Unit 11 modul migrasi dalaman

62
HGM3033 – GEOGRAFI PENDUDUK MODUL TUGASAN KUMPULAN TAJUK: UNIT 11 - MIGRASI DALAMAN KUMPULAN : A KULIAH : ISNIN (8 AM – 10 AM) PENSYARAH : EN. KAMARUL BIN ISMAIL NAMA AHLI KUMPULAN :

Transcript of Unit 11 modul migrasi dalaman

Page 1: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM3033 – GEOGRAFI PENDUDUK

MODUL TUGASAN KUMPULAN

TAJUK:

UNIT 11 - MIGRASI DALAMAN

KUMPULAN : A

KULIAH : ISNIN (8 AM – 10 AM)

PENSYARAH :

EN. KAMARUL BIN ISMAIL

NAMA AHLI KUMPULAN :

Page 2: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

1

NAMA NO MATRIK

NIK ASMAWI BIN HASSAN D 20111048652

MUHAMMAD SAFUAN BIN ABD

GHANI

D 20111048616

MUHAMMAD HUZAIFAH BIN

JAMALUDIN

D 20111048634

MOHD HAFIFI HAFIDZ BIN

JAMALUDIN

D 20111048641

MOHAMAD NORHISAN BIN ALIAS D 20111048648

MOHD KHAIRUL AZWAN B JAMALI D 20101038728

NIK AMIRUL IZZAD B NIK KAMAL D 20101038705

MOHD SYAFIE BIN MAHADI D 20091035568

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran, para pelajar akan dapat :

1. Mengetahui Model-model Pembangunan yang berkaitan

dengan Migrasi.

2. Memahami Teori Tolakan dan Tarikan Migrasi.

3. Mengetahui Jenis-jenis Migrasi Dalaman.

4. Memahami Tren Migrasi Dalaman di Malaysia.

Page 3: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

2

5. Mengetahui Faktor Tarikan dan Tolakan Migrasi di Malaysia.

6. Mengetahui Implikasi Migrasi Dalaman di Malaysia.

PENGENALAN

Perpindahan penduduk atau migrasi merupakan suatu fenomena

penting di peringkat nasional dan antarabangsa. Migrasi diertikan

sebagai perpindahan penduduk dengan tujuan untuk menetap

dari suatu tempat ke tempat lain melalui batas politik atau negara

ataupun batas pentadbiran dari suatu negara. Fenomena ini telah

berlaku sejak berzaman dahulu lagi manakala faktor yang

mempengaruhi berlakunya perpindahan penduduk sangat

kompleks. Ini termasuklah aspek kehidupan manusia, ekonomi,

sosial, perubatan, kebudayaan dan politik. Migrasi juga

merupakan satu proses demografi yang melibatkan perpindahan

penduduk daripada satu kawasan kepada kawasan yang lain.

Selain itu, mengenai migrasi dalaman, terdapat faktor tarikan dan

tolakan yang menyebabkan manusia perpindahan dari satu

kawasan ke satu kawasan lain. Sebagai contohnya, di Malaysia,

isu yang berkait rapat dengan migrasi telah berlaku sebelum

Page 4: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

3

merdeka lagi apabila British membawa masuk kaum Cina dan

India ke Tanah Melayu untuk bekerja dalam sektor tertentu iaitu

pertanian, perlombongan dan sebagainya. Selepas merdeka iaitu

sekitar tahun 1970-an, berlaku proses perindustrian dan

urbanisasi yang pesat di Malaysia khususnya di kawasan

Selangor dan Lembah Klang. Sehubungan dengan itu,

perpindahan penduduk berterusan ke kawasan bandar ini adalah

disebabkan oleh faktor tarikan di tempat hendak dituju dan faktor

tolakan di tempat yang asal. Fenomena yang berlaku pada

zaman dahulu sehingga sekarang ini masih lagi berterusan.

Perpindahan ini juga merupakan pemindahan sumber

tenaga manusia yang mempengaruhi struktur umur dan jantina,

perkahwinan, pertumbuhan penduduk dan ekonomi. Perpindahan

penduduk yang berlaku boleh dianggap satu proses memajukan

bidang sosioekonomi. Namun begitu, wujud juga kesan negatif

iaitu antaranya masalah sosial dan kekurangan tenaga buruh di

tempat asal mereka. Di Malaysia, bandar raya Kuala Lumpur

merupakan bandar besar yang menerima ramai migrant daripada

seluruh negeri. Bagi mendefinisikan migrasi, terdapat ramai tokoh

Page 5: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

4

yang memberikan takrifan yang tersendiri. Menurut Suriati (1994),

migrasi merujuk kepada pergerakan penduduk yang berlaku buat

beberapa ketika bergantung pada lama masa yang diambil sama

ada dalam jangka masa panjang atau pendek. Manakala Usman

(1989), mengatakan bahawa konsep migrasi adalah pemindahan

seseorang individu melintasi sempadan salah sebuah daripada

unit kawasan tersebut. Di dalam sesebuah negeri, sempadan

ditentukan dari segi wilayah, negeri, daerah dan kampung.

Seterusnya, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),

mengatakan migrasi adalah satu bentuk mobiliti ruang yang

berlaku di antara unit atau kawasan yang melibatkan perubahan

tempat tinggal, iaitu tempat tinggal asal atau tempat bertolak, ke

tempat ditujui atau tempat yang baru (Usman, 1989). Ini

bermakna, migrasi yang berlaku ini melibatkan interaksi antara

satu ruang dengan satu ruang yang lain. Model-model

pembangunan yang berkaitan dengan migrasi adalah Model Neo-

Klasik, Model Lebihan Buruh, Model Ladang Besar dan Model

Pembangunan Luar Bandar.

Page 6: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

5

Tambahan lagi, mengikut Kamus Dewan (1996), migrasi

adalah perpindahan penduduk dari sebuah negara atau tempat

ke negara atau tempat yang lain. Hal ini bertepatan dengan

definisi yang dikemukakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia

(1991) iaitu menyatakan migrasi sebagai mereka yang bertukar

tempat tinggal biasa di beberapa peringkat geografi di dalam

negara. Migrasi boleh dibahagikan kepada empat jenis migrasi

iaitu migrasi antarabangsa, migrasi dalaman, migrasi musiman

dan migrasi sementara (Katiman, 2002). Walau bagaimanapun,

dalam penulis modul ini, kita fokuskan kepada migrasi dalaman

sahaja. Sehubungan dengan itu, migrasi dalaman merujuk

kepada pergerakan dari satu negeri ke negeri lain atau satu

tempat ke tempat lain atau dalam erti kata lain pergerakan

penduduk dalam negeri yang sama (Kompendium Perangkaan

Alam Sekitar, 2004). Pergerakan dalaman ini melibatkan

perpindahan penduduk yang melintasi sempadan negeri,

sepadan wilayah, sempadan daerah, dan sempadan kampung.

Manakala menurut Clarke (1988), migrasi dalaman merujuk

kepada migrasi yang berlaku dalam sempadan politik dan

pentadbiran yang sama. Jenis migrasi dalaman yang berlaku

Page 7: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

6

ialah bandar ke bandar, bandar ke luar bandar, luar bandar ke

bandar dan luar bandar ke luar bandar seperti jadual 1 (Jabatan

Perangkaan Malaysia, 2005).

Jadual 1: Migrasi di Malaysia pada tahun 1980, 1986 hingga 1991

dan 2000.

Bil Jenis Aliran 1980

(%)

1986-1991

(%)

2000

(%)

1 Bandar – Bandar 21.0 50.1 63.2

2 Bandar – Luar

Bandar

18.0 20.7 9.2

3 Luar Bandar –

Bandar

16.0 17.1 17.6

4 Luar Bandar – Luar

Bandar

45.0 12.1 10.0

Jumlah (%) 100.0 100.0 100.0

Bilangan Migran

(orang)

954,200 1,024,500 3,328,485

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, (2005).

Page 8: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

7

DAPATAN KAJIAN

MODEL-MODEL PEMBANGUNAN BERKAITAN DENGAN

MIGRASI

Berbagai teori dan model telah dikemukakan oleh ahli ekonomi

untuk mengkaji migrasi. Terdapat empat kategori dalam migrasi

manusia (Manning, 2005). Tiga antara migrasi tersebut

mempunyai model yang hampir sama dengan migrasi haiwan,

khususnya mamalia. Model pembangunan yang berkaitan antara

migrasi dan pembangunan meliputi empat model seperti yang

telah diterangkan oleh Simmons (1984). Antara model-model

tersebut adalah Model Neo-Klasik, Model Lebihan Buruh, Model

Ladang Besar dan Model Pembangunan Luar Bandar.

a) Model Neo-Klasik

Model ini menerangkan peranan positif migrasi luar bandar

ke bandar bagi negara maju. Berdasarkan teori ekonomi

neo-klasik, perbezaan upah antara kawasan merupakan

faktor utama yang merangsang penghijrahan buruh.

Perbezaan upah wujud disebabkan perbezaan antara

Page 9: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

8

permintaan dan penawaran buruh. Kawasan yang

memerlukan buruh pada kadar yang rendah akan

menyumbang kepada peningkatan upah pekerja. Manakala

lebihan buruh di luar bandar akan diserap oleh industri di

bandar. Model ini juga menerangkan bahawa penghijrahan

penduduk terutamanya ke kawasan bandar didorong oleh

faktor penarik, iaitu kawasan yang ditinggalkan dan faktor

penarik, iaitu kawasan yang dituju. Sektor pertanian yang

semakin moden menyebabkan buruh-buruh di kawasan luar

bandar berhijrah ke kawasan bandar yang sentiasa

memerlukan bilangan buruh yang ramai disebabkan

pertumbuhan kawasan bandar. Penggunaan teknologi

seperti penggunaan jentera-jentera dan mesin-mesin di

kawasan luar bandar menjadi faktor penolak kepada

penduduk kawasan sekitar untuk berhijrah ke bandar.

Hasilnya, berlaku peningkatan dalam kecekapan ekonomi

negara. Model yang dirangka oleh Simmons (1984) ini

adalah bersifat kekeluargaan, kekal dan terarah kepada

penghijrahan ke kawasan bandar. Model ini menunjukkan

bahawa berlaku migrasi luar bandar ke bandar.

Page 10: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

9

b) Model Lebihan Buruh

Model ini sesuai untuk menerangkan tentang negara sedang

membangun yang mengalami kepesatan pertambahan

penduduk. Pertambahan penduduk ini akan menyebabkan

negara tersebut mempunyai tanggungan yang tinggi kerana

ramai daripada penduduknya terdiri daripada golongan belia.

Penggunaan teknologi dalam kebanyakan sektor ekonomi

tidak kira di kawasan bandar mahupun luar bandar

menyebabkan berlakunya lebihan buruh. Sektor perkilangan

di kawasan bandar juga tidak dapat menyerap lebihan

penduduk yang dialirkan daripada kawasan luar bandar.

Lebihan penduduk ini hanya akan menyumbang kepada

berlakunya pengangguran yang ketara terutamanya di

kawasan luar bandar. Dalam model ini terdapat migrasi

berpusingan dan migrasi pulang. Model ini adalah berkaitan

dengan penghijrahan penduduk daripada luar bandar ke

bandar.

Page 11: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

10

c) Model Ladang Besar

Sebagai sub model kepada pendekatan lebihan buruh,

model ini menunjukkan bahawa perubahan ekonomi

sesebuah negara diukur berdasarkan sektor ekonomi primer

yang meliputi sektor pertanian, perhutanan dan

perlombongan di kawasan luar bandar dan bukannya diukur

melalui sektor ekonomi sekunder dan tertier. Hal ini kerana

segala aktiviti perkilangan dan perindustrian di kawasan

bandar hanya akan berjalan dengan lancar dengan adanya

sumber primer yang diambil dan diolah di kawasan luar

bandar. Permintaan di kawasan bandar terhadap sumber-

sumber semula jadi di luar bandar akan menyebabkan

pengeksploitasian terhadap sumber. Namun pada masa

yang sama, terdapat penghijrah yang berhijrah ke suatu

kawasan ke kawasan yang lain dan sentiasa berhijrah pada

masa yang singkat. Mereka berhijrah adalah untuk mencari

peluang ekonomi di sesuatu kawasan. Biasanya, para

penghijrah dalam model ini adalah tidak kekal. Penghijrah

Page 12: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

11

biasanya pulang ke tempat asal apabila permintaan

terhadap buruh menurun.

d) Model Pembangunan Luar Bandar

Model ini sesuai untuk menerangkan usaha kerajaan yang

cuba mencari jalan bagi mengatasi masalah ‘kecenderungan

ke bandar’. Pertambahan penduduk yang berhijrah ke

bandar akan menyebabkan timbulnya pelbagai masalah

seperti lebihan penduduk, pengangguran, jenayah dan

setinggan. Terdapat juga usaha-usaha pihak kerajaan untuk

mengatasi masalah ini seperti melakukan agihan semula

tanah, kredit ladang dan perkhidmatan sosial di luar bandar.

Selain itu, pembukaan tanah-tanah rancangan seperti

FELDA dan FELCRA juga dapat mengurangkan bilangan

penduduk berhijrah ke bandar.

TEORI TOLAKAN DAN TARIKAN MIGRASI

Dari segi teori, kemasukan buruh asing ke sesuatu tempat dapat

dilihat sebagai bergerak balas terhadap beberapa faktor. Teori

Page 13: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

12

Klasik penentu penghijrahan melihat kepada faktor penolak dan

penarik yang mempengaruhi penghijrahan dalaman (Ravenstein

1885 & Lee 1966). Teori penolak dan penarik mempertimbangkan

interaksi antara faktor yang menolak penghijrahan dari kawasan

asal dengan faktor yang menarik penghijrahan ke kawasan

destinasi. Faktor penolak merangkumi keadaan di tempat asal,

misalnya kadar pengangguran dan tahap kemiskinan yang tinggi,

ketiadaan peluang untuk memajukan diri, kekurangan tanah

pertanian, dan ketidakstabilan politik yang merangsang

seseorang untuk berhijrah ke destinasi yang baru. Faktor yang

menarik penghijrahan ke kawasan destinasi antaranya ialah

kemewahan ekonomi, kadar upah yang tinggi, peluang

pendidikan dan latihan semasa kerja yang lebih baik.

Lee (1966) menganalisis migrasi dalam konteks negara

destinasi serta perkaitan di antara kedua negara. Kekurangan di

negara asal dan kelebihan di negara destinasi merangsang buruh

untuk berhijrah. Jarak di antara kedua negara melibatkan kos dan

beberapa halangan. Antara kos penghijrahan yang perlu

ditanggung ialah kos pemindahan, kos mencari maklumat

Page 14: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

13

pekerjaan dan tempat tinggal. Batasan penghijrahan pula meliputi

dasar imigresen yang ketat serta perbezaan bahasa dan budaya.

Namun bahasa, sejarah atau budaya yang sama serta

terdapatnya saudara mara dan kawan di negara destinasi antara

faktor yang akan merangsang penghijrahan antarabangsa.

Teori ini, ia telah dikemukakan oleh Lee pada tahun 1966

yang menyatakan empat faktor yang mempengaruhi seseorang

samada hendak berpindah atau tidak iaitu faktor tentang tempat

asal, faktor tentang destinasi, faktor tentang halangan berpindah

dan faktor peribadi. Menurut Lee setiap kawasan asal dan

destinasi ada faktor yang memberikan tekanan positif yang boleh

menyekat dan menarik penduduk. Di kawasan itu juga terdapat

faktor yang memberikan tekanan negatif yang boleh menolak

penduduk keluar dari kawasan itu. Manakala tekanan sifar boleh

menarik dan menolak. Menurut beliau lagi keberkesanan faktor

positif dan negatif bergantung kepada kawasan, bangsa, umur,

pekerjaan, pelajaran, jantina, agama dan lain-lain. Faktor peribadi

lebih penting berbanding dengan faktor teknologi dalam migrasi.

Menurut Kosinski dan Prothero, faktor menolak ialah seperti

Page 15: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

14

kehilangan pekerjaan, penindasan beragama, bangsa dan politik,

kerenggangan sosial, kebudayaan dan peribadi dan bencana

alam dan sosial. Manakala faktor penarik migrasi adalah seperti

peluang pekerjaan, keadaan politik yang stabil, ketenteraman dan

kedamaian (Usman, 1989).

Rajah 1: Faktor Asal, Faktor Destinasi dan Halangan

dalam Migrasi

Sumber : Usman Yaakub, (1989).

Page 16: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

15

JENIS-JENIS MIGRASI

Antara jenis migrasi dalam yang berlaku adalah :

I. Luar bandar ke bandar

II. Luar bandar ke luar bandar

III. Bandar ke bandar

IV. Bandar ke luar bandar

V. Tempat-tempat dalam bandar

VI. Transmigrasi

Luar Bandar Ke Bandar

Page 17: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

16

Migrasi luar bandar ke bandar antara sebab yang

menyebabkan penduduk berhijrah ke bandar ialah kerana di

tempat asal mereka mengalami tekanan penduduk,

kemiskinan, pengangguran, upah rendah, tanah tidak

ekonomik dikerjakan dan kurang kemudahan asas seperti

pendidikan tinggi. Oleh yang demikian, banyak faktor

penolak dan penarik yang menyebabkan migrasi berlaku

dari luar bandar ke bandar. Kebanyakan faktor utama tarikan

adalah peluang pekerjaan di samping ingin mendapat taraf

hidup yang tinggi. Manakala faktor penolak di kawasan luar

bandar adalah seperti yang diberitahu di atas iaitu terdiri

daripada kekurangan tanah pertanian, kejatuhan harga

bahan-bahan pertanian, pengangguran dan guna tenaga

tidak penuh, kadar upah yang terlalu rendah, pemecahan

tanah pertanian akibat pertambahan penduduk yang pesat

dan kekurangan kemudahan sosial. Mengikut kajian aliran

penghijrahan penduduk akan meningkat pada masa

hadapan sekiranya kuasa menolak dan menarik semakin

menekan penduduk sesuatu kawasan segera berpindah

(Kliot 1995). Oleh yang demikian, jenis migrasi luar bandar

ke bandar melibatkan pergerakan manusia daripada luar

bandar ke bandar untuk mereka meneruskan kehidupan

harian. Misalnya ramai penduduk luar bandar dari negeri lain

Page 18: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

17

tertumpu menuju ke Selangor yang mempunyai keluasan 7.9

ribu kilometer persegi dan kepadatan penduduk sebanyak

526 orang setiap kilometer persegi merupakan negeri

tumpuan migrasi. Pada tahun 2000, penduduk di Selangor

merupakan yang tertinggi di Malaysia iaitu seramai 4.2 juta

orang diikuti Johor (2.7 juta) dan Sabah (2.6 juta). Dalam

tempoh 1995 hingga 2000, Selangor menerima seramai 237

ribu migran bersih yang menyumbang enam peratus

daripada jumlah penduduk Selangor pada tahun 2000

(Jabatan Perangkaan Malaysia, 2000).

Rajah 2 : Peta aliran migrasi antara negeri,

Malaysia, 2000.

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia (2000).

Page 19: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

18

]Luar Bandar Ke Luar Bandar

Dasar kerajaan banyak mempengaruhi berlakunya migrasi

dari luar bandar ke luar bandar. Pembukaan kawasan

pertanian baru oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

(LKTP) seperti di Jengka Tiga, KEJORA, DARA telah

menyebabkan migrasi penduduk dari kawasan luar bandar

ke kawasan-kawasan tanah rancangan ini. Selain daripada

itu, pembukaan tanah baru oleh FELDA (Lembaga

Kemajuan Tanah Persekutuan) merupakan satu usaha

pemindahan penduduk dari kawasan pertanian yang ke

kawasan tanah yang baru dibuka. Perpindahan ke kawasan

tanah rancangan ini adalah bertujuan membasmi kemiskinan

di kalangan penduduk luar bandar yang tidak bertanah dan

miskin. Terdapat juga penduduk luar bandar yang miskin

berpindah ke kawasan pinggir hutan dengan membuka

tanah secara haram.

Bandar Ke Bandar

Migrasi bandar ke bandar ialah ketiadaan peluang

pendidikan tinggi di bandar-bandar kecil menyebabkan

Page 20: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

19

golongan belia berpindah ke bandar-bandar besar untuk

melanjutkan pendidikan mereka. Di bandar-bandar besar

juga terutamanya ibu negara terdapat banyak peluang

pekerjaan. Migrasi jenis ini berlaku apabila seseorang

pekerja itu perlu berpindah untuk bekerja di tempat baru.

Jika dilihat di Malaysia migrasi secara berperingkat iaitu

bermula di bandar kecil, kemudian ke bandar yang lebih

besar sedikit sebelum ke ibu negara. Perkara tersebut

merupakan kerana faktor sosioekonomi yang ingin dinikmati

semua orang. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor

dan Pulau Pinang merekodkan aliran migrasi Bandar ke

Bandar yang tinggi berbanding dengan negeri lain. Bagi tiga

buah negeri tersebut migrasi Bandar ke Bandar adalah 95.4,

88.6 dan 78.9 peratus (Jabatan Perangkaan Malaysia,

2004). Ketiga-tiga buah negeri ini merupakan kawasan

perindustrian yang utama di Malaysia daripada segi

kemasukan pelaburan asing dan jumlah tenaga buruh.

Bandar Ke Luar Bandar

Page 21: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

20

Berlaku terutamanya di kalangan pesara kerana udara di

luar bandar lebih segar dan nyaman. Di Malaysia

kebanyakan golongan pesara berasal dari kampung. Oleh

itu selepas bersara mereka ingin balik ke tempat asal

mereka. Pembangunan yang pesat selepas kemerdekaan di

pusat bandar telah menyebabkan banyak bangunan rumah

kedai di negara sedang membangun dirobohkan dan diganti

dengan bangunan pencakar langit untuk ruang pejabat dan

tempat membeli-belah. Pembinaan kawasan perumahan di

pinggir bandar dan dengan adanya kemudahan

pengangkutan awam dan pemilikan kenderaan sendiri telah

membolehkan penduduk yang tinggal di pusat bandar

berpindah ke kawasan perumahan berulang-alik ke tempat

kerja di pusat bandar setiap hari. Walaupun dari tahun 1992

hingga 1999 kebanyakan migran berpindah ke kawasan

bandar, namun peratusan mereka yang berpindah ke

kawasan luar bandar juga tinggi iaitu sekitar 46.2 – 49.7

peratus (Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia dan Sosial,

2007)

Page 22: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

21

Tempat-Tempat Dalam Bandar

Kemajuan bidang pengangkutan telah menggalakkan

perpindahan antara tempat-tempat dalam bandar. Selalunya

penduduk yang mendiami kawasan tengah bandar

berpindah ke kawasan-kawasan suburb. Ini boleh dilihat

pada golongan yang berpendapatan tinggi dan sederhana

yang tinggal di tengah bandar dan telah berpindah ke

pinggiran. Salah satu sebab mengapa berlakunya

perpindahan ini adalah kerana terdapat kawasan perumahan

yang lebih baik dan keadaan persekitaran yang bersih.

Transmigrasi

Ini adalah migrasi dari pulau ke pulau yang dirancang olek

kerajaan. Tujuan utama migrasi secara ini ialah untuk

mengatasi masalah kepadatan penduduk yang terlalu tinggi

di satu- satu pulau. Contohnya dari Pulau Jawa ke pulau lain

seperti Irian Jaya, Sumatera dan Kalimantan yang

berpenduduk jarang. Transmigrasi merupakan dalam rangka

menolong penduduk setempat, melalui proses sosiologi

diharapkan masyarakat akan meningkatkan keterampilan

Page 23: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

22

dalam bertani, dan cara pertanian pindah menjadi pertanian

menetap, di samping telah terjadi amalgamasi di bidang

budaya bertani (Harry, 2005).

TREN MIGRASI DALAMAN

Migrasi dalaman merujuk kepada perpindahan penduduk

dari lokaliti tempat tinggal ke lokaliti tempat tinggal yang lain

(David Swanson, et.al 2004). Seiring dengan pembangunan

yang berlaku di Negara Malaysia, tren migrasi yang berlaku

agak rancak terutamanya kearah negeri-negeri yang sedang

giat membangun dan merupakan negeri yang maju dengan

perindustrian. Di Malaysia, faktor utama yang telah

menyebabkan berlakunya migrasi ialah faktor ekonomi dan

faktor pendidikan. Kebanyakan migrasi yang berlaku kerana

masyarakat ingin mencari peluang-peluang pekerjaan dan

melanjutkan pelajaran ketahap yang lebih tinggi. Namun

begitu, tren migrasi dalaman yang berlaku di Malaysia juga

turut dipengaruhi oleh faktor samp[ingan seperti mencari

Page 24: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

23

persekitaran baru, mengikut keluarga, tugas kerja dan

sebagainya.

Corak migrasi dalaman yang berlaku di Malaysia boleh

dibahagikan kepada empat corak iaitu Bandar ke Bandar,

Bandar ke luar Bandar, luar Bandar ke Bandar dan luar

Bandar ke luar Bandar. Migrasi yang berlaku dari satu negeri

ke negeri yang lain atau dikenali juga dengan pergerakan

dari satu strata ke strata yang lain merupakan faktor paling

utama dalam menentukan taburan semula penduduk di

negara ini. Kebiasaannya strata bandar dikelaskan mengikut

strata Bandar besar dan metropolitan manakala strata kecil

melingkupi kawasan Bandar kecil dan strata luar bandar.

Jadual 2 : Taburan Peratusan Migran dalaman Mengikut

Strata Destinasi,Malaysia Pada Tahun 1992-2003

Tahun Peratusan

Bandar (%)

Peratusan Luar

Bandar(%)

Page 25: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

24

1992 53.8 45.2

1993 53.8 45.2

1994 - -

1995 50.5 49.6

1996 53.0 47.0

1997 51.9 48.1

1998 50.3 49.7

1999 52.9 47.1

2000 46.3 46.3

2001 67.3 32.7

2002 60.5 39.5

2003 62.5 37.1

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2007.

Bermula tahun 1992 hinggalah tahun 1999,kebanyakan

migrasi telah berlaku ke kawasan bandar, akan tetapi

peratusan migrasi yang berlaku ke kawasan luar bandar

jugak agak tinggi iaitu antara 46.2 hingga 49.7 (%) peratus.

Perbezaan yang kecil antara tahun 1992-2000 bagi aliran

dibandar telah berlaku. Aliran migrasi ke luar bandar agak

Page 26: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

25

berlainan dari tahun-tahun sebelumnya pada tahun 2000,

dimana aliran migrasi ke luar bandar sebanyak 53.7%. kalau

kita lihat, perbezaan yang ketara berlaku antara migrasi luar

bandar dan migrasi ke bandar dalam tempoh masa tahun

2001-2003. Disitu kita dapat melihat peratusan ke luar

bandar kurang dari 40%. Hal ini menunjukkan, migran ke

bandar pada tempoh tersebut mencatatkan peningkatan

yang ketara. Hal ini berpunca dari pengelasan semula lokaliti

dan strata yang mana kawasan luar bandar telah dinaik taraf

menjadi kawasan bandar antara tahun 2001-2003.

Tren Destinasi Migran Mengikut Pencapaian Pendidikan

Page 27: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

26

Jadual 3 : Peratusan Migran yang berhijrah ke tempat lain

mengikut Pencapaian Pendidikan mengikut perubahan

lokaliti 1992-2003.

Tahu

n

Tiada

pendidi

kan

rasmi

(%)

Pendidikan

rendah

(%)

Pendidikan

meneng

ah (%)

Tpendidikan

terteari

(%)

Luar

band

a

r

band

a

r

Luar

band

a

r

Band

a

r

Luar

banda

r

Band

a

r

Luar

band

a

r

band

a

r

1992 50.0 41.0 55.9 44.1 40.7 50.3 33.0 67.0

1993 55.5 44.5 58.9 41.1 40.6 59.4 26.7 73.3

1994 - - - - - - - -

1995 69.1 30.9 55.8 44.2 46.0 54.0 35.0 65.0

1996 56.7 43.3 55.0 45.0 45.0 55.0 32.6 67.4

1997 62.4 37.6 59.2 40.8 45.8 54.2 35.0 65.0

1998 65.9 34.1 54.0 46.0 47.5 52.5 37.3 62.7

Page 28: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

27

1999 47.4 52.3 62.1 37.9 44.3 55.7 34.6 65.4

2000 55.4 44.6 62.5 37.5 50.4 49.6 45.1 54.9

2001 41.5 58.5 42.8 57.2 30.1 69.9 25.1 74.9

2002 61.4 38.6 43.2 56.8 36.9 63.1 24.7 75.3

2003 45.5 54.5 49.9 50.1 34.7 65.3 25.7 74.3

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, (2007).

Dalam tren migrasi dalaman di malaysia, tahun 1990-1998

menunjukkan migran yang tiada pendidikan rasmi lebih

cenderung ke arah kawasan luar bandar dan selepas

tempoh itu, migran tidak menentu dengan menunjukkan

jumlah peratusan yang turun naik.

Kawasan luar bandar juga merupakan hala tuju

generasi berpendidikan rendah bagi tempoh masa 1992-

2000. Tahun 2000 merupakan tahun paling tinggi

mencatatkan migran ke luar bandar dari segi pendidikan

rendah iaitu sebanyak 62.5 peratus. Pada tahun 1998

merupakan peratusan migran paling rendah iaitu 54.0

peratus. Dalam tempoh tiga tahun terakhir iaitu tahun 2001

hingga 2003,dapat dilihat migran berpendidikan rendah ke

Page 29: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

28

luar bandar hanya mencatatkan peratusan yang agak

rendah iaitu antara 42.8 hingga 49.9 peratus sehaja. Dalam

ketegori menengah pula, keadaan sebaliknya dapat dilihat.

Dalam tempoh antara tahun 1992 hingga 1999 peratusan

sekitar 52.2 hingga 59.3 peratus telah dicatatkan. Pada

tahun 2000 pula, migran dalam katageri ini hanya

mencatatkan 49.6 peratus migran sehaja akan tetapi ianya

lebih tinggi daripada kategeri berpendidikan rendah dan

kategeri tiada pendidikan rasmi. Kategeri menengah ini terus

unggul mencatat peratusan tinggi bagi tempoh tahun 2001

hingga 2003 iaitu sebanyak 63.1 hingga 69.9 peratus.

Migran yang bertaraf pendidikan tertiari agak tertumpu

ke kawasan bandar sepanjang tahun dari 1992 hinggalah

tahun 2003. Pendidikan tertiari mencatat peratusan tertinggi

berbanding dengan katogeri aliran migrasi yang lain.

Peratusannya telah melebihi 70 peratus kecuali pada tahun

2000. Hal ini berpunca daripada sektor pendidikan tertiari

Page 30: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

29

kebanyakannya hanya tertumpu di kawasan bandar selain

daripada peluang pekerjaan kelas tinggi kebanyakannya

tertumpu di bandar.

Tren Destinasi Migrasi Dalaman Mengikut Taraf Perkahwinan

Jadual 4 : Taburan Peratusan Migran dalaman mengikut

Taraf Perkahwinan dan Strata di Malaysia,1992-2003

Tahun Tidak pernah

berkahwin

(%)

Berkahwin

(%)

Balu/dudu/bercer

ai

(%)

Migra

n

Banda

r

L.banda

r

Banda

r

L.banda

r

bandar L.banda

r

1992 60.6 39.4 53.1 46.9 46.0 54.0

1993 66.0 34.0 49.7 50.3 58.9 41.1

1994 - - - - - -

1995 59.4 40.6 48.4 51.6 40.7 59.3

1996 63.8 36.2 48.8 51.2 53.0 47.0

1997 58.9 41.1 48.8 51.2 57.9 42.1

1998 61.9 38.1 46.3 53.7 49.8 50.2

1999 61.7 38.3 49.4 50.6 56.8 43.2

Page 31: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

30

2000 56.8 43.2 42.7 57.3 46.8 53.3

2001 75.9 24.1 64.4 35.6 63.0 37.0

2002 70.9 29.1 58.0 42.0 61.9 38.1

2003 70.3 29.7 61.4 38.6 59.9 40.1

Sumber: Jabatan perangkaan Malaysia, 2007.

Migrasi ke bandar dapat dilihat dimanopoli oleh

golongan yang tidak pernah berkahwin. Berkemungkinan

pergerakan golongan ini ke bandar kerana mereka bebas

untuk membuat keputusan karier mereka disamping mencari

kehidupan baru di bandar. Dari tahun 1922 hingg 2000,

sekitar 56.8 hingga 66.0 peratus golongan yang tidak pernah

berkahwin bermigran ke pusat bandar dan terus meningkat

selepas itu dengan angka lebih 70 peratus.

Golongan yang berkahwin pula agak tinggi pada tahun

1992 dimana telah mencatatkan 53.1 peratus. Pada tahun

1993 perubahan terus berlaku sehingga tahun 2000 dimana

golongan yang berkahwin agak tinggi di kawasan luar

bandar. Jika kita lihat peningkatan yang agak ketara iaitu

pada tahun 1993 peratusan golongan ini yang menuju ke

Page 32: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

31

bandar ialah 50.3 peratus dan meningkat kepada 57.3

peratus pada tahun 2000. Tahun 2001-2003 telah

menampakkan kembali peningkatan golongan berkahwin

menuju atau bermigrasi ke bandar denga peratusan yang

agak tinggi iaitu 64.4 peratus pada tahun 2001. Kejadian ini

mungkin berlaku disebabkan perupahan lokaliti dan strata

yang digunakan telah berupaya mengubah tumpuan migran.

Bagi golongan yang berstatus balu/duda dan bercerai,tren

migrasi mereka agak tidak menentu akan tetapi selepas

tahun 200, tumpuan mereka agak terdorong ke kawasan

bandar.

Tren Migrasi Dalaman Mengikut Jantina Di Malaysia 1992-2003

Jadual 5 : Taburan Peratus Migrasi dalaman di Malaysia mengikit

Jantina pada tahun 1992-2003

Tahun Migran dalaman lelaki (%) Migran dalaman wanita (%)

Bandar Luar bandar Bandar Luar bandar

1992 51.9 48.1 55.9 44.1

1993 53.3 46.7 54.4 45.6

1994

Page 33: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

32

1995 49.7 50.3 51.3 46.7

1995 52.2 47.8 53.9 46.1

1997 51.9 48.1 51.7 48.3

1998 50.6 49.4 49.9 50.1

1999 51.6 48.4 54.4 45.6

2000 46.4 53.6 46.3 53.7

2001 67.1 32.9 67.5 32.5

2002 60.6 39.4 60.5 39.5

2003 62.9 37.1 62.9 37.1

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, (2007).

Jika kita lihat, migrasi dalaman yang berlaku antara

kaum wanita dan lelaki ialah domonopoli oleh golongan

lelaki. Migran lelaki yang berhijrah ke bandar berada di

tahap 51.9 peratus pada tahun 1992 dan ianya kekal

menunjukkan penhijrahan melebihi 50 peratus sehinggalah

tahun 1999. Migran lelaki di kawasan luar bandar juga agak

tinggi iaitu lebih kurang 46 peratus dan paling tinggi ialah

p;ada tahun 2000 iaitu sebanyak 53.6 peratus. Selepas

persempadanan semula atau pengelasan lokaliti pada tahun

Page 34: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

33

2001 dapat dilihat migran kaum lelaki lebih tertumpu ke arah

bandar. Bermula tahun 2001, tren migrasi wanita juga dapat

dilihat semakin ketara menuju ke arah bandar.

Sebagai kesimpulannya, dapat dikatakan semua ciri

demografi dan sosial begitu memainkan peranan dalam

meningkatkan tren migrasi di Malaysia. Migrasi dalaman

yang berlaku di negara ini lebih tertumpu dari luar bandar ke

bandar. Komposisi yang ditunjukkan adalah lebih besar dari

arah aliran migrasi ke kawasan luar bandar. Selepas tahun

2000,kita dapat melihat migrasi yang berlaku lebih tertumpu

ke kawasan bandar.

FAKTOR TARIKAN DAN TOLAKAN MIGRASI DI MALAYSIA

Faktor Tarikan Migrasi Dalaman di Malaysia

Page 35: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

34

a) Motif Ekonomi

Faktor tarikan adalah ciri-ciri atau kelebihan yang ada

pada tempat yang dituju yang membawa kepada

migrasi. Menurut Lee (1976), motivasi utama untuk

berpindah adalah motif ekonomi, motif yang mana

berkembang kerana adanya perbezaan ekonomi antara

daerah. Oleh kerana itu, penduduk cenderung ke

bandar yang memiliki kekuatan yang relatif diharapkan

dapat memenuhi keperluan ekonominya. Kemajuan

dan pembangunan yang berlaku di bandar mendorong

belia-belia luar bandar berhijrah seperti faktor peluang-

peluang pekerjaan yang terbuka luas, ini disokong

dengan pertumbuhan kilang-kilang yang menyediakan

banyak peluang–peluang pekerjaan sebagai contoh di

Shah Alam, Butterworth, Johor Bahru dan bandar-

bandar utama yang lain.

b) Kemudahan Awam

Faktor kemudahan awam juga menjadi salah satu

faktor penarik yang menarik perhatian para belia luar

Page 36: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

35

bandar untuk berhijrah ke bandar. Umpamanya, di luar

bandar kemudahan-kemudahan infrastruktur yang baik

sukar didapati seperti hospital, klinik, jaringan jalan raya

dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan seperti ini

mudah didapati di bandar-bandar besar yang

memberikan keselesaan yang luar biasa kepada belia-

belia. Selain itu, faktor pendidikan, peluang-peluang

perniagaan, dan pertumbuhan pusat-pusat hiburan

menjadi pokok persoalan penghijrahan belia ke bandar.

c) Urbanisasi

Sejak zaman penjajahan British, pembangunan

ekonomi dan sosial yang tidak seimbang di antara

bandar dan luar bandar di Malaysia telah menyebabkan

corak penghijrahan belia dari luar bandar ke bandar

berlaku dengan pesatnya. Semasa penjajahan British,

tumpuan pembangunan hanya tertumpu pada pantai

barat Semenanjung Malaysia, iaitu Kuala Lumpur, Ipoh,

Negeri Sembilan dan Pahang; manakala wilayah lain

seperti Pantai Timur telah diabaikan. Perkembangan di

Page 37: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

36

Sabah dan Sarawak pula kurang pesat. Menjelang

tahun 1960-an, kerajaan telah menggalakkan “Dasar

Penggantian Import”. Ia telah menggalakkan

perkembangan industri ringan di bandar-bandar,

sementara sektor pertanian mula diabaikan.

Pergantungan kepada sektor pertanian dikurangkan

berikutan dengan harganya yang tidak stabil dan

hasilnya tidak tetap. Menjelang tahun 1980-an,

Malaysia mula menggalakkan perkembangan industri

berat termasuk industri besi dan keluli, serta industri

automobil iaitu PROTON.

d) Peluang Pekerjaan

Perkembangan yang pesat dalam bidang pengeluaran

khususnya memerlukan tenaga buruh sama ada mahir,

separuh mahir, mahupun tidak mahir yang banyak.

Keadaan ini telah menarik perhatian para belia di luar

bandar berhijrah ke bandar untuk mendapatkan

pekerjaan yang dianggap lebih baik dan terjamin. Ini

Page 38: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

37

ditambah lagi dengan kadar pendapatan yang

ditawarkan adalah lebih lumayan dan tetap berbanding

dengan pendapatan di luar bandar di mana hasil aktiviti

ekonominya tidak tetap.

Golongan belia yang berhijrah ke bandar di

samping mencari pekerjaan untuk meningkatkan kualiti

kehidupan mereka juga mempunyai tujuan untuk

melanjutkan pelajaran atau mendapatkan kemahiran.

Tidak dinafikan bahawa di bandar banyak terdapat

sekolah-sekolah vokasional, teknik atau Pusat Giat

Mara, kolej, maktab, universiti awam, dan swasta.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Ayres (1990) dalam

bukunya yang bertajuk The Theory of Economic Growth

bahawa pelajaran atau pendidikan adalah syarat yang

paling utama untuk pembangunan ekonomi negara.

Sesebuah masyarakat boleh berdiri di atas kaki sendiri,

sebagaimana contohnya Negara Jepun, andainya

mereka mempunyai tenaga mahir dan terlatih (Conyers

,1992).

Page 39: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

38

Faktor Tolakan Migrasi Dalaman di Malaysia

Migrasi dalaman sesebuah negara tidak dapat dielakkan

berlaku, dan ianya akan berlaku dalam setiap tahun,

contohnya migrasi dalaman yang berlaku di negara

Malaysia. Pelbagai faktor dapat dilihat yang amat

mempengaruhi migrasi dalaman di Malaysia ini, antaranya

ialah faktor tolakan. Faktor tolakan menurut Kosinski dan

Prothero (1989) ialah seperti kehilangan pekerjaan,

penindasan beragama, bangsa dan politik, kerenggangan

sosial, kebudayaan dan peribadi dan bencana alam dan

sosial.

a) Faktor Pekerjaan

Pekerjaan memainkan faktor tolakan penting dalam

menjadikan migrasi dalaman ini terjadi secara drastik,

hal ini akibat daripada masalah pengangguran yang

tinggi dan untuk tujuan menyara hidup dalam

meningkatkan taraf hidup sendiri. Di Malaysia, yang

terjadi di negeri semenanjung pantai timur ramai

Page 40: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

39

penduduknya berhijrah ke semenanjung pantai barat

akibat daripada peluang pekerjaan yang banyak

berbanding di negeri sendiri yang tidak membangun.

Contohnya dapat dilihat apabila pembukaan kawasan

industri baru seperti di Lembah Klang, Selangor, ini

menjadi tempat tumpuan orang ramai mencari

pekerjaan. Kuala Lumpur dan ibu negeri menjadi pusat

pentadbiran, pengangkutan, perdagangan, perniagaan,

kebudayaan dan pendidikan. Pada 1980, guna tenaga

dalam sektor perkilangan, pembinaan, pengangkutan,

perkhidmatan kerajaan dan perkhidmatan lain di

Lembah Klang berkembang melebihi 90 peratus

daripada guna tenaga pada tahun 1970. Oleh itu, faktor

ini banyak dalam menyumbang kepada migrasi

dalaman Malaysia.

b) Faktor Dasar Kerajaan

Faktor dasar kerajaan ini merujuk kepada pembukaan

tanah, seperti pembukaan tanah rancangan oleh

Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA ) sekitar tahun

Page 41: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

40

1957. Mengikut Mac dan Yamamoto (1976), migrasi

dalaman penduduk Semenanjung Malaysia adalah

disebabkan oleh program pembangunan wilayah,

terutamanya di Pahang. Hal ini, disebabkan desakan

kerajaan dalam membangunkan tanah-tanah di

semenanjung Malaysia untuk meningkatkan

pendapatan dan taraf hidup peneroka dan generasi bari

di FELDA adalah membangunkan skim pembangunan

tanah FELDA sebagai pusat pertumbuhan baru yang

mengandungi aktiviti industri hiliran serta dilengkapi

infrastruktur dan kemudahan yang lebih baik.

Contohnya daripada tanah rancangan ini terhasilnya

FELDA Keratong Bandar Tun Abdul Razak dan FELDA

Jengka, Pahang yang dibangunkan melalui tanaman

kelapa sawit. Pembukaan tanah rancangan baru ini

menyebabkan berlaku pemindahan penduduk dari

kawasan luar bandar yang tidak terlibat dengan

rancangan pembangunan wilayah ini dan ia turut

melibatkan pemindahan penduduk bandar yang mahu

mencari pekerjaan baru dan lari daripada kesesakan

Page 42: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

41

lalu lintas di bandar yang banyak tekanan. Selain itu,

usaha untuk menyediakan penempatan baru yang

dilengkapi dengan infrastruktur asa dan kemudahan

awam, program seperti Penyatuan Semula Kampung,

Pusat Pertumbuhan Desa dan Pembangunan

Bersepadu Desa Terpencil. Oleh itu, faktor ini banyak

menyumbang kepada migrasi dalaman Malaysia.

c) Faktor Kemudahan Asas

Faktor sosial menjadi salah satu faktor tolakan kepada

berlakunya migrasi dalaman di negara ini. Misalnya

dalam perkhidmatan kemudahan asas seperti sumber

tenaga elektrik dan air bersih menjadi pemangkin

berlakunya migrasi dalaman Malaysia. Selain itu,

kemudahan lain seperti jaringan pengangkutan,

perkhidmatan perubatan, perkhidmatan pendidikan,

dan kemudahan infrastruktur menjadi penarik kepada

berlakunya migrasi dalaman ini. Contohnya, dengan

adanya kemudahan perkhidmatan pendidikan untuk

melanjutkan pendidikan di peringkat yang lebih tinggi,

Page 43: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

42

seperti di Bandar Baru Bangi, Selangor, dengan

adanya Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM, ia

menjadi tumpuan orang ramai dan peningkatan

penduduk masuk menjadi lebih ramai. Selain itu,

jaringan pengangkutan yang pantas seperti LRT,

Monorel dan RapidKL akan meningkatkan darjah

mobiliti untuk berhubungan dari satu kawasan ke

kawasan lain. Dengan itu, masyarakat luar bandar akan

mudah untuk berpindah ke kawasan bandar yang

memudahkan mereka untuk bergerak iaitu pemindahan

dari Pedalaman Sabah dan Sarawak ke Shah Alam

atau Kuala Lumpur. Oleh itu, faktor sosial turut menjadi

penyumbang dengan berlakunya migrasi dalaman

Malaysia.

d) Faktor Pencemaran Udara

Pencemaran udara sering dikaitkan dengan perlepasan

gas-gas tercemar seperti gas Karbon Dioksida (CO₂),

Karbon Monoksida dan Sulfur Dioksida. Gas-gas yang

Page 44: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

43

dilepaskan oleh kenderaan bermotor, kilang-kilang

perindustrian dan sebagainya menyebabkan

berlakunya pencemaran udara di kawasan sekitar. Oleh

itu, faktor ini menggalakkan kepada berlakunya migrasi

dalaman terutamanya migrasi bandar ke luar bandar.

Hal ini disebabkan pencemaran udara yang tinggi dan

boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada

penduduk setempat seperti sakit jantung, asma, kanser

kulit dan sebagainya. Selain itu, fenomena jerebu boleh

terjadi dengan kerap dan mendatangkan masalah

kepada semua pihak. Contohnya di kawasan Lembah

Klang, Selangor, merupakan kawasan perindustrian

dan Indeks Kualiti Udara (IPU) adalah di tahap tinggi

pencemaran. Dengan itu, ramai penduduk setempat

berhijrah ke kawasan yang lebih selesa dan IPU berada

di tahap rendah pencemaran dan selamat seperti

pedalaman Kelantan, Terengganu dan Pahang yang

mempunyai udara yang segar dan bebas daripada

pencemaran.

Page 45: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

44

e) Faktor Kos Hidup Tinggi

Kos hidup merupakan faktor yang diambil berat dalam

merancang perjalanan kehidupan individu mahupun

keluarga. Migrasi dalaman yang berlaku disebabkan

faktor ini ialah migrasi bandar ke luar bandar. Hal ini

terjadi disebabkan di bandar kos sara hidup amat

tinggi, seperti sewa rumah, bil utiliti, dan sebagainya

yang menyebabkan berlakunya migrasi ke luar.

Contohnya seperti di bandar-bandar besar seperti

Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Pulau Pinang, ramai

penduduknya bergerak tinggal di luar bandar bagi

mengelakkan kos sara hidup yang tinggi yang dihadapi

jika tinggal di bandar-bandar tersebut. Mereka yang

berpendapatan rendah kerana tidak semua masyarakat

bandar yang bekerja mempunyai pulangan pendapatan

yang tinggi. Oleh itu, kos faktor yang tinggi di bandar

menyebabkan migrasi ke luar berlaku.

IMPLIKASI MIGRASI

Page 46: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

45

Setiap perkara yang berlaku mempunyai kesannya, sama

ada kesan positif mahupun kesan negatif. Perkara yang

sama juga berlaku dalam fenomena migrasi dalaman di

Malaysia. Antara kesan positif yang dapat dilihat ialah

penggunaan dan pembangunan sumber alam meningkat di

kawasan yang didatangi oleh para migrasi sejajar dengan

pertambahan penduduk. Hal ini demikian kerana, migrasi

masuk penduduk ke sebuah kawasan membolehkan

kawasan itu mempunyai tenaga buruh yang mencukupi bagi

menjana dan membangunkan sumber-sumber alam yang

ada. Sebagai contoh, sumber tanah di Rancangan

Pembangunan Wilayah JENGKA, DARA, KESEDAR< KE

TENGAH dan KEJORA dapat dimajukan dengan sektor

perladangan getah dan kelapa sawit. Kemajuan ini

disebabkan kemasukan migran penduduk desa dalam

program penempatan peneroka yang dilakukan oleh FELDA

pada awal 1970-an. Golongan peneroka melakukan kerja-

kerja buruh seperti pembersihan tapak ladang, penanaman,

pengutipan hasil dan penghantaran ke kilang memproses.

Page 47: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

46

Selain itu, penduduk yang berhijrah dari pedalaman ke

kawasan perindustrian seperti di Shah Alam secara tidak

langsung dapat meningkatkan taraf kehidupan masing-

masing. Para migran berhijrah ke kawasan bandar untuk

mencari pekerjaan yang lebih baik dan memperoleh

pendapatan yang lebih lumayan berbanding di kawasan

asal. Sebagai contohnya, peluang pekerjaan dalam

pentadbiran, pengurusan, juruteknik dan sebagainya dalam

perkilangan dan perindustrian. Sehubungan dengan itu,

mereka akan mendapat pendapatan yang lumayan,

meningkatkan taraf hidup, mengurangkan kadar kemiskinan

dan mengurangkan kadar pengangguran.

Para migran juga berhijrah ke bandar-bandar bagi

melanjutkan pelajaran. Sebagai contohnya, ke Universiti

Malaya (UM) di Kuala Lumpur, Universiti Teknologi Mara

(UiTM) di Shah Alam dan Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM) di Bandar Baru Bangi. Hal ini demikian kerana,

setelah mereka mendapat pendidikan yang lebih tinggi

dengan adanya segulung ijazah, mereka akan menjawat

Page 48: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

47

jawatan yang lebih tinggi apabila pulang bekerja di tempat

asal. Sebagai contohnya, menjadi kerani, pengurus dan

berkhidmat dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.

Peluang pendidikan yang banyak sudah tentu mampu untuk

mengurangkan kadar buat huruf dalam kalangan

masyarakat luar bandar terutamanya.

Namun, implikasi negatif lebih banyak dibawa oleh

migrasi dalaman di Malaysia berbanding positif. Antara

kesan negatif migrasi dalaman terhadap kawasan asal dan

kawasan destinasi adalah tekanan terhadap sumber alam

khususnya sumber tanah. Hal ini demikian kerana, berlaku

persaingan guna tanah yang ketara antara penempatan,

industri, pembandaran, kemudahan asas, pertanian dan

sebagainya di Bandar Raya Kuala Lumpur. Saiz tanah yang

tidak bertambah berbanding kepadatan dan intensiti guna

tanah akan menimbulkan tekanan terhadap tanah-tanah

yang ada. Kemasukan migrasi akan menambahkan bilangan

penduduk, justeru kawasan penempatan dan perumahan

perlu dibina bagi memenuhi keperluan penduduk berkenaan.

Page 49: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

48

Pembukaan kawasan penempatan baru akan

mengorbankan kawasan guna tanah yang sedia ada seperti

guna tanah pertanian. Kini, estet-estet pertanian bertukar

kepada perindustrian.

Selain itu, kepupusan sumber alam akan terjadi untuk

jangka masa yang panjang. Migrasi masuk penduduk

terhadap sesuatu kawasan yang mempunyai sumber

berpotensi menyebabkan lama-kelamaan sumber tersebut

mengalami kepupusan dan diancam kehabisan khususnya

sumber yang tidak boleh diperbaharui. Sebagai contohnya,

sumber bijih timah di Ipoh, Perak. Hal ini demikian kerana,

kemasukan migran Cina ke Tanah Melayu pada awal abad

ke-19 lagi. Sumber-sumber hutan di kawasan bandar juga

hampir kehabisan kerana proses penebangan dan

penerokaan yang sentiasa berlaku bagi memenuhi

permintaan sektor perumahan, urbanisasi dan perkilangan

yang semakin bertambah sejajar dengan kemasukan

penduduk ke kawasan bandar.

Page 50: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

49

Di samping itu, pencemaran dan kerosakan sumber

alam akan berlaku. Sumber-sumber dan air tercemar di

kawasan menjadi tumpuan penduduk. Misalnya pencemaran

air Sungai Gombak dan Sungai Klang akibat tumpuan

setinggan di sepanjang tebingnya. Kadar pencemaran

sumber biasanya sejajar dengan peningkatan jumlah

penduduk. Sumber air tercemar melalui pembuangan sisa

domestik seperti sampah sarap, enfluen industri dan lain-

lain. Kadar pencemaran ini adalah tinggi dan serius di

bandar-bandar yang pesat dan padat penduduknya seperti

Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya, Georgetown,

Johor baharu dan Ipoh. Sumber udara di bandar pula

tercemar akibat pelepasan bahan-bahan pencemar

khususnya Karbon Dioksida, Karbon Monoksida, Sulfur

Dioksida dan Hidrokarbon serta partikel-partikel terampai

seperti debu , habuk , asap jelaga dan sebagainya oleh

industri dan kenderaan. Jika kepekatan partikel terampai

(PM10) tinggi khususnya dalam keadaan udara kering maka

atmosfera bandar akan diselaputi oleh ‘jerebu’. Selain itu,

sumber tanah pula mengalami hakisan dan runtuhan akibat

Page 51: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

50

penerokaan yang berlebihan oleh penduduknya khususnya

dalam proses pembinaan bagi kawasan penempatan dan

perkilangan.

Seterusnya, pembaziran sumber juga akan berlaku.

Bagi kawasan yang jarang penduduk maka sumber-sumber

ada akan terbiar begitu sahaja kerana kekurangan tenaga

buruh untuk mengusahakannya, misalnya sumber tanah.

Banyak kawasan luar bandar yang terdapat di Kelantan ,

Terengganu, dan Pahang mengalami masalah tanah terbiar

tanpa di usahakan. Sumber-sumber pertanian dan perikanan

juga mengalami krisis tenaga. Sumber-sumber tersebut tidak

dapat dibangunkan akibat migrasi golongan muda secara

beramai-ramai ke bandar-bandar besar. Dalam kes sumber

pertanian, Malaysia mengalami krisis tenaga buruh dalam

sector perladangan getah dan kelapa sawit sehingga

terpaksa menggunakan tenaga buruh import dari Indonesia.

Sektor perladangan di anggap sebagai sektor yang kritikal

mengalami krisis tenaga manusia.

Page 52: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

51

Kesan lain yang dapat dilihat apabila terlalu ramai

migran dari luar bandar mendiami sesebuah kawasan

bandar hingga menjadi padat terutamanya di bandar

sebelah pantai barat seperti Selangor telah menyebabkan

peningkatan gejala sosial di kawasan tersebut. Apabila

jumlah penduduk kian bertambah, secara tidak langsung

telah mengurangkan peluang seseorang individu itu untuk

memperoleh pekerjaan. Oleh sebab itu, terdapat segelintir

penduduk mengambil jalan mudah untuk mendapatkan

wang dengan melakukan aktiviti ragut, merompak dan

mencuri. Kejadian pecah masuk rumah sering terjadi di

kawasan perumahan terutama pada waktu siang kerana

pada waktu ini tuan rumah keluar bekerja dan rumah

kosong. Peluang ini diambil bagi menjalankan operasi

mencuri mereka.

KATA KUNCI

Page 53: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

52

Migrasi – Perpindahan penduduk dengan tujuan untuk menetap

dari suatu tempat ke tempat

lain melalui batas politik atau negara ataupun batas

pentadbiran dari suatu negara.

Migrasi Dalaman - Migrasi yang berlaku dalam sempadan politik

dan pentadbiran yang sama.

Amalgamasi – Satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras

bercampur untuk membentuk

budaya atau ras yang baru.

Model Neo-Klasik - Model ini menerangkan peranan positif

migrasi luar bandar ke bandar bagi negara maju.

Berdasarkan teori ekonomi neo-klasik, perbezaan

upah antara kawasan merupakan faktor utama

yang merangsang penghijrahan buruh.

Model Lebihan Buruh - Model ini sesuai untuk menerangkan

tentang negara sedang membangun yang

mengalami kepesatan pertambahan

penduduk. Pertambahan penduduk ini akan

menyebabkan negara tersebut mempunyai

Page 54: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

53

tanggungan yang tinggi kerana ramai

daripada penduduknya terdiri daripada

golongan belia.

Model Ladang Besar - Sebagai sub model kepada pendekatan

lebihan buruh, model ini menunjukkan bahawa

perubahan ekonomi sesebuah negara diukur

berdasarkan sektor ekonomi primer yang

meliputi sektor pertanian, perhutanan dan

perlombongan di kawasan luar bandar dan

bukannya diukur melalui sektor ekonomi

sekunder dan tertier.

Model Pembangunan Luar Bandar - Model ini sesuai untuk

menerangkan usaha kerajaan yang

cuba mencari jalan bagi mengatasi

masalah ‘kecenderungan ke bandar’.

SOALAN PEMBELAJARAN

Page 55: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

54

1. Apakah yang dimaksudkan dengan migrasi dan migrasi

dalaman?

2. Nyatakan jenis-jenis migrasi dalaman di Malaysia?

3. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman

di Malaysia?

4. Nyatakan dan terangkan model-model pembangunan yang

berkaitan dengan migrasi dalaman?

5. Huraikan implikasi yang berlaku akibat migrasi dalaman di

Malaysia?

KESIMPULAN

Migrasi merupakan satu elemen yang penting dalam kehidupan

masyarakat pada hari ini. Perpindahan penduduk yang berlaku

pada kali ini bukan sahaja atas dasar kehendak diri sendiri namun

akibat daripada keperluan semasa yang menyebabkan ramai

yang melakukan migrasi. Migrasi berlaku antara kawasan dalam

Page 56: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

55

negara boleh mencorakkan taburan semula penduduk di negara

berkenaan. Denga itu, corak penduduk yang kompleks mampu

membawa perubahan kepada perkembangan ekonomi negara.

Migrasi sememangnya penting kepada perkembangan

pembangunan negara. Sumber manusia yang berhijrah mampu

untuk menyumbang sesuatu kepada negara dalam

mengembangkan pembangunan negara. Hal ini demikian kerana,

ramai berpendapat bahawa perpindahan ini mempunyai

hubungan rapat dengan aspek pembangunan penduduk. Migrasi

yang berlaku banyak disebabkan oleh dua indikator iaitu faktor

tarikan dan tolakan. Faktor tarikan dalam migrasi dalaman

antaranya peluang pekerjaan, kemudahan sosial, pendidikan dan

kesihatan. Manakalan, faktor tolakan antaranya kawasan asal yag

mundur, tiada kemudahan sosial, serta tiada jaminan pekerjaan di

tempat asal.

Secara keseluruhannya, jenis migrasi dalaman utama yang

berlaku antaranya bandar ke bandar, bandar ke luar bandar luar

bandar ke luar bandar, luar bandar ke luar bandar dan

transmigrasi. Perpindahan ini tidak hanya berlaku pemindahan

Page 57: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

56

dari segi jasad namun ilmu dan kepakaran yang ada terutama

pada anak muda yang ke bandar mampu untuk menjana

perkembangan ekonomi, inovasi dan perubahan sosia, politik dan

ekonomi negara. Dengan itu, tidak mudah untuk menyekat

manusia untuk daripada berpindah ke sesuatu kawasan tertentu

kerana setiap insan yang berpindah akan mampu membawa idea

dan penerimaan inovasi yang tinggi untuk pembangunan yang

mampan. Fenomena dan corak pertumbuhan semula jadi di

malaysia telah berubah disebabkan oleh migrasi di sekitar tahun

1911 dan 1931 kepada pertambahan semula jadi yang

disebabkan oleh perbezaan diantara fertiliti dan mortaliti sekitar

tahun 1931 hingga tahun 1989 (Hairi Abdullah, 1989). Migrasi ini

sudah terbukti memberi perubahan kepada perkembangan

ekonomi, perubahan pertumbuhan penduduk dan pengembangan

sosial terhadap sesuatu kawasan.

Page 58: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

57

Rujukan

Ayres, C.F. (1990). The Theory of Economic Growth. London:

Longman.

Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia & Sosial. (2007). Siaran

khas penyiasatan migrasi:

migrasi bandar-luar bandar, siri 2 bil. 1/2007.

Clarke, J. I. (1998). Terjemahan oleh Rosnah Talib. (1988).

Geografi Penduduk dan Negara Sedang Membangun. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Conyers, D. (1992). Pengenalan Perancangan Sosial di Dunia

Ketiga. Terjemahan. Kuala Lumpur.

Page 59: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

58

Hairi Abdullah. (1989). Penduduk Semenanjung Malaysia:

Struktur, Proses dan Masalah. Bangi: Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Harry Heriawan Saleh. (2005). Transmigrasi: Antara Kebutuhan

Masyarakat Dan Kepentingan

Pemerintah. Pustaka Sinar Harapan. Jakarta

Jabatan Perangkaan Malaysia, (2007). Siaran Khas Penyiasan

Migrasi : Migrasi Bandar-Luar Bandar, Siri 2 bil.1/2007.

Kuala Lumpur.

Jabatan Perangkaan Malaysia .(1991). Laporan Banci Penduduk

dan Perumahan Negara. Kuala Lumpur : Kerajaan Malaysia.

Jabatan Perangkaan Malaysia. (1972). Perangkaan Penting

Malaysia Barat 1970, Kuala Lumpur.

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2000). Penduduk dan

Perumahan, Kuala Lumpur.

Page 60: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

59

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2004). Perangkaan Penting

Malaysia 2004, Kuala Lumpur.

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2005). Laporan Am Banci

Penduduk dan Perumahan, Kuala Lumpur.

Kamus Dewan (3rd Edit).(1996). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Katiman Rostam. (2002). Prinsip Asas Persekitaran Manusia.

Bangi : Penerbit UKM.

Kliot. N. (1995). Global Migration and Ethnicity: Contemporary

case-studies. Dlm Johnston. R.J. et al. (eds), Geographies

of Gobal Change. Blackwell Publisher.

Kompedium Perangkaan Alam Sekitar. (2004). Jabatan

Perangkaan Malaysia. Kuala Lumpur : Percetakan Nasional.

Konsinski, L.A & R.M. Prothero. (1975). People on Move (London:

Methuen Ltd):ms 1-17.

Page 61: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

60

Lee, E. S. (1966). A Theory of Migration Demorgraphy 3”, ms. 47-

57.

Lee, Everett. S. (1976). Teori Migrasi. Pusat Penelitian

Kependudukan UGM.

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mac, A. C. & Yamamoto, K. (1975).Included and Voluntary

Migration in Malaysia: The Federal Land Development

Authority Role in Migration Since 1975. Southeast Asian J.

Social Science.

Ravenstein, E. G. (18850.”The Laws of Migration” , Journal of

Royal Statistical Society 48,ms. 165-235.

Simmon A. B. (1984). Migration and Rural Development:

Conceptual Approach, Researchinding and Policy Issues.

Dlm Population Distribution, Migration and Development.

Department of International Economic and Social Affair. New

York: United Nation

Page 62: Unit 11   modul migrasi dalaman

HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012

61

Spengler, J.J. & Duncan, O.D (1956). Demographic Analysis (The

Free Press of Glencoe). Ms 287-306.

Suriati Ghazali. (1994). Migrasi dan Pembangunan: Tindak balas

Belia Terhadap Pembangunan Luar Bandar di Malaysia.

Dlm. Abibullah Hj. Samsudin. Isu-isu Semasa Dalam

Geografi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Usman Yaakub. (1989). Prinsip Kajian Kependudukan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yogyakarta.