Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

28
Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik Prof Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia BBM 3206 Semantik

description

BBM 3206 Semantik. Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik. Prof Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia. Pengenalan Semantik. - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

Page 1: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

Unit 1 Kuliah 1Pengenalan Konsep dan

Pengertian Semantik

Prof Madya Dr. Zaitul Azma Zainon HamzahJabatan Bahasa Melayu

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

BBM 3206 Semantik

Page 2: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

Pengenalan Semantik Bidang semantik merupakan satu bidang dalam kajian

linguistik yang mengkaji makna.

Perkataan semantik berasal daripada perkataan Greek sema yang bererti "tanda" (sign) . ‘sema’ juga bermaksud ‘isyarat’.

Seterusnya kata itu menerbitkan kata semaine yang bermaksud ‘bererti’. Daripada sinilah terbitnya istilah semantik yang menamai satu bidang ilmu yang mengkaji atau analisa makna.

Semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna dan oleh sebab makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Dalam semantik terdapat skop-skop semantik yang tertentu.

Menurut Palmer, Kompson & Katz semantik ialah “ as the study of meaning in natural language”.

Page 3: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

• Perkataan semantics telah diperkenalkan oleh seorang ahli filologi Perancis, bernama Michel Breal pada tahun (1883) dalam makalah beliau yang bertajuk, “Les Lois Intellectuelles du Langage”.

• Dalam makalah ini, Breal telah memberi tanggapan bahawa semantik mempunyai kedudukan tersendiri di luar bahasa, misalnya bentuk perubahan makna, latar belakang perubahan makna, hubungan perubahan makna dengan logika dan hubungan makna dengan psikologi. (Aminuddin,1985:16).

• Semantik : teori makna atau teori erti (Verhaar, 1983)

Page 4: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

Manakala SIL Glossary of Linguistic Term mentakrif semantik sebagai satu kajian makna yang berdasarkan ekspresi linguistik.

(Semantics is, generally defined, the study of meaning of linguistic expressions.)

Semantik merupakan satu bidang yang bukan sahaja mengkaji makna sesuatu perkataan, frasa, ayat tetapi turut mencari bagaimana untuk menerangkan makna sesuatu perkataan, frasa, ayat .

Semantik juga merupakan salah satu cabang linguistik yang mengkaji hubungan ujaran linguistik yang berbeza-beza seperti homonim, sinonim, antonim, polisemi, homonim dan hiponim.

Kajian semantik juga melibatkan kajian peranan semantik, makna dan rujukan, syarat benar dan analisis wacana. Ilmu semantik mempunyai beberapa tahap perkembangan. Tahap permulaan ilmu semantik ialah semantik falsafah. Manakala tahap yang kedua ialah semantik linguistik.

Page 5: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

Dalam kajian linguistik, bidang semantik dianggap sebagai bidang yang paling sukar untuk diterokai. Ini kerana, untuk mengkaji makna, sama ada pada "peringkat perkataan atau ayat, pengkaji seharusnya mempertimbangkan sama aspek-aspek yang bukan linguistik, seperti kebudayaan konteks perkataan atau ayat itu diujarkan atau digunakan, aspek-aspek psikologi penutur, alam pemikirannya, hubungan sosial antara penutur dan pendengar, tajuk perbincangan, dan sebagainya.

Perkara-perkara ini semuanya mempengaruhi makna. Oleh yang demikian, untuk memberikan makna yang paling tepat bagi sesuatu perkataan, perkara-perkara di atas mestilah diambil perhatian.

Page 6: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

Perkembangan Bidang Semantik

Pengkaji bahasa pada awal abad ke-19 misalnya berminat sekali dalam mengkaji makna, khususnya dari aspek perubahan makna, pengelasan makna dan sebab-sebab berlakunya perubahan kepada makna sesuatu perkataan. Semantik juga selanjutnya telah dijadikan sebagai dasar untuk penghuraian bahasa oleh ahli linguistik tradisional.

Pada pertengahan dan akhir abad ke-20 pula, bidang ini semakin mendapat perhatian, khususnya apabila munculnya golongan linguistik transformasi. Golongan ini beranggapan bahawa makna adalah satu aspek yang penting dalam bahasa, sama pentingnya dengan kajian terhadap struktur bahasa

Page 7: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

Plato

Peringkat Pertama

Plato (429 – 347 SM)Bunyi-bunyi bahasa secara implisit mengandung

makna tertentu. Dalam bukunya yang bertajuk Crafylus, Plato telah menggunakan perkataan 'semainein'. Katanya, "... bunyi bahasa secara tersirat, mengandungi makna" (Aminuddin 1985:15).

Kata dasarnya ialah 'sema' yang bermaksud 'isyarat' atau 'tanda' dan 'semainein' sebagai kata terbitan bermakna 'memperlihatkan' atau 'menyatakan'.

Page 8: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

Aristotle

Salah seorang murid Plato yang terkenal ialah Aristotle (384-322 S.M.) (Harimurti Kridalaksana 1982:14). Aristotle menghalusi falsafah metafizik dalam karangannya Filsafat Pertama.

Menurut Aristotle, kata adalah satuan terkecil yang mengandung makna. iatu (1) makna yang hadir dari kata itu sendiri secara otonom (makna leksikal), dan (2) makna yang hadir akibat proses gramatika (makna gramatikal). (Ullman 1977:3)

Beliaulah yang mula-mula melahirkan fahaman 'logika'. Logika atau lojik akal menurut beliau merupakan pewujudan daripada lambang yang telah ditakrifkan maknanya. Dengan fahaman logika, perkataan yang samar-samar atau tidak pasti maknanya dan perkataan yang tidak terbatas maksudnya, dihindari.

Page 9: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

Memang ada perbezaan pendapat antara Plato dan Aristotle Plato mempercayai tentang adanya hubungan bererti antara kata (bunyi-bunyi bahasa) dengan rujukannya. Sedangkan Aristotle, berpendapat bahawa hubungan antara bentuk dan erti kata adalah soal perjanjian antara pemakainya (Moulton 1976 : 3).

Namun kajian terhadap bahasa tidaklah terhenti selepas Aristotle (yang mengutamakan makna), sebaliknya kebanyakan kajian yang kemudiannya lebih tertumpu pada fonetik/fonologi, morfologi dan sintaksis yang tidak mengutamakan makna.

Namun, gagasan yang dikemukakan oleh C. Chr. Reisig (1820-1925) (ahli bahasa Jerman) tentang nahu bahasanya telah menimbulkan semula peranan makna.

Page 10: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

C. Chr. Reisig (1825) Konsep baru mengenai gramatika :

Gramatika terdiri dari tiga unsur utama, iaitu :a) Semasiologi – kajian tentang tandab) Sintaksis – kajian tentang susunan kalimat/ayatc) Etimologi – kajian tentang asal usul kata,

perubahan bentuk kata, dan perubahan makna

Page 11: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

Peringkat Kedua

Michel Breal – kajian semantik dikaitkan dengan unsur di luar bahasa itu sendiri.

Misalnya: Perubahan maknaMakna yang berhubungan dengan logikaMakna yang berhubungan dengan psikologi

Page 12: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

Ferdinand de Saussure

Peringkat Ketiga

Perbincangan semantik menjadi rancak semula. Ramai ahli bahasa menekuni bidang ini sama ada kerana keperluan linguistik itu sendiri atau ilmu lain yang memerlukan semantik.

Salah seorang daripada mereka ialah Ferdinand de Saussure (bangsa Swiss) yang berpendapat bahawa bahasa merupakan satu kesatuan yang terdiri daripada beberapa bahagian yang berhubung kait antara satu dengan yang lain. Beliau juga berpendapat bahawa ilmu bahasa merupakan salah satu cabang semasiologi.

(Abu Bakar Hamid 1978:152).

Page 13: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

Jost Trier

Jost Trier (bangsa Jerman) mengembangkan pendapat de Saussure dengan mengambil kira pandangan budayawan Jerman, iaitu J.G. von, Herder (1772) dan sarjana bahasa dan ahli falsafah Jerman W. von Humboldt (1836) berkenaan dengan makna, sehingga lahirlah gagasan Medan Makna.

Medan Makna yang dimaksudkan oleh Trier di sini ialah perkataan yang pada mulanya mempunyai makna yang bertumpang-tindih akhirnya memiliki makna masing-masing secara khusus.

Page 14: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

Untuk gagasan ini beliau mengambil contoh bahasa Jerman pada tahun 1200, iaitu perkataan kunst dan list. Kedua-dua perkataan ini maknanya tercakup dalam perkataan wisheit yang mengandungi makna 'pengalaman keagamaan'.

Satu abad kemudian, iaitu pada tahun 1300 didapati ketiga-tiga perkataan tersebut telah memiliki maknanya sendiri. Perkataan kunst mengandungi makna 'pengetahuan', perkataan list yang berubah menjadi wizzen mengandungi makna 'seni' dan perkataan wisheit mengandungi makna 'pengalaman keagamaan' (Aminuddin 1985:108).

Page 15: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

Bronislaw Malinowski seorang ahli antropologi telah membuat kajian terhadap sekelompok masyarakat yang hidup di Pulau Coral (di Lautan Pasifik).

Beliau mendapati bahawa pertuturan masyarakat di pulau tersebut mempunyai hubungan dengan keadaan pekerjaan mereka. Masyarakat petani misalnya mempunyai pertuturan yang agak berbeza daripada pertuturan masyarakat nelayan.

Daripada hasil kajiannya ini beliau menyimpulkan satu gagasan yang kemudiannya dikenali sebagai context of situation (keperihalan keadaan) (M. Yunus Maris 1978:65-166).

Bronislaw Malinowski

Page 16: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

Leonard Bloomfield, 1887-1949 (bangsa Amerika) berpendapat bahawa dalam kajian semantik, yang utama ialah behavior (kebiasaan berbahasa). Kebiasaan berbahasa ini menurut beliau erat hubungannya dengan perlakuan manusia yang tertakluk pada stimulus (rangsangan) dan response (tindak balas). Dengan demikian, bahasa ialah data yang didengar. Data yang diperoleh ini kemudian disusun dan diklasifikasikan. Hasil cerakinan inilah yang kemudian disebut nahu.

Leonard Bloomfield

Page 17: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

John Rupert Firth, 1890-1960 (bangsa Inggeris) seorang sarjana linguistik telah tertarik dengan dapatan Malinowski. Jika Malinowski memandang bahasa dari sudut antropologi, Firth pula memandang bahasa dari sudut ilmu bahasa itu sendiri. Beliau menyimpulkan bahawa bahasa merupakan kesepakatan sesuatu masyarakat yang dipengaruhi oleh keperihalan keadaan dan diterima oleh masyarakat tersebut.

Gagasan ini kemudian dikenali sebagai Teori Semantik Kontekstual. Teori ini sangat bermanfaat untuk menghuraikan makna bahasa yang terdapat dalam sesuatu masyarakat kerana setiap pentafsir makna akan dikaitkan dengan budaya masyarakat pengguna bahasa itu sendiri. Dari sinilah juga timbulnya istilah 'kata pusat' dan 'ungkapan pusat'. Antara buku Firth yang terkenal ialah The Tongue of Man and Speech (1984) dan Paper in Linguistics (1974).

John Rupert Firth

Page 18: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

Charles Kay Ogden dan I. Amstrong Richard atau lebih dikenali sebagai Ogden & Richards berpendapat bahawa berlaku hubungan timbal balik antara gagasan dengan rujukan serta gagasan dengan lambang bahasa (lisan/bertulis) manakala lambang bahasa dengan rujukan hubungannya tidak langsung (Mansoer Pateda 1989:36). Perhatikan rajah yang berikut ini:

G

LB R

Petunjuk: G = gagasanLB = lambang bahasa

R = rujukan

Page 19: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

Pendapat Ogden & Richards telah dikritik oleh Stephen Ullmann (1972) dengan hujah bahawa 'rujukan' sebenarnya di luar bidang bahasa. Hujah berikutnya beliau kemukakan bahawa takrifan 'lambang bahasa-gagasan-rujukan' sangat sukar untuk dijelaskan dan difahami. Oleh yang demikian, Ullmann memberikan beberapa kemungkinan hubungan 'maksud' dengan 'perkataan'.

Jika satu perkataan (P) mengandungi satu maksud (M), ia dapat digambarkan seperti rajah yang berikut:

Page 20: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

Nama

Makna

cantik

M1 M2

M3

segak ayu jelita

Page 21: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

Mengikut Hashim Hj. Musa, (1994:44), bunyi ucapan dan coretan tulisan yang merujuk hal tentang makna merupakan sejenis tanda atau sign. Tanda atau sign ialah sesuatu yang mewakili atau melambangkan sesuatu yang lain.

Semiotik/semiologi – kajian ke atas sistem tanda dan terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu semantik- tentang pemaknaan tanda, sintaktik – tentang kombinasi tanda-tanda, dan pragmatik- tentang asal usul, pengguaan dan pengaruhnya dalam perlakuan yang dihubungkan dengan tanda itu (Ullmann, 1962:15).

Hashim Hj. Musa

Page 22: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) – pengkajian makna pada peringkat semantik belum dapat memberikan makna sepenuhnya sebagaimana yang dihajati oleh penutur.

Pengkajian makna seharusnya melibatkan ilmu pragmatik, iaitu ilmu penginterpretasian makna yang melibatkan faktor linguistik dan bukan linguistik. Gabungan antara kedua-dua faktor linguistik dan bukan linguistik ini dapat membantu pengkajian makna yang lebih berkesan.

Nor Hashimah Jalaluddin

Page 23: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

Makna Referensial dan Non-referensialMakna Referensial dan Non-referensial

Sebuah kata bermakna referensial kalau ada referensnya, atau acuannya dalam dunia nyata. Misalnya kata kuda, merah, dan gambar. Sebaliknya kata-kata seperti dan, kerana tidak mempunyai referens.

Kata-kata yang acuannya tidak menetap pada satu maujud, melainkan dapat berpindah dari maujud satu ke maujud lain disebut kata-kata deiktik.

Yang termasuk kata- kata deiktik adalah kata-kata ganti nama (dia, saya, kamu), kata-kata yang menyatakan ruang, misalnya di sini, di sana; kata-kata yang menyatakan waktu, seperti sekarang, besok; kata-kata yang disebut kata penunjuk, seperti ini dan itu

Page 24: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

Makna dan Jenisnya Makna dan Jenisnya

Geoffrey Leech (1974)

Geoffrey Leech (1974:26) menggolongkan makna kepada tujuh jenis:

Terdapat juga makna lain seperti :1. Makna denotasi.2. Makna konteks.

1 Makna konsepsi

: makna kognitif.

2 Makna konotatif

: makna kata yang berlainan daripada makna asal: makna tersirat atau makna tambahan: makna emotif atau makna evaluatif.

3 Makna Stilistik : makna berdasarkan situasi pengucapan.

4 Makna Afektif : makna untuk menimbulkan kesan kepada pembaca dan pendengar.

5 Makna Refleksi : makna yang pelbagai untuk sesuatu kata.

6 Makna Kolokasi

: makna berdasarkan hubungannya dengan kata lain.

7 Makna Tematik

: makna yang ditekankan dalam ayat.

Page 25: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

Semantik dan pragmatik merupakan salah satu cabang ilmu yang dipelajari dalam kajian linguistik.

Dalam semantik kita mengklasifikasi makna, hubungan makna, perubahan makna, analisis makna, dan makna pemakaian bahasa.

 

Rumusan

Page 26: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

KesimpulanSemantik ialah kajian tentang lambang atau tanda yang

menyatakan makna, hubungan antara satu makna dengan makna yang lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

Semantik lahir daripada falsafah dan sehingga kini bahasa masih dibayangi terus oleh falsafah. Daripada perkembangan semantik yang telah diperlihatkan jelas bahawa antara falsafah dengan bahasa dan antara bahasa dengan semantik tidak dapat dipisahkan.

Page 27: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

Latihan.1. Berikan 3 definisi semantik dan 3

definisi pragmatik.2. Terangkan secara ringkas kemunculan

istilah semantik dalam ilmu linguistik.

Page 28: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

Sekian, terima kasih.