undang2 syarikat 1

21
1 Tajuk Sejauhmana Tabir Korporat disingkap di bawah Undang-undang Syarikat di Malaysia ? Musbri Mohamed DIL; ADIL ( ITM ) MBL ( UKM ) Universiti Kebangsaan Malaysia Fakulti Undang-undang Program PHD Undang-undang P58462

description

business law in Malaysia

Transcript of undang2 syarikat 1

Page 1: undang2 syarikat 1

1

Tajuk

Sejauhmana Tabir Korporat disingkap di bawah Undang-undang Syarikat di Malaysia ?

Musbri MohamedDIL; ADIL ( ITM )MBL ( UKM )

Universiti Kebangsaan MalaysiaFakulti Undang-undangProgram PHD Undang-undangP58462

Page 2: undang2 syarikat 1

2

Nota Penulis

Penulis sedang menyiapkan PHD undang-undang dalam bidang korporat .

Pandangan penulis di lembaran scribd ini agak ringkas dan pembaca perlulah merujuk kepada lain-lain bahan yang lebih terperinci bagi memperolehi kebaikannya secara optima dan semuga ianya menjadi amalan yang ikhlas di dunia yang membawa kebaikan di akhirat.

Musbri Mohamed

Disember 2010

Page 3: undang2 syarikat 1

3

Tujuan kertas ini adalah untuk mengkaji secara ringkas sejauh manakah pihak Mahkamah di Malaysia bersedia menyingkap tabir korporat atau prinsip entiti undang-undang yang berasingan.

Page 4: undang2 syarikat 1

4

Kes yang telah mengiktirafkan prinsip entiti undang-undang yang berasingan ini ialah Salomon v. Salomon Co. Ltd. Dalam kes ini House of Lords telah memutuskan bahawa pemerbadanan sesebuah syarikat itu sebenarnya akan mewujudkan seorang baru (mempunyai personaliti tersendiri), walaupun tidak bernyawa tetapi mempunyai hak-hak dan tertakluk kepada kewajipan-kewajipan tertentu. Ini bermakna walaupun syarikat diurus sepenuhnya oleh Solomon, tetapi syarikat dan Salomon adalah dua entiti yang berasingan.

Page 5: undang2 syarikat 1

5

Kes Solomon ini telah juga digunapakai oleh Mahkamah di Malaysia dalam kes-kes di bawah :-

Di dalam kes Goh Hooi Yin v Lim Teong Ghee , di mana Arulanandom J held that it was incumbent for Malaysian courts to comply with the doctrine as enunciated by the English courts unless there are compelling reasons not to do so.

Manakala di dalam kes Abdul Aziz bin Atan & Ors v Ladang Rengo Malay Estate Sdn Bhd , it was held that transfer of ownership of the shareholders does not entail a change in the entity of the company.

Dan di dalam kes Perman Sdn Bhd & Ors v European Commodities Sdn Bhd & Anor , Gopal Sri Ram JCA held that a company is a separate person from the shareholders. The shareholders have no interest, legal or beneficial over the property of the company.

Page 6: undang2 syarikat 1

6

Kegagalan memahami konsep entiti undang-undang yang berasingan akan menyukarkan seseorang itu untuk memahami isu-isu konsep yang lain yang terdapat di dalam undang-undang syarikat.

Keujudan entiti undang-undang yang berasingan adalah merupakan jantung kepada undang-undang syarikat dan ianya saling berkait rapat dengan isu-isu lain dalam syarikat antaranya rukun dalam kes Foss v Harbottle mengenai hak minoriti yang merupakan rujukan untuk kes entiti undang-undang yang berasingan ; dan kes Multinational Gas & Petrochemical Co. v Multinational Gas & Petrochemical Services Ltd mengenai syarikat multinasional adalah merupakan lanjutan kepada isu entiti undang-undang yang berasingan.

Page 7: undang2 syarikat 1

7

Ringkasnya, Seksyen 16(5) ini menghuraikan kesan pemerbadanan seperti berikut:

i. syarikat mempunyai kuasa untuk berfungsi sebagai sebuah syarikat yang diperbadankan.ii. syarikat bolah mendakwa dan didakwa di atas namanya sendiri Foss v. Harbottle

iii. syarikat mempunyai perwarisan kekal. Re Noel Tedman Holdings Pty Ltd iv. syarikat boleh memiliki tanah atas namanya; Re Application by Yee Yut Ee ; danv. tanggungan ahli-ahli boleh dihadkan.

Page 8: undang2 syarikat 1

8

Sifat-sifat di atas akan mewujudkan keperibadian korporat yang tersendiri dan berasingan dari ahli-ahli sesebuah syarikat itu. Prinsip ini sebenarnya meletakkan satu tabir di hadapan orang-orang sebenar yang mengawal syarikat itu dan biasanya undang-undang keberatan untuk menyingkap tabir tersebut.

Terdapat pihak-pihak yang tertentu yang berselindung di sebalik prinsip ini untuk menjalankan perniagaan atau aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang, tetapi menggunakan nama syarikat. Mereka beranggapan apabila aktiviti mereka dikesan dan dihadapkan ke Mahkamah, mereka tidak akan di pertanggungjawabkan atas nama mereka, sebaliknya syarikat yang akan menjadi mangsa atau kambing hitam.

Page 9: undang2 syarikat 1

9

Prinsip menyingkap tabir korporat wujud akibat daripada kelemahan dalam prinsip entiti undang-undang barasingan ini.

Prinsip ini merupakan pengecualian kepada ciri-ciri istimewa sesebuah syarikat iaitu ianya mempunyai keperibadian yang tersendiri atau berasingan daripada ahli-ahli syarikat tersebut. Dalam keadaan ini undang-undang akan menganggap syarikat dan ahli-ahli syarikat sebagai satu entiti yang sama. Tujuannya adalah supaya tidak ada pihak-pihak yang akan mengambil kesempatan ke atas pemerbadanan syarikat untuk tujuan tujuan yang menyalahi undang-undang.

Page 10: undang2 syarikat 1

10

Keadaan di mana prinsip menyingkap tabir korporatterpakai boleh diklasifikasikan kepada duakekecualian iaitu:

1. Kekecualian statut; dan

2. Kekecualian kehakiman

Page 11: undang2 syarikat 1

11

Kekecualian Statut

Oleh kerana syarikat di tubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965, maka Akta ini jugalah yang berhak untuk menentukan keadaan di bawah statut yang membolehkan tabir korporat disingkap. Mahkamah akan mengenepikan personaliti undang-undang berasingan dalam keadaan-keadaan berikut:

Seksyen 36 Akta Syarikat, 1965 memperuntukan:

Jika pada bila-bila masa ahli bagi ahli-ahli sebuah syarikat (selain daripada syarikat yang mana semua syer-syer terbitan adalah dipegang oleh syarikat induk) dikurangkan ke bawah dari dua dan ia menjalankan perniagaan lebih dari enam bulan tatkala ahli dikurangkan sedemikian itu, seseorang yang menjadi ahli syarikat dalam masa ia menjalankan perniagaan dengan kurang daripada dua ahli, adalah bertanggungjawab bagi pembayaran perniagaan selepas tempoh enam bulan itu dan boleh didakwa terhadapnya, dan bahawa syarikat dan ahli itu adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini jika syarikat menjalankan perniagaan sedemikian selepas enam bulan ini.

Page 12: undang2 syarikat 1

12

Kekecualian statut yang kedua ialah berkenaan dengan penyiaran nama syarikat. Seksyen 121 memperuntukan bahawa jika seseorang pegawai syarikat yang menandatangani, mengeluar atau memberi kuasa untuk mengeluarkan atau menandatangani bagi pihak syarikat sebarang instrumen boleh niaga, surat janji hutang atau pesanan atau pengesahan atasnya di mana nama syarikat tidak tercatit, maka beliau adalah bertanggungan kepada pemegang dokumen atau pesanan tersebut untuk jumlah yang kena dibayar baginya melainkan telah dibayar oleh syarikat.

Seksyen 304(1) pula menyentuh tentang tanggungan untuk perdagangan frod. Jika sesebuah syarikat menjalankan perniagaan dengan tujuan untuk menipu pemiutang syarikat, atau pemiutang mana-mana orang lain atau untuk tujuan frod yang lain, maka Mahkamah boleh mengistiharkan bahawa sesiapa yang diketahui terlibat menjalankan perniagaan cara sedemikian, bertanggungjawab secara persendirian untuk hutang-hutang atau tanggungan syarikat tersebut tanpa had.

Page 13: undang2 syarikat 1

13

Kekecualian seterusnya ialah di bawah s. 365(2) berkenaan dengan pembayaran dividen. Menurut s. 365(l), tiada dividen boleh dibayar kepada pemegang-pemegang syer mana-mana syarikat kecuali dari keuntungan syarikat atau menurut s. 60. Setiap pengarah atau pengurus syarikat yang sengaja membayar atau membenarkan supaya dibayar dividen dan sesuatu yang diketahuinya bukan keuntungan, hendaklah bertanggungan kepada pemiutang pemiutang syarikat untuk amaun yang belum dibayar oleh syarikat kepada mereka setakat dengan mana dividen yang dibayar melebihi dari keuntungan syarikat.

Di bawah kekecualian statut, pendirian Mahkamah adalah jelas. Mahkamah biasanya bersedia untuk menyingkap tabir korporat dalam keadaan yang menyentuh tentang peruntukan tanggungan hutang oleh syarikat yang mana jika prinsip personaliti undang-undang berasingan diaplikasikan secara ketat, mereka yang terlibat ini tidak akan bertanggungan terhadap pemiutang-pemiutang syarikat secara persendirian.

Page 14: undang2 syarikat 1

14

Kekecualian Kehakiman

Tiada Mahkamah yang sanggup membantu suatu rancangan yang bertujuan untuk menipu. Jika sesebuah syarikat itu diperbadankan hanya sebagai satu helah untuk mengelak tanggungan kontrak seseorang itu, maka Mahkamah tidak akan membutakan dirinya dari melihat kenyataan. Prinsip ini telah dipakai dalam kes Gilford Motor Co. Ltd v Horne yang mana telah diulang dalam kes Jones v. Lipman . Dalam kes kedua ini defendan yang pada mulanya telah bersetuju untuk menjual tanahnya kepada plaintif, telah kemudiannya menubuhkan syarikatnya sendiri lalu memindahkan tanah itu kepada syarikat tersebut. Walaupun defendan kemudiannya menawarkan gantirugi kerana mungkir kontrak, tetapi plaintif menuntut perlaksaan spesifik. Russell J mengatakan bahawa "the company was the creature of the defendant, a device and a sham, a mask which he holds before his face in an attempt to avoid the eye of equity".Dengan ini Mahkamah mengarahkan defendan dan syarikat tersebut melaksanakan kontrak untuk penjualan tanah tersebut.

Page 15: undang2 syarikat 1

15

Mahkamah juga bersedia menyingkap tabir korporat bilamana syarikat bertindak sebagai ejen kepada seseorang di mana syarikat ini digunakan untuk melindungi ego pihak atau orang yang sebenarnya mengawal syarikat. Dalam keadaan ini prinsipal akan bertanggungjawab ke atas tindakan yang telah dilakukan oleh ejennya sepertimana prinsip ejensi yang biasa. Keadaan ini boleh di jelaskan dalam kes Cheong Kim Ko v Kim Bin Realty (Pte) Ltd. & Cheong Kim Ko v. Kim Bin Realty (Pte) .

Page 16: undang2 syarikat 1

16

Bagi syarikat-syarikat yang mempunyai perkaitan antara satu sama lain pula, undang-undang akan menganggap setiap syarikat di dalam sesuatu kumpulan itu sebagai suatu entiti yang berasingan antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, dalam situasi-situasi tertentu Mahkamah di England dan juga di Malaysia bersedia untuk menyingkap tabir korporat dan menganggap kumpulan syarikat tersebut sebagai satu entiti yang sama. Kes DHN Food Distributors Ltd. v Tower Hamlets London Borough Council adalah berkenaan dengan sekumpulan syarikat yang menjalankan perniagaan runcit.

Page 17: undang2 syarikat 1

17

Mahkamah-Mahkamah di Malaysia pula nampaknya lebih bersedia untuk menyingkap tabir korporat dalam kes-kes yang melibatkan kumpulan syarikat yang mempunyai perkaitan antara satu sama lain jika dibandingkan daripada Mahkamah-Mahkamah di Australia dan New Zealand.

Ini dapat dilihat di dalam kes Hotel Jaya Puri Bhd. v National Union of Hotel, Bar & Restaurant Workers di mana Mahkamah Tinggi Malaysia memutuskan bahawa Jaya Puri Chinese Garden Restaurant Sdn. Bhd. iaitu subsidiari kepada Hotel Jayapuri Bhd, secara teknikalnya adalah entiti yang berbeza dan berasingan daripada Hotel tersebut, namun begitu Mahkamah menganggap bahawa pekerja-pekerja restoran tersebut sebagai pekerja yang bekerja dengan Hotel tersebut.

Page 18: undang2 syarikat 1

18

Sekiranya sesebuah syarikat ditubuhkan hanya sebagai suatu muslihat untuk menyembunyikan keadaan atau fakta sebenar, Mahkamah juga tidak keberatan untuk menyingkap tabir korporat.

Dalam kes Re FG (Films) Ltd. isu yang dipertikaikan ialah samada filem yang berjudul "Monsoon" boleh didaftarkan sebagai filem keluaran British di bawah Cinematograph Films Act sedangkan pegangan saham dan individu yang memainkan peranan di dalam syarikat ini ialah orang Amerika? Mahkamah menegakkan keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pendaftaran Filem British yang enggan mendaftar filem tersebut. Mahkamah berpendapat syarikat itu ditubuhkan hanya untuk menyembunyikan perkara yang sebenarnya sedangkan pada kenyataannya syarikat tersebut dikawal oleh orang Amerika tersebut. Oleh itu filem ini tidak layak untuk didaftarkan sebagai filem keluaran British.

Page 19: undang2 syarikat 1

19

Sejauh manakah Mahkamah bersedia untuk menyingkap tabir korporat? Prinsip keperibadian korporat yang tersendiri dan berasingan dari ahli-ahli syarikat adalah ciri-ciri istimewa sesebuah syarikat.

Walter Woon di dalam bukunya "Company Law" menyebut, "the situations in which the veil may be lifted are exceptional. In general, the Courts will respect the company's modesty and decline to lift the veil" .

Walau bagaimanapun Mahkamah boleh di dalam keadaan-keadaan kekecualian menyingkap tabir korporat. Di sini, kaedah dan pendekatan yang digunakan oleh Mahkamah untuk menegak keadilan adalah tidak terhad mahupun seragam.

Page 20: undang2 syarikat 1

20

Di dalam kes Aspatra Sdn Bhd & Ors v Bank Bumiputra Malaysia Bhd & Anor

Mohd Azmi SCJ menyatakan :-

“The generality of the judicial power already vested in the Superior Courts by the supreme law of the land is unlimited, and for the purpose of achieving justice, the power of the courts to do what is just under any law requires no special legislation.”

Page 21: undang2 syarikat 1

21

Dalam membicarakan tentang kekecualian statut mengatakan bahawa persoalan yang perlu dijawab ialah samada peruntukan berkenaan di dalam Akta Syarikat bermaksud untuk menganggap syarikat sebagai tersendiri dan berasingan dari ahli-ahli syarikat tersebut. Jika Mahkamah berpendapat peruntukan berkenaan tidak bermaksud demikian, maka syarikat dan ahli boleh dianggap sebagai satu entiti yang sama.

Mahkamah juga menggunakan pendekatan yang lebih pragmatik di bawah kekecualian kehakiman. Mahkamah lebih mengutamakan keadilan dari cuba untuk mengembangkan satu doktrin yang seragam dan menyeluruh dalam menyingkap tabir korporat.

Terima kasih.

Musbri Mohamed