melarikan orang :- Tertuduh memaksa oran yang dilarikan pergi dari tempat yang berkenaan.

Tertuduh memaksanya dengan kekerasan atau mendoronnya dengan jalan tipudaya.

Tertuduh melarikan orang :- Untuk dibunuh Orang itu mungkin dilepaskan dengan sedemikian hinggaMendatangkan kepadanya bahaya dibunuh.

SEKSAANHukuman mati atau penjara yang boleh sampai 20 tahun.

Page 46: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 365 MENCOLEK DAN MELARIKAN SESEORANG DENGAN NIAT HENDAK MENGURUNGNYA DENGAN SULIT DAN DENGAN SALAH.

Barang siapa mencolek atau melarikan mana-mana orang dengan niat hendak menyebabkan orang itu dikurung dengan sulit dan dengan salah, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.

ELEMENTertuduh mencolek atau melarikan seseorang. Tertuduh melakukan sedemikian dengan niat mengurungnya dengan sulit dan dengan salah. Tertuduh mempunyai niat sedemikian semasa mencolek atau melarikan. Walaupun motif bukanlah matan, kadangkala ia penting didalam hal perkara mendapatkan (inflicting) hukuman.

SEKSAANPenjara yang boleh sampai 7 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.

Page 47: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 366 MENCOLEK ATAU MELARIKAN PEREMPUAN BAGI MEMAKSA BERKAHWIN, DSB

Barang siapa mencolek atau melarikan mana-mana perempuan dengan niat supaya perempuan itu boleh dipaksa, atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dipaksa, berkahwin dengan mana-mana orang bertentangan dengan kemahuannya, atau supaya ia dipaksa atau dipujuk melakukan persetuuhan luar nikah, atau supaya hidup seagai seorang sundal, atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dipaksa atau dipujuk melakukan persetuuhan luar nikah, atau supaya hidup seagai seorang sundal, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.

Page 48: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

ELEMEN

Tertuduh mencolek atau melarikan orang. Orang yang dicolek atau dilarikan adalah perempuan.Tertuduh mempunyai niat atau mengetahui mungkin :-

Perempuan yang dicolek atau dilarikan akan dipaksa berkahwin dengan mana-mana orang bertentangan dengan kemahuannya; Perempuan tersebut akan dipaksa atau dipujuk melakukan persetubuhan luar nikah; atau Perempuan tersebut dipaksa atau dipujuk supaya hidup sebagai seorang sundal.

Page 49: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 367 MENCOLEK ATAU MELARIKAN ORANG DENGAN TUJUAN HENDAK MENGENAKANNYA CEDERA PARAH, ATAU MENJADIKANNYA ABDI, DSB.

Barang siapa mencolek atau melarikan mana-mana orang dengan tujuan supaya orang itu dikenakan, atau dilepaskan dengan sedemikian hingga mendatangkan kepadanya ahaya dikenakan, cedera parah atau dijadikan abdi atau digunakan agi memuaskan nafsu luar tabii seseorang, atau dengan mengetahui mungkin bahawa orang itu akan dikenakan, dijadikan, digunakan atau dilepaskan dengan demikian itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.

Page 50: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

ELEMEN

Tertuduh mencolek atau melarikan seseorang Orang itu dicolek atau dilarikan dengan sedemikian hingga mendatangkan kepadanya bahawa dikenakan:

Cedera parah; atau Dijadikan abdi; atau Memuaskan nafsu luar tabii seseorang Dengan mengetahui mungkin orang itu akan dikenakan, dijadikan,digunakan

atau dilepaskan dengan sedemikian hingga mendatangkan kepadanya bahaya dikenakan;

Cedera parah; atau dijadikan abdi; atau memuaskan nafsi luar tabii.

SEKSAAN

Penjara sehingga boleh sampai 10 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda.

Page 51: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 368 MENYEMBUNYIKAN ATAU MENGURUNG DENGAN SALAH SESEORANG YANG DICOLEK

Barang siapa, yang ketahui bahawa seseorang telah dicolek atau telah dilarikan, menyembunyikan atau mengurung orang itu dengan salah, hendaklah diseksa seolah-olah ia telah mencolek atau melarikan orang itu dengan niat atau pengetahuan atau bagi maksud yang ia menyembunyikan atau mengurung orang itu.

ELEMEN

Seseorang telah dicolek atau dilarikan. Tertuduh mengetahui tentang fakta dicolek atau dilarikan itu dengan mempunyai pengetahuan sedemikian, menyembunyikan atau mengurung orang itu dengan salah.

SEKSAAN

Dengan seolah-olah ia telah mencolek atau melarikan orang itu dengan niat atau pengetahuan atau bagi maksud yang ia menyembunyikan atau mengurung orang itu.

Page 52: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 369 MENCOLEK ATAU MELARIKAN KANAK YANG BERUMUR KURANG DARIPADA 10 TAHUN DENGAN NIAT MENCURI HARTA YANG BOLEH DIALIH DARI TUBUH KANAK-KANAK ITU.

Barang siapa mencolek atau melarikan mana-mana kanak-kanak yang berumur kurang daripada sepuluh tahun, dengan niat hendak mengambil dengan curang apa-apa harta yang oleh dialih dari tubuh kanak-kanak itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.

ELEMEN

Tertuduh mencolek atau melarikan seseorang Bahawa orang itu adalah kanak-kanak yang berumur di bawah 10 tahun. Tertuduh berniat mengambil dengan curang apa-apa harta yang boleh dialih dari tubuh kanak-kanak itu.

SEKSAAN

Penjara selama oleh sampai 7 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.

Page 53: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 370 MEMEBELI ATAU MEMBERIKAN MANA-MANA ORANG SEBAGAI ABDI ( Hamba )

Barang siapa mengimport, mengekspot, memindahkan, membeli, menjual atau memberikan mana-mana orang sebagai seorang abdi, atau menerima, mendapat, atau menahan mana-mana orang sebagai seorang abdi bertentangan dengan kemahuannya, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.

ELEMEN

Mengimpot, mengekspot, memindahkan, membeli, menjual atau memberikan mana-mana orang sebagai seorang abdi. Menerima, mendapat atau menahan mana-mana orang sebagai seorang abdi bertentangan dengan kemahuannya.

SEKSAAN

Penjara sehingga boleh sampai 7 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.

Page 54: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 371 LAZIM MEMPERNIAGAKAN ABDI

Barang siapa dengan lazimnya mengimpot, mengeksport, memindahkan, membeli, menjual, memperdagangkan atau memperniagakan abdi-abdi, hendaklah diseksa dengan penjara yang boleh sampai dua puluh tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.

ELEMEN

Tertuduh mengimpot, mengekspot, memindahkan, membeli, menjual, memperdagangkan atau memperniagakan abdi-abdi. Tertuduh melakukan sedemikian dengan lazim.

SEKSAAN

Penjara sehingga boleh sampai 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.

Page 55: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 372 MENJUAL BUDAK BAGI MAKSUD PERSUNDALAN, DSB

Barang siapa menjual, menyewakan, atau dengan jalan lain memberikan mana-mana orang berumur kurang daripada dua puluh satu tahun dengan niat supaya orang itu, pada bila-bila masa umurnya, diberi kerja atau digunakan bagi maksud persundalan atau persetubuhan yang ditegah dengan mana-mana orang atau bagi apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang dan yang lucah, atau dengan mengetahui mungkin bahawa orang itu akan, pada bila-bila masa umurnya, diberi kerja atau digunakan bagi mana-mana maksud itu hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.

Huraian –

Apabila seorang perempuan yang berumur kurang daripada dua puluh satu tahun dijual, disewakan, atau dengan jalan lain diberikan kepada seorang sundal atau kepada mana-mana orang yang menyimpan atau mengurus rumah sundal, maka orang yang memerikan perempuan itu dengan demikian itu hendaklah, sehingga akasnya dibuktikan, dianggap telah memberikan perempuan itu dengan niat supaya ia digunakan bagi maksud persundalan.

Page 56: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

ELEMEN

Menjual, menyewakan atau dengan jalan lain memberikan mana-mana orang.

Orang itu berumur kurang daripada 21 tahun. Menjual,menyewakan atau dengan jalan lain memberikan adalah dengan niat atau pengetahuan mungkin orang itu pada bila-bila masa umurnya akan diberi kerja atau digunakan agi:- maksud persundalan; atau persetubuhan haram dengan mana-mana orang, atau apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang dan yang lucah.

SEKSAAN

Penjara sehingga oleh sampai 10 tahun dan bolehlah juga didenda.

Page 57: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 373 MEMBELI BUDAK BAGI MAKSUD PERSUNDALAN, DSB

Barang siapa membeli, menyewa atau dengan jalan lain mendapat seseorang yang berumur kurang daripada dua puluh satu tahun dengan niat supaya orang itu, pada bila-bila masa umurnya, diberi kerja tau digunakan bagi maksud persundalan atau persetubuhan luar nikah dengan mana-mana orang atau bagi apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang dan yang lucah, atau dengan mengetahui mungkin bahawa orang itu akan, pada bila-bila masa umurnya, diberi kerja atau digunakan bagi mana-mana maksud itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.

Huraian –

Mana-mana orang sundal, atau mana-mana orang yang menyimpan atau mengurus rumah sundal, yang membeli, menyewa atau dengan jalan lain mendapat seseorang perempuan yang berumur kurang daripada dua puluh satu tahun hendaklah, sehingga akasnya dibuktikan, dianggap telah mendapat perempuan itu dengan niat supaya ia digunakan bagi maksud persundalan.

Page 58: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

ELEMEN

Membeli, menyewa atau dengan jalan lain mendapat seseorang

Orang itu berumur kurang daripada 21 tahun Membeli, menyewa atau dengan jalan lain mendapatkan itu adalah dengan niat atau pengetahuan mungkin orang itu pada bila-bila masa umurnya, diberi kerja atau digunakan bagi:-

Maksud persundalan, atau Persetubuhan haram, atau Apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang dan yang lucah.

SEKSAAN

Penjara sehingga boleh sampai 10 tahun dan bolehlah juga didenda.

Page 59: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 373 A MENGIMPOT BAGI MAKSUD PERSUNDALAN

Barang siapa dengan apa-apa cara palsu, pernyataan palsu, atau dengan jalan tipuan atau perdayaan membawa, atau menolong membawa masuk ke dalam Malaysia mana-mana perempuan dengan niat supaya perempuan itu boleh diberi kerja atau digunakan agi maksud persundalan; dan barang siapa membawa, atau menolong membawa, masuk ke dalam Malaysia mana-mana perempuan dengan niat supaya perempuan itu boleh dijual atau dibeli bagi maksud persundalan; dan barang siapa menjual atau memeli mana-mana perempuan bagi maksud persundalan, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak leih daripada sepuluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.

Page 60: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

ELEMEN

Tertuduh dengan apa-apa cara palsu, pernyataan palsu atau dengan jalan tipuan atau perdayaan membawa, atau menolong membawa masuk ke dalam Malaysia mana-mana perempuan dengan niat supaya perempuan itu boleh diberi kerja atau digunakan bagi maksud persundalan.

Tertuduh membawa atau menolong membawa masuk ke dalam Malaysia mana-mana perempuan dengan niat supaya perempuan itu boleh dijual atau dibeli bagi maksud persundalan. Tertuduh menjual atau membeli mana-mana perempuan bagi maksud persundalan.

SEKSAAN

Penjara tidak lebih daripada 10 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.

Page 61: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 374 KERJA PAKSA YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG

Barang siapa yang menyalahi undang-undang memaksa mana-mana orang bekerja bertentangan dengan kemahuan orang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

ELEMEN

Tertuduh dengan menyalahi undang-undang memaksa mana-mana orang bekerja.

Paksaan bekerja iatu adalah bertentangan dengan kemahuan orang itu.

SEKSAAN

Penjara sehingga boleh sampai 1 tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Page 62: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

DARIHAL KESALAHAN TERHADAP SERANGAN SEKSUAL

SEK. 354. MENYERANG ATAU MENGGUNAKAN KEKERASAN JENAYAHBarang siapa menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada mana-man orang, dengan maksud hendak mencabul atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan orang itu, hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada siksaan-siksaan itu.

ELEMENSerangan atau penggunaan kekerasan jenayah kepada mana-mana orang. Serangan atau penggunaan kekerasan jenayah dilakukan dengan niat hendak mencabul kehormatan; atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan orang itu.

SEKSAANPenjara sehingga boleh sampai 10 tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan.

Page 63: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 375 ROGOL

Seseorang lelaki adalah dikata melakukan "rogol" jika ia, kecuali dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan.

ELEMEN

# Seorang lelaki bersetubuh dengan seorang perempuan. # Serangan atau penggunaan kekerasan jenayah dilakukan. # Bertentangan dengan kemahuan perempuan itu. # Dengan tiada kerelaan perempuan itu. # Dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah didapati dengan mendatangkan kepadanya atau mana-mana orang lain ketakutan mati atau cedera, atau telah didapati melalui salah tanggapan fakta dan lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebut.

Page 64: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

# Dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa ia bukan suaminya, dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya lelaki itu ialah seorang lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya yang sah di sisi undang-undang atau yang kepadanya ia akan memberi kerelaan.

# Dengan kerelaannya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia tidak boleh memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia memberi kerelaan.

# Sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak jika perempuan itu di bawah umur enam belas tahun.

Page 65: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

Huraian - Kemasukan adalah memadai bagi persetubuhan yang perlu bagi kesalahan rogol.

Kecualian - Persetubuhan oleh seseorang lelaki dengan isterinya dengan perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis pada masa itu berkuatkuasa, atau diiktiraf dalam Persekutuan sebagai sah, bukanlah rogol.

Huraian 1 - Seorang perempuan tinggal berasingan dari suaminya di bawah dekri permisahan Kehakimanan atau suatu dekri tidak dibuat mutlak; atau yang memperolehi injunksi menyekat suaminya dari melakukan persetubuhan dengannya, hendaklah disifatkan sebagai bukan isteri.

Huraian 2 - Seorang perempuan Islam yang tinggal berasingan dari suaminya dalam tempoh edah, yang mana akan dihitung mengikut Hukum Syarak, hendaklah disifatkan sebagai bukan isteri suaminya.

SEK. 376 SEKSAAN BAGI ROGOL

Barang siapa melakukan rogol hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.

Page 66: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

Seksyen 376A Sumbang Mahram

Seseorang itu dikatakan melakukan sumbang mahram jika seorang lelaki atau seorang perempuan melakukan persetubuhan dgn org lain dimana hubungan lelaki dan perempuan itu adalah tidak dibenarkan, di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan yg berkaitan bagi lelaki dan perempuan tersebut, utk berjahwin dgn org itu.

Page 67: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 377 PERSETUBUHAN LUAR TABII DENGAN HAIWAN

Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan haiwan hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda, atau sebat.

ELEMEN

# Tertuduh melakukan persetubuhan dengan haiwan # Tertuduh melakukan perbuatan itu dengan sengaja # Berlaku kemasukkan

SEKSAAN

Penjara yang boleh sampai 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.

Page 68: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 377A PERSETUBUHAN YANG BERTENTANGAN DENGAN ATURAN TABII

Mana-mana orang yang melakukan perhubungan seks dengan seseorang lain dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut seseorang lain itu dikata melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

ELEMEN

Tertuduh melakukan perhubungan seks dengan seseorang lain Persetubuhan dilakukan dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut seseorang lain itu.

SEK. 377B SEKSAAN KERANA MELAKUKAN PERSETUBUHAN YANG BERTENTANGAN DENGAN ATURAN TABII

Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.

Page 69: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 377C MELAKUKAN PERSETUBUHAN YANG BERTENTANGAN DENGAN ATURAN TABII TANPA KERELAAN DSB

Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan luar tabii ke atas seseorang lain tanpa kerelaannya, atau bertentangan dengan kemahuannya atau dengan meletakkan orang lain dalam ketakutan mati atau cedera kepada orang itu atau kepada mana-mana orang lain, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.

ELEMEN# Tertuduh melakukan persetubuhan dengan seseorang lain # Persetubuhan itu bertentangan dengan aturan tabii # Tertuduh melakukannya dengan sengaja # Persetubuhan itu dilakukan ke atas seseorang lain tanpa kerelaannya; bertentangan dengan kemahuannya; atau # meletakkan orang itu dalam ketakutan mati atau cedera kepada orang itu atau kepada mana-mana orang lain.

SEKSAANPenjara di antara 5 hingga 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat.

Page 70: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 377 D MELANGGAR KESOPANAN

Mana-mana orang lelaki yang melakukan, atau bersubahat melakukan, atau mendapat atau mencuba mendapat supaya dilakukan oleh mana-mana orang lelaki, apa-apa perbuatan kelucahan melampau dengan seorang lelaki lain di tempat awam atau di tempat persendirian, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai duatahun.

ELEMEN# Tertuduh adalah seorang lelaki yang melakukan; bersubahat melakukan;

atau mendapat atau mencuba mendapat supaya dilakukan oleh mana-mana orang lelaki.

# Apa-apa perbuatan kelucahan melampau# Perbuatan kelucahan melampau itu dilakukan dengan seorang lelaki lain # Perbuatan itu dilakukan di tempat awam atau di tempat persendirian.

SEKSAANPenjara boleh sampai 2 tahun.

Page 71: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 377E MERANGSANG SEORANG KANAK-KANAK UNTUK MELAKUKAN SUATU PERBUATAN KELUCAHAN MELAMPAU

Mana-mana orang yang merangsang seorang kanak-kanak di bawah umur empat belas tahun untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau dengannya atau dengan orang lain hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.

ELEMEN

# Tertuduh merangsang seseorang untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau dengannya atau dengan orang lain. # Orang yang dirangsang ialah kanak-kanak di bawah umur 14 tahun

SEKSAAN

Penjara yang boleh sampai 5 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat.

Page 72: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

Kesalahan Terhadap Harta

CURI, MENYIMPAN HARTA CURI DAN PECAHRUMAH

SEK. 378 CURI

Barang siapa, yang bermaksud hendak mengambil dengan curangnya apa-apa harta yang boleh dialih daripada milik mana-mana orang dengan tiada kerelaan orang itu, menggerakkan harta itu dengan tujuan mengambilnya, adakah dikataka melakukan kesalahan mencuri.

ELEMEN# Bermaksud hendak mengambil dengan curang. # Harta itu boleh dialih. # Daripada milik mana-mana orang. # Dengan tiada kerelaan orang itu. # Harta itu digerakkan dengan tujuan hendak mengambilnya.

Page 73: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

Penerangan

Seksyen ini adalah takfiran apa dikatakan kesalahan mencuri. Niat dengan curang -Rujuk seksyen 24KK. Bermakna sek. ini mestilah mengandongi kedua-dua elemen dalam sek. 24 KK, sekiranya salah satu elemen tidak diwujud dalam kesalahan , ini bermakna bukanlah kesalahan mencuri. Sekiranya semasa melakukan kesalahan ini, tertudoh walaupun telah berjaya menggerakkan harta tetapi tidak dapat mengambilnya ini adalah kesalahan cuba mencuri. - Sek. 511KK dibaca bersama sek. 379KK.

Page 74: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

Harta boleh alih - Rujuk sek. 22 KK.

Daripada milik - Intipati ini menekankan pemilik kepada sesuatu harta dan bukanlah kepada tuanpunyanya.

Contohnya A meminjamkan motosikalnya kepada B untuk digunakan selama sehari. Ini bermaksud pada tempoh itu pemilik ialah B.

Tiada kerelaan - Bermakna persetujuan, kebenaran dan sebagainya.Menggerakkan tujuan hendak mengambilnya - Ini bermakna harta itu mestilah digerakkan walaupun jarak yang cukup singkat tetapi telah disifatkan sebagai telah mengambilnya dan boleh disabitkan dibawah sek. ini.

Huraian 1 - Menerangkan harta yang kekal bercantum dengan bumi tetapi sekiranya boleh diputuskan daripada cantuman bumi, maka harta ini telah dijadikan yang boleh alih.

Huraian 2 - Ini sambungan daripada huraian 1, dimana sesiapa menggerakkan harta yang telah putus itu, dikatakan telah mencurinya.

Page 75: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

Huraian 3 – Melepaskan rintangan juga sebagai satu kesalahan mencuri. Contohnya- melepaskan tali yang terikat kepada se ekor haiwan.

Huraian 4 – Menyebabkan haiwan bergerak bersama segala benda yang digerakkan oleh haiwan itu, juga disifatkan telah menggerakkan sesuatu harta oleh tertudoh walaupun ia tidak langsung menyentoh kepada benda itu.

Huraian 5 – Kerelaan yang disifatkan ada – Melalui kesefahaman kedua-dua pihak . Contoh- perhubungan kawan karib yang sering menggunakan barang keperluan tanpa perlu meminta kebenaran kerana perbuatan itu sering dilaku. Perbuatan tersebut adalah merupakan satu kebiasaan bagi kedua-dua pihak.

SEK. 379 SEKSAAN BAGI KESALAHAN MENCURIELEMEN

Penjara yang boleh sampai 7 tahun dengan denda atau dengan kedua-duanya. Bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, bolehlah dikenakan penjara dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.

Page 76: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 379 A SEKSAAN BAGI KESALAHAN MENCURI SEBUAH KENDERAAN MOTOR

Barang siapa melakukan kesalahan mencuri sebuah kenderaan motor atau mana-mana bahagian komponen sebuah kenderaan motor hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.

ELEMEN

Serupa sebagaimana (5) elemen di Sek. 378 dan curi kenderaan ini sebagai elemen tambahan. ( 6)Harta yang dicuri ialah sebuah kenderaan motor atau mana-mana bahagian komponen sebuah kenderaan motor.

Page 77: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

HURAIAN

"Bahagian komponen," berhubung dengan sebuah kenderaan motor, termasuklah tayar, aksesori atau peralatan – maksud "komponen" ini adalah terlalu umum sangat. Untuk lebih tepat kepada ertinya, dikatakan melakukan kesalahan dibawah sek. ini, maka bahagian komponen yang boleh menjejaskan fungsi kepada kenderaan itu. Contohnya - no. plate sebuah kenderaan – ini tidak akan menjejaskan fungsinya.

"Kenderaan motor" ertinya segala kenderaan yang didorongi oleh jentera yang dicadangkan atau disesuaikan supaya dapat digunakan diatas jalan, dan termasuklah sebuah trailer yang ditarik oleh sebuah kenderaan motor. Contoh - basikal yang dipasang dengan motor atau kenderaan yang digerakkan dengan kuasa solar.

Page 78: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 380 MENCURI DALAM RUMAH

Barang siapa melakukan kesalahan mencuri dalam mana-mana bangunan, khemah atau perahuan, iaitu bangunan, khemah atau perahuan yang digunakan sebagai tempat kediaman manusia, atau untuk simanan harta benda, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuloh tahun, dan boleh juga dikenakan denda, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang kemudian hendaklah diseksa dengan penjara dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.

ELEMEN

Harta yang dicuri adalah dari dalam bangunan, khemah atau perahuan yang digunakan sebagai tempat kediaman manusia atau untuk simpanan harta benda. Kelima-lima elemen adalah seperti dalam sek. 378 KK. Tajuk sek. ini dijadikan elemen tambahan. (6) Orang yang boleh melakukan kesalahan ini , ialah pada peringkat awalnya dapt ekses untuk masuk kedalam sebuah bangunan kemudian melakukan kecurian dalam bangunan tersebut. Contoh – mencuri dalam pasar raya.

Page 79: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

Penerangan

Rumah kediaman – yang sesuai untuk kediaman manusia sahaja. Contoh – kaki lima rumah bukanlah sebagai tempat kediaman manusia.

SEKSAAN

Penjara yang boleh sampai 10 tahun dan bolehlah juga didenda. Bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, hendaklah dipenjara dan bolehlah juga didenda atau disebat.

Page 80: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 381 KERANI ATAU ORANG GAJI MENCURI HARTA DALAM MILIK TUANNYA

Barang siapa, yang menjadi seorang kerani atau orang gaji, atau yang diberi kerja sebagai seorang kerani atau orang gaji, melakukan kesalahan mencuri apa-apa harta dalam milik tuanpunya atau majikannyam hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.

ELEMEN

Serupa sebagaiman elemen (1) hingga elemen (5) di Sek. 378 dan sebagai tambahan-

Tertuduh adalah pada masa itu kerani atau orang gaji atau diberi kerja

Page 81: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

Penerangan

Seorang kerani atau orang gaji dikatakan melakukan kesalahan ini, rujuk sek. 27 KK.

Orang yang diberi kerja sebagai kerani atau orang gaji - bermakna orang dalam katogeri ini mungkin bekerja dengan semantara, sebagai sukarelawan atau tugas hakikinya bukan sebagai seorang kerani atau orang gaji. Orang ini bukanlah menjadi satu alasan walaupun tidak diberi upah dan sebagainya.

SEKSAAN

Penjara selama yang boleh sampai 7 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.

Page 82: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 382 MENCURI SETELAH DIBUAT PERSIAPAN BAGI MENYEBABKAN KEMATIAN ATAU CEDERA DENGAN TUJUAN HENDAK MELAKUKAN KESALAHAN ITU

Barang siapa melakukan kesalahan mencuri, setelah membuat persiapan bagi menyebabkan kematian atau cedera atau halangan atau ketakutan bahawa mana-mana orang akan dibunuh, dicederakan atau dihalang bahawa dengan tujuan hendak melakukan kesalahan mencuri itu, atau dengan tujuan hendak membolehkan ia lari setelah melakukan kesalahan itu, atau dengan tujuan hendak menyimpan harta yang telah diambil dengan jalan kesalahan itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuloh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.

ELEMENSerupa sebagaimana elemen no. (1) hingga no. (5) didalam Sek. 378 dan sebagai tambahan

Tertuduh, semasa melakukan curi, membuat persediaan bagi menyebabkan kematian, cedera, atau hilangan, atau ketakutan kepada kematian, cedera atau halangan kepada mana-mana orang.

Page 83: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

Tertuduh berbuat demikian dengan tujuan:-

Hendak, melakukan kesalahan mencuri; membolehkan ia lari setelah melakukan kesalahan itu; atau menyimpan harta yang telah diambil dengan jalan kesalahan itu.

Penerangan

Seksyen ini agak hampir dengan kesalahan rompak. Semasa tertuduh melakukan kesalahan ini ada memiliki sesuatu senjata tetapi tidak digunakan semasa melakukan kesalahan ini. Pada saat ia menunjukkan atau menggunakan sahaja, ini akan menjadi kesalahan dibawah sek. 392KK.

SEKSAAN

Penjara selama yang boleh sampai 10 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.

Page 84: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

DARIHAL PEMERASANSEK. 383 PEMERASANBarang siapa dengan sengaja mendatangkan kepada mana-mana orang ketakutan bahawa apa-apa bencana akan berlaku ke atas orang itu atau ke atas mana-mana orang lain, dan dengan jalan demikian itu mendorong dengan curangnya orang yang didatangkan ketakutan itu supaya menyerahkan kepada mana-mana orang apa-apa harta atau cagaran berharga atu sesuatu yang bertandatangan atau bermeteri yang boleh dijadikan suatu cagaran berharga adalah melakukan "pemerasan“

ELEMENDengan sengaja mendatangkan kepada mana-mana orang ketakutan bahawa apa-apa bencana akan berlaku ke atas orang itu atau ke atas mana-mana orang lain. Dorongan itu dilakukan dengan curang. Dengan jalan demikian mendorong orang yang didatangkan ketakutan itu menyerahkan kepada mana-mana orang apa-apa harta atau cagaran berharga atau sesuatu yang bertandatangan atau bermeteri yang boleh dijadikan suatu cagaran berharga

Page 85: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

PeneranganKesalahan ini dilakukan dengan cara ialah pada peringkat permulaan memberi sesuatu ketakutan kepada mangsa dan kemudian mendorongnya untuk menyerahkan sesuatu harta berharga. Niat dengan sengaja – rujuk sek. 39KK Ketakutan bencana – rujuk sek.44KK- ketakutan itu bermaksud mangsa akan rasa bimbang yang amat sangat sekiranya tidak menurut perintah atau kehendak daripada tertuduh,sesuatu yang tidak di ingini akan berlaku kepadanya. Sekiranya mangsa langsung tidak ada kebimbangan yang disebut seperti para (2), ini bermakna kesalahan itu hanya satu ugutan sahaja. "Orang itu" – secara langsung kepada mangsa. Bagi "orang-orang lain" bermakna orang yang rapat atau ada kepentingan dengan mangsa. Dengan curang – rujuk sek. 24 KK Mendorong- bermakna melalui cara pujukan. Harta – rujuk sek. 22KK Cagaran berharga – rujuk sek. 30KK

SEK. 384 SEKSAAN BAGI PEMERASANPenjara yang boleh sampai 10 tahun atau denda, atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu.

Page 86: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 385 MENDATANGKAN KEPADA SESEORANG KETAKUTAN BENCANA DENGAN TUJUAN HENDAK MELAKUKAN PEMERASANBarang siapa, dengan tujuan hendak melakukan pemerasan mendatangkan kepada man-man orang, atau mencuba mendatangkan kepada mana-mana orang ketakutan bahawa apa-apa bencana akan berlaku, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu.

ELEMENDengan tujuan hendak mendatangkan kepada mana-mana orang ketakutan bahawa apa-apa bencana akan berlaku. Tujuannya adalah hendak melakukan pemerasan.

PeneranganDengan tujuan hendak- bermakna kesalahan ini telah pun berlaku tetapi tertuduh masih tidak dapat apa-apa harta atau hasil bermakna ini adalah kesalahan percubaan.

SEKSAANPenjara yang boleh sampai 7 tahun, atau denda, atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu.

Page 87: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 386 PEMERASAN DENGAN MENDATANGKAN KEPADA SESEORANG KETAKUTAN PEMBUNUHAN ATAU CEDERA PARAHBarang siapa melakukan pemerasan dengan mendatangkan kepada mana-mana orang ketakutan bahawa ia atau mana-mana orang akan dibunuh atau dikenakan cedera parah, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai empat belas tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.

ELEMENMendatangkan kepada mana-mana orang ketakutan bahawa ia atau mana-mana orang akan dibunuh atau dikenakan cedera parah. Mendorong orang yang didatangkan ketakutan itu menyerahkan kepada mana-mana orang apa-apa harta atau cagaran berharga atau sesuatu yang bertandatanngan atau bermeteri yang boleh dijadikan suatu cagaran berharga. Tertuduh melakukan itu dengan curang.

SEKSAANPenjara yang boleh sampai 14 tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat

Page 88: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 387 MENDATANGKAN KEPADA SESEORANG KETAKUTAN PEMBUNUHAN ATAU CEDERA PARAH DENGAN TUJUAN HENDAK MELAKUKAN PEMERASAN

Barang siapa, dengan tujuan hendak melakukan pemerasan mendatangkan atau mencuba mendatangkan kepada mana-mana orang ketakutan bahawa ia atau mana-mana orang akan dibunuh atau dikenakan cedera parah, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.

ELEMEN

Tertuduh melakukan sedemikian dengan tujuan hendak melakukan pemerasan. Tertuduh mendatangkan atau cuba mendatangkan keakutan kepada mana-mana orang bahawa ia atau mana-mana orang akan dibunuh atau dikenakan cedera parah.

SEKSAAN

Penjara yang boleh sampai 10 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat

Page 89: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

DARIHAL ROMPAK DAN ROMPAK BERKUMPUL

                                                                                                                      

Page 90: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

Seksyen 390 Rompak

1.Dlm segala rompak ada kesalahan mencuri atau pemerasan

2.Kesalahan mencuri ialah “ Rompak” dgn tujuan hendak melakukan atau pada melakukan kesalahan mencuri itu, atau pada membawa lari atau mencuba mambawa lari harta yg didapati dgn jalan kesalahan itu, pesalah itu bermaksud dgn sengaja menyebabkan atau cuba menyebabkan kepada mana-mana org dgn kematian atau cedera atau halangan salah atau ketakutan bahawa pembunuhan serta merta atau cedera serta merta atau halangan salah serta merta akan berlaku.

3. Pemerasan ialah “ Rompak” jika pesalah pada waktu itu melakukan pemerasan, ada org dihadapan dgn mendatangkan ketakutan dan melakukan pemerasan hingga mendatangkan ketakutan menyebabkan dibunuh serta merta, dicederakan serta merta, atau dihalang salah serta merta supaya mendorong org yg dlm ketakutan itu menyerahkan benda atau harta yg diperas.

Page 91: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

Seksyen 391 Rompak Berkumpulan

Apabila dua org atau lebih bersama melakukan atau cuba melakukan rompak atau org yg hadir bersama-sama melakukan atau cuba melakukan rompak itu jumlahnya dua orang atau lebih maka tiap-tiap org yg melakukan, cuba melakukan atau membantu adalah dikira melakukan “ Rompak Berkumpulan.

Seksyen 392 Seksaan bagi rompak

Barang siapa melakukan rompak hendaklah disiksa dgn penjara selama tempoh yg boleh sampai empat belas tahun, dan boleh dikenakan denda dan sebat.

Page 92: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

Seksyen 393 Mencuba melakukan rompak

Barang siapa mencuba melakukan rompak hendaklah disiksa dgn penjara selama tempoh yg boleh sampai tujuh tahun, dan boleh dikenakan denda.

Seksyen 394 Dengan sengaja menyebabkan cedera masa melakukan rompak.

Barang siapa melakukan rompak atau pada mencuba melakukan rompak, dgn sengaja menyebabkan cedera hendaklah disiksa dgn penjara selama tempoh yg boleh sampai dua puluh tahun, dan boleh dikenakan denda dan sebat.

Seksyen 395 Seksaan bagi rompak berkumpulan

Barang siapa mencuba melakukan rompak hendaklah disiksa dgn penjara selama tempoh yg boleh sampai dua puluh tahun, dan boleh dikenakan sebat.

Page 93: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

Seksyen 405 Pecah Amanah Jenayah

Barang siapa, yabg dgn apa-apa cara telah diamanahkan dgn harta sama ada sendirian atau bersama-sama dgn mana-mana org lain, atau dgn apa-apa kuasa atas harta, dgn curangnya menyalahgunakan harta itu atau menjadikanya kegunaan sendiri, atau dgn curang menggunakan atau melepaskan harta itu dgn melanggar apa-apa arahan undang-undang yg menetapkan cara bagaimana amanah itu disempurnakan atau dgn sengaja membiarkan mana-mana org lain berbuat demikian adalah melakukan “ Pecah Amanah Jenayah”.

Seksyen 406 Seksaan Bagi Pecah Amanah Jenayah

Barang siapa melakukan pecah amanah jenayah hendaklah disiksa dgn penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda.

Page 94: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

MENERIMA HARTA CURI

SEK. 410 HARTA CURI

Harta yang pemilikannya telah dipindahkan dengan jalan curi, atau dengan jalan pemerasan, atau dengan jalan rompak, dan harta yang telah disalahgunakan secara jenayah atau yang mengenainya pecah amanah jenayah atau tipu telah dilakukan, adalah dinamakan "harta curi" sama ada pindaan itu telah dibuat atau salahguna atau pecah amanah atau tipu itu telah dilakukan dalam atau di luar Malaysia. Tetapi jika harta itu kemudiannya dimiliki oleh seseorang yang berhak di sisi undang-undang memilikinya, maka harta itu tidaklah lagi menjadi harta curi.

Harta menjadi harta curi jika pemilikan harta itu dipindahkan dengan jalan:-Curi; Pemerasan; Rompak; Harta yang telah disalahgunakan secara jenayah; Harta yang mengenainya pecah amanah jenayah telah dilakukan; atau Harta yang mengenainya tipu telah dilakukan

Samada pindahan itu telah dibuat atau salahguna atau pecah amanah atau tipu itu telah dilakukan dalam atau diluar Malaysia. Harta itu tidak lagi menjadi harta curi jika harta itu kemudiannya dimiliki oleh seseorang yang berhak disisi undang-undang memiliknya.

Page 95: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 411 MENERIMA HARTA CURI DENGAN CURANG

Barang siapa dengan curangnya menerima atau penyimpan apa-apa harta curi, dengan mengetahui atau dengan ada sebab mempercayainya sebagai harta curi, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya, dan jika harta curi itu sebuah kenderaan motor atau mana-mana bahagian komponen sebuah kenderaan motor sebagaimana yang ditakrifkan dalam sek. 379A, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih dari lima tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.

Page 96: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

ELEMEN

Harta itu telah dicuri. Harta itu dengan curangnya telah diterima atau disimpan oleh tertuduh. Tertuduh mengetahui atau ada sebab mempercayai harta itu adalah harta curi. Bahawa seorang lain dari tertuduh memiliki harta curi itu sebelum tertuduh mendapat pemilikan.

SEKSAAN

Penjara yang boleh sampai 5 tahun atau denda ataukedua-duanya. Jika harta curi itu sebuah kenderaan motor atau mana-mana bahagian komponen sebuah kenderaan motor sebagaimana takrif dalam Sek. 379A, hendaklah dipenjara selama diantara 6 bulan hingga 7 tahun, dan bolehlah juga didenda.

Page 97: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 441 : PENCEROBOHAN JENAYAH

Barang siapa masuk ke dalam atau ke atas harta yang dimiliki oleh seseorang lain dengan niat hendak melakukan sesuatu kesalahan atau hendak menakutkan, mengaibkan atau menggusarkan mana-aman orang yang memiliki harta itu, atau setelah dengan sah di sisi undang-undang masuk ke dalam atau ke atas harta itu, tinggal di situ dengan menyalahi undang-undang dengan niat dengan jalan demikian itu hendak menakutkan, mengaibkan atau menggusarkan mana-mana orang itu, atau dengan niat hendak melakukan sesuatu kesalahan, adalah dikatakan melakukan ‘pencerobohan jenayah’.

Elemen. Masuk ke dalam atau ke atas harta yang dimiliki oleh seseorang lain. Jika

masuk ke dalam atau ke atas harta itu dengan sah di sisi undang- undang, kemudian tinggal di situ dengan menyalahi undang-undang, Kemasukan itu atau tinggal di situ dengan menyalahi undang-undang dengan niat :- melakukan sesuatu kesalahan; atau menakutkan,mengaibkan atau menggusarkan mana-mana orang yang memiliki harta itu.

Page 98: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 442 : PENCEROBOHAN RUMAH

Barang siapa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki atau tinggal di dalam mana-mana bangunan, khemah atau perahu yang digunakan sebagai tempat kediaman manusia atau mana-mana bangunan yang digunakan sebagai suatu tempat untuk sembahyang, atau suatu tempat untuk simpanan harta benda adalah dikatakan melakukan ‘pencerobohan rumah’.

Elemen.

Tertuduh melakukan pencerobohan jenayah Pencerobohan jenayah itu dilakukan dengan memasuki atau tinggal di dalam mana-mana bangunan, khemah atau perahuan Bangunan, khemah atau perahuan itu digunakan sebagai tempat kediaman manusia atau tempat untuk sembahyang atau tempat untuk simpanan harta benda. Apa-apa bahagian tubuh tertuduh memasuki tempat-tempat tersebut.

Page 99: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 445 : PECAH RUMAH

Seseorang yang melakukan pencerobohan rumah adalah dikata melakukan ‘pencerobohan rumah’, jika ia masuk ke dalam rumah itu atau mana-mana bahagiannya dengan mana-mana daripada enam cara yang tersebut di bawah ini atau jika setelah berada di dalam rumah itu atau mana-aman bahagiannya bagi maksud melakukan sesuatu kesalahan, atau setelah melakukan sesuatu kesalahan di dalamnya ia keluar dari rumah itu atau mana-mana bahagia dengan mana-mana daripada enam cara itu:-

[a] jika ia masuk atau keluar melalui satu lubang yang dibuat olehnya, atau oleh seseorang pensubahat dalam pencerobohan rumah itu bagi maksud melakukan pencerobohan rumah itu.

[b] Jika ia masuk atau keluar melalui mana-mana lubang yang tidak dimaksudkan oleh sesiapa, melainkan ia atau pensubahat kesalahan itu untuk jalan masuk bagi bagi manusia atau melalui mana-mana lubang yang telah dapat dimasukinya dengan jalan meragang atau memanjat mana-mana dinding atau bangunan.

Page 100: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

[c] Jika ia masuk atau keluar melalui mana-mana lubang yang telah dibuka olehnya atau oleh seseorang pensubahat dalam pencerobohan rumah itu, bagi maksud melakukan pencerobohan rumah itu dengan apa-apa cara yang tidak dimaksudkan oleh penduduk rumah itu baginya dibukanya.

[d] Jika ia masuk atau keluar dengan membuka mana-mana kunci bagi maksud melakukan pencerobohan rumah itu atau bagi maksud keluar dari rumah itu selepas melakukan pencerobohan rumah itu.

[e] Jika ia dapat masuk atau keluar dengan menggunakan kekerasan jenayah atau melakukan sesuatu serangan atau dengan mengugut hendak menyerang seseorang.

[f] Jika ia masuk atau keluar melalui mana-aman lubang yang diketahuinya telah ditutup berkancing bagi menahan sesiapa masuk atau keluar dan yang telah dibuka oleh atau oleh pensubahat dalam pencerobohan rumah itu.

Page 101: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

Elemen.

Tertuduh melakukan pencerobohan jenayah

Tertuduh masuk ke dalam sebuah rumah atau mana-mana dari pada enam cara yang tersebut di bawah ini, atau jika, setelah berada di dalam rumah itu atau mana-mana bahagiannya bagi maksud melakukan, atau setelah melakukan sesuatu kesalahan di dalamnya, ia keluar dari rumah itu atau mana-mana bahagiannya dengan mana-mana daripada enam cara itu

Pertama - Jika ia masuk atau keluar melalui suatu lubang yang dibuat olehnya, atau oleh seseorang pensubahat dalam pencerobohan rumah itu.

Kedua - Jika ia masuk atau keluar melalui mana-mana lubang yang telah dimaksudkan oleh sesiapa, melainkan ia atau pensubahat kesalahan itu, untuk jalan masuk bagi manusia; atau melalui mana-mana lubang yang telah dapat dimasukinya dengan jalan meragang atau memanjat mana-mana dinding atau bangunan.

Page 102: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

Ketiga - Jika ia masuk atau keluar melalui mana-mana lubang yang telah dibuka olehnya atau oleh seseorang pensubahat dalam pencerobohan rumah itu, bagi maksud melakukan pencerobohan rumah itu,dengan apa-apa cara yang tidak dimaksudkan oleh penduduk rumah itu baginya dibukakan.

Keempat - Jika ia masuk atau keluar dengan membuka mana-mana kunci bagi maksud melakukan pencerobohan rumah itu, atau bagi maksud keluar dari rumah itu selepas melakukan pencerobohan rumah itu

Kelima - Jika ia dapat masuk atau keluar dengan menggunakan kekerasan jenayah atau melakukan sesuatu serangan, atau dengan mengugut hendak menyerang seseorang.

Keenam - Jika ia masuk atau keluar melalui mana-mana lubang yang diketahuinya telah ditutup berkancing bagi menahan sesiapa masuk atau keluar dan yang telah dibuka olehnya atau oleh pensubahat dalam pencerobohan rumah itu.

Page 103: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 446 : PECAH RUMAH PADA WAKTU MALAM

Barang siapa melakukan pecah rumah selepas matahari masuk dan sebelum matahari terbit, adalah dikata melakukan ‘pecah rumah pada waktu malam’.

Elemen.

Tertuduh melakukan pecah rumah Kesalahan itu dilakukan selepas matahari masuk dan sebelum matahari terbit.

SEK. 447 : SEKSAAN BAGI PENCEROBOHAN JENAYAH

Penjara yang boleh sampai 3 bulan, atau denda yang boleh sampai RM 1,000 atau kedua-duanya.

Page 104: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 448 : SEKSAAN BAGI PENCEROBOHAN RUMAH

Penjara yang boleh sampai 1 tahun atau denda yang boleh sampai RM 2,000 atau kedua-duanya.

Penerangan.

Seksaan untuk Sek. 442KK.

Mulai seksyen ini sehingga Sek. 452KK – khusus kepada pencerobohan rumah sahaja – rujuk Sek. 442KK.

SEK. 449 : PENCEROBOHAN RUMAH BAGI MAKSUD MELAKUKANKESALAHAN YANG BOLEH DI SEKSA DENGAN BUNUH

Barang siapa melakukan pencerobohan bagi maksud melaku kan sesuatu kesalahan yang boleh diseksa dengan bunuh, hendak lah diseksa dengan penjara yang boleh sampai dua puluh tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.

Page 105: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

Elemen.

Tertuduh melakukan pencerobohan rumah. Kesalahan itu dilakukan bagi maksud melakukan kesalahan yang boleh di seksa dengan bunuh.

Penerangan.

Bunuh – rujuk Sek. 300KK. Kesalahan yang boleh diseksa dengan bunuh. Contoh – Sek. 121, 121A, 302 & 396KK.

Niat untuk melakukan kesalahan boleh diseksa dengan bunuh mesti dibuktikan. Seksaan.

Page 106: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 450 : PENCEROBOHAN RUMAH BAGI MAKSUD MELAKUKAN KESALAHAN YANG BOLEH DISEKSA DENGAN PENJARA SEUMUR HIDUP

Barang siapa melakukan pencerobohan rumah bagi maksud melakukan sesuatu kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara seumur hidup, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang tidak lebih daripada sepuluh tahun, dan boleh juga dikenakan denda.

Elemen.Tertuduh melakukan pencerobohan rumah. Kesalahan itu dilakukan bagi maksud melakukan kesalahan yang boleh di hukum dengan penjara seumur hidup.

Penerangan.Bersamaan dengan Sek. 449KK, hanya berbeza dengannya ialah kesalahan yang akan dipenjara. Contoh, Sek. 121B, 122, 124, 304, 376, 395 dll.

Seksaan.Penjara selama tidak lebih 10 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.

Page 107: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 451 : PENCEROBOHAN RUMAH BAGI MAKSUD MELAKUKAN KESALAHAN YANG BOLEH DI SEKSA DENGAN PENJARA Barang siapa melakukan pencerobohan rumah bagi maksud melakukan sesuatu

kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun dan bolehlah juga dikenakan denda dan jika kesalahan yang dimaksud hendak dilakukan itu ialah kesalahan mencuri, maka tempoh penjara itu bolehlah dilanjutkan hingga tujuh tahun.

Elemen. Tertuduh melakukan pencerobohan rumah. Kesalahan itu dilakukan bagi

maksud melakukan kesalahan yang boleh di hukum dengan penjara atau kesalahan curi.

Penerangan.Seksyen ini sedikit berbeza dibandingkan dengan seksyen-seksyen sebelum ini. Ia adalah peruntukan kesalahan mencuri selepas pecah rumah

dilakukan. Takrif kesalahan mencuri – rujuk Sek. 378KK. Seksyen ini dijeniskan sebagai pencerobohan rumah dan mencuri pada waktu

siang hari tetapi tidak ada bersembunyi dilakukan. Seksaan. Penjara yang boleh sampai 2 tahun dan bolehlah juga di denda Jika kesalahan

yang dimaksudkan hendak dilakukan itu ialah mencuri, maka tempoh penjara itu bolehlah dilanjutkan hingga 7 tahun.

Page 108: Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii

SEK. 452 : PENCEROBOHAN RUMAH SETELAH PERSIAPAN DI BUAT BAGI MENYEBABKAN CEDERA KEPADA SESEORANG

Elemen.

Tertuduh melakukan pencerobohan rumah Kesalahan itu dilakukan setelah membuat persiapan bagi menyebabkan cedera kepada seseorang, atau bagi menyerang seseorang, atau bagi menghalang dengan salah seseorang atau bagi mendatangkan ketakutan kepada seseorang kepada cedera, serangan atau halangan salah.

Seksaan.

Penjara yang boleh sampai 7 tahun dan bolehlah juga di denda