Unesco

4
UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB, bahasa Inggeris : UN Educational, Scientific and Cultural Organization) ialah sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan pada tahun 1945. Tujuan penubuhannya adalah untuk menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan dengan mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui bidang pendidikan , sains dan kebudayaan . Secara keseluruhannya, sebanyak 191 buah negara telah menyertai UNESCO. Organisasi ini berpusat di Paris , dengan lebih 50 pejabat setempat dan beberapa institusi diseluruh dunia. Lima program utama UNESCO adalah: pendidikan, sains semula jadi, sains manusia dan sosial, kebudayaan, dan komunikasi dan maklumat. Projek yang menerima penajaan UNESCO termasuklan kemahiran menulis dan membaca, teknikal, dan program latihan kepada guru-guru; program sains antarabangsa; promosi kebebasan bersuara dan media yang bebas; projek sejarah kebudayaan setempat, promosi kepelbagaian budaya didunia; perjanjian kerjasama antarabangsa untuk kebudayaan dunia dan warisan semulajadi dan untuk memelihara hak asasi manusia ; dan percubaan untuk menyatukan rangkaian antarabangsa. Struktur Tiga badan mempunyai tanggungjawab dalam membuat polisi, pentadbiran utama, dan pentadbiran harian di UNESCO: Persidangan Agung Lembaga Eksekutif Sekretariat Persidangan Agung ialah suatu perjumpaan negara-negara anggota yang mana setiap negara mempunyai satu undi. Mesyuarat diadakan sebanyak sekali setiap dua tahun. Semasa mesyuarat itu ia menetapkan polisi umum dan program-program untuk dianjurkan. Lembaga Eksekutif mempunyai seramai 58 orang ahli. Mereka ini dilantik oleh Persidangan Agung untuk berkhidmat selama dalam tempoh empat tahun. Lembaga Eksekutif menyediakan sesi untuk Persidangan Agung bersidang dan ia

description

ELM

Transcript of Unesco

UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB, bahasa Inggeris: UN Educational, Scientific and Cultural Organization) ialah sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan pada tahun 1945. Tujuan penubuhannya adalah untuk menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan dengan mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.Secara keseluruhannya, sebanyak 191 buah negara telah menyertai UNESCO. Organisasi ini berpusat di Paris, dengan lebih 50 pejabat setempat dan beberapa institusi diseluruh dunia. Lima program utama UNESCO adalah: pendidikan, sains semula jadi, sains manusia dan sosial, kebudayaan, dan komunikasi dan maklumat. Projek yang menerima penajaan UNESCO termasuklan kemahiran menulis dan membaca, teknikal, dan program latihan kepada guru-guru; program sains antarabangsa; promosi kebebasan bersuara dan media yang bebas; projek sejarah kebudayaan setempat, promosi kepelbagaian budaya didunia; perjanjian kerjasama antarabangsa untuk kebudayaan dunia dan warisan semulajadi dan untuk memelihara hak asasi manusia; dan percubaan untuk menyatukan rangkaian antarabangsa.StrukturTiga badan mempunyai tanggungjawab dalam membuat polisi, pentadbiran utama, dan pentadbiran harian di UNESCO: Persidangan Agung Lembaga Eksekutif Sekretariat Persidangan Agung ialah suatu perjumpaan negara-negara anggota yang mana setiap negara mempunyai satu undi. Mesyuarat diadakan sebanyak sekali setiap dua tahun. Semasa mesyuarat itu ia menetapkan polisi umum dan program-program untuk dianjurkan. Lembaga Eksekutif mempunyai seramai 58 orang ahli. Mereka ini dilantik oleh Persidangan Agung untuk berkhidmat selama dalam tempoh empat tahun. Lembaga Eksekutif menyediakan sesi untuk Persidangan Agung bersidang dan ia bertanggungjawab memastikan arahan yang diberi dilaksanakan. Sekretariat mengandungi Ketua Pengarah dan staf-staf dan bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti serta pengurusan harian UNESCO. Ketua Pengarah yang berkhidmat sebagai pegawai awam UNESCO. Dia dilantik oleh Persidangan Agung untuk berkhidmat selama empat tahun (boleh diperbaharui). Kakitangan UNESCO setakat ini berjumlah sebanyak 2100, yang mana dua pertiga berpusat di Paris, dengan selebihnya diseluruh dunia. Negara anggota UNESCO Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Negara anggota UNESCO Negara anggota UNESCO dengan JPK berasingan Anggota bersekutu UNESCO Pemerhati UNESCO Setakat November 2011, UNESCO memiliki 194 negara anggota dan 8 anggota bersekutu[1][2]. Sesetengah anggota memiliki Jawatankuasa Pengelola Kebangsaan (JPK) tambahan untuk sebahagian kebergantungan jajahan mereka.[3] Anggota bersekutu terdiri daripada negara tidak-bebas.Kontroversi dan reformasi UNESCO telah beberapa kali menjadi tumpuan berikutan kontroversi yang dihadapinya terutamanya di Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Singapura. Semasa tahun 70-an dan 80-an, sokongan UNESCO bagi "Orde Maklumat Baru Dunia" dan Laporan MacBridenya yang mengesa pengdemokrasian media dan pengaksesan maklumat telah dikutuk oleh negara-negara berkenaan sebagai satu usaha untuk menghapuskan kebebasan akhbar. UNESCO dianggap oleh sesetengah pihak sebagai platform bagi pihak komunis dan negara-negara Dunia Ketiga untuk menyerang negara-negara Barat. Pada tahun 1984, Amerika Syarikat menghentikan sumbangannya dan keluar daripada pertubuhan itu sebagai tanda protes. Hal ini diikuti oleh United Kingdom pada tahun 1985 dan Singapura pada tahun 1986. Dengan berlakunya perubahan kerajaan di UK pada tahun 1997, UK menyertai semula pertubahan ini. Amerika Syarikat pula kembali menyertai pertubuhan ini pada tahun 2003. Semasa waktu beberapa reformasi telah dilakukan di pertubuhan ini.Hadiah, anugerah dan pingatUNESCO menganugerahkan beberapa hadiah dalam bidang sains, kebudayaan dan keamanan seperti: Hadia Carlos J. Finlay untuk Mikrobiologi Hadiah Keamanan Flix Houphout-Boigny Hadiah Antarabangsa Sungai Besar Buatan Manusia bagi Sumber Air di Kawasan Gersang dan Separa-Gersang Hadiah Antarabangsa Jos Mart Hadiah Antarabangsa Simn Bolvare Hadiah Javed Husain bagi Saintis Muda Hadiah Jikji Hadiah Kalinga bagi Sains yang dipopularkan Anugerah LOral-UNESCO bagi Wanita dalam Sains Pingat Sergei Eisenstein Hadiah Sultan Qaboos bagi Pemeliharaan Hutan Hadiah Kebesasan Akhbar Sedunia UNESCO/Guillermo Cano Hadia UNESCO Raja Hamad Bin Isa Al-Khalifa Pingat UNESCO Mozart Haidah bagi Pendidikan Keamanan UNESCO Hadiah Sains UNESCO Pingat UNESCO/Institut Pasteur Artis untuk Keamanan UNESCO Rangkaian Bandaraya Kreatif Pendidikan untuk Pembangunan Mapan Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Pendidikan untuk Pembangunan Mapan (Bahasa Inggeris:Education for Sustainable Development (ESD)) merupakan satu wawasan pendidikan yang memberikan kuasa kepada orang ramai untuk memegang tanggungjawab dalam mencipta masa depan yang mapan. Pusat kepada ESD adalah konsep buadaya sebagai tema asas. Telah diketahui bahawa tiada "jalan tunggal" untuk pembangunan mapan. Malah, amat jelas yang pemahaman dan wawasan bagi kemapanan adala berbeza bagi setiap orang dan kita perlu bekerjasama untuk berunding tentang proses mencapai kemapanan itu. Ramai yang terlibat secara tidak langsung dalam pembangunan mapan (seperti kerajaan, perniagaan, institusi pendidikan, media, remaja, dll). Setiap satu sektor ini mempunyai pandangan yang berbeza tentang pembangunan mapan dan bagaimana untuk menyumbang. Sesetengahnya berminat dengan pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar, sesetengahnya berminat dengan pembangunan ekonomi manakala yang lain berminat dengan pembangunan sosial. Sebagai tambahan, bagaimana setiap negara, kumpulan masyarakat dan individu melihat pembangunan mapan adalah bergantung kepada nilai. Nilai bagi sesuatu masyarakat membantu dalam bagaimana keputusan seseorang dibuat dan bagaimana perundangan negara ditulis. [1] Cabarannya ialah bagaimana untuk membawa mereka ini bersama untuk bekerjasama dalam mencari keseimbangan dalam kepentingan dan keutamaan mereka. Pelbagai pendekatan bagi ESD untuk menggalakkan orang ramai memahami dan menilai nilai mereka dan masyarakat yang mereka tinggal dalam konteks kemapanan.