UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN...

26
1 1 UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA (BUDIMAN) URUSETIA: d/a No. 27, Jalan Bahagia 2, Off Jalan Ketoyong, Taman Pelangi, 35900 Tanjong Malim, Perak. Telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Penubuhan; PADA : 23 Januari 2010 TEMPAT : Dewan Seminar, Perpustakaan, Tuanku Bainun, UPSI MASA : 11.30 pagi

Transcript of UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN...

Page 1: UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN …budimanmalaysia.com/wp-content/uploads/2018/11/... · empat (4) jenis keahlian iaitu: 4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia

1

1

UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA

(BUDIMAN)

URUSETIA: d/a No. 27, Jalan Bahagia 2,

Off Jalan Ketoyong,

Taman Pelangi,

35900 Tanjong Malim, Perak.

Telah dibentangkan di dalam Mesyuarat

Jawatankuasa Penaja Penubuhan;

PADA : 23 Januari 2010 TEMPAT : Dewan Seminar, Perpustakaan, Tuanku Bainun, UPSI MASA : 11.30 pagi

Page 2: UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN …budimanmalaysia.com/wp-content/uploads/2018/11/... · empat (4) jenis keahlian iaitu: 4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia

2

2

UNDANG-UNDANG BAGI

PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA (BUDIMAN)

FASAL 1. NAMA

Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN PENULIS BUDIMAN

MALAYSIA. Selepas ini disebut PENULIS BUDIMAN MALAYSIA.

FASA 2. TEMPAT URUSAN

1.1 Alamat tempat urusan pertubuhan ini ialah No. 27, Jalan Bahagia

2, Off Jalan Ketoyong, Taman Pelangi 2, 35900 Tanjong Malim,

Perak Darul Ridzuan atau tempat-tempat yang akan ditetapkan

dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa. dan alamat surat

menyurat ialah No. 27, Jalan Bahagia 2, Off Jalan Ketoyong,

Taman Pelangi 2, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat

PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA tidak boleh

diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

Lambang PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA

berteraskan falsafah persuratan mendokong kemurnian ilmu dan

Page 3: UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN …budimanmalaysia.com/wp-content/uploads/2018/11/... · empat (4) jenis keahlian iaitu: 4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia

3

3

menyebarluaskannya untuk manfaat manusia sejagat. Hal ini

dizahirkan menerusi tiga komponen iaitu:

a) perkataan BUDIMAN berwarna hitam dengan keterangan

nama penuh di bawahnya,

b) buku berwarna putih di atas nama BUDIMAN, dan

c) empat kelopak warna hijau muda dan hijau gelap terletak

teguh di atas buku dengan kelopak terbuka ke atas sebagai

lambang kepelbagaian ilmu dan persuratan yang didokongi

persatuan.

Keterangan warna dan simbol pada logo;

a) Warna hitam pada tulisan BUDIMAN bermaksud

kesejahateraan dan ketulusan dalam kegiatan.

b) Warna putih pada buku (atas perkataan BUDIMAN)

bermaksud ilmu persuratan yang benar dan bermanfaat,

c) warna hijau gelap pada kelopak sebelah kiri bermaksud

tahap ilmu dan aktiviti persuratan tinggi;

d) warna hijau muda pada tiga kelopak tengah dan kanan

bermaksud tahap ilmu dan aktiviti persuratan yang pelbagai.

Page 4: UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN …budimanmalaysia.com/wp-content/uploads/2018/11/... · empat (4) jenis keahlian iaitu: 4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia

4

4

FASAL 4. TUJUAN-TUJUAN DAN MAKSUD-MAKSUD:

4.1 Menanam perasaan kasih, minat dan tanggungjawab dalam

usaha mengembangkan dan memperkasa kesusasteraan dan

bahasa Melayu dalam kalangan ahlinya, masyarakat awam di

Malaysia dan di luar Malaysia.

4.2 Memperjuangkan hak-hak ahlinya dan pengamal kesusasteraan

dan bahasa Melayu dalam bidangnya.

4.3 Membangunkan kesusasteraan dan bahasa Melayu sebagai asas

pembinaan negara bangsa dan peradaban.

Membimbing dan melatih ahli-ahli ke arah pengamalan

kesusasteraan dan bahasa Melayu yang profesional.

4.4 Menggalakkan, memajukan, menyusun serta menganjurkan

kegiatan penulisan dan persuratan Melayu dalam kalangan ahli-

ahli dan orang ramai mengikut peraturan yang ditetapkan oleh

pihak persatuan.

4.5 Menjalankan dan memajukan kegiatan berteraskan penyelidikan

kesusasteraan Melayu, bahasa Melayu, sejarah, budaya dan

peradaban Melayu.

4.6 Menjalankan kegiatan mencetak dan menerbit karya persuratan

berasas bahasa Melayu bagi memaju dan mengembangkan

kesusasteraan Melayu, bahasa Melayu, sejarah, budaya dan

peradaban Melayu.

Page 5: UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN …budimanmalaysia.com/wp-content/uploads/2018/11/... · empat (4) jenis keahlian iaitu: 4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia

5

5

4.7 Memberi kerjasama kepada persatuan/badan penulis dan

persatuan-persatuan lain dalam menjayakan kegiatan-kegiatan

sastera dan penulisan, bahasa serta kebudayaan Melayu.

FASAL 4. KEAHLIAN

Ahli PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA terbahagi kepada

empat (4) jenis keahlian iaitu:

4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia yang berumur 18

tahun ke atas dan tinggal di Malaysia, berminat dalam penulisan,

waras fikiran, bebas dari tindakan mahkamah terhadap tuduhan

jenayah, penyelewengan dan lain-lain yang bertentangan dengan

undang-undang.

4.2 AHLI SEUMUR HIDUP – bermaksud ahli biasa yang telah

menjelaskan yuran seumur hidup yang ditetapkan secara

sekaligus. Mempunyai hak yang sama seperti ahli biasa dengan

pengecualian yuran tahunan.

4.3 AHLI BERGABUNG – terbuka kepada pertubuhan atau persatuan

yang berasaskan persuratan Melayu atau kebudayaan yang

sanggup bekerjasama menerima dan melaksanakan setiap

rancangan yang diatur berdasarkan matlamat PERSATUAN

PENULIS BUDIMAN MALAYSIA di samping dapat

menyempurnakan yuran tahunan yang ditetapkan.

4.4 AHLI KEHORMAT – terbuka kepada golongan profesional yang

mempunyai minat dan tujuan yang sama seperti matlamat

Page 6: UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN …budimanmalaysia.com/wp-content/uploads/2018/11/... · empat (4) jenis keahlian iaitu: 4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia

6

6

PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA serta bersedia

untuk menjalankan kerja-kerja kajian dan penyelidikan.

FASAL 5. BAYARAN MASUK, YURAN-YURAN DAN BAYARAN LAIN

5.1 AHLI BIASA : Bayaran masuk : RM 10.00

Yuran Tahunan : RM 20.00

5.2 AHLI SEUMUR HIDUP : Bayaran masuk : RM 30.00

Yuran Seumur Hidup : RM100.00

5.3 AHLI GABUNGAN : Bayaran masuk : RM 5.00

Yuran Tahunan : RM20.00

5.4 AHLI KEHORMAT : Bayaran masuk : Percuma

Yuran Tahunan : Percuma

5.5 Yuran-yuran tahunan hendaklah dibayar kepada Bendahari

terlebih dahulu sebelum akhir bulan Mac setiap tahun iaitu

sebelum tarikh mesyuarat agung tahunan.

5.6 Ahli-ahli yang tidak menjelaskan yuran tahunan dalam tempoh

masanya akan menerima notis bertulis daripada Setiausaha atau

bagi pihaknya dan segala keistimewaannya sebagai ahli akan

digantung sehingga yuran itu dijelaskan.

5.7 Ahli-ahli yang tidak menjelaskan yuran tahunan setelah genap

dua belas (12) bulan secara langsung dilucutkan keahliannya dari

PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA dan juga

Jawatankuasa berhak mengambil tindakan yang sah terhadapnya

Page 7: UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN …budimanmalaysia.com/wp-content/uploads/2018/11/... · empat (4) jenis keahlian iaitu: 4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia

7

7

jika didapati notis mengenai hutangnya telah diterima oleh ahli

tersebut.

5.8 Jawatankuasa mempunyai hak menentukan yuran masuk semula

bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut

disebabkan hutang.

5.9 Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk

perkara tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan mesyuarat

Jawatankuasa. Sekiranya ada ahli-ahli yang mungkir membayar

wang yuran tersebut di dalam masa yang telah ditetapkan maka

wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

FASAL 6. PERMOHONAN MENJADI AHLI

6.1 Ahli Biasa: Seseorang yang hendak menjadi ahli biasa hendaklah

menghantar permohonannya kepada Setiausaha dengan

menggunakan borang permohonan yang disediakan.

a) Borang permohonan menjadi ahli hendaklah

ditandatangani oleh pemohon serta dicadang dan

disokong oleh ahli biasa PERSATUAN PENULIS

BUDIMAN MALAYSIA dengan disertakan dengan Bayaran

Masuk dan Yuran Tahunan.

b) Penerimaan dan penolakan menjadi ahli biasa ditentukan

dan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa

PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA.

Page 8: UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN …budimanmalaysia.com/wp-content/uploads/2018/11/... · empat (4) jenis keahlian iaitu: 4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia

8

8

6.2 Ahli Seumur Hidup: Seseorang yang ingin menjadi ahli seumur

hidup hendaklah mengemukakan permohonan kepada

Setiausaha dengan menggunakan borang permohonan yang

disediakan bersama-sama dengan Bayaran Masuk dan Yuran

Seumur Hidup mengikut Fasal 5.2.

a) Borang permohonan untuk menjadi ahli seumur hidup

hendaklah ditandatangani oleh pemohon dengan dicadang

dan disokong oleh ahli biasa PERSATUAN PENULIS

BUDIMAN MALAYSIA.

b) Penerimaan dan penolakan menjadi ahli seumur hidup

ditentukan dan diputuskan dalam mesyuarat

Jawatankuasa PERSATUAN PENULIS BUDIMAN

MALAYSIA.

6.3 Ahli Bergabung: Sesebuah Pertubuhan atau Persatuan yang

hendak menjadi ahli bergabung hendaklah menghantar

permohonannya dengan bertulis yang ditandatangani oleh

Pengerusi dan Setiausaha dan dihantar kepada Setiausaha

PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA bersama-sama

dengan Bayaran Masuk dan Yuran Tahunan yang ditetapkan.

a) Pertubuhan atau persatuan yang hendak menjadi ahli

bergabung mestilah terdiri dari Pertubuhan atau Persatuan

yang berasaskan kesusasteraan, bahasa dan kebudayaan

Melayu.

Page 9: UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN …budimanmalaysia.com/wp-content/uploads/2018/11/... · empat (4) jenis keahlian iaitu: 4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia

9

9

6.4 Ahli Kehormat: Penyertaan ahli kehormat adalah berdasarkan

undangan dan tawaran yang dibuat oleh persatuan dengan

persetujuan dua per tiga daripada ahli jawatankuasa.

FASAL 7. TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI

7.1 Memegang teguh dasar PERSATUAN PENULIS BUDIMAN

MALAYSIA serta melaksanakan tujuan-tujuannya.

7.2 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat serta mengambil bahagian

dalam kegiatan-kegiatan PERSATUAN PENULIS BUDIMAN

MALAYSIA.

7.3 Menjalankan kerja-kerja PERSATUAN PENULIS BUDIMAN

MALAYSIA di samping mematuhi perintah dan disiplin.

FASAL 8. PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

8.1 Ahli yang hendak berhenti daripada ahli PERSATUAN PENULIS

BUDIMAN MALAYSIA hendaklah memberi kenyataan bertulis

SATU bulan terlebih dahulu kepada Setiausaha dan membayar

segala hutang-hutang dan membatalkan segala hak dan

tuntutannya terhadap harta benda dan wang PERSATUAN

PENULIS BUDIMAN MALAYSIA.

8.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi Undang-Undang Tubuh

PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA atau bertindak

melulu dengan mencemarkan nama baik serta menjatuhkan

maruah. PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA boleh

Page 10: UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN …budimanmalaysia.com/wp-content/uploads/2018/11/... · empat (4) jenis keahlian iaitu: 4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia

10

10

dipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh yang

diputuskan setelah difikir munasabah oleh Jawatankuasa.

Sebelum Jawatankuasa bertindak memecat atau menggantung

keahliannya, ahli terbabit hendaklah diberitahu akan sebab-sebab

tindakan pemecatan atau penggantungan itu dilakukan. Ahli

terbabit juga hendaklah diberi peluang membela diri. Pemecatan

atau penggantungan berkuat kuasa setelah surat arahan

dikeluarkan kecuali mesyuarat agung menunda atau membatal

keputusan itu atas rayuan ahli berkenaan.

8.3 Seseorang ahli biasa atau ahli seumur hidup adalah dengan

secara automatik terpecat dari menjadi ahli sekiranya didapati

bersalah oleh Mahkamah setelah melakukan kes jenayah.

FASAL 9. MESYUARAT AGUNG

9.1 Pengelolaan PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA

terserah kepada keputusan ahli-ahli dalam mesyuarat agung.

9.2 Mesyuarat Agung Tahunan bagi PERSATUAN PENULIS

BUDIMAN MALAYSIA hendaklah diadakan dengan secepat

mungkin setelah berakhir tahun kewangan dan tidak lewat

daripada 31 Mac setiap tahun. Tarikh, masa dan tempat

mesyuarat agung tahunan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa.

9.3 Setiausaha hendaklah menghantar surat kepada ahli satu

pengumuman mesyuarat yang menerangkan tarikh, masa dan

tempat serta agenda termasuk salinan-salinan peringatan

mesyuarat dan laporan-laporan, cadangan-cadangan berserta

Page 11: UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN …budimanmalaysia.com/wp-content/uploads/2018/11/... · empat (4) jenis keahlian iaitu: 4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia

11

11

dengan penyata kira-kira PERSATUAN PENULIS BUDIMAN

MALAYSIA bagi tahun lalu yang telah diperaudit sekurang-

kurangnya 30 hari sebelum mesyuarat agung tahunan. Salinan-

salinan surat ini hendaklah senang diperoleh untuk dibaca oleh

ahli-ahli dari alamat berdaftar atau di tempat mesyuarat

PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA.

9.4 Korum mesyuarat agung tahunan ialah sekurang-kurangnya atau

satu pertiga daripada ahli-ahli yang layak untuk mengundi dan

wakil ahli bergabung.

9.5 Jika korum tidak cukup selepas satu jam daripada waktu yang

ditetapkan untuk mesyuarat maka mesyuarat itu hendaklah

ditangguh kepada suatu tarikh (tidak lebih dari 21 hari) yang

ditetapkan oleh Jawatankuasa dan jika kuorum tidak cukup

selepas satu jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk

mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli

yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidak berkuasa

mengubah Undang-Undang PERSATUAN PENULIS BUDIMAN

MALAYSIA dan membuat keputusan-keputusan mengenai semua

ahli.

9.6 Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah:

a) Menerima Laporan Jawatankuasa berkenaan kerja-kerja

PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA di dalam

tahun yang lalu.

Page 12: UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN …budimanmalaysia.com/wp-content/uploads/2018/11/... · empat (4) jenis keahlian iaitu: 4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia

12

12

b) Menerima Laporan Bendahari serta penyata kira-kira yang

telah diaudit bagi tahun yang lalu.

c) Melantik ahli-ahli Jawatankuasa serta pemeriksa kira-kira

untuk dua tahun sekali.

d) Mengurus dan membincangkan perkara-perkara lain yang

dibentangkan di dalam mesyuarat agung.

9.7 Ahli-ahli perseorangan dan dua orang wakil tiap-tiap ahli

bergabung adalah layak menghadiri mesyuarat, mengundi dan

memegang jawatan dalam PERSATUAN PENULIS BUDIMAN

MALAYSIA. Ahli Kehormat juga layak mengundi dan memegang

apa-apa jawatan di dalam PERSATUAN PENULIS BUDIMAN

MALAYSIA tetapi berhak memberikan apa-apa pandangan.

9.8 Mesyuarat Agung Khas bagi PERSATUAN PENULIS BUDIMAN

MALAYSIA ini boleh diadakan:

a) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau

b) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak

kurang satu pertiga daripada jumlah ahli, dengan

menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab

mengadakannya.

9.9 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh sekurang-kurangnya

satu per tiga ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam

tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat

itu.

Page 13: UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN …budimanmalaysia.com/wp-content/uploads/2018/11/... · empat (4) jenis keahlian iaitu: 4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia

13

13

9.10 Pengumuman dan agenda mesyuarat agung khas itu hendaklah

diedarkan oleh setiausaha kepada semua ahli sekurang-

kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk

bermesyuarat.

9.11 Fasal 9.4 dan 9.5 di dalam Undang-undang ini berkenaan kuorum

dan penangguhan mesyuarat agung tahunan boleh digunakan

untuk mesyuarat agung khas, tetapi dengan syarat jika kuorum

tidak mencukupi selepas satu jam dari masa yang telah

ditetapkan bagi mesyuarat agung khas atas permintaan ahli-ahli,

maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan sekurang-

kurangnya 6 bulan daripada tarikh itu mesyuarat agung khas atas

permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh

diadakan.

FASAL 10. JAWATANKUASA

10.1 Jawatankuasa PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA

mengandungi pegawai-pegawai berikut:

a) Seorang Presiden

b) Seorang Timbalan Presiden

c) Seorang Setiausaha

d) Seorang Penolong Setiausaha

e) Seorang Bendahari

f) 5 orang Ahli Jawatankuasa Biasa

Page 14: UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN …budimanmalaysia.com/wp-content/uploads/2018/11/... · empat (4) jenis keahlian iaitu: 4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia

14

14

10.2 Pemilihan Setiausaha dan Penolong Setiausaha dibuat daripada

kalangan ahli Jawatankuasa yang dipilih dalam mesyuarat agung.

10.3 Pemegang-pemegang jawatan PERSATUAN PENULIS

BUDIMAN MALAYSIA serta setiap pegawai yang memikul

tanggungjawab PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA

mestilah warganegara Malaysia.

10.4 Nama-nama untuk jawatan ahli jawatankuasa hendaklah dicadang

dan disokong oleh ahli dalam mesyuarat agung.

10.5 Pemilihan akan dijalankan secara mengundi oleh ahli-ahli dua

tahun sekali di dalam mesyuarat agung tahunan dan semua

pegawai boleh dilantik semula.

10.6 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya

sekali dalam masa 3 bulan dan 14 hari pengumuman bagi tiap-

tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli

jawatankuasa.

10.7 Jika timbul perkara penting yang memerlukan kelulusan

Jawatankuasa sedangkan mesyuarat jawatankuasa tidak dapat

diadakan, Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada

mereka dengan cara mengedar surat pekeliling. Syarat-syarat

berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan sesuatu

perkara diterima;

a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan

dengan terang di dalam surat pekeliling yang dihantar

kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa.

Page 15: UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN …budimanmalaysia.com/wp-content/uploads/2018/11/... · empat (4) jenis keahlian iaitu: 4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia

15

15

b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli

Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau

bantahan mereka kepada cadangan itu; dan

c) Keputusan hendaklah dalam undi terbanyak.

FASAL 11. MESYUARAT JAWATANKUASA

11.1 Mesyuarat pertama Jawatankuasa ini hendaklah diadakan

selewat-lewatnya 4 minggu selepas mesyuarat agung tahunan.

11.2 Kuorum untuk mesyuarat Jawatankuasa ialah tidak kurang

daripada dua per tiga daripada jumlah Ahli Jawatankuasa.

11.3 Mesyuarat Jawatankuasa boleh diadakan;

a) Atas permintaan Presiden.

b) Atas kebijaksanaan Setiausaha setelah berbincang

dengan Presiden.

c) Atas permintaan tidak kurang tiga (3) orang ahli

Jawatankuasa secara bertulis.

11.4 Ahli Jawatankuasa yang gagal menghadiri mesyuarat

Jawatankuasa sebanyak tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan

yang bertulis akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan.

11.5 Jawatankuasa boleh memberi mandat kepada Setiausaha dan

lain-lain pegawai untuk menjalankan urusan PERSATUAN

PENULIS BUDIMAN MALAYSIA, ia berkuasa melantik

Jawatankuasa Kerja jika difikirkan mustahak.

Page 16: UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN …budimanmalaysia.com/wp-content/uploads/2018/11/... · empat (4) jenis keahlian iaitu: 4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia

16

16

11.6 Jika seorang Ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletak

jawatan, maka Jawatankuasa berhak melantik salah seorang

daripada ahli untuk mengisi kekosongan jawatan dan beliau akan

menjalankan tugasnya hingga tarikh mesyuarat agung diadakan.

FASAL 12. KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

12.1 Presiden – dalam masa jawatannya hendaklah:

a) Mempunyai kuasa untuk melantik Setiausaha dan

Penolong Setiausaha dengan sokongan Jawatankuasa.

b) Mempunyai kuasa melantik dua (2) orang Ahli

Jawatankuasa Tambahan jika difikirkan perlu dengan

nasihat Jawatankuasa.

c) Menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung dan

Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas

kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat.

d) Mempunyai undi pemutus atas segala urusan

PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA.

Menandatangani peringatan-peringatan mesyuarat yang

telah diluluskan.

e) Menandatangani semua cek PERSATUAN PENULIS

BUDIMAN MALAYSIA bersama-sama dengan Setiausaha

dan Bendahari serta apa-apa dokumen rasmi

PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA.

Page 17: UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN …budimanmalaysia.com/wp-content/uploads/2018/11/... · empat (4) jenis keahlian iaitu: 4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia

17

17

12.2 Timbalan Presiden akan memangku tugas-tugas Presiden

semasa ketiadaannya.

12.3 Setiausaha hendaklah:

a) Menjalankan kerja-kerja PERSATUAN PENULIS

BUDIMAN MALAYSIA mengikut undang-undang.

b) Menjalankan perintah-perintah mesyuarat agung dan

Mesyuarat Jawatankuasa.

c) Menguruskan hal-hal surat-menyurat dan menyimpan

semua buku, surat dan kertas kecuali buku kira-kira dan

kewangan.

d) Menyimpan Buku Daftar Ahli yang mengandungi butir-butir

seperti nama, alamat, umur, nombor kad pengenalan dan

pekerjaan setiap ahli.

e) Hadir di semua mesyuarat dan membuat catatan.

f) Hendaklah menandatangani semua cek PERSATUAN

PENULIS BUDIMAN MALAYSIA bersama-sama dengan

Presiden dan Bendahari.

g) Menyedia, membeli dan menjaga segala peralatan

pentadbiran dan peralatan karya PERSATUAN PENULIS

BUDIMAN MALAYSIA.

h) Menyediakan Minit Mesyuarat Agung Tahunan dan

Mesyuarat Jawatankuasa dan memastikan ia

ditandatangani oleh Presiden, dan

Page 18: UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN …budimanmalaysia.com/wp-content/uploads/2018/11/... · empat (4) jenis keahlian iaitu: 4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia

18

18

i) Mengirimkan Penyata Tahunan PERSATUAN PENULIS

BUDIMAN MALAYSIA kepada Pendaftar Pertubuhan

dalam masa 28 hari dari tarikh mesyuarat agung tahunan

diadakan seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen

14(1) Akta Pertubuhan 1966.

12.4 Penolong Setiausaha akan memangku tugas-tugas Setiausaha

semasa ketiadaannya.

12.5 Bendahari adalah bertanggungjawab ke atas;

a) Semua hal-hal kewangan PERSATUAN PENULIS

BUDIMAN MALAYSIA;

b) Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua

perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas

kesahihannya;

c) Menandatangani semua cek PERSATUAN PENULIS

BUDIMAN MALAYSIA bersama-sama Presiden dan

Setiausaha;

d) Menyelenggara urusan kewangan PERSATUAN PENULIS

BUDIMAN MALAYSIA, tidak boleh membuat apa-apa

perbelanjaan tanpa kebenaran Jawatankuasa; dan

e) Mengemukakan buku-buku kewangan kepada

Jawatankuasa atau pemeriksa kira-kira jika dikehendaki.

FASAL 13. TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA

Jawatankuasa akan bertanggungjawab perkara-perkara berikut:

Page 19: UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN …budimanmalaysia.com/wp-content/uploads/2018/11/... · empat (4) jenis keahlian iaitu: 4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia

19

19

13.1 Mengelola dan mengatur kegiatan-kegiatan serta program

PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA.

13.2 Membuat keputusan atas perkara mengenai perjalanan

PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA tidak terkeluar dari

dasar asas yang telah ditetapkan dalam mesyuarat agung.

Jawatankuasa seharusnya tidak boleh membuat tindakan yang

bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak

terlebih dahulu berhubung dengannya dan sentiasa patuh kepada

keputusan mesyuarat agung.

13.3 Melantik dan memberikan tugas-tugas tertentu kepada

Jawatankuasa Kecil dari masa ke semasa yang difikirkan perlu.

13.4 Memberi mandat kepada Setiausaha dan lain-lain pegawai

menjalankan utusan PERSATUAN PENULIS BUDIMAN

MALAYSIA yang difikirkan perlu.

13.5 Mengambil tindakan apa-apa cara yang dianggap memuaskan

bagi menyelesaikan semua perselisihan mengikut maksud dan

tafsiran peraturan-peraturan ini dan memutuskan semua perkara

yang tidak diperuntukkan dalam peraturan-peraturan ini.

Keputusan dan penghakiman Jawatankuasa ini adalah

muktamad.

FASAL 14. TATATERTIB

14.1 Di mana tiada peruntukan khas dibuat dalam peraturan dan di

mana apa-apa kelakuan tidak sopan atau perlanggaran peraturan

Page 20: UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN …budimanmalaysia.com/wp-content/uploads/2018/11/... · empat (4) jenis keahlian iaitu: 4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia

20

20

ini atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya telah

berlaku, Jawatankuasa boleh mengambil tindakan apabila

difikirkan perlu, termasuk memecat atau dikeluarkan dari

Jawatankuasa dan juga penggantungan dan amaran.

14.2 Jawatankuasa mempunyai kuasa meminta secara bertulis dari

mana-mana pegawai atau peserta mesyuarat penyiasatan,

seandainya sesiapa yang mungkir menghadiri mesyuarat

penyiasatan tanpa sebab-sebab yang munasabah, ia akan

dianggap tidak memberi kerjasama dan Jawatankuasa berhak

mengambil apa-apa keputusan terhadapnya.

14.3 Mana-mana kumpulan ahli atau ahli gabungan yang tidak berpuas

hati terhadap keputusan Jawatankuasa Penyiasatan bolehlah

membuat rayuan terhadap keputusan itu kepada mesyuarat

Jawatankuasa.

14.4 Rayuan bertulis hendaklah dihantar kepada Setiausaha dalam

masa 14 hari dari tarikh keputusan dibuat.

14.5 Sesiapa pun yang telah mengambil bahagian terdahulu atas

perkara rayuan tersebut tidak berhak mengundi dalam mesyuarat

rayuan.

FASAL 15. KEWANGAN

15.1 Disyaratkan peruntukan-peruntukan yang berikut bagi undang-

undang ini, wang PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA

boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan

Page 21: UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN …budimanmalaysia.com/wp-content/uploads/2018/11/... · empat (4) jenis keahlian iaitu: 4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia

21

21

tujuan-tujuan PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA

termasuklah belanja pentadbiran tetapi walau bagaimana tidaklah

boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhi

hukuman di mahkamah.

15.2 Bendahari bolehlah menyimpan wang runcit tidak lebih daripada

RM100.00 pada sesuatu masa. Wang yang lebih mestilah

dimasukkan ke dalam bank setelah dipersetujui oleh

Jawatankuasa. Kira-kira bank mestilah atas nama PERSATUAN

PENULIS BUDIMAN MALAYSIA.

15.3 Semua cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira

PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA hendaklah

ditandatangani bersama oleh Presiden, Setiausaha dan

Bendahari. PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA boleh

melantik menerusi keputusan Jawatankuasa antara mereka

sebagai pengganti untuk menandatangani cek-cek atau

kenyataan pengeluaran wang PERSATUAN PENULIS BUDIMAN

MALAYSIA.

15.4 Perbelanjaan yang lebih daripada RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia

Tiga Ribu) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak

mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Jawatankuasa dan

perbelanjaan yang lebih daripada RM 5,000.00 (Ringgit Malaysia

Lima Ribu) bagi sesuatu masa tidak boleh tanpa mendapat

mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang

daripada RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu) bagi sesuatu

Page 22: UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN …budimanmalaysia.com/wp-content/uploads/2018/11/... · empat (4) jenis keahlian iaitu: 4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia

22

22

masa boleh diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha atau

Bendahari.

15.5 Penyata dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan bersama-

sama timbangan kira-kira bagi tempoh satu tahun hendaklah

disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-

Kira. Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan

untuk kelulusan mesyuarat agung tahunan yang berikutan.

Salinan-salinannya mestilah dibekalkan untuk ahli di alamat

berdaftar atau di tempat mesyuarat PERSATUAN PENULIS

BUDIMAN MALAYSIA.

15.6 Tahun kewangan PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA

bermula 1hb. Januari dan akhirnya pada 31 Disember tiap-tiap

tahun.

FASAL 16. PEMERIKSA KIRA-KIRA

16.1 Dua orang yang bukannya pegawai-pegawai PERSATUAN

PENULIS BUDIMAN MALAYSIA boleh dilantik dan tahun sekali di

dalam mesyuarat agung sebagai pemeriksa kira-kira. Mereka

akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik

semula.

16.2 Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira

PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA bagi setahun dan

membuat laporan atau pengesahan untuk mesyuarat agung.

Mereka juga berhak memeriksa kira-kira PERSATUAN PENULIS

BUDIMAN MALAYSIA atas kehendak Presiden pada bila-bila

Page 23: UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN …budimanmalaysia.com/wp-content/uploads/2018/11/... · empat (4) jenis keahlian iaitu: 4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia

23

23

masa semasa tempoh jawatan mereka serta membuat laporan

kepada jawatankuasa.

FASAL 17. PEMEGANG AMANAH

17.1 Tiga orang pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun

hendaklah dilantik dalam mesyuarat agung dan mereka akan

berkhidmat selama yang dikehendaki oleh PERSATUAN

PENULIS BUDIMAN MALAYSIA. Mereka akan diamanahkan

semua harta tetap kepunyaan PERSATUAN PENULIS BUDIMAN

MALAYSIA dengan menandatangani surat amanah.

17.2 Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukar

milik harta kepunyaan PERSATUAN PENULIS BUDIMAN

MALAYSIA dengan tidak ada persetujuan atau kuasa yang

diberikan mesyuarat agung tahunan.

17.3 Seseorang pengamanah boleh dilucutkan daripada jawatannya

oleh mesyuarat agung atas sebab keuzuran kerana penyakit,

tidak siuman, tidak berada di dalam negara atau kerana lain

sebab yang mendorong dia tidak boleh menjalankan tugasnya

atau melaksanakan pekerjaan dengan memuaskan. Jika berlaku

kematian, perletakkan jawatan atau pembuangan bagi seseorang

pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhi oleh

pengamanah yang baharu yang dilantik dalam mesyuarat agung.

Page 24: UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN …budimanmalaysia.com/wp-content/uploads/2018/11/... · empat (4) jenis keahlian iaitu: 4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia

24

24

FASAL 18. TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

18.1 Di antara mesyuarat-mesyuarat agung, jawatankuasa boleh

memberikan tafsiran kepada Undang-undang ini dan bila

mustahak memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di

dalam undang-undang ini.

18.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras

dengan dasar yang telah ditetapkan di atas mesyuarat agung,

keputusan jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika

tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.

FASAL 19. PENASIHAT/PENAUNG

Jawatankuasa PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA boleh jika

difikirkan perlu melantik orang-orang yang berkelayakan untuk menjadi

penasihat/penaung bagi PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA.

FASAL 20. LARANGAN

20.1 Terlibat dengan semua permainan yang bercanggah dengan

undang-undang negara, ajaran Islam dan moral.

20.2 PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA tidak boleh cuba

atau melibat atau mengganggu atau dengan apa cara sekali pun

terlibat dengan Kesatuan Pekerja seperti yang diterangkan dalam

Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Page 25: UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN …budimanmalaysia.com/wp-content/uploads/2018/11/... · empat (4) jenis keahlian iaitu: 4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia

25

25

20.3 Faedah-faedah seperti yang diterangkan di bawah seksyen 2 akta

Pertubuhan 1966 tidak boleh diberi oleh PERSATUAN PENULIS

BUDIMAN MALAYSIA kepada mana-mana ahli PERSATUAN

PENULIS BUDIMAN MALAYSIA.

20.4 Ahli-ahli yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam

penyalahgunaan dadah tidak diterima menjadi ahli.

20.5 Seorang pelajar sekolah tidak boleh menjadi ahli PERSATUAN

PENULIS BUDIMAN MALAYSIA kecuali ia telah dibenarkan

terlebih dahulu oleh Pengetua Sekolah tempat ia belajar.

FASAL 21. PINDAAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang ini tidak boleh dipinda atau diubah kecuali dengan

keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau

pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar

Pertubuhan dalam masa 28 hari dari tarikh keputusan membuat

perubahan dan pindaan dan ia hanya boleh dijalankan kuat kuasanya

mulai tarikh perubahan dan pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar

Pertubuhan.

FASAL 22. PEMBUBARAN

22.1 PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA boleh dibubarkan

secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada ½

jumlah ahli-ahli yang berhak mengundi.

Page 26: UNDANG-UNDANG TUBUH PERSATUAN PENULIS BUDIMAN …budimanmalaysia.com/wp-content/uploads/2018/11/... · empat (4) jenis keahlian iaitu: 4.1 AHLI BIASA – seorang warganegara Malaysia

26

26

22.2 Sekiranya PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA hendak

dibubarkan secara yang disebutkan di atas maka segala hutang

dan tanggungan PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA

yang sah mengikut undang-undang hendaklah diselesaikan

mengikut cara yang dipersetujui oleh mesyuarat agung.

22.3 Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah

disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam masa 14 hari

dari tarikh pembubaran itu.

Tandatangan: Tandatangan:

Nama: ABDUL HALIM BIN ALI Nama: HASRINA BT BAHARUM

Jawatan: Presiden Jawatan: Setiausaha