Undanng2222222222222222

7
Pengggubalan Sesuatu Undang-undang Di Malaysia SISTEM PENTADBIRAN NEGARA PROSES PENGGUBALAN SESUATU UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA DARIPADA AWAL DILULUSKAN OLEH PARLIMEN. 1.0 PENGENALAN 1.1 DEFINISI UNDANG-UNDANG Ahli-ahli falsafah undang-undang seperti Aristolte, JJ Rousseau dan Finnis mendefinasikan undang-undang adalah suatu peraturan-peraturan yang membolehkan dan menegah sesuatu kelakuan atau tindakan. Undang-undang diadakan oleh pihak berkuasa untuk melindungi masyarakat supaya mereka hidup secara aman. Pihak berkuasa berhak mengeluarkan arahan- arahan dan membuat undang-undang baru untuk kebaikan awam. Undang-undang mestilah untuk kebaikan awam iaitu mewujudkan ketenteraman awam, kesihatan awam, kelakuan moral dan keadilan semulajadi. Austin, Kelsen, Bentham dan Hart pula mendefinasikan bahawa udang-undang adalah peraturan- peraturan yang diadakan oleh pihak pemerintah dan jika pelanggaran undang-undang berlaku, maka pihak pemerintah boleh mengenakan hukuman. Ciri-ciri utama undang-undang ialah kuasa pemerintah untuk membuat undang-undang, ketaatan masyarakat terhadap undang-undang dan kesahihan undang-undang itu. Undang-undang bermaksud apa-apa yang telah digubalkan atau ditentukan oleh sesuatu pihak berkuasa dan apa-apa yang dihasilkan mempunyai kekesanan undang-undang. Undang-undang adalah peraturan-peraturan mengenai kelakuan yang mesti dipatuhi oleh semua rakyat dan tertakluk kepada hukuman atau tindakan undang-undang. 1.2 FUNGSI UNDANG-UNDANG Undang-undang diadakan untuk mengawal dan mengatur kehidupan masyarakat serta membendung kezaliman. Contohnya seperti undang-undang jenayah mengenalpasti kelakuan yang tidak diredai oleh masyarakat seperti mencuri, mencederakan orang, merompak atau

Transcript of Undanng2222222222222222

Page 1: Undanng2222222222222222

Pengggubalan Sesuatu Undang-undang Di Malaysia SISTEM PENTADBIRAN NEGARA

PROSES PENGGUBALAN SESUATU UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA DARIPADA AWAL DILULUSKAN OLEH PARLIMEN.

1.0 PENGENALAN 1.1 DEFINISI UNDANG-UNDANG Ahli-ahli falsafah undang-undang seperti Aristolte, JJ Rousseau dan Finnis mendefinasikan undang-undang adalah suatu peraturan-peraturan yang membolehkan dan menegah sesuatu

kelakuan atau tindakan. Undang-undang diadakan oleh pihak berkuasa untuk melindungi masyarakat supaya mereka hidup secara aman. Pihak berkuasa berhak mengeluarkan arahan -arahan dan membuat undang-undang baru untuk kebaikan awam. Undang-undang mestilah untuk kebaikan awam iaitu mewujudkan ketenteraman awam, kesihatan awam, kelakuan moral dan keadilan semulajadi. Austin, Kelsen, Bentham dan Hart pula mendefinasikan bahawa udang-undang adalah peraturan-peraturan yang diadakan oleh pihak pemerintah dan jika pelanggaran undang-undang berlaku,

maka pihak pemerintah boleh mengenakan hukuman. Ciri-ciri utama undang-undang ialah kuasa pemerintah untuk membuat undang-undang, ketaatan masyarakat terhadap undang-undang dan kesahihan undang-undang itu. Undang-undang bermaksud apa-apa yang telah digubalkan atau ditentukan oleh sesuatu pihak

berkuasa dan apa-apa yang dihasilkan mempunyai kekesanan undang-undang. Undang-undang adalah peraturan-peraturan mengenai kelakuan yang mesti dipatuhi oleh semua rakyat dan tertakluk kepada hukuman atau tindakan undang-undang. 1.2 FUNGSI UNDANG-UNDANG

Undang-undang diadakan untuk mengawal dan mengatur kehidupan masyarakat serta membendung kezaliman. Contohnya seperti undang-undang jenayah mengenalpasti kelakuan yang tidak diredai oleh masyarakat seperti mencuri, mencederakan orang, merompak atau

Page 2: Undanng2222222222222222

membunuh. Perbuatan-perbuatan seperti di atas akan dihukum mengikut undang-undang

jenayah seperti hukuman denda, penjara, sebat atau hukum mati. Undang-undang juga diwujudkan untuk menjaga hak-hak dan kewajipan. Contohnya seperti hak isteri menerima nafkah dari suaminya atau seorang anak mendapat nafkah daripada ibubapanya. Sekiranya perkara ini gagal dilakukan, si suami atau bapa akan diperintahkan oleh mahkamah untuk melaksanakan kewajipannya. Undang-undang berfungsi mewujudkan satu sistem kehidupan dalam sesuatu masyarakat.

Contohnya di negara-negara Islam, undang-undang syariah digunakan di mana adalah berbeza dari undang-undang sivil. Undang-undang juga bertujuan mengujudkan keadilan. Di bawah undang-undang perlembagaan konsep hak-hak asasi dan kesamarataan diamalkan. Contohnya di Malaysia semua warganegara berhak mengamal agama masing-masing. Undang-undang jenayah yang sama akan digunakan atas semua rakyat tidak kira agama, kaum atau keturunan.

1.3 KLASIFIKASI UNDANG-UNDANG Undang-undang diklasifikasikan seperti :

1.3.1 Undang-undang Awam atau Persendirian Undang-undang awam adalah undang-undang mengenai hubungan antara kerajaan dan individu. Undang-undang awam meliput undang-undang jenayah, undang-undang pentadbiran, undang-undang perlembagaan. Undang-undang jenayah adalah menyenaraikan kelakuan-kelakuan yang disifatkan sebagai kesalahan oleh sesebuah negara dan seseorang yang disabitkan kesalahan oleh pihak mahkamah akan dihukum mengikut undang-undang negara tersebut.

Undang-undang persedirian adalah undang-undang mengenai hubungan hak dan kewajipan antara individu seperti undang-undang kontrak, tort, undang-undang perbankan, undang-undang keluarga, undang-undang wasiat dan sebagainya. 1.3.2 Undang-undang Negara atau Antarabangsa

Undang-undang jenis ini diwujudkan untuk kedamaian dalam negara seperti undang-undang pentadbiran, tanah atau imigresen.

Page 3: Undanng2222222222222222

Negara kita Malaysia adalah anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mewujudkan satu

persefahaman di antara anggota-anggotanya melalui perjanjian-perjanjian. Antara undang-undang antarabangsa yang telah dipersetujui adalah mengenai penggunaan laluan antarabangsa, penggunaan satelit di angkasa lepas dan hak asasi manusia. Mahkamah keadilan antarabangsa ditubuhkan di Eropah untuk mendengar kes-kes mengenai hak-hak asasi manusia. 1.3.3 Undang-undang Sivi dan Jenayah

Undang-undag sivil adalah mengenai hubungan dan urusan antara individu. Udang-undang sivil merangkumi undang-undang kontrak, tort, tanah, keluarga, syarikat dan sebagainya. Undang-undang jenayah adalah hubungan antara kerajaan dengan individ. Tujuannya adalah menghukum pesalah-pesalah yang melakukan perbuatan yang tidak diredai oleh masyarakat.

Contohnya Akta Dadah Merbahaya, Akta Keselamatan Dalam Negari, Akta Senjata Api dan sebagainya. 1.3.4 Undang-undang Ciptaan manusia atau Tuhan. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, undang-undang digubal oleh Perlimen atau badan yang

diberi kuasa oleh undang-undang dan ini adalah undang-undang yang dicipta oleh manusia. Undang-undang ini sering dipinda dari masa ke semasa untuk disesuaikan dengan kehendak masyarakat dan negara. Undang-undang Islam adalah undang Tuhan. Undang-undang ini tidak boleh dipinda tetapi pelbagai tafsiran telah dibuat oleh para ulama dan diterima oleh penganut -penganut agama Islam. Undang-undang Islam meliputi perkara seperti undang-undang jenayah, keluarga, pentadbiran, tanah dan juga antarabangsa.

1.3.5 Undang-undang Substantif atau Prosedur Undang-undang substantif adalah undang-undang yang menjelaskan hak dan kewajipan individu di dalam sesuatu perkara.

Undang-undang prosidur adalah mengenai acara bagaimana melakukan sesuatu. Contohnya kontrak atau perjanjian antara dua pihak yang memberi persetujuan mengenai sesuatu secara bertulis. Kegagalan menyempurnakan perkara-perkara yang dipersetujui boleh menyebabkan kontrak itu tidak sah disisi undang-undang.

Page 4: Undanng2222222222222222

Sumber Undang-undang Malaysia Sumber Undang-undang Tidak Bertulis Bertulis

1. Undang-undang Islam 2. Undang-undang Inggeris. 3. Undang-undang Adat 4. Keputusan Mahkamah

1.1 Undang-undang islam

Al-quran

Hadis Qias Ijma' Ulamak

2.1 Undang-undang Inggeris

Seksyen 3 - Akta Undang-Sivil 1956 Seksyen 5 Akta Undang-Sivil 1956

3.1 Undang-undang Adat

Adat Temenggung Adat Perpatih

Adat Hindu & Cina Adat Bumiputera

4.1 Keputusan Mahkamah Sumber Undang-undang Bertulis Bertulis

1. Undang-undang Perundangan dan Perundangan Kecil 2. Perlembagaan

2.0 PROSES PENGGUBALAN

Proses penggubalan sesuatu undang-undang di Malaysia adalah mengikut cara-cara dan peraturan tertentu seperti yang ditetapkan dalam Bab 5 Acara Perundangan Perlembagaan Persekutuan.

Page 5: Undanng2222222222222222

Permulaan Penggubalan Undang-undang adalah dengan perangkaan dasar-dasar yang berkaitan dengan sesuatu rang undang-undang yang hendak dibentangkan di Parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dalam membuat rangka dasar rang undang-undang, Menteri atau pihak Kementerian berkenaan perlu berunding dengan Jabatan Peguam Negara, Perbendaharaan atau Kementerian-Kementerian lain yang ada kaitan dengan rang undang-undang berkenaan. Setelah dipersetujui oleh semua pihak yang terbabit tadi, satu draf rang undang -undang perlu

disediakan. Draf ini disediakan oleh Jabatan Peguam Negara dan dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk mendapat kelulusan badan tersebut. Setelah diluluskan oleh Jemaah Menteri, notis pemberitahuan akan dihantar oleh Menteri berkenaan kepada kedua-dua Setiausaha Majlis Parlimen. Rang undang-undang tersebut akan dicetak oleh Jabatan Percetakan Negara untuk diedarkan kepada semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Akhir sekali, rang undang-undang ini akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi mendapat kelulusan kedua-dua Majlis Parlimen tersebut. Di dalam tiap-tiap dewan

yang disebutkan tadi rang undang-undang tersebut akan dibaca untuk kali pertama, kedua dan ketiga sebelum diluluskan. 2.1 Pertingkat Bacaan Dewan Rakyat

Peringkat bacaan Dewan Rakyat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu peringkat bacaan pertama, peringkat bacaan kedua dan peringkat bacaan ketiga. Di dalam peringkat bacaan pertama, Menteri yang terlibat dalam pembikinan draf akan mengemukakan rang undang -undang kepada semua ahli Dewan. Menteri berkenaan akan memberitahu Dewan mengenai masa untuk bacaan kedua dan ketiga sebelum diluluskan. Pada bacaan kali kedua rang undang-undang yang telah dibentangkan dahulu akan dibahaskan

secara mendalam oleh ahli Dewan. Ahli-ahli Dewan akan menimbangkan semula semua aspek kebaikan, keburukan, kesan dan pengaruhnya terhadap negara dan rakyat. Menteri yang terlibat dalam mengemukakan draf undang-undang berkenaan akan bertanggungjawab dalam memberi jawapan dan kemusykilan oleh ahli-ahli Dewan. Rang undang-undang tersebutnya kemudiannya akan dibincangkan di peringkat jawatankuasa. Apabila rang undang-undang selesai dibahaskan dan mendapat persetujuan Dewan Rakyat pada kali kedua, ia akan dibawa ke peringkat Jawatankuasa. Diperingkat ini, penelitian terperinci ke atas setiap fasal mengikut susunannya akan dilakukan. Pihak Jawatankuasa ini juga berupaya

dan mempunyai hak untuk membuat pindaan ke atas rang undang-undang tersebut jika perlu. Peringkat terakhir, iaitu bacaan kali ketiga akan dijalankan ke atas rang undang -undang yang

Page 6: Undanng2222222222222222

telah diluluskan oleh pihak Jawatankuasa. Dalam peringkat ini, rang undang-undang tersebut

akan dikemukan semula oleh Menteri berkenaan kepada Dewan Rakyat untuk mendapat kelulusan Dewan Rakyat. Setelah diluluskan, rang undang-undang tersebut akan di bawa ke Dewan Negara untuk dibentangkan, dibahaskan dan diluluskan. 2.1 Peringkat Bacaan Dewan Negara

Pada peringkat bacaan Dewan Negara, rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat akan mengalami proses pembacaan kali pertama, kedua dan ketiga sepertimana yang berlaku di Dewan Rakyat sebelum diluluskan oleh pihak ahli Dewan Negara. Pada peringkat bacaan kali pertama di Dewan Negara, rang undang-undang tersebut akan dibentangkan oleh Menteri yang berkenaan kepada semua ahli Dewan. Penbacaan ini dilakukan untuk diperdengarkan kepada ahli Dewan Negara yang akan kembali bersidang pada pembacaan yang kedua dan ketiga yang akan ditetapkan tarikhnya oleh pihak Dewan.

Pembacaan kali kedua akan membahaskan rang undang-undang tersebut secara mendalam oleh pihak Dewan Negara. Setelah diteliti segala aspek kebaikan dan keburukan serta kesan dan pengaruhnya ke atas negara dan rakyat, barulah rang undang-undang tersebut di bawa ke peringkat Jawatankuasa untuk diteliti secara terperinci. Pada peringkat ini penggubalan rang undang-undang akan mengambil masa yang panjang, ini bergantung kepada persetujuan ahli Dewan ke atas rang undang-undang yang dibahaskan. Soalan dan kemusykilan oleh ahli Dewan Negara perlu diberi jawapan dan penjelasan oleh pihak yang merangka dasar-dasar rang

undang-undang tersebut. Pada peringkat Jawatankuasa penelitian yang terperinci dibuat ke atas setiap fasal rang undang -undang tersebut. Jawatankuasa juga berhak membuat pindaan ke atas rang undang -undang tersebut jika difikirkan perlu. Pihak Jawatankuasa juga perlu mendapat persetujuan semua ahli Jawatankuasa sebelum meminda rang undang-undang tersebut.

Pada peringkat bacaan kali ketiga, rang undang-undang tersebut akan dikemukan semula kepada ahli Dewan Negara untuk mendapatkan kelulusan. Pada peringkat ini rang undang-undang tersebut telah melalui proses penggubalan yang terperinci di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Apabila rang undang-undang tersebut mendapat kelulusan daripada Dewan Negara, rang undang-undang tersebut perlulah dipersembahkan kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk mendapat persetujuan Baginda dan

diperkenankan untuk dijadikan undang-undang. Daripada proses yang dihuraikan di atas nyata bahawa sesuatu proses penggubalan undang-

Page 7: Undanng2222222222222222

undang itu dilakukan secara terperinci, adil dan saksama. Perbahasan dan perbincangan serta

kesimpulan yang dilakukan menjamin rang undang-undang yang digubal memenuhi tuntutan hak semua warganegara di negara ini.