Unit 12 Kerosakan Kabel

13
8/9/2019 Unit 12 Kerosakan Kabel http://slidepdf.com/reader/full/unit-12-kerosakan-kabel 1/13 KEROSAKAN KABEL E3042/ UNIT 12/ 1  Objektif am : Mengetahui dan memahami kerosakan kabel, langkah-langkah serta ujian untuk menentukan kerosakan kabel. Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat : Menerangkan langkah-langkah yang diperlukan untuk menentukan kerosakan kabel. Menerangkan ujian-ujian menentukan kerosakan kabel. Menerangkan ujian untuk mengesan lokasi kerosakan kabel. Menerbitkan persamaan untuk ujian gegelung Varley dan Murray. Menyenaraikan pengawasan yang perlu semasa mengesan lokasi kerosakan kabel. OBJEKTIF

Transcript of Unit 12 Kerosakan Kabel

Page 1: Unit 12 Kerosakan Kabel

8/9/2019 Unit 12 Kerosakan Kabel

http://slidepdf.com/reader/full/unit-12-kerosakan-kabel 1/13

KEROSAKAN KABEL E3042/ UNIT 12/ 1

 

Objektif am :

Mengetahui dan memahami kerosakan kabel, langkah-langkah

serta ujian untuk menentukan kerosakan kabel.

Objektif khusus :

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :

Menerangkan langkah-langkah yang diperlukan untuk 

menentukan kerosakan kabel.

Menerangkan ujian-ujian menentukan kerosakan kabel.

Menerangkan ujian untuk mengesan lokasi kerosakan

kabel.

Menerbitkan persamaan untuk ujian gegelung Varley dan

Murray.

Menyenaraikan pengawasan yang perlu semasa mengesan

lokasi kerosakan kabel.

OBJEKTIF

Page 2: Unit 12 Kerosakan Kabel

8/9/2019 Unit 12 Kerosakan Kabel

http://slidepdf.com/reader/full/unit-12-kerosakan-kabel 2/13

KEROSAKAN KABEL E3042/ UNIT 12/ 2

12.0 Pengenalan

Kerosakan kabel adalah merujuk kepada sesuatu yang akan menyebabkan

 pengaliran arus tidak dapat mengalir dengan sempurna. Iaitu ianya adalahdisebabkan oleh arus tidak dapat mengalir/tiada pengaliran arus (litar 

terbuka) atau litar terpintas iaitu arus akan mengalir dengan nilai yang

sangat besar.

 

Terdapat tiga jenis kerosakan kabel yang sering berlaku iaitu :

i. Kerosakan litar pintas (pintas di antara teras ‘hidup’ dengan

‘neutral’).ii. Kerosakan litar buka.

iii. Kerosakan bocor ke bumi (pintas di antara teras ‘hidup/ dengan

‘bumi’).

INPUT

Apa kena dengankabel ni? Problem

apalah pula?

Macamana nak buat?

Page 3: Unit 12 Kerosakan Kabel

8/9/2019 Unit 12 Kerosakan Kabel

http://slidepdf.com/reader/full/unit-12-kerosakan-kabel 3/13

KEROSAKAN KABEL E3042/ UNIT 12/ 3

12.1 Langkah menentukan kerosakan kabel

Untuk menentukan kerosakan kabel, empat langkah hendaklah

dilakukan terlebih dahulu, iaitu :

1. Membuat pengujian

a) Ujian keterusan - iaitu bagi menentukan kerosakan litar  buka)

 b) Ujian penebatan - iaitu untuk menentukan kerosakan litar 

 pintas.

2. Menjalankan ujian lokasi kerosakan dari terminal kabel.

• Bagi menentukan jarak kerosakan secara kasar dari tempat

 berlakunya kerosakan dari stesyen pengujian.

3. Menjalankan ujian pengesahan titik kerosakan.• Bagi menentukan lokasi sebenar dimana kerosakan telah

 berlaku.

4. Membuat pembetulan/baikpulih pada kabel yang berkenaan.

12.1.1Alat serta ujian bagi menentukan kerosakan kabel.

Alatan tangan utama yang digunakan untuk menentukan kerosakan

kabel samada jenis kerosakan litar buka atau litar pintas ialahmeter ohm. Disamping itu beberapa pengujian boleh dijalankan

 bagi menentukan kerosakan kabel tersebut. Di antaranya adalah :

1. Ujian Keterusan

2. Ujian Rintangan Penebat.

Page 4: Unit 12 Kerosakan Kabel

8/9/2019 Unit 12 Kerosakan Kabel

http://slidepdf.com/reader/full/unit-12-kerosakan-kabel 4/13

KEROSAKAN KABEL E3042/ UNIT 12/ 4

Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya Sila semak jawapan

anda pada maklumbalas di halaman berikutnya.

12.1 Nyatakan tiga jenis kerosakan kabel yang biasa berlaku.

12.2 Nyatakan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menentukankerosakan kabel.

12.3 Berikan alatan tangan yang sering digunakan bagi menentukan kerosakankabel.

AKTIVITI 12a

Page 5: Unit 12 Kerosakan Kabel

8/9/2019 Unit 12 Kerosakan Kabel

http://slidepdf.com/reader/full/unit-12-kerosakan-kabel 5/13

KEROSAKAN KABEL E3042/ UNIT 12/ 5

12.2 Ujian menentukan kerosakan kabel

12.2.1 Ujian Keterusan

Merupakan ujian bagi menentukan kerosakan kabel dari jenis litar 

 buka. Ujian ini biasanya menggunakan satu set loceng dan bateriatau dengan menggunakan multimeter. Antara kaedah yang

digunakan adalah seperti pada rajah di bawah :

Rajah 12.1, merupakan satu ujian terhadap kabel dalam konduit di

mana jajarannya adalah pendek. Untuk menguji kabel CC1 , satu

sambungan dibuat dari set loceng tersebut kepada C dan satu

sambungan lagi disambungkan ke hujung kabel C yang satu lagi(C1). Sekiranya loceng berbunyi, maka kabel yang diuji berada

dalam keadaan baik dan akan ditanda dengan label C. Untuk kabel

A dan B, cara yang sama juga turut dilakukan.

Rajah 12.1 : Ujian Keterusan Kabel, jajaran pendek 

Ini bukan ujian

untuk menghadapi

peperiksaan!

INPUT

Page 6: Unit 12 Kerosakan Kabel

8/9/2019 Unit 12 Kerosakan Kabel

http://slidepdf.com/reader/full/unit-12-kerosakan-kabel 6/13

KEROSAKAN KABEL E3042/ UNIT 12/ 6

Bagi Rajah 12.2, cara ini digunakan sekiranya penjajaran adalahterlalu panjang. Bagi ketiga-tiga kabel A, B dan C, pilih satu

 pasangan kabel dan katakan kabel A dan B akan disambungkan di

 penguji manakala di hujung kabel yang sama (hujung jauh), akan

dipintas. Jika ujian ini menunjukkan satu litar terbuka, litar pintasdi hujung jauh akan ditukarkan kepada pasangan lain dan litar itu

akan diuji semula. Apabila bacaan yang rendah dikesan, makakabel akan dilabelkan dengan A1 atau B1. Kemudian, gandingkan

salah satu kabel dengan kabel yang lain (katakan A dan C), dan uji

dengan cara yang sama. Apabila bacaan adalah rendah, maka kabelA dan C akan dicam dengan sah. Oleh itu, ketiga-tiga kabel dengan

ini dapat dilabelkan dengan jelas. Kaedah yang sama boleh

dilakukan untuk mengenal pasti kabel-kabel lain dalam jajaran

yang serupa.

Rajah 12.2 : Ujian Keterusan Kabel, jajaran panjang

12.2.2 Ujian Rintangan Penebat.

Rintangan penebatan merupakan rintangan yang diukur dalam unit

ohm antara bahagian-bahagian hidup bagi pemasangan dengan bumi. Rintangan akan disukat menerusi penebatan yang menutupi

konduktor.

Ujian rintangan penebat pula digunakan untuk menguji samadaterdapat litar pintas serta untuk menguji ketebalan penebat pada

kabel. Antara alat untuk menguji litar pintas adalah penguji

rintangan penebatan.Dalam ujian rintangan penebatan, beberapaujian ke atas pemasangan perlu dibuat sebelum pemasangan

disambungkan kepada bekalan.

 Menguji Voltan diperlukan bagi menguji voltan yang digunakan

untuk ujian rintangan penebatan. Sekiranya voltan yang digunakan

merupakan voltan arus terus, ia perlulah tidak kurang daripada duakali voltan arus terus normal dan sekiranya ia merupakan voltan

arus ulang alik, tidak kurang daripada dua kali voltan p.m.k.d

Page 7: Unit 12 Kerosakan Kabel

8/9/2019 Unit 12 Kerosakan Kabel

http://slidepdf.com/reader/full/unit-12-kerosakan-kabel 7/13

KEROSAKAN KABEL E3042/ UNIT 12/ 7

normal; tetapi tidak perlu melebihi 500 V bagi litar voltansederhana.

 Menguji pemasangan kepada bumi merupakan ujian yang dibuat

dengan semua fius berada di tempatnya. Semua suis termasuk suisutama ditutup. Jika diperlukan, semua lampu dan alat boleh

dikeluarkan dan boleh diuji secara berasingan. Penebatan yangdisukat ke bumi hendaklah tidak kurang daripada 1 MΩ manakala

sukatan bagi alat yang dibuat secara berasingan hendaklah tidak 

kurang daripada 0.5 MΩ ke bumi dan 0.5 MΩ antara kutub ataufasa.

Rajah 12.3 menunjukkan sambungan untuk menguji rintangan

 penebatan ke bumi bagi suatu pemasangan 2-dawai yang telah siapdengan lampu serta alatan lain yang ditanggalkan. Kabel-kabel

 bagi kedua-dua kutub ke suis utama dipintalkan bersama dandisambungkan kepada terminal ‘talian’ pada ohmmeter. Terminal‘bumi’ bagi ohmmeter pula disambungkan kepada terminal

 pembumian pengguna. Ketiga-tiga terminal bagi suis-suis dua hala

hendaklah disambungkan bersama untuk sementara waktu. Alat-alat pemanas hendaklah diuji secara berasingan dan Rajah 12.4

menunjukkan contoh ujian yang di buat ke atas cerek elektrik.

Rajah 12.3 : Ujian Rintangan Penebatan Bagi Pemasangan YangTelah siap.

Page 8: Unit 12 Kerosakan Kabel

8/9/2019 Unit 12 Kerosakan Kabel

http://slidepdf.com/reader/full/unit-12-kerosakan-kabel 8/13

KEROSAKAN KABEL E3042/ UNIT 12/ 8

Rajah 12.4 : Ujian Rintangan Penebatan terhadap Cerek Elektrik 

 Menguji antara konduktor dibuat di antara semua konduktor yang

disambungkan kepada mana-mana satu kutub atau fasa bekalan

dan di antara semua konduktor kepada mana-mana satu kutub ataufasa lain pada bekalan. Rintangan penebatan hendaklah tidak 

kurang daripada 1 MΩ. Rajah 12.5 merupakan satu contoh ujian

rintangan penebatan antara konduktor.

Page 9: Unit 12 Kerosakan Kabel

8/9/2019 Unit 12 Kerosakan Kabel

http://slidepdf.com/reader/full/unit-12-kerosakan-kabel 9/13

KEROSAKAN KABEL E3042/ UNIT 12/ 9

Rajah 12.5 : Menguji di antara konduktor-konduktor bagisatu pemasangan 2-dawai

Page 10: Unit 12 Kerosakan Kabel

8/9/2019 Unit 12 Kerosakan Kabel

http://slidepdf.com/reader/full/unit-12-kerosakan-kabel 10/13

KEROSAKAN KABEL E3042/ UNIT 12/ 10

12.1 Dengan bantuan gambarajah, jelaskan bagaimana ujian keterusan

dijalankan bagi menentukan kerosakan kabel.

12.2 Lukiskan gambarajah litar skimetik bagi ujian rintangan penebat

 bagi menentukan kerosakan kabel dan jelaskan kendaliannya.

12.3 Nyatakan ujian-ujian yang sering dijalankan bagi menentukan

kerosakan kabel.

AKTIVITI 12b

Page 11: Unit 12 Kerosakan Kabel

8/9/2019 Unit 12 Kerosakan Kabel

http://slidepdf.com/reader/full/unit-12-kerosakan-kabel 11/13

KEROSAKAN KABEL E3042/ UNIT 12/ 11

12.1 Rujuk input 12.0

12.2 Rujuk imput 12.1

12.3 Rujuk input 12.1.1

12.1 Rujuk input 12.2.1

12.2 Rujuk input 12.2.2

12.2 Rujuk input 12.1.1

MAKLUMBALAS 12a

MAKLUMBALAS 12b

SEMOGA BERJAYA

Page 12: Unit 12 Kerosakan Kabel

8/9/2019 Unit 12 Kerosakan Kabel

http://slidepdf.com/reader/full/unit-12-kerosakan-kabel 12/13

KEROSAKAN KABEL E3042/ UNIT 12/ 12

 

12.1 Dengan bantuan gambarajah terangkan ujian untuk menentukan kerosakankabel (ujian rintangan penebat).

12.2 Nyatakan perbezaan di antara ujian keterusan dengan ujian rintangan

 penebat untuk menentukan kerosakan kabel.

12.3 Nyatakan alat yang sering digunakan bagi menentukan kerosakan kabel.

12.4 Terangkan jenis-jenis kerosakan yang sering berlaku terhadap kerosakan

kabel.

PENILAIAN KENDIRI

Selamat mencuba

Page 13: Unit 12 Kerosakan Kabel

8/9/2019 Unit 12 Kerosakan Kabel

http://slidepdf.com/reader/full/unit-12-kerosakan-kabel 13/13

KEROSAKAN KABEL E3042/ UNIT 12/ 13

12.1 Rujuk input 12.2.2

12.2 Perbezaan - Ujian keterusan – ujian litar buka

Ujian rintangan penebat – ujian litar pintas.

12.2 Rujuk input 12.1.1

12.3 Rujuk input 12.0

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI